teori kognitif

37
2.0 PENGENALAN Pada awalnya, idea-idea ahli psikologi memikirkan tingkah laku manusia dipengaruhi oleh naluri. Setelah timbul kesedaran bahawa otak manusia adalah berfungsi untuk melahirkan tingkah laku, maka lahirlah teori-teori yang mengkaji bagaimana minda manusia memainkan peranannya. Berikut dengan itu kajian mengenai sikap dan tingkah laku manusia dijalankan. Pendekatan kognitif menekankan pada proses mental dalaman. Hasil pemikiran bergantung pada proses mental dalaman tersebut. Ahli-ahli psikologi kognitif menekankan bahawa kita bukanlah penerima rangsangan-rangsangan yang pasif, sebaliknya otak kita akan memproses secara aktif untuk maklumat yang diterima dan menukarkan maklumat kepada bentuk atau kategori baru. Seseorang individu itu seharusnya memaksimumkan penggunaan minda mereka supaya mereka dapat menjadi pemikir yang aktif. Perkembangan kognitif merupakan proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak-kanak dan kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami, menganalisa, dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya. Perkembangan kognitif ini merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak. Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang. Proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan berfikir, kemahiran berbahasa, dan cara individu memperoleh pengetahuan dari lingkungannya. Ahli psikologi Eropah telah lama mengenal pasti asas pembentukan mental dan hubungannya dengan perkembangan kognitif manusia. Mereka

Upload: tan-kooi-hiang

Post on 13-Aug-2015

70 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: teori kognitif

2.0 PENGENALANPada awalnya, idea-idea ahli psikologi memikirkan tingkah laku

manusia dipengaruhi oleh naluri. Setelah timbul kesedaran bahawa otak manusia adalah berfungsi untuk melahirkan tingkah laku, maka lahirlah teori-teori yang mengkaji bagaimana minda manusia memainkan peranannya. Berikut dengan itu kajian mengenai sikap dan tingkah laku manusia dijalankan.

Pendekatan kognitif menekankan pada proses mental dalaman. Hasil pemikiran bergantung pada proses mental dalaman tersebut. Ahli-ahli psikologi kognitif menekankan bahawa kita bukanlah penerima rangsangan-rangsangan yang pasif, sebaliknya otak kita akan memproses secara aktif untuk maklumat yang diterima dan menukarkan maklumat kepada bentuk atau kategori baru. Seseorang individu itu seharusnya memaksimumkan penggunaan minda mereka supaya mereka dapat menjadi pemikir yang aktif.

Perkembangan kognitif merupakan proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak-kanak dan kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami, menganalisa, dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya. Perkembangan kognitif ini merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak.

Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang. Proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan berfikir, kemahiran berbahasa, dan cara individu memperoleh pengetahuan dari lingkungannya. Ahli psikologi Eropah telah lama mengenal pasti asas pembentukan mental dan hubungannya dengan perkembangan kognitif manusia. Mereka menyarankan bahawa minda memainkan peranan penting dalam aspek perkembangan yang dilalui oleh manusia.

Jean Piaget mengatakan setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka yang tersendiri. Oleh itu, kanak-kanak 

Page 2: teori kognitif

dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan dari aspek kecepatan perkembangan kognitif mereka.

Jean Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkat. Peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat-peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangan yang berikutnya. Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu  dalam proses perkembangan yang dilalui. Beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap mengikut urutan umur.

Tahap sensori motor atau deria motor berlaku dalam lingkungan antara 0 hingga 2 tahun. Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian. (Musen dan Kagan, 1974)

Tahap dari lahir hingga satu bulan, juga dikenali sebagai refleksi. Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan wujud melalui tingkah laku pendengaran, penyusuan, gerakan tangan seperti genggaman, penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Pada masa sebulan hingga empat bulan, juga dikenali sebagai reaksi asas sekular. Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. Bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Pada tahap ini, pengalaman daripada tahap pertama memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. Apabila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan mata dan kepalanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjrannya menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku tersebut.

Page 3: teori kognitif

Tahap empat hingga lapan bulan, dikenali sebagai reaksi sekular kedua. Pada tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan dan pemerhatian yang lebih. Bayi telah dapat mengambil sesuatu barang dan menggerakkannya. Pada waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan tentang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi akan memasukkan barang mainan ke dalam mulut untuk mengetahui atau mengenali barang tersebut. Tahap lapan hingga dua belas bulan dikenali sebagai reaksi kordinasi. Tahap ini dikatakan sebagai masa pengukuhan mental bayi.  Mental bayi sudah berada di tahap perkembangan daya kognitif akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.

Tahap dua belas bulan hingga lapan belas bulan dikenali sebagai reaksi sekular ketiga Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif. Bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan rangkaian tingkah laku apabila berada dalam situasi baru. Bayi telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek.

Bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian. Tahap lapan belas hingga dua tahun digelar sebagai tahap penggambaran pemikiran awal. Pada masa ini berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Kanak-kanak juga mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumahtangga. 

Tahap Pra Operasi berlaku dalam lingkungan umur antara 2 hingga 7 tahun. Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak pada tahap ini mula menggunakan simbol dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, pemikiran kanak-kanak masih lagi berada di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Pemikiran kanak-kanak pada

Page 4: teori kognitif

tahap ini adalah egosentrik, di mana di dunia ini, secara keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.

Jean Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku, iaitu pertama, perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira, kedua, melalui latihan yang berulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil, dan yang ketiga, hal-hal yang umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku.

Tahap Operasi Konkrit berlaku dalam lingkungan umur 7 hingga 11 tahun.  Kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik. Perasaan ingin tahu menjadikan mereka gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan sebaya.

Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka mula memahami unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan. Kanak-kanak masih tidak memahami perkara-perkara abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya.

Tahap Operasi Formal berlaku pada 11 hingga 15 tahun. Jean Piaget menyatakan perkembangan kecerdasan kognitif manusia pada tahap ini telah sampai ke tahap maksima. Pemikiran dan penghuraian pendapat individu pada tahap ini lebih baik dan nyata. Mereka mampu membuat keputusan dan hipotetis melalui pemerhatian. Individu akan mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah secara rasional dan lebih bersifat sistematik. Pada tahap ini juga, pemikiran baru dihasilkan dalam bentuk abstrak, formal dan logik.

3.0       LATAR BELAKANG JEAN PIAGET

Page 5: teori kognitif

            Jean Piaget telah dilahirkan di Neuchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896 dan telah meninggal dunia pada tahun 1980. Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean Piaget merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun.            Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist."Piaget ialah seorang ahli psikologi dan pendidik yang sangat terkenal di seluruh dunia pada abad ini.Piaget dan ahli psikologi kognitif sering kala dikenal sebagai ahli struktur disebabkan mereka mementingkan struktur pemikiran manusia (Gardner, 1973).            Di usia remajanya beliau berminat dalam bidang biologi dan epistemologi iaitu suatu bidang ilmu dalam bidang falsafah yang banyak membicarakan tentang perkembangan dan perolehan pengetahuan manusia.            Antara sumbangan Piaget yang begitu terkenal ialah di dalam dua bidang, iaitu struktur dan operasi tingkah laku cerdas, dan peringkat-peringkat perkembangan berurutan. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet untuk membentuk ujian kecerdasan mental.            Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat untuk melihat pola-pola yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan sumbangan pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak.            Punca-punca sumbangan Piaget di dalam dunia psikologi dan pendidikan mula bercambah sejah beliau kecil lagi ketika beliau sangat berminat di dalam bidang biologi. Pada sepanjang hayatnya,

Page 6: teori kognitif

Piaget membaca dengan begitu banyak tentang berbagai-bagai bidang seperti falsafah, sosiologi dan teologi. Akhirnya, bidang psikologi telah menyerap pemikirannya.            Melalui latar belakangnya di dalam biologi, minatnya di dalam falsafah bersama dengan kecenderungan pendidikannnya di dalam bidang psikologi, maka Piaget telah dapat menghasilkan satu teori dan rancangan pendidikan berlandaskan pendekatan epistemologi genetik. Tujuan utama teori dan ,rancangan penyelidikan ini ialah untuk mengkaji biologi dan psikologi perkembangan tingkah laku cerdas. Pada mulanya pendekatan epistemologi genetik Piaget tidak begitu diterima oleh masyarakat ahli sains.            Asal usul epistemologi genetic dapat dikesan dengan penulisan seorang ahli psikologi Amerika Syarikat yang bernama James Mark Baldwin. Beliau juga telah mencadangkan teori ‘skema’ di dalam logik. Sebagai satu pendekatan tentang perkembangan tingkah laku cerdas, epistemologi genetic telah menumpukan perhatian kepada perkembangan proses-proses pengumpulan pengetahuan. Pengaruh Baldwin terhadap perkembangan Piaget biasanya tidak diambil tahu oleh ahli psikologi dan pendidik lain, tapi hal ini telah dilaporkannya sendiri di dalam penulisan Piaget. Piaget pernah bekerja dengan Baldwin selama dua tahun di Paris iaitu mulai pada tahun 1919.4.0       TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF-JEAN PIAGET            Jean Piaget dilahirkan di Switzerland pada tahun 1896. Beliau terkenal dengan bapa psikologi kanak kanak. Dalam menyatakan perkembangan kognitif,beliau banyak membuat penyelidikan mengenai perkembangan bayi dan kanak-kanak belajar sendiri melalui interaksi dengan persekitarannya. Beliau merumuskan semua pengetahuan kanak kanak berasal daripada aksi dengan persekitaran dan dengan memberi interpretasi tentang aksi tersebut.

            Berasaskan pemerhatian beliau yang sistematik terhadap perkembangan beliau mengemukakan teori perkembangan kognititf kanak kanak. Banyak kajian yang telah dijalankan oleh Piaget

Page 7: teori kognitif

tentang bagaimana individu memproses maklumat dan mengemukakan pendapat tentang perkembangan kognitif manusia dan bentuk tahap demi tahap. Oleh itu teori perkembangan Piaget juga dikenali sebagai teori tahap. Jean Piaget menggunakan metodologi kajian klinikal dalam mengkaji proses kognitif anak-anak iaitu melibatkan pemerhatian intensif pada mereka pada tiap-tiap hari semenjak lahir hingga remaja dalam persekitaran semulajadi.

            Pada pendapat Piaget kanak-kanak lahir dengan tingkah laku refleks (menangis, menghisap dan menggapai), berkembang kepada tingkah laku bermatlamat, kemudian berkembang kepada tingkah laku menyelesai masalah. Menurut Piaget, kanak-kanak bina struktur kognitif dalam usahanya memahami persekitaran atau pengalaman. Oleh itu struktur kognitif kanak-kanak bertambah hari demi hari melalui data yang ditafsir dan disimpan oleh kanak-kanak tersebut. Struktur kognitif terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku, simbolik dan operasi. 

            Tingkah laku (behavioral) ialah pola aksi atau turutan tingkah laku yang digunakan oleh kanak-kanak untuk meneroka dan bergerak balas terhadap objek yang ada di persekitarannya. Simbolik pula diperolehi kanak-kanak semenjak berumur 2 tahun atau sejak boleh bercakap, kanak-kanak boleh berfikir tentang objek, pengalaman dan peristiwa. Simbolik membolehkan kanak-kanak menyatakan objek/peristiwa tanpa perlu kepada aksi atau menggunakan bahasa isyarat. Operasi (operational) diperoleh apabila kanak-kanak berusia 6 atau 7 tahun iaitu apabila mereka boleh melakukan operasi logik atau aktiviti mental yang berkaitan dengan objek atau peristiwa. Juga dikenali sebagai menghasilkan pemikiran yang logik. 

5.0             KONSEP ASAS PIAGET             Piaget (19960) berpendapat semua manusia dilahirkan dengan kecenderungan secara positif untuk berinteraksi dan

Page 8: teori kognitif

mentafsir persekitarannya. Ketika umur bayi,mereka mengenali sesuatu objek melalui skema. Dengan kata lain,skema ialah satu struktur kognitif dan struktur kognitif yang terkumpul lebih dari satu akan membentuk skemata. Skemata boleh berubah melalui proses iaitu organisasi. Organisasi bermaksud individu mencantum skema mata yang sedia ada untuk membentuk skemata baru yang kompleks. Adaptasi pula ialah perubahan semata mata semasa menemui objek,maklumat dan pengalaman baru melalui assimilasi dan akodomasi seperti yang ditunjukan dalam rajah di bawah.

Skema Pemikiran Mental Kanak

 

Asmilasi                               Akodomasi

Berdasarkan rajah di atas Piaget menyatakan bahawa pemikiran kanak kanak terbentuk melalui proses akomodasi dan asimilasi. Proses asimilasi ialah satu proses di mana pengetahuan baru yang diterima oleh kanak kanak. Proses ini ada kaitan dengan pengalaman dan pengetahuan lepas. Sebagai contoh guru menerangkan tentang burung- burung yang boleh terbang kepada murid muridnya. Maklumat ini akan diterima dan akan masuk ke dalam skema pemikiran kanak kanak yang mungkin sudah mempelajari tentang haiwan haiwan lain.            Manakala proses akomodasi ialah satu proses di mana kanak kanak terpaksa membuat perubahan dan modifikasi kepada skema pemikiran yang sedia ada kerana pengetahuan yang baru diterima tidak sepadan dengan skema pemikiran yang lama. Sebagai contoh,guru memberitahu muridnya bahawa ayam dan itik termasuk dalam keluarga burung tetapi tidak boleh terbang. Murid terpaksa memodifikasikan maklumat yang ada dalam skema pemikiran sebelum ini iaitu seperti “Semua burung pada umumnya

Page 9: teori kognitif

boleh terbang tetapi ada juga pengecualian kepada fakta ini kerana ada burung yang tidak boleh terbang.” Piaget menyatakan bahawa proses akomodasi dan asimilasasi berfungsi bersama.

Piaget menyatakan bahawa proses akomodasi dan asimilasasi berfungsi bersama. Sebagai kesimpulannya, proses asimilasasi menggunakan skema pemikiran untuk membuat sesuatu yang sudah diketahui dan proses akomodasi merupakan cara baru untuk membuat sesuatu. Terdapat empat peringkat perkembangan intelek dalam teori yang dikemukakan oleh Piaget. Piaget(1960) menyatakan bahawa peringkat peringkat perkembangan tidak perlu diterangkan melalui faktor baka dan persekitaran.            Contoh tahap pengekalan pula ialah: Pengekalan bermaksud memahami bahawa perubahan objek atau susunan tidak mengubah cirinya atau sifatnya. Pengekalan berlaku pada isipadu atau kuantiti cecair,berat bahan pepejal seperti plastersin dan nombor. Seperti dalam rajah di bawah, sekiranya ditanya soalan kepada kanak-kanak berusia 7 tahun, bekas A atau B' yang banyak air, dia tentu menjawab B' kerana dia telah memperoleh konsep pengekalan isipadu air. Dia juga telah menguasai konsep ‘tidak memusat’(decenter) iaitu boleh melihat kaitan tinggi dan lebar bekas air. Dia juga secara mental melakukan proses pembalikan iaitu menuang semula ke dalam bekas A. A dan B adalah gelas yang sama besar diisi kandungan air. Air dalam bekas B dituang dengan air yang sama banyak kepada bekas tinggi iaitu bekas ‘B’.                  Pengertian kognisi sendiri sebenarnya melibatkan aspek-aspek struktur intelek yang digunakan untuk memahami dan mengetahui sesuatu. Kognitif bukanlah hanya hasil kematangan organisme, bukan juga pengaruh persekitaran sahaja, bahkan ia melibatkan kedua-duanya sekali. Perspektif kognitif tertumpu kepada keupayaan berfikir. Oleh itu, kognitivisme menegaskan kepentingan keupayaan manusia berfikir serta memproses dan menilai data atau maklumat sebelum satu reaksi dapat dilakukan kepadanya.            Sebagai kesimpulannya, proses asimilasasi menggunakan skema pemikiran untuk membuat sesuatu yang sudah diketahui dan

Page 10: teori kognitif

proses akomodasi merupakan cara baru untuk membuat sesuatu. Terdapat empat peringkat perkembangan intelek dalam teori yang dikemukakan oleh Piaget. Piaget(1960) menyatakan bahawa peringkat peringkat perkembangan tidak perlu diterangkan melalui faktor baka dan persekitaran. Apabila kanak-kanak memperoleh maklumat baru maka terjadi ketidakseimbangan (disequilibrium) dalam pemikiran individu, untuk memperoleh semula keseimbangan (equilibrium), kanak-kanak perlu buat organisasi atau adaptasi pada struktur kognitif.            Teori kognitif berbeza dengan teori pembelajaran behaviorisme. Ahli-ahli rasionalis yang berpegang kepada teori ini memandang pembelajaran sebagai satu proses pemikiran. Mereka menekankan proses-proses dalaman yang berlaku kepada otak manusia. Teori ini menumpukan pemerhatian kepada skema dan model mental yang mendorong pelajar kepada pengajaran. Istilah kognitif mulai dikemukakan ketika teori-teori J. Piaget ditulis dan dibicarakan pada kira-kira permulaan tahun 1960-an.            Ahli-ahli psikologi aliran kognitf ini termasuklah Piaget, Robert Glazer, John Anderson, David Ausubel, Kohler, Kaffka, Bruner, Gagne, E.H Lennerberg, Robert Lee dan sebagainya.

1.      Jean Piaget            Istilah kognitif mulai diperkatakan ketika teori-teori Piaget mula mendapat perhatian orang ramai pada permulaan tahun  1960-an. Sejak itu, teori-teori yang dikemukannya dianggap sebagai teori perkembangan yang sangat penting dalam dunia pengetahuan. Piaget telah banyak menghabiskan masanya untuk mengkaji proses perkembangan kognitif kanak-kanak. Beliau berpendapat proses perkembangan kognitif kanak-kanak terbahagi kepada dua, iaitu proses penyerapan dan proses pengubahsuaian. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif ini berlaku berperingkat-peringkat. Terdapat empat peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, pertama, peringkat deria pergerakan (0-2 tahun), peringkat olahan (2-6 tahun), peringkat pengolahan konkrit (6-12 tahun) dan peringkat pengolahan formal (12 tahun ke atas)

2.      Jerome Bruner

Page 11: teori kognitif

            Jerome Bruner dipengaruhi dalam mendefinisikan pembelajaran penemuan (Discovery Learning) satu daripada model kognitif yang sangat berpengaruh yang diasaskan daripada prinsip-prinsip konstraktivisme. Pembelajaran penemuan menggalakkan pelajar untuk menemui prinsip-prinsip melalui eksperimen dan penerokaan. Sama seperti piaget, Bruner juga melihat perkembangan kognitif melalui peringkat tertentu bagi semua individu. Menurutnya, terdapat tiga peringkat yang dilalui oleh kanak-kanak normal  perkembangan kognitif mereka iaitu perinkat enaktif, ikonik dan simbolik.6.0 PERINGKAT SENSORI MOTOR (lahir hingga ke umur dua tahun)      

Perkembangan pada peringkat awal iaitu pada peringkat umur bayi,mereka belajar melalui interaksi deria dengan persekitarannya. Sebagai contoh, bayi belajar dengan mengangkat benda, memain-mainkannya, merasa dan menggigitnya. Pada peringkat sensori motor, pemikiran bayi dipengaruhi oleh kebolehan deria meneka seperti kebolehan memerhati dengan menggunakan mata, mendengar dengan telinga dan menyentuh dengan tangan. Mengikut Piaget, aktiviti intelektual bayi merupakan reaksi kitaran, iaitu mengulang-ulangkan kejadian pengalaman baru yang ditemui akibat daripada aktiviti pergerakan dan penerimaan maklumat melalui deria bayi tersebut.

Di samping itu, mereka dapat memerhatikan benda itu melalui penglihatan dan pendengaran bunyi. Di peringkat umur dua tahun,bayi memperolehi kepercayaan tentang pengekalan objek, iaitu ia sedar, objek itu akan terus wujud walaupun objek itu tidak dapat dilihat atau disentuh. Pada peringkat dua tahun pertama, reaksi ktaran berubah secara berikut iaitu tertumpu di sekitar badan bayi sendiri; bergerak kearah luaran (manipulasi objek dalam persekitaran); menjadi lebih bercorak mencuba-cuba dan bertujuan menghasil kesan baru. Selain dari itu mereka dapat melakukan tindakan ulangan, iaitu mengulangi sesuatu tingkah laku secara pelaziman, misalnya tindakan menghisap ibu jari.

Di samping itu kanak-kanak mula meniru tindakan yang mereka tidak pernah lakukan sebelum ini. Mereka belajar semua perlakuan tersebut melalui pemerhatian terhadap perlakuan orang

Page 12: teori kognitif

lain atau melalui objek yang dapat dilihat atau disentuh. Dari sudut pendidikan, membekalkan objek maujud adalah penting untuk proses pembelajaran kanak-kanak dan perkembangan ke peringkat kefahaman yang abstrak.

Kesimpulannya, pembelajaran bergantung kepada pengalaman sensori dan motor iaitu dengan mengenggam, menghisap, mendengar dan lain-lain. Bayi akan berinteraksi dengan objek-objek dalam persekitarannya.

Pada peringkat ini, (lahir hingga dua tahun), bayi mengkoordinasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk mmebentuk skema tinkah laku yang membolehkan mereka “bertindak”dan “mengetahui” persekitarannya. Kanak-kanak membuat pelbagai aksi kepada objek-objek di sekitaranya, seperti memegang, memicit, menendang, menumbuk, memasukannya dalam mulut dan sebagainya, semasa dia meneroka persekitarannya dan membina struktur kognitik.

6.1 Kebolehan kognitif kanak-kanak peringkat deria motor.FIZIKAL KOGNITIF

Daripada aksi reflek kepada aktiviti

bermatlamat.

Mula menggunakan imitasi, memori

dan pemikiran.

Perkembangan fungsi otak hasil

sambungan neuron-disebabkan

interaksi social bayi dengna

pengasuhnya – senyuman dan

‘cooing’.

4 bulan – mencapai objek

6 bulan – duduk sendiri

8 bulan - berdiri dengan bantuan

Gigi tumbuh

12 bulan – berjalan

Berlari

Konsep pengekalan objek –

menyedari objek wujud, walaupun

tidak boleh dilihat atau didengar.

Mediasi – menggunakan symbol

atau bahasa untuk objek,orang dan

peristiwa.

2 tahun – boleh terlibat dalam

permainan bayangan ( pretend

play).

Contohnya, menggunakan kasut

sebagai telefon.

Peringkat permulaan pemikiran

simbolik.

Page 13: teori kognitif

Kebolehan lain yang diperoleh kanak-kanak pada peringkat deria motor ialah membuat imitasi(imitation) dan memahami konsep pengekalan objek ( object permanence). Maksud imitasi menurut piaget ialah kanak-kanak (18-24 bulan) boleh melakukan imtasi terhadap tingkah laku yang dilihatnya. Contohnya, menekan butang telefon mainan untuk menghasilkan bunyi, memicit itik mainan, mengangkat ganggang telefon bila ia bordering.

Pengekalan objek menurut piagat bermaksud kanak-kanak (8-12 bulan) menyedari bahawa objek atau peristiwa tidak hilang, walaupun tidak dapat dikesan oleh semua alat derianya. Dia mengetahui bahawa orang atau objek itu akan muncul semula. Contohnya, apabila Fatimah ( berumur 9 bulan) melihat ibunya hilang dari pandangan dibawa oleh kereta, dia tidak menangis sebab dia tahu ibunya akan pulang semula.7.0 PERINGKAT PRAOPERASI (umur dua hingga tujuh tahun)

“Praoperasi” bermaksud kanak-kanak mula berfikir secara logik tetapi belum dapat menguasai kebolehan memproseskan pemikiran mengikut peraturan-peraturan yang logik. Walau bagaimanapun,kanak-kanak mula mempraktikan kemahiran yang baru diperolehi dengan menggunakan simbol untuk mewakili objek. Ini dapat dilihat dari sifat pemikiran simbolik melalui permainan olok-olok, animisme dan egosentrik.

Salah satu bentuk aktiviti pemikiran simbol ialah lakonan drama yang pelbagai pengalaman hidup. Sebagai contoh, kanak-kanak prasekolah suka bermain masak-masak, berlagak memandu kereta atau berlagak sebagai seorang doktor. Lakonan begini juga disebutkan sebagai permainan olok-olok. Pada peringkat praoperasi ini biasanya kanak kanak semakin maju dalam penguasaan dan penggunaan bahasa. Akan tetapi ia masih belum boleh lagi membezakan antara sifat-sifat benda hidup dengan benda bukan hidup. Kanak kanak mempunyai imaginasi bahawa batu adalah hidup dan pokok boleh berfikir seperti manusia. Piaget menyebut keadaan ini sebagai animisme.

Di samping itu, kanak-kanak masih belum dapat membezakan antara pandangan diri sendiri dengan pandangan orang lain. Piaget menyebut keadaan ini sebagai egosentrisme. Orang yang

Page 14: teori kognitif

mempunyai sifat egosentrisme terlalu memusat kepada kepentingan diri sendiri dan sukar menerima pendapat orang lain. Pemikiran mereka lebih bergantung kepada persepsi logik, misalnya ketika berjalan, bulan sentiasa mengekori mereka. Kanak-kanak tidak dapat membayangkan atau menerima perspektif orang lain. Mereka percaya bahawa persepsi atau fikiran orang lain adalah sama dengan diri sendiri.

Sebagai contoh, pemahaman mengenai ruang, lambing, tanda dan objek bertambah baik pada umur empat tahun, walaubagaimanapun kanak-kanak tidak dapat berfikir sesuatu perkara yang mengelirukan, bersifat pembalikan dan yang bersifat lebih kurang. Dengan perkataan lain, pemikiran kanak-kanak ialah berdasarkan sesuatu sudut atau penglihatan yang mudah.

Sesungguhnya ,pada permulaan peringkat praoperasi, kanak-kanak menghadapi kesukaran mengoperasi konsep, misalnya walaupun mereka boleh mengira secara urutan satu hingga sepuluh, mereka tidak memahami operasi bilangan seperti (1+1) adalah sama dengan (2-1). Contoh lain kanak kanak tidak boleh menyusun objek yang mempunyai urutan yang tertentu dalam siri yang sempurna. Ini adalah disebabkan kanak kanak di peringkat ini:

·        Kurangnya fleksibiliti dalam susunan pemikiran kanak kanak

·        Mempunyai penakulan yang transduktif, iaitu tidak boleh membuat kesimpulan yang tepat.

·        Tidak boleh memahami perubahan yang dinamik

·        Kurang kemampuan untuk mengklasifikasi sesuatu secara hieraki.

Oleh kerana kanak-kanak di tadika atau di tahap awal sekolah rendah mempunyai pemikiran praoperasi, guru seharusnya mengambil langkah-langkah pengajaran yang sesuai dengan peringkat perkembangan mental mereka. Oleh sebab itulah,guru tadika biasanya menyediakan banyak aktiviti yang berbentu lakonan drama.

Page 15: teori kognitif

Selanjutnya, kanak-kanak digalakkan berkongsi dan bekerjasama dalam pembelajaran mereka. Ketiga, alat bantu mengajar perlu digunakan untuk membantu pengajaran guru. Adalah diingatkan, guru mengurangkan arahan pengajaran dalam bentuk lisan malah perlu memperbanyakkan menunjuk ajar(demonstrate) kerana ia lebih bermakna.8.0 PERINGKAT OPERASI KONKRIT (tujuh tahun hingga 11 tahun)

Secara umumnya, kanak-kanak di peringkat ini tidak lagi bersifat egosentrik. Pandangan orang lain mulai diterima. Ketika menyelesaikan sesuatu masalah, kanak-kanak akan mempertimbangkan semua aspek masalah itu. Dengan kata lain, pemusatan pemerhatian mula berkurangan. Selain dari itu, kanak-kanak mula memahami perkaitan antara dua situasi yang berlainan. Menurut Piaget, proses kebalikan mula difahami oleh kanak-kanak ini.

Di peringkat sekolah rendah, pemikiran kanak kanak menjadi fleksibel, dapat berfikir mengikut peraturan-peraturan logik atau melakukan operasi mental secara tersusun. Sungguhpun begitu, di peringkat ini kanak-kanak hanya berjaya melaksanakan kebolehan logik ini dalam keadaan konkrit atau menggunakan objek maujud. Ini dapat dilihat apabila kanak-kanak memperolehi konsep keabadian atas kuantiti sesuatu bahan walaupun bahan itu mengalami perubahan yang ketara.

Misalnya, jika dua biji bola plastisin yang mempunyai bentuk dan saiz yang sama ditunjukan kepada kanak kanak pada peringkat praoperasi, mereka akan menyatakan bola-bola itu mengandungi plastisin yang sama banyak. Akan tetapi apabila salah sebiji bola itu diuli menjadi bentuk bujur, kanak-kanak itu akan menyatakan kuantitinya sekarang tidak sama dengan bola bulat yang sama. Bahkan bentuk baru itu mengaburi fikiran tentang kuantiti bola itu.

Tetapi,di peringkat akhir operasi yang konkrit kanak-kanak mereka tidak mudah terkeliru dengan masalah seperti ini. Kanak kanak pada peringkat ini sedar bahawa kuantiti plastisin itu kekal sama walaupun bentuknya berubah-ubah. Terdapat “pengekalan” kuantiti plastisin itu dalam ingatan sunguhpun berlaku perubahan yang ketara pada bola itu.

Page 16: teori kognitif

Perkembangan pemikiran kanak kanak dapat dilihat dari segi kemajuan dalam kebolehan mereka untuk mengelaskan objek. Di peringkat awal, kanak-kanak hanya boleh mengelaskan objek berdasarkan satu perspektif yang tertentu. Umpamanya,mereka dapat memerhatikan perbezaan pada masa yang sama atau persamaan pada masa yang lain, tetapi mereka sukar mengenal pasti kedua-kedua perbezaan dan persamaan yang wujud pada masa yang sama. Penggunaan perkataan sama ada secara lisan ataupun bertulis dapat mempengaruhi proses pembelajaran dan kefahaman kanak-kanak.

8.1 Perkembangan fizikal dan kognitik peringkat operasi konkrit

Fizikal Kognitif

-kemahiran 3M (membaca, menulis,

mengira).

-Memperoleh konsep pengekalan

kuantiti, berast, pepejal, isipadu.

-Psikomotor halus lebih baik. -Pelbagai strategi menyelesaikan

masalah konkrit.

-Psikomotor kasar lebih cekap. -Menerima pandangan orang lain-

tidak egosentrik.

-Akil  baligh untuk kanak-kanak

perempuan dan lelaki-

perkembangan bentuk badan.

-Memahami perkaitan logic

kuantitatif.

-Faham proses kebalikan dan

operasi siri.

-Tumpuan perhatian lebih lama.

-berfikirkan objektif dan memahami

klasifikasi.

Kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit dapat menguasai konsep kebalikan, pengekalan, isipadu, pencambahan, perkaitan logik kuantitatif dan klasifikasi.

Proses pembalikan (reversibility) ialah kanak-kanak berupaya berfikir tentang bentuk asal sesuatu objek .Sebagai

Page 17: teori kognitif

contoh,sekiranya sebuah pinggan pecah,kanak-kanak boleh mengingat semula bentuk pinggan yang asal sebagai imej mentalnya.

Pengekalan isipadu ialah (conservation of volume) ialah kanak-kanak berupaya berfikir bahawa isipadu tidak berubah walaupun bekas mempunyai saiz yang berlainan.

Percampahan(decentration)ialah kanak-kanak boleh berfikir  tentang beberapa dimensi masalah dan perkaitan antaranya secara serentak .Contohnya,kanak-kanak dapat berfikir tentang tinggi bekas dan juga isipadunya.

Perkaitan logik kuantitatif (quantitative logical relationship) ialah kanak-kanak berupaya berfikir secara logik apabila diberi syarat berbentuk kuantitatif.Contohnya guru memberi arahan, “Berbaris mengikut ketinggian, dari tinggi ke rendah”.

Klasifikasi (classification) ialah kanak-kanak berupaya berfikir untuk mengkelaskan objek. Contohnya, kanak-kanak boleh mengkelaskan rajah-rajah yang diberikan mengikut bentuk dan warnanya.            Menurut Piaget, pada peringkat ini kanak-kanak mengalami perkembangan pesat dalam proses operasi kognitif dan mengaplikasi kemahiran ini apabila berfikir tentang objek, situasi dan orang yang telah mereka lihat. Operasi kognitif adalah aktiviti mental dalaman yang membolehkan kanak-kanak mengubahsuai dan menyusun semula imej dan simbol dalam membuat rumusan atau keputusan yang logik. Beberapa pemikiran yang beransur-ansur dikuasai oleh kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit ini ialah pengekalan terutamanya isipadu dan berat, mengklasifikasi dan mengkategori serta juga berupaya membuat perkaitan logik (relational logic).

            Kanak-kanak akan dapat membina pelbagai konsep. Pengekalan bermaksud memahami bahawa perubahan objek atau susunan tidak mengubah cirinya atau sifatnya. Pengekalan berlaku pada isipadu atau kuantiti cecair, berat bahan pepejal seperti plastersin dan nombor. Seperti dalam rajah di bawah, sekiranya ditanya soalan kepada kanak-kanak berusia 7

Page 18: teori kognitif

tahun, bekas A atau B' yang banyak air, dia tentu menjawab B' kerana dia telah memperoleh konsep pengekalan isipadu air. Dia juga telah menguasai konsep 'tidak memusat' (decenter) iaitu boleh melihat kaitan tinggi dan lebar bekas air. Dia juga secara mental melakukan proses pembalikan iaitu menuang semula ke dalam bekas A. A dan B adalah 2 gelas yang sama besar diisi kandungan air. Air dalam bekas B dituang dengan air yang sama banyak kepada bekas tinggi iaitu bekas B'

            Selain itu, konsep klasifikasi dimana kanak-kanak peringkat operasi konkrit boleh mengumpul benda-benda mengikut ciri-cirinya ke dalam kategori tertentu. Contohnya pengangkutan darat terdiri daripada kenderaan seperti kereta, lori, van, basikal, motosikal, trak, ambulans. Cirinya beroda 2, 4 atau lebih dan bergerak atas jalan raya. Begitu juga kereta api, LRT dan sebagainya yang merupakan pengangkutan darat yang berjalan di atas landasannya.

Page 19: teori kognitif

            Perkaitan logik juga merupakan salah satu konsep yang terbina apabila kanak-kanak berada dalam peringkat operasi konkrit. Salah satu kebolehan penting peringkat operasi formal iaitu pemahaman yang lebih baik tentang perkaitan kuantitatif dan perkaitan logik. Contohnya guru memberi arahan "berbaris mengikut ketinggian, dari tinggi ke rendah". Arahan seperti ini mudah difahami oleh mereka yang berada di peringkat operasi konkrit. Mereka telah berkebolehan membuat persirian secara mental (mental seriation) iaitu kebolehan untuk menyusun dalam minda mereka senarai secara siri ketinggian atau berat.            Mereka juga berkebolehan dalam 'transitiviti' iaitu menerangkan perkaitan antara elemen dalam sesuatu senarai. Contohnya, Fadlullah lebih tinggi daripada Redza. Redza pula lebih tinggi daripada Firdaus. Siapakah yang lebih tinggi, Fadlullah atau Redza? Mereka yang talah berada di peringkat operasi konkrit akan boleh memberi jawapan yang betul iaitu Fadlullah lebih tinggi daripada Firdaus.

 Inversi merupakan suatu transformasi pembalikan. Sebagai contoh dapat dilihat dari pemikiran berikut, misalnya pendidik membuat 2 duit syiling yang berlainan warna. Warna kuning dan warna putih. Pendidik tutup duit syiling tersebut dengan sebuah gelas gelap. Selepas itu, angkat gelas terbabit semula dan tanyakan kepada kanak-kanak tersebut bagaimana keadaan duit syiling. Jika kanak-kanak mengatakan duit syiling tersebut dalam keadaan terbalik, maka si anak sudah memasuki tahap konkrit-operasional dan memahami proses transformasi inversi atau pembalikan.

Resiprok merupakan suatu transformasi pencerminan. Contohnya sebagai berikut, misalnya seorang ibu ingin menanam tanaman

Page 20: teori kognitif

tomat danmembawa ember kecil yang berisi tanah, si ibu memindahkan tanah tersebutke ember yang ukurannya lebih kecil tetapi lebih panjangdari embersebelumnya, kemudian si ibu bertanya pada anaknya yang dari tadi sudahmemandangi ibunya dengan seksama, si ibu menanyakan tentang keadaandan banyaknya tanah tersebut. Jika si anak mengatakan tanah yang di emberpanjang tersebut sama dengan tanah yang ada di ember lebih pendek, makasi anak sudah memasuki tahap konkrit-operasional, karena si anak sudahmengerti kalau tanah yang ada di ember panjang merupakan pencerminandari tanah yang ada di ember pendek.

9.0 PERINGKAT OPERASI FORMAL(dari umur 12 tahun keatas) Operasi berpendapat mereka sebenarnya dapat berfikir secara

logik termasuk pemikiran abstrak, perkara berkaitan dengan masa depn dan sanggup membuat hipotesis. Pemikiran hipotesis ini membolehka kanak kanak itu meramalkan ‘apa yang mungkin berlaku’ daripada “apa yang akan berlaku”. Oleh kerana pemikir operasi sanggup membuat penakulaan terhadap sesuatu kemungkinan,ia teah sedia membuat eksperimen menguji kebanran idea, kebenaran dan pemikiran saintifik.

Ia juga menguasai kebolehan untuk menyelesaikan masalah dengan kombinasi  pengetahuan,pengalaman dan kemahiran. Bahkan pelajar ini dapat menerima idea abstrak sperti tenaga,gravity,demokrasi dan sebagainya. Pendekatan pengajaran pula melibatkan peggunaan kaedah lisan yang lebih banyak. Pelajar di peringkat sekolah menengah digalakkan mendengar,membaca dan berbincang,kemudian melakukan latihan.

10.0 PERKEMBANGAN MORAL DAN ROHANIKanak kanak sejak kecil lagi mempunyai kesedaran tentang

apa yang baik dan apa yang buruk ,apa yang betul dan apa yang salah. Sungguhpun demikian,tahap kesedaran adalah berbeza dengan mereka yang dewasa. Pemerolehan atas kesedaran ini

Page 21: teori kognitif

adalah telah sedia ada sebagai makhluk yang dicipta dan sebahagian lagi melalui pengalaman yang dilalui oleh seseorang itu. Sebagai contoh manusia perlu kepada agama untuk menjalani kehidupan yang sempurna. Menurut Piaget(1996),kesedaran tentang peraturan-peraturan melalui empat peringkat dan dua peringkat yag dilalui oleh kanak kanak ialah:

1.      Peringkat pertama(masa lahir sehingga umur tiga tahun). Peringkat ini merupakan peringkat tingkah laku motor. Kanak kanak akan membentuk tabiat atau ‘peraturan individu’

2.      Peringkat kedua (tiga hingga tujuh tahun). Ketika kanak kanak berumur tiga hingga lima tahun,mereka belum lagi memahami funsi peraturan peraturan dan dengan itu belum sedia untuk bekerjasama. Tetapi,pada akhir umur enam tahun,kanak kanak berpendapat  peratura peraturan itu adalah suci dan perlu dipatuhi.

Menurut Piaget (1969) lagi,konsep keadilan(bagi kanak kanak sehingga tujuh tahun) ialah sesuatu yang diperintah atau diarah oleh orang dewasa. Kanak kanak mempunyai sifat sifat keperibadian semula jadi serta sifat sifat yang diperoleh melalui interaksi dengan alam sekitar. Mereka perlu didedahkan kepada nilai nilai kerohanian yang boleh diterima umum berteraskan kepada Prinsip-prinsip Rukun Negara (Ee,1999). Menurut Ee (1999) lagi pada peringkat ini perkembangan kerohanian  akan ditingkatkan melalui langkah langkah berikut:

1.      Menimbulkan kesedaran tentang wujudnya pencipta alam semesta ini.

2.      Menimbulkan kesedaran bahawa benda benda di sekeliling ada penciptanya.

3.      Mempelajari asas agama yang dianuti oleh pelajar4.      Melafazkan kata kata kesyukuran kepada Tuhan5.      Menunjukan sifat taat kepada suruhan Tuhan6.      Menunjukan semangat sayang kepada Tuhan

Menurut Piaget, pada peringkat akhir kanak-kanak, perkembangan ini membentuk suatu jenis penghormatan suci terhadap peraturan-peraturan seperti juga mereka menghormati ibu bapa, orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua. Mulai umur tujuh atau lapan tahun, kanak-kanak mulai membentuk sikap untuk

Page 22: teori kognitif

bekerjasama. Kanak-kanak pada peringkat ini berada di aras prakonvensional.

Kanak-kanak ini akan mengelak daripada melanggar peraturan-peraturan atau merosakkan harta benda orang lain kerana mahu mengelakkan hukuman yang akan dikenakan ke atas mereka. Selain itu, kanak-kanak berpendapat, apa yang baik ialah apa sahaja yang membekalkan sesuatu yang berguna kepada mereka. Kanak-kanak juga mempercayai bahawa seseorang individu boleh membuat apa sahaja dengan haknya. Ini bermakna mereka mempunyai hak untuk melakukan sesuatu.

Pada peringkat ini, aspek kerohanian bertambah mantap dengan adanya pendidikan agama dan pendidikan moral. Kanak-kanak lebih memahami tentang kewujudan pencipta alam semesta, kepercayaan kepada tuhan serta menunjukkan sifat taat dan sayang kepada tuhan. Dengan kata lain, aspek kerohanian mereka akan bertambah mantap.

Piaget memerhati dan menemuduga kanak-kanak antara umur 4 sehingga 12 tahun bermain guli dan beliau cuba mempelajari bagaimana mereka mengikuti dan berfikir tentang peraturan permainan. Piaget juga menyoal mereka tentang etika peraturan permainan seperti mencuri,menipu,mendenda dan keadilan. Daripada pemerhatian, temuduga dan juga penyoalan itu, Piaget memutuskan bahawa kanak-kanak berfikir dalam dua cara yang berlainan tentang tingkah laku moral mengikut pematangan perkembangan mereka.

Peringkat pertama perkembangan pentakulaan kanak-kanak ialah ‘ Heteronomous morality’. Pentaakulan ini berlaku apabila kanak-kanak berumur 4 sehingga 7 tahun. Kanak-kanak menilai tingkah laku betul atau salah dengan menimbang akibat langsung(consequence) tingkah laku itu dan bukan tujuan tujuan individu itu. Contohnya tingkah laku memecah 12 biji cawan dengan tidak sengaja adalah lebih jahat daripada memecah sebiji cawan dengan sengaja bertujuan mencuri coklat kegemaran yang berada dalam cawan itu.

Mengikut Piaget kanak-kanak berfikir bahawa keadilan dan peraturan sememangnya wujud dan tidak boleh diubah dan

Page 23: teori kognitif

dikenakan autoriti. Mereka berfikir bahawa keadilan berada di man-mana(immanent justice),iaitu apabila melanggar peraturan,seseorang itu akan didenda serta merta. Mereka percaya melanggar peraturan berkait secara automatik dengan dendaan. Oleh itu kanak-kanak akan berasa risau apabila melakukan kesalahan kerana mereka tahu akan didenda.

Peringkat kedua ialah ‘Autonomous morality’ yang berlaku apabila kanak-kanak berumur 7 sehingga 10 tahun. Kanak-kanak sedar bahawa peraturan dan undang-undang dibentuk oleh manusia dan boleh diubah. Mereka faham bahawa peraturan dibentuk mengikut keselesaan manusia yan dipersetujui oleh ramai dan diubah berdasarkan persetujuan ramai. Mereka juga sedar bahawa apabila menilai sesuatu tingkah laku,k=bahawa dendaan dilaksanakan ke atas pesalah jikalau ada bukti dan itu pun denda tidak semestinya berlaku.

Piaget menyatakan bahawa apabila kanak-kanak membesar,mereka lebih cekap memikirkan perkara sosial  terutama sekali berkaitan dengankerjasama dan kemungkinan. Beliau percaya bahawa kefahaman sosial hanya berlaku apabila ada bertolak ansur melalui perhubungan rakan sebaya. Perhubungan ibu bapa denga anak mungkin tidak mengembangkan pentaakulan moral kerana kuasa berada di tangan ibu bapa dan peraturan ditetapkan oleh mereka secara authoritarian.11.0 PERKEMBANGAN SOSIALJean Piaget menyarankan bahawa pembelajaran bermakna memerlukan masa ‘untuk memainkannya’ dengan cara membuat sesuatu menerusi berbagai alternatif. Oleh itu kanak-kanak memerlukan masa yang fleksibel dalam aktiviti main untuk mencapai matlamatnya.Dari segi perkembangan sosial kanak-kanak:

(a)              Kanak-kanak belajar bagaimana mengadakan perhubungan sosial.~Contohnya dalam permainan ini, kanak-kanak belajar untuk berurus niaga dengan rakan-rakannya dalam permainan yang berkonsepkan main peranan. Untuk bermain dengan jayanya, kanak-kanak perlu berkomunikasi dengan rakan-rakannya dalam cara yang dapat difahami di samping memahami apa yang cuba

Page 24: teori kognitif

disampaikan oleh mereka kepadanya. Komunikasi ini melibatkan aktiviti bertutur dan bersoal jawab yang secara tidak langsung dapat merangsang perkembangan komunikasi dan bahasa kanak-kanak.

(b)             Kanak-kanak belajar bagaimana menyelesaikan masalah apabila berlaku.~Mereka juga bersama-sama dengan ahli kumpulan mereka berkolaborasi untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan dengan nilai wang dan urusan membeli barangan. Contohnya, apabila mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk mendapatkan barangan yang mereka inginkan, mereka bersama-sama berbincang untuk mencari jalan penyelesaian. Mungkin mereka akan mengambil keputusan untuk membeli barangan yang lebih murah harganya atau pun melakukan tawar-menawar dengan pihak penjual.

(c)              Kanak-kanak belajar menjadi pemimpin dan pengikut.~Dalam permainan ini, kumpulan kanak-kanak ini dengan sendiri mereka melantik ketua bagi kumpulan mereka. Apabila permainan berlangsung, masing-masing menjalankan peranan masing-masing dengan memainkan watak sebagai penjual dan pembeli.

(d)             Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur.~Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur apabila melakukan urusan jual beli dengan ahli kumpulan mereka. Perkara ini berlaku apabila mereka perlu berkongsi wang yang diperolehi untuk mendapatkan sesuatu barangan yang hendak dibeli. Oleh itu, setiap kanak-kanak perlu bertolak ansur untuk mengeluarkan wang masing-masing untuk mendapatkan barangan yang telah dipersetujui.

(e)              Kanak-kanak belajar untuk berjimat cermat dan nasihat menasihati.~Dalam permainan ini, kanak-kanak akan belajar berjimat cermat menggunakan wang yang ada tanpa sebarang pembaziran berlaku. Kanak-kanak akan menggunakan wang yang diperolehi dengan sebaik-baiknya. Setiap ahli kumpulan akan memberi nasihat dan

Page 25: teori kognitif

mengingatkan rakan-rakan sekumpulannya untuk berjimat cermat dalam penggunaan wang.15.0 IMPLIKASI TEORI KOGNITIF PIAGET

            Dalam ilmu pendidikan teori piaget meninggalkan implikasi besar kepada teori dan praktisnya (Case dalam Slavin,1997). Teori ini berfokuskan kepada idea perkembangan pendidikan yang sepadan dan bersesuaian dengan kebolehan kognitif dan fizikal pelajar-pelajar. Teori beliau dianggap ‘ever Green’ iaitu yang sesuai sepanjang zaman kerana idea beliau mempengaruhi persekitaran pembelajaran, kurikulum, bahan dan metodologi pengajaran.

            Antara implikasi beliau ialah guru harus fokus kepada proses pemikiran dan bukan kepada hasil atau produk akhir bagi memastikan pelajar telah mengalami proses berfikir dengan betul. Pertanyaan yang harus dikemukakan adalah seperti apa jenis logik yang pelajar guna? Adakah pelajar hanya guna satu aspek situasi sahaja? Adakah mereka terpengaruh kepada aspek luaran sesuatu? Pelajar digalakkan menggunakan strategi pemikiran yang mereka gunakan untuk menyelesaikan masalah. Pelajar merupakan sumber maklumat paling baik tentang kebolehan pemikirannya.

            Piaget juga menggalakkan pelajar memainkan peranan penting dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran melalui penerokaan dan memperoleh pengetahuan melalui interaksi dengan persekitaran. Piagetian atau pengikutnya menentang idea yang menjadikan pemikiran kanak-kanak seperti orang dewasa. Beliau tidak bersetuju supaya perkembangan kognitif kanak-kanak dipercepatkan (accelerated) melalui kaedah tertentu. Hal ini kerana mereka percaya bahawa pengajaran ‘premature’ atau pengajaran

Page 26: teori kognitif

yang dipaksa keatas kanak-kanak yang belum sampai pada tahap kematangan tertentu adalah sia-sia kerana kanak-kanak tersebut belum sedia untuk menerima ilmu dan kesannya lebih buruk dari tiada pembelajaran.

            Kanak-kanak menerima secara ‘superficial’ formula cara berfikir orang dewasa dan bukan melalui pemahaman sebenar mengenai sesuatu perkara (Johnson, 1982). Menurut pendapat Piaget dan dipersetujuinya terdapat perbezaan individu dalam kecepatan sampai ke peringkat perkembangan tersebut. Semua orang harus melalui peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi masa untuk mereka sampai adalah berbeza.

            Oleh itu beberapa aktiviti pembelajaran perlu disediakan oleh guru sesuai dengan kebolehan berfikir dan keupayaan fizikal pelajarnya. Penilaian kebolehan pelajar harus setakat mana kebolehannya dan tidak perlu dibandingkan dengan pelajar lain. Pendapat ini dipersetujui oleh Gardner (1983) dan Sternberg (1985) dengan menyatakan kecerdasan seseorang bergantung kepada proses penyelesaian masalah atau konteks di mana tingkah laku tersebut dilaksanakan dalam usaha individu mengubah persekitaran supaya sampai ketahap keselesaan mengikut tafsirannya.

            Oleh kerana Piaget menyarankan bahawa kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan melakukan aktiviti secara hands-on, penyediaan persekitaran yang menarik dan merangsang pembelajaran adalah penting. Persekitaran yang kondusif adalah penting untuk membolehkan kanak-kanak mencipta pengetahuan secara tidak langsung. Untuk tujuan ini, penggunaan makmal, bengkel dan teknologi yang interaktif sangat berguna bagi menggalakkan perkembangan kreatif kanak-kanak. Sebaliknya, penghafalan maklumat dan pembelajaran bahasa secara latih-tubi ditolak sama sekali oleh Piaget.            Jelasnya, ramai pakar pendidikan psikologi menganggap teori

perkembangan Piaget sebagai hampir sempurna kepada sistem perkembangan

kognitif manusia. Banyak pandangannya yang bersangkut paut dengan

pemprosesan maklumat di dalam otak manusia. Melalui model pemprosesan

Page 27: teori kognitif

maklumat Piaget menjelaskan bahawa penerimaan maklumat bergantung pada

pemprosesan dan penterjemahan data sensori dan menukar data itu ke dalam

bentuk yang boleh disimpan dan diguna semula apabila diperlukan.

            Dengan mempelajari bagaimana otak manusia memproses maklumat, kita

dapat melihat dan mengkaji bagaimana manusia mampu berfikir, berpersepsi,

menterjemah dan mempercayai. Jean Piaget memandang kecerdikan itu sebagai

dasar kepada proses yang aktif di mana manusia dapat memperoleh maklumat

melalui interaksi dengan pelbagai objek, idea dan pergaulan dengan orang lain di

persekitarannya.

16.0 Isu-isu Berkaitan Teori Piaget            Teori Perkembangan Kognitif Piaget telah mendapat perhatian meluas dalam bidang Psikologi sejak kajiannya dikemukakan. Kajian Piaget menerangkan peringkat-peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak dan proses pemikiran berasaskan perkembangan skema. Namun, teori dan kajiannya tetap menerima kritikan terutama berkaitan kelemahan teori dan metodologi yang digunakan.             Dari segi kelemahan teori, pengkritik menyatakan bahawa teori Paiget tidak mampu menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas. Ada pengkritik yang mempertikaikan kebenaran wujudnya empat peringkat perkembangan kognitif yang disarankan oleh Piaget (Gelman dan Baillargeon, 1983). Mereka menyatakan sekiranya kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan kognitif berasaskan set operasi yang khusus, maka apabila kanak-kanak tersebut berjaya memahirkan set operasi tertentu, mereka sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set operasi yang sama.            Sebagai contoh, apabila kanak-kanak menunjukkan kemampuan pemuliharaan iaitu yang terdapat pada tahap operasi konkrit, maka berdasarkan teori Piaget, dia sepatutnya dapat menunjukkan kemampuan pemuliharaannya dalam angka dan berat pada masa yang sama.            Namun, dalam kajian yang dilakukan oleh Klausmeier dan Sipple (1982) menunjukkan keadaan yang berbeza di mana kanak-kanak sentiasa menunjukkan kemampuan pemuliharaan berat lebih lewat daripada pemuliharaan angka. Keadaan ini adalah bercanggah

Page 28: teori kognitif

dengan teori Piaget.Dari segi metodologi juga, pengkritik mempertikaikan kaedah klinikal yang digunakan dalam kajian Piaget di mana kajian dengan kaedah klinikal sukar untuk diulang. Oleh itu, kesahihannya adalah diragui. Pengkritik juga menuduh Piaget membuat generalisasi daripada sampel-sampel yang saiznya terlalu kecil dan tidak menepati piawaian.17.0 Kritikan pada Teori Jean Piaget (1896-1980)            Piaget telah memberi sumbangan yang amat besar dalam psikologi utama dari segi penerangannya tentang perkembangan kognitif yang luas. Walaupun bagaimanapun ahli-ahli psikologi yang lain sependapat bahawa teori tersebut mempunyai beberapa kelemahan seperti berikut:

17.1 Ketidaksempurnaan            Piaget telah memberi kita satu rangka penerangan tentang perkembangan kognitif kanak-kanak yang amat berfaedah. Walaubagaimanapun, beliau tidak menjelaskan tentang kaitan antara teorinya dengan peristiwa-peristiwa empirical, istilah-istilah penting seperti asimilasi, akomodasi, kseimbangan dan tahap-tahap perkembangan kognitifnya agak kurang jelas dan tidak tepat. Tambahan pula, beliau tidak menyatakan dengan jelas bagaimana kita tahu yang kanak-kanak itu berada dalam keadaan ketidakseimbangan. Namun demikian, Fisher (1980) telah menyarankan bahawa perkembangan kanak-kanak dalam sesuatu bidang seperti bahasa, penyelesaian masalah, main peranan dan lain-lain bergantung pada pengalaman mereka.            Sebenarnya kita bukan sahaja perlu penjelasan tentang kriteria pada setiap tahap tetapi juga bagaimana perpindahan daripada satu tahap kepda tahap yang lain. Piaget lebih berjaya dalam menghurai tahap-tahap ini daripada menjelaskan pengaliran perkembangan. Dalam beberapa aspek, Piaget telah memperkecilkan perkembangan kognitif kanak-kanak. Contohnya, ada kajian yang membuktikan bahawa kanak-kanak faham tentang konsep kekekalan objek lebih awal daripada apa yang dijangka oleh Piaget.

Page 29: teori kognitif

            Bukti-bukti kajian menunjukan bahawa kanak-kanak praoperasi kurang menunjukkan sifat egosentrik seperti yang disangka oleh Piaget. Begitu juga seseorang kanak-kanak praoperasi berupaya menyelesaikan konsep yang lebih kompleks daripada apa yang disarankan oleh Piaget jika kanak-kanak tersebut diberi kaedah kajian yang sesuai dengan mereka. Contohnya, jika keadaan kajian keupayaan kekekalan diatur dengan cermat agar jawapan kanak-kanak tidak terlalu bergantung pada keupayaan bahasa mereka., kanak-kanak praoperasi ternyata Berjaya memberi jawapan yang betul.

17.2 Metologi            Satu kelemahan teori Piaget ialah ketidaksesuaian kaedah yang beliau gunakan untuk kemungkinan wujud keputusan yang biasa kerana bilangan responden yang sedikit, tiada pemerhatian yang lain dan kurang kawalan semasa Piaget menjalankan kajian. Apabila kajian yang sama dijalankan dengan lebih ramai responden dan kawalan yang lebih baik dalam makmal, aliran tahap perkembangan Piaget jalankan kajian. Apabila dalam makmal, aliran tahap tahap perkembangan piaget dapat membuktikan kebenarannya tetapi tidak pada umur sebenar perubahan itu berlaku.            Kajian Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif awal bergantung pada aktiviti motor dan deria. Beliau tidak berfikir bahawa mungkin keupayaaan otak bayi berkembang lebih cepat daripada keupayaan motor dan deria. Piaget percaya bahawa bayi tidak faham tentang konsekuen tindakan mereka terhadap persekitaran sehingga berumur 4 atau 5 bulan iaitu apabila mereka mempunyai kawalan ke atas pergerakan tangan mereka. Walaubagaimanpun, ada kajian terkini yang telah membuktikan bahawa bayi yang berumur 2 bulan pun telah dapat memahami bahawa tindakan mereka akan memberi kesan terhadap persekitaran.18.0 IMPLIKASI   TEORI   PEMBELAJARAN   KOGNITIF

Page 30: teori kognitif

Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran sangat dipengaruhi oleh teori pembelajaran kognitif. Hal ini jelas membuktikan teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori ini menekankan proses kognitif untuk menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, teori ini juga menekankan faktor pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi.

Teori pembelajaran kognitif ini menegaskan bahawa pengalaman sedia ada murid-murid akan banyak membantu mereka dalam menyelesaikan masalah. Dengan wujudnya teori pembelajaran kognitif ini ia sekali gus memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak atau pun murid-murid. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajaranmurid-murid iaiah merangsang ingatan kanak-kanak semula.

Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanak-kanak tersebut berada di alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan pengetahuan ada ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidakakan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut.

Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid ialah membantu murid-murid mengingat semula. Oleh kerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga ia dewasa. Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif yang berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka masing-masing. Dalam

Page 31: teori kognitif

bilik darjah, murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka.

 Selain itu, ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut memperoleh pengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-kanaktersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu murid-murid semula tentang apa yang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang mereka miliki ketika di prasekolah.

Di samping itu, implikasi pembelajaran kognitif yang lain ialah isi-isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Mengikut pendapat Jean Piaget dalam teori pembelajaran kognitif, beliau telah mengelaskan kepada empat tahap perkembangan kognitif Piaget iaitu sensori motor( sejak lahir hingga 2 tahun), praoperasi( 2 hingga 7 tahun), operasi konkrit( 7 hingga 11 tahun) dan operasi formal( 11tahun hingga remaja). Oleh yang demikian, isi pelajaran yang di sampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur atau pun tahap masing-masing. Di sini, guru haruslah menyampaikan dan menyusun isi-isi pelajaran mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Contohnya, di prasekolah ia lebih kepada bermain sambil belajar serta cenderung kepada pengetahuan asas tentang kemahiran 3M dengan itu guru hendaklah mengajar murid-murid tersebut mengikut peringkat perkembangan mereka dan bukannya mengajar mereka dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah rendah.

19.0 KESIMPULAN

            Sumbangan penting Piaget harus dianalisis dari segi perkembangan pemikiran pelajar iaitu bagaimana kanak-kanak

Page 32: teori kognitif

berfikir dan bertingkah laku. Keperluan guru memerhati pelajar dengan teliti untuk membantu pembelajaran yang berdasarkan perkembangan kognitif adalah menjadi asas yang kukuh dalam menterjemahkan idea Piaget dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.            Pemprosesan informasi membincangkan bagaimana pelajar menerima dan mengorganisasikan informasi dalam memori. Pendekatan pemprosesan informasi mengemukakan pelbagai model tentang bagaimana minda memproses sesuatu, menerima dan mencungkil ilmu pengetahuan yang telah dimanipulasikan melalui proses interaksi pada persekitaran yang menjelaskan bagaimanapelajar belajar dengan bantuan proses kognitif.            Fokus kepada teori ini, menerangkan bagaimana pelajar mengalami dan memahami makan dan mengingatkan semua informasi dan ilmu pengetahuan yang dipelajari melalui proses kognitif sejak kecil lagi melalui pembelajaran formal di sekolah dan tidak formal iaitu di persekitaran mereka. Dalam pada itu, dianalisis juga teori perkembangan kognitif Piaget, pemprosesan informasi, peranan metakognitif dan teori-teori kognitif kontemporari yang diketengahkan muktahir ini.            Pendekatan-pendekatan yang dibincangkan memaparkan bagaimana aspek kognitif manusia berkembang mengikut urutan masa sejak zaman Piaget lagi. Kajian tentang perkembangan kognitif Piaget, Neo-Piaget dan teori pemprosesan informasi peranan metakognitif dan teori kognitif kontemporari di teliti untuk seterusnya. Pada dasarnya, manusia dapat mengembangkan idea, pemikiran dan pembelajaran mengikut peredaran masa dan zaman. Apabila manusia membesar dari peringkat bayi ke peringkat kanak-kanak dan seterusnya remaja, didapati mereka mempunyai keupayaan untuk berinteraksi dengan pemikiran dan bertingkah laku untuk mengembangkan pengalam hidup.