teks khutbah jumaat dadah menghancurkan ummah

11
KHUTBAH JUMAAT SAMBUTAN HARI ANTIDADAH ANTARABANGSA (HADA) TAHUN 2015 / 1436H “DADAH MENGHANCURKAN UMMAH” (14 Ogos 2015M/ 29 Syawal 1436H) ____________________________________________________________________________________________________________ ُ دْ مَ حْ لَ اِ ِ ِ لِ اَ قْ ل ا: ُ له ل ا اَ لِ اَ ه َ لِ ا اَ لْ نَ اُ دَ هْ " شَ اُ هَ لَ $ كْ & ِ رَ " ش اَ لُ هَ دْ حَ وَ نَ اُ دَ هْ " شَ اَ ، و اَ / نَ دِ & يَ 4 س اً دَ مَ ح4 ُ مُ هُ ولُ 444 سَ رَ وُ هُ د444 ْ < يَ ع. َ $ كِ لْ وُ 444 سَ رَ وَ $ كِ د444 ْ < يَ ع ىَ لَ عْ مِ لَ 444 سَ وِ لَ 444 صَ مُ ه ل لَ ا اَ / نِ دِ & يَ 444 سِ مْ & يِ J ظَ عْ ل اِ لْ / 4444 ضَ / فْ ل ى اِ ل وُ ا4 ِ هِ < ابَ حْ 4444 صَ اَ وِ ه4444 ِ لT ى اَ لَ عَ وٍ دَ مَ ح4444 ُ م. َ اد4444 َ < يِ ع ا4444 َ & يَ / ف، ُ د4444 ْ عَ < ب ا4444 َ مَ ا له ل وا ا444444 ُ قَ بِ ، اِ ه444444 ل ل اَ ْ مُ كَ لَ عَ لِ ه444444 ِ تَ ع اَ طَ وِ ه444444 ل ل ى اَ و444444 ْ قَ تِ < بَ& اى444444 َ & نِ اَ وْ مُ كْ & يِ 444444 صْ وُ اَ نْ وُ حِ لْ / قُ ب. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Marilah sama-sama kita mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah subhanahu wata’ala dengan mengerjakan segala titah perintahNya dan meninggalkan segala yang dilarang. Mudah-mudahan kita akan beroleh kemenangan dan kejayaan di dunia dan di akhirat. Pada hari ini, khatib akan membicarakan khutbah yang bertajuk Dadah Menghancurkan Ummah. 1

Upload: gharul-annuar

Post on 31-Jan-2016

95 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Teks Khutbah Jumaat

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Khutbah Jumaat Dadah Menghancurkan Ummah

KHUTBAH JUMAATSAMBUTAN HARI ANTIDADAH ANTARABANGSA (HADA)

TAHUN 2015 / 1436H

“DADAH MENGHANCURKAN UMMAH”(14 Ogos 2015M/ 29 Syawal 1436H)

____________________________________________________________________________________________________________

ح�م�د� ـ� �ل ه�ا� �ل �ل�ل �ق�ائ : ال

�ال� الله� ه� إ ـ� �ل �ن� ال� إ ه�د� أ �ش� �ه�أ �ك� ل ر�ي ه�د�و�ح�د�ه� ال� ش� ــ� �ش ، و�أ�ن� �اأ $د�ن ي �ه� س� ول س� �د�ه� و�ر� $م�. م�ـح�م�د+ا ع�ب ل ه�م� ص�ل$ و�ســ�� �لل ا

�ك� و�ل ــ� س د�ك� و�ر� ــ� �ا ع�ل�ى ع�ب $د�ن ي ــ� ه�س ــ� ــح�م�د3 و�ع�ل�ى آل م�ـ

� �م �ع�ظ�ي �ف�ض�ل� ال �ول�ى ال �ه� أ اب ص�ح�� اد�. و�أ ــ� ب ا ع� ــ� د�، ف�ي �عــ� ا ب مــ�

� أ�ق�وا الله �ت ه� �الله�، ا ــ� �ق�و�ى اللــه� و�ط�اع�ت �ت �اي� ب �ي �م� و�إ �ك و�ص�ي

� أ�ح�و�ن� �ف�ل �م� ت �ك �ع�ل .ل

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah sama-sama kita mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada

Allah subhanahu wata’ala dengan mengerjakan segala titah perintahNya dan

meninggalkan segala yang dilarang. Mudah-mudahan kita akan beroleh

kemenangan dan kejayaan di dunia dan di akhirat. Pada hari ini, khatib akan

membicarakan khutbah yang bertajuk “Dadah Menghancurkan Ummah”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita meningkatkan usaha dalam mendidik anak-anak, ahli keluarga

dan masyarakat untuk menyempurnakan segala kewajipan yang telah Allah

wajibkan ke atas kita, termasuklah juga usaha menangani gejala sosial,

khususnya keruntuhan akhlak yang diakibatkan oleh penyalahgunaan dadah.

Allah mengingatkan kita dalam surah al-Ahzab, ayat 70 hingga 71:

1

Page 2: Teks Khutbah Jumaat Dadah Menghancurkan Ummah

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah,

dan katakanlah perkataan yang tepat yakni benar (dalam segala perkara)

supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan

mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada

Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-

besar kejayaan”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Islam melarang umatnya daripada melakukan apa jua perkara yang

mendatangkan mudarat, sama ada kepada diri sendiri mahupun kepada

masyarakat. Salah satu perkara, atau perbuatan, yang sangat ditegah dan

wajib dijauhi oleh setiap muslim ialah mengambil, atau memakan, atau

meminum, sesuatu yang mengkhayalkan, atau memabukkan, seperti

meminum minuman keras (khamar) dan penyalahgunaan dadah. Firman

Allah SWT dalam surah al-Ma`idah, ayat 90 yang berbunyi :

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak,

dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang

anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu

hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Hukum larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan dalil

yang dikiaskan kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai

pengharaman ini berdasarkan kepada keterangan nas-nas Al-Quran dan Al-

Hadis, kerana ia termasuk dalam pengertian umum benda-benda yang

memabukkan, atau menghilangkan akal - kedua-duanya mempunyai alasan

hukum yang sama, iaitu memabukkan dan membawa kebinasaan terhadap

2

Page 3: Teks Khutbah Jumaat Dadah Menghancurkan Ummah

individu dan masyarakat. Firman Allah subhanahu wata’ala dalam surah Al-

Baqarah, ayat 195 yang berbunyi:

Maksudnya : Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana

(menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan

diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan

baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana

sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki

amalannya.

Muzakarah Fatwa kali ke-3 pada 13-14 April 1982 dan kali ke-76 pada 21- 23

November 2006, telah memutuskan : sebarang penyalahgunaan dadah,

termasuk dadah jenis baru seperti ecstasy dan ketamine, hukumnya adalah

haram. Mimbar ingin mengingatkan bahawa kerosakan yang dibawa oleh

gejala dadah sangatlah besar. Sedarlah, bukan hidup penagih saja yang

terjejas. Bukan setakat kesihatan dan kewangan si penagih yang terjejas,

tetapi yang paling malang ialah gejala ini akan menghilangkan kewarasan,

menghilangkan ketawa riang anak-anak dan isteri serta kesengsaraan dan

kemudaratan yang berpanjangan bagi seluruh ahli keluarga dan sahabat

handai.

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh mantan mufti Mesir, Syeikh Hasanain

Mahkluf rahimahullah dalam kitabnya, "Fataawa Syar'iyyah wa Buhuuth

Islamiyyah, dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan,

pemberian dan apa-apa perniagaan atau jual-beli.

Pengharaman ke atas dadah meliputi semua kegiatan yang berkaitan

dengannya seperti yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi rahimahullah dan

Imam Ibnu Majah rahimahullah, bahawa Rasulullah sallallahu alaihi

wasallam, pernah melaknat tentang khamar :

3

Page 4: Teks Khutbah Jumaat Dadah Menghancurkan Ummah

ــه� )) و�ل� الل ســ� �ع�ن� ر� �م� ل ل ــ� ه� و�س ــ� �ي ــه� ع�ل ل�ى الل ف�ىصــ��ه�ا و� ار�ب ه�ا و� شــ� ر� �صــ� ه�ا و� م�ع�ت ر� ة+: ع�اصــ� ر� ر� ع�شــ� �لخ�مــ� ا

�ل �ه�ا و� ا �ة� ـح�ام�ل �م�ح�م�و�ل ل�إ ا و� آكــ� �ع�هــ� �ائ �ه�ا و� ب اق�ي ه� و�ســ� ــ� �ي ل�ل �ه�ا و� ا �م�ن �لـث �ه�ا و� ا �ر�ي� ل ت �ه�ـم�ش� اة� ل �ر� ت (( م�ش�

Maksudnya: Rasulullah sallallahu alaihi wasallam melaknat tentang khamar

sepuluh golongan, (1) pembuatnya, (2) pengedarnya, (3) peminumnya, (4)

pembawanya, (5) pengirimnya, (6)penuangnya, (7) penjualnya, (8) pemakan

wang hasilnya, (9) pembelinya, (10) pemesannya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Permasalahan atau kesan penyalahgunaan dadah telah mengancam

masyarakat dan negara kita sejak sekian lama. Tetapi isu penyalahgunaan

dadah masih kekal menjadi musuh utama negara. Dadah secara rasionalnya

digambarkan dengan penuh jelas sebagai sesuatu yang amat buruk dan

wajib dijauhi. Penyalahgunaan dadah ini berlaku apabila dadah digunakan

bukan untuk tujuan perubatan, tetapi diambil tanpa pengawasan pihak

perubatan dan disalahgunakan bagi tujuan yang lain, iaitu pengkhayalan

semata-mata. Dadah memberi kesan yang negatif ke atas sistem badan,

tingkahlaku manusia serta kestabilan mental. Pengambilan dadah pula lebih

banyak kesan buruk berbanding kebaikan.

Kerosakan akibat dadah tidak terhad hanya pada seseorang individu yang

menjadi penagih saja, tetapi kerosakan ini akan dirasai oleh ahli keluarga dan

sesiapa yang menyayangi si pengambil atau penagih dadah. Akan ranap

harapan ibu bapa, akan musnah impian saudara -mara dan akan hancur

masa depan anak-anak dan isteri di bawah tanggungannya malahan akan

memusnahkan sesebuah bangsa dan negara. Sesungguhnya dadah telah

banyak merosakkan dan memusnahkan hidup manusia, meruntuh

kebahagiaan rumah tangga, mengancam keselamatan diri, melanggar

4

Page 5: Teks Khutbah Jumaat Dadah Menghancurkan Ummah

tuntutan dan ajaran agama, menghina maruah bangsa dan memperlekehkan

tamadun negara.

Menyedari betapa besarnya bahaya dadah itu, marilah kita sama-sama

muhasabah diri sejauh mana kita telah menjaga anak-anak kita dari

terpengaruh dengan penyalahgunaan dadah dan perkara-perkara mungkar

lain yang boleh menjauhkan mereka daripada rahmat Allah subhanahu

wata’ala. Firman Allah subhanahu wata’ala dalam ayat 6, surah at-Tahrim;

ذ� ي�ط�ان من� بالله أ�ع�و� يم الش� ج الر�

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan

keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan

batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang

keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam

segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap

melakukan segala yang diperintahkan.

Di antara perkara yang boleh mencegah dan mengawal anak-anak kita dari

terjebak dan terjerumus dengan gejala dadah serta perkara-perkara mungkar

yang lain ialah:

Pertama : Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak mendirikan solat

fardhu lima waktu dengan sempurna kerana solat yang sempurna boleh

menjamin seseorang daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Firman Allah subhanahu wata’ala dalam Surah Al-Ankabuut, ayat 45;

5

Page 6: Teks Khutbah Jumaat Dadah Menghancurkan Ummah

Maksudnya: Bacalah kitab Al Quran yang telah diwahyukan kepada kamu

(Muhammad) dan dirikanlah sembahyang dengan tekun, sesungguhnya

sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar.

Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar faedahnya dan kesannya

dan ingatlah Allah Ta’ala Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."

Kedua : Ibu bapa juga hendaklah mendorong anak-anak untuk membiasakan

membaca Al-Qur’an, di samping mengerjakan sembahyang sunat, berzikir

dan lain-lain lagi kerana faedahnya yang amat banyak. Sebaliknya orang-

orang yang lalai akan sentiasa menjadi teman syaitan dan hidupnya sentiasa

menuju ke arah perkara-perkara mungkar.

Ketiga : Melakukan amar makruf nahi mungkar dalam kehidupan.

Sesungguhnya kehidupan manusia akan menjadi manis dan indah sekiranya

amar makruf nahi mungkar diamalkan dalam kehidupan seperti sentiasa

menjaga akhlak dan batasan dalam pergaulan dan takut untuk melakukan

perkara-perkara mungkar termasuk penyalahgunaan dadah.

Keempat : Mewujudkan suasana harmoni dalam rumah tangga. Adapun

rumah tangga yang harmoni akan dapat mewujudkan suasana yang bahagia

serta anak-anak tidak merasa bosan dan jemu berada di rumah. Apa yang

penting, jangan biarkan serta elakkan anak-anak hidup berfoya-foya kerana

ia boleh membuka ruang kepada mereka untuk terjerumus dengan

penyalahgunaan dadah.

Kelima : Mengawasi pergaulan mereka terutama dengan siapa mereka

bergaul, ke mana mereka pergi dan apa aktiviti mereka. Keadaan ini

bukanlah hendak menyekat atau mengongkong kebebasan anak-anak tetapi

mengambil berat dan prihatin terhadap aktiviti mereka sesuai dengan

kehendak agama. Kebebasan yang kita berikan kepada anak-anak mesti ada

batasnya iaitu dengan batasan agama, akhlak dan sopan santun.

6

Page 7: Teks Khutbah Jumaat Dadah Menghancurkan Ummah

Ringkasnya, marilah kita sama-sama berganding bahu mengatasi pelbagai

masalah dadah dari terus mendekati dan mengawal jati diri kita seperti yang

telah dijelaskan tadi. Marilah kita hayati firman Allah subhanahu wata’ala

dalam Surah Al-Ma’idah, ayat 91:

ي�م ج ي�ط�ان الر� ذ� بالله من� الش� أ�ع�و�

Maksudnya: Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu

menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak

dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan

daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti

daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih

berdegil.

ك� ار� �ي� اللــه� بــ� �م� ل �ك ر� ف�ى و�ل �قــ� ء�ال�، ان� �م �ع�ظ�ي �ف�ع�ن�ي ال و�ن

�م� اك ــ� �ي ا و�إ �مــ� ه� ب ــ� ات� م�ن� ف�ي ــ� �ر� اآلي �، و�الــذ$ك �م �ي �ح�ك ل� ال ــ� �ق�ب و�ت$ي �م� م�ن �ك ه� و�م�ن ــ� و�ت �ال� ه� ت ــ� �ن و� إ ــ� �ع� ه م�ي ــ� . الس �م� �ي �ع�ل و�ل� ال ــ� �ق أ

�ي� ذ�ا ق�و�ل �غ�ف�ر� هــ� ت ســ�� �م� اللــه� و�أ �ع�ظ�ي �ي� ال �م� ل �ك �ر� و�ل آئ و�ل�ســ��ن� �م�ي ل �م�ســ� �م�ات� ال ل �م�ســ� �ن� و�ال �ي ؤ�م�ن �مــ� ات� و�ال �م�ؤ�م�نـــ� و�ال

�اء� ي �ح� �ه�م� األ �م�و�ات� م�ن و�ه� و�األ� �غ�ف�ر� ت ه� ف�اســ� ــ� �ن و� إ و�ر� هــ� �غ�فــ� ال. �م� ي ح� الر�

KHUTBAH JUMAAT KEDUA____________________________________________________________________________________________________________

�ن� ال� ه�د� أ �ش� . أ م�ر�� �م�ا أ ا ك �ير+ �ث ه� ح�م�د+ا ك� �ل ح�م�د� ل ـ� �ل ه�. ا� �ل ح�م�د� ل ـ� �ل ا

� �ل ــ ـإ �اـ $د�ن ي �ن� ســ� ه�د� أ �شــ� ه�، و�أ ــ� �ك� ل ر�ي د�ه� ال� شــ� ــه� و�حــ� �ال� الل ه� إ

ار�ك� ع�ل�ى ــ� $م� و�ب ل ل$ و�ســ� ه�م� صــ�� �لل �ه�. ا و�ل ســ� �د�ه� و�ر� م�ـح�م�د+ا ع�با ــ� د�، ف�ي �عــ� م�ا ب

� . أ �ن� �ج�م�ع�ي �ه� أ اب ص�ح�� �ه� و�أ ل �ى أ �ا م�ـح�م�د3 و�ع�ل $د�ن ي س�

7

Page 8: Teks Khutbah Jumaat Dadah Menghancurkan Ummah

. ق�ال� اللــه� �ح�و�ن� �ف�ل �م� ت �ك �ع�ل �ه� ل �ق�ات �ق�وا الله� ح�ق� ت �ت �اد� الله�، ا ب ع�: �ى �ع�ال ت

¨bÎ) ©!$# ¼çmtGx6Í´¯»n=tBur tbq=|Áã n?tã ÄcÓÉ<¨ 9Z $# 4 $pkr'¯»t úïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#q=|¹ Ïmøn=tã

(#qßJÏk=yur $¸JÎ=ó¡n@

�ى ه�م� ص�ل$ ع�ل� �لل ل� ا �ى أ �ا م�ـح�م�د3 و�ع�ل $د�ن ي �ا م�ـــح�م�د3، س� $د�ن ي ســ�

�ت� ع�ل�ى �ي ل ــ� ا صـ ــ� �مـ ل� ك �ى أ �م� و�ع�ل اه�ي ر� ــ� �بـ �ا إ $د�ن ي ــ� �ا سـ $د�ن ي ــ� سـ

ار�ك� ع�ل�ى ــ� ، و�ب �م� اه�ي ر� ــ� �ب ل� إ �ى أ ــح�م�د3 و�ع�ل �ا م�ـ $د�ن ي �ا ســ� $د�ن ي ســ�

ى� �ت� ع�ل ك �ار� �م�ا ب ل� م�ـح�م�د3، ك �ى أ �م� و�ع�ل اه�ي �ر� �ب �ا إ $د�ن ي �ا س� $د�ن ي س�

ه�م�� �د. و�ار�ض� الل ي د م�ـــج� ــ� ك� ح�م�ي ــ� �ن ، إ �ن� �م�ي �ع�ال ، ف�ي� ال �م� اه�ي �ر� �ب إر3 ــ� �ك �ي� ب ب

� �ا أ �ن اد�ات ــ� ، س �ن� $ي د�ي ــ� �م�ه �ن� ال د�ي ــ� اش �ف�اء� الر� ل ــخ� ـ� ع�ن� ال�ه�م� �ن� ل �ع�ي اب �ة� و�التــ� اب ح� ان� و�ع�ل�يb، و�ع�ن� الصــ� �مــ� ر� و�ع�ث و�ع�مــ��ن� �م�ي ل ــ� �م�سـ �ل ر� ل ــ� ه�م� اغ�فـ� �لل .ا �ن� ــد$ي � الـ و�م ــ� �ى يـ �ل ان3 إ �ح�س� ــإ ـ ـ� ب�ه�م� آء� م�ن ــ� يـ �ح� �أل ات� ا ــ� �م�ؤ�م�نـ �ن� و�ال �ي ؤ�م�ن ــ� �مـ �م�ات� و�ال ل ــ� �م�سـ و�ال�ا ق�اض�ي� �ب� الد�ع�و�ات� و�ي �ب م�ـج�ي �ع ق�ر�ي م�ي �ك� س� �ن . إ �م�و�ات� �أل و�ا

. �ح�اج�ات� الYa Allah! Ampunkanlah dosa dan kesalahan kaum muslimin dan muslimat,

mukminin dan mukminat, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah

meninggal dunia. Limpahkanlah kesejahteraan, kedamaian dan kebahagiaan

kepada kami semua dalam kehidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat

kelak.

Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-Mu kepada

kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin Negara kami, khasnya

kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia, dan juga

pemimpin-pemimpin negeri kami, khususnya Tuan Yang Terutama Yang di-

Pertua Negeri Sarawak.

Ya Allah, kami memohon ke hadratMu, kukuhkanlah iman kami, tingkatkanlah

amal kami, eratkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami,

kayakanlah kami dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan

8

Page 9: Teks Khutbah Jumaat Dadah Menghancurkan Ummah

yang bermanfaat. Suburkanlah peribadi kami dengan budi pekerti yang mulia,

bimbinglah kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada

ujianmu seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit,

persengketaan, kemiskinan dan kebuluran. Kami berlindung dan bermohon

denganMu Ya Allah, semoga negeri kami akan sentiasa bertambah aman,

makmur dan berkat.

Pada hari yang mulia ini juga, kami memohon kepadaMu ya Allah, jadikanlah

setiap individu generasi muda di kalangan remaja dan belia generasi pelapis

negara dan negeri kami ini golongan yang beramanah, bertanggungjawab,

dan berakhlak mulia agar dapat membentuk sebuah masyarakat yang baik,

aman dan bertamadun, serta mendapat keampunan, keredhaan dan berkat

daripadaMu, ya Allah. Peliharalah kami serta generasi yang mewarisi kami,

daripada terlibat dalam apa jua unsur negatif yang boleh menjatuhkan

maruah diri, keluarga, masyarakat dan negara.

ا ــ� �ة+ و�ق�ن ن ة� ح�ســ� ر� �آلخــ� �ة+ و�ف�ي ا ن �ا ح�س� �ي �ا ف�ي الدiن �ن ت �آ أ �ن ب ر��ن� �م�ي �ع�ال ب� ال �ا ر� �ن ي م�ي �ن، أ م�ي �ار�. أ �اد� الله�..ع�ذ�اب� الن ب ع�

�ى ب ر� ــ� �ق آء� ذ�ي ال ــ� �يت . و�إ ان� �ح�س� �إل �ع�د�ل� و�ا �ال م�ر� ب� �أ �ن� الله� ي إ

�م� �ع�ظ�ك . ي �غ�ي� �ب ر� و�ال ــ� ــ �كـ �م�ن آء� و�ال ــ� ــ �ف�ح�شـ �ه�ى ع�ن� ال �ن و�ي. �م� ك �ر� ذ�ك ــ� �م� ي �ع�ظ�ي ــه� ال وا الل �ر� اذ�ك ــ� . ف و�ن� �ر� ذ�ك ــ� �م� ت �ك �ع�ل ل�ه� ل ــو�ه� م�ن� ف�ضــ� ـ� �ل أ . و�اس� �م� ز�د�ك ــ� �ع�م�ه� ي و�ه� ع�ل�ى ن �ر� ك و�اش�ا ــ� ــ �م� م �ع�ل ــه� ي ــ . و�الل ر� ــ� ــ �ب �ك ــه� أ ــ �ر� الل ذ�ك ــ� ــ . و�ل �م� �ع�ط�ك ي

�ة� �م�وا الص�ال �ق�ي .أ �ع�ون� �ص�ن .ت

9