teks pengacara majlis pertandingan mendeklamasi sajak

3
Teks Pengacara Majlis Pertandingan Mendeklamasi Sajak Selasih mekar di tengah desa, Mencelah sama kembang Melati, Bahasa Kebangsaan Jiwa Bangsa, Perpaduan disemai bersatu hati. Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh dan Salam Puisi diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Guru Besar, Yang Dihormati Barisan Pentadbir, Guru-guru, Barisan Hakim yang sentiasa menjunjung prinsip keadilan, serta murid-murid SK Sungai Kelamah yang dikasihi. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan kebesaran RahmatNya dapat sama-sama kita berkumpul di Dewan ini bagi menjayakan dan memeriahkan lagi pertandingan mendeklamasi sajak sempena Bulan Bahasa Melayu SK Sungai Kelamah 2015 pada tahun ini. Baiklah bagi memulakan acara kita pada pagi ini, majlis menjemput Ustaz Karim untuk membacakan doa bagi memberkati majlis kita pada pagi ini… Terima kasih kepada ustaz Karim atas kesudian membacakan doa sebentar tadi… Hadirin sekalian, sebelum memulakan pertandingan moleklah sekiranya saya membacakan terlebih dahulu syarat-syarat pertandingan yang perlu dipatuhi oleh setiap peserta dalam pertandingan ini.

Upload: sk-sungai-kelamah

Post on 13-Dec-2015

2.853 views

Category:

Documents


158 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pengacara Majlis Pertandingan Mendeklamasi Sajak

Teks Pengacara Majlis Pertandingan Mendeklamasi Sajak

Selasih mekar di tengah desa,

Mencelah sama kembang Melati,

Bahasa Kebangsaan Jiwa Bangsa,

Perpaduan disemai bersatu hati.

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh dan Salam Puisi diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Guru Besar, Yang Dihormati Barisan Pentadbir, Guru-guru, Barisan Hakim yang sentiasa menjunjung prinsip keadilan, serta murid-murid SK Sungai Kelamah yang dikasihi. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan kebesaran RahmatNya dapat sama-sama kita berkumpul di Dewan ini bagi menjayakan dan memeriahkan lagi pertandingan mendeklamasi sajak sempena Bulan Bahasa Melayu SK Sungai Kelamah 2015 pada tahun ini.

Baiklah bagi memulakan acara kita pada pagi ini, majlis menjemput Ustaz Karim untuk membacakan doa bagi memberkati majlis kita pada pagi ini…

Terima kasih kepada ustaz Karim atas kesudian membacakan doa sebentar tadi…

Hadirin sekalian, sebelum memulakan pertandingan moleklah sekiranya saya membacakan terlebih dahulu syarat-syarat pertandingan yang perlu dipatuhi oleh setiap peserta dalam pertandingan ini.

Antara syarat pertandingan adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia.2. Murid SK Sungai Kelamah yang berumur 10-12 Tahun.3. Peserta bebas memilih sebuah sajak untuk dideklamasikan.4. Tema sajak adalah bebas namun tidak mengandungi unsur dan

isu sensitive yang berkaitan Kaum, Agama, Politik serta tidak

Page 2: Teks Pengacara Majlis Pertandingan Mendeklamasi Sajak

menyentuh peribadi individu atau pihak lain secara keterlaluan.

5. Peserta perlu menyediakan salinan teks sajak kepada hakim.6. Masa yang diperuntukan bagi setiap peserta adalah 6 minit.7. Sebarang unsure bukan sajak dalam teks sajak seperti pantun,

Lagu dan sebagainya adalah tidak dibenarkan.8. Peserta boleh mendeklamasi sajak dengan melihat teks.

Namun, markah bonus akan diberikan kepada peserta yang mendeklamasi sajak tanpa merujuk teks.

9. Peserta dibenarkan bergerak bebas dengan menggunakan pentas sepenuhnya mengikut kreativiti, namun pergerakan yang bercanggah dan tidak sesuai dengan tatasusila serta boleh mendatangkan mudarat adalah dilarang sama sekali.

10. Peserta bebas menggunakan props persembahan yang bersesuaian mengikut kreativiti peserta itu sendiri.

11. Pihak urus setia pertandingan berhak menukar, menambah, mengurang syarat-syarat pertandingan jika dirasakan perlu atas pertimbangan dan budi bicara panel hakim bersama urus setia.

12. Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan, pertikaian, atau sebarang dakwaan tidak akan dilayan.

Itulah tadi syarat-syarat pertandingan pada pagi ini. Baiklah, hadirin sekalian tanpa membuang masa lagi kita menjemput peserta pertama...dari kelas…untuk mendeklamasikan puisinya yang bertajuk…

Begitulah tadi persembahan peserta yang pertama, sekarang kita mempersilakan pula peserta kedua…

Dan seterusnya…

Begitulah tadi persembahan peserta-peserta pertandingan mendeklamasi sajak dan dengan berakhirnya pertandingan itu tadi maka tamatlah sudah pertandingan mendeklamasi sajak sempena Bulan Bahasa Melayu peringkat SK Sungai Kelamah 2015. Saya mewakili pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada hadirin dan hadirat yang sudi bersama-sama menjayakan majlis pada pagi ini.

Page 3: Teks Pengacara Majlis Pertandingan Mendeklamasi Sajak

Tingkap papan kayu bersegi,

Sampan sakat di Pulau Angsa,

Indah tampan kerana budi,

Tinggi bangsa kerana bahasa.

Yang kurik itu kundi

Yang merah itu saga

Yang baik itu budi

Yang indah itu bahasa

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.