teori-teori dalam kajian semantik

27
TEORI-TEORI DALAM KAJIAN SEMANTIK

Upload: mimiey-sarkawi

Post on 01-Dec-2015

597 views

Category:

Documents


52 download

DESCRIPTION

bmm3111

TRANSCRIPT

Page 1: Teori-teori Dalam Kajian Semantik

TEORI-TEORI DALAM KAJIAN SEMANTIK

Page 2: Teori-teori Dalam Kajian Semantik

KONSEP

• Teori adalah pendapat atau pandangan yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara.

• Ia merupakan prinsip atau dasar pembentukan sesuatu ilmu.

• Kempson (1991:2) telah membicarakan tentang teori semantik yang merupakan sebahagian daripada teori linguistik am. Teori-teori tersebut termasuklah seperti Teori Imejan, Teori Behaviorisme, Teori Analisis Komponen dan Teori Logik Simbolik.

Page 3: Teori-teori Dalam Kajian Semantik

TEORI-TEORI

TEORI IMEJAN

TEORI BEHAVIORISME

TEORI ANALISIS KOMPONEN

TEORI LOGIK SIMBOLIK

Page 4: Teori-teori Dalam Kajian Semantik

TEORI IMEJAN

• Teori yang juga dikenali sebagai Teori Imej Makna ini didefinisikan sebagai imej makna yang tergambar dalam minda penutur atau pendengar apabila sesuatu benda atau perkara disebut.

• Sesuatu perkataan yang dibaca, didengar dan disebut tergambar dalam fikiran dan ditafsir sehingga memberi makna yang abstrak

Page 5: Teori-teori Dalam Kajian Semantik

• Imej yang dimaksudkan ini bagaimanapun tidak bersifat visual kerana ia tidak menepati gambaran sebenar yang dimaksudkan secara tepat.

• Hal ini bergantung kepada keluasan pengalaman dan ilmu yang dimiliki oleh individu itu sendiri.

Page 6: Teori-teori Dalam Kajian Semantik

• Misalnya frasa ‘bunga di jambangan’. Farid yang kurang membaca dan tinggal di kawasan pedalaman mungkin hanya memahami frasa ini sebagai beberapa kuntum bunga di dalam pasu yang dijadikan sebagai hiasan di atas meja.

• Sebaliknya bagi Asiah yang rajin menelaah buku dan majalah mungkin memahami bahawa frasa itu mempunyai dua maksud, iaitu bunga hiasan dan anak gadis yang diibaratkan seperti bunga dalam masyarakat Melayu.

Page 7: Teori-teori Dalam Kajian Semantik

bm2/ym 7

KEKURANGAN

• Seseorang mungkin mempunyai lebih daripada satu imej bagi satu ungkapan

• Dua ungkapan mungkin mempunyai imej yang sama

• Mana – mana perkataan yang berkaitan dengan lebih daripada satuimej diramalkan bersifat taksa.

Page 8: Teori-teori Dalam Kajian Semantik

bm2/ym 8

• Imej berubah mengikut waktu dan ketika• Berbeza dalam beberapa hal mengikut

pengalaman• Gambaran yang berbeza mengikut

pemahaman yang berbeza

Page 9: Teori-teori Dalam Kajian Semantik

TEORI BEHAVIORISME

• Mazhab behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner ini berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku.

• Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan ‘gerak balas’ yang menghasilkan perubahan tingkah laku.

• Bahasa dianggap wujud hasil daripada operasi rangsangan (R) dan gerak balas/stimulus (S) ini.

Page 10: Teori-teori Dalam Kajian Semantik

• individu akan dapat menggunakan dan membezakan perkataan yang digunakannya dengan betul hasil daripada tindak balas yang diberi oleh orang lain kepadanya.

• Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

Page 11: Teori-teori Dalam Kajian Semantik

• Empat ciri umum teori behaviorisme ialah:a. menolak konsep mentalisme yang mengkaji

pemikiran dan konsep abstrak data yang dapat disahkan,

b. mempercayai bahawa tingkah laku manusia dan haiwan mempunyai persamaan,

c. tingkah laku manusia dalam berbahasa disebabkan keperluan untuk bersosialisasi dan

d. perlakuan manusia ada hubungan dengan rangsangan (stimulus) dan gerak balas.

Page 12: Teori-teori Dalam Kajian Semantik

KEKUATAN & KELEMAHAN

KEKUATAN• p&p akan mempengaruhi segala perbuatan @

tingkah laku pelajar serta menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

KELEMAHAN• Perlu ada rangsangan yang sesuai untuk

menghasilkan tindak balas yang diiingini.

Page 13: Teori-teori Dalam Kajian Semantik

TEORI ANALISIS KOMPONEN

• Teori ini menghuraikan kata-kata yang mempunyai hubungan makna antara satu dengan yang lain.

• Makna bagi sesuatu perkataan bukan dianalisis sebagai satu unit, tetapi secara terperinci sebagai satu komponen-komponen yang kompleks.

• Secara ringkasnya teori ini digunakan untuk menentukan istilah berdasarkan hubungan kekeluargaan sesuatu perkataan/ujaran.

Page 14: Teori-teori Dalam Kajian Semantik

Cara untuk memperlihatkan elemen semantik dalam ayat

1. dengan menganalisis komponen kata yang diberikan

Contoh: Analisis komponen bagi kata ‘bunga’• Kata ‘bunga’ telah dianalisis komponennya sehingga boleh

dibahagikan kepada dua jenis, iaitu berduri dan tidak berduri. • Bunga berduri mempunyai ciri-ciri seperti berbatang keras dan

daunnya lebar. Bunga mawar adalah contoh bunga jenis ini.• Manakala untuk jenis bunga tidak berduri, antara ciri-cirinya

termasuklah berbatang kecil dan lembut, misalnya bunga kekwa dan bunga orkid.

Page 15: Teori-teori Dalam Kajian Semantik

2. Mengenalpasti kewujudan elemen semantik ialah dengan melakukan analisis fitur atau ciri semantik.

• Fitur atau ciri semantik merupakan hubungan makna bagi sejumlah kata yang masing-masing mempunyai ciri-ciri tersendiri.

• Tanda (+) dan (-) digunakan dalam analisis ini.• Tanda (+) bermaksud ciri tersebut hadir atau

wujud pada perkataan yang hendak dianalisis maknanya,

• manakala tanda (-) pula membawa makna kata itu tidak mempunyai ciri itu.

Page 16: Teori-teori Dalam Kajian Semantik

• Contoh perkataan seperti ‘makanan’ boleh dianalisis fiturnya seperti berikut :

– Nasi Aiskrim Buah-buahan Sayur-sayuran+ berkhasiat - berkhasiat + berkhasiat + berkhasiat

- lemak + lemak - lemak - lemak+ tenaga - tenaga + tenaga + tenaga

Page 17: Teori-teori Dalam Kajian Semantik

Analisis fitur semantik bagi kata ‘makanan’.

• Huraiannya ialah nasi, buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai khasiat dan memberi tenaga, tetapi tidak mengandungi lemak.

• Sebaliknya aiskrim merupakan hidangan yang tidak mempunyai khasiat atau pun tenaga, bahkan mengandungi lemak yang boleh menjejaskan kesihatan badan.

Page 18: Teori-teori Dalam Kajian Semantik

bm2/ym 18

Kelemahan

• Penghuraian makna memerlukan proses yang panjang

• Menganalisis makna pada peringkat perkataan bukan ayat

• Sukar menentukan komponen – komponen semantik yang khusus untuk menghuraikan makna sesuatu perkataan

• Sering terikat dengan hiponim

Page 19: Teori-teori Dalam Kajian Semantik

TEORI LOGIK SIMBOLIK

• Teori ini cuba mengkaji makna bukan sahaja dari peringkat perkataan, malahan juga pada peringkat ayat dan perlakuan manusia, sebagai reaksi kepada tanggapan yang mereka terima mengenai sesuatu perkataan.

• Bahasa menurut definisi teori ini ialah sejenis sistem lambang.

Page 20: Teori-teori Dalam Kajian Semantik

Sub kajian

Sintaksis

semantikpragmatik

Page 21: Teori-teori Dalam Kajian Semantik

SEMANTIK

• Semantik dalam teori ini didefinisikan sebagai kajian tentang hubungan di antara simbol dengan rujukan atau boleh juga dikatakan sebagai hubungan antara perkataan dengan benda.

• Rujukan atau benda tidak terhad bilangannya di dalam sesuatu bahasa kerana sesuatu lambang itu mewakili sekumpulan benda atau pun peristiwa yang mempunyai persamaan antara satu dengan lain.

• Manakala simbol pula biasanya dirujuk kepada kumpulan benda yang mempunyai persamaan.

Page 22: Teori-teori Dalam Kajian Semantik

bm2/ym 22

SINTAKTIK

• Mengkaji hubungan di antara satu perkataan dengan perkataan lain yg. boleh menentukan makna.

• Hubungan ini dapat dilihat pada konteks yg. lebih besar misalnya dalam ayat atau frasa

Page 23: Teori-teori Dalam Kajian Semantik

bm2/ym 23

Contoh

“orang” dan “besar” = orang besar

1. Orang yang saiznya besar

2. Orang yang berpangkat tinggi

Page 24: Teori-teori Dalam Kajian Semantik

bm2/ym 24

“ makan” dan “ hati” = makan hati

1. Makan hati lembu, ayam dan lain – lain.

2. Merana / kecewa

Page 25: Teori-teori Dalam Kajian Semantik

bm2/ym 25

PRAGMATIK

• Kajian antara simbol atau perkataan dengan perlakuan yang ditunjukkan oleh seseorang sebagai reaksi kepada perkataan – perkataan yang ditujukan kepadanya

Page 26: Teori-teori Dalam Kajian Semantik

bm2/ym 26

• Contoh : • ‘aku’ – pada tempat dan kepada orang yang

tidak sesuai boleh menimbulkan reaksi yang negatif kepada seseorang.

• ‘awak’ , ‘kamu’ , ‘ engkau’ , ‘anda’• Semuanya membawa asosiasi yang berlainan

yang boleh menentukan perlakuan manusia yang berbagai- bagai sebagai reaksi kepadanya.

Page 27: Teori-teori Dalam Kajian Semantik

KEKUATAN & KELAMAHAN

KEKUATAN• pendekatan yang lebih berkesan untuk

mengkaji makna kerana ia mengambil kira proses bagaimana sesuatu perkara itu mendapat maknanya.

KELEMAHAN• Makna perlu dilihat dari aspek konteks yang

lebih luas untuk disesuaikan dalam penggunaannya.