teori fungsionalisme 2

Upload: jiraiya

Post on 30-May-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Teori Fungsionalisme 2

    1/17

  • 8/14/2019 Teori Fungsionalisme 2

    2/17

    ialah sesuatu yang tidak disedari. Merton juga membezakan antara fungsi dan disfungsi.

    Fungsi bermaksud kesan-kesan positif daripada struktur sosial. Disfungsi pula

    merupakan kesan negatif yang wujud daripada struktur sosial yang diamalkan. Oleh itu,

    jelaslah bahawa persefahaman dalam kalangan anggota masyarakat adalah penting

    bagi mencapai kestabilan masyarakat dan setiap perlakuan anggota masyarakat akan

    memberikan kesan terhadap struktur sesebuah masyarakat.

    Teori konflik

    Teori konflik telah diasaskan. Beliau ialah seorang ahli sains sosial dan ahli

    ekonomi yang berasal dari Jerman. oleh Karl Marx yang kemudiannya diikuti oleh

    Weber. Antara karya yang telah dihasilkan dalam memperkatakan mengenai teori konflik

    ini adalah melalui karyanya terkenal iaitu the Communist Menifesto. Pandangan teori

    konflik mengutamakan kaedah determinisme di mana ada kuasa yang meramalkan

    sesuatu. Konflik bukanlah bermaksud di dalam keadaan yang ganas tetapi berlaku

    dalam bentuk perjuangan parti-parti, persaingan dalam institusi agama dan sebagainya.

    konflik ialah sesuatu yang semulajadi dalam sesuatu masyarakat.2 Sesuatu konflik yang

    berlaku boleh mempercepatkan proses kesetiaan dan keharmonian di dalam sesuatu

    kolompok sosial3. Terdapat tiga andaian penting mengenai teori konflik iaitu konsep

    dialektik, determinisme dan aktivisme sosial4. Konsep dialektik bermaksud evolusi bukan

    merupakan proses utama kepada perubahan sosial tetapi sebab utama yang

    menghasilkan perubahan sosial ialah konflik. Determinisme ekonomi pula bermaksud

    asas kepada perubahan sosial adalah ditentukan oleh persaingan-persaingan ekonomi.

    2 George Simmen.3 Lewis Coser.4 Brinkerhoff dan White (1989).

    2

  • 8/14/2019 Teori Fungsionalisme 2

    3/17

    Manakala aktivisme sosial bermaksud tugas utama analisisi sosial adalah kritikan. Teori

    konflik terbahagi kepada dua iaitu aliran Marx dan aliran Weber. t

    a)Aliran Marx.

    Pandangan teori konflik aliran Marx adalah berasaskan tarsiran-tafsiran

    sosiologikal terhadap karya-karya Mark. Mengikut pandangan pengikut teori aliran Marx,

    mereka berpandangan bahawa teori bukanlah semata-mata sebagai satu cara

    menganalisis struktur masyarakat tetapi lebih kepada cara bagaimana sesuatu reformasi

    sosial berlaku dalam masyarakat. Konsep sejarah materialisme Marx mempunyai tiga

    elemen penting iaitu ia merupakan satu teori atau kaedah ilmiah, merupakan satu ajaran

    politik dan satu pegangan hidup seakan agama5.

    Teori konflik aliran Marx beranggapan asas kepada pembentukan sesebuah

    masyarakat adalah disebabkan oleh faktor-faktor ekonomi seperti tanah, modal, industri

    dan perdagangan. Asas kepada perubahan sesebuah struktur masyarakat adalah

    disebabkan faktor-faktor berkaitan dengan pengeluaran ekonomi. Faktor lain seperti

    agama, institusi politik, kekeluargaan dan pendidikan pula menjadi superstruktur

    masyarakat. Sebarang perubahan yang berlaku pada superstruktur masyarakat hanya

    akan berlaku jika terdapat perubahan pada asasnya.

    b) Aliran Weber.

    Tokoh yang membawa aliran teori konflik aliran ini ialah Max Weber. Walaupun

    teori konflik berasaskan daripada teori konflik Marx, namun pandangan aliran ini banyak

    bercanggah pendapat dengan teori konflik aliran Marx. Weber menghujahkan bahawa

    5 Fatimah Daud (1992).

    3

  • 8/14/2019 Teori Fungsionalisme 2

    4/17

    perubahan sosial masyarakat bukanlah hanya disebabkan oleh faktor konflik kelas

    sosial yang berpunca daripada faktor ekonomi semata-mata tetapi turut berpunca

    daripada pelbagai faktor. Perkembangan kapitalisme di barat bukanlah disebabkan

    faktor pengeluaran sahaja tetapi disebabkan oleh faktor keagamaan 6(kristian

    protestan).

    Dalam proses menganalisis, Weber mengelaskan tiga dimensi konsep iaitu

    kelas, status dan parti. Konsep kelas weber menyerupai konsep Marx kerana turut

    dihubungkan dengan faktor ekonomi tetapi tidak bersetuju dengan pandangan Marx

    yang menyatakan kuasa hanya berpunca daripada faktor ekonomi, tetapi turut

    dipengaruhi oleh faktor lain iaitu status dan parti. Status merupakan penghormatan

    sosial yang terdapat dalam struktur sosial yang tersendiri. Status bukanlah dinilai

    berdasarkan kekayaan, kuasa dan kelas sosial tetapi ditentukan oleh gaya hidup.

    Kuasa pula merupakan bentuk kepimpinan yang menyebabkan seseorang individu

    memaksa orang lain bagi mencapai matlamat individu ataupun organisasi. Dapat

    disimpulkan kelas wujud dalam hubungan ekonomi, status wujud dalam hubungan sosial

    dan parti wujud dalam hubungan politik. Kumpulan status dan kelas akan menggunakan

    parti sebagai organisasi bagi memperjuangkan objektif mereka.

    Dapat disimpulkan di sini bahawa aliran Weber menyatakan konflik dan

    perjuangan yang berlaku alam masyarakat bukanlah disebabkan faktor ekonomi

    semata-mata tetapi disebabkan memperjuangkan hak masing-masing supaya

    dipandang tingi oleh masyarakat.

    6 Weber (1958).

    4

  • 8/14/2019 Teori Fungsionalisme 2

    5/17

    PANDANGAN ISLAM (IBNU KHALDUN) DALAM ANALISIS SOSIOLOGI.

    Dari segi peradaban islam pula, ilmu sosiologi sebagaisains telah wujud seawal zaman

    Ibnu Khaldun. Khaldun telah terkenal sebagai bapa sosiologi Islam. Kajian Khaldun

    dalam mukaddimah telah memberi impak yang besar terhadap perkembangan sosiologi

    moden. Sebenarnya kajian Khaldun telah mendahului kaedah-kaedah kajian klasik Barat

    yang hanya muncul beratus tahun setelah peninggalan Khaldun. Namun tidak ramai

    yang mahu mengakui Khaldun sebagai bapa sosiologi moden semata-mata disebabkan

    tindakan Khaldun yang tidak memisahkan agama dari kehidupan sosial.

    Sebenarnya, apa yang dikaji oleh sarjana-sarjana awal Barat telah diteliti oleh Khaldun.

    Misalnya sekiranya Comte, Durkheim dan Spencer melihat perubahan sosial, Khaldun

    juga telah mengkajinya. Sekiranya Marx tekenal dengan idea yang radikal hingga

    melarikan diri ke luar negara, kehidupan Khaldun dipenuhi oleh perjuangan sosial

    sehingga menyebabkan beliau dipenjarakan kerana tindakannya mengkritik pemerintah.

    Jika Weber terkenal menganalisis kepentingan kelas, status dan kuasa; Khaldun juga

    mengkaji faktor-faktor ekonomi,sosial dan politik. Maka dapat lah disimpulkan bahawa

    daripada secara umumnya terdapat persamaan antara sosiologi Barat dan sosiologi

    Khaldun. Selain itu, daripada segi interaksionisme, Khaldun sebagaimana yang

    dinyatakan telah meletakkan landasan ilmunya kepada aga yang sememangnya

    menghendaki interaksi antara manusia. Secara keseluruhannya, penyelidikan Khaldun

    adalah setara dengan penyelidikan Barat berlandas alasan-alasan berikut; beliau

    mengkaji perubahan dan fenomena sosial, mengkaji perkaitan antara institusi sosial,

    membezakan antara masyarakat primitif dan moden, menghubungkan penikiran

    sosiologimdengan sejarah, penyelidikan masyarakat secara saintifik dan empirikal.

    Khaldun adalah seorang aktivis, kehidupanya dipenuhi oleh perjuangan sosial. Khaldun

    5

  • 8/14/2019 Teori Fungsionalisme 2

    6/17

    sentiasa mempersoalkan keadilan dalam masyarakat. Baginya keadilan diperjuangkan

    untuk kesejahteraan manusia. Khaldun mengiktiraf kewujudan masyarakat yang

    berstratifikasi tetapi menolak ketidakadilan. Ini dibuktikan dengan kesanggupan

    berkhidmat dengan kerajaan yang memerintah, memberi nasihat dan teguran. Khaldun

    tidak menganjurkan pertentangan revolusi tetapi mahukan supaya perubahan secara

    reformasi sosial. Ini berbeza dengan tradisi konflik marxist yang bergerak dalam tema

    revolusi untuk menentang stratifikasi. Maka berdasarkan apa yang di mulakan oleh

    Khaldun, sosiologi daripada perspektif islam mempunyai unsur-unsur berikut iaitu

    berteraskan agama, berbentuk aktivisme sosial, mengkaji interaksi mikro dan makro,

    konsep utama ialah keadilan untuk keseahteraan masyarakat, dan tidak memisahkan

    agama dengan aspek-aspek lain seperti eonomi, soisl dan politik. Sehubungan dengan

    pespetif islam tentang sosiologi , Ilyas Ba-Yunus dan Farid Ahmad (1985) telah

    mencadangkan supaya sosiologi islam perlu bersifat teoritikal (menerokai prinsip-prisip

    kehidupan sosial berlandaskan Al-Quran), kritikal (mengkaji masyarakat berdasarkan

    kaedah yang sejajar denga idealisme islam) dan strategik (mempunyai rancangan

    mengatasi permasaalahan masyarakat berlandaskan keislaman). Bagaimanakah

    bentuk sosiologi islam?. Pendapat teori interaksionalismemengeai hubungan manusia

    telah diperjelaskan dalam islam. Dalam islam telah dinyatakan bahawa manusia

    mempunyai perbagai etnik (manusia dijadikan bersuku-suku dan berbangsa) yang perlu

    berinteraksi antara satu sama lain (untuk saling mengenali). Juga dinyatakan bahawa

    manusia bertingkahlaku hasil daripada interaksi mereka. Perangai-perangai manusia

    adalah pelbagai daripada yang buruk pada satu pihak hingga yang baik pada sebelah

    pihak yang lain. Jika teori interaksionalisme Barat telah membandingkan sifat-sifat

    manusia yang lebih baik daripada haiwan; Islam terlebih dahulu telah memaklumka

    bahawa manusia adalah makhluk terbaik berbanding segala yang wujud didunia .

    manusia sebagai makhluk terbaik tentulah mempunyai kebolehan untuk mendapatkan

    6

  • 8/14/2019 Teori Fungsionalisme 2

    7/17

    ilmu pengetahuan yang akhirnya dapat membuat pertimbangan sendiri mengenai

    belbagai aspek dalam kehidupan. Dengan kata lain, dengan fikiran waras yang di

    punyai oleh manusia mereka boleh membuat keputusan sendiri tentang aksi mereka.

    Sosiologis islam telah menyedari bahawa konflik dalam masyarakat sukar dielakkan

    dalam proses berinteraksi antara satu sama lain. Apa yang menyebabkan konflik

    adalah niat sosial manusia untuk mencapai hasratnya yang mungkin tidak sama dengan

    kehendak pihak lain. Ini berbeza dengan teori konflik Marx yang menyatakan

    pergeseran akan tamat apabila wujud sosialisme dan komunisme. Walaupun disedari

    konflik tetap berlaku, tidak bermakna pertentangan harus dibiakan. Perlu wujud

    mekanisme supaya masyarakat seimbang. Perundingan perlu berlaku dan konsensus

    perlu di capai untuk mengatasi konflik berdasarkan prinsip-prisip keadilan dan kebaikan.

    Dengan itu masyarakat akan dapat terus stabil. Keseluruhanya sosiologi islam

    menekankan supaya dicari jalan untuk mencapai kesejahteraan melaui interaksi dalam

    masyarakat dengan melakukan kebaikan atas prinsip keadilan.

    PANDANGAN TOKOH TEORI FUNGSIONAL DAN TEORI KONFLIK MENGENAI

    AGAMA

    TOKOH TEORI FUNGSIONALISME:

    Pendapat Emile Durkheim Terhadap Agama.

    Dalam teori fungsionalisme, antara tokoh yang turut memperkatakan mengenai

    persoalan agama ialah Emile Durkhiem. Durkheim telah meletakkan dirinya dalam

    tradisi positivis yang bermakna apa yang beliau fikir tentang kajiannya berkaitan

    masyarakat sebagai bersifat objektif (tidak dipengaruhi perasaan) dan secara sainstifik.

    7

  • 8/14/2019 Teori Fungsionalisme 2

    8/17

  • 8/14/2019 Teori Fungsionalisme 2

    9/17

    Masyarakat yang kurang kompleks seperti mana masyarakat asli Australia,

    mempunyai sistem keagamaan yang juga kurang kompleks, termasuk kepercayaan

    yang berkaitan sesetengah klan. Semakin kompleks sesebuah masyarakat adalah

    berhubungan dengan masyarakat lain, maka wujud kecenderungan sesebuah sistem

    agama berkembang secara universal kepada yang hebat.

    Definisi agama oleh Durkheim, berdasarkan Elementary Forms, adalah seperti

    berikut , sesebuah agama merupakan sesebuah kesatuan sistem kepercayaan dan

    amalan yang berelatif dan berkaitan dengan sesuatu yang suci dan agung.

    Kepercayaan dan amalan bersatu ke dalam sesebuah komuniti moral. Marx menyatakan

    ianya adalah definisi fungsional terhadap agama yang dimaksudkan beliau adalah Cuma

    menerangkan apa yang agama lakukan (fungsi agama) dalam kehidupan sosial.

    Durkheim mendefinisikan agama sebagai sebuah perbandingan yang jelas antara

    kesucian dan kekarutan. Ini boleh diselarikan dengan perbezaan antara tuhan dan

    manusia.

    Definisi ini juga tidak menerangkan dan mencirikan apa sebenarnya yang boleh

    dirujuk sebagai suci. Oleh itu, kemudian para ahli sosiologi agama (terutama sekali

    Robert Bellah) telah melanjutkan pendapat Durkheim ini untuk memperkataka tentang

    tanggapan terhadap agama sivil ataupun agama sesebuah negeri.

    9

  • 8/14/2019 Teori Fungsionalisme 2

    10/17

    Smith, William Robertson (1846-1894).

    Smith merupakan seorang ahli fisiologi, fizik dan arkeologi berbangsa Scotland.

    Beliau merupakan tokoh besar dalam perkembangan pandangan fungsionalisme

    terhadap agama dan masyarakat. Beliau menjadi antara penteori terawal yang

    mencadangkan bahawa ajaran agama adalah penting dalam kehidupan sosial dan

    mempunyai fungsi utama dalam memperkuat semangat kekitaan dan kesatuan dalam

    sesebuah kumpulan masyarakat. Pandangannya mempunyai impak yang besar

    terhadap Emile Durkheim dan Sigmund Frued.

    Beliau juga mencapai kemasyhuran di atas usahanya untuk mendokumentasikan

    aspek kepercayaan totemik pada ritual semitik awal; terutamanya dalam upacara korban

    masyarakat Yahudi. Beliau mendapati bahawa kumpulan puak menunjukkan dan

    merepresentasikan perpaduan mereka pada tuhan mereka.

    10

  • 8/14/2019 Teori Fungsionalisme 2

    11/17

    TOKOH TEORI KONFLIK:

    Pendapat Karl Marx Terhadap Agama.

    Pendapat Marx terhadap agama kebanyakannya adalah berdasarkan idea

    Ludwig Feuerbach. Religion...is the opiate of the masses. Beliau mengatakan agama

    itu sebagai candu yang merosakkan masyarakat. Pernyataan tersebut ditulis pada

    1843 dalam kajiannya iaitu A Coutribution to the Critique of Hegels Philosophy of

    Right. Marx mempercayai bahawa agama memberi ubat penenang yang salah untuk

    mengurangkan penderitaan pemerintah yang kejam, menyalahkan kepercayaan

    kepada tuhan yang dianggap menjadi penghalang kepada perkembangan fahaman

    Marxist.

    Anti Semitisme.

    Karl Marx sering dilabel sebagai anti-semitisme ataupu dipanggil membenci

    yahudi. Ianya disebabkan kenyatannya ini, money is the jealous god of israel, in face of

    which no other god may exist, the god of the jews has become secularized and has

    become the god of the world. The bill of exchange is the real god of Jew. His god only

    an illusory bill of exchange, dan juga kenyataan ini, what is the worldly religion of the

    Jew? Huckstering. What is his worldly. God? Money...7

    Walaupun begitu, kata-kata bermetafora dan sindiran terhadap yahudi hanyalah

    merujuk kepada yahudi pada zamannya.

    7 http://www. Wikipedia. Org/karl marx.

    11

  • 8/14/2019 Teori Fungsionalisme 2

    12/17

    Max Weber.

    Max Weber berbeza dengan Karl Marx dan Emile Durkheim berkaitan dengan apa yang

    beliau fokuskan dalam kajiannnya tentang kesan tindakan agama dan ketidakadilan

    agama. Disampingkan membincangkan agama sebagai suatu salah faham (candu

    kepada menusia) atau perpaduan sosial, Weber tidak cuba mengurangkan intipati

    agama. Beliau mengkaji bagaimana idea dan kumpulan agama berinteraksi dengan

    aspek lain dalam kehidupan sosial. Oleh itu, Weber sering berusaha untuk mendapatkan

    maksud subjektif agama kepada individu.

    Weber memberi penghargaan kepada agama kerana membentuk imej

    seseorang di dunia ini dan imej dunia ini boleh memberi kesan kepada pandangan

    mereka terhadap minat mereka dan bagaimana mereka membuat keputusan untuk

    mengambil tindakan.

    Bagi Weber, agama adalah terbaik difahami sebagaimana ia bertindak balas

    kepada kehendak manusia tentang ketuhanan. Manusia menghadapi pelbagai masalah,

    beliau mengatakan, dengan persoalan tentang ketuhanan persoalan bagaimana kuasa

    luar biasa tuhan yang suci berkait rapat dengan ketidaksempurnaan dunia yang telah

    dicipta- Nya. Manusia harus tahu, sebagai contoh, mengapa wujud ketidaklayakan

    nasib baik dan penderitaan dunia. Agama menawarkan jawapan yang telah

    menyediakan peluang untuk penyelamatan terlepas dari penderitaan dan makna

    ketenangan. Pemburuan kepada penyelamatan adalah sama dengan pemburuan

    kekayaan (menjadi sebahagian motivasi manusia).

    12

  • 8/14/2019 Teori Fungsionalisme 2

    13/17

    Ini kerana agama membantu mendefinisikan motivasi. Weber percaya bahawa

    agama (khususnya Protestant Calvinisme) sebenarnya membantu membangkitkan

    kapitalisme moden seperti mana yang dinyatakan dalam kajiannya yang paling terkenal

    dan kontroversi iaitu The Protestant Ethic and the Spirit of Capitalisme.

    Dalam The Protestant Ethic, Weber menyatakan bahawa kapitalisme

    berkembang di Eropah sebahagiannya kerana bagaiman kepercayaan terhadap takdir

    diinterpretasikan oleh Puritan Inggeris. Teologi Puritan adalah berdasarkan pandangan

    Calvinis di mana bukan semua orang harus diselamatkan, hanya beberapa insan terpilih

    yang boleh mengelakkan kemusnahan dan ini menyimpang daripada ketentuan tuhan.

    Secara praktikalnya, Weber menegaskan ianya sukar secara psikologinya :

    manusia benar-benar mahu mengetahui sama ada mereka akan menghadapi

    kemusnahan atau tidak. Masa berlalu, tabiat bersama-sama semangat kapitalisme

    kehilangan signifikan dan makna agama mereka.

    Tesis The Protestant Ethic telah banyak dikritik, ditapis dan dipertikai, tetapi ia

    masih lagi sumber yang hidup mengenai debat teori dalam sosiologi agama.

    13

  • 8/14/2019 Teori Fungsionalisme 2

    14/17

  • 8/14/2019 Teori Fungsionalisme 2

    15/17

    Perbezaan sudut pandangan mengenai agama:

    Apa yang dapat dilihat ialah teori fungsionalisme oleh Durkheim berpandangan

    positif terhadap agama. Namun sebaliknya bagi teori konflik oleh Marx. Durkheim

    memandang peranan agama dalam membawa perkembangan sesebuah masyarakat

    manakala Marx memandang kepada kesan tindakan dalam agama (peraturan dalam

    agama). Teori konflik Weber pula menekankan aspek persoalan ketidak adilan tuhan.

    Smith menyatakan bahawa agama adalah penting dalam kehidupan sosial dan

    mempunyai fungsi utama dalam memperkuat semangat kekitaan dan kesatuan dalam

    sesebuah kumpulan masyarakat. Pandangannya mempunyai impak yang besar

    terhadap Emile Durkheim dan Sigmund Frued. Maksudnya di sini ialah nilai yang

    terdapat dalam ajaran agama akan memperkuat semangat perpaduan masyarakat yang

    mana apabila sesebuah masyarakat itu mempunyai perpaduan yang kukuh, maka

    mereka dapat memajukan kelompok mereka ke satu tahap yang lebih tinggi.

    Perbezaan dari aspek fungsi agama:

    Marx berpendapat agama hanyalah sumber kegembiraan, maka ianya bersifat khayalan

    dan sementara. Jadi beliau menganggap agama bukanlah sesuatu yang penting dalam

    kehidupan. Berbeza dengan teori fungsionalisme oleh Durkheim, agama membantu

    sesebuah masyarakat membezakan antara kesucian (kebenaran) dan kekarutan

    (penipuan). Maksud pernyataan ini ialah agama menunjukkan jalan kepada manusia

    apakah jalan yang betul ataupun yang salah dalam membuat keputusan. Dalam konteks

    masyarakat, agama umpama elemen penyatuan sosial masyarakat.

    15

  • 8/14/2019 Teori Fungsionalisme 2

    16/17

    KESIMPULAN:

    Agama merupakan salah satu elemen dalam masyarakat. Pembinaan komuniti dan

    kerajaan awal manusia juga berteraskan ketuhanan sepertimana kerajaan Islam di

    Makkah. Masyarakat di atur dan ditadbir berdasarkan nilai-nilai agama. Jika sesebuah

    kerajaan tidak mempunyai nilai-nilai keagamaan dan nilai-nilai murni kemanusiaan,

    maka negaranya akan menjadi negara yang tidak bermoral di mana rakyatnya

    melakukan apa sahaja bagi memenuhi kehendak diri.

    Sepertimana pendapat Ibnu Khaldun, agama tidak seharusnya dipisahkan dari

    kehidupan sosial. Malah agama itu sendiri adalah salah satu elemen penting dalam

    kehidupan sosial. Segala permasalahan atau konflik boleh diselesaikan melalui

    pendekatan agama sebagaimana yang dicadangkan oleh para sosiologis Islam. Iaitu,

    menekankan pencarian jalan untuk mencapai kesejahteraan melalui interaksi dalam

    masyarakat dengan melakukan kebaikan atas prinsip-prinsip keadilan. Tidak seperti

    yang dicadangkan oleh teori konflik Marx. Iaitu pergeseran akan tamat apabila muncul

    sosialisme dan komunisme yang menekan pengenepian hak sesuatu pihak atau perkara

    bagi menyelesaikan masalah. Sedang masalah dan konflik tetap akan timbul.

    Prinsip keadilan dalam agama sudah cukup untuk mengelakkan konflik. Itupun

    jika ianya dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan jujur. Ini kerana konflik timbul

    adalah disebabkan niat sosial manusia untuk mencapai hasratnya yang mungkin tidak

    sama dengan kehendak pihak yang lain. Maka apabila wujud keadlan di kedua-dua

    belah pihak, maka konflik dapat dielakkan dan diatasi.

    16

  • 8/14/2019 Teori Fungsionalisme 2

    17/17

    BIBLIOGRAFI

    Amir Hasan Dawi, 1999, Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Quantum Books,

    Tanjung Malim.

    Lenski, Gerhard E. (1966). Power and Privilege: A Theory of Social Stratificaion,

    McGraw-Hill.

    W. R. Smith, The Religion of the Semites (New York: Schocken, 1972.

    RUJUKAN INTERNET.

    http://en.wikipedia.org/wiki/Sociology_of_religion

    http://en.wikipedia.org/wiki/Theories_of_religion

    17