teori teori pintar cerdas

Upload: kyrule427

Post on 13-Jul-2015

212 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, 35900 TANJONG MALIM, PERAK FAKULTI: PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

PERKEMBANGAN FIZIKAL, SOSIAL & EMOSI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS (KBC3023)

TAJUK TUGASAN: TEORI-TEORI PINTAR CERDAS, BERBAKAT DAN KREATIF

OLEH: NAMA MOHD IQMAL HARLEE ABDULLAH MALYANAH SHAMIMI BT MOHD NASIR NO MATRIK D20091034807 D20091034763

PENSYARAH: DR. MD NASIR BIN MASRAN

1 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

PENDAHULUAN Sejak dari dahulu lagi pakar-pakar psikologi mengkaji pelbagai aspek dalam pintar cerdas, berbakat dan kreatif ini. Daripada kajian-kajian ini, lahirlah pelbagai teori yang biasa kita dengar. Teori-teori ini pula mengkaji pelbagai aspek. Teori yang mengkaji pembangunan intelek ialah teori kebijaksanaa oleh Jean Piaget dan Nonuniversal Theory oleh Fledmen. Antara teori yang mengkaji psikologi berbakatan ialah Overexcitability Theory oleh Dabrowski, teori Renzulli dan teori Tannenbaum. Seterusnya ialah teori-teori kognitif seperti teori kepelbagaian kebijaksanaan oleh Howard Gardner dan Triarchic Theory oleh Robert Sternberg. Teori komprihensif ialah seperti Model TIDE oleh Feldhusen dan Gagnes Differentiated Model of Giftedness and Talent oleh Gagne.

Teori Pembangunan Intelek

Teori komprehensif

Teori

Teori Psikososial

Teori Kognitif

2 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

KEPELBAGAIAN KECERDASAN (MULTIPLE INTELLIGENCE) Pada tahun 1980an, psikologi telah memperkenalkan model yng baru dan berbeza untuk menerangkan tentang kecerdasan. Penyelidik dari Harvard, Howard Gardner (1983) telah menerbitkan buku yang mencadangkan bahawa kecerdasan bukannya satu konsep penyatuan bahkan manusia memiliki lebih kurang tujuh kecerdasan (baru-baru ini beliau menambahkannya kepada lapan) dan setiap individu cenderung untuk membangunkan setiap kecerdasan dengan tahap yang berbeza. Kecerdasan mempersembahkan cara memproses maklumat dan cara berfikir. Beliau juga mencadangkan bahawa kecerdasan adalah produk daripada interaksi antara kecenderungan genetik dan persekitaran. Menurut gardner, kecerdasan tidak sama dengan cara berfikir, dimana ia cenderung untuk kekal konsisten dan jenis informasi bebas yang diproses. Bahkan individu dalam situasi tertentu boleh menggunakan kecerdasan ini untuk menyelesaikan masalah tertentu, mencipta masalah baru, atau mencipta produk atau perkhidmatan dalam budaya tertentu. Lapan Kecerdasan Horward Garner Kinestatik-kebolehan untuk menggunakan badan bagi menyelesaikan

masalah,mencipta sesuatu, mencipta produk baru. Naturalis-kebolehan untuk membezakan antara benda hidup dan sensitivitinya kepada ciri-ciri dunia semulajadi. Logikal/matematikal-kebolehan untuk memahami sistem logik dan memanipulasi nombor dan kuantiti. Lisan/linguistik-kebolehan untuk menggunakan satu bahasa (atau bahasa lain) untuk mengekspresikan diri dan memahami orang lain. Muzikal-kebolehan untuk berfikir dalam muzik dan mendengar, menghafal, mengecam dan memanipulasi corak. Visual-kebolehan untuk mempersembahkan dunia spasial yang berada dalam minda. Interpersonal-kebolehan untuk memahami orang lain. Intrapersonal-kebolehan untuk memahami diri sendiri.

3 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

TEORI STERNBERG Dua tahun selepas teori kepelbagaian kecerdasan Gardner, Robert Sternberg (1985) di Yale telah mencadangkan sebuah teori yang membezakan tiga jenis kecerdasan; analitikal, kreatif dan kritikal. Seseorang yang memiliki kecerdasan analitikal (dikenali sebagai penganalisis) mempunyai kebolehan menganalisis, mengkritik dan menilai. Manakala mereka yang memiiki kebolehan kreatif baik (dikenali sebagi penghasil) dalam meneroka, menginovasi dan mencipta. Manakala mereka yang memiliki kecerdasan praktikal (dikenali pengamal) baik dalam pelaksanaan, utiliti, dan implementasi. Dalam model ini, kecerdasan didefinasikan oleh tiga jenis kebolehan, dan bakat yang diperolehi daripada satu lebih dalam bidang ini. Menurut Sternberg, pelbagai combinasi dalam tiga bidang kecerdasan ini boleh menghasilkan bakat yang berbeza. Penganalisis

Penganalisis

Pengamal

Kreatif Pengguna Analitikal Penghasil Seimbang Pengamal Kreatif Pengamal

Melalui teori ini, dapat dikategorikan bahawa seseorang individu itu kepada tiga bahagian; analitikal, kreatif, dan pratikal. Manusia juga boleh memiliki gabungan daripada kecerdasankecerdasan ini dan membentuk bakat yang pelbagai.

4 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

OVEREXCITABILITY THEORY Dalam pada teori-teori lain, terdapat teori Dabrowski. Walaupun teori ini dicadangkan pada 1960, hanya baru-baru ini teori ini telah dibincangkan dalam bidang pendidikan pintar cerdas dan berbakat. Teori Dabrowski ialah teori pembangunan emosi yang sesuai untuk memahami bakat. Dabrowski menerangkan bahawa seseorang itu membangun melalui siri dalam peringkat dalam maladjustment. Dabrowski menegaskan bahawa kanak-kanak pintar cerdas ini mempunyai rangsangan yang lebih daripada kanak-kanak biasa. Beliau juga menerangkan bagaimana kanak-kanak pintar cerdas ini sangat sensitif dalam pelbagai bidang. Stimulasi dan respons juga berbeza daripada individu normal. Ini bermaksud, individu pintar cerdas bertindak balas lebih daripada individu biasa dan untuk tempoh masa yang lebih lama. Bidang pertama ialah psikomotor. Ini bermaksud individu ini memerlukan banyak pergerakan dan aktiviti sukan. Ini juga boleh merujuk kepada masalah untuk menenangkan aktiviti minda sebelum tidur. Lebih banyak tenaga fizikal dan pergerakan, bertutur secara pantas, banyak gerakan dan kadang-kala, gugup. Bidang kedua ialah sensual. Ini merujuk kepada individu yang lebih terangsang dengan rangsangan seperti tekstur, bau, rasa dan sebagainya. Sebagai contoh, kanak-kanak yang sensitif kepada cahaya terang dan bunyi yang kasar. Ada juga kanak-kanak yang menangis jika ditiup mukanya. Rangasangan yang penting antaranya rangsangan aestetik seperti menghayati matahari terbenam dan menghayat Mozart. Bidang ketiga ialah imaginasi. Ini merujuk kepada visualisasi dan penggunaan metafora. Sebagai contoh, mereka berangan-angan, mengingati mimpi mereka dan bertindakbalas dengannya. Bidang seterusnya ialah intektual. Kanak-kanak ini gemarkan teka-teki, mampu membuat penaakulan kompleks, gemarkan pengetahuan, informasi dan gemar menyelesaikan masalah. Bidang terakhir ialah emosi. Individu ini lebih tersentuh dan mendalam perasaannya. Sebagai contoh, individu ini lebih sedih berbanding individu biasa walaupun dalam situasi yang sama. Mereka juga komittet dalam hubungan serta berimpati.

5 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

TEORI RENZULLI Teori kecerdasan lain yang diperolehi secara meluas adalah Teori Renzulli. Modelnya, yang juga dikenali sebagai model bakat tiga cincin (Three-Ring Model of Giftedness) yang digunakan secara meluas di Amerika Syarikat, Australia dan negara-negara lain. Renzulli mencadangkan bahawa manusia terbahagi kepada tiga ciri-ciri; kebolehan yang lebih tinggi daripada purata, komitmen dan kreativiti. Renzulli menganggap bahawa kanak-kanak pintar cerdas ini mempunyai atau berkebolehan membangunkan ciri-ciri ini dan mengaplikasikan ia ke dalam bidang yang berpotensi. Penguasaan terhadap salah satu ciri-ciri tidak menggambarkan bakat itu. Sebaliknya, interaksi antara ketiga-tiga ciri-ciri menyediakan ramuan untuk melahirkan insan kreatif dan produktif. Setiap set ciri-ciri menyumbang kepada bakat itu.

KomitmentMembawa kepada

Bidang umum;matematik, seni visual, sains fizikal, undangundang, seni bahasa, agama, muzik, sains hayat, seni pergerakan. Bidang khusus: astronomi, koleografi, penerbit filem, statistik, kimia, penyajak dan lain-lain.

Kreativiti

Kebolehan Superior

kawasan yang memiliki semua ciri.

Ciri-ciri pertama ialah kebolehan superior. Renzulli mencadangkan bahawa kebolehan superior ini tidak semestinya bermaksud kepintaran yang tinggi. Tetapi, beliau mencadangkan ia harus dipandang daripada perspektif intelligence quotients (IQ). Seterusnya, komitmen. Komitmen di sini bermaksud bahawa kesungguhan seseorang individu itu melakukan tugasan dalam bidang spesifik secara berterusan. Ciri-ciri seterusnya kreativiti. Ini bermaksud cara berfikir yang berbeza daripada orang lain, baru dan keaslian idea. Walaubagaimanapun, Renzulli menegaskan bahawa keseimbang ketiga-tiga ciri-ciri ini perlu.

6 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

TEORI TANNENBAUM Tannenbaum (1983,1997) memperkenalkan teorinya, Lima Faktor Kerberbakatan. Menurut beliau, bakat lahir daripada lima faktor; kepintaran umum, kebolehan istimewa, faktor bukan akademik, faktor persekitaran dan faktor peluang. Setiap daripada faktor ini mempunyai dimensi statik dan dinamik. Menurut Tannenbaum, terdapat dua jenis golongan pintar cerdas; performance dan producer. Performance ialah golongan yang membuat persembahan artisan dan melakukan khidmat kemanusiaan manakala producer pula golongan yang menyumbang kepada idea. Kepintaran Umum

Faktor Peluang

Kebolehan Istimewa

Faktor Persekitaran

Faktor bukan akademik

7 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

MODEL KEBERBAKATAN DAN BAKAT GAGNE (GAGNES MODEL OF GIFTEDNESS AND TALENT). Ahli psikologi Kanada, Francoy Gagne telah mencadangkan model teorikal bakat. Beliau mencadangkan bahawa bakat ialah interaksi antara aplitud dan pemangkin interpersonal dan persekitaran. Beliau telah menggariskan bahawa individu ini lahir dengan bakat semulajadi ataupun bakat yang tidak digarap atau dilatih. Individu boleh mempunyai bakat semulajadi dalam akademik, teknikal, artistic, interpersonal dan bidang sukan. Sebaliknya, beliau menerangkan bahawa bakat ialah aplitud dalam pencapaian mereka dalam bidang ini. Antara domain bakat utama ialah intelektual, kreatif, sosioaffektif, dan psikomotor. Gagne menegaskan bahawa domain aplitud keberbakatan berkembang melalui proses pembangunan menjadi bakat. Proses ini dirangsang dengan dua jenis pemangkin; pemangkin intrapersonal dan pemangkin persekitaran. Antara domain aplitud ataupun bakat semulajadi ini ialah intelektual. Ciri-ciri intelektual adalah mahir dalam penaakulan induktif dan deduktif, memori, pemerhatian dan andaian. Selain itu, domain yang lain ialah kreatif. Ini digambarkan melalui ciri-ciri keaslian, idea baru, berinovasi dan humor. Domain yang seterusnya ialah sosioaffektif. Antara ciri-cirinya ialah kepimpinan, impati dan mempunyai kesedaran diri. Seterusnya, domain psikomotor yang ditunjukkan dengan ciri-ciri kekuatan, koordinasi,refleks, ketahanan dan kelenturan. Bakat semulajadi ini berkembang menjadi bakat melalui proses pembangunan yang mengandungi proses pembelajaran, latihan dan pratikal. Proses ini antaranya seperti pembelajaran secara formal ataupun tidak formal. Proses ini boleh dibantu atau dibantutkan oleh pemangkin. Antara jenis pemangkin ialah pemangkin intrapersonal dan pemangkin persekitaran. Pemangkin intrapersonal ialah pemangkin daripada dalaman individu itu sendiri. Pemangkin persekitaran pula daripada faktor luaran individu itu. Pemangkin intrapersonal ialah pemangkin daripada dalaman individu itu sendiri. Pemangkin intrapersonal pula terbahagi kepada empat bahagian; fizikal, motivasi, kehendak, pengurusan diri, dan keperibadian. Fizikal bermaksud bentuk tubuh badan, kecacatan ataupun kesihatan. Seterusnya ialah motivasi seperti keperluan, nilai ataupun minat. Manakala kehendak pula seperti daya tumpuan dan ketekunan. Personaliti pula seperti tingkahlaku, sifat-sifat dan kekurangan upaya. Pemangkin intrapersonal ini memainkan peranan penting dalam mengasah bakat ini. Sebaliknya, pemangkin ini juga boleh membantutkan lagi proses mengasah bakat.8 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

Pemangkin seterusnya ialah persekitaran. Pemangkin persekitaran ialah seperti pesekitaran sekeliling, individu, inisiatif dan peristiwa. Persekitaran sekeliling ialah seperti fizikal, budaya, sosial dan kekeluargaan. Individu juga memainkan peranan seperti ibu bapa, guru-guru, rakan sebaya dan mentor. Inisiatif pula seperti mengikuti aktiviti tertentu, kursus dan program. Peristiwa pula merujuk kepada pertemuan, anugerah dan kemalangan. Setelah melalui proses pembangunan ataupun mengasah bakat, barulah bakat semulajadi ini menjadi kemahiran yang telah dikembangkan. Antara kemahiran-kemahiran ini dalam akademik, permainan strategi, teknologi, seni, sosial, perniagaan, sukan dan sebagainya. Pemangkin Intrapersonal Bakat semulajadi, domain aplitud Intektual Kreatif Sosioaffektif Psikomotor Lain-lain Fizikal Psikologi Motivasi Kehendak Personaliti Bakat Akademik Permainan strategi Teknologi Seni Sosial Perniagaan Sukan Lain-lain

Proses Pembangunan

Pemangkin Persekitaran Persekitaran sekekeling Individu Inisiatif Peristiwa

9 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

PIRAMID PEMBENTUKAN BAKAT PIIRTO (PIIRTO PYRAMID OF TALENT DEVELOPMENT)

Firto menerangkan bahawa pembangunan bakat bermula dengan aspek genetik. Plomin (1997) menunjukkan bahawa apabila kita menjadi dewasa, genetik yang diturunkan akan menjadi lebih dominan. Menurut teori ini juga, persekitaran awal kanak-kanak lebih penting semasa kita kanak-kanak berbanding apabila kita dewasa. Aspek kedua yang ditekankan oleh Piirto adalah aspek emosi. Aspek seperti personaliti adalah perlu dan penting untuk pembangunan pembesaran. Piirto menyedari daripada kajiannya bahawa setian individu berjaya mempunyai persamaan dalam atribut10 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

personaliti. Aspek afektif atau emosi diperlukan untuk sesorang individu itu untuk berjaya dan sesetengah trait atau kesabaran dan lain-lain boleh dibangunkan dalam individu itu. Wiggins (1996) menyatakan bahawa bidang psikologi personaliti dalam domain psikologi telah menemui kebolehan personaliti yang dipanggil big five. Ini diterangkan sebagai perbezaan individu sebagai terma extraversion, keramahan, sifat berhati-hati, kestabilan emosi dan keterbukaan pengalaman. Personaliti ini penting dalam membantu pembentukan bakat. Individu dewasa yang mencapai kejayaan mempunyai banyak ciri-ciri yang tersenarai. Atribut personaliti ini merupakan aspek penting dalam pembangunan bakat. Antara atribut personaliti ialah kreativiti, imaginasi, intuisi, keterbukaan, kesempurnaan, kegigihan, ketahanan mental, berani mengambil risiko, disiplin, dan lain-lain. Aspek yang seterusnya ialah aspek kognitif. Di dalam aspek ini ialah aspek-aspek seperti IQ. Individu yang mendapat markah yang tinggi dalam ujian IQ dianggap berbeza kerana kebolehannya menyelesaikan masalah yang jarang diketengahkan. Aspek seterusnya ialah aspek bakat itu sendiri. Kebanyakan bakat itu diramal daripada tingkahlaku ramalan. (predictive behaviours). Bakat ini ditunjukkan secara domain dan dianggap bernilai oleh masyarakat. Terdapat bakat domain yang spesifik seperti seni visual, music, kesusasteraan, lakonan, tarian, sukan, rekaan, matematik, sains, dan sebagainya. Aspek yang seterusnya ialah aspek persekitaran yang digambarkan dengan matahari. Terdapat lima matahari pertama sekali ialah rumah (home). Rumah penting dalam menyediakan suasana yang positif dan mengasuh kanak-kanak itu. Seterusnya ialah komuniti dan budaya (cummunity and culture) yang memainkan peranan dalam menyediakan institusi pendidikan yang bersesuaian dan menyediakan sokongan kepada rumah dan sekolah. Seterusnya ialah sekolah. Sekolah ialah faktor penting khususnya mengesan bakat dan menyediakan situasi dan pengalaman kepada kanak-kanak. Matahari seterusnya ialah jantina dan peluang. Kehadiran ataupun ketiadaan matahari boleh melakukan perbezaan sama ada bakat dapat dibentuk ataupun tidak.

11 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

PENUTUP Kesimpulannya, setiap teori yang kita pelajari ini mempunyai penekanan dalam aspek-aspek tertentu yang penting dalam proses mendidik kanak-kanak pintar cerdas. Antara teori yang penting ialah Gagnes Model Of Giftedness And Talent dan Piirto Pyramid Of Talent Development. Ini kerana kedua-dua teori ini menerangkan proses pemgembangan atau pembentukan bakat. Model Gagne menekankan proses pembelajaran ataupun proses pembangunan bakat semulajadi yang dirangsang oleh pemangkin luaran dan interpersonal. Pemangkin-pemangkin ini memainkan peranan dalam membantu pengembangan bakat ataupun membantutkan pengembangan bakat. Piramid Piirto pula menerangkan aspek-aspek yang penting dalam pembentukan bakat. Antara aspek yang penting sekali ialah aspek-aspek persekitaran atupun matahari. Setiap matahari ini memainkan peranan penting dalam menyediakan ataupun menyuburkan bakat kanak-kanak pintar cerdas. Oleh itu, melalui kedua-dua model diatas, penting bagi kita memainkan peranan dalam menggalakkan pengembangan bakat dengan menyediakan persekitaran ataupun medium yang sesuai bagi memastikan bakat-bakat golongan ini tidak dipersiakan.

12 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

Rujukan Piirto, J. (1999). Talented Children and Adults. Ashland University: Merril Prentice Hall. Sousa, D. A. (2003). How the Gifted Brain Learns. California: Corwin Press, Inc.

13 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS