panduan projek tahun akhir unimap

Download Panduan Projek Tahun Akhir UniMAP

Post on 31-Jan-2017

256 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

PANDUAN

PROJEK TAHUN AKHIR

IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN

(B. Eng.)

Universiti Malaysia Perlis

EDISI PERTAMA (2005)

EDISI KEDUA (2006)

* Penyuntingan asal dibuat oleh Suhizaz Sudin dan Mohamad Nazri Abdul Halif

* Penyuntingan edisi pertama dalam Bahasa Inggeris dibuat oleh Ahmad Nazri Abdullah

* Suntingan kedua oleh Jawatankuasa Pemurnian Projek Tahun Akhir UniMAP

Jawatankuasa Pemurnian Panduan Projek Tahun Akhir UniMAP

Profesor Madya Ir. Mohabattul Zaman S NS Bukhari

Profesor Dr. Mohd. Zaki Ab. Muin

Profesor Madya Dr. Kenneth Sundaraj

Profesor Madya Ahmad Nazri Abdullah

Suhizaz Sudin

Samila Mat Zali

Sabarina Ismail

Rafikha Aliana A Raof

Phak Len Eh Kan

Rizalafande Che Ismail

Khairel Rafezi Ahmad

Saiful Azhar Saad

Farizul Hafiz Kasim

Evawaynie Valquis Md. Isa

Ahmad Humaizi Hilmi

Mohd. Fitri Edros

Azim Zaliha Abd. Aziz

Mohamad Nazri Abdul Halif

KANDUNGAN

Muka Surat

1.0 Pendahuluan

6

2.0 Definisi Projek Tahun Akhir (PTA) UniMAP

6

2.1 Matlamat

6

2.2 Objektif

6

3.0 Jenis Kajian Projek

6

4.0 Jawatankuasa Projek Tahun Akhir

6

4.1 Peranan Jawatankuasa PTA

7

4.2 Peranan Penyelia

7

4.3 Peranan Pembantu Penyelia

8

4.4 Peranan Penilai

8

5.0 Pendaftaran PTA

8

5.1Pertukaran Tajuk/Penyelia PTA

9

6.0 Perlaksanaan PTA

9

6.1 Cadangan Tajuk Projek

9

6.2 Sistem Penilaian Projek

10

6.3 Laporan Kemajuan Projek (Buku Log)

10

6.4 Format Penulisan Laporan

10

6.5 Pembetulan Laporan/Hasil Projek

10

6.6 Penyerahan Laporan

10

6.7 Bajet Projek

11

7.0 Anugerah Inovasi UniMAP 11

8.0Hak Cipta

11

9.0Penutup

11

LAMPIRAN

LAMPIRAN A: Prosedur Pengurusan PTA UniMAP

22

LAMPIRAN B (i) : Borang Penyeliaan Tajuk PTA

23

LAMPIRAN B (ii): Borang Pertukaran Tajuk Projek/Penyelia Projek

24

LAMPIRAN C : Perancangan PTA

25

LAMPIRAN D: Sistem Penilaian PTA

D .i : Penilaian

26

D .ii: Pengurusan Projek

26

D .iii: Penilaian Laporan

27

D .iv.: Penilaian Pembentangan

27

D.v.: Peratusan Penilaian Keseluruhan

28

LAMPIRAN E: Borang Penilaian Projek Tahun Akhir

E .i: SET A: Borang Penilaian Pengurusan PTA 29

E .ii: SET B: Borang Penilaian Laporan PTA 32

E .iii: SET C: Borang Penilaian Pembentangan PTA 35

E .iv: Borang Penilaian Keseluruhan PTA

37

LAMPIRAN F: Format Buku Log

38

LAMPIRAN G: Panduan Penyediaan Laporan Projek Tahun Akhir

43

LAMPIRAN H: Templat Format Laporan PTA

LAMPIRAN H (i): Format Muka Laporan Depan/Tepi

52

LAMPIRAN H (ii): Format Teks Laporan I Organisasi Teks

54

LAMPIRAN H (iii): Format JADUAL KANDUNGAN

55

LAMPIRAN H (iv): Format Teks Laporan II Jadual

57

LAMPIRAN H (v): Format Teks Laporan III Rajah

58

LAMPIRAN H (vi): Format Tajuk Muka

59

LAMPIRAN H (vii) : Helaian Pengesahan dan Pengishtiharan

60

LAMPIRAN H (viii): Format SENARAI JADUAL

61

LAMPIRAN H (ix): Format SENARAI RAJAH

62

LAMPIRAN H (x): Format SENARAI SIMBOL,SINGKATAN ATAU KATANAMA 63 LAMPIRAN H (xi): Format ABSTRAK

64

LAMPIRAN H (xii): Format PENUTUP

65

LAMPIRAN H (xiii): Format Potensi Pengkomersialan

67

LAMPIRAN H (xiv): Format RUJUKAN

68

LAMPIRAN H (xv): Sistem Rujukan Sistem Nombor

69

LAMPIRAN I : Templat I Panduan Projek Tahun Akhir

73

LAMPIRAN J : Templat II Panduan Penyediakan Laporan PTA

75

1.0 PENDAHULUAN

Kesemua pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) adalah DIWAJIBKAN untuk melaksanakan satu Projek Tahun Akhir (PTA) melibatkan pengkhususan pengajian di Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) masing-masing sebagai memenuhi salah satu daripada kriteria wajib untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan. Secara amnya, dalam proses pembelajaran, pelajar telah didedahkan dengan beberapa subjek mengikut PPK masing-masing. Mereka juga telah didedahkan dengan aspek praktikal menerusi latihan makmal yang bercorak lab-intensive serta latihan industri (InTra) di luar universiti seperti di industri. Selepas memperolehi pendidikan asas tersebut, pelajar dikehendaki melaksanakan satu projek di mana ianya bertujuan untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang pengkhususan masing-masing terutama dalam kemahiran mengenalpasti masalah serta mengkaji kaedah penyelesaian bagi sesuatu masalah. Dengan lain perkataan, penglibatan pelajar terhadap PTA ini diharap dapat mendedahkan mereka kepada dunia pekerjaan dan juga penyelidikan.

2.0 Definisi Projek Tahun Akhir (PTA) UniMAP

Projek Tahun Akhir (PTA) ini merupakan satu kajian ilmiah berkaitan dengan pengkhususan di PPK yang WAJIB diambil dan disediakan oleh pelajar tahun akhir sebagai memenuhi salah satu daripada kriteria/syarat utama untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (B. Eng.).

2.1Matlamat

Matlamat utama PTA ini adalah untuk mendedahkan, mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah secara kajian akademik bagi melahirkan jurutera mahir di abad ke-21 sejajar dengan Misi dan Visi UniMAP.

2.2 Objektif

Setelah menjalani PTA ini, pelajar dikehendaki menunjukkan:

i. Keupayaan mengolah dan menggunakan pengetahuan akademik serta pengalaman praktikal dalam menjalankan projek akademik.

ii. Kebolehan berfikir secara objektif, analitik dan kritikal dalam mengenalpasti dan mempersembahkan penyelesaian masalah dalam bentuk yang sistematik.

iii. Kebolehan berdikari dalam menjalankan dan menghasilkan projek akademik.

iv. Kebolehan menyampaikan hasil kerja projek akademik secara lisan dan bertulis.

3.0 Jenis Kajian Projek

Tertakluk kepada Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) masing-masing.

4.0 Jawatankuasa Projek Tahun Akhir

Semua aktiviti yang berkaitan dengan PTA dikendalikan oleh Jawatankuasa Projek Tahun Akhir (JKPTA) yang ditentukan oleh PPK masing-masing. JKPTA ini bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Akademik Pusat Pengajian (JAPP). JKPTA ini diketuai oleh Pengerusi Rancangan Program Akademik PPK masing-masing dan dikenali sebagai Penyelaras PTA mengikut program pengajian yang ditawarkan.

4.1Peranan Jawatankuasa PTA/Penyelaras PTA

JKPTA/Penyelaras PTA berfungsi bagi:

i. Menangani masalah berbangkit yang berkaitan dengan perlaksanaan PTA.

ii. Mengumpul, meneliti, dan meluluskan tajuk-tajuk PTA (dari pensyarah dan dari industri).

iii. Mengeluarkan senarai tajuk-tajuk PTA yang telah diluluskan kepada pelajar dan memastikan kesemua pelajar di bawah program pengajian masing-masing telah mendapat tajuk dan penyelia projek.

iv. Menyediakan Kalender Penyelengaraan PTA pada awal semester pengajian.

v. Memberi taklimat khusus kepada pelajar tahun akhir berkaitan perlaksanaan dan bidang PTA.

vi. Menyediakan jadual pembentangan projek dan memastikan proses tersebut berjalan lancar.

vii. Mengumpul dan menganalisis markah penilaian pelajar daripada penyelia dan penilai.

(Rujuk LAMPIRAN A )

4.2Peranan Penyelia

Penyelia PTA adalah terdiri daripada pensyarah. Peranan dan tanggungjawab penyelia adalah seperti berikut:

i. Memberi bimbingan dan nasihat kepada pelajar berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan PTA ke arah mencapai objektif dan skop yang telah ditetapkan.

ii. Membantu pelajar dalam membuat perancangan projek bersesuaian dengan jenis projek yang mereka laksanakan.

iii. Mengawasi segala perkembangan projek dan menilai hasil projek yang dijalankan oleh pelajar dari semasa ke semasa, sehinggalah penyerahan laporan berjilid.

iv. Mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pelajar serta menyemak dan mengesahkan rumusan kemajuan projek pelajar (menandatangani pada ruang yang disediakan Buku Log) sekurang-kurangnya ENAM (6) kali/semester.

v. Membimbing dan menasihati pelajar cara-cara penulisan laporan bersesuaian dengan bentuk projek yang dilaksanakan oleh pelajar tersebut. Penulisan laporan perlu berdasarkan format dan piawaian penulisan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti Panduan Penyediaan Laporan PTA UniMAP.

vi. Membuat penilaian terhadap pel