teks ucapan kppa ceo faculty unimap

Download TEKS UCAPAN KPPA CEO FACULTY UNIMAP

Post on 25-Jan-2017

237 views

Category:

Documents

6 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • TEKS SYARAHAN PERDANA

    YANG BERBAHAGIA TAN SRI

    MOHAMAD ZABIDI ZAINAL

    KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

    MALAYSIA

    SEMPENA

    PROGRAM CEO FACULTY

    KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

    @ UNIVERSITI PERLIS MALAYSIA (UniMAP)

    TRANSFORMASI JPA:

    RAKAMAN SEBUAH PENGEMBARAAN

    6 MEI 2016 (KHAMIS), 4.00 PETANG

    DEWAN KECEMERLANGAN UniMAP, PERLIS

  • 2

    PENDAHULUAN

    Dari jauh menjunjung duli

    Sudah dekat langsung menyembah

    Terangkat tangan sepuluh jari

    Memuliakan Duli Tuanku ke Negeri bertuah.

    Menghadap

    Duli Yang Teramat Mulia, Tuanku Syed Faizuddin

    Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail,

    Raja Muda Negeri Perlis

    Ampun Duli Tuanku

    Sembah Patik Mohon Diampun

    2. Dalam kemeriahan suasana keilmuan di

    Dewan Kecemerlangan Universiti Malaysia Perlis

    ini, patik merafak sembah mohon perkenan Duli

    Tuanku untuk mempersembahkan ucapan

  • 3

    menjunjung kasih sempena Syarahan Perdana

    patik menerusi program CEO Faculty anjuran

    Kementerian Pengajian Tinggi.

    3. Sesungguhnya, keberangkatan Duli Yang

    Teramat Mulia Tuanku memberikan inspirasi dan

    motivasi kepada patik-patik sekalian untuk terus

    menjadi rakyat yang amanah dalam hal

    melaksanakan tugas dan tanggungjawab

    membangunkan dan mengekalkan kemajuan

    negeri ini khususnya, dan negara Malaysia

    seluruhnya. Patik memohon limpah perkenan Duli

    Tuanku untuk meneruskan Syarahan Perdana

    patik pada hari ini.

    4. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran

    dirafakkan ke hadrat Allah SWT kerana atas

    limpah kurnia-Nya jua, dapat kita bertemu dalam

    majlis yang begitu signifikan ini, sempena

    Syarahan Perdana Ketua Pengarah Perkhidmatan

    Awam di Universiti Malaysia Perlis pada hari ini.

  • 4

    5. Izinkan saya mengawali syarahan ini dengan

    mutiara kata dari kalam Luqman Al-Hakim yang

    menyebut: Tuntutlah ilmu. Di saat kamu miskin,

    ia akan menjadi hartamu. Di saat kamu kaya, ia

    akan menjadi perhiasanmu. Tersirat dalam

    nasihat Luqman Al-Hakim tersebut ialah,

    kepentingan menuntut ilmu untuk setiap insan,

    dan ketinggian darjat mereka yang memiliki ilmu.

    6. Sesungguhnya, ilmu pengetahuan adalah

    kawan yang setia ketika sepi, pembimbing ke

    jalan yang lurus dan hakiki, serta modal

    perjuangan untuk memperoleh kemuliaan dunia

    dan ukhrawi.

    7. Justeru, saya mengucapkan syabas dan

    terima kasih kepada Universiti Malaysia Perlis

    atau UniMAP, selaku penganjur majlis ini atas

    usaha untuk menghimpunkan para ilmuan,

  • 5

    pensyarah serta mahasiswa dalam satu majlis

    ilmu yang penuh bermakna ini.

    8. Sesungguhnya, penataran ilmu pengetahuan

    dalam majlis pada hari ini, telah menjadi

    manifestasi kesungguhan UniMAP untuk

    mengangkat tradisi kesarjanaan, dan menobatkan

    legasi keilmuan ke arah melestarikan kebitaraan

    sebagai institusi pengajian tinggi yang dihormati.

    TRADISI KEILMUAN MENGANGKAT PERADABAN

    Para hadirin yang dikasihi,

    9. Bangkit dan rebah sesebuah peradaban dan

    pembentukan negara bangsa ditentukan oleh

    keupayaan membangun dan mengurus khazanah

    pengetahuan. Sejarah keagungan tamadun Mesir,

    Yunani, China, Eropah dan Islam, telah

    membuktikan hakikat ini.

  • 6

    10. Tamadun yang bijak menimba dan

    memanfaatkan pengetahuan seringkali berjaya

    muncul dari bayangan kegelapan untuk menyinar

    ke mercu keagungan. Sebaliknya, tamadun yang

    terjebak dengan kekhilafan dalam memaknakan

    pengetahuan akan jatuh tersungkur di lembah

    kegagalan.

    11. Berdasarkan ayat kesebelas surah Al-

    Mujadilah, mafhumnya: Allah meninggikan orang-

    orang yang beriman di antaramu dan orang-orang

    yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.

    Begitu sekali Al-Quran nul-Karim mengangkat

    ilmu pengetahuan ke tahap tertinggi iaitu sebagai

    kebaikan mutlak atau the highest good.

    12. Tamadun Islam misalnya, telah menyaksikan

    para ilmuan dan cerdik pandai menghasilkan

    pelbagai karya besar. Antaranya seperti al-

    Mawardi yang menukilkan al-Ahkammus-

    Sultaniyyah yang mewacanakan falsafah

  • 7

    kenegaraan; al-Ghazali menggarap Nasihat al-

    Muluk tentang tauladan dalam kepimpinan

    negara; Ibnu Khaldun menghasilkan Muqaddimah,

    sebuah karya agung sejarah ketamadunan dunia;

    al-Bukhari pula terkenal dengan kitabnya al-

    Tarikh al-Kabir; dan banyak lagi.

    13. Sumbangan tokoh-tokoh besar ini turut

    tersebar ke Eropah ketika zaman pemerintahan

    Islam di Andalusia. Para pemimpin dan tokoh

    kenamaan Eropah, antaranya seperti The Great

    Count Roger Pertama dari Sicily, King Alphonse

    dari Castilla, King Philip pemerintah Bavaria dan

    Kaisar Frederick Kedua dari Jerman, berduyun-

    duyun mempelajari dan memanfaatkan ilmu

    pengetahuan yang lahir daripada ketamadunan

    Islam sehingga mereka berjaya memajukan

    kehidupan rakyat.

    14. Gerakan pencerahan atau keintelektualan

    Eropah tersebut kemudian telah memunculkan

  • 8

    zaman kebangkitan semula dunia moden yang

    dikenali sebagai Renaissance. Bermula di

    Florence, Itali, Renaissance kemudiannya terus

    menjadi ikon peradaban baharu di seluruh Eropah.

    UNIVERSITI PENCETUS PERADABAN BAHARU

    Para hadirin sekalian,

    15. Dalam membicarakan mauduk peradaban ini,

    tidak akan lengkap rasanya jika saya tidak

    menyentuh mengenai sumbangan institusi

    pengajian tinggi dalam menunjangi pembinaan

    mercu tanda ketamadunan bangsa. Kehebatan

    Kota Baghdad pada era keagungan Empayar

    Abasiyyah terpancar melalui Bait al-Hikmah,

    sebagai ujana kesarjanaan dengan himpunan

    karya-karya besar yang merentasi keseluruhan

    spektrum ilmu.

  • 9

    16. Kemajuan ilmu yang dicatatkan dalam bidang

    kedoktoran, kimia, fizik, astronomi, matematik

    dan geografi, membawalah kepada bidang seni,

    falsafah, sastera, muzik, bahasa, tafsir, ilmu

    hadis, teologi dan tasawuf menjadikan Bait al-

    Hikmah sebagai institusi keilmuan yang menjadi

    mercu tanda kegemilangan yang sukar ditandingi.

    17. Di zaman kegemilangannya, Kota Baghdad

    muncul sebagai medan perkongsian intelektual

    para sarjana dari segala pelusuk dunia untuk

    memperkaya khazanah ilmu demi kepentingan

    manusia sejagat.

    18. Memetik pengertian yang tersirat di sebalik

    pengkisahan peristiwa lalu ini ialah, hakikat

    bahawa kemajuan dan ketinggian peradaban yang

    pernah ditempa oleh empayar kerajaan Islam

    suatu ketika dahulu, adalah berteraskan

    perkembangan ilmu pengetahuan.

  • 10

    19. Khazanah ilmu yang terbina menerusi

    kekuatan tradisi intelektual yang terpusat di

    menara gading ini, haruslah dipelihara dan

    diperkaya untuk diwariskan kepada generasi

    seterusnya.

    UniMAP SOARING UPWARDS

    Para hadirin sekalian,

    20. Mutakhir ini, Soaring Upwards merupakan

    mantra yang menjadi laungan kepada universiti

    tempatan untuk terus berada di hadapan kelok

    kecemerlangan. Istilah Soaring Upwards, dalam

    konteks ini, barangkali boleh membawa maksud

    mengangkat Universiti untuk menerobos angkasa

    kejayaan. Pada masa yang sama, suara kejayaan

    sistem pendidikan tinggi kini mula didengari

    dengan lantang, terutamanya mengenai

    pencapaian hebat yang membanggakan.

  • 11

    21. Dalam bidang penyelidikan, bilangan artikel

    penyelidikan yang diterbitkan lima Universiti

    Penyelidikan atau Research University (RU) di

    negara ini meningkat lebih tiga kali ganda antara

    tahun 2007 dan 2012, iaitu peningkatan tertinggi

    di dunia.

    22. Bilangan paten difailkan universiti di

    Malaysia dalam tempoh yang sama turut

    mencatat peningkatan 11 peratus setiap tahun,

    lantas membantu meletakkan Malaysia di tangga

    ke-28 dunia untuk paten baharu.

    23. Pada pertengahan September 2015,

    Universiti Malaya (UM) telah berjaya menyertai

    liga 150 universiti teratas dunia dengan

    menduduki tempat ke-146 dalam QS World

    University Rankings.

    24. Today, 14 researchers from Malaysia

    Universities have been recognised by Thompson

  • 12

    Reuters as part of the top 1 percent of the most

    cited researchers globally. Clearly, soaring

    upwards is beginning to pay dividends.

    25. Dalam konteks ini, saya percaya UniMAP

    telah pun mula mengorak langkah memposisikan

    dirinya sebagai hub pendidikan kawasan utara

    yang menyumbang kepada agenda pembangunan

    industri negara. Dalam menggalas cabaran besar

    ini, UniMAP haruslah berkeupayaan untuk

    melahirkan modal insan berkemahiran tinggi

    selaras dengan hasrat menjayakan pelan industri

    negara.

    26. Usaha ini hendaklah bermula dengan

    penyuburan semula tradisi kecemerlangan

    keilmuan, yang bukan sahaja melihat dari dimensi

    teori, sebaliknya kemampuan untuk

    mengadaptasi pembelajaran secara praktis bagi

    memenuhi keperluan pasaran industri negara.

  • 13

    27. Ini dapat direalisasikan menerusi program

    perantisan (apprenticeship), latihan secara amali

    (hands-on), simulasi dan latihan khusus serta

    penjajaran dengan persatuan mewakili industri