hbef4303 kurikulum pengkaedahan

Upload: aaltahani

Post on 29-May-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 HBEF4303 KURIKULUM PENGKAEDAHAN

    1/23

    ISIKANDUNGAN

    MUKA

    SURAT

    Kenyataan Pengakuan 2

    Sekapur sirih 3

    Soalan Tugasan 4

    Buat satu analisis yang empirikal tentang senario perkembangan kurikulum

    bahasa Melayu pada masa kini5

    1.0 Pendahuluan 3

    2.0 Pembangunan Kurikulum 6

    3.0Kurikulum 6

    3.1 KurikulumBersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) 7

    3.1.1 Komunikasi ( Bahasa&Matematik) 7

    3.1.2Bidang manusia (Agama Islam dan Moral) dan alam kelilingnya (Alam dan

    Manusia)7

    3.1.3Bidang perkembangan diri individu (Muzik, Pendidikan Seni dan Visual dan

    Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 8

    3.2 KurikulumBersepadu Sekolah Menengah 8

    3.2.1 Aspek kesepaduan 8

    3.2.2 Aspek penghayatan dan amalan nilai-nilai murni 8

    3.2.3 Aspek penguasaan bahasa Malaysia 8

    4.0 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perubahan dan Perkembangan

    KurikulumBahasa Melayu9

    4.1 Faktor Murid 9

    4.2 Kehendak Masyarakat 10

    4.3 Faktor Kewarganegaraan 10

    4.4 Aspek Antarabagsa 11

    5.0 Senario Perkembangan KurikulumBahasa Melayu Masa Kini 12

    Kon Pengalaman Dale

    1.0 Pendahuluan 14

    2.0 Objektif dan Pemilihan Bahan Bantuan Mengajar 15

    3.0 Konsep Kon Pengalaman Dale 17

    4.0Peringkat Pembinaan Bahan Bantuan Mengajar Mengikut Kon

    Pengalaman Dale19

    4.1 Penglibatan 19

    4.2 Pemerhatian 20

    4.3 Persimbolan 20

    5.0 Penutup 21

    HBML 4303 :

    KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN

    DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    1 AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101-08-6925

  • 8/9/2019 HBEF4303 KURIKULUM PENGKAEDAHAN

    2/23

    HBML 4303 :

    KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN

    DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    KENYATAAN PENGAKUAN

    Saya, AMINUDIN BIN MAT LUDIN Nombor Kad Pengenalan 690101-08-6925,

    pelajar kohort 4, SMP-OUM (Ambilan Khas Oktober 2007) membuat pengakuan

    bahawa segala tugasan untuk subjek HBML 4303 : KURIKULUM DAN

    PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU adalah hasil kerja

    saya dan tiada perbuatan plagiat melainkan penyediaan asli hasil air tangan saya

    sendiri.

    Adalah dimaklumkan bahawa saya;

    Item Pernyataan Semakan

    1. Telah membuat rujukan dan bacaan luas tantang topik

    yang diambil daripada modul, bahan bercetak dan

    eletronik.

    /

    2. Tidak memplagiat atau meniru daripada mana-mana

    sumber atau pelajar lain.

    /

    3. Tidak membenarkan pelajar lain meniru tugasan ini

    melainkan hanya menerangkan dan membantu

    kefahaman rakan-rakan berkaitan tugasan.

    /

    4. Mengikut prosedur tugasan dan mengahantar tugasan

    sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

    /

    Dengan yang demikian, saya faham bahawa jika terdapat apa-apa perkara di

    atas didapati tidak benar, maka pihak Pengurusan OUM berhak untuk mengambil

    apa-apa sahaja tindakan disiplin terhadapan salah laku tersebut.

    2 AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101-08-6925

  • 8/9/2019 HBEF4303 KURIKULUM PENGKAEDAHAN

    3/23

    HBML 4303 :

    KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN

    DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya

    dapatlah saya menyiapkan tugasan ini.

    Kesibukan dengan tugas seharian sebagai pendidik tidak menganggu saya bagi

    menyelesaikan amanah yang diberikan . Inilah satu cabaran yang amat getir dalam

    melakukan dua kerja dalam satu masa. Namun semangat dan kecekalan telah menghilangkan

    semuanya itu.

    Demi menyahut cabaran dan mengimarahkan dunia pendidikan dengan ilmu yang bakal

    memertabatkan anak didik ,saya menyahut cabaran ini.Sejunjung kasih dan penghormatan

    kepada En KHAIRUL AZHAR BIN MOHD ZAHAR selaku tutor bagi kursus HBML

    4303 : KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA

    MELAYU ini. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar serta komen beliau yang bernas lagi jitu

    tidak mungkin dapat saya melaksanakan satu tugasan yang begitu berat untuk dilakukan.

    Kata-kata semangat beliau telah membuatkan saya begitu terangsang untuk melakukan yang

    terbaik daripada yang terbaik. Tidak lupa juga bantuan daripada keluarga dan sahabat yang

    sentiasa berada di samping untuk membantu saya.

    Semoga jasa-jasa kalian ini mendapat rahmah dan kurniaan daripada Illahi.

    Terima kasih untuk semua.

    IlmuIlmu adalah sesuatu yang bersifat rohani dan mempunyai kekuatan. Aliran kekuatanadalah sesuatu yang bersifat rohani dan mempunyai kekuatan. Aliran kekuatan

    tersebut bertali arus dan mengalir ke dalam jiwa penerima seterusnya, apabila punca alirantersebut bertali arus dan mengalir ke dalam jiwa penerima seterusnya, apabila punca aliran

    (Guru) memiliki kekuatan ilmu.(Guru) memiliki kekuatan ilmu. Inilah yang disebut oleh sesetengah pihak sebagaiInilah yang disebut oleh sesetengah pihak sebagai GuruGuru MursyidMursyid..

    3 AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101-08-6925

  • 8/9/2019 HBEF4303 KURIKULUM PENGKAEDAHAN

    4/23

    HBML 4303 :

    KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN

    DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    SOALAN TUGASAN

    Pelajar dikehendaki menjawab DUA soalan di bawah.1. Sistem pendidikan negara sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Bahagian

    Pembangunan Kurikulum merupakan institusi yang menggubal kurikulum supaya sejajar

    dengan perubahan ini. Kurikulum bahasa Melayu sentiasa mengalami perubahan dan

    perkembangan berdasarkan beberapa keperluan. Antaranya keperluan murid-murid,

    masyarakat, negara dan antarabangsa.

    Buat satu analisis yang empirikal tentang senario perkembangan kurikulum bahasa

    Melayu pada masa kini.

    2. Dalam pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu mengajar merupakan wadah dalam

    penyampaian ilmu pengetahuan. Edgar Dale (1969) telah membina tahap-tahap pengalaman

    pembelajaran murid-murid iaitu Kon Pengalaman Dale.

    Nyatakan dan huraikan setiap peringkat dengan contoh-contoh bahan bantu mengajar

    yang sesuai.

    4 AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101-08-6925

  • 8/9/2019 HBEF4303 KURIKULUM PENGKAEDAHAN

    5/23

    HBML 4303 :

    KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN

    DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    Sistem pendidikan negara sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Bahagian

    Pembangunan Kurikulum merupakan institusi yang menggubal kurikulum supaya sejajar

    dengan perubahan ini. Kurikulum bahasa Melayu sentiasa mengalami perubahan dan

    perkembangan berdasarkan beberapa keperluan. Antaranya keperluan murid-murid,

    masyarakat, negara dan antarabangsa.

    Buat satu analisis yang empirikal tentang senario perkembangan kurikulum bahasa

    Melayu pada masa kini

    1.0 Pendahuluan

    Dalam masa satu dekad, iaitu daripada tahun 1990 hingga tahun 2000 , sistem pendidikan

    Negara mengalami perubahan yang pesat. Bermula dengan pelaksanaan Kurikulum Baru

    Sekolah Rendah ( KBSR ) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) sehinggalah

    pelaksanaan Sekolah Bestari.Kesemua perubahan ini bertunjangkan kepada matlamat yang

    satu ,iaitu melahirkan insane pelajar yang seimbang dari segi roh dan jasadnya, iaitu jasmani

    emosi, rohani, intelek dan social (JERIS) melalaui Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Perubahan baru juga telah berlaku dalam arena pendidikan berdasarkan syor-syor yang

    terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran

    (1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah

    rendah mulai tahun 1983.

    Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di sekolah-sekolah

    menengah mulai tahun 1989. Kurikulum ini merangkumi semua pengetahuan, kemahiran,

    norma, nilai, unsur kebudayaan,dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang

    murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental, dam emosi serta untuk menanam

    dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan

    (Akta Pendidikan 1996: Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997(www.moe.gov.my).

    5 AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101-08-6925

    http://www.moe.gov.my/http://www.moe.gov.my/
  • 8/9/2019 HBEF4303 KURIKULUM PENGKAEDAHAN

    6/23

    HBML 4303 :

    KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN

    DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    2.0 Pembangunan Kurikulum

    Pusat Perkembangan Kurikulum bertanggungjawab menggubal kurikulum peringkat

    prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Usaha ini adalah untuk mencapai tahap

    kurikulum yang relevan, koheren dan berkualiti secara berterusan, berteraskan Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan. Fungsi utama pusat ini adalah :

    menggubal dan membangunkan kurikulum persekolahan;

    menyebar dan melaksanakan kurikulum;

    mengesan perlaksanaan kurikulum

    menyediakan pelbagai bahan sokongan kurikulum;

    menjalankan penyelidikan untuk pembangunan dan penilaian kurikulum;

    mengurus dan membangunkan organisasi dan staf serta;

    mengurus penerbitan, percetakan dan pentadbiran pusat sumber

    3.0 Kurikulum

    Kurikulum merupakan suatu siri rancangan pengajaran yang disusun bertujuan untuk

    membolehkan pelajar menguasai ilmu pengetahuan kemahiran dan applikasi ilmu.tersebut.

    Kurikulum meliputi segala matlamat yang dirancang termasukalh pengalaman dankaedah

    pengajaran serta teknik penilaian yang dirancang. Menurut Laporan Jawatankuasa

    Kabinet(1979), kurikulum mengandungi segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah

    institusi pendidikan atau sekolah bagi mencapai matlamat pendidikan. Dalam konteks

    Negara kita terdapat 2 tahap bagi kurikulum ini Kurikulum Besepadu Sekolah Rendah

    (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM)

    6 AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101-08-6925

  • 8/9/2019 HBEF4303 KURIKULUM PENGKAEDAHAN

    7/23

    HBML 4303 :

    KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN

    DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    3.1 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR )

    Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dirancang untuk mengisi tiga bidang asas iaitukomunikasi; manusia dan alam kelilingnya; dan perkembangan diri individu. Matlamat

    utama Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan

    keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh

    ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian. Ia juga digubal dengan memberikan focus

    kepada hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil pembelajaran ini

    berteraskan kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran

    menulis. Hasil pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam sistem bahasa dan

    disokong oleh elemen pengisian kurikulum

    3.1.1 Komunikasi ( Bahasa& Matematik)

    Ianya melibatkan kemahiran-kemahiran asas, iaitu membaca, menulis dan mengira

    (3M) yang merupakan keperluan hidup yang asasi. Dalam KBSR, bidang komunikasi

    dikenali sebagai Komponen Kemahiran Asas. Aspek-aspek yang terkandung dalam

    3M ini bukanlah setakat kemahiran berbentuk mekanis tetapi meliputi kemahiran

    pertuturan, pendengaran, pembacaan dan pemahaman serta penulisan.

    3.1.2 Bidang manusia (Agama Islam dan Moral) dan alam kelilingnya (Alam dan

    Manusia)

    Bidang ini dijadikan Komponen Kemanusiaan dan Persekitaran dalam KBSR.

    Komponen ini dipadukan terus dengan Komponen Kemahiran Asas pada

    peringkat permulaan dan peringkat kemudiannya, iaitu apabila kemahiran-

    kemahiran asas dapat dikuasai oleh murid-murid dengan baik.

    7 AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101-08-6925

  • 8/9/2019 HBEF4303 KURIKULUM PENGKAEDAHAN

    8/23

    HBML 4303 :

    KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN

    DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    3.1.3 Bidang perkembangan diri individu (Muzik, Pendidikan Seni dan Visual dan

    Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)

    Bidang ini melibatkan semua aspek termasuk aspek intelek, rohani, jasmani,

    emosi, bakat, moral, nilai-nilai estetika dan sosial. Sebahagian besar bidang ini

    telah terangkum dalam bidang komunikasi dan manusia dengan alam kelilingnya.

    3.2 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

    Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pula meliputi ketiga-tiga bidang asas tersebut

    tetapi dengan penekanan yang berlainan kerana meliputi aspek-aspek kesepaduan,

    penghayatan dan amalan nilai-nilai murni serta penguasaan bahasa Malaysia dalam

    semua mata pelajaran

    3.2.1 Aspek kesepaduan

    Aspek ini bermakna, unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai dalam

    kandungan KBSM itu digabungjalinkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek(pengetahuan), rohani dan emosi (afektif) dan jasmani (psikomotor). Kesepaduan dalam

    bidang-bidang kajian juga turut diadakan terutama dari segi teori, amali dan nilai-nilai murni

    bagi melahirkan insan yang seimbang perkembangannya. Pengalaman pembelajaran di

    bilik darjah terutamanya dari aspek nilai dan amalan dilanjutkan dan diperkukuhkan melalui

    kegiatan kokurikulum

    3.2.2 Aspek penghayatan dan amalan nilai-nilai murni

    Aspek ini ialah nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan.

    3.2.3 Aspek penguasaan bahasa Malaysia

    Aspek penguasaan Bahasa Malaysia dalam semua mata pelajaran penting kerana bahasa

    Malaysia menjadi satu alat dalam usaha untuk mencapai perpaduan rakyat di

    negara kita.

    8 AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101-08-6925

  • 8/9/2019 HBEF4303 KURIKULUM PENGKAEDAHAN

    9/23

    HBML 4303 :

    KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN

    DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    4.0 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perubahan dan Perkembangan Kurikulum

    Bahasa Melayu

    Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks

    pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum ( khususnya KBSR dan

    KBSM ) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan

    arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang

    pendidikan. Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang

    mempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia

    dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang.

    4.1 Faktor Murid

    Faktor utama yang mempengaruhi pembentukan kurikulum ini ialah perancangan yang dibuat

    berdasarkan pertimbangan kehendak dan keperluan pelajar. Kehendak dan keperluan pelajar

    merujuk kepada keperluan asas seperti makanan, udara untuk bernafas, keperluan untuk

    membesar dan sebagainya serta keselamatan, kasih sayang, bersosial dan kehendak

    penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang akan dibentuk seharusnya sempurna dari segi

    penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi agar apa yang dirancangkan

    itu dapat memberi kepuasan kepada pelajar sebagai individu. Dengan erti kata lain,

    kurikulum yang dibentuk hendaklah meninggalkan kesan yang positif dalam diri pelajar

    apabila pelajar berpeluang memperkembangkan potensi mereka dari aspek intelektual,

    jasmani, rohani dan sosial.

    Dengan ini pelajar dapat mengenalpasti tahap kemampuan dan pencapaian potensi mereka

    dalam suatu bentuk aktiviti pembelajaran dan akan menetapkan matlamat ke arah pembaikan

    mutu kecemerlangan kendiri. Faktor faktor lain seperti minat dan perkembangan individu

    dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif juga merupakan antara faktor sampingan yang

    perlu diambilkira semasa pembentukan kurikulum sekolah dengan tujuan mencapai matlamat

    yang diinginkan itu.

    9 AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101-08-6925

  • 8/9/2019 HBEF4303 KURIKULUM PENGKAEDAHAN

    10/23

    HBML 4303 :

    KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN

    DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    4.2 Kehendak Masyarakat

    Masyarakat ditakrifkan sebagai satu kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu

    tempat dengan adanya peraturan serta amalan hidup yang tertentu. Sekolah itu ialah sebuah

    masyarakat kecil. Oleh itu, sistem pendidikan di sekolah terikat dengan peraturan serta

    amalan, iaitu peraturan sosiobudaya yang perlu dipatuhi oleh murid-murid. Peranan

    sekolah sebagai sebuah masyarakat kecil serta peraturan sosiobudaya yang perlu dipatuhi

    oleh ahli-ahlinya

    Masyarakat mengkehendaki murid-murid mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti

    membaca, menulis dan mengira; konsep-konsep asas cara hidup masyarakat dari segi politik,

    sosial dan ekonomi; serta teknik-teknik asas untuk menyertai kehidupan sesuatu masyarakat,

    seperti mengambil bahagian dalam perbincangan, kepimpinan dan pemikiran kritis dalam

    suatu sistem demokratik.

    4.3 Faktor Kewarganegaraan

    Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran dan

    pembelajaran mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air.

    Pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan

    meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara. Unsur patriotisme dan

    kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran mengutmakan

    pemupukansemangat cinta dan taat akan tanah air. Di samping itu, pemupukan unsur ini bertujuan untuk

    melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa

    dan negara.

    10 AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101-08-6925

  • 8/9/2019 HBEF4303 KURIKULUM PENGKAEDAHAN

    11/23

    HBML 4303 :

    KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN

    DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    4.4 Aspek Antarabagsa

    Faktor seterusnya adalah faktor kehendak sarwa jagat yang sememangnya mempengaruhi

    pembentukan sesuatu kurikulum di sekolah. Di zaman era globalisasi masa kini, kita tidak

    dapat mengelakkan diri daripada menerima pengaruh pengaruh politik, ekonomi dan sosial

    negara negara lain. Hal ini kerana berikutan keadaan komunikasi yang saling bersangkut

    paut di antara satu sama lain.

    Dalam usaha untuk mencapai keperluan penyempurnaan kendiri, hidup dalam dunia yang

    aman, progresif dan bertamadun, rancangan kurikulum seharusnya dapat memberi ilmu

    pengetahuan dan latihan yang boleh memenuhi kehendak sarwa jagat. Justeru itu, kurikulum

    sekolah yang ideal ialah kurikulum yang membolehkan pemupukan persefahaman dan

    semangat kerjasama antarabangsa dalam diri pelajar seperti menghormati hak hak individu

    dan kedaulatan negara, sumbangan dan komitmen yang mampu diberikan ke arah

    penyelesaian konflik negara dan global, serta meningkatkan taraf kerohanian, maruah,

    pandangan dan visi sedunia ke tahap yang tinggi dan sempurna.

    11 AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101-08-6925

  • 8/9/2019 HBEF4303 KURIKULUM PENGKAEDAHAN

    12/23

    HBML 4303 :

    KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN

    DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    5 Senario Perkembangan Kurikulum Bahasa Melayu Masa Kini

    Bahasa bukan sahaja berfungsi sebagai alat komunikasi tetapi juga sebagai alat yangberupaya menyampaikan emosi, maksud, buah fikiran, isi hati dan adapatmenyelesaikan

    pelbagaisu dan maslaah yang dihadapi oleh penuturnya Bahasa Melayu telah menjadi

    bahasa utama, bahasa majority dan bahasa lingua franca sejak berkurun lamanya,

    kepentingan Bahasa Melayu tidak dapat dipertikaikan. Peranannya bukan setakat sebagai

    bahasa pertuturan malah mencakupi pelbagai bidang

    Bahasa Rasmi

    Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi dan dinobatkan pada 1 September 1967.

    Menu rut Kamus Dewan (1970:59) ,bahasa rasmi adalah bahasa pentadbiran, bahasa

    perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi

    pengajian tinggi. Menurut Ainon Ahmad(a984) ,bahasa rasmi pula bererti peranan bahasa

    melayu sebagai saranan pembinaan Negara dalam semua urusan, terutama

    urusanpentadbiran Negara. Peningkatan taraf Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ini

    telah dapat menjuruskan kearah perpaduan antara kaum. Pelbagai kaum akan

    menggunakan Bahasa Melayu sebagai dalam komunikasi sesama mereka dan menjadi alat

    perpaduan bangsa.

    Bahasa Teknologi

    Bahasa juga merupakan alat untuk berhubung antara anggota masyarakat. Perkembangan

    teknologi maklumat maklumat dankomunikasi yang berkembang pesat berkait secara

    langsung dengan kemampuan menjana idea, kreativiti dan inovasi bagi memantapkan

    penggunaan Bahasa Melayu. Usaha untuk membentuk peristilahan Bahasa Melayu dalam

    bidnag ini perlu lebih progresif dan terbuka dengan menerima penyerapan masuk kata-

    kata asing bagi pengayaan perbendaharaan kata Bahasa Meayu. Bahasa Melyu perlu

    kukuh dan mantap untuk membolehkannya memperkatakan apa sahaja bidang yang

    begitu cepat muncul dan berkembang dalam kehidupan manusia.

    12 AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101-08-6925

  • 8/9/2019 HBEF4303 KURIKULUM PENGKAEDAHAN

    13/23

    HBML 4303 :

    KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN

    DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    Nilai Penerapan nilai murni dalam pendidikan bertujuan untuk melahirkan insan

    yang baik serta memiliki akhlak mulia. Penerapan nilai-nilai murni akan turut

    membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Nilai-nilai

    murni bersifat global dan selaras dengan agama, budaya dan norma masyarakat

    Malaysia (Ee Ah Meng, 1995:28).

    13 AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101-08-6925

  • 8/9/2019 HBEF4303 KURIKULUM PENGKAEDAHAN

    14/23

    HBML 4303 :

    KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN

    DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    SOALAN 2

    Dalam pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu mengajar merupakan wadah

    dalam penyampaian ilmu pengetahuan. Edgar Dale (1969) telah membina tahap-tahap

    pengalaman pembelajaran murid-murid iaitu Kon Pengalaman Dale.

    Nyatakan dan huraikan setiap peringkat dengan contoh-contoh bahan bantu mengajar

    yang sesuai.

    1.0 Pendahuluan

    Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program

    pembelajaran,menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu

    dan untuk menjadikanpembelajaranbaik dan lebih menarik. Bahan bantu mengajar (BBM)

    bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan

    pembelajaran.Mengikut Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) , bertajuk Alatan Mengajar

    Dalam Pengajaran Bahasa, alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang

    padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara

    guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu

    ataumempercepatkanproses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong sama oleh Edgar

    Dale ( 1964 )yang digambarkan dalam bentuk cone of experience di mana proses

    pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih

    abstrakDewasa ini pengetahuan saintifik,psikologi pembelajaran, perkembangan teknologi,

    beberapa BBM yang baru dan lama perlu digunakanuntuk mempercepatkan proses

    pembelajaran, tetapi tidak berupaya mengambil tempat seorang guru.

    14 AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101-08-6925

  • 8/9/2019 HBEF4303 KURIKULUM PENGKAEDAHAN

    15/23

    HBML 4303 :

    KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN

    DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    2.0 Objektif dan Pemilihan Bahan Bantuan Mengajar

    Untuk menyediakan bahan-bahan yang sesuai dalam sesuatu situasi pengajaran dan

    pembelajaran itu, guru hendaklah memproses bahan-bahan tersebut sebelum ianya

    digunakan. Beberapa langkah boleh digunakan, umpamanya proses memilih, mengolah,

    membina, menggunakan dan menilai. Proses ini merupakan satu proses yang berterusan dan

    ianya harus dilakukan berdasarkan kriteria pemilihan bahan yang telah ditetapkan.Bahan

    yang dipilih perlulah menepati prinsip arau objektid pengajaran dna pembelajaran

    . a) Bahan mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran dan

    pembelajaran.

    Pemilihan bahan-bahan pengajaran harus menitikberatkan objektif pembelajaran para

    pelajar. Objektif harus ditentukan dahulu, selaras dengan tujuan keseluruhan program

    pengajaran, dan kemudian bahan-bahan diolah dan dipilih supaya ianya sesuai dan

    berhubung dengan objektif tersebut. Tujuan program pengajaran haruslah menentukan

    bahan-bahan yang akan digunakan dan bukan sebaliknya.

    b) Memperkembangkan Potensi murid

    Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih sepatutnya mestilah boleh

    membantu pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka. Ini bermakna, bahan-

    bahan itu haruslah mengandungi unsur-unsur intelek(pengetahuan) dan nilai-nilai

    murni yang dipercayai Dapat mewujudkan insan yang boleh bertindak dan berfikir

    secara dewasa. Pemilihan bahan-bahan haruslah bermatlamatkan kepada pendidikan

    dan pembentukan individu yang menyeluruh dan bersepadu.

    15 AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101-08-6925

  • 8/9/2019 HBEF4303 KURIKULUM PENGKAEDAHAN

    16/23

    HBML 4303 :

    KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN

    DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    c) Guru hendaklah menggunakan penggerak pelajar-pelajar untuk memudahkan

    pembelajaran mereka.

    Pelajar yang mempunyai penggerak untuk mempelajarai sesuatu akan dapat

    mempelajarinya dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan mempelajari sesuatu

    yang tidak diminatinya. Penggerak yang berkesan timbul daripada keperluan yang

    ditunjukkan oleh minat murid.

    Walaupun manusia belajar untuk tujuan memenuhi keperluan hidup tetapi minatterhadap perkara-perkara yang belum diketahuinya dapat ditimbulkan dengan

    mengaitkan perkara itu dengan perkara-perkara yang diminatinya. Oleh sebab itu,

    guru hendaklah memulakan pengajarannya dengan perkara-perkara yang telah

    diketahui oleh para pelajar dan dari situ membawa kepada perkara-perkara yang lebih

    mendalam yang menguatkan minat dan keperluan sedia ada.

    d) Ketepatan Maklumat

    Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamaikan maklumat yang

    tepat kepada pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman, rancangan radio/tv dan

    sebagainya. Ketepatan maklumat juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan

    ukuran saiz. Misalnya warna hijau untuk daun, biru untuk langit dan lain-lain.

    16 AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101-08-6925

  • 8/9/2019 HBEF4303 KURIKULUM PENGKAEDAHAN

    17/23

    HBML 4303 :

    KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN

    DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    3.0 Konsep Kon Pengalaman Dale

    Kon Pengalaman Dale ( Cone of Experience ) telah dikemukakan oleh Edgar Dale (1946) di

    dalam teori pembelajaran manusia. . Ia adalah sebuah model visual bertujuan untukmeringkaskan sistem klasifikasi Dale untuk jenis pelbagai pengalaman belajar dimediasi.

    Teori ini menyatakan bahawa kesan bahan bantuan mengajar atau kaedah teknik pengajaran

    yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia dapat mengubah kefahaman

    pelajar daripada yang sukar kepada lebih mudah, iaitu konkrit kepada abstrak. Dale

    memperingkatkan pengajaran dan pembelajaran kepada 3 peringkiat iaitu Penglibatan,

    pemerhatian dan persimbolanLabel asal untuk sepuluh kategori's Dale adalah:, tujuan

    Pengalaman; buat Pengalaman, Drama Penglibatan; Demonstrasi langsung, , Pameran,

    Motion Pictures, Radio, Rakaman, Masih Pictures; Visual Cinta dan Cinta Verbal.

    Ketika Dale meneliti kaedah pengajaran dia mendapati bahawa banyak dari apa yang kami

    dapati benar langsung dan tidak langsung (dan dari konkrit dan abstrak) pengalaman boleh

    diringkaskan dalam sebuah gambar peranti atau piramid Dales disebut "Kon

    Pengalaman". Dalam bukunya 'Audio kaedah visual dalam mengajar' 1957, - dia menyatakan

    bahawa kon tidak ditawarkan sebagai atau mekanikal yang sempurna tanpa cacat gambar

    yang akan diambil benar-benar harfiah. Itu hanya direka sebagai alat bantu visual untuk

    membantu menjelaskan keterkaitan dari pelbagai jenis bahan audio-visual, serta masing-

    masing 'kedudukan' dalam proses belajar.

    Dia mengatakan "Alat kon adalah metafora visual dari pengalaman belajar, di mana pelbagai

    jenis bahan audio-visual yang diatur dalam urutan abstractness meningkat sebagai salah satu

    hasil dari pengalaman langsung"

    17 AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101-08-6925

  • 8/9/2019 HBEF4303 KURIKULUM PENGKAEDAHAN

    18/23

    HBML 4303 :

    KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN

    DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    Kon Pengalaman Dale

    18 AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101-08-6925

  • 8/9/2019 HBEF4303 KURIKULUM PENGKAEDAHAN

    19/23

    HBML 4303 :

    KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN

    DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    4.0 Peringkat Pembinaan Bahan Bnauan Mengajar Mengikut Kon Pengalaman Dale

    Dale menyarankan agar pengajaran haruslah bermula dari yang konkrit keada abstrak. Ini

    dapat memudahkan penerimaan maklumat atau pengajaran kepada pelajar dengan mudah .

    4.1 Penglibatan

    Berdasarkan kon ini, kita dapat lihat bahawa ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu

    penglibatan, pemerhatian dan persimbolan. Pemeringkatan ini bermula daripada konkrit

    kepada abstrak. Setiap peringkat mempunyai peranan yang berbeza. ( Lihat Rajah 1 )

    Peringkat yang pertama ialah penglibatan. Di sini kita dapat lihat bahawa pengalaman konkrit

    atau pengalaman sebenar menjadi tapak di mana ia dimulakan dengan penglibatan pelajar itu

    sendiri sama ada melalui pengalaman sebenar, pengalaman tiruan atau pengalaman melalui

    lakonan atau drama.

    Contohnya dalam pengajaran sains, bahan yang maujud seperti tumbuhan atau haiwan kecil

    yang boleh dijadikan sebagai media pengajaran. Pelajar dapat mengalami sendiri proses

    pembelajaran di mana mereka boleh merasa, memegang, melihat, menghidu dan sebagainya

    menggunakan pancaindera mereka. Secara tidak langsung, aktiviti ini akan menjadikan

    proses pembelajaran mereka lebih bermakna dan berkualiti.

    19 AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101-08-6925

  • 8/9/2019 HBEF4303 KURIKULUM PENGKAEDAHAN

    20/23

    HBML 4303 :

    KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN

    DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    4.2 Pemerhatian

    Pengalaman konkrit ini akan semakin berkurangan apabila peranan pelajar sebagai pemerhati

    kepada peristiwa sebenar berkurangan. Pada peringkat kedua iaitu peringkat pemerhatian,

    pelajar bertindak sebagai pemerhati di mana peristiwa sebenar di buat dalam bentuk lawatan,

    tunjuk cara, pameran, gambar bergerak seperti televisyen dan gambar kaku seperti filem.

    Pengajaran berbentuk multimedia ini masih lagi berkesan dalam membantu meningkatkan

    tahap penguasaan pelajar dalam memahami konsep kerana aktiviti yang dijalankan masih lagi

    berpusatkan pelajar.

    Peringkat penglibatan dan pemerhatian ini dikatakan sebagai Slow but Sure kerana ia

    sesuai bagi mencapai objektif pembelajaran yang kandungan amat sikit atau tidak diketahui

    pelajar. Penggunaan media yang sesuai dengan objektif pembelajaran seperti CD, video dan

    multimedia interaktif sangat berkesan dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang

    positif. Namun begitu, proses penyediaan peralatan ini mungkin mengambil masa yang agak

    lama dan kos yang lebih mahal.

    4.3 Persimbolan

    Seterusnya, Kon Pengalaman Dale telah mengatakan bahawa peringkat persimbolan

    adalah peringkat yang paling abstrak. Pelajar akan mengalami pengalaman yang abstrak di

    mana mereka mentafsir simbol visual dan lisan yang mewakili peristiwa tersebut.

    Pengalaman abstrak merupakan pengajaran yang tradisi yang mana amat mengutamakan teks.Peringkat ini dikatakan sebagai Fast but Risky kerana segala perancangan yang dirancang

    sememangnya lebih cepat dan kos yang murah namun ada risikonya. Pelajar mungkin akan

    terkeliru dengan penggunaan simbol verbal dan visual kerana mereka tidak mahir dalam

    mentafsir simbol-simbol tersebut. Objektif pembelajaran pada peringkat ini hanya akan

    tercapai jika pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada yang telah dikuasai secara

    konkrit. Pelajar boleh memanfaatkan aktiviti pembelajaran yang abstrak asalkan mereka

    telah mempunyai banyak maklumat konkrit yang boleh digunakan bagi mentafsir konsep

    abstrak tersebut. (Edgar Dale, 1946).

    20 AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101-08-6925

  • 8/9/2019 HBEF4303 KURIKULUM PENGKAEDAHAN

    21/23

    HBML 4303 :

    KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN

    DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    5.0 Penutup

    Pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran. Rangsangan yang diterima

    daripada alam sekeliling menjadi bahan untuk diproses oleh kecerdasan dan yang

    kemudiannya akan lahir sebagai pengetahuan dan pengalaman. Sungguhpun rangsangan

    dalam alam sekeliling ini amat banyak tetapi tidak semua rangsangan itu dapat diterima atau

    ditanggapi oleh manusia. Rangsangan yang sukar ditanggap tidak akan dapat diproses dan

    tidak akan menjadi pengalaman. Oleh yang demikian, kecerdasan walau bagaimana baik pun

    ia, jika kurang mendapat rangsangan, ianya tidak akan menghasilkan perkembangan

    kecerdasan dan pengalaman yang berkesan.

    Berdasarkan hakikat inilah, peranan guru dalam menentukan bahan-bahan pengajaran dan

    pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana bahan-bahan itu merupakan media yang

    mampu mewujudkan rangsangan dan yang kemudiannya akan bertindak memperkembang

    kecerdasan dan pengalaman. dan penggunaan bahan-bahan pengajaran, kerana inilah di

    antara aspek yang memberi kesan terhadap prestasi para pelajar.

    21 AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101-08-6925

  • 8/9/2019 HBEF4303 KURIKULUM PENGKAEDAHAN

    22/23

    HBML 4303 :

    KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN

    DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    BIBLIOGRAFI

    Abdul Rahim Abdul Rashid,( 1996 ), Panduan Latihan Mengajar, Kuala Lumpur, Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

    Asmah bt. Hj. Ahmad, ( 1989 ), Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman, Selangor,

    Longman Malaysia Snd. Bhd.

    EE Ah Meng. 1996. Pendidikan Di Malaysia 1: Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah, Shah

    Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Ee Ah Meng.(1995).Pendidikan Sebagai Atu Proses. Shah Alam: Fajar Bakti.Ibrahim Mamat,2001. Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran Dalam Pendidikan,

    Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamaruddin Hj. Husin.(1994). Asas

    Pendidikan III: Perkembangan dan Perlaksanaan Kurikulum. Kuala Lumpur:

    Longman.

    Kamarudin Hj. Husin, ( 1994 ) KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa (Edisi Baru), Siri

    Pendidikan Perguruan, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Snd. Bhd.

    Jurnal Pengurusan Pendidikan ( 1996 ), Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan

    Malaysia

    Laporan Jawatankuasa Kabinet. 1979. Mengkaji Pelaksanaan Dasar, Kuala Lumpur:

    Kementerian Pelajaran Malaysia

    22 AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101-08-6925

  • 8/9/2019 HBEF4303 KURIKULUM PENGKAEDAHAN

    23/23

    HBML 4303 :

    KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN

    DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    Mat Nor Hussin, Ab. Rahman Ab. Rashid,( 1988 ) Alat Bantu Mengajar Dalam PengajaranBahasa, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Snd. Bhd.

    Mohd. Daud Hamzah(1995). Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: DBP.

    Mohd. Daud Hamzah(1995).Penerokaan Teori Kurikulum. Kuala Lumpur: DBP.

    Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd Dain, ( 1980 ) , Kaedah dan Teknik Mengajar Bahasa

    dengan rujukan khusus kepada pengajaran Bahasa Melayu,Kuala Lumpur:Penerbit

    Pustaka Ilmu

    Internet. http// www.moe.gov.my

    internet. http// www.myschoolnet.ppk.kpm.my/perkelab

    http://teacherworld.com/pot.html

    http://qaryafikir.wordpress.com/

    http://www.prihatin.net/

    http://web.utk.edu/~mccay/apdm/index.htm

    .

    23 AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101-08-6925

    http://www.moe.gov.my/http://www.myschoolnet.ppk.kpm.my/perkelabhttp://teacherworld.com/pot.htmlhttp://qaryafikir.wordpress.com/http://www.prihatin.net/http://web.utk.edu/~mccay/apdm/index.htmhttp://www.moe.gov.my/http://www.myschoolnet.ppk.kpm.my/perkelabhttp://teacherworld.com/pot.htmlhttp://qaryafikir.wordpress.com/http://www.prihatin.net/http://web.utk.edu/~mccay/apdm/index.htm