teks mc penutup bln sn math smkkap

2
Yang Berusaha Tuan Pengetua , En Abd Hamid b Abu Bakar Yang Dihormati Pen Kanan Pentadbiran, Pn Hjh Zainuriah bt Hj Aman Pen Kanan Hal Ehwal Murid, En Hairuden b Denan Pen Kanan Kokurikulum, Pn Zulaiha binti Paikon Ketua-ketua bidang, Guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Syukur kita panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya maka dapat kita berhimpun bersama-sama dalam Majlis Penutup Bulan Sains dan Matematik SMKKAP bagi tahun 2015. Untuk makluman semua, BULAN SAINS DAN MATEMATIK telah dilaksanakan sepanjang bulan April yang lalu. Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dijalankan sepanjang bulan tersebut. Jadi , Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang sepanjang Minggu Sains dan Matematik. Dijemput Pn Hjh Zainuriah binti Hj Aman untuk menyampaikan hadiah kepada pemanang pertandingan anjuran panitia matematik. Dipersilakan. LAMPIRAN 1 Terima kasih diucapkan kepada pn Hjh Zainuriah atas kesudian beliau menyampaikan hadiah. Tanpa melengahkan masa lagi, majlis diteruskan dengan persembahan daripada pelajar . Dijemput ……………………………………………. Untuk mendeklamasikan sajak yang betemakan matematik. Dipersilakan. PERSEMBAHAN 1 Terima kasih diucapkan kepada ................................................ di atas sajak yang begitu menarik. terima kasih juga diucapkan kepada guru pembimbing iaitu Pn. Faizah binti Wahaid. ____________________________________________________________________ 1

Upload: munirah-hashim

Post on 11-Nov-2015

39 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

bln sains math

TRANSCRIPT

Yang Berusaha Tuan Pengetua , En Abd Hamid b Abu BakarYang Dihormati Pen Kanan Pentadbiran, Pn Hjh Zainuriah bt Hj AmanPen Kanan Hal Ehwal Murid, En Hairuden b DenanPen Kanan Kokurikulum, Pn Zulaiha binti PaikonKetua-ketua bidang, Guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Syukur kita panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya maka dapat kita berhimpun bersama-sama dalam Majlis Penutup Bulan Sains dan Matematik SMKKAP bagi tahun 2015.Untuk makluman semua, BULAN SAINS DAN MATEMATIK telah dilaksanakan sepanjang bulan April yang lalu. Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dijalankan sepanjang bulan tersebut. Jadi ,Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang sepanjang Minggu Sains dan Matematik. Dijemput Pn Hjh Zainuriah binti Hj Aman untuk menyampaikan hadiah kepada pemanang pertandingan anjuran panitia matematik. Dipersilakan. LAMPIRAN 1

Terima kasih diucapkan kepada pn Hjh Zainuriah atas kesudian beliau menyampaikan hadiah.

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis diteruskan dengan persembahan daripada pelajar . Dijemput . Untuk mendeklamasikan sajak yang betemakan matematik. Dipersilakan.PERSEMBAHAN 1

Terima kasih diucapkan kepada ................................................ di atas sajak yang begitu menarik. terima kasih juga diucapkan kepada guru pembimbing iaitu Pn. Faizah binti Wahaid.____________________________________________________________________Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah seterusnya iaitu penyampaian hadiah kepada pemenang acara yang dianjurkan oleh panitia sains.Dijemput En Abd hamid b abu bakar untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.LAMPIRAN 2___________________________________________________________________________________

Terima kasih diucapkan.Hadirin sekalian,Majlis diteruskan dengan persembahan solar car dan roket. Majlis mempersilakan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar yang telah membuat persembahan itu tadi. Sesungguhnya sains dan matematik merupakan mata pelajaran yang sangat menarik dan mampu menjana minda pelajar untuk menghasilkan sesuatu yang baru.

Baiklah, tidak lengkap rasanya majlis kita pada hari ini jika tidak mendengar amanat dr tuan pengetua. Untuk pengetahuan, en Abd Hamid sangat mencintai ilmu sains matematik. Ini jelas terbukti apabila beliau kerap menyertai pertandingan inovasi dan pernah mendapat pingat. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan En Abd Hamid utk menyampaikan ucapan, sekaligus menutup rasmi bulan penghayatan sains dan matematik bagi tahun 2015. Dipersilakan.Dengan tamatnya ucapan perasmian penutup itu tadi maka berakhirlah Majlis penutup bulan sains dan Matematik tahun 2015. Sekali lagi Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.2