teks ucapan kppa perkhimpunan bulanan mei 2016

22
TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN JPA MEI 2016 “HAPPINESS INSPIRES PRODUCTIVITY” 12 MEI 2016 (KHAMIS), 8.45 PAGI AUDITORIUM JPA, ARAS 4 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Transformasi dan Salam “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dan Salam Sehati Sejiwa. Terima kasih Pengacara Majlis Yang Berbahagia Dato' Jalil Marzuki Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan)

Upload: nguyendung

Post on 18-Jan-2017

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN KPPA PERKHIMPUNAN BULANAN MEI 2016

TEKS UCAPAN

YANG BERBAHAGIA TAN SRI

MOHAMAD ZABIDI ZAINAL

SEMPENA

PERHIMPUNAN BULANAN JPA

MEI 2016

“HAPPINESS INSPIRES PRODUCTIVITY”

12 MEI 2016 (KHAMIS), 8.45 PAGI

AUDITORIUM JPA, ARAS 4

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam

Transformasi dan Salam “1Malaysia: Rakyat Didahulukan,

Pencapaian Diutamakan” dan Salam Sehati Sejiwa.

Terima kasih Pengacara Majlis

Yang Berbahagia Dato' Jalil Marzuki

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

(Pembangunan)

Page 2: TEKS UCAPAN KPPA PERKHIMPUNAN BULANAN MEI 2016

2

Yang Berbahagia Dato' Raihan Sharif

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)

Yang Berbahagia Dato Haji Mansor Man

Pengarah

Bahagian Pembangunan Organisasi

Pengarah-pengarah Bahagian JPA

Tuan-tuan dan Puan-puan Warga JPA yang saya kasihi

sekalian

Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat

Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya jua,

maka dapat kita bersama pada pagi ini dalam Majlis

Perhimpunan Bulanan JPA bagi bulan Mei 2016 dalam

suasana dewan yang penuh meriah diiringi gema nyanyian

lagu JPA dan kembara transformasi sebentar tadi. Apabila

sebahagian besar warga JPA hadir memenuhi segenap inci

dewan auditorium pada pagi ini, maka saya percaya inilah

manifestasi sebenar kesatuan kita semua menjulang

agenda transformasi.

Page 3: TEKS UCAPAN KPPA PERKHIMPUNAN BULANAN MEI 2016

3

2. Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan

merakamkan penghargaan kepada Bahagian Pembangunan

Organisasi atas usaha menjayakan Perhimpunan Bulanan

JPA pada kali ini dengan tema “HAPPINESS INSPIRES

PRODUCTIVITY”.

INTIPATI SAMBUTAN HARI PEKERJA TAHUN 2016

Warga JPA yang dikasihi,

3. Kita baharu sahaja menyambut Hari Pekerja pada 1

Mei 2016 yang lalu bertemakan “Pekerja Berkemahiran

Penggerak Ekonomi”. Tema ini menekankan kepentingan

pekerja yang berkemahiran dalam memastikan ekonomi

negara terus dipacu ke tahap yang lebih tinggi.

4. Salah satu kriteria bagi Malaysia untuk mencapai

status negara maju menjelang Tahun 2020 adalah 50

peratus pekerjanya mestilah tenaga mahir dan dilengkapi

dengan pelbagai kemahiran yang tinggi.

5. Secara umumnya, kebanyakan negara maju memiliki

nisbah 50:50 dari segi tenaga kerja yang berkelulusan

akademik dan TEVT. Malah, terdapat juga negara maju yang

Page 4: TEKS UCAPAN KPPA PERKHIMPUNAN BULANAN MEI 2016

4

mempunyai jumlah tenaga kerja dalam sektor TEVT yang

jauh lebih ramai daripada yang berkelulusan akademik.

6. Di negara Jerman misalnya, sebanyak 80 peratus

tenaga kerjanya adalah tenaga mahir dan bekerja dalam

industri pembuatan teknologi tinggi. Mereka telah dilatih

dengan sempurna serta memiliki kemahiran dan keupayaan

yang selari dengan keperluan industri-industri di sana.

7. Bagaimana pula dengan keadaan di Malaysia?

Berbanding dengan negara-negara maju, kita hanya

mempunyai 28% tenaga mahir daripada jumlah tenaga kerja

negara. Jumlah ini masih rendah berbanding Singapura,

Taiwan dan Korea Selatan. Justeru itu, Kerajaan sangat

komited dalam memastikan bilangan tenaga mahir

dipertingkatkan agar mencapai sasaran 50% menjelang

tahun 2020 ke arah status negara berpendapatan tinggi.

8. Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa

terdapatnya korelasi positif antara tahap kemahiran dan

produktiviti pekerja yang akan menyumbang secara

keseluruhan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Selaku

majikan, aspek pembangunan modal insan perlu diberi

Page 5: TEKS UCAPAN KPPA PERKHIMPUNAN BULANAN MEI 2016

5

perhatian bagi tujuan meningkatkan kemahiran golongan

pekerja.

9. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam

amanat beliau pada Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat

Kebangsaan 2016 yang diadakan di PWTC telah

menggariskan enam pelan tindakan bagi melahirkan

golongan pekerja yang lebih berdaya saing dalam

menggerakkan ekonomi negara.

10. Enam perkara tersebut adalah :

(a) Mentransformasikan mekanisme permintaan dan

penawaran Pendidikan Teknikal dan Latihan

Vokasional (TVET), khususnya bagi memenuhi

keperluan 60 peratus daripada 1.5 juta pekerjaan

baharu yang dijangkakan wujud menjelang 2020;

(b) Merekayasa program latihan kemahiran agar lebih

relevan dan bersepadu bagi melahirkan lebih ramai

tenaga kerja mahir;

(c) Menambah baik undang-undang perburuhan dan

amalan perhubungan perusahaan termasuk

Page 6: TEKS UCAPAN KPPA PERKHIMPUNAN BULANAN MEI 2016

6

penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian

Trans-Pasifik (TPPA);

(d) Agihan pendapatan yang lebih adil antara pemilik

modal dan pekerja susulan daripada pematuhan gaji

minimum;

(e) Pemerkasaan jaringan keselamatan sosial; dan

(f) Kesinambungan Pelan Induk Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan bagi tempoh 2016 hingga 2020.

11. Dalam konteks Perkhidmatan Awam, Kerajaan amat

mementingkan peningkatan kemahiran penjawat awam bagi

tujuan mewujudkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

12. Perkara ini adalah selaras dengan teras strategik

pertama Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam iaitu

Mendaya Upaya Bakat.

13. Oleh itu, saya mengajak warga JPA untuk sentiasa

berusaha menggilap potensi diri dengan mendapatkan

pengetahuan baharu, mengasah bakat dan kemahiran yang

dimiliki serta sentiasa beriltizam untuk menjadi lebih

inovatif dalam melaksanakan tugas.

Page 7: TEKS UCAPAN KPPA PERKHIMPUNAN BULANAN MEI 2016

7

PELAKSANAAN PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1

TAHUN 2016

Warga JPA sekalian,

14. Bagi melahirkan penjawat awam yang berkemahiran,

kita telah pun mengambil langkah kehadapan dalam usaha

merealisasikan hasrat Kerajaan ini. Pada 14 April 2016 yang

lalu, kita telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan

Bilangan 1 Tahun 2016 - Rasionalisasi Skim Perkhidmatan

Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem

Saraan Malaysia yang akan berkuat kuasa pada 1 Julai

2016.

15. Antara langkah penambahbaikan yang dilaksanakan

melalui Pekeliling Perkhidmatan ini ialah JPA telahpun

memperluaskan pemakaian kelayakan dalam bidang

teknikal dan vokasional, khususnya dengan

memperuntukkan Sijil Kemahiran Malaysia, Sijil Vokasional

Malaysia, Diploma Kemahiran Malaysia dan Diploma

Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam syarat lantikan bagi

skim-skim perkhidmatan tertentu.

Page 8: TEKS UCAPAN KPPA PERKHIMPUNAN BULANAN MEI 2016

8

16. Ini menunjukkan JPA bukan sahaja mengiktiraf

kelayakan pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional

(TVET) di dalam Perkhidmatan Awam, malahan kita

membuka ruang kepada individu-individu yang tidak sekadar

mempunyai pengetahuan akademik semata-mata, tetapi

turut mempunyai kemahiran tertentu yang mampu

menyumbang dalam meningkatkan prestasi tugasan dan

penyampaian Perkhidmatan Awam.

17. Selain daripada elemen penambahbaikan 252 skim

perkhidmatan sedia ada, penjawat awam juga menikmati

penetapan sebanyak RM1,200 sebulan sebagai Gaji

Permulaan Terendah serta pemberian faedah satu Kenaikan

Gaji Tahunan yang ternyata memberi kelebihan dari segi

keupayaan kewangan dan juga manfaat jangka panjang

penjawat awam.

18. Sesungguhnya segala kejayaan dalam melaksanakan

penambahbaikan – penambahbaikan ini tentunya bertujuan

untuk meningkatkan tahap produktiviti Perkhidmatan

Awam.

19. Reward yang diberikan ini perlu diterjemahkan melalui

peningkatan produktiviti dan inovasi dalam melaksanakan

setiap arahan dan tugasan dengan penuh komitmen dan

Page 9: TEKS UCAPAN KPPA PERKHIMPUNAN BULANAN MEI 2016

9

kesungguhan. Pemikiran masyarakat hari ini semakin peka

dan terbuka. Dengan ledakan maklumat yang berada di

setiap inci kehidupan kita, rakyat menjadi begitu kritikal

terhadap prestasi penjawat awam dalam menyampaikan

perkhidmatan.

20. Dengan ekspektasi masyarakat semakin meningkat,

kita perlu membuktikan bahawa penjawat awam

sememangnya layak untuk menerima penambahbaikan ini.

We need to prove we are worthy of it.

21. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak tahniah

kepada JPA khususnya Bahagian Pembangunan Organisasi,

Bahagian Saraan dan Bahagian Perkhidmatan di atas segala

usaha menjelajah ke seluruh pelusuk negara memberikan

penjelasan dan kefahaman kepada penjawat awam.

22. Saya difahamkan sebanyak 13 siri jelajah telah

diadakan termasuklah beberapa siri yang saya sendiri turun

padang seperti Negeri Sembilan, Sabah, Wilayah

Persekutuan Labuan dan Kedah. Hanya tinggal negeri

Sarawak sahaja yang masih belum kita jejaki kerana

memberi laluan kepada Pilihanraya Negeri Sarawak yang

baru berakhir baru-baru ini.

Page 10: TEKS UCAPAN KPPA PERKHIMPUNAN BULANAN MEI 2016

10

23. Dalam hal ini, JPA tidak berseorangan. Sokongan

penuh tidak berbelah bahagi oleh CUEPACS yang dipimpin

oleh Datuk Azih Muda begitu terserlah apabila mereka turut

menyertai kesemua siri jelajah yang kita anjurkan.

24. Hasilnya, saya mendapati hanya sebanyak 2,055

panggilan sahaja yang diterima oleh bilik gerakan kita

bermula dari 14 April 2016 sehingga 11 Mei 2016, semalam.

Dalam tempoh tersebut juga, kita telah berjaya

menyelesaikan 3,060 pertanyaan melalui emel daripada

keseluruhan 3,401 pertanyaan yang diajukan.

25. Jumlah ini adalah begitu kecil berbanding jumlah

penjawat awam seluruh negara iaitu lebih 1.61 juta orang.

Ini adalah satu pencapaian yang begitu baik dan cemerlang,

kerana menerusi kaedah dan strategi yang kita laksanakan

ini, kita berjaya meminumkan aduan serta memberi

kefahaman yang jelas kepada seluruh penjawat awam.

26. Saya amat berterima kasih di atas segala sokongan

dan begitu berbangga dengan semangat yang ditunjukkan

oleh semua pihak dalam menjayakan inisiatif transformasi

yang bersifat mega ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan!

Page 11: TEKS UCAPAN KPPA PERKHIMPUNAN BULANAN MEI 2016

11

27. Dengan itu, saya mengajak semua warga JPA agar

memberikan komitmen serta perkhidmatan terbaik lagi

berintegriti pada setiap masa agar JPA yang pada hari ini

namanya harum semerbak dalam kalangan agensi Kerajaan

terus dijulang sebagai agensi contoh dalam menerajui

transformasi.

28. Saya juga ingin berkongsi dengan warga JPA sekalian

betapa segala inisiatif yang kita laksanakan ini turut

mendapat perhatian dan pujian dari negara luar. Saya

difahamkan semalam, peserta-peserta Senior Executive

Development Program (SEDP) iaitu program kepimpinan

pengurus pertengahan dari Singapura dan Malaysia, telah

dibawa melawat Kaunter 1SERVE JPA.

29. Menurut mereka, sehingga kini, tiada lagi

perkhidmatan seumpama ini diwujudkan di Singapura!

Malah, peserta-peserta dari negara kita juga begitu teruja

untuk turut mengaplikasikan konsep buggy yang

dilaksanakan di Lounge 1Serve di Blok C10, di kompleks

pejabat mereka masing-masing. Begitulah betapa JPA kini

menjadi contoh dan ikutan kepada agensi-agensi dan

Kementerian lain.

Page 12: TEKS UCAPAN KPPA PERKHIMPUNAN BULANAN MEI 2016

12

30. Oleh itu, jagalah amanah dan kepercayaan yang

diberikan kepada kita baik-baik. Seperti yang kita semua

sedia maklum, perkhidmatan awam kini menjadi

perkhidmatan idaman. Perkhidmatan awam kini menjadi

employers’ market di mana bilangan graduan yang

memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam jauh lebih

tinggi daripada bilangan jawatan sedia ada.

31. Sehubungan itu, Tuan-tuan dan Puan-puan warga JPA

sekalian yang sudah pun beroleh rezeki dalam

Perkhidmatan Awam, tidak ada pilihan lain melainkan

mencurah sepenuh khidmat dan bakti demi kelangsungan

dan kerelevanan Perkhidmatan Awam di mata rakyat.

KESERONOKAN BEKERJA: LET’S GET HIP (HAPPINESS

INSPIRES PRODUCTIVITY)

Warga JPA yang dikasihi,

32. Dalam melaksanakan kerja yang diamanahkan, ada

kalanya kerja tersebut dianggap sebagai satu bebanan yang

Page 13: TEKS UCAPAN KPPA PERKHIMPUNAN BULANAN MEI 2016

13

perlu dilaksanakan demi kelangsungan hidup. Ia bukanlah

sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana alam

pekerjaan merupakan satu tindakan jangka panjang yang

memakan masa dua puluh hingga tiga puluh tahun atau

hampir satu perdua daripada jangka hayat kita.

33. Oleh itu, kita perlu menjadikan alam pekerjaan kita

sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Bukan keseronokan

semata-mata, tetapi keseronokan yang diiringi dengan

produktiviti, bertepatan dengan tema perhimpunan kita pagi

ini, iaitu Happiness Inspires Productivity.

34. Shawn Anchor, penerima anugerah pengajaran

cemerlang dari Universiti Harvard yang juga penulis buku

The Happiness Advantage: The Seven Principles of Positive

Psychology That Fuel Success and Performance at Work

telah menjelaskan bahawa apabila kita seronok atau happy,

prestasi kerja akan meningkat. When you’re happy, you

achieve more: Your intelligence rises, your creativity rises,

your energy level rises and every single business outcome

improves.

35. Kajian oleh Anchor juga mendapati bahawa

keseronokan bekerja mampu melonjakkan produktiviti

Page 14: TEKS UCAPAN KPPA PERKHIMPUNAN BULANAN MEI 2016

14

sebanyak 30 peratus, pengekalan pekerja atau staff

retention sebanyak 54 peratus dan tiga kali ganda tahap

kreativiti.

36. Maka, dalam hal ini, benarlah kata-kata yang

diungkapkan oleh mendiang Steve Jobs ‘the only way to do

a great job is to love what you do’. Dalam hal ini, saya ingin

berkongsi bagaimana kisah kejayaan penuh berinspirasi

Leicester City yang telah ditabalkan sebagai juara Liga

Perdana Inggeris pada 2 Mei 2016 yang lalu, sebuah

perjalanan luar biasa yang menggemparkan seluruh dunia

khususnya peminat bola sepak.

LEICESTER CITY: DARI LUBUK LIGA KE TAKHTA JUARA

Para hadirin sekalian,

37. “We Do Not Dream”. Itulah kata-kata Claudio Ranieri,

seorang pengurus lagenda kelahiran Itali yang langsung

tidak pernah memenangi apa-apa kejuaraan dalam Liga

Perdana Inggeris atau EPL sebelum ini, sewaktu ditanya

oleh para wartawan pada awal musim liga.

Page 15: TEKS UCAPAN KPPA PERKHIMPUNAN BULANAN MEI 2016

15

38. Leicester City adalah tentang impian dan cita-cita

sebuah pasukan kerdil dan serba kekurangan – tanpa nama

besar, kewangan yang kukuh, pemain-pemain bertaraf

dunia, serta penyokong di serata dunia, yang bangkit

menongkah kemustahilan dan mencipta kejutan dalam

kalangan kelab-kelab gergasi EPL.

39. Leicester City hari ini, adalah sebuah kelab Liga

Perdana Inggeris berusia 132 tahun, yang baru sahaja

dimahkotakan sebagai juara baharu EPL bagi sesi

2015/2016. Rekod terbaik kelab yang digelar sebagai The

Foxes ini, hanyalah sekadar beberapa kali menjuarai Liga

Divisyen Kedua, selain beberapa kejuaraan amatur yang

lain.

40. Pada 4 April 2015, Leicester City telah berada di

gelinciran terakhir liga yang boleh menyingkirkan mereka

dari Liga EPL yang berprestij ini pada bila-bila masa.

41. Namun ajaibnya, pada tarikh yang sama tahun 2016,

Leicester City telah muncul di kedudukan teratas liga,

serta muncul sebagai calon juara untuk dijulang dan

disenaraikan sebagai pemegang mahkota EPL edisi yang ke-

24.

Page 16: TEKS UCAPAN KPPA PERKHIMPUNAN BULANAN MEI 2016

16

Para hadirin sekalian,

42. Jika direnung kata-kata Ranieri tadi, iaitu “ We Do Not

Dream”, sudah pasti di fikiran kita tertanya-tanya apakah

faktor-faktor kejayaan yang menjadi resepi kepada

kejuaraan yang dirangkul Leicester City ini.

43. Robert Plummer, penyelidik tersohor BBC, dalam siri

wawancara beliau bersama Ranieri, membongkar prinsip-

prinsip yang menjadi rahsia kejayaan kelab ‘underdog’ ini.

Pertama, “Create The Right Culture”.

44. Kebangkitan the Foxes banyak dikaitkan dengan

faktor Ranieri sebagai pengurus dan jurulatih pasukan itu.

Ranieri bukanlah nama yang asing di dalam EPL. Beliau

pernah membimbing kelab gergasi EPL iaitu Chelsea.

Budaya baharu yang diterapkan oleh Ranieri, tidak bermula

dari pemain-pemain, tetapi dari diri beliau sendiri.

45. Di Chelsea, Ranieri digelar sebagai the Tinkerman,

atas sifatnya yang terlalu menumpukan kepada perkara-

perkara bersifat mikro seperti memarahi pemain di bilik

persalinan pada separuh masa perlawanan.

Page 17: TEKS UCAPAN KPPA PERKHIMPUNAN BULANAN MEI 2016

17

46. Berbeza sewaktu di Chelsea dahulu, Ranieri merubah

sikapnya itu sebagai seorang yang lebih strategik semasa

menerajui The Foxes. Beliau tidak lagi melihat perkara-

perkara kecil sebagai penghalang, sebaliknya sentiasa

memotivasikan pemain-pemainnya untuk memberi sepenuh

komitmen di padang.

47. Ranieri tidak lagi terjerit-jerit memarahi pemain yang

gagal mematuhi strategi yang dicaturkan di bilik persalinan

pada separuh masa perlawanan, sebaliknya beliau meminta

pemain-pemainnya memberikan persembahan terbaik pada

baki-baki perlawanan yang tinggal.

48. Hasilnya, berbekalkan corak permainan yang

menumpukan kepada kekentalan pertahanan berbanding

kekuatan menyerang, anak-anak didik Ranieri ini berjaya

mengekalkan 9 ‘clean sheet’ dari 11 perlawanan sejak

Januari 2016 yang lalu.

Para hadirin sekalian,

49. Prinsip kedua adalah, “Get The Right People Around

You”. Jika diteliti orang-orang di sekeliling Ranieri,

Page 18: TEKS UCAPAN KPPA PERKHIMPUNAN BULANAN MEI 2016

18

bukanlah nama-nama besar yang menjadi sebutan dan

rebutan kelab-kelab besar dunia.

50. Siapa sahaja yang mengenali Jamie Vardy, N’Golo

Kante dan Riyad Mahrez sebelum ini? Mereka ini dianggap

terlalu kecil dan perlahan berbanding Wayne Rooney, Oliver

Giroud dan Eden Hazard yang bermain untuk Manchester

United, Arsenal dan Chelsea.

51. Beberapa tahun yang lalu, pemain-pemain Ranieri

hanya berada di liga bawahan. Vardy bekerja di kilang,

Kante di liga ketiga Perancis, dan Mahrez di liga keempat

Perancis.

52. Namun, atas kepercayaan yang diberikan kepada

orang-orang yang berada di sekelilingnya, Ranieri menaruh

keyakinan yang tinggi terhadap barisan kerdilnya ini. Pokok

pangkalnya adalah keupayaan pengurus meletakkan

seseorang ditempat yang tepat untuk melaksanakan

sesuatu arahan, adalah kunci kepada setiap kejayaan misi

yang diraih.

53. Seterusnya, yang ketiga adalah “Create The Right

Incentives”. Dalam wawancara tersebut, Ranieri mungkin

Page 19: TEKS UCAPAN KPPA PERKHIMPUNAN BULANAN MEI 2016

19

berceloteh tentang janjinya untuk meraikan setiap

kemenangan anak-anak buahnya dengan belanja makan

pizza. Namun, yang lebih penting menurut beliau adalah

ganjaran dan insentif yang diberikan menjadi antara faktor

yang menaikkan semangat dan mengekalkan momentum

pemain-pemainnya.

54. Ranieri turut mengganjari pemainnya peluang untuk

menikmati percutian mewah sewaktu kebanyakan pemain

di kelab-kelab lain bergelut dengan prestasi dan

persembahan di tengah-tengah musim EPL. Sebuah

ganjaran dan insentif yang jarang dilakukan oleh kelab-

kelab besar yang bertarung di dalam Liga Perdana Inggeris.

55. Menariknya, keberanian Ranieri memberi ganjaran dan

insentif kepada anak-anak buahnya dalam tempoh yang

begitu genting tersebut dibayar semula melalui siri

kemenangan demi kemenangan sehinggalah mereka muncul

sebagai raja baharu bola sepak Inggeris itu.

Para hadirin sekalian,

56. Tersirat di sebalik kisah kejayaan Leicester City ini

adalah bagaimana kita sebagai warga JPA yang dahulunya

dibelenggu silo dengan segala macam karenah birokrasi,

Page 20: TEKS UCAPAN KPPA PERKHIMPUNAN BULANAN MEI 2016

20

pada hari ini, boleh tersenyum bangga dengan pencapaian

transformasi yang kita laksanakan.

57. Kita telah berjaya menyusun semula pasukan baharu

JPA menerusi Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam

dan lebih 190 inisiatif transformasi yang menjadi enjin

penggerak kepada agenda ini.

58. Kita telah berjaya meletakkan bakat-bakat yang

terbaik berada di kedudukan yang strategik menerusi Teras

Strategik Pertama dan Kedua iaitu Mendaya Upaya Bakat

dan Merekayasa Organisasi.

59. Kita juga telah berjaya membudayakan etos baharu

perkhidmatan awam yang lebih berintegriti, berprestasi

tinggi serta keupayaan untuk melihat sesuatu isu dengan

lebih strategik.

60. Ini kerana, saya yakin, segala usaha dan penat lelah

kita semua dalam menjayakan agenda tranformasi

Perkhidmatan Awam ini, didorong oleh rasa tanggungjawab

“mahu buat” dan bukan kerana perasaan “terpaksa buat”.

Kita mahu buat kerana kita rasa seronok dan mahu

memberikan yang terbaik kepada rakyat dan negara.

Page 21: TEKS UCAPAN KPPA PERKHIMPUNAN BULANAN MEI 2016

21

61. Sebenarnya ada pelbagai faktor dan dorongan yang

boleh menyebabkan kita rasa seronok bekerja. Faktor ketua

yang prihatin dan berwawasan, rakan sekerja yang

bekerjasama, bidang tugas selari dengan kepakaran,

imbuhan yang diterima dan persekitaran kerja yang

kondusif menyumbang kepada keseronokan bekerja.

62. Menyedari bahawa warga JPA merupakan aset kepada

jabatan, maka sejak awal tahun 2016, JPA telah

menyediakan pelbagai kemudahan dan program untuk

meningkatkan lagi keseronokan bekerja. Antaranya ialah

dengan menganjurkan aktiviti beriadah, meraikan bakat-

bakat terpendam pegawai-pegawai kita serta lain-lain

program yang direncanakan berdasarkan kreativiti masing-

masing.

63. Antara program baharu yang telah diperkenalkan

sempena Tahun Keseronokan Bekerja adalah seperti:

i) Projek 3C (Care, Charity and Cherish);

ii) Program Pentas@C3;

iii) Program Baca dan Rawat;

iv) Program Zumbalicious; dan

Page 22: TEKS UCAPAN KPPA PERKHIMPUNAN BULANAN MEI 2016

22

v) Tidak dilupai, penambahbaikan -penambahbaikan yang

diperkenalkan dalam pelaksanaan Rasionalisasi Skim

Perkhidmatan seperti yang saya sebutkan tadi.

PENUTUP

Warga JPA yang saya kasihi,

64. Syukur Alhamdulillah, kita semakin menghampiri

setengah tahun pertama 2016. Saya percaya faktor

keseronokan bekerja merupakan antara faktor yang akan

mendorong produktiviti kita selaku warga JPA dalam

meningkatkan lagi sistem penyampaian JPA kepada

masyarakat selaras dengan tema kita pada hari ini iaitu

“Happiness Inspires Productivity”.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.