teori keprihatinan.docx

1
Teori keprihatinan (Fuller, 1969) 1. Keprihatinan didefinisikan oleh Fuller (1969) sebagai tanggapan guru/sesuatu yang dianggap sebagai masalah atau sesuatu yang selalu difikirkan oleh guru dan ingin membuat sesuatu terhadap. 2. Teori keprihatinan yang dipelopori oleh Fuller dan telah diperkukuhkan melalui penyelidikan-penyelidikan seperti oleh Fuller dan Brown (1975), Borich dan Tombari (1997), Rogan et al. (1992) dan Rutherford dan Hall (1990). 3. 3 peringkat keprihatinan 1. Peringkat keprihatinan terhadap diri/kemandirian diri Guru praperkhidmatan amat memberikan perhatian terhadap kemandirian diri atau survival iaitu kemampuan mereka untuk menghadapi sesi pengajaran dengan jayanya. Tanda-tanda yang menunjukkan keprihatinan terhadap diri sendiri kian berkurangan apabila guru tersebut mula lebih memberikan perhatian kepada cara-cara untuk mengendalikan tugas pengajarannya dengan baik. 2. Peringkat keprihatinan terhadap tugas Guru lebih memberikan perhatian kepada cara-cara bagaimana beliau boleh mengendalikan tugas pengajarannya dengan baik. Fokusnya adalah terhadap cara melaksanakan dan memperbaiki pengajarannya serta cara-cara menguasai isi kandungan mata pelajaran termasuk disiplin murid, pengurusan bilik darjah, penilaian murid, perancangan dan persediaan mengajar, kaedah dan strategi pengajaran dan sebagainya. Guru yang sampai ke peringkat perkembangan ini sudah mula mempunyai keyakinan untuk menanganitugas-tugas harian dan boleh mengatasi pelbagai masalah disiplin di dalam bilik darjah. Perancangan pengajaran tidak lagi berfokus kepada pengawalan disiplin kelas tetapi berfokus kepada cara-cara memperbaiki strategi pengajaran serta penguasaan isi kandungan pelajaran. 3. Peringkat impak Guru mula memberikan perhatian kepada kesan pengajarannya terhadap pembelajaran pelajar-pelajarnya. Guru tidak lagi bimbang tentang kemampuan dirinya untuk mengawal kelas ataupun tentang keberkesanan penyampaian pengajaran. Guru mula melihat pelajarnya sebagai individu yang mempunyai potensi masing-masing. Guru lebih mengambil berat tentang pertumbuhan dan perkembangan pelajarnya.

Upload: noor-badariah

Post on 29-Nov-2015

904 views

Category:

Documents


59 download

DESCRIPTION

Teori keprihatinan

TRANSCRIPT

Page 1: Teori keprihatinan.docx

Teori keprihatinan (Fuller, 1969)

1. Keprihatinan didefinisikan oleh Fuller (1969) sebagai tanggapan guru/sesuatu yang dianggap sebagai masalah atau sesuatu yang selalu difikirkan oleh guru dan ingin membuat sesuatu terhadap.

2. Teori keprihatinan yang dipelopori oleh Fuller dan telah diperkukuhkan melalui penyelidikan-penyelidikan seperti oleh Fuller dan Brown (1975), Borich dan Tombari (1997), Rogan et al. (1992) dan Rutherford dan Hall (1990).

3. 3 peringkat keprihatinan1. Peringkat keprihatinan terhadap diri/kemandirian diri

Guru praperkhidmatan amat memberikan perhatian terhadap kemandirian diri atau survival iaitu kemampuan mereka untuk menghadapi sesi pengajaran dengan jayanya.Tanda-tanda yang menunjukkan keprihatinan terhadap diri sendiri kian berkurangan apabila guru tersebut mula lebih memberikan perhatian kepada cara-cara untuk mengendalikan tugas pengajarannya dengan baik.

2. Peringkat keprihatinan terhadap tugasGuru lebih memberikan perhatian kepada cara-cara bagaimana beliau boleh mengendalikan tugas pengajarannya dengan baik.Fokusnya adalah terhadap cara melaksanakan dan memperbaiki pengajarannya serta cara-cara menguasai isi kandungan mata pelajaran termasuk disiplin murid, pengurusan bilik darjah, penilaian murid, perancangan dan persediaan mengajar, kaedah dan strategi pengajaran dan sebagainya.Guru yang sampai ke peringkat perkembangan ini sudah mula mempunyai keyakinan untuk menanganitugas-tugas harian dan boleh mengatasi pelbagai masalah disiplin di dalam bilik darjah.Perancangan pengajaran tidak lagi berfokus kepada pengawalan disiplin kelas tetapi berfokus kepada cara-cara memperbaiki strategi pengajaran serta penguasaan isi kandungan pelajaran.

3. Peringkat impakGuru mula memberikan perhatian kepada kesan pengajarannya terhadap pembelajaran pelajar-pelajarnya.Guru tidak lagi bimbang tentang kemampuan dirinya untuk mengawal kelas ataupun tentang keberkesanan penyampaian pengajaran.Guru mula melihat pelajarnya sebagai individu yang mempunyai potensi masing-masing. Guru lebih mengambil berat tentang pertumbuhan dan perkembangan pelajarnya.