teks ucapan kppa sempena program townhall pptd sarawak

27
UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL SEMPENA MAJLIS INTERAKSI DAN TOWNHALL KPPA BERSAMA PEGAWAI – PEGAWAI PTD NEGERI SARAWAK 11 OKTOBER 2014, 2.30 PETANG INTAN KAMPUS SARAWAK

Upload: phungquynh

Post on 04-Feb-2017

280 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: teks ucapan kppa sempena program townhall pptd sarawak

UCAPAN

YANG BERBAHAGIA TAN SRI

MOHAMAD ZABIDI ZAINAL

SEMPENA

MAJLIS INTERAKSI DAN TOWNHALL

KPPA BERSAMA PEGAWAI – PEGAWAI

PTD NEGERI SARAWAK

11 OKTOBER 2014, 2.30 PETANG

INTAN KAMPUS SARAWAK

Page 2: teks ucapan kppa sempena program townhall pptd sarawak

2

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Transformasi dan

Salam “1Malaysia: Rakyat Didahulukan,

Pencapaian Diutamakan”.

[SALUTATION DISEDIAKAN DI ATAS

ROSTRUM]

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah

SWT kerana dengan limpah kurnia dan

inayah-Nya jua kita dapat bersama-

sama dalam Majlis Interaksi dan

Townhall KPPA Bersama Pegawai-

Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan

Diplomatik (PTD) Negeri Sarawak yang

julung-julung kalinya diadakan ini.

Page 3: teks ucapan kppa sempena program townhall pptd sarawak

3

Majlis pada hari ini telah direalisasikan

hasil jalinan kolaborasi dan kerjasama

padu Kampus INTAN Wilayah Sarawak

(INSARA) bersama-sama Pejabat

Setiausaha Persekutuan Sarawak dan

Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan

Diplomatik (PPTD) Cawangan Sarawak.

2. Saya ingin mengambil kesempatan

di sini untuk mengalu-alukan kehadiran

semua para pegawai PTD yang sudi

meluangkan masa pada hujung minggu

untuk menyertai Majlis pada hari ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya

kasihi sekalian,

Page 4: teks ucapan kppa sempena program townhall pptd sarawak

4

3. Forum Ekonomi Dunia baru-baru ini

telah mengeluarkan Laporan Daya Saing

Global bagi tahun 2014 dan 2015 yang

membawa berita gembira kepada

Malaysia. Mengikut laporan tersebut,

Malaysia kini merupakan antara

kelompok 20 buah negara paling

berdaya saing daripada 114 buah

negara. Pencapaian ini merupakan

peningkatan daripada kedudukan ke-24

daripada 148 buah negara sebelumnya.

4. Ekonomi negara juga dilaporkan

menunjukkan trend memberangsangkan

dengan mencatat pertumbuhan

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

Page 5: teks ucapan kppa sempena program townhall pptd sarawak

5

sebanyak 6.4 peratus dalam suku kedua

2014 iaitu rekod tertinggi pernah

dicatatkan sejak suku keempat tahun

2012. Pencapaian ini menjadikan

Malaysia sebagai negara yang paling

tinggi pencapaian pertumbuhan

ekonominya dalam kalangan negara

ASEAN bagi tempoh separuh pertama

tahun 2014.

5. Dalam memperkatakan kisah

kejayaan Malaysia di arena global ini,

saya ingin juga berkongsi laporan World

Competitiveness Yearbook yang

diterbitkan oleh Institute for

Management Development yang telah

Page 6: teks ucapan kppa sempena program townhall pptd sarawak

6

meletakkan Malaysia di kedudukan ke-

12 daripada 60 negara pada tahun 2014

berbanding tempat ke-15 pada tahun

2013.

Hadirin yang saya kasihi sekalian,

6. Memetik kata-kata Mantan YAB

Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir

Mohamad yang pernah berkata,

“... Kita telah berjaya sehingga ke

suatu tahap yang mana pada hari

ini negara-negara lain menghantar

pentadbir-pentadbir mereka ke

Malaysia untuk belajar bagaimana

Page 7: teks ucapan kppa sempena program townhall pptd sarawak

7

mentadbir sebuah negara dan

mereka pula tahu bahawa Malaysia

ini kompleks dengan penduduk

negara yang berbagai kaum,

menganut pelbagai agama,

mempunyai bahasa yang berbeza-

beza, budaya yang berlainan tetapi

Alhamdulillah kita berjaya

bekerjasama, kita berjaya untuk

mentadbir dengan berkesan dan

mereka datang untuk melihat

keadaan dalam negara kita.”

7. Kejayaan yang diperoleh pada hari

ini membuktikan bahawa Perkhidmatan

Awam yang diterajui oleh PTD berjaya

Page 8: teks ucapan kppa sempena program townhall pptd sarawak

8

menyokong Kerajaan ke arah

mentransformasi penyampaian

perkhidmatan untuk rakyat. Malah kita

dapat katakan bahawa Perkhidmatan

Tadbir dan Diplomatik memainkan

peranan utama dan ulung dalam sistem

pentadbiran di negara kita.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya

kasihi sekalian,

8. Pegawai-pegawai PTD hendaklah

meneruskan usaha-usaha yang dibuat

bagi memastikan PTD terus mantap dan

dapat mengekalkan imej perkhidmatan

kita sebagai perkhidmatan yang utama.

Page 9: teks ucapan kppa sempena program townhall pptd sarawak

9

Buat pegawai-pegawai kanan PTD, kita

perlu sedar bahawa pegawai-pegawai

muda PTD atau Gen-Y telah mula

mendominasi kelompok perkhidmatan

elit dalam Perkhidmatan Awam.

“The worst danger that confronts

the younger set of officers and staff

is the bad example set by a few

older officers. A good example has

twice the value of good advice. So

the greatest gift the senior officers

can bestow on others is a good

example. People are less convinced

by what they hear than what they

see.”

Page 10: teks ucapan kppa sempena program townhall pptd sarawak

10

9. Oleh itu, pegawai-pegawai kanan

PTD harus menonjolkan tahap disiplin

yang tinggi seperti tenang dan matang

dalam membuat keputusan, mendengar

maklum balas orang di sekeliling,

berpandangan jauh serta berintegriti

dalam menjalankan tugas dan amanah.

10. Manakala pegawai-pegawai muda

pula harus belajar untuk berfikiran

terbuka, positif, bersedia untuk

memperbaiki diri serta memiliki sifat

rendah diri. Belajar dari pengamatan,

ikuti perkara yang baik dan jauhi

perbuatan yang tidak berintegriti.

Page 11: teks ucapan kppa sempena program townhall pptd sarawak

11

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya

kasihi sekalian,

11. Pada petang ini, saya berhasrat

untuk berkongsi dengan tuan-tuan dan

puan-puan berkenaan aspirasi

kepimpinan Negara untuk memacu

transformasi yang bukan sahaja yang

akan memberi impak positif kepada

penjawat awam bahkan kepada rakyat

secara keseluruhannya.

12. Dalam ucapan Bajet 2014, Yang

Amat Berhormat Perdana Menteri telah

mengumumkan bahawa kerajaan akan

melaksanakan cukai barang dan

Page 12: teks ucapan kppa sempena program townhall pptd sarawak

12

perkhidmatan (GST) bermula 1 April

2015. GST yang merupakan satu "sistem

cukai menyeluruh yang akan memberi

manfaat kepada semua rakyat

Malaysia" ini bukanlah satu sistem

percukaian baru tetapi lebih bersifat

kepenggunaan bagi menggantikan

sistem percukaian sedia ada iaitu Cukai

Jualan (1972) dan Cukai Perkhidmatan

(1975).

13. Selepas pengumunan ini, pelbagai

pihak mula membincangkan secara

terbuka dan tertutup tentang apa itu

GST, kebaikan dan keburukannya serta

Page 13: teks ucapan kppa sempena program townhall pptd sarawak

13

membandingkan pelaksanaan di

Malaysia dengan negara-negara lain.

14. Perbincangan dilakukan dalam

pelbagai bentuk dan platform termasuk

menggunakan media-media sosial

seperti Facebook dan Twitter.

Penyaluran maklumat yang tidak

terkawal ini telah menimbulkan

persepsi yang negatif di kalangan

rakyat, malah termasuk juga di

kalangan penjawat awam itu sendiri.

15. Justeru bagi menangani perkara

ini, Kerajaan telah merangka satu

mekanisme pemberitahuan iaitu melalui

Page 14: teks ucapan kppa sempena program townhall pptd sarawak

14

sesi dialog/ seminar/ kursus dan

sebagainya kepada empat kumpulan

sasar (rakyat), iaitu

(1) komuniti perniagaan (syarikat

multinasional, Perusaha Kecil

dan Sederhana, pemborong,

peruncit);

(2) komuniti informed group (NGO/

IPTA/ IPTS, Pertubuhan

Profesional);

(3) Orang awam (pekerja kilang/

swasta, persendirian, petani,

nelayan dsb); dan

Page 15: teks ucapan kppa sempena program townhall pptd sarawak

15

(4) Kumpulan penjawat awam

(Persekutuan / Negeri / Badan

Berkanun).

16. Bagi kategori empat, Kerajaan

telah memberi tanggungjawab penuh

kepada Jabatan Perkhidmatan Awam

(JPA) untuk turun padang dan

menyebarluaskan maklumat yang betul

dan sahih kepada penjawat-penjawat

awam di seluruh negara. Institut

Tadbiran Awam Negara (INTAN) sebagai

sebuah institut latihan awam telah

memulakan beberapa siri Kursus GST

Advocators yang melibatkan 25 buah

Kementerian di Putrajaya. Advocators

Page 16: teks ucapan kppa sempena program townhall pptd sarawak

16

yang telah dipilih dan dilantik mewakili

kementerian akan mengadakan

akvokasi di peringkat agensi masing-

masing untuk memberi pemahaman

kepada penjawat awam yang berada di

agensi. Kursus GST Advocators ini akan

turut dilaksanakan di peringkat

Kerajaan Negeri, yang juga melibatkan

semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),

termasuk di Negeri Sarawak.

17. Selain Kursus GST Advocators,

INTAN turut menganjurkan beberapa siri

seminar dan bicara eksekutif kepada

peserta-peserta kursus yang berkursus

di semua kampus, termasuk di INTAN

Page 17: teks ucapan kppa sempena program townhall pptd sarawak

17

Bukit Kiara sendiri. Usaha ini

merupakan suatu pendekatan

‘engagement’ yang melibatkan semua

pihak agar pemahaman mengenai GST

bersifat menyeluruh dan bersifat

inklusif.

Para hadirin yang saya kasihi sekalian,

18. Kita sedia maklum bahawa kadar

GST yang diperkenalkan di Negara kita

adalah lebih rendah berbanding 7 buah

Negara ASEAN yang telah

melaksanakan GST. Bahkan enam

peratus yang kerajaan akan laksanakan

adalah kadar yang amat berpatutan

Page 18: teks ucapan kppa sempena program townhall pptd sarawak

18

dengan mengambil kira keadaan

ekonomi Negara dan kemampuan rakyat

pelbagai peringkat. Di bawah Sale and

Service Tax (SST) sedia ada, pengguna

terpaksa membayar harga yang lebih

mahal kerana cukai jualan merupakan

sebahagian daripada kos yang akan

dimasukkan ke dalam harga jualan dan

dikenakan cukai perkhidmatan.

19. Pada masa sekarang, pengguna

tanpa mengira kelas pendapatan telah

membayar cukai jualan dan cukai

perkhidmatan ke atas perbelanjaan

harian mereka. Namun cukai yang

dibayar itu terutamanya cukai jualan

Page 19: teks ucapan kppa sempena program townhall pptd sarawak

19

tidak tercatat di dalam resit kerana ia

terselindung di dalam harga bayaran.

Apabila GST dilaksanakan, beban cukai

yang ditanggung akan turun. Ini

bermakna dengan pelaksanaan GST

kebanyakan barangan dan

perkhidmatan akan mengalami

penurunan harga, iaitu daripada kadar

15 peratus ke 6 peratus atau pun kadar

cukai perkhidmatan sedia ada 6 peratus

tidak berubah selepas GST

dilaksanakan.

20. Kajian yang dijalankan menjangka

cara perbelanjaan rakyat juga mungkin

berubah dan lebih berhati-hati. Indeks

Page 20: teks ucapan kppa sempena program townhall pptd sarawak

20

Harga Pengguna (HIP) hanya dijangka

mengalami kenaikan pada kadar rendah

1.0 hingga 3.0 peratus sebelum proses

‘normalisasi harga’ berlaku. Kita yakin

dengan penubuhan jawatankuasa

pemantau GST yang ditubuhkan

kerajaan nanti dapat memastikan GST

dilaksanakan dengan lancar dan

berkesan. Kerajaan juga dari masa ke

semasa akan menilai impak sosial

terhadap rakyat kesan daripada

pelaksanaan GST khususnya ke atas

kenaikan harga barangan melalui

pelaksanaan Akta Kawalan Harga dan

Anti Pencatutan 2011.

Page 21: teks ucapan kppa sempena program townhall pptd sarawak

21

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya

kasihi,

21. Baru-baru ini kerajaan telah

mengumumkan pengurangan subsidi

untuk petrol RON 95 dan diesel

sebanyak 20 sen seliter berkuatkuasa 2

Oktober 2014. Pengurangan subsidi

akan menjadikan harga baru RON95

meningkat kepada RM2.30 seliter

manakala diesel RM2.20 seliter. Sebagai

penjawat awam juga, isu pengurangan

subsidi sememangnya tidak dapat

dielakkan kerana Kerajaan terpaksa

mengambil tindakan yang perlu bagi

proses rasionalisasi pemberian subsidi

Page 22: teks ucapan kppa sempena program townhall pptd sarawak

22

bagi mengelak kebergantungan

sepanjang masa kepada bantuan

subsidi. Walaupun dikurangkan subsidi,

hakikatnya ialah kerajaan masih lagi

menanggung hampir RM21 billion untuk

subsidi RON95, diesel dan gas

petroleum cecair (LPG) pada tahun ini.

22. Kerajaan pastikan akan sentiasa

memastikan langkah rasionalisasi

subsidi dilaksanakan secara

berperingkat bagi memastikan kesan

adalah minimum terhadap rakyat

khususnya golongan berpendapatan

rendah dan sederhana. Apabila kerajaan

mula melaksanakan transformasi

Page 23: teks ucapan kppa sempena program townhall pptd sarawak

23

percukaian Negara melalui GST nanti,

saya pasti kerajaan akan mendapatkan

hasil tambahan yang kemudiannya,

akan diberikan kembali kepada rakyat

dalam pelbagai bentuk bantuan dan

insentif untuk meringankan beban

rakyat.

23. Satu daripada langkah ialah dengan

menaikkan kadar pemberian BRIM yang

akan diumumkan dalam bajet 2015

nanti. Untuk penjawat awam khususnya,

bajet 2015 nanti dijangka lebih

responsif khususnya dalam

pengurangan kadar cukai pendapatan

individu antara 0.5% dan 3% bagi semua

Page 24: teks ucapan kppa sempena program townhall pptd sarawak

24

kumpulan berpendapatan bercukai.

Langkah-langkah lain yang turut

dipertimbangkan oleh kerajaan dalam

meringankan beban rakyat juga

termasuk meneruskan bantuan

persekolahan, subsidi harga rumah

serta insentif percukaian yang lebih

menyeluruh.

24. Rasionalisasi subsidi merupakan

sebahagian daripada usaha

mentranformasi ekonomi supaya

Malaysia menjadi Negara yang lebih

kompetitif, berdaya saing, maju dan

berpendapatan tinggi. Transformasi

subsidi yang sekarang kerajaan

Page 25: teks ucapan kppa sempena program townhall pptd sarawak

25

usahakan juga untuk memastikan

ketirisan (akibat aktiviti penyeludupan)

dapat dikurangkan serta akan lebih

sesifat segmented iaitu lebih bersasar

(tidak secara pukal) sehingga bukan

warga Negara termasuk pelancong

asing turut menikmati subsidi yang

diberikan oleh kerajaan.

25. Pelaksanaan GST tidak akan

berjaya tanpa sokongan dan peranan

yang perlu dimainkan oleh semua

penjawat awam. Adalah menjadi

tanggungjawab kita untuk membantu

Kerajaan memperbetulkan persepsi

salah mengenai GST di kalangan

Page 26: teks ucapan kppa sempena program townhall pptd sarawak

26

penjawat awam sendiri, menyebar luas

fakta sebenar mengenai kebaikan

pelaksanaan GST kepada rakyat,

mendidik rakyat agar lebih berhati-hati

dan berhemat dalam aspek

perbelanjaan, memastikan pematuhan

kepada tanggungjawab membayar cukai

dalam semua peringkat serta membantu

kerajaan khususnya agensi

penguatkuasa dalam memantau aktiviti

mengaut keuntungan secara tidak

munasabah oleh peniaga melalui

mekanisme yang akan diperkenalkan

nanti di bawah Akta Kawalan Harga dan

Anti Pencatutan 2011.

Page 27: teks ucapan kppa sempena program townhall pptd sarawak

27

26. Saya yakin dan percaya dengan

komitmen dan iltizam yang tinggi, kita

semua akan berjaya merealisasikan

Agenda Transformasi Negara dan

Transformasi Perkhidmatan Awam yang

sedang giat dilaksanakan hari ini.

Mudah-mudahan segala usaha murni

yang kita gemblengkan ini akan

memperoleh rahmat dan keredhaan

Allah SWT jua.

Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh. Terima kasih.