teknologi pend oum dah siap

28
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MAC 2012 HBEF3103 PRINSIP VISUAL DAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM SISTEM PENDIDIKAN NO. MATRIKULASI : 721101085905001 NO. KAD PENGENALAN : 721101085905 NO. TELEFON : 0196599986 E-MEL : [email protected]

Upload: aliterawis-b-mohamad

Post on 26-Nov-2015

59 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Teknologi Pendidikan

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MAC 2012

HBEF3103

PRINSIP VISUAL DAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM SISTEM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI : 721101085905001NO. KAD PENGENALAN: 721101085905NO. TELEFON: 0196599986E-MEL: [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN: PETALING JAYA

HBEF3103

17

ISI KANDUNGANBahagianMuka surat1. Pengenalan2

2. Bahan Bantu Pengajaran Dan Pembelajaran Dari Internet3

3. Kajian Dan Huraian Reka Bentuk Visual Pada Bahan Bantu Mengajar43.1 Simplisiti43.2 Dominan43.3 Pola63.4 Seimbang73.5 Variasi73.6 Harmoni8

4. Laman Web Yang Dicadangkan Untuk Meningkatkan Kemahiran9 Berfikir

5. Empat Ciri Reka Bentuk Kemahiran Berfikir Yang Terdapat Pada10 Laman Web Yang Dipilih:5.1Ciri 1:Kemahiran Berfikir Kritis105.2 Ciri 2:Kemahiran Berfikir Kreatif115.3 Ciri 3:Proses Penyelesaian Masalah125.4 Ciri 4:Proses Membuat Keputusan 13 6 Rumusan Keseluruhan14

7.Rujukan15

1. PengenalanMedia pengajaran membawa maksud peralatan perkakasan dan bahan (perisian) media yang telah dikenalpasti, dipilih, dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap media atau sumber pengajaran dan pembelajaran mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan sesuai digunakan pada suasana atau keadaan yang tertentu. Pemilihan media yang tepat dan bersesuaian oleh seseorang pendidik amat berkait rapat dengan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap pelajar) dan disokong (dengan alat bantu mengajar) bagi meransang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum bahan bantu pengajaran adalah penting dalam pengajaran dan pendidikan kerana ianya dapat meransang minat yang tinggi kepada pelajar untuk belajar. Bahan bantu pengajaran bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan kini. Oleh itu, guru perlu bijak memilih kaedah pengajaran yang paling sesuai untuk para pelajarnya kerana ia membantu guru tersebut menyediakan bahan-bahan pengajaran yang bermakna dan menarik serta mampu memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam mencapai objektif Falsafah Pendidikan Negara (Ee Ah Meng, 1997).Bahan bahan pengajaran yang dipilih guru juga perlulah menyumbang ke arah kemahiran berfikir untuk meningkatkan keinginan dan keupayaan pelajar untuk berfikir.

Visual adalah media berbentuk paparan interaktif. Visual membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih berkesan. Muhamad Hasan A.Rahman (2000), berdasarkan piramid kadar pemerolehan pengetahuan menunjukkan penglihatan mencatatkan peratusan terbesar iaitu 83% berbanding rasa, sentuhan, bau dan pendengaran. Ini menunjukkan bahawa visual membolehkan proses pemerolehan maklumat berjalan dengan berkesan.Jenkins, Neale dan Deno (1967) melaporkan bahawa pelajar lebih berjaya mengenal stimuli yang ditayangkan dalam bentuk gambar daripada perkataan.Keberkesanan Bahan BantuMengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145)Pada amnya,cara menggunakan Bahan Bantu Mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep.

2. Bahan Bantu Pengajaran Dan Pembelajaran Dari Internet.

Sumber: http://www.epa.gov/safewater/kids/flash/flash_watercycle.html

Bahan bantu pengajaran yang dipilih adalah berkaitan dengan mata pelajaran Sains Tahun 5 yang bertajuk Perubahan Keadaan Bahan melalui kajian terhadap kitaran air.

3. Kajian Dan Huraian Reka Bentuk Visual Pada Bahan Bantu Mengajar:

3.1 SimplisitiSimplisiti dalam prinsip grafik bermaksud sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas.Cara yang terbaik adalah mempersembahkan satu perkara pada satu masa.Prinsip kesederhanaan ini dapat memberi ilusi yang menarik dan mendorong murid untuk menghayati dan memudahkan guru menyampaikan konsep dengan mudah..Melalui bahan yang dipilih,simplisitinya adalah jelas Penggunaan perkataannya adalah di antara 15 20 patah perkataan sahaja.Hurufnya mudah dibaca. Contohnya guru ingin menerangkan perihal awan.Maka apabila di klik pada perkataan awan, pada papan tanda yang berwarna kuning itu tertera perkataan clouds dan di belakangnya diperjelaskan lagi dengan gambar awan yang bergerak yang boleh menjadi titik tumpu pengajaran bagi menarik minat pelajar..Mengikut Gagne dan Briggs(1974) rangsangan fizikal yang dihasilkan terbahagi kepada 6 kategori iaitu perkataan yang diucapkan,perkataan bercetak,bunyi selain daripada perkataan yang diucapkan,gambar pegun,gambar bergerak dan sampel sebenar.Hasil gabungan di antara perkataan dan gambar bergerak melalui bahan bantu mengajar ini dapat meningkatkan kefahaman murid disamping penggunaan audio yang turut sama memberi penerangan yang boleh meninggalkan kesan konkrit dalam minda pelajar.Rakaman audio yang diperdengarkan mampu memberi gambaran kepada pelajar tentang sesuatu situasi atau informasi melalui penganalisisan terhadap apa yang dituturkan atau melalui kesan bunyi mahupun melalui muzik latar yang terdapat pada rakaman tersebut..

3.2 DominanDominan merupakan pusat penumpuan atau minat.Dalam suatu rekaan visual,objek atau item utama mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya.Konsep dominan pertama yang dapat dilihat dalam gambar ini ialah menggunakan peraturan satu pertiga.Daripada kajian ini,perhatian tertumpu lebih di sudut sebelah kiri berbanding sudut-sudut yang lain.Penjelasan tentang proses kitaran air lebih tertumpu di bahagianuse your keys and click the circle hereIni bermakna.untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan tentang fakta kitaran air, bahagian sudut sebelah kiri lebih mendominasi berbanding ruangan kanan yang hanya 14% sahaja penggunaannya.Warna-warna dan bentuk yang digunakan juga adalah kontras bagi memudahkan sesuatu item dapat dilihat.Pemilihan warna biru muda sebagai latar belakang dan biru tua ,hijau gelap dan coklat sebagai latar depan,imej dan teks dapat menimbulkan kesan penegasan.Di samping itu penggunaan anak panah pada bentuk oval memberi gambaran perjalanan kitaran air yang berlaku dan lebih mudah untuk difahami pelajar.Visual ini juga mempunyai gerakan seperti aliran air bawah tanah yang dipam ke rumah,pembentukan awan dan hujan serta menunjukkan proses penyejatan di mana cecair bertukar menjadi wap.Gambar gerakan cahaya matahari yang bersinar dan malap juga dapat memberikan situasi hari panas yang membolehkan pelajar mengaitkan dengan situasi sebenar.Kekurangan yang terdapat di sini ialah dari segi saiz.gambar yang kecil. Banyak gambar yang perlu di paparkan menyebabkan saiz gambar perlu dikecilkan bagi memenuhi ruangan grafik.Contoh gambar yang bersaiz besar bersifat dominan adalah seperti berikut:

Dominan bersaiz besar,warna bentuk kontras serta menggunakan cahaya yang memancar. Sumber : http://2.bp.blogspot.com/

3.3 Pola Pola dan corak dalam pengurusan grafik adalah berkaitan dengan susunan item-item dalam suatu rekaan yang boleh menarik minat dan mengekalkan perhatian serta memandu penonton/pembaca bagi melihat maksud yang terkandung dalam visual.Pola pada gambar ini tidak jelas.Susunan item-itemnya adalah secara rawak.Murid tidak dapat melihat item manakah yang perlu diutamakan dahulu bagi mengetahui proses kitaran air.Gambar yang dipaparkan tidak dapat menarik mata meninjau lebih jauh apa yang berlaku di bahagian awan,dalam tanah dan penghasilap wap air secara terperinci.Misalnya istilah kondensasi yang abstrak yang sukar dibayangkan ,jika hanya diucap secara lisan.Akibatnya,pelajar terpaksa menghafal dan gagal dalam pengertian yang sebenarnya.Contoh gambar yang menggambarkan prinsip grafik pola ialah seperti berikut: Pola mengikut bentuk geometri Sumber : https://ieonline.microsoft.com

3.4 SeimbangDalam rekaan visual,prinsip seimbang perlu diambil kira kerana sesuatu yang tidak seimbang akan nampak janggal, tidak menarik dan tidak sedap mata memandang.Item perlu mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain pada paparan.Elemen grafik pada gambar yang dipilih adalah jenis seimbang formal.Pembahagian ruang atas gambar yang mewakili ruangan atmosfera adalah sama besar dengan bahagian yang mewakili darat. Kesesuaian jarak pandangan mata di antara gambar membolehkan grafik dilihat oleh murid secara keseluruhan dan berfokus.Penglihatan mata adalah cara yang terbaik untuk menentukan keseimbangan.Jika diperhatikan dari segi hukum graviti,objek yang berada dekat dengan penglihatan contohnya gambar pokok adalah lebih besar daripada saiz hutan yang berada di belakang.Penglihatan melalui kajian perbandingan dalam visual dapat membantu perkembangan emosi dan imaginasi pelajar.Secara tidak langsung, murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.

3.5 Variasi Prinsip variasi juga penting dalam penghasilan rekabentuk visual yang menarik. Variasi menyokong pola untuk meningkatkan tarikan terhadapvisual. Penggunaan elemen-elemen dalam sesuatu komposisi dapat menjadikanvisualseolah-olah hidup.Pada visual tersebut,di dapati banyak bentuk tiga dimensi dan dua dimensi yang digunakan.Pelbagai tekstur juga dipaparkan menerusi visual ini. .Contohnya,pada bahagian kerak bumi, batu-batan dan tanah -tanih mempunyai tekstur yang kasar dan halus.Begitu juga pada bumbung rumah yang teksturnya lebih kasar berbanding dinding rumah.Warna-warna yang digunakan juga adalah pelbagai dan menegaskan tentang warna-warna alam seperti langit berlatarkan warna biru,tumbuh-tumbuhan berwarna hijau dan air berwarna biru cerah bagi kedalaman yang cetek dan biru gelap bagi menunjukkan paras yang lebih dalam.Garisan juga digunakan bagi membahagikan gambar kepada bahagian atmosfera dan darat.Kedudukan imej yang berbeza menggambarkan situasi sebenar yang berlaku dalam kejadian alam .Contohnya pergerakan awan,air yang menyerap masuk ke dalam tanah selepas hujan dan watak kartun itu sendiri yang dapat menarik tumpuan murid kerana setiap kali penerangan diberikan kartun tersebut menjadi sebagai penunjuk arah dan disusuli dengan penerangan.Warna kontras digunakan sebagai warna penegasan dan mewujudkan tumpuan.Contohnya warna huruf pada papan tanda itu adalah berwarna merah dan perhatian murid dapat ditumpukan ke arahnya.

3.6 HarmoniKetika ingin menghasilkan rekabentuk visual yang menarik, pereka cipta juga harus meneliti prinsip harmoni dalam suatu reka bentuk visual. Harmonimemberikan rasa yakin dan pasti kepada penonton atau pembaca kerana mereka dapat melihat hubungan antara elemen-elemen grafik, aliran persembahan, perspektif dan kesatuan mesej.Harmoni pada gambar tersebut dapat dilihat pada warnanya. Contohnya warna biru dan hijau dapat dikaitkan dengan warna alam semulajadi yang mewujudkan suasana kelembutan dan kedamaian. Animasi yang digunakan mampu menarik dan menumpukan perhatian murid dan meningkatkan pemahaman dan membantu murid mengingati mesej yang disampaikan .Ia juga dapat mengilustrasikan idea yang kompleks dan meningkatkan konsentrasi murid dalam pengajaranMelalui visual ini,dapat diperhatikan terdapat kesinambungan di antara penggunaan huruf,warna,arah aliran persembahan(gerakan imej serta arah anak panah) dan pengajaran yang tersusun dapat meningkatkan proses pembelajaran murid.

4. Laman Web Yang Dicadangkan Untuk Meningkatkan Kemahiran Berfikir

Sumber : http://www.petaminda.com/index_files/EclipesSample.pdf

Peta minda telah digunakan sejak berzaman untuk tujuan pembelajaran,percambahan fikiran,ingatan,pemikiran visualisasi dan penyelesaian masalah oleh para pendidik.jurutera ,pakar psikologi dan orang ramai secara umumnya.Menurut Buzan(2003),peta minda digunakan dalam pelbagai bentuk dan aplikasi termasuk dalam bidang pembelajaran dan pendidikan di mana sering kali ia diajar sebagai jaring atau penjaringan,merancang dan pengilustrasian dalam kejuruteraan.Penggunaan peta minda juga dapat mencetuskan kreativiti di samping boleh digunakan sebagai memori atau mengeluarkan idea secara kompleks.

5. Empat Ciri Reka Bentuk Kemahiran Berfikir Yang Terdapat Pada Laman Web Yang Dipilih

Menurut Som dan Mohd Dahalan (1998),alat berfikir merupakan instrument yang dapat membantu kita menggunakan minda dengan lebih sistematik dan berkesan.Penggunaan alat berfikir ini dapat menjadikan idea-idea yang disampai lebih tersusun,jelas dan mudah difahami Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur. Menurut Edward de Bono ( 1976 ) Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.Empat ciri reka bentuk yang terdapat pada laman web yang dicadangkan bagi meningkatkan kemahiran berfikir adalah seperti berikut:

5.1Ciri 1: Kemahiran kritisKemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahandan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dankelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.Berdasarkan peta minda di atas, terdapat unsur-unsur membanding beza yang di ketengahkan.Pelajar akan nampak dengan jelas perbezaan di antara kejadian gerhana matahari dan gerhana bulan dan diperkukuhkan lagi dengan gambar-gambar yang berwarna-warni yang dapat menarik minat pelajar dan memberikan ingatan yang konkrit dalam minda.Pelajar juga dapat membuat kategori bahawa terdapat dua jenis gerhana yang berlaku iaitu gerhana bulan dan gerhana matahari.Ciri-ciri peta minda itu sendiri adalah di mana idea-idea di masukkan ke dalam peta berjejarian dari pusat dan dikembangkan dari sekelilingnya untuk pelajar meneliti dari bahagian yang kecil dan keseluruhannya.Contohnya perkataan gerhana,dipecahkan lagi isi-isi pentingnya kepada tajuk gerhana matahari,bagaimana kejadian gerhana penuh matahari berlaku,akibatnya,keadaan di bumi semasa berlaku gerhana sehinggalah urutan kejadian gerhana yang lebih tersusun untuk memudahkan pelajar mengingati sesuatu dengan mudah di samping menggabungkan serta menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri.Pada bahagian urutan kejadian gerhana bulan separa dan gerhana bulan penuh mempunyai kemahiran menyusun mengikut urutan.Murid dapat melihat corak atau saiz cahaya yang berkurang dan bertambah semula apabila gerhana semakin berakhir.Seterusnya,pelajar juga di beritahu tentang senario di bumi semasa berlakunya gerhana matahari iaitu untuk membentuk kemahiran meramal.Guru juga boleh menggunakan teknik bersoal jawab untuk mengusul periksa andaian sekaligus membuat inferens berdasarkan pemerhatian dan hipotesis.Contoh soalan yang boleh dikemukakan oleh guru adalah seperti Ramalkan keadaan suhu di bumi sewaktu kejadian gerhana matahari.Berdasarkan peta minda itu,murid boleh meramalkan suhunya berdasarkan keadaan gelap dan redup yang berlaku boleh menurunkan suhu bumi walaupun pada masa itu murid tidak mengalami keadaan yang sebenarnya.

5.2Ciri 2: Kemahiran Berfikir KreatifKemahiran berfikiran kreatif adalah kecekapan menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan idea, mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai,dan bernilaisama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.Selain itu,pelajar diajar untuk meneroka dan mencari makna ,pemahamandan penyelesaian masalah secara inovatif.Penggunaan peta minda dapat menjana idea dan menghasilkan idea.Sebagai contoh,murid dapat mendengar penerangan guru dan mencatat nota dengan menggunakan peta minda untuk isi dan kata kunci terpenting.Contohnya dengan mengetahui bagaimana berlakunya kejadian gerhana, murid boleh mengaitkan konsep sains itu dengan pelajaran sifat-sifat cahaya iaitu cahaya bergerak lurus dan menyebakan terbentuknya bayang-bayang apabila cahaya tidak dapat melalui bahan legap.Secara tidak langsung murid dapat menjana dan menghasilkan idea baru dalam pembelajaran mereka.Pengajaran akan lebih berkesan jika pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan daripada peta minda tadi kepada bentuk eksperimen.Contohnya lampu suluh mewakili matahari,glob mewakili bumi dan bola ping pong mewakili bulan .Penggabungan idea ini dapat meluaskan lagi konsep sains dalam pembelajaran mereka.Pelajar juga dapat mencipta analogi melalui kaedah perbandingan antara satu perkara berdasarkan cirri-ciri persamaan dan perbezaan.Contohnya murid dapat melihat persamaan pada bahagian mengapa gerhana berlaku dan juga pada fasa-fasa berlakunya gerhana.Perbezaannya pula dapat dilihat melalui perbezaan waktu berlaku gerhana dan kedudukan matahari,bumi dan bulan.Ini dapat mengukuhkan lagi fahaman pelajar dan mengelakkan kekeliruan. Metafora adalah sejenis bahasa figuratif yang dicipta untuk menyatakan makna sesuatu perkara dengan menggunakan kata lain. Dengan erti kata lain kita melihat sesuatu perkara itu sebagai sesuatu perkara yang lain.Contohnya untuk menghafal apakah objek yang berada di tengah sewaktu berlakunya gerhana matahari,guru boleh menggunakan perkataan GAMELAN yang membawa maksud GA mewakili gerhana,ME mewakili matahari dan LAN mewakili bulan.Jadi murid dapat mengingat dengan cara apabila berlaku gerhana matahari,bulan berada ditengah-tengah di antara bumi dan matahari.

5.3Ciri 3: Proses Penyelesaian MasalahMenyelesaikan masalah adalah satu proses mental untuk mengatasi halangan yang sedang dihadapi berdasarkan tujuan tertentu.Menyelesaikan sesuatu masalah boleh menjadi cabaran kepada seseorang. Kejayaan dalam menyelesaikan masalah akan menimbulkan keseronokan.Alat berfikir yang sesuai digunakan untuk penyelesaian masalah ialah peta minda.Murid dapat memetakan mindanya dengan maklumat yang dipelajari.Fakta-fakta sains yang perlu diingati oleh murid dalam mata pelajaran sains adalah banyak.Oleh itu,penyelesaian masalah yang dapat diatasi menerusi peta minda ialah pelajar dapat mengingati lebih banyak fakta dalam bentuk yang paling ringkas.Menerusi cabang-cabang peta yang tersedia ,semakin banyak maklumat dapat dicetak ke dalam minda.Masa untuk mengulangkaji juga dapat disingkatkan kerana ingatan murid semakin baik.Ulangkaji yang berulang kali dapat menambahkan daya ingatan murid dalam jangka masa yang pendek.Dalam tajuk mengkaji kejadian gerhana ini terdapat 7 kemahiran yang perlu diingati oleh pelajar.Bagi murid cerdas ,mungkin ini tidak menimbulkan masalah,tetapi bagaimana pula dengan murid yang mempunyai daya ingatan yang lemah? Ciri-ciri peta minda yang ringkas,unik dan menarik dapat membantu pelajar yang lemah ini untuk membentuk gambaran mental yang lengkap daripada perkara yang didengar,dilihat atau dibaca.Pembelajaran melalui peta minda dapat melatih murid merancang dan menyusun idea dalam bentuk kerangka pemikiran untuk diguna pakai dalam bentuk penulisan atau persembahan lisan.Contohnya,apabila murid diminta oleh guru untuk menjelaskan kejadian gerhana matahari secara lisan,maka menerusi maklumat penting yang ada peta minda,,murid dapat menghuraikannya mengikut jaringan yang dibina.Secara tidak langsung murid juga dapat membina keyakinan diri kerana terdapat banyak maklumat yang mampu dihuraikan. Bagi seorang guru pula,peta minda membantu proses pengajaran menjadi sangat mudah dan menjimatkan masa.

5.4 Ciri 4: Proses Membuat KeputusanRobin Forgarty & James Bellanca (1990) Teach Them Thinking mengkategorikan kemahiran berfikir membuat keputusan sebagai pemikiran kritis dan mendefinisikannya sebagai "making a choice based on reasoned judgement". Mereka memberikan kata sinonim "decision making" dengan "judging, choosing, selecting".Mereka juga memberikan menu untuk menggunakan kemahiran ini berdasarkan akronim J. U. D. G. E.J untukJot down occasion for decision U untukUse brainstorming for alternativesD untukDecide on best possibilitiesG untukGauge positive and negative outcomesE untuk Express selection; DECIDE.Alat fikir yang boleh digunakan untuk membantu membuat keputusan secara tersusun dan sistematis ialah peta minda.Menerusi bahan pengajaran yang dipilih,kemahiran membuat keputusan yang boleh diperolehi ialah murid belajar bahawa pembelajaran sains itu adalah bermaksud memahami alam semula jadi.Guru boleh menggunakan teknik soalan dan penyoalan untuk mengumpul dan menganalisa maklumat dan seterusnya membuat keputusan.Contohnya, guru bertanya apakah kepentingan pelajar mengkaji tentang gerhana?Di sini guru akan menggunakan kaedah sumbangsaran dengan mengambil kira semua idea murid.Guru mengadakan perbincangan dengan murid untuk memilih jawapan jawapan yang relevan.Setelah pilihan dibuat,guru boleh menyarankan murid memilih kriteria dan seterusnya membuat keputusan.Antara jawapannya ialah menghargai keindahan alam serta bersyukur dengan kejadian Allah s.w.t.6. Rumusan KeseluruhanPenggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Bahan Bantu Mengajar (BBM) ini juga dapat menyelesaikan berbagai-bagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Selain itu, dengan penggunaan Bahan Bantu mengajar (BBM) yang sesuai ia dapat mencetuskan minat pelajar terhadap apa yang dipelajari. Penggunaan bahan-bahan ini juga dapat membentuk kemahiran berfikir dan seterusnya melahirkan pelajar yang mempunyai daya pemikiran kritis dan kreatif dan mengukuhkan persepsi pelajar. Sekiranya Bahan Bantu Mengajar (BBM) digunakan dengan baik, maka keberkesanan penyampaian pengajaran oleh guru akan bertambah dan ini secara tidak langsung akan memberi kesan yang cukup positif terhadap pencapaian pelajar.Keberkesanan bantu mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya, tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah.Seorang guru yang inovatif dan kreatif dapat menjayakan wawasan negara sekaligus mampu membangunkan negara dan bangsa yang berjaya.7. RujukanAmir Hasan Dawi (2002). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan : Edisi Kedua. Tanjung Malim: Quantum Books.

Buzan, Tony (2003). Mind maps for Kids: The Shortcut to Success at school. London: Thorsons. m.s. 2, 5, 10, 34, 44, 52, 58, 64, 74.dan strategi. Kajang: Masa Enterprise.

Ee Ah Meng (1997). Amalan Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Syarikat Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Gagn, R. M., & Briggs, L. J. (1974).The principles of instructional design( 1st ed.). New York, NY: Holt

Jenskins, Joseph R.;Neale,Daniel C .; Deno, Stanley L.Journal of Educational Psychology, Vol 58(5), Oct 1967, 303-307. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (1996). Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan.

Muhamad Hasan Abdul Rahman (2000). Media Pengajaran. Penghasilan bahan pengajaran berkesan.Penerbit UPM.

Rashidi Azizan & Abd. Razak Habib. (1996). Pengajaran Dalam Bilik Darjah: KaedahSom Nor dan Mohd Dahlan Mohd Ramli (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif(KBKK). Petaling Jaya : Pearson EducationYusup Hashim. (1997). Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan.

2718 patah perkataan

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSINama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan