kuliah 5 teori-teori etika perniagaan

Upload: akmal-hamdan

Post on 19-Jul-2015

1.900 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

TEORI-TEORI ETIKA PERNIAGAANMinggu 5

OBJEKTIF PENGAJARAN: Pelajar dapat menerangkan teori-teori etika perniagaan. Menerangkan kelemahan teori dan mengaplikasikan teori dalam membuat keputusan perniagaan.

(A) TEORI ETIKA RELATIVISMEPenilaian etika dan justifikasi bergantung kepada sesuatu budaya, masyarakat dan perasaan individu. Relativisme menggunakan diri mereka dan orang dipersekitaran sebagai asas kepada penentuan standard moral. Cara penaakulan moral ialah melihat kepada kumpulan yang relevan dan membuat konsensus terhadap sesuatu perlakuan samaada beretika atau tidak. Jika konsensus kumpulan adalah positif maka sesuatu tindakan itu dikatakan beretika.

Contoh 1; Bidang akauntan dan guaman Tidak boleh mengiklankan perkhidmatan. Syarat ini merupakan etika profesion yang bidang ini sahaja. Contoh 2; Syarikat Menentukan betul atau tidak dengan merujuk polisi syarikat, kod etika syarikat, pihak pengurusan dan seterusnya membuat konsensus kumpulan. Jika konsensus positif maka tindakan adalah beretika. Perinsipnya jika kita percaya tindakan itu adalah bermoral maka secara subjektifnya tindakan itu adalah bermoral.

Contoh lain: > Penggunaan tuba untuk menangkap ikan oleh orang asli. > Hukuman pancung di Arab Saudi. > Mencederakan badan dalam perayaan asyura di Iran. > Upacara pemujaan agama. > Penggunaan najis lembu sebagai bahan bakar dan membuat rumah di India. > Makanan exotic bizarre foods.

KESIMPULAN :Teori Etika Relativisme ialah;Merupakan pendapat sendiri , kumpulan dan budaya sesuatu masyarakat. Menolak justifikasi rasional dan objektif sewaktu membuat penilaian moral. Tidak ada betul dan salah, bermoral atau tidak bermoral secara universal dan mutlak. Tiada skala piawaian dan penilaian yang mutlak dalam menilai sesuatu perbuatan sama ada beretika atau tidak. Kesimpulan: Etika relativisme ialah penilaian berdasarkan kpd relatif budaya, masyarakat dan pendapat sendiri.

(Friedrich Wilhelm Nietsche (1844-1900)Tanggungjawab etika memerlukan kita mengawal perlakuan dan kehendak kita berdasarkan kepada kepentingan diri. Teori yang menekankan nilai itu baik jika menguntungkan diri sendiri. Semua manusia bertindak berdasarkan kepentingan diri sendiri. Perlakuan betul atau beretika apabila membuat dan memberi kebaikan kepada individu yang terbabit. Memaksima kepentingan diri sendiri seperti kegembiraan, kuasa, kemenangan, kepuasan kerja, kesejahteraan hidup dan kekayaan.

(B) TEORI ETIKA EGOISM

Merangkumi sifat-sifat; - Sayang kepada diri sendiri (self love) - Memuliakan diri sendiri (self glory) - Kepentingan diri (selfishness). - Keseronokan diri. (self happiness).

Egoism seeks the greatest good for me.

TIGA JENIS EGOISM;

HEDONISM: Perbuatan beretika jika dapat

memberi kegembiraan yang maksima. PLURALIST: Menganggap etika adalah sebahagian dari aspek kehidupan disamping faktor lain seperti pendidikan, pengetahuan dan sikap suka membantu orang lain. ENLIGHTENED EGOIST: Membuat keputusan beretika melihat kepada jangka panjang dan untuk kesejahteraan orang lain tetapi kepentingan diri masih diutamakan.

KELEMAHAN TEORI ETIKA EGOISM

Abaikan Etika; Jika etika menghendaki seseorang melakukan sesuatu untuk kepentingan orang lain (altruism) berbanding dengan kepentingan diri sendiri maka perlu abaikan prinsip etika. Contoh; .. Tidak perlu meminjamkan payung kepada guru anda, jika nanti anda akan basah kuyup akibat hujan. Tidak Ada Sokongan; Teori ini tidak menyediakan sokongan terhadap kesimpulan mereka iaitu apa sahaja manusia lakukan adalah untuk kepentingan diri sendiri.

KESIMPULAN

Terdapat kelemahan didalam teori ini iaitu dalam memenuhi kepentingan diri etika perlu diabaikan, sedangkan etika wujud untuk mengimbangkan kepentingan diri dengan kepentingan orang lain. Contohnya ; pengurus yang meneruskan operasi kilang walaupun kerugian kerana berperinsip tidak mahu memberhentikan pekerja .

(C) ETIKA UTILITARIAN

Oleh Jeremy Bentham (1784 1832) dan John Stuart Mill (1806 1873).Teori ini menjelaskan etika mempunyai signifikan dengan melihat kesan dari sesuatu tindakan (Consequentialist theory). Menggunakan prinsip memaksimakan kesoronokan dalam memberi kebaikan kepada semua pihak yang terlibat. (Maximize the overall

happiness). better consequences are those that promote human well-being, the happiness , health, dignity, integrity, freedom and respect of all the people effected.

Utilitarianism is an ethical theory that holds that an action is right if it produces, or if it tends to produce, the greatest amount of good for the greatest number of people affected by the action. According to utilitarianism, we should evaluate an action by looking at its consequences, weighing the good effects against the bad effects on all people affected by it. If the good outweighs the bad, it tends to be a good action; if the bad outweigh the good, it tends to be a bad action.

Teori utilitarian mengambilkira akibat dan kebaikan untuk orang ramai. Pertimbangan perbuatan beretika atau tidak berdasarkan kepada kesan dan akibat dari sesuatu perbuatan Menggunakan prinsip matlamat menghalalkan cara. (End justifies the

means).

Menggunakan analisa sistematik iaitu kos- faedah (cost-benefit). Contoh: Keputusan kilang tidak membuang pekerja masa gawat, sungguh pun ini akan menambah kos pengilang tetapi memberi kebaikan kepada ramai pekerja.(great utility).

(D) KATEGORI UTILITARIAN

RULE UTILITARIAN: Menjustifikasi sesuatu

perbuatan berdasarkan kepada peraturan serta prinsip untuk meningkatkan great utility. Contoh: Rasuah salah kerana memberi kesan buruk kepada masyarakat. Pengurangan rasuah meningkatkan utility kepada masyarakat dan memelihara kebajikan mereka. ACT UTILITARIAN: Merujuk kepada kesan perbuatan seorang individu itu, jika memberi kebaikan kepada semua orang, maka dianggap beretika.

Contoh 1: Memberi rasuah dalam usaha untuk mendapat kontrek bagi menyelamatkan pekerja tanpa perlu mematuhi undang-undang yang melarang amalan rasuah. Contoh 2: Boleh berbohong jika berbohong memberi kebaikan lebih banyak dari bercakap benar, maka dalam situasi ini berbohong adalah beretika. Contoh 3: Pengamalan buruh kanak-kanak adalah beretika kerana boleh menambah pendapatan keluarga.

KELEMAHAN TEORI ETIKA UTILITARIAN1. CARA MENGUKUR KEGEMBIRAAN; # Bagaimanakah kita tahu sesuatu situasi itu memberi kebaikan yang lebih berbanding situasi yang lain. Contoh; 1.Yang mana lebih baik dalam memberi penghargaan samada sijil atau hadiah. 2. Yang mana lebih berharga samada kesihatan atau harta. # Tidak ada kesepekatan diantara pendokong utilitrianisme bagaimana untuk mengukur dan mengenalpasti kebaikan secara menyeluruh.

2. PERBEZAAN PENERIMAAN KEBAIKAN DAN IMPLIKASI KEPADA KEBEBASAN MANUSIA; # Utilitarian adalah liberal dan meletakkan nilai yang tinggi kepada kebebasan manusia bagi memilih apa yang baik untuk mereka tetapi individu yang bebas tidak selalu memilih yang baik untuk mereka. Contoh; Kejatuhan regim Sadam Husein di Iraq. # Kebaikan itu berdasarkan pendapat, persepsi, keinginan, pilihan dan kemahuan diri.

3. JUSTIFIKASI BAIK ATAU BURUK BERDASARKAN KEPADA AKIBAT DARI PERBUATAN;# Perhambaan golongan minoriti memberi kegembiraan kepada golongan majoriti. Utilitarian menganggap ini sesuatu yang beretika. # Prinsip keadilan, kesaksamaan dan hormat boleh dilanggari demi kebaikan sesuatu pihak. Contoh; Sistem Apartheid di Afrika Selatan, Dasar Zionist keatas rakyat Arab. penyerangan US keatas Afghanistan atas alasan mengekang terrorism.

KESIMPULAN

Etika Utilitarianisme signifikan melihat akibat dari sesuatu tindakan. Galakkan untuk melakukan sesuatu tindakan dan keputusan supaya dapat memaksimakan kebaikan dan keseronokan (maximize the overall

good and happiness). Utilitariansm tells us that we should act in ways that produce better overall consequences than the alternatives we are considering.

(E) TEORI ETIKA DEONTOLOGIKAL (Immanuel Kant 1724-1804)

Merujuk kepada konsep tugas (duty), seperti amanah, komitmen, tanggungjawab dan patuhi peraturan. Keputusan dan perbuatan kita harus berdasarkan undang-undang sejagat dan niat disebalik tindakan. Decisions should be matters of principle, not

consequences. In other words, the ends do not always justify the means

Contoh: Mencuri untuk menolong orang susah. Melanggar lampu merah untuk sampai ke destinasi dengan cepat. Kedua-dua perbuatan itu salah dan tidak beretika.

Perbuatan kita harus berdasarkan undang-undang sejagat dan niat disebalik tindakan. Deontologikal memfokuskan kepada hak-hak individu dan niat dalam melakukan sesuatu perbuatan. Fundamental bagi teori ini ialah penghormatan yang saksama harus diberikan kepada semua orang. Perbuatan betul atau salah terletak kepada individu dan bukan kepada masyarakat. Prinsip kesaksamaan, adil dan tidak berpihak digunakan untuk justifikasi perbuatan.

Undang-undang etika (moral) tercetus daripada maruah manusia dan nilai kebebasan. Sesuatu tindakan yang dibuat mesti mengambilkira manusia sebagai matlamat end bukan sebagai alat mean mencapai matlamat. Nilai-nilai baik yang penting ialah pilihan, kebebasan, kesaksamaan (maruah, kehormatan, keadilan, hak individu dan toleransi). Pilihanbila ditambah dengan kecerdasan akan membentuk moraliti.

DUA JENIS DEONTOLOGIKAL:

RULE DEONTOLOGIKAL: Menggunakan logik

untuk formulasi peraturan. ACT DEONTOLOGIKAL: Perbuatan adalah asas untuk menentukan sesuatu perbuatan itu beretika atau tidak.

(F) TEORI ETIKA VIRTUE

Teori ini menjelaskan nilai-nilai atau karekter baik yang dimiliki individu. Virtue ethics emphasizes the more effective

side of our character

Keperibadian individu dibina bersandarkan penaakulan (reason), perasaan (feeling) dan keinginan (desire) yang membolehkan individu itu dikatakan bermoral. Virtue adalah nilai-nilai baik individu yang terbina melalui latihan dan komitmen.Contoh; Bercakap benar, beramah mesra, tolong menolong, dermawan, beretika, berhati mulia, tidak penting diri sendiri- (Moral Excellence).

Bercakap benar dianggap penting dalam komunikasi. Individu yang mempunyai karekter yang jujur akan bercakap benar. Virtue boleh diperelokkan dengan kepercayaan, pengetahuan dan perlakuan-perlakuan yang baik. Pendekatan teori virtue dapat menerangkan bagaimana menguruskan aktiviti perniagaan dengan orang lain secara bermoral. the virtue approach to business is a valuable

reminder that business is part of human life and also part of moral life.

Elemen virtue yang penting didalam perniagaan ialah kejujuran, kawalan diri, empati, adil dan sikap kebolehpercayaan. Elemen yang berlawanan ialah dusta, menipu, pemalsuan dan korupsi. Keperibadian ini harus menjadi budaya peniaga.

Virtues are the character traits that promote a meaningful and worth human life, the vices are those character traits that undermine the ability of persons to live a good life

ADAKAH SIFAT VIRTUE BOLEH DI AJAR ?PENDAPAT PLATO : Sifat Virtue tidak boleh diajar oleh orang lain . Setiap individu berpotensi untuk menjadi baik hasil dari kesedaran , pemerhatian, pemikiran sendiri dan kemudian diperaktikkan dalam kehidupan seharian dan kehidupan bermasyarakat. PENDAPAT ARISTOTLE: Kita boleh menilai seseorang individu berdasarkan perwatakan keseluruhanya. Perspektif masa membolehkan kita mengukur seseorang dengan membina satu profil berasaskan pelbagai situasi dan keadaan.

(G) TEORI ETIKA KEADILAN (JUSTICE)

Merujuk kepada pengagihan yang saksama kepada orang yang terlibat. Pengagihan adil dalam bentuk layanan atau ganjaran. Pengagihan perlu selari dengan standard undangundang. Pertimbangan keadilan dengan mengambilkira hak individu. ..giving each person his or her due, treating

equal equally, and unequal unequally.

Teori ini lebih kepada pendekatan Deontologikal.

ENAM JENIS KEADILAN (JUSTICE)a. KEADILAN PENGAGIHAN: Berdasarkan pembahagian faedah dan beban yang adil dan saksama. KEADILAN PROSEDUR: Berdasarkan keputusan yang adil menurut amalan dan peraturan. KEADILAN INTERAKSI: Berdasarkan kebenaran maklumat dalam komunikasi. KEADILAN GANTI RUGI: Ganti rugi yang dibuat akibat kemalangan atau malapataka.

b.

c.d.

e.

KEADILAN PEMULIHAN: Berdasarkan proses hukuman kepada pelanggaran undang-undang. f. KEADILAN TRANSAKSI: Berdasarkan keadilan dalam pertukaran jual beli dan perniagaan.

(H) TEORI KEADILAN

(RAWLS)

Dua prinsip keadilan oleh Rawls ialah: 1. Setiap orang harus mendapat hak yang sama didalam semua aspek keadilan. 2. Ketidakadilan sosial dan ekonomi harus diperbaiki supaya semua orang mendapat hak dan peluang yang sama rata.Note; John Bardley Rawls Ahli falsafah Amerika.

SILA BINCANG KES-KES BERIKUT DARI PERSPEKTIF KEADILAN

Ali mendapat bilik rawatan kelas A di hospital kerana beliau seorang Profesor di UUM. Wanita diberi peluang menaikki bas lebih dahulu dari lelaki. Buruh asing diberi gaji lebih rendah dari buruh tempatan. CEO warga asing dibayar mengikut skim gaji negara asalnya. Harga yang berlainan ditawarkan kepada kategori pelanggan. Kelab eksklusif terbuka kepada orang bangsawan dan ternama sahaja.

Sindiket memanipulasi peminta sedekah orang cacat anggota warga asing. Pendatang menguasai perniagaan di Chow Kit. Kereta buruk dikenakan insuren yang tinggi. Peningkatan kos penginapan, makanan dan pengangkutan semasa LIMA Langkawi. Tindakan merobohkan warung / rumah haram. Peluang pekerjaan untuk orang cacat yang terhad. Rumah awam bersebelahan kelab malam. Amah dan orang cacat dilayan seperti hamba. Teori-teori konspirasi/gosip/blackmail/fitnah.

PERBINCANGAN / KUIZTUGAS: KATEGORIKAN KES BERIKUT BERDASARKAN TEORI-TEORI ETIKA; 1. RELATIVISME. 2. DEONTOLOGIKAL. 3. TELEOLOGIKAL. 4. UTILITARIAN. 5. EGOISME. 6. KEADILAN (JUSTICE). 7. VIRTUE. 8. KESALAHAN JENAYAH,UNDANGUNDANG,MORAL.

Honour killing di Pakistan. 2. Dasar Apartheid, Zionist dan Nazi. 3. Membunuh kumpulan monyet yang mengacau penduduk dengan diberi racun. 4. Menuba ikan di sungai untuk makanan keluarga. 5. Pengamalan adat Sutee di India. 6. Memberi rasuah untuk mendapatkan projek bagi mengelakkan pembuangan pekerja. 7. Marahkan nyamok bakar kelambu. 8. Ambil dadah untuk hilangkan kerunsingan. 9. Tidak kahwin selepas kematian pasangan kerana sumpah setia.1.

Bergiat aktif dalam NGO. 11. Menggunakan perisian komputer pirate untuk makmal komputer di kampung orang asli. 12. Kahwin lari ke Thailand. 13. Membunuh diri cara Harakiri di Jepun. 14. Penggunaan racun serangga di ladang sayur koperasi. 15. Penjualan rokok kepada kanak-kanak bawah umur. 16. Melepaskan gas ketawa untuk mentertawakan orang. 17. Penciptaan bom atom oleh Amerika untuk menamatkan Perang Dunia Kedua. 18. Doktor membunuh pesakit yang uzur atas permintaan pesakit dan keluarga sendiri.10.

Tentera Tamil Ealam membunuh diri dengan menelan Cynite jika di tangkap tentera Sri Langka. 20. Perbuatan meletupkan diri dalam perbalahan kaum di Iraq. 21. Gulungan Shiaah mencederakan diri semasa upacara perayaan Asyura. 22. Tinggal bersama ular berbisa di dalam sangkar selama satu bulan bagi mencipta rekod. 23. Berbogel di dalam majalan Playboy kerana ingin terkenal. 24. Mencucuk besi di badan dalam upacara Thaipusam. 25. Menggunakan air dari 20 anak sungai untuk upacara bersiram bagi perlantikan Sultan yang baru.19.

SELESAI