teks ucapan kppa sempena majlis pentauliahan akrab

29
UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL SEMPENA MAJLIS PENTAULIAHAN RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB) TAHUN 2014 TEMA: AKRAB AGEN TRANSFORMASI 11 DISEMBER 2014, 8.45 PAGI HOTEL ROYALE BINTANG

Upload: lynhu

Post on 28-Dec-2016

305 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan KPPA Sempena Majlis Pentauliahan AKRAB

UCAPAN

YANG BERBAHAGIA TAN SRI

MOHAMAD ZABIDI ZAINAL

SEMPENA

MAJLIS PENTAULIAHAN

RAKAN PEMBIMBING

PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB)

TAHUN 2014

TEMA: AKRAB AGEN TRANSFORMASI

11 DISEMBER 2014, 8.45 PAGI

HOTEL ROYALE BINTANG

Page 2: Teks Ucapan KPPA Sempena Majlis Pentauliahan AKRAB

2

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Transformasi dan

Salam “1Malaysia: Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”

Yang Berhormat Dato’ Haji Mokhtar

Mohd Jait

Pegawai Kewangan Negeri Pulau

Pinang

Yang Berbahagia Dato’ Seri Zainal

Rahim Seman

Timbalan Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam (Operasi)

Page 3: Teks Ucapan KPPA Sempena Majlis Pentauliahan AKRAB

3

Yang Berusaha Dr. Abd. Halim Mohd

Hussin

Pengarah

Bahagian Pengurusan Psikologi

Setiausaha dan Pengarah-pengarah

Bahagian, Pengarah-Pengarah Jabatan

Negeri, Pegawai-Pegawai Psikologi,

Dif-Dif jemputan, para penerima

Tauliah AKRAB dan ahli-ahli AKRAB

yang saya kasihi sekalian,

Alhamdulillah, marilah kita

mengucapkan kesyukuran ke hadrat

Allah SWT kerana dengan rahmat dan

izinNya, maka dapat kita bersama-

Page 4: Teks Ucapan KPPA Sempena Majlis Pentauliahan AKRAB

4

sama hadir dalam Majlis Pentauliahan

AKRAB bagi kali ke sepuluh ini.

2. Ribuan terima kasih diucapkan

kepada Bahagian Pengurusan

Psikologi, JPA dan Pejabat Setiausaha

Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang

telah berkolaborasi dalam menjayakan

majlis pentauliahan pada kali

ini. Sesungguhnya ia mencerminkan

komitmen dan kesungguhan yang

tinggi kedua-dua pihak dalam

meningkatkan kualiti modal insan

perkhidmatan awam.

Page 5: Teks Ucapan KPPA Sempena Majlis Pentauliahan AKRAB

5

TRANSFORMASI NASIONAL

Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Datin-

Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan yang

saya kasihi sekalian,

3. Tema yang dipilih bagi Majlis

Pentauliahan Rakan Pembimbing

Perkhidmatan Awam Ke-10 pada kali

ini iaitu “AKRAB Agen Transformasi”

sangat bertepatan kerana peranan

AKRAB amat signifikan dalam usaha

merealisasikan transformasi dalam

perkhidmatan awam. Sesungguhnya,

penjawat awam adalah agen

transformasi paling hadapan antara

Page 6: Teks Ucapan KPPA Sempena Majlis Pentauliahan AKRAB

6

rakyat dengan kerajaan. Usaha perlu

diteruskan tanpa henti bagi

memastikan proses transformasi

berjalan lancar ke arah menjadikan

Malaysia sebuah negara maju dan

berpendapatan tinggi menjelang 2020.

4. Transformasi perkhidmatan

awam tidak dapat dielakkan dan ianya

pasti berlaku dalam era globalisasi,

teknologi, inovasi dan kreativiti dalam

dunia tanpa sempadan yang

berpaksikan pengetahuan. Pada masa

yang sama, ekspektasi rakyat untuk

mendapatkan perkhidmatan yang

terbaik daripada penjawat awam dan

Page 7: Teks Ucapan KPPA Sempena Majlis Pentauliahan AKRAB

7

kerajaan kian meningkat. Inilah

merupakan cabaran besar kita, iaitu

untuk bersaing memenuhi ekspektasi

yang sentiasa berubah dan tiada

penghujungnya. Program Transformasi

Kerajaan atau GTP telah berjaya

mengubah perkhidmatan awam

kepada sebuah pentadbiran yang

dinamik, inovatif dan berfokuskan

masyarakat.

Para hadirin yang saya kasihi

sekalian,

5. Bermula April 2015, kerajaan

akan melaksanakan satu sistem cukai

Page 8: Teks Ucapan KPPA Sempena Majlis Pentauliahan AKRAB

8

baru iaitu Cukai Barang dan

Perkhidmatan atau Goods & Services

Tax (GST) bagi menggantikan Cukai

Jualan dan Perkhidmatan (SST). Rang

Undang-undang GST telah pun

diluluskan oleh Parlimen baru-baru ini.

Langkah di bawah Transformasi Fiskal

ini bertujuan untuk meneguhkan

ketahanan ekonomi negara bagi

jangka masa panjang.

6. Secara ringkasnya, GST

merupakan satu sistem pencukaian

yang lebih sistematik berasaskan

jumlah pembelian barangan kita

seharian. Sungguhpun begitu kita

Page 9: Teks Ucapan KPPA Sempena Majlis Pentauliahan AKRAB

9

semua tidak perlu gusar dan risau

kerana cukai GST tidak akan

dikenakan ke atas barangan

keperluan dan perkhidmatan asas

harian seperti beras, gula, garam,

tepung, minyak masak, buah-buahan,

surat khabar, tambang pengangkutan

awam, perkhidmatan pendidikan dan

kesihatan.

7. Lanjutan itu, seiring dengan

pengenalan dasar ini, Jabatan

Perkhidmatan Awam telah

mengaturkan beberapa siri jelajah

GST di seluruh negara bagi memberi

penerangan mengenai GST kepada

Page 10: Teks Ucapan KPPA Sempena Majlis Pentauliahan AKRAB

10

semua penjawat awam. Bermula siri

jelajah di Kuala Kangsar Perak pada

30 Oktober 2014, Kota Kinabalu Sabah

pada 5 November 2014, Sungai Petani

Kedah pada 9 November 2014, Perlis

Indera Kayangan pada 24 November

2014, Johor Baharu pada 2 Disember

2014 dan akan datang di Serdang

pada 17 Disember 2014. Kesemua

usaha penerangan bertujuan memberi

pemahaman yang betul dan jelas agar

dapat dihayati dan dirasai oleh rakyat.

8. Saya berharap agar semua ahli

AKRAB agar dapat bersama-sama

memainkan peranan memperjelaskan

Page 11: Teks Ucapan KPPA Sempena Majlis Pentauliahan AKRAB

11

dasar dan usaha Kerajaan untuk

menghuraikan keadaan sebenar.

TRANSFORMASI PERKHIDMATAN

AWAM

Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Datin-

Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan yang

saya kasihi sekalian,

9. Tafsiran transformasi

perkhidmatan awam di mata rakyat

cenderung tertumpu kepada

keberkesanan penyampaian

perkhidmatan awam itu sendiri.

Mereka mengharapkan kualiti

Page 12: Teks Ucapan KPPA Sempena Majlis Pentauliahan AKRAB

12

penyampaian perkhidmatan awam

memenuhi kehendak mereka, kerenah

birokrasi dikurangkan dan langkah

yang cepat, tepat dan berintegriti

dapat diambil bagi menangani

masalah yang berbangkit.

10. Selaras dengan hasrat tersebut,

Program Transformasi Perkhidmatan

Awam yang diterajui oleh Jabatan

Perkhidmatan Awam telah

diperkenalkan untuk memacu

pembangunan perkhidmatan awam

yang berkualiti, berprestasi tinggi,

berintegriti, dinamik, berjiwa rakyat

serta lebih berdaya saing. Lima teras

Page 13: Teks Ucapan KPPA Sempena Majlis Pentauliahan AKRAB

13

strategik yang mendokong aspirasi

transformasi perkhidmatan awam ini

adalah Mendaya Upaya Bakat,

Merekayasa Organisasi, Merakyatkan

Penyampaian Perkhidmatan,

Merangkum dan Sepunya dan

Membudaya Nilai.

11. Dalam sesi terakhir Perhimpunan

Bulanan JPM bagi tahun 2014 di

Dataran Putra beberapa hari yang lalu,

Yang Amat Berhormat Perdana

Menteri telah menggariskan empat

perkara penting buat penjawat awam

bagi mendepani cabaran dan ancaman

pada tahun 2015. Empat perkara yang

Page 14: Teks Ucapan KPPA Sempena Majlis Pentauliahan AKRAB

14

dinyatakan ialah Cabaran Keamanan;

Keselamatan dan Keharmonian;

Menangani Rasuah dan Salah Guna

Kuasa; dan Amalan Konsep Solidariti

Nasional serta Amalan Budaya

Berprestasi Tinggi.

12. Menurut Yang Amat Berhormat

Perdana Menteri lagi, empat perkara

itu perlu diberi perhatian serius dan

fokus oleh penjawat awam bagi

membolehkan Malaysia mencatat

kejayaan lebih cemerlang pada masa

depan. Beliau turut meminta penjawat

awam terus mengamalkan budaya

prestasi tinggi dengan meningkatkan

Page 15: Teks Ucapan KPPA Sempena Majlis Pentauliahan AKRAB

15

produktiviti, meningkatkan kreativiti

dan inovasi dalam budaya kerja

masing-masing.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya

kasihi sekalian,

13. Nilai, etos dan integriti yang

tinggi merupakan elemen yang amat

penting dalam Perkhidmatan Awam.

Dengan wujudnya integriti, nilai-nilai

murni dan semangat patriotisme serta

rasa cintakan negara, penjawat awam

akan lebih dihormati sekaligus

meyakinkan rakyat akan keikhlasan

Page 16: Teks Ucapan KPPA Sempena Majlis Pentauliahan AKRAB

16

dan kejujuran Kerajaan dalam

penyampaian perkhidmatan.

14. Saya ingin membawa Tuan-tuan

dan Puan-puan menelaah beberapa

laporan akhbar berkaitan

Perkhidmatan Awam kebelakangan

ini. Cerita-cerita berkaitan salah laku

dan perbuatan tidak berintegriti sering

menjadi tajuk utama di dada-dada

akhbar. Saya percaya seluruh

penjawat awam membaca mengenai

kisah Guru Dipenjara 50 Tahun yang

terpampang di dada akhbar 5

Disember yang lalu dan pendedahan

Page 17: Teks Ucapan KPPA Sempena Majlis Pentauliahan AKRAB

17

Laporan Audit Negara terhadap

jabatan dan kementerian.

15. Hal ini berkait rapat dengan

hasrat Merakyatkan Penyampaian

Perkhidmatan yang digagaskan oleh

Yang Berbahagia Ketua Setiausaha

Negara. Justeru, setiap penjawat

awam mesti menterjemahkan hasrat

ini menerusi tindakan kita tatkala

berurusan dengan rakyat. Sewaktu

Anugerah Konvensyen Kumpulan

Inovatif dan Kreatif (KIK)

Perkhidmatan Awam peringkat

Kebangsaan Ke-31, Ketua Setiausaha

Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa telah

Page 18: Teks Ucapan KPPA Sempena Majlis Pentauliahan AKRAB

18

meminta agensi-agensi perkhidmatan

awam di negara ini supaya terus

memberi penekanan kepada aspek

pembangunan inovasi sosial melalui

makmal dan unit inovasi masing-

masing.

16. Menerusi inovasi sosial, hasil

pertumbuhan ekonomi negara yang

bertunjangkan agenda transformasi

negara dapat diagihkan bagi

memenuhi ekonomi keperluan rakyat.

Penjawat awam perlu melakukan

perubahan minda sekaligus

meningkatkan daya kreativiti dan

inovasi supaya sentiasa mempunyai

Page 19: Teks Ucapan KPPA Sempena Majlis Pentauliahan AKRAB

19

fikiran minda kelas pertama. Daya

pemikiran minda kelas pertama, mutu

dan hasil kerja yang dihasilkan bukan

sahaja setanding dengan ciptaan

negara maju malah diyakini mampu

membawa dimensi baharu kepada

corak pemikiran masyarakat negara

ini.

AKRAB AGEN TRANSFORMASI

Para hadirin yang saya kasihi

sekalian,

Page 20: Teks Ucapan KPPA Sempena Majlis Pentauliahan AKRAB

20

17. Sesungguhnya, kerajaan amat

komited meningkatkan sistem

penyampaian perkhidmatan sedia ada

untuk menghasilkan pencapaian di

tahap terbaik dan cemerlang. Antara

usaha-usaha yang telah dilakukan

adalah menambah baik sistem dan

prosedur kerja, piagam pelanggan,

teknologi serta undang-undang dan

peraturan. Kesemua usaha tersebut

adalah bertujuan meningkatkan hasil

kerja dan pencapaian yang tentunya

memerlukan modal insan yang

mempunyai potensi, minat dan

komitmen untuk berprestasi tinggi dan

mengutamakan pencapaian dalam

Page 21: Teks Ucapan KPPA Sempena Majlis Pentauliahan AKRAB

21

semua bidang tugas yang telah

dipertanggungjawabkan. Di sinilah

saya melihat, ahli AKRAB boleh

memainkan peranan penting dalam

membantu pengurus sumber manusia

memastikan anggota perkhidmatan

awam bersedia melakukan perubahan

minda dan tingkah laku demi

mencapai aspirasi kerajaan.

18. Saya berkeyakinan, selain

daripada berperanan sebagai rakan

pembimbing di tempat kerja, AKRAB

boleh berperanan sebagai agen

menyebarluaskan aspirasi kerajaan

dengan menggunakan pendekatan

Page 22: Teks Ucapan KPPA Sempena Majlis Pentauliahan AKRAB

22

psikologi dan kaunseling yang

humanistik dan holistik. Ini kerana

pemindahan ilmu dan teknologi kerja

serta perubahan dan transformasi

pemikiran dan tingkah laku biasanya

berlaku lebih cepat dan berkesan

melalui sesi bimbingan dan

perkongsian dengan rakan sekerja

yang lebih memahami dan responsif

kepada keperluan pembelajaran

tingkah laku individu.

19. Peranan tersebut selari dengan

matlamat utama AKRAB iaitu

membimbing diri dan membantu rakan

menghadapi cabaran hidup sama ada

Page 23: Teks Ucapan KPPA Sempena Majlis Pentauliahan AKRAB

23

di tempat kerja, keluarga dan

persekitaran. Justeru, ahli-ahli AKRAB

diharapkan dapat berperanan

membimbing rakan sekerja dari

peringkat akar umbi bagi membantu

mereka berdepan dengan masalah

atau isu sebelum menjadi parah.

Selanjutnya bagi isu-isu yang sukar,

maka rakan-rakan AKRAB merujuk

rakan sekerjanya kepada kaunselor

yang profesional.

20. Pelaksanaan AKRAB telah

terbukti berupaya meningkatkan

khidmat tolong bantu, kepuasan

peribadi, kerjasama dan pembangunan

Page 24: Teks Ucapan KPPA Sempena Majlis Pentauliahan AKRAB

24

kepimpinan. Saya juga mengambil

maklum berhubung peranan aktif yang

dimainkan oleh Majlis AKRAB

Kebangsaan yang telah berganding

bahu dan bekerjasama dengan

Jabatan Perkhidmatan Awam dalam

menjayakan Program AKRAB di semua

kementerian dan agensi. Program-

program psikologi dan kaunseling

berbentuk pembangunan, pencegahan,

pemulihan dan intervensi dapat

dimantapkan dengan sokongan dan

penglibatan tuan-puan ahli AKRAB.

Tuan-puan akan menjadi sumber

kepada rakan dalam organisasi untuk

berkongsi permasalahan dan memberi

Page 25: Teks Ucapan KPPA Sempena Majlis Pentauliahan AKRAB

25

sokongan kepada perubahan yang

lebih baik.

21. Kepada ahli-ahli AKRAB, saya

memohon agar memberi tumpuan dan

komitmen yang tinggi dalam

menjayakan transformasi ilmu dan

seterusnya kepimpinan. Inilah

masanya untuk kita memberi sumbang

bakti, mencurah ilmu dan pengalaman

dengan harapan suatu hari nanti

perkhidmatan membimbing dalam

perkhidmatan awam di negara ini

berada di tahap yang terbaik atau

dalam kelasnya yang tersendiri.

Page 26: Teks Ucapan KPPA Sempena Majlis Pentauliahan AKRAB

26

22. Saya juga mengharapkan program

AKRAB akan menjadi satu kaedah

dalam peningkatan prestasi kerja,

penyaluran kepakaran, juga menjadi

satu kaedah latihan yang diberi

keutamaan dan pengiktirafan tinggi

oleh semua Jabatan dan agensi.

PENUTUP

Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Datin-

Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan yang

saya kasihi sekalian,

Page 27: Teks Ucapan KPPA Sempena Majlis Pentauliahan AKRAB

27

23. Besarlah harapan saya semoga

semua peserta AKRAB yang menerima

tauliah pada hari ini beroleh manfaat.

Sesuai dengan peranan sebagai rakan

pembimbing, AKRAB semestinya

menjadi contoh terbaik sama ada dari

segi cara kerja atau pun etos dan

pembudayaan nilai murni.

24. Syabas dan tahniah kepada

barisan urus setia dan penyelaras

serta para peserta program AKRAB

dari seluruh negara yang dapat hadir

pada hari ini, terutama kepada para

pegawai psikologi yang telah

bertungkus lumus berpadu tenaga

Page 28: Teks Ucapan KPPA Sempena Majlis Pentauliahan AKRAB

28

bagi menjayakan program AKRAB di

agensi dan kementerian masing-

masing.

25. Akhir kata, marilah kita bersama-

sama berganding bahu menjadi agen

perubahan, berdiri teguh dengan

Kerajaan, memperkasakan Agenda

Transformasi Negara demi

merealisasikan Malaysia sebagai

sebuah negara maju disegani di

persada antarabangsa.

Page 29: Teks Ucapan KPPA Sempena Majlis Pentauliahan AKRAB

29

26. Maka, dengan lafaz

Bismillahirahmanirrahim, saya dengan

ini merasmikan Majlis Pentauliahan

Rakan Pembimbing Perkhidmatan

Awam Tahun 2014.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatulahi

Wabarakatuh.