teks pengetua nilam

3
TEKS UCAPAN PENGETUA MAJLIS PELANCARAN NILAM TAHUN 2015 Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam 1 Malaysia. Yang Berusaha Pn. Norjah bt. Yusop Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Jalilah bt. Hassan Penolong Kanan HEM, Pn. Hapizah bt. Abdullah Penolong Kanan Kokurikulum, Guru-guru kanan mata pelajaran, Ketua- ketua Panitia, Yang dikasihi rakan-rakan guru, seterusnya para pelajar yang saya sayangi sekalian. Terlebih dahulu saya merakamkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas izin-Nya jua kami warga sekolah SMK Bandar Puchong Jaya (A) dapat bersama-sama menyempurnakan Majlis Pelancaran NILAM 2015. Matlamat utama ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca ialah membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar. Program ini mempunyai beberapa objektif secara umum iaitu menjadikan pelajar banyak membaca dan menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca. Tiga Elemen Program NILAM ialah rekod membaca, pengesahan pembacaan dan seterusnya pengiktirafan. Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM. Guru kelas atau lain-lain yang diberi kuasa mengesahkan rekod bacaan pelajar. Pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca. Untuk pengetahuan semua, hasrat, niat serta matlamat Program NILAM begitu murni sekali iaitu untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan pelajar sekolah yang seterusnya akan melahirkan pelajar- pelajar yang suka membaca dan cintakan ilmu.

Upload: cikgu-sia

Post on 10-Nov-2015

3.724 views

Category:

Documents


470 download

DESCRIPTION

Teks Nilam

TRANSCRIPT

TEKS UCAPAN PENGETUA

TEKS UCAPAN PENGETUA

MAJLIS PELANCARAN NILAM TAHUN 2015Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam 1 Malaysia. Yang Berusaha Pn. Norjah bt. Yusop Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Jalilah bt. Hassan Penolong Kanan HEM, Pn. Hapizah bt. Abdullah Penolong Kanan Kokurikulum, Guru-guru kanan mata pelajaran, Ketua-ketua Panitia,Yang dikasihi rakan-rakan guru, seterusnya para pelajar yang saya sayangi sekalian. Terlebih dahulu saya merakamkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas izin-Nya jua kami warga sekolah SMK Bandar Puchong Jaya (A) dapat bersama-sama menyempurnakan Majlis Pelancaran NILAM 2015. Matlamat utama NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca ialah membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar. Program ini mempunyai beberapa objektif secara umum iaitu menjadikan pelajar banyak membaca dan menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

Tiga Elemen Program NILAM ialah rekod membaca, pengesahan pembacaan dan seterusnya pengiktirafan. Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM. Guru kelas atau lain-lain yang diberi kuasa mengesahkan rekod bacaan pelajar. Pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca.

Untuk pengetahuan semua, hasrat, niat serta matlamat Program NILAM begitu murni sekali iaitu untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan pelajar sekolah yang seterusnya akan melahirkan pelajar-pelajar yang suka membaca dan cintakan ilmu.

Pelajar-pelajar yang dikasihi,

Sifat suka membaca ialah satu amalan mulia yang seharusnya dijadikan budaya seumur hidup. Membaca adalah langkah untuk menimba ilmu, memperkayakan maklumat, ilmu pengetahuan dan kebolehan dalam pelbagai bidang. Membaca boleh mendidik diri sendiri dalam pelbagai aspek. Ilmu pengetahuan dan maklumat membolehkan kita mempertingkatkan taraf hidup, mampu berdaya saing dan bergerak maju dalam dunia kini yang semakin mencabar dan berteknologi tinggi. Rakyat yang suka membaca merupakan aset kerajaan yang tidak terhingga nilainya kerana kehidupan pada hari esok banyak bergantung kepada apa yang kita pelajari pada hari ini. Justeru itu, saya sangat berharap pelajar-pelajar dan guru-guru SMK Bandar Puchong Jaya (A) dapat menanamkan minat membaca dalam diri masing-masing. Inilah suatu amalan yang harus dipuji dalam usaha kita melahirkan modal insan cemerlang yang akan menjadi aset terpenting negara.

Pelajar-pelajar yang dikasihi,

Program NILAM mengalakkan pelajar-pelajar membaca di mana jua walaupun selepas tamat waktu persekolahan. Walau bagaimanapun, satu masa membaca di Pusat Sumber Sekolah atau di sudut bacaan kelas dimuatkan dalam jadual kelas terutamanya mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk menjalankan program NILAM. Jadi, pelajar-pelajar boleh membaca buku, majalah, artikel, ensiklopedia atau surat khabar sebelum mencatat maklumat pengarang, judul, bilangan mukasurat, penerbit dan sinopsis atau peta minda tentang bahan bacaan yang dibaca ke dalam buku rekod NILAM. Guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan mengesahkan serta menandatangani buku NILAM. Data rekod NILAM hendaklah dikumpulkan oleh guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan diserahkan kepada guru penyelaras Program NILAM untuk dianalisa dan direkodkan.

Namun, saya ingin menegur sikap segelintir pelajar yang hanya membaca sekadar untuk peperiksaan. Selesai menghadapi peperiksaan, mereka tidak sudi lagi untuk menyentuh buku-buku atau sebarang bahan bacaan bercorak ilmiah. Senario ini jelas menunjukkan bahawa mereka tidak menjadikan amalan membaca sebagai suatu budaya atau suatu proses kelangsungan pembelajaran. Kegagalan membudayakan amalan membaca inilah yang menyebabkan masyarakat dan negara kita akan terus ketinggalan.Semoga warga SMK Bandar Puchong Jaya (A) akan terus mara ke hadapan serta berjiwa kental dalam menghadapi transformasi pendidikan. Sempena dengan majlis ini, saya menyeru kepada semua pelajar dan guru-guru untuk berkunjung ke PSS dan gunakanlah kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh PSS dengan sebaik mungkin bagi memenuhi objektif program NILAM. Dengan ini, saya dengan sukacita dan bangganya merasmikan Majlis Pelancaran Nilam SMK Bandar Puchong Jaya (A) bagi tahun 2015. Sekian, terima kasih. Wabillahhitaufikwalhidayah, wassalamualaikumwarahmatullah hiwabarakatuh.