alumni unimap : di mana mereka kini norizan, cik siti norsafï¬پrah zailan, dan lain-lain warga...

Download Alumni UniMAP : Di Mana Mereka Kini Norizan, Cik Siti Norsafï¬پrah Zailan, dan lain-lain warga UniMAP

Post on 06-Sep-2019

6 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • Alumni UniMAP :

    Di Mana Mereka Kini ?

    Unit Pembangunan Alumni, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaysia Perlis,Unit Pembangunan Alumni, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaysia Perlis, Aras 1, Blok C, Jalan M.U.10, Medan Universiti, 02600 Pauh Putra, Perlis, MALAYSIA.Aras 1, Blok C, Jalan M.U.10, Medan Universiti, 02600 Pauh Putra, Perlis, MALAYSIA.

    Unit Pembangunan Alumni, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaysia Perlis, Aras 1, Blok C, Jalan M.U.10, Medan Universiti, 02600 Pauh Putra, Perlis, MALAYSIA.

    I lmu Keikhlasan Kecemerlangan | |

    Unit Pembangunan AlumniUnit Pembangunan AlumniUnit Pembangunan Alumni

    Jabatan HEPAJabatan HEPAJabatan HEPA

    We Love It When Our Alumni Ma ke Us Proud, and They Often Do!

    naiPAMinU a syawlA ,naiPAMinU a ecnO

    Edisi 1-2016

    +604 987 1333+604 987 1333+604 987 1333 AluniMAP AluniMAP AluniMAP+604 987 1302+604 987 1302+604 987 1302

    alumni.unimap.edu.myalumni.unimap.edu.myalumni.unimap.edu.my alumni@unimap.edu.my / alunimap@gmail.com alumni@unimap.edu.my / alunimap@gmail.com alumni@unimap.edu.my / alunimap@gmail.com

    notes

  • Bicara TNC (HEPA)Nota Editorial

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam UniMAP di Hati, Alumni di Jiwa. Pertamanya, idea bagi mengkompilasikan kisah pencapaian sekumpulan kecil Alumni UniMAP ini merupakan cetusan YBhg. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UniMAP sendiri iaitu YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd. Fo’ad Sakdan. Maka, kisah-kisah yang melibatkan hanya sekumpulan kecil Alumni UniMAP ini telah cuba didokumenkan bagi edaran umum sempena Istiadat Konvokesyen UniMAP kali ke-11 yang berlangsung pada 22 hingga 25 Oktober 2016. Sebahagian besar daripada informasi tentang pencapaian Alumni UniMAP ini telah didapatkan sendiri daripada Alumni-Alumni atas rekomendasi Dekan Jabatan HEPA, UniMAP iaitu Prof. Madya Razli Ahmad. Tindakan untuk menghubungi semua Alumni melalui telefon, emel, whatssup, facebook, instagram dan media- media perhubungan lain telah cuba digiatkan bermula pada penghujung Julai 2016. Alhamdulillah, akhirnya daripada sekitar seratus Alumni yang cuba dihubungi untuk tujuan ini, hanya seramai 30 daripadanya telah berjaya memberikan informasi terkini tentang pecapaian mereka walaupun tarikh ajal yang diberikan adalah dalam tempoh yang agak singkat. Maka akhirnya, lahirlah pamphlet Alumni UniMAP : Di Mana Mereka Kini? buat tatapan semua.

    Jutaan terima kasih kepada YBhg. Datin Prof. Dr. Zuraidah Mohd. Zain yang telah sudi membantu proof read kesemua petikan ayat yang diterima daripada semua Alumni bagi dimuatkan dalam pamphlet ini. Selain itu, terima kasih juga kepada Puan Norismiza Ismail kerana telah bertungkus lumus menyiapkan suntingan grafik yang begitu menarik bagi merealisasikan penghasilan pamplet Alumni UniMAP : Di Mana Mereka Kini? Tidak dilupakan juga kepada En Wan Mokhdzani Wan Nor Haimi, Puan Mayhun Ab Wahab, En Mohd Natashah Norizan, Cik Siti Norsaffirah Zailan, dan lain-lain warga UniMAP yang sudi membantu dalam mendapatkan informasi dari Alumni-alumni UniMAP untuk dikongsi kisah-kisah pencapaian mereka ini.

    Sekalung penghargaan juga kepada En Nurakmal Ramli dan Puan Norsyazwani Radzi yang tidak putus-putus menyokong saya untuk membuat tindakan susulan bagi merealisasikan penghasilan pamphlet ini. Tanpa semangat bekerja dan gigih pastinya sukar untuk dihasilkan pamphlet Alumni ini, apatah lagi apabila sasaran untuk menghasilkan pamphlet Alumni ini hanya dibuat pada saat-saat akhir iaitu sebelum berlangsungnya Istiadat Konvokesyen UniMAP yang ke-11.

    Akhir kata, sekali lagi ingin saya nyatakan di sini bahawa informasi berkaitan ‘Di Mana Alumni UniMAP Kini?’ hanyalah melibatkan sekumpulan kecil Alumni sahaja. Inshaa Allah, sinambungan kepada penghasilan pamphlet yang sebegini akan cuba diteruskan dengan usaha untuk memuatkan sebanyak mungkin kisah-kisah tentang pencapaian Alumni kita pada masa hadapan. Doa saya agar jaringan yang intim yang wujud antara Alumni dan UniMAP ini sentiasa berpanjangan, Inshaa Allah. Sekian, wassalam,

    DR. UMMI NAIEMAH SARAIH, TIMBALAN DEKAN (PEMBANGUNAN ALUMNI), JABATAN HEPA, UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. 21 OKTOBER 2016

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tahniah diucapkan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA), UniMAP, kerana berjaya menghasilkan pamphlet Alumni UniMAP: Di Mana Mereka Kini? Kompilasi ini merupakan snapshot kedudukan Alumni yang pada suatu masa dahulu pernah menaiki pentas konvokesyen untuk mendapatkan segulung ijazah, sebagaimana graduan-graduan yang diraikan pada majl is konvokesyen kali ini.

    Sepanjang pengalaman saya berinteraksi dengan para Alumni, saya dapati sebilangan besar mereka telah berjaya memegang jawatan-jawatan profesional di dalam agensi awam mahupun swasta. Ada antara mereka menjadi Jurutera, Penyelia Kanan, Pengurus, Pegawai Tadbir, Pegawai Perhubungan Awam,

    Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Eksekutif Pemasaran, dan jawatan-jawatan profesional yang lain. Tidak ketinggalan juga ada di kalangan Alumni UniMAP yang kini berjaya dalam bidang keusahawanan seperti pengusaha D&H Plantation, pengusaha puyu KUKUM (jade perch), pengusaha PROKAS Sdn Bhd dan NZ Batik Kelantan, StyloScarf dan Goodies, dan banyak lagi. Selain itu, ramai di kalangan Alumni dengan latar belakang bidang kejuruteraan kini bertugas di syarikat-syarikat ternama seperti Intel Microelectronic, Silterra, B.Braun Medical Company (BMI), Intersil International Corp., OSRAM, IOI Group, Envilap Sdn Bhd dan beberapa syarikat lain. Ada juga yang turut berjaya dalam bidang akademik dan memegang gelaran Doktor Fasafah di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia.

    Saya percaya kejayaan demi kejayaan akan sentiasa dikecapi apabila diiringi dengan usaha dan tawakal yang berpanjangan. Dengan rezeki yang diberi Illahi pastinya para Alumni dapat merangka laluan kerjaya yang lebih baik pada masa akan datang. Inshaa Allah, dari semasa ke semasa kita akan cuba kongsikan lebih banyak informasi tentang pencapaian kerjaya Alumni UniMAP untuk menjadi inspirasi kepada mereka yang sedang belajar dan sebagai tatapan umum.

    Akhir kata, adalah menjadi harapan saya agar jaringan hubungan antara Alumni dan UniMAP akan sentiasa kukuh dan segar. Kesetiaan Alumni dalam menyokong kecemerlangan dan kegemilangan Universiti ini amat saya hargai dan saya doakan supaya berpanjangan.

    Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam penghasilan pamphlet ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Sekian. Salam UniMAP di Hati, Alumni di Jiwa.

    PROF. MADYA DR. MOHD FO'AD SAKDAN, TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEPA), UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. 21 OKTOBER 2016

    Page 1 Page 2