teori kedatangan islam ke tanah melayu

23
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TEORI KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU NAMA KUMP: RADIYATUL SARMI DIANA NADWAH

Upload: melisa-amirullah

Post on 05-Dec-2014

14.390 views

Category:

Education


9 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Teori kedatangan islam ke tanah melayu

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU NAMA KUMP:

RADIYATULSARMIDIANA

NADWAH

Page 2: Teori kedatangan islam ke tanah melayu

DEFINISI TEORI

Berasal dari PERKATAAN YUNANI (therio) yang membawa maksud

pemandangan.Definisi ini bermaksud teori

berasaskan kepada konsepsi seseorang yang kemudiannya mengemukakannya dalam bentuk suatu pandangan (view).

Kerlinger (1973:9) mendefinisikan teori sebagai

satu himpunan konsep, takrifan dan definisi yang

paling berkait yang memberikan gambaran

secara sistematik tentang fenomena dengan

memperincikan hubungan antara pembolehubah.

Page 3: Teori kedatangan islam ke tanah melayu

Teori Kedatangan islam Ke dalam

Tamadun Melayu

IndiaChinaArab/Parsi

Sejarawan : Antaranya

Pijnapple, Snouck Hugronje, B. Harisson, Thomas Arnold, Morquette,

R.O Winstedt, S.Q. Fatimi, Syed Muhammad Nuqaib al-Attas,

HAMKA . . .

Teori Kedatangan Islam

Wilayah Islam di India :A) Gujerat dan MalabarB) Bengal Coromandel

Page 4: Teori kedatangan islam ke tanah melayu

Islam datang dari INDIA

SEJARAWAN :

A)PijnappleB)Morquette

C)S.Q Fatimi

D)Ibnu Batutah

E)Abdul Rahman Haji

Abdullah

Page 5: Teori kedatangan islam ke tanah melayu

Pijnapple1. Kedatangan islam oleh para pedagang islam berbangsa Arab yang

bermukim di GUJERAT DAN MALABAR. Gujerat ialah pelabuhan penting semasa pemerintahan

Alaudin Khilji di India

2. Disokong : Snouck Hugrunje dan Harry Hazzard (Hubungan perdagangan India dan Asia Tenggara)

Bukti : Marmar pada batu nisan di Pasai adalah ciri buatan India.

“memandangkan aktiviti perdagangan oleh para pedagang Islam di Tanah Melayu sama ada sebagai “orang tengah” atau pedagang premier yang membawa barang dagangan dari wilayah tersebut merentasi Nusantara untuk pergi ke China dan sebagainya.”

Page 6: Teori kedatangan islam ke tanah melayu

Morquette1. Penemuan batu nisan di Pasai yang bertarikh 1428M dan di Gerisik

bertarikh 1419M.

2. Kedua-dua batu nisan mempunyai ciri yang sama di Gujerat dan kesimpulannya Islam telah sampai pada kurun ke-15M

3. Syed Muahmmad Naquib AL-Attas menolak kenyataan tersebut.

“Asas jumpaan dan persamaan fizikal batu nisan sebagai di atas tidak munasabah. Sepatutnya, jumpaan dan persamaan tersebut hanya dilihat sebagai hujah tempat asal batu nisan tersebut adalah dari Gujerat, India.”

Page 7: Teori kedatangan islam ke tanah melayu

S.Q Fatimi1. kedatangan Islam di Tanah Melayu dari Bengal,

Coromandel, India.

2. Bengal lebih awal menerima Islam berbanding Gujerat dan Malabar.

3. Pandangan ini telah disokong oleh Arnold dalam buku akademinya, The Muslim World.

“Para pedagang Bengal ini bermazhab Shafie; sama dengan mazhab umum di Tanah Melayu. Manakal Gujerat dan Malabar pula bermazhab Hanafi lain daripada mazhab Tanah Melayu.Rasionalisme sejarawan membawa pada relatifnya teori satu-satu peristiwa.”

Page 8: Teori kedatangan islam ke tanah melayu

Ibnu Batutah1. Menurut Ibn. Batutah, dalam

persinggahan beliau di Pasai, pandangan empire, beliau mendapati wujud persamaan budaya khususnya pakaian diraja dengan kebudayaan yang terdapat di Bengal, India.

2. Malah, Ibn Batutah juga mencatatkan bahawa Merah Silu sebenarnya beragama Hindu, kemudiannya memeluk Islam dan baginda mempunyai hubungan bernegara dengan masyarakat Islam Bengal, India.

Page 9: Teori kedatangan islam ke tanah melayu

Abdul Rahman Haji Abdullah1. Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah, Pasai

menerima Islam lebih awal iaitu pada 1042M

2. Malik al-Salih bukanlah pemerintah pemerintah pertama memeluk Islam.

3. Meurah Giri atau Mahmud Shah lebih awal memeluk Islam yang akhirnya Pasai sendiri menerima Islam secara bernegara.

4. Jumpaan batu nisan Malik as-Salih , Islam sampai lebih awal daripada tarikh tersebut.

5. Bukti sejarah Gujerat sendiri sebenarnya menerima Islam secara bernegara 1301M apabila berlakunya futuwwah (pembukaan) wilayah tersebut oleh Kerajaan Islam Delhi.

Page 10: Teori kedatangan islam ke tanah melayu

Islam datang dari CHINA

A)Gardener & Emmanuael

B)Syed Muhammad

Naquib (Peristiwa di

pelabuhan Canton.

C)Dinasti TangD)Penemuan Batu

nisan.

Page 11: Teori kedatangan islam ke tanah melayu

Gardener & Emmanuael1. Islam sampai ke China oleh para pedagang Arab

lembah Arabia zaman Khalifah Uthman al-Affan lagi. 2. seawal kurun ke-8M, wujud penempatan

masyarakat Arab di Canton. 3. Realiti di atas ini menjadi hujah bahawa Islam yang

sampai ke alam Melayu dilakukan oleh para Pedagang Arab yang tinggal di Canton (China) paling lewat pada kurun ke-8M.

4. Dakwah Islamiyyah tersebut dilakukan sendiri oleh pedagang-pedagang Arab, bukan para pedagang berketurunan Cina. Maka, secara teorikalnya Islam itu bukan datang daripada rantau Arabia, tetapi datang daripada China

Page 12: Teori kedatangan islam ke tanah melayu

Syed Muhammad Naquib (Peristiwa di pelabuhan Canton).

1. Pada sekitar tahun 878 M, iaitu pada zaman Hsi Tzung peristiwa krisis etnik di Pelabuhan Canton berlaku.

2. Kediaman dan nyawa para pedagang asing di sana banyak musnah disebabkan pemberontakan bangsa setempat. Lebih 100 000 nyawa termasuk daripada para pedagang Arab dan Islam telah menjadi korban dalam peristiwa berdarah tersebut.

3. Implikasi tersebut membawa pada penghijrahan para pedagang yang terselamat ke Kedah dan Parlembang demi mendapatkan perlindungan.

4. Kedatangan mereka ke Kedah dan Parlembang ini dijadikan asas teori Islam datang dari China.

Page 13: Teori kedatangan islam ke tanah melayu

Dinasti Tang1. Pemberontakan Dinasti Tang pada 618-906M = 5000 para

pedagang asing termasuk komuniti Arab telah dibunuh.

2. Para pedagang yang terselamat telah berhijrah ke Champa, Nusantara demi mendapat perlidungan.

3. Kedatangan mereka ke Champa, Nusantara sebagai tanda teori kedatangan Islam AM tersebut dari China. A. Buktinya penemuan batu Nisan seorang wali Allah

berketurunan Arab di Pekan, Pahang yang bertarikh 1028M di mana atas batu nisan ini terukur ayat-ayat al-Quran.

B. Temuan batu nisan turut berlaku di Leran, Surabaya bertarikh 1082M atau 1102M yang sangat ketara ciri-ciri keIslaman batu nisan tersebut.

Page 14: Teori kedatangan islam ke tanah melayu

Penemuan Batu nisan.1. Beberapa batu nisan yang hampir sama dengan batu nisan di

Pekan dan Leran turut dijumpai di Phangrang, Kemboja (juga dikenali sebagai Champa). Buktinya:a) Kuala Berang, Terengganu terdapat Batu Bersurat

bertarikh 1303M berkaitan peraturan dan kewajipan menunaikan hukum-hakam Allah seperti hukuman bagi penzina.

b) Di Langgar, Kedah turut dijumpai batu nisan milik Syeikh Abd. Al Qadir ibn Husain Syah Alam bertarikh 903M

2. batu bersurat di Teluk Cik Munah, di Pahang yang bertarikh 702 H (1303 M). Ini menunjukkan bahawa kemungkinan Islam masuk melalui Pantai Timur iaitu bererti dari China dan Indochina.

Page 15: Teori kedatangan islam ke tanah melayu

Islam dari Semenanjung Tanah Arab

A. John Crawford

B. Syed Muhammad Naquib al-Attas

C. Hijriah Saidina Mu’adz bin Jabal

D. Rasulullah s.a.w mengutuskan

Wahab Abi Kabsyah ke China

E. Khalifah Muawiyyah bin Abi Sufian

(661-680M) menyeberangi

Nusantara

F. Pengislaman Raja Srindavarman

dan Raja Jay Sima

G. Asas sampingan teori sejarawan.

Page 16: Teori kedatangan islam ke tanah melayu

John Crawford Menurut John Crawford, :1. Islam berkembang menerusi aktiviti para pedagang.

Bukti catatan China : Orang Arab dan Parsi mempunyai pusat peniagaan dan petempatan di Canton atau Amoy sejak tahun 300M

2. Pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China

3. Terdapat pedagang Arab yang berkahwin dengan wanita tempatan.4. Pedagang Arab yang berdagang ke China telah singgah di pelabuhan utama di

Asia Tenggara5. Pelabuhan menjadi tempat menunggu perubahan angin monsun untuk ke

China6. Pembinaan perkampungan Arab di Asia Tenggara7. Perkampungan tersebut dijadikan tapak untuk berdagang/mengumpul barang

jualan8. Perlaku perbincangan antara pedagang Arab dan pedagang

tempatan/pedagang Asia Tenggara semasa menunggu perubahan angin monsun

9. Perbincangan berkaitan kepercayaan dan agama10. Pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh sheikh di Semenanjung

Tanah Arab.

Page 17: Teori kedatangan islam ke tanah melayu

Syed Muhammad Naquib al-Attas

1. Adat resam dan kebudayaan orang Melayu banyak dipengaruhi oleh budaya Arab, seperti amalan menghormati tetamu dan muzik Melayu seperti dabus dan tarian zapin.

2. Pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Semenanjung Tanah Arab, misalnya Hikayat Raja-Raja Pasai yang menceritakan bahawa mubaligh / pendakwah yang pertama tiba di Pasai ialah sufi berketurunan Arab yang bernama Syeikh Ismail dan Merah Silu bergelar Malik al-Salih

3. persamaan bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan Semenanjung Tanah Arab

4. perkataan Arab pada tulisan Jawi diambil daripada bahasa Arab.

Page 18: Teori kedatangan islam ke tanah melayu

Hijriah Saidina Mu’adz bin Jabal1. Selain itu, pada tahun ke-8 Hijriah, telah berlaku ‘Amul Wufud

(Tahun Perutusan).

2. Rasulullah s.a.w telah mengutuskan para Sahabat ke seluruh rantau Arabia demi menyebarkan Islam secara bernegara atau berdelegasi.

3. Buktinya : Saidina Mu’adz bin Jabal pernah diutuskan ke Yaman untuk menjalankan dakwah Islamiyyah.

4. Di Yaman tersebut terdapat perlabuhan intreport dan antarabangsa yang terletak di Hadramaut. Perlabuhan tersebut menjadi tempat persinggahan pelbagai pedagang seantero dunia termasuk pedagang-pedagang Melayu yang datang untuk berdagang rempah ratus dan kāfūrā (كافورا ) sendiri.

5. Saidina Mu-adz telah menjalankan dakwah dikawasan tersebut sehingga ada pedagang yang memluk islam.

Page 19: Teori kedatangan islam ke tanah melayu

Rasulullah s.a.w mengutuskan Wahab Abi Kabsyah ke China

Asas lain bagi teori kedatangan Islam pada tahap ini adalah Rasulullah s.a.w pernah mengutuskan seorang Sahabat yang bernama Wahab Abi Kabsyah ke China dan beliau sendiri telah meninggal dunia di Canton.

Walaupun asas ini sepatutnya menjadi teori kedatangan Islam ke China, namun masih boleh dijadikan sandaran dakwah Islamiyyah ini telah pergi sejauh China sejak zaman Nabi dan China sendiri sudah mempunyai hubungan perdagangan secara langsung dengan Champa di Nusantara seawal kurun paling lewat pada kurun ke-7M.

Page 20: Teori kedatangan islam ke tanah melayu

Khalifah Muawiyyah bin Abi Sufian (661-680M) menyeberangi Nusantara

1. Dalam catatan Arab, Khalifah Muawiyyah bin Abi Sufian (661-680M) pernah cuba menyeberangi Nusantara demi membuka (futuwwah) Pulau Jawa.

2. Pada ketika itu, Pulau Jawa di bawah pemerintahan Ratu Sima.

3. Selepas mendapati Ratu Sima seorang raja yang adil, maka khalifah menangguhkan hasratnya sebagai menghormati “keadilan hak” di pulau tersebut.

4. Selain itu, Khalifah Muawiyyah bin Abi Sufian turut melakukan dakwah Islamiyyah ke atas kerajaan Srivijaya.

5. Pemerintah kerajaan Srivijaya pada ketika itu dikenali sebagai Raja Lokitavarman. Ada pandangan mengatakan Raja tersebut memeluk Islam, dan pandangan lain adalah sebaliknya.

Page 21: Teori kedatangan islam ke tanah melayu

Pengislaman Raja Srindavarman dan Raja Jay Sima

1. Pada zaman Khalifah Umar bin Abd al-Aziz (717-720M), pemerinta Srivijaya yang dikenali sebagai Raja Srindavarman telah memeluk agama Islam.

2. Srivijaya telah dinamakan sebagai “Sribuza Islam” sekitar tahun 718M.

3. Peristiwa tersebut berlaku sekitar tahun 718M.

4. Masih dalam tahap pertapakan, Raja Jay Sima, iaitu anak kepada Ratu Sima juga telah memeluk Islam pada sekitar tahun 726M.

5. Pemelukan Islam oleh kedua-dua pemerintah tersebut (Raja Srindavarman dan Raja Jay Sima) telah membuka peluang perdagangan oleh para pedagang Arab; hatta mereka menetap di Nusantara secara implisit.

Page 22: Teori kedatangan islam ke tanah melayu

Asas sampingan teori sejarawanPara Sejarawan tempatan cenderung pada Teori Kedatangan Islam datangnya dari Arab. Antara asas sampingan lain termasuk:-

Pertama, kewujudan tulisan Jawi dipercayaan hasil sintesis tulisan Arab (Aramic) dan tulisan non-Aramic. Tulisan non-Aramic yang dimaksudkan adalah “Ga”, “Cha”, “Nya: dan sebagainya. Segelintir Sarjana berpendapat asal tulisan non-Aramic ini dari Parsi (di Asia Tengah)

Kedua, sebutan dan tatacara bacaan al-Quran di Nusantara lebih hampir dengan sebutan dan tatacara bacaan al-Quran di Timur Tengah (khususnya rantau Arabia); tidak mirip pada bacaan ala penganut Islam di India mahupun China.

Ketiga, boleh dikatakan hampir semua catatan sejarah (written sources) menonjolkan pengIslaman para pemerintah di Nusantara (dari Institusi Kesultanan Melayu Melaka hingga Institusi Kesultanan Melayu Sulu) telah dilakukan oleh para Pedagang Arab atau du’at berbangsa Arab.

Keempat, bahasa Melayu turut menerima pengaruh perbendaharaan kata dan tatabahasa arab. Sebagai contoh, fakir. Syukur, sahabat, kertas, dakwat, sultan, soleh dan sebagainya adalah berasal dari perbendaharaan kata bahasa Arab.

Ketiga-tiga asas ini lebih cenderung pada unsur rasionalisme; tidak nas sejarah.

Page 23: Teori kedatangan islam ke tanah melayu

RUJUKAN

INTERNETAbdul Halim Ali, 2009. Dilayari pada 12. Januari 2013 pada 8.00pm //teorisastera.blogspot.com/2009/04/apa-itu- teori.html

(t.p)., 2010. Dilayari pada 13 Januari 2013 pada 10.08am http://pismpmathc5ipgkba.blogspot.com/2010/02/teori-kedatangan-islam-ke-alam-melayu.html

(t.p) 2011. Dilayari pada 13 Januari 2013 pada 10.20am http://cikgu06.blogspot.com/2011/04/nota-titas-bab-4.htmlhttp://cikgu06.blogspot.com/2011/04/nota-titas- bab-4.html

BUKUAhmad Zaki Abdul Latiff, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros, (2012). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shah Alam Selangor.