teori pembentukan konsep bruner & ausubel

8
Teori Pembentukan Konsep Bruner Jerome Bruner telah dilahirkan di New York pada 1 Oktober 1915. Insan yang lebih dikenali sebagai J.Bruner ini merupakan bapa kepada teori psikologi kognitif. Anak kepada Herman dan Rose (Glickmann) Bruner, telah dilahirkan buta dan tidak dapat melihat setelah dijangkiti katarak sewaktu beliau masih bayi. Bruner bersekolah di sekolah umum, lulus dari sekolah tinggi pada tahun 1933, dan masuk Duke University di mana ia mengambil jurusan psikologi, mendapat gelaran AB pada tahun 1937. Bruner kemudian mengejar kajian pascasarjana di Harvard University, menerima MA pada 1939 dan Ph.D. pada tahun 1941. Semasa Perang Dunia II, beliau berkhidmat di bawah Jeneral Eisenhower di Perang Psikologis Divisi Markas Tertinggi Bersekutu Expeditionary Force Eropah. Beliau memainkan peranan yang penting dalam perancangan Projek Medison, suatu kurikulum matematik moden di Amerika Syarikat. Antara pencapaian yang telah diperolehi oleh berliau adalah seperti, BA, Duke University, 1937, PhD, Harvard, 1941 (psikologi), Profesor psikologi di Harvard (1952- 1972), Profesor psikologi di Oxford (1972-1980), CIBA Pingat Emas, 1974, untuk "kajian khas dan asli", Balzan Prize pada tahun 1987 untuk "sumbangan untuk memahami fikiran manusia" serta Fellow, American Academy of Arts and Sciences. Bruner berpendapat bahawa cara seseorang individu mengamalkan budayanya dan pergaulan sosialnya akan menentukan cara bagaimana individu tersebut menerima pendidikan.Beliau terkenal untuk dua teori kognitifnya iaitu Model Penemuan Inkuiri dan Teori Pembentukan Konsep. Fokus utama teori Bruner adalah model penemuan inkuiri dalam pembelajaran yang mementingkan konsep kategorisasi.Bruner lebih menegaskan faktor-faktor persekitaran dan pengalaman model penemuan inkuirinya.Pembelajaran penemuan Bruner adalah lebih berdasarkan prinsip konstruktivisme iaitu,seorang murid akan membina maklumat dan konsep baru berdasarkan perkaitan di antara maklumat-maklumat yang sedia ada.Murid-murid akan mengolah maklumat melalui struktur kognitif yang sedia ada seperti skema dan model mental untuk menambah kesedaran baru dalam ingatan. Menurut model ini,murid-murid digalakkan belajar melalui perbuatan aktiviti dan pengalam sendiri.Dalam keadaan ini,peranan guru adalah untuk mencungkil fikiran mereka serta memberangsangkan naluri ingin tahu murid-murid dengan soalan- soalan yang mencabar.Guru-guru juga bertanggungjawab untuk memastikan aktivit-aktiviti pengajaran bersesuaian dan murid-murid tidak gagal dalam aktiviti penemuan mereka. Terdapat empat tema yang berkaitan dengan Model Penemuan Inkuiri yang harus diutamakan.Tema pertama adalah pertengahkan konsep dan keutamaan struktur kognitif dalam proses pembelajaran.Pemindahan pembelajaran daripada pengetahuan lama yang sedia ada kepada input dan konsep-konsep baru perlu difokuskan.Guru-guru mesti selalu pertengahkan dan memfokuskan pada konsep-konsep yang baru kerana penguasaan fakta-fakta atau sesuatu teknik tidak berkesan dalam jangka masa panjang.Tema seterusnya pula kesediaan belajar murid-murid.Guru-guru mesti meneliti kesediaan pembelajaran murid-murid dan mengutamakan kurikulum berpusar.Guru juga perlu sentiasa mengajar isi pelajaran dan kurikulum daripada senang kepada susah dan yang sentiasa

Upload: tuan-iffah-nabihah

Post on 30-Dec-2015

161 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

psiko

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Pembentukan Konsep Bruner & Ausubel

Teori Pembentukan Konsep Bruner

Jerome Bruner telah dilahirkan di New York pada 1 Oktober 1915. Insan yang lebih dikenali sebagai

J.Bruner ini merupakan bapa kepada teori psikologi kognitif. Anak kepada Herman dan Rose (Glickmann) Bruner,

telah dilahirkan buta dan tidak dapat melihat setelah dijangkiti katarak sewaktu beliau masih bayi. Bruner bersekolah

di sekolah umum, lulus dari sekolah tinggi pada tahun 1933, dan masuk Duke University di mana ia mengambil

jurusan psikologi, mendapat gelaran AB pada tahun 1937. Bruner kemudian mengejar kajian pascasarjana di

Harvard University, menerima MA pada 1939 dan Ph.D. pada tahun 1941. Semasa Perang Dunia II, beliau

berkhidmat di bawah Jeneral Eisenhower di Perang Psikologis Divisi Markas Tertinggi Bersekutu Expeditionary Force

Eropah. Beliau memainkan peranan yang penting dalam perancangan Projek Medison, suatu kurikulum matematik

moden di Amerika Syarikat.

Antara pencapaian yang telah diperolehi oleh berliau adalah seperti, BA, Duke University, 1937, PhD,

Harvard, 1941 (psikologi), Profesor psikologi di Harvard (1952-1972), Profesor psikologi di Oxford (1972-1980), CIBA

Pingat Emas, 1974, untuk "kajian khas dan asli", Balzan Prize pada tahun 1987 untuk "sumbangan untuk memahami

fikiran manusia" serta Fellow, American Academy of Arts and Sciences.

            Bruner berpendapat bahawa cara seseorang individu mengamalkan budayanya dan pergaulan sosialnya

akan menentukan cara bagaimana individu tersebut menerima pendidikan.Beliau terkenal untuk dua teori kognitifnya

iaitu Model Penemuan Inkuiri dan Teori Pembentukan Konsep.

            Fokus utama teori Bruner adalah model penemuan inkuiri dalam pembelajaran yang mementingkan konsep

kategorisasi.Bruner lebih menegaskan faktor-faktor persekitaran dan pengalaman model penemuan

inkuirinya.Pembelajaran penemuan Bruner adalah lebih berdasarkan prinsip konstruktivisme iaitu,seorang murid

akan membina maklumat dan konsep baru berdasarkan perkaitan di antara maklumat-maklumat yang sedia

ada.Murid-murid akan mengolah maklumat melalui struktur kognitif yang sedia ada seperti skema dan model mental

untuk menambah kesedaran baru dalam ingatan.

            Menurut model ini,murid-murid digalakkan belajar melalui perbuatan aktiviti dan pengalam sendiri.Dalam

keadaan ini,peranan guru adalah untuk mencungkil fikiran mereka serta memberangsangkan naluri ingin tahu murid-

murid dengan soalan-soalan yang mencabar.Guru-guru juga bertanggungjawab untuk memastikan aktivit-aktiviti

pengajaran bersesuaian dan murid-murid tidak gagal dalam aktiviti penemuan mereka.

            Terdapat empat tema yang berkaitan dengan Model Penemuan Inkuiri yang harus diutamakan.Tema pertama

adalah pertengahkan konsep dan keutamaan struktur kognitif dalam proses pembelajaran.Pemindahan

pembelajaran daripada pengetahuan lama yang sedia ada kepada input dan konsep-konsep baru perlu

difokuskan.Guru-guru mesti selalu pertengahkan dan memfokuskan pada konsep-konsep yang baru kerana

penguasaan fakta-fakta atau sesuatu teknik tidak berkesan dalam jangka masa panjang.Tema seterusnya pula

kesediaan belajar murid-murid.Guru-guru mesti meneliti kesediaan pembelajaran murid-murid dan mengutamakan

kurikulum berpusar.Guru juga perlu sentiasa mengajar isi pelajaran dan kurikulum daripada senang kepada susah

dan yang sentiasa mengaitkan satu konsep dengan yang lain.Selain daripada itu,sesuatu topik mesti selalu diulang

oleh guru sehingga murid-murid memahaminya dengan sempurna.

            Tema ketiga pula adalah penggunaan naluri intuitif atau gerak hati.Semasa guru-guru mengajar,mereka mesti

mengajar dengan memfokuskan kepada naluri intuitif atau gerak hati para murid.Pembelajaran harus produktif dan

perlu diutamakan sebagai pembelajaran yang bermakna untuk murid-murid.Pembelajaran perlu disokong dengan

pemikiran lain seperti pemikiran analitikal.Tema yang terakhir adalah motof untuk belajar.Guru-guru juga mesti

sentiasa mencungkil motivasi dalaman atau naluri ingin tahu murid-murid mengenai sesuatu fenomena.Ini

merupakan cara yang paling berkesan bagi seorang guru untuk menarik minat murid-muridnya.Guru-guru juga perlu

Page 2: Teori Pembentukan Konsep Bruner & Ausubel

mengajar murid-murid yang mencapai markah yang tertinggi dalam peperiksaan atau mendapat tempat pertama

dalam pertandingan sekolah bukan tujuan utama untuk belajar sesuatu.Motif untuk belajar adalah lebih untuk

memenuhi keperluan kognitif minda serta untuk perkembangan intelek murid-murid.

            Bruner juga telah mengutamakan teori pembentukan konsep yang terkenal.Beliau menekankan

perkembangan kognitif kanak-kanak melalui beberapa peringkat penaakulan.Peringkat pertama adalah peringkat

enaktif atau tidak aktif.Kanak-kanak yang berumur dari 0-2 tahun tergolong dalam peringkat ini.Pada peringkat

ini,kanak-kanak belajar melalui tindakan manipulatif kerana mereka belum menguasai bahasa untuk bertutur.Mereka

juga menggunakan anggota deria untuk menyelesaikan masalah.Beberapa aktiviti dilakukan berdasarkan

pergerakan anggota kanak-kanak.Maka,guru-guru perlu sdiakan bahan maujud untuk mengimbangkan minda murid-

murid dalam peringkat ini.Menuut Bruner,peringkat ikonik adalah peringkat penaakulan kedua.Kanak-kanak yang

berumur 2-4 tahun dapat membayangkan satu situasi dalam minda mereka pada peringkat ini.Mereka juga

menyimpan maklumat dan pengalaman dalam kerangka kognitif   secara lebih tersusun.Guru-guru perlu merancang

pelajaran dengan menggunakan pelbagai jenis bahan bantu mengajar.Peingkat terakhir adalah peringkat

simbolik.Pada peringkat ini,kanak-kanak boleh menggunakan simbol seperti bahasa,perkataan,nombor dan simbol-

simbol matematik.Mereka juga dapat memindah pengalaman pembelajaran ke situasi serupa dengan membuat

penaakulan logik.Pada tahap ini,kanak-kanak dapat menyoal mengenai satu fenomena dan dapat memberi pendapat

mengenai sesuatu masalah atau situasi.Mereka juga menggunakan langkah-langlah penyelesaian masalah.Oleh

yang demikian,guru-guru harus merancang pengajaran secara teratur supaya murid-murid dapat mengembangkan

potensi mereka pada peringkat ini.Menurut Bruner,dalam mana-mana tempoh masa yang tertentu ,satu jenis

penaakulan akan lebih dominan daripada yang lain.Ini bererti kanak-kanak berkebolehan untuk berfikir pada tahap

yang lebih mantap melalui pendedahan kepada idea-idea kognitif mencabar dalam persekitaran mereka daripada

umur yang kecil lagi.

            Dengan itu,Bruner (1996),di dalam bukunya Toward a Theory of Instruction ,menghuraikan empat prinsip

pengajaran-pembelajaran berlandaskan teori pembelajaran yang dikemukakannya.Di antaranya ialah prinsip

kecenderungan murid-murid,prinsip pengajaran berstruktur,prinsip rangkaian ataupun sekuen dan prinsip

peneguhan.Dalam prinsip kecenderungan murid-murid,murid-murid mesti mempunyai kecenderungan ingin tahu

perkara-perkara yang sedang berlaku di sekelilngnya.Mereka perlu sentiasa menyoal diri dengan soalan-soalan

sepert “ Mengapa?”,”Kenapa?” atau “ Bagaimanakah sesuatu berlaku?”Manakala pengajaran berstruktur pula

dikatakan sebagai organisasi isi pelajaran oleh Bruner.Mengikut beliau,aktivit pembelajaran dan pengajaran yang

berkesan dapat dicapai sekiranya organisasi isi pelajaran adalah sesuai dengan pembelajaran mental kanak-

kanak.Prinsip ini mengutamakan apa isi pelajaran sesuai dengan apa bentuk pengajaran,dan apa bentuk pengajaran

yang sesuai digunakan untuk apa murid yang berkenaan.Di bawah prinsip ini,Bruner mencadangkan penggunaan

prinsip pengajaran daripada konkrit kepada abstrak ,iaitu menggunakan bahan konkrit ,demonstrasi ataupun ilustrasi

untuk mengajar perwakilan nombor.

Sementara itu,prinsip rangkaian yang juga dikenali sebagai prinsip sekuen merupakan suatu prinsip

turutan. Mengikut Bruner, prinsip ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu prinsip sekuen yang pertama (prinsip

kesediaan). Di mana pada peringkat ini guru perlu menggunakan set induksi untuk menimbulkan motivasi yang

berterusan kepada murid agar aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Prinsip seterusnya

adalah prinsip sekuen yang kedua. Prinsip ini adalah penggunaan dan perlaksanaan kaedah dan teknik mengajar.

Kaedah dan teknik mengajar perlulah seimbang dengan perkembangan kognitif murid pada waktu itu. Secara tidak

langsung, ianya dapat mempertingkatkan daya keupayaan mental kanak-kanak. Prinsip sekuen ini dapat

menghubungkaitkan pengalaman baru dengan pengalaman lama serta keberkesanan pembelajaran dapat

ditingkatkan.Justeru itu,murid-murid harus diberi peluang untuk sentiasa mengaitkan pengetahuan baru dengan

pengetahuan yang sedia ada dan menguasai bahan-bahan pembelajaran dalam bentuk rangkaian.Dengan itu,prinsip

yang terakhir adalah prinsip peneguhan.Guru-guru mesti bijak membuat peneguhan yang bersesuaian tidak kira

Page 3: Teori Pembentukan Konsep Bruner & Ausubel

positif ataupun negatif untuk memperkukuhkan sesuatu pembelajaran.Mengikut Bruner,selain daripada memberi

peneguhan,penetapan masa yang sesuai dalam pemberian peneguhan juga penting supaya gerak balas yang

ditunjukkan oleh murid-murid diulang secara bersiri dan konsisten.

Secara kesimpulanya,boleh dikatakan bahawa teori Bruner telah mempengaruhi pengajaran dengan impak

yang paling ketara.

Teori Pembelajaran Asimilasi Ausubel

            David Paul Ausubel(1918-2008) merupakan salah seorang ahli psikologi Amerika. Beliau telah memberi

banyak sumbangan yang penting khususnya dalam bidang psikologi pendidikan, sains kognitif dan juga

pembelajaran pendidikan sains. Ausubel Silahirkan pada 25 Oktober 1918 dan dibesarkan di Brooklyn, New York. 

Beliau mendapat pendidikan di Universiti of Pennsylvania dan mendapat ijazah kehormat pada tahun 1939 dalam

bidang psikologi. Kemudian Ausubel menamatkan pelajarannya di sekolah perubatan di Universiti Middlesex. Beliau

juga  telah berkhidmat dengan jabatan pertahanan US Public Health Service, dan telah memperolehi   M.A dan Ph.D

dalam Psikologi Perkembangan dari Universiti Columbia pada 1950. Pada tahun 1973, Ausubel membuat keputusan

untuk  bersara dari bidang akademik dan menyertai latihan psikiatri. Sepanjang menjalani latihan psikaitri, Ausubel

telah menghasilkan pelbagai judul buku dan artikel tentang psikiatri dan jurnal psikologikal. Pada tahun 1976, beliau

telah menerima Anugerah Thorndike dari Persatuan Psikologi Amerika bagi sumbangan beliau yang

memberangsangkan dalam bidang psikologi dalam pendidikan. Pada umur 75 tahun, Ausubel bersara dari bidang

professional dan melibatkan diri sepenuhnya dalam penulisan dan telah menghasilkan empat buah buku yang

terkenal.

            David Ausubel telah mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia memperoleh ilmu

kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan daripada pembelajaran penemuan atau dikenali

sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh beliau

menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dandijelaskan menurut

urutan serta fakta yang lengkap. Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif

daripada am kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh (Woolfolk, 1998).

 Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna iaitu ‘meaningful verbal learning’,

termasuk  pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan

Awal. Bagaimanapun, hafalan tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna.Dua proses yang dikemukakan untuk

membantu pembelajaran bermakna ialah pembelajaran resepsi dan penemuan.Ausubel lebih mementingkan

pembelajaran resepsi daripada pembelajaran penemuan dan hafazan.Resepsi bermaksud penerimaan maklumat

oleh murid-murid apabila guru mengemukakan isi kandungan pelajaran secara eksplisit ,langsung,lengkap dan

tersusun.Mengikut model ini,guru-guru harus menyampaikan pelajaran melalui kuliah atau ceramah,iaitu dalam

bentuk pengajaran memusatkan guru.Penemuan  berlaku apabila murid-murid meneroka bahan-bahan pembelajaran

yang disediakan oleh guru-guru dan membentuk konsep melalui proses penyelesaian masalah.Murid-murid berusaha

untuk mencari makna sendiri dengan menggunakan kerangka kognitif yang telah dibina sebelum ini.

            Untuk membantu pembelajaran,Ausubel juga telah memperkenalkan konsep penyusunan awal.  Penyusunan

awal telah diperkenalkan oleh beliau untuk menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya

pembelajaran optimal berlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut ialah memulakan

pembelajaran berpandukan kepada “penyusunan awal”. Ia merupakan struktur yang menerangkan hubungan antara

konsep-konsep yang hendak disampaikan pada hari tersebut.Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan

kepada guru dan pelajar tentang perkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran. Penyusunan

awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. Jadi terdapat tiga tujuan

penggunaan penyusunan awal, iaitu memberi gambaran tentangapa yang penting dalam pelajaran, menjelaskan

Page 4: Teori Pembentukan Konsep Bruner & Ausubel

hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep

berkaitan yang telah dipelajari.

            Mengikut Ausubel,peta konsep adalah sebuah struktur grafik yang boleh digunakan sebagai penyusunan

awal dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pemetaan peta konsep dapat membantu proses penyusunan

maklumat murid-murid secara jelas.Ia juga dapat mengukuhkan isi kandungan yang sedia ada dalam struktur kognitif

murid-murid dan mendemostrasikan kefahaman mereka mengenai sesuatu topik.Pembelajaran bermakna hanya

boleh berlaku sekiranya guru-guru menyusun  bahab-bahan pembelajaran dalam bentuk yang lengkap dan

sempurna.Dalam erti kata lain,pembelajaran berkesan berlaku jika penyampaian pengajaran guru-guru tersusun dan

atur.Justeru itu,teori beliau juga dikenali sebagai Teori Pembelajaran Resepsi.

            Pembentukan kerangka pengetahuan atau struktur mental/kognitif berkembang dengan

pembelajaran  bermakna melalui 4 proses.Proses pertama adalah proses subsumsi.Proses subsumsi merujuk

kepada pengetahuan baru mengenai konsep-konsep yang lebih umum dan inklusif di dalam struktur kognitif

seseorang individu.Proses ini terdiri daripada subsumsi terbitan dan subsumsi korelatif.Subsumsi terbitan merujuk

kepada maklumat bary yang terbit daripada maklumat lama yang ada pada diri murid-murid.Maklumat baru ini akan

disesuaikan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.Sementara subsumsi korelatif merujuk pada suatu keadaan

di mana murid-murid menukar dan mengubahsuai struktur kognitif yang sedia ada untuk mengakomodasikan

maklumat atau konsep baru.Proses subordianat dan superodinat merupakan proses kedua dalam pembentukan

kerangka pengetahuan.Proses subordinat adalah pengolahan maklumat untuk memahami konsep secara terperinci

dan khusus.Proses ini adalah spesifik dan bukan umum.Proses pembelajaran subordinat boleh dijalankan melalui

pengajaran induktif.Sebaliknya,proses superordinat adalah pengolahan maklumat secara am dan inklusif.Proses

pembelajaran ini boleh dijalankan melalui pengajaran deduktif.Proses ketida adalah perbezaan progresif.Dalam

pendekatan ini,guru-guru akan cuba memantapkan kefahaman sesuatu konsep secara progresif atau beransur-ansur

khasnya apabila konsep itu sangat sukar.Guru-guru akan mendedahkan murid-murid kepada proses pembelajaran

dimana mereka perlu mendedahkan prinsip-prinsip yang lebih am dalam konsep-konsep yang dan yang berkaitan di

antara satu sama lain.Kemudian,guru-guru akan membuat elaborasi ciri-ciri yang lebih  terpencil yang wujud di dalam

konsep-konsep yang sukar ini.Mereka juga akan menekankan perbezaan dan persamaan yang wujud di antara

konsep-konsep yang saling berkaitan.Langkah ini akan membantu murid-murid meningkatkan kefahaman dan

memperolehi penguasaan pembelajaran terhadap konsep-konsep yang sukar.Proses penyelarasan integratif atau

pengubahsuaian bersepadu adalah proses terakhir.Dalam proses penyelarasan integratif  ,guru-guru mesti

memainkan peranan untuk menhilangkan kekeliruan dan persoalan yang timbul dalam minda murid-murid akibat

daripada pendedahan kepada pelbagai jenis konsep dan rumus dalam sistem persekolahan.Mereka akan cuba

menyelaraskan tajuk-tajuk pembelajaran yang hampir sama supaya lebih mudah difahami oleh murid-murid.Justeru

itu,pengubahsuaian bersepadu juga merujuk kepada satu pendekatan dimana percanggahan makna di antara

konsep-konsep yang hampir sama atau berkaitan dengan lebih teliti oleh guru.

            Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam pengajaran dengan memberikan

perhatian kepada dua perkara.Perkara pertama, Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran

resepsi(penerimaan)atau model pengajaran ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat yanglengkap

dalam susunan yang teratur seperti dalam kaedah kuliah.Perkara kedua pula menggunakan penyusunan awal dalam

pengajaran untuk menggalakkan pelajarmengingat semula konsep yang telah dipelajari dan mengaitkannya dengan

konsepbaru yang akan dipelajari serta mengingatkan mereka tentang perkara-perkara penting dalam sesuatu tajuk

pelajaran.

Page 5: Teori Pembentukan Konsep Bruner & Ausubel

Ausebel

Menurut Ausebel siswa akan belajar dengan baik jika apa yang disebut ”pengatur kemajuan (belajar)” (Advance

Organizers) didefinisikan dengan baik dan tepat bagi mahasiswa. Pengatur kemajuan belajar adalah konsep atau

informasi umum yang mewadahi (mencakup) semua isi pelajaran yang akan diajarkan kepada siswa.

Menurut ausebel ”advance organizers” dapat memberikan tiga macam manfaat yakni:

1. Dapat menyediakan suatu kerangka konseptual untuk materi pelajaran yang dapat dipelajari oleh siswa.

2. Dapat berfungsi sebagai jembatan yang menghubungkan antara apa yang sementara dipelajari siswa ”saat

ini” dengan apa yang ”akan” dieplajari sedemikian rupasehingga membantu siswa memahami bahan belajar

dengan lebih mudah.

 

Burner

Teorinya disebut free discovery learning.

Menurut teori ini proses belajar akan berjalan dengan baik dan kreatif jika guru memberi kesempatan kepada siswa

untuk menemukan suatu teori, konsep definisi dan sebagainya.

Dengan kata lain siswa dibimbing secara induktif untuk memahami suatu kebenaran umum.

Contoh: untuk siswa memahami konsep tentang ”kejujuran” siswa tidak semata-mata ”menghafal”, definisi kata

”kejujuran” tersebut, melainkan dengan memplajari contoh-contoh kongrit tentang kejujuran.

Lawan dari pendekatan ini disebut ”belajar ekspositiory” (belajar dengan cara menjelaskan). Dalma hal ini siswa

disodori sebuah informasi umum dan diminta untuk menjelaskan informasi tersebut melalui contoh-contoh khusus

yang kongkrit.

Contoh: untuk masalah di atas mahasiswa pertama-tama diberi definisi tentang ”kejujuran” dan dai definisi itulah

mahasiswa diminta untuk mencari contoh.

      Jerom BrunerMenurut teori perkembangan kognitif oleh Bruner pula, berpendapat bahawa

perkembangan kognitif kanak-kanak adalah melalui tiga peringkat iaitu peringkat enaktif, peringkat ikonik dan peringkat simbolik. Pada peringkat awal, kanak-kanak kebiasaanya belajar

Page 6: Teori Pembentukan Konsep Bruner & Ausubel

melalui peringkat enaktif. Peringkat ini adalah serupa dengan peringkat deria motor iaitu untuk memahami berinteraksi dengan persekitarannya. Banyak aktiviti yang dilakukan adalah berdasarkan pergerakan anggota kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak mudah mempelajari apa sahaja pada peringkat ini. Pada peringkat ini juga kanak-kanak haruslah diberi pengalaman yang kukuh tentang sesuatu pembelajaran supaya semua aktiviti yang dipelajarinya tersimpan dalam jangka masa yang panjang. Sebagai contoh, kanak-kanak belajar melalui alat muzik lebih pantas daripada orang dewasa (Richard, 2004)

Peringkat ikonik pula merupakan peringkat seterusnya dalam perkeambangan kognitif kanak-kanak. Kanak-kanak belajar memikirkan sesuatu melalui imej atau gambarajah. Menurut Richard Overbaugh (2004), kanak-kanak dapat menyatakan bilangan objek yang ditunjukkan. Sebagai contoh, nombor 3 dikaitkan dengan objek yang mempunyai nilai 3. Manakala dalam peringkat simbolik pula kanak-kanak boleh memahami dan belajar melalui simbol dan konsep yang lebih meluas. Bruner (1966) berpendapat bahawa ketiga-tiga peringkat perkembangan kognitif itu tidak boleh terpisah antara satu sama lain, tetapi berkembang dalam kehidupan seseorang itu.

    Ausubel            Ausubel menyatakan pembelajaran secara resepsi yang bermakna. Pembelajaran secara resepsi bermaksud maklumat yang disusun secara teratur diberikan kepada pelajar. Maklumat yang diperolehi akan disimpan di dalam struktur kognitif. Manakala pembelajaran bermakna adalah satu proses belajar yang mempunyai kesedaran sendiri dan mempunyai tujuan atau objektif tertentu. Bertentangan dengan pembelajaran resepsi adalah pembelajaran penemuan, iaitu pembelajaran untuk mendapatkan maklumat dengan sendiri melalui pemikiran analisis, kritis, kreatif, cuba jaya dan celik akal. Menurut Ausubel lagi terdapat dua pra syarat bagi pembelajaran resepsi iaitu sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran perlu ada dalam diri pelajar. Pelajar perlu tahu bagaimana untuk mengaitkan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif dengan pelajaran baru.

Konsep utama teori pembelajaran resepsi yang bermakna ialah dihasilkan berasaskan pengalaman/ilmu sedia ada pelajar. Pengalaman yang sedia ada struktur kognitif, mengintegrasikan maklumat yang tersusun secara logical dalam bentuk terakhir dengan pengalaman /ilmu yang sedia ada melalui ekspositori.