teori kedatangan islam ke alam melayu

21
TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU Sejarah telah melakarkan pelbagai persoalan. Tindak balas daripada persoalan ini telah melahirkan pelbagai teori. Antara teori- teori yang terhasil adalah teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Terdapat tiga teori kedatangan Islam di T.M iaitu kedatangan Islam dari India, China dan Arab. Teori-teori ini banyak dikemukakan oleh sejarawan- sejarawan seperti Pijnappel, Snouck Hugronje, B. Harisson, Thomas Arnold, Morquette, R.O Winstedt, S.Q. Fatimi, Syed Muhammad Nuqaib al-Attas, HAMKA dan sebagainya. Teori-teori mereka ini sama ada berasaskan pada jumpaan sumber sejarah atau rasionalisme sejarawan itu sendiri dalam menyusun kepelbagaian sangkaan sehingga lahir teori-teori kedatangan Islam di Tanah Melayu. 1. ISLAM DATANG DARI TANAH ARAB Di Tanah Melayu terdapat bukti-bukti yang kuat bahawa agama Islam itu dibawa secara langsung dari tanah Arab oleh bangsa Arab. Sebagai contohnya Maharaja Derbar Raja II, raja Kedah telahpun diislamkan pada tahun 531 H/1136 M, oleh Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad al-Qaumiri al- Yamani seorang ulama berbangsa Arab yang datang dari Yaman. Menurut satu catatan yang ditemui, terdapat sebuah perkampungan Islam di Sumatera Utara yang diberi nama Tashih telah ditemui pada tahun 650 Masihi bersamaan 30 Hijrah. Perkampungan ini dihuni oleh orang- orang Arab yang datang ke Sumatera pada abad ke-7 Masihi.S.M. Naquib al-Attas menegaskan juga bahawa kandungan persuratan Melayu Islam dengan istilah dan konsep serta tulisan Jawi yang digunakan menunjukkan sumber Arab atau Timur Tengah sebagai puncanya. Hubungan perdagangan telah pun terjalin antaraTanah Melayu dengan Tanah Arab sejak sebelum kelahiran Islam lagi dan ia berterusan selepas PISMP PENDIDIKAN JASMANI A Page 1

Upload: loqued

Post on 21-Jun-2015

7.977 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU

Sejarah telah melakarkan pelbagai persoalan. Tindak balas daripada persoalan ini telah

melahirkan pelbagai teori. Antara teori- teori yang terhasil adalah teori kedatangan

Islam ke Tanah Melayu.

Terdapat tiga teori kedatangan Islam di T.M iaitu kedatangan Islam dari India, China

dan Arab. Teori-teori ini banyak dikemukakan oleh sejarawan- sejarawan seperti

Pijnappel, Snouck Hugronje, B. Harisson, Thomas Arnold, Morquette, R.O Winstedt,

S.Q. Fatimi, Syed Muhammad Nuqaib al-Attas, HAMKA dan sebagainya.

Teori-teori mereka ini sama ada berasaskan pada jumpaan sumber sejarah atau

rasionalisme sejarawan itu sendiri dalam menyusun kepelbagaian sangkaan sehingga

lahir teori-teori kedatangan Islam di Tanah Melayu.

1. ISLAM DATANG DARI TANAH ARAB

Di Tanah Melayu terdapat bukti-bukti yang kuat bahawa agama Islam itu dibawa

secara langsung dari tanah Arab oleh bangsa Arab. Sebagai contohnya Maharaja

Derbar Raja II, raja Kedah telahpun diislamkan pada tahun 531 H/1136 M, oleh

Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad al-Qaumiri al- Yamani seorang ulama berbangsa

Arab yang datang dari Yaman.

Menurut satu catatan yang ditemui, terdapat sebuah perkampungan Islam di

Sumatera Utara yang diberi nama “Tashih” telah ditemui pada tahun 650 Masihi

bersamaan 30 Hijrah. Perkampungan ini dihuni oleh orang-orang Arab yang datang

ke Sumatera pada abad ke-7 Masihi.S.M. Naquib al-Attas menegaskan juga bahawa

kandungan persuratan Melayu Islam dengan istilah dan konsep serta tulisan Jawi

yang digunakan menunjukkan sumber Arab atau Timur Tengah sebagai puncanya.

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A Page 1

Page 2: Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA

Hubungan perdagangan telah pun terjalin antaraTanah Melayu dengan Tanah Arab

sejak sebelum kelahiran Islam lagi dan ia berterusan selepas kelahirannya.

Penyebaran Islam di Tanah Arab telah begitu meluas dan termasuklah di Yaman

yang mempunyai pelabuhan perdagangan yang penting. Pedagang-pedagang Islam

yang bertumpu di Yaman turut menjalankan aktiviti perdagangan dengan Asia

Tenggara terutama untuk mendapatkan barangan seperti kapur barus, kemenyan

dan sebagainya.

HIASAN

HIASAN

CONTOH-CONTOH BARANG DAGANGAN

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A Page 2

Page 3: Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA

2. ISLAM DATANG DARI INDIA

Para sarjana seperti S.Q. Fatimi, Morison Harison, RA. Kern dan Snouck

Hurgronje berpendapat bandar pelabuhan Gujerat di India memainkan peranan

penting dalam penyebaran Islam melalui perdagangan. Mereka juga

berpendapat ramai pemimpin Abbasiyah dan Umaiyah di Andalus melarikan diri

daripada tindakan pihak berkuasa, sebagai pelarian politik dan mendapatkan

perlindungan di India dan juga di Tanah Melayu. Hujah mereka adalah

berpandukan kepada persamaan mazhab yang dianuti iaitu mazhab Syafie. B.

Harrison berpendapat masyarakat Nusantara memandang ke India bagi

mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal perniagaan dan

kebudayaan. Menerusi hubungan dua hala itu penduduk Nusantara berminat

dengan Islam yang telahpun dianuti oleh pedagang-pedagang India.

Pendapat di atas dibuktikan melalui penemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh,

Raja Samudera yang bertarikh 1297 Masihi. Batu nisan ini didakwa dibawa dari

Gujerat berdasarkan persamaan dari segi reka bentuk batu nisan di kedua-dua

tempat tersebut.Walau bagaimanapun, sarjana-sarjana tersebut telah bersetuju

Islam dibawa ke Pasai melalui perdagangan dan batu nisan itu adalah sebagai

buktinya.

Ada teori yang menjelaskan bahawa Islam datang dari India. Terdapat dua

wilayah di India dipercayai sebagai tempat asal yang membawa Islam ke Tanah

Melayu. Pertama, Gujerat dan Malabar. Kedua, Bengal Coromandel.

Menurut Pijnappel, kedatangan Islam di T.M dilakukan oleh para pedagang Islam

berbangsa Arab yang bermukim di Gujerat dan Malabar. Sangkaan ini bertitik-

tolak oleh banyaknya nama kedua-dua wilayah ini dalam sejarah awal T.M.

Pandangan ini telah disokong oleh Snouck Hugrunje dan Harry Hazzard

memandangkan aktiviti perdagangan oleh para pedagang Islam di T.M sama ada

sebagai “orang tengah” atau pedagang premier yang membawa barang

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A Page 3

Page 4: Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA

dagangan dari wilayah tersebut merentasi Nusantara untuk pergi ke China dan

sebagainya.

Teori kedatangan Islam dari Gujerat dan Malabar ini diperkukuhkan lagi dengan

penemuan batu nisan di Pasai(1428 M) dan di Gerisik(1419 M) oleh Morquette.

Bentuk fizikal kedua-dua batu nisan ini mempunyai ciri persamaan dengan batu

nisan di Gujerat. Kebenaran ini dapat disimpulkan oleh sejarawan iaitu Islam

sampai ke T.M pada awal kurun ke-15M.

BATU NISAN SULTAN MALIKUL SALLEH

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A Page 4

Page 5: Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA

3. ISLAM DATANG DARI CHINA

Menurut sejarah, Islam telah sampai ke China pada zaman pemerintahan Dinasti

Tang iaitu sekitar tahun 650 Masihi dan Canton menjadi kawasan tumpuan

utama para pendakwah Islam. Terdapat beberapa teori yang turut menyokong

kedatangan Islam dari China. Emanuel Godinho De Evedia mengatakan Islam

datang ke Nusantara dari China melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9

Masihi. Pendapat ini terbukti hasil penemuan batu bersurat di Kuala Berang,

Terengganu yang terletak di pantai Timur Tanah Melayu.

Pada tahun 878 Masihi pula telah berlaku pemberontakan di Canton yang

menyebabkan seramai 100 000 orang asing terbunuh. Akibat peristiwa ini telah

menyebabkan ramai orang Arab-Islam yang melarikan diri ke Kedah dan

Palembang. Dalam masa yang sarna catatan Dinasti Sung pula mengatakan

bahawa kedatangan Islam ke Tanah Melayu melalui sepanjang pantai Laut

China Selatan dan dibawa oleh pedagang-pedagang Islam dari China pada awal

977.

Bukti kedatangan Islam dari China dapat dilihat melalui hubungan perdagangan

antara orang-orang Arab dengan China yang dikatakan telah berlaku sejak

sebelum kedatangan agama Islam lagi. Mereka membawa barang-barang

dagangan seperti mutiara, sutera dan tembikar dari China. Perdagangan antara

Arab dengan China secara tidak langsung mewujudkan hubungan antara China

dengan Kepulauan Melayu. Menurut laporan orang-orang China Islam, bahawa

orang-orang Arab Islam telahpun datang ke negara China semasa zaman

pemerintahan Maharaja Tai Tsung dari Dinasti Pang (627-650M).

Selain itu, Marco Polo dalam Suma Oriental mencatatkan bahawa beliau pernah

berhenti singgah di Perlak pada kurun ke-13 M dalam perlayarannya ke China.

Dalam catatan beliau, realiti masyarakat di Perlak sudah berbudaya dengan

budaya muslim.

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A Page 5

Page 6: Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA

Pendirian oleh Marco Polo ini turut disokong oleh sejarawan lain, P.E. De

Josselin De Jong. Hujah Josselin De Jong bertitik-tolak pada jumpaan batu nisan

di wilayah jiran Perlak iaitu Pasai. Pada fizikal sumber artifak tersebut terukir

nama sultan Malik al-Salih, iaitu nama Sultan Pasai. Pada batu nisan tersebut

juga terdapat tarikh meninggal Malik al Salih iaitu pada 1297 M. Secara logiknya,

kedatangan Islam ke Tanah Melayu pasti lebih awal dari tarikh tersebut.

Asas jumpaan batu nisan ini dilengkapkan dengan catatan sejarah di China

sendiri berhubung hubungan diplomatik China-Pasai. Menurut Josselin De Jong,

pada kurun ke-13M telah berlaku hubungan diplomatik tersebut dapat dilihat

apabila pengutusan dua diplomat Pasai iaitu Hasan dan Sulaiman ke negara

China tersebut. Peristiwa bersejarah tersebut berlaku pada 1282 M.

Selain itu, ada sejarawan lain yang mengemukakan teori kedatangan Islam dari

China iaitu, Gardener dan Emmanuael. Menurut 2 sejarawan tersebut, Islam

sampai ke China dari jalan darat oleh para pedagang Arab lembah Arabia sendiri

sejak zaman Khalifah Uthman al-Affan lagi. Realiti ini mengalami tahap

pertapakan dan perkembangan sejak zaman Bani Umayyah dan Abasiyyah

apabila bilangan pedagang-pedagang Arab yang berhijrah ke China dalam

angka yang besar. Dalam catatan sejarah China, seawal kurun ke-8 M, sudah

wujud penempatan masyarakat peranakan Arab di Canton. Kewujudan

masyarakat Arab tersebut bukan sahaja dapat dilihat pada wujudnya

penempatan-penempatan tetap, malah pada kewujudan Jabatan Kira-Kira yang

oleh para pedagang Arab itu sendiri.

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A Page 6

Page 7: Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA

HIASAN

CONTOH-CONTOH BARANG DAGANGAN ORANG ARAB

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A Page 7

Page 8: Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA

PENGARUH KEDATANGAN ISLAM TERHADAP

KEBUDAYAAN DI MALAYSIA

Pengaruh kedatangan Islam ke Tanah Melayu meninggalkan kesan yang mendalam

terhadap kebudayaan di Tanah Melayu khususnya Malaysia. Pengaruh ini dapat dilihat

dari lima aspek :

1. Pendidikan tidak formal

2. Pendidikan formal

3. Kesenian

4. Gaya hidup

1. PENDIDIKAN TIDAK FORMAL

Pendidikan tidak formal terawal adalah melalui asuhan keluarga. Penekanannya

ialah nilai moral, pembelajaran melalui pendengaran, penglihatan dan

pemerhatian. Kanak-kanak mempelajari kemahiran ibu bapa seperti pertanian,

perikanan, kraftangan, pertukangan. Ibu bapa turut mengajar hal agama, adat,

sopan santun. Nilai murni diterap melalui cerita lisan seperti cerita binatang dan

jenaka yang memberi teladan dan pengajaran. Pantang-larang dan adat

dipelajari melalui pergaulan sosial seperti tunduk apabila lalu di hadapan orang

tua. Pendidikan juga dilakukan melalui pantun, teka teki, peribahasa dan

sebagainya.

Contoh cerita teladan bagi masyarakat di Malaysia :

Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam

hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan

apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang

di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada

bila-bila masa saja.

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A Page 8

Page 9: Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA

Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana

makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari

di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang

Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang

berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang

sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya.

Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.

Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di

bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam

hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah

kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun

kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang

Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang

sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-

buahan tersebut" fikir Sang Kancil.

Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat

dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik

berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur

untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya

yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari

ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati

sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi

"Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar

gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin

mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah

yang engkau hendak sampaikan".

Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang

terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua".

Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A Page 9

Page 10: Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA

Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini.

"Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan

aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati

buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di

tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi

Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah

yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula

daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".

Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera

beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang

Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama

di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku

ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai.

Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak

kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu

kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".

Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di

tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu

pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara

itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan

terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang

sedang masak ranum itu.

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A Page 10

Page 11: Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA

2. PENDIDIKAN SECARA FORMAL

Pendidikan formal adalah hal berkaitan keagamaan di rumah, istana, masjid, surau,

madrasah dan pondok. Di rumah guru, pendidikan al-Quran diajar melibatkan anak -

anak berusia 7 hingga 15 tahun. Manakala di istana, menurut Sejarah Melayu, pusat

pengajian agama terdapat di istana Melaka. Sultan Mansur Syah telah menerima

pengajaran Islam daripada Maulana Abu Bakar. Ramai ulama menetap di Melaka

antaranya orang Arab, Parsi, Gujerat, kerana pengaruh pemerintah Melaka. Kitab al-

Dur al Manzum (kitab Tasawuf) merupakan kitab sangat terkenal di istana Melaka

hingga ke istana kerajaan Johor. Pengajaran buku hikayat seperti Hikayat Amir

Hamzah turut disimpan di istana Melaka. Ilmu politik dan pentadbiran negara juga

diajar di istana. Manakala di masjid dan surau, kanak-kanak diajar ilmu tajwid, fikah

dan bacaan sembahyang, orang dewasa pula belajar ilmu fikah, usuludin, hadis,

tasawuf pada tahap lebih tinggi. Pengajian pondok pula menyediakan pelajar yang

bakal menjadi guru agama dan berkhidmat kepada masyarakat. Pondok terkenal

terdapat di Kelantan (Pondok Pulau Condong), Terengganu (Pondok Pulau Manis)

dan Kedah (Pondok Titi Gajah). Pelajar akan belajar sehingga 10 tahun sebelum

tamat pengajiannya. Wujud juga sistem madrasah yang diperkenalkan oleh Bani

Saljuk di Iraq. Sistem ini berdasarkan sukatan pelajaran dan dilaksanakan secara

kelas. Pendidikan madrasah ini mengikut tahap iaitu tahap permulaan, pertengahan,

pengkhususan. Ia diawasi oleh Mudir (Guru Besar) dan diselia oleh sebuah

lembaga.

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A Page 11

Page 12: Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA

HIASAN

HIASAN

CONTOH-CONTOH GAMBAR MASJID DAN PONDOK YANG MENJADI

TEMPAT MENUNTUT ILMU

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A Page 12

Page 13: Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA

3. KESENIAN

Seni bermakna suatu yang indah pada penciptanya. Keindahan ini dapat dilihat

daripada seni halus, seni rupa, seni tekstil, seni tampak. Pada zaman Islam

wujud seni bina seperti seni bina masjid yang terdapat ciri khas seperti mihrab,

mimbar, telaga, bumbung, Masjid terkenal contohnya Masjid Kg. Laut Kelantan

dan Masjid Tengkera Melaka. Manakala istana raja pula dilengkapi dengan

balairung, tempat bersemayam, balai istiadat contohnya istana Melaka. Rumah-

rumah pula mempunyai seni ukiran tumbuhan, geometri. Seni epigrafi pula ada

pada batu bersurat dan batu nisan. Seni khat atau kaligrafi juga digunakan

sebagai hiasan di Masjid dan madrasah, batu nisan, tembikar atau mata wang.

Seni persembahan yang merangkumi tarian, muzik, nyanyian dipersembahkan

dalam majlis perkahwinan, berkhatan dan upacara bersifat keagamaan. Selain

itu, tarian pengaruh Arab seperti tarian dabus di Perak, tarian inang di istana

Melaka serta tarian zapin. Seni muzik yang dapat dilihat pula seperti seni dikir

diiringi rebana dan kompang. Sebagai contoh, tarian zapin yang diilhamkan oleh

peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Zapin merupakan tarian

Melayu yang berasaskan kesenian Arab–Parsi yang telah disesuaikan dengan

kesenian Melayu. Zapin bermaksud “gerak kaki” daripada perkataan ‘al–Zafn’.

Tarian Zapin bercorak persembahan atau pertunjukkan. Gerak tarinya

berasaskan langkah kaki penarinya. Zapin menumpukan pada langkahan kaki

dengan posisi kaki selalu tertutup dan tidak merendah. Kebanyakan posisi badan

selalu bergerak seperti ombak mengalun. Posisi tangan tidak diperlihatkan

secara jelas misalnya motif memetik bunga, tangan kanan mahupun kiri berada

di bawah bahu. Kebiasaannya, senikata yang dinyanyikan dalam lagu untuk

tarian ini diselitkan dengan kalimat berunsur keagamaan seperti “salam” dan

“assalamualaikum”, kata– kata nasihat dan pujian kepada kebesaran agama dan

kesempurnaan budi pekerti. Banyak tarian Melayu ciptaan baru mengambil

rentak zapin sebagai irama tarian. Tarian zapin telah menular luas di kalangan

penggemar seni tari di nusantara iaitu di Semanjung Tanah Melayu, kepulauan

Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu

hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Zapin telah

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A Page 13

Page 14: Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA

mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih

tradisional sifatnya. Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan

bukannya usaha individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin

adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas. Biola tidak tergolong

sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat anggapan salah dalam

kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab mempunyai

persamaan dengan gesekan biola.

HIASAN

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A Page 14

Page 15: Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA

HIASAN

HIASAN

CONTOH-CONTOH GAMBAR TARIAN ZAPIN

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A Page 15

Page 16: Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA

4. GAYA HIDUP

Aspek terakhir yang dapat dilihat adalah dari aspek gaya hidup. Perubahan adat

istiadat pemerintah dalam pertabalan raja kandungan bacaan ciri di mansuhkan,

bacaan ikrar diteruskan kerana ia menyerupai baiah, perlantikan pengganti

sultan sebelum istiadat pemakaman ditiru daripada kerajaan Bani Umaiyah.

Perubahan akhlak rakyat, contohnya, ibu bapa amat dihormati, jiran dianggap

seperti keluarga, panggilan pangkat diberi seperti Pak Long dan Mak Long,

apabila orang muda bercakap dengan orang tua suara perlu rendah. Adab

berziarah juga terbentuk seperti seseorang perlu memberi salam dan tuan rumah

wajib menjawab salam, kemudian bersalaman. Kanak – kanak mencium tangan

orang yang lebih tua, tetamu dilayan dan dihormati dengan hidangan makan

minum, bacaan bismillah dimulakan untuk menjamu makan minum. Majlis

perkahwinan dan berkhatan diadakan mengikut Islam. Majlis seperti ini juga

menekankan nilai gotong – royong, bekerjasama dan perpaduan.

HIASAN

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A Page 16

Page 17: Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA

KESIMPULAN

Dengan penerimaan negara ini sebagai sebuah negara Islam menimbulkan

beberapa implikasi dalam kehidupan Muslim. Kita berhak menuntut pemerintah

melaksanakan Islam sepenuhnya kerana itu adalah tanggungjawabnya sebagai

pemerintah Islam. Kita dapat hidup dengan harmoni dan dapat berusaha meningkatan

produktiviti untuk kepentingan Islam, kerana terdapat sikap baik sangka antara satu

dengan yang lain. Menimbulkan tanggungjawab yang lebih kepada Muslim untuk

melaksanakan Islam di mana saja dia berada, kerana tidak dirasakan ada sesuatu yang

bercanggah yang patut dielakkan dalam kehidupannya. Membina sikap positif dan

membuat kritikan yang membina untuk kepentingan Islam, serta berpatisipasi dalam

memenuhi tuntutan Islam di mana saja ada kekurangan. Setiap individu Muslim merasa

berkewajipan untuk membangun negara dan umatnya dalam keupayaan masing-

masing.

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A Page 17

Page 18: Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA

REFLEKSI

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi kerana dapat juga kami menyiapkan

tugasan yang diberikan dengan masa yang ditetapkan. Terima kasih juga

diucapkan kepada Ustazah Saidah Bt Haris kerana sudi membantu kami dalam

usaha menyiapkan tugasan ini. Dalam usaha menyiapkan tugasan ini, kami telah

mengembleng tenaga untuk mencari maklumat dan membahagikan tugas

masing-masing mengikut tajuk yang diperuntukkan. Setelah menyelesaikan

tugasan ini, kami dapat mengetahui mengenai teori kedatangan Islam ke Tanah

Melayu. Selain itu kami juga dapat mengkaji tentang pengaruh kedatangan Islam

terhadap kebudayaan di Malaysia. Pengetahuan kami tentang kebudayaan di

Malaysia juga bertambah dan semakin berkembang. Sebagai contoh, sebelum

ini kami menganggap tarian zapin merupakan tarian asli masyarakat Melayu

tetapi setelah mengkaji mengenai asal usulnya, kami dapat mengetahui tarian

zapin sebenarnya mempunyai pengaruh atau unsur-unsur arab dalam tarian

zapin itu sendiri. Malahan, perkataan zapin itu diambil dari bahasa arab. Setakat

ini sahaja coretan dari kami dan kami berharap agar dapat memanfaatkan ilmu

yang diperolehi sewaktu menyiapkan tugasan kami ini.

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A Page 18