keutamaan fiqh sirah terhadap ummah

14
Keutamaan Fiqh Sirah Terhadap Ummah PPPY1272 FIQH SIRAH Ezad Azraai Jamsari, JPATI, FPI, UKM (Bab 10)

Upload: ezad-azraai-jamsari

Post on 30-Jun-2015

322 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

Nota perkuliahan PBJJ bagi kursus PPPY1272 Fiqh Sirah, kursus WAJIB dari Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

TRANSCRIPT

Page 1: Keutamaan Fiqh Sirah Terhadap Ummah

Keutamaan Fiqh Sirah Terhadap

Ummah

PPPY1272 FIQH SIRAH

Ezad Azraai Jamsari, JPATI, FPI, UKM

(Bab 10)

Page 2: Keutamaan Fiqh Sirah Terhadap Ummah

Objektif Bab 10

Mengenal pasti keutamaan

Fiqh Sirah terhadap umat

Islam.

Mengenal pasti sistem

kemasyarakatan Nabi dan

kesannya kepada ummah.

Memahami pendekatan Nabi

dalam sesuatu tindakan dan

impaknya terhadap ummah. Bab 10 • 2

Page 3: Keutamaan Fiqh Sirah Terhadap Ummah

KEMANTAPAN AKIDAH

Ajaran asas Nabi Muhammad

ialah ketauhidan yang jitu

kepada Allah (s.w.t.).

Akidah tauhid ini bersifat mutlak.

Ramai yang mengucap syahadah,

tapi tidak dapat realisasikan

pengakuannya dgn sewajarnya.

Mengaku untuk menyembah Allah

(s.w.t.), tetapi turut tunduk

kepada kuasa yang lain.

Bab 10 • 3

Page 4: Keutamaan Fiqh Sirah Terhadap Ummah

KEMANTAPAN AKIDAH

Menyebabkan manusia berada di

persimpangan jalan.

Inilah permasalahan besar umat

Islam, yang kini dalam keadaan

serba kekurangan.

Umat Islam awal berjaya

memperoleh kemenangan dalam

siri peperangan kerana memiliki

keimanan atau akidah yang

kental dan kukuh.

Bab 10 • 4

Page 5: Keutamaan Fiqh Sirah Terhadap Ummah

KEMANTAPAN AKIDAH

Mereka benar-benar faham

tentang konsep tauhid.

Mereka benar-benar yakin

dengan keagungan Allah (s.w.t.).

Konsep tauhid uluhiyyah menjadi

tonggak paling asas dalam segala

tindakan mereka.

Segala tindakan semata-mata utk

menyahut seruan Ilahi dan

mendapat keredaan-Nya.

Bab 10 • 5

Page 6: Keutamaan Fiqh Sirah Terhadap Ummah

KEMANTAPAN AKIDAH

Jika ditimpa musibah, mereka

bersyukur kerana musibah itu

tidak mengurangkan keimanan.

Malah musibah menjadi wasilah

untuk memperoleh ganjaran yang

lebih besar drpd Allah (s.w.t.).

Mereka turut bersyukur kerana

tidak menerima musibah yang

lebih besar dan teruk.

Dugaan diterima dengan tenang.

Bab 10 • 6

Page 7: Keutamaan Fiqh Sirah Terhadap Ummah

KEMANTAPAN AKIDAH

Mereka berjuang kerana hendak menegakkan kebenaran dan menghapuskan kekufuran.

Semua dilakukan li’Llahi Ta‘ala.

Kefahaman yang jelas dan jitu terhadap konsep tauhid amat penting.

Hal ini ditekankan oleh Nabi kepada para Sahabat Baginda.

Rububiyyah dan uluhiyyah ada perbezaan, perlu kedua2nya.

Bab 10 • 7

Page 8: Keutamaan Fiqh Sirah Terhadap Ummah

KEMANTAPAN AKIDAH

Impak keimanan yang hakiki ialah

seseorang itu akan merasa

tenang dan yakin yang dirinya

dalam keredaan Allah (s.w.t.).

Dia hanya gentarkan kemurkaan

Allah (s.w.t.) dan sentiasa

bersyukur atas kurniaan-Nya.

Kesempurnaan iman juga perlu

untuk menerima kerasulan Nabi

Muhammad (s.a.w.).

Bab 10 • 8

Page 9: Keutamaan Fiqh Sirah Terhadap Ummah

KECEMERLANGAN SISTEM

KEMASYARAKATAN

Allah (s.w.t.) melengkapkan manusia dengan pelbagai ilmu.

Ajaran Islam yang dibawa Nabi merupakan peraturan terakhir untuk dilaksanakan oleh umat Islam.

Turut diperkenalkan ialah peraturan kemasyarakatan yang dikenali sbg Sahifah Madinah, aspek penyatuan masyarakat melalui gagasan ummah.

Bab 10 • 9

Page 10: Keutamaan Fiqh Sirah Terhadap Ummah

KECEMERLANGAN SISTEM

KEMASYARAKATAN

Gagasan ummah ini boleh

diterima oleh semua kaum yang

berada di Madinah.

Kejayaan Nabi menyatukan

pelbagai kaum dan agama

masyarakat Madinah merupakan

satu perkara luar biasa.

Terdapat 2 perkara penting:

Aspek mu’amalah

Aspek jenayah Bab 10 • 10

Page 11: Keutamaan Fiqh Sirah Terhadap Ummah

KECEMERLANGAN SISTEM

KEMASYARAKATAN

Aspek tersebut tanggungjawab semua

anggota Madinah yang dianggap sbg

ummatan wahidah.

Keadilan sosial terserlah dalam

Sahifah yang menjadi asas

kemantapan msyrkt Madinah.

Keunikan sesebuah msyrkt bergantung

kpd:

Kesempurnaan sistem

Sikap & komitmen ahli msyrkt

Jika sikap & komitmen diabaikan

berlaku kepincangan dlm msyrkt. Bab 10 • 11

Page 12: Keutamaan Fiqh Sirah Terhadap Ummah

PENDEKATAN ASPEK

DAKWAH Keberkesanan sesuatu perkara

bergantung kepada kebijaksanaan

memilih pendekatan.

Antara contoh pendekatan Nabi

Muhammad (s.a.w.) ialah sikap

kesederhanaan: ummatan wasatan.

Contoh pendekatan berhikmah lain

ialah keputusan untuk menerima sulh

dalam persitiwa al-Hudaybiyyah.

Pendekatan dlm pembukaan Makkah,

memberi kedudukan istimewa kpd Abu

Sufyan. Bab 10 • 12

Page 13: Keutamaan Fiqh Sirah Terhadap Ummah

KEFAHAMAN SIRAH

SECARA BERSEPADU Kefahaman ini merupakan neraca

penghayatan Islam yang shamil.

Ini memandangkan umat Islam ialah

umat terbaik dan cemerlang, sbgmana

firman Allah dalam al-Qur’an.

Sirah merupakan asas kepada proses

pembangunan ummah.

Permasalahan yang timbul ialah aspek

kefahaman, tindakan dan

pelaksanaan, bentuk tindakan.

Sirah perlu difahami dan dihayati

secara mendalam dan jujur. Bab 10 • 13

Page 14: Keutamaan Fiqh Sirah Terhadap Ummah

RUMUSAN

Kejayaan umat Islam awal

disebabkan mereka benar-benar

tunduk kepada Allah (s.w.t.) &

menghayati seluruh ajaran Islam.

Umat Islam perlu terima secara

total terhadap al-Qur’an dan al-

Sunnah.

Umat Islam perlu memiliki

keimanan atau akidah yang

kental, tanpa sbrg keraguan.

Bab 10 • 14