teks ucapan kppa sempena hari terbuka psikologi

22
UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI TERBUKA PSIKOLOGI 2014 “KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PEMANGKIN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM” 9 SEPTEMBER 2014, 11.00 PAGI DEWAN SRI SIANTAN, PUTRAJAYA

Upload: vuongdat

Post on 08-Feb-2017

310 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA HARI TERBUKA PSIKOLOGI

UCAPAN

YANG BERBAHAGIA TAN SRI

MOHAMAD ZABIDI ZAINAL

SEMPENA

MAJLIS PERASMIAN

HARI TERBUKA PSIKOLOGI 2014

“KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PEMANGKIN

TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM”

9 SEPTEMBER 2014, 11.00 PAGI

DEWAN SRI SIANTAN, PUTRAJAYA

Page 2: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA HARI TERBUKA PSIKOLOGI

2

(Salutations akan disediakan di rostrum)

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat

Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-

Nya, dapat kita bersama-sama berkumpul

dalam Majlis Hari Terbuka Psikologi

Tahun 2014 ini. Pertamanya, saya

mengucapkan ribuan terima kasih dan

tahniah kepada sekretariat Jabatan

Perkhidmatan Awam, Kementerian-

kementerian, Setiausaha-setiausaha

Kerajaan Negeri dan juga pihak

Perbadanan Putrajaya yang telah berjaya

menganjurkan Program Hari Terbuka ini.

Kerjasama yang ditunjukkan antara

semua pihak jelas membuktikan bahawa

Page 3: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA HARI TERBUKA PSIKOLOGI

3

kita mampu untuk memecahkan benteng

silo dan melaksanakan sesuatu program

bersama-sama untuk kebaikan

perkhidmatan awam dan rakyat.

2. Progam pada hari ini merupakan yang

julung-julung kali diadakan dalam usaha

untuk meningkatkan kualiti penyampaian

perkhidmatan dengan membuka ruang

untuk mendekati pelanggan, mendengar

dan berkongsi maklumat khususnya

berhubung perkhidmatan psikologi dan

kaunseling. Ia juga merupakan jaringan

kerjasama strategik antara agensi awam,

NGO dan swasta dalam usaha

mengeratkan perkongsian sumber dan

Page 4: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA HARI TERBUKA PSIKOLOGI

4

kepakaran demi kesejahteraan dan

manfaat bersama.

3. “Kesejahteraan Psikologi Pemangkin

Transformasi Perkhidmatan Awam”

merupakan tema yang dipilih sempena

Hari Terbuka Psikologi. Tema ini

bertepatan dengan peredaran dan

kehendak semasa kerana aspek

psikologi yang sejahtera merupakan

komponen penting dalam menentukan

tahap keupayaan individu untuk bekerja

dan menyumbang tenaga dalam

perkhidmatan. Malah ia merupakan

faktor penting yang melonjakkan agenda

transformasi yang telah kita

Page 5: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA HARI TERBUKA PSIKOLOGI

5

direncanakan. Justeru itu, setiap

penjawat awam perlu mempunyai tahap

persediaan dan kemampuan beradaptasi

dengan landasan transformasi yang telah

diperkenalkan.

AGENDA TRANSFORMASI NASIONAL

YBhg. Dato’, Tuan-Tuan dan Puan-Puan

yang saya kasihi sekalian,

4. Kerajaan di bawah kepimpinan Yang

Amat Berhormat Perdana Menteri telah

menggariskan matlamat dan hala tuju

yang jelas untuk merealisasikan hasrat

mencapai status negara maju

Page 6: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA HARI TERBUKA PSIKOLOGI

6

berpendapatan tinggi pada tahun 2020.

Justeru, agenda besar transformasi

negara ini telah menggariskan beberapa

program antaranya Program

Transformasi Kerajaan (GTP), Program

Transformasi Ekonomi (ETP), Program

Transformasi Politik (PTP) dan pelbagai

lagi.

TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

Hadirin yang saya kasihi sekalian,

5. Bagi mengukuhkan pelbagai program

transformasi tersebut, Kerangka

Transformasi Perkhidmatan Awam telah

Page 7: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA HARI TERBUKA PSIKOLOGI

7

diketengahkan oleh JPA dan kini turut

dilaksanakan di kesemua kementerian

dan jabatan. Tafsiran transformasi

perkhidmatan awam di mata rakyat

cenderung tertumpu kepada kualiti

penyampaian perkhidmatan awam itu

sendiri.

6. Persoalan kepada sejauh mana

perkhidmatan awam benar-benar telah

berubah terus menjadi fokus rakyat yang

sentiasa terdedah dengan maklumat

sama ada melalui media rasmi atau

media sosial. Mereka mengharapkan

kualiti penyampaian perkhidmatan awam

dapat memenuhi kehendak mereka,

Page 8: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA HARI TERBUKA PSIKOLOGI

8

karenah birokrasi dikurangkan, langkah

yang cepat dan tepat dapat diambil

dalam menangani masalah mereka dan

sudah tentu perubahan kepada nilai dan

kualiti penjawat awam dipertingkatkan.

7. Selaras dengan hasrat tersebut, JPA

selaku Peneraju Transformasi

Perkhidmatan Awam telah

memperkenalkan Kerangka Transformasi

Perkhidmatan Awam untuk memacu

pembangunan perkhidmatan awam yang

berkualiti, berprestasi tinggi, dinamik,

berdaya saing, berjiwa rakyat dan

berintegriti. Sehubungan itu, kita telah

memperkenalkan Lima Teras Strategik

Page 9: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA HARI TERBUKA PSIKOLOGI

9

yang menjadi gagasan utama

transformasi perkhidmatan awam iaitu:

i) Mendaya Upaya Bakat;

ii) Merekayasa Organisasi;

iii) Merakyatkan Perkhidmatan Awam;

iv) Merangkum dan Sepunya; dan

v) Membudaya Nilai.

8. Kelima-lima teras ini diformulasi untuk

menyokong Agenda Transformasi

Nasional ke arah sebuah negara maju

berpendapatan tinggi, inklusif dan lestari

pada tahun 2020.

KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI MELALUI

TRANSFORMASI MINDA

Page 10: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA HARI TERBUKA PSIKOLOGI

10

YBhg. Dato’, Tuan-Tuan dan Puan-Puan

yang saya kasihi,

9. Kejayaan agenda transformasi

nasional dan teras-teras yang

menyokongnya adalah hasil

penggemblengan pelbagai aspek

pengurusan sama ada dari segi

kepimpinan, pendekatan perancangan,

struktur pentadbiran dan pengurusan

sumber manusia itu sendiri.

10. Dalam hal ini, Y.A.B. Perdana

Menteri juga sering mengingatkan semua

penjawat awam agar sentiasa melakukan

proses anjakan dan pembaharuan, yang

Page 11: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA HARI TERBUKA PSIKOLOGI

11

perlu dimulakan dengan pemikiran dan

sikap yang betul serta kemahiran dan

semangat bekerja yang tinggi. Persepsi

tradisional bahawa perkhidmatan awam

adalah bidang pekerjaan yang berisiko

rendah dan mempunyai ganjaran rendah

(low risk-low reward) juga seharusnya

diubah.

11. Dalam konteks melakukan

perubahan inilah, saya melihat

bagaimana perkhidmatan psikologi boleh

berperanan secara aktif dalam

membangun dan memperkasakan modal

insan perkhidmatan awam. Subset

psikologi perlulah diaplikasikan secara

Page 12: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA HARI TERBUKA PSIKOLOGI

12

bijak dalam aspek pengurusan sumber

manusia. Ini kerana, perkhidmatan

psikologi bukan sahaja berupaya

memulihkan masalah-masalah kehidupan

tetapi juga mampu membangunkan

kualiti dan keperibadian penjawat awam.

Melalui aplikasi psikologi yang holistik,

subset-subset psikologi dapat diterap

dengan baik dan berkesan. Kita mahu

penjawat awam yang mempunyai daya

fikir yang kreatif dan inovatif, mempunyai

daya tahan emosi serta mampu

menunjukkan tingkah laku yang boleh

dicontohi. Saya sangat berharap, aspek

psikologi dalam organisasi ini dapat

diaplikasikan kepada semua peringkat

Page 13: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA HARI TERBUKA PSIKOLOGI

13

dari kumpulan pelaksana hinggalah

kepada pihak pengurusan.

12. Selain itu, program-program

pembangunan, pencegahan dan

intervensi psikologi perlu diteruskan

dengan lebih meluas agar penjawat

awam dapat dibangun mahupun

diberikan bantuan awal sama ada oleh

Pegawai Psikologi atau rakan-rakan yang

berkeupayaan memberikan bantuan.

Program-program kesedaran tentang

kesejahteraan minda juga perlu

dilipatgandakan pelaksanaannya bagi

membendung masalah daripada menjadi

Page 14: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA HARI TERBUKA PSIKOLOGI

14

“barah” yang akan merebak dan

mempengaruhi kesejahteraan organisasi.

SEJAHTERA MENDEPANI

TRANSFORMASI

Para hadirin yang saya kasihi sekalian,

13. Dalam abad ke-21 ini, cabaran-

cabaran organisasi menjadi semakin

kritikal. Tuntutan-tuntutan kepada

inovasi, pencapaian organisasi,

keupayaan daya saing, kecemerlangan

bisnes memerlukan sebuah organisasi

yang mempunyai pekerja yang berupaya

memberikan sumbangan terbaik,

Page 15: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA HARI TERBUKA PSIKOLOGI

15

mempunyai daya tahan serta berupaya

mendepani sebarang masalah. Dalam

konteks inilah, saya melihat bagaimana

pengurusan sumber manusia melalui

usaha pembangunan modal insan yang

ampuh, akhirnya akan dapat melalui

proses transformasi dengan jayanya dan

kita harapkan ianya berlaku dalam

suasana cukup sejahtera.

14. Strategi utama yang perlu

dilakukan ialah usaha untuk merubah

minda dan memenangi jiwa penjawat

awam. Sebagai penggerak transformasi

perkhidmatan awam, setiap daripada kita

perlu bersedia untuk meningkatkan

Page 16: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA HARI TERBUKA PSIKOLOGI

16

keupayaan dan penguasaan ilmu

pengetahuan, berupaya memberi nilai

tambah dalam melaksanakan tugas serta

dengan karekter yang betul bersesuaian

dengan tugas yang telah diamanahkan.

15. Strategi yang kedua ialah dengan

melakukan transformasi sikap bagi

membentuk sistem kepercayaan dan

corak berfikir yang positif. Sebagai

penjawat awam, kita telahpun dididik

bermula seawal perkhidmatan dengan

nilai dan etika pekerjaan yang betul

seperti adil, amanah, mulia, bijaksana,

bersyukur dan sebagainya.

Sesungguhnya, dengan berpegang teguh

Page 17: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA HARI TERBUKA PSIKOLOGI

17

kepada nilai dan etika, ianya akan dapat

menzahirkan tingkah laku yang positif

dan memberi impak kepada peningkatan

kualiti perkhidmatan.

16. Selain itu, salah satu aspek yang

turut penting dalam mewujudkan

kesejahteraan psikologi ialah aspek

spiritualiti di tempat kerja. Spiritualiti

dalam makna yang mudahnya ialah

usaha setiap individu mencari makna dan

tujuan hidup mahupun bekerja. Setiap

dari kita harus jelas dengan tujuan

bekerja dengan bersandar kepada

pegangan dan amalan baik kehidupan.

Sekiranya kita ada kekuatan spiritual,

Page 18: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA HARI TERBUKA PSIKOLOGI

18

saya yakin setiap sesuatu tugas yang

kita laksanakan dapat dilakukan dengan

penuh kerelaan dan sepenuh hati.

Kajian-kajian yang telah dijalankan,

mendapati kewujudkan aspek spiritualiti

ditempat kerja berupaya untuk

meningkatkan kreativiti, kepuasan kerja

individu serta meningkatkan komitmen

terhadap pencapaian matlamat

organisasi.

YBhg. Dato’, Tuan-Tuan dan Puan-Puan

yang saya kasihi,

17. Usaha-usaha untuk membentuk

kelakuan organisasi yang positif (positive

Page 19: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA HARI TERBUKA PSIKOLOGI

19

organizational behavior) ini merupakan

kerjasama strategik antara pengurusan

sumber manusia dan perkhidmatan

psikologi. Sehubungan itu, Ketua

Jabatan, pengurus sumber manusia dan

perkhidmatan psikologi perlu bersama-

sama berganding bahu dalam

membentuk budaya organisasi yang

bersiap sedia dan berupaya untuk

berubah. Melalui kerjasama strategik

inilah, kompetensi tenaga kerja dapat

dibangun dan kekal relevan dengan

tuntutan semasa. Saya juga

menyarankan agar pengurusan sumber

manusia dapat mengoptimumkan

penggunaan aplikasi psikologi dalam

Page 20: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA HARI TERBUKA PSIKOLOGI

20

pengurusan mereka, malah jika perlu

struktur yang lebih baik serta peluang

kerjasama yang lebih strategik diambil

dalam memastikan perkhidmatan

psikologi ini dapat diakses dengan lebih

mudah oleh pekerja mahupun anggota

masyarakat.

18. Selain itu, saya juga

menyarankan agar semua penjawat

awam sentiasa diberi pendedahan dan

tunjuk ajar secara lebih aktif menerusi

siri latihan, khidmat nasihat dan peluang-

peluang untuk terlibat dalam proses

perubahan. Dalam melalui proses

tersebut, Pegawai-Pegawai Psikologi di

Page 21: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA HARI TERBUKA PSIKOLOGI

21

Jabatan Perkhidmatan Awam,

kementerian, jabatan dan SUK negeri

perlu dilibatkan dan turut serta

membantu penjawat awam dalam

menerima dan mengadaptasi proses

transformasi yang sedang kita tempuhi.

19. Sesungguhnya, keterlibatan

setiap dari penjawat awam dengan

minda yang positif dan jiwa yang kental

ini menjadi titik tolak menentu masa

depan negara yang kita cintai ini.

20. Akhir kata, saya mengucapkan

terima kasih dan syabas kepada semua

yang hadir, terima kasih kepada

Page 22: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA HARI TERBUKA PSIKOLOGI

22

Bahagian Pengurusan Psikologi JPA,

kementerian-kementerian, pihak

Perbadanan Putrajaya dan semua yang

terlibat dalam menjayakan penganjuran

program ini. Semoga kerjasama-

kerjasama strategik ini akan dapat

dipergiatkan dan diteruskan pada masa-

masa yang akan datang.

Dengan lafaz Bismillahhir rahmannir

rahim, saya dengan ini merasmikan Hari

Terbuka Psikologi Tahun 2014.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah,

Wassalam’alaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh. Terima kasih.