teknik menjawab soalan sains upsr-1

Upload: siti-matnor

Post on 03-Apr-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Teknik Menjawab Soalan Sains Upsr-1

    1/5

    [email protected]

    1

    TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR

    (BAHAGIAN B)

    Tips penting ketika menjawab soalan sains UPSR bahagian B ialah menjawab soalan

    pembolehubah terlebih dahulu.

    PEMBOLEHUBAH

    *** melibatkan paameter seperti jenis, bentuk, saiz, bilangan, kehadiran, luas, berat, dll kecuali

    minggu, bulan, tahun.

    1. Terdapat 3 jenis pembolehubah iaitu :-i) Dimalarkan (sama/tidak berubah)

    Apa yang dikekalkan dan tidak diubah dalam penyiasatan yang dijalankan.

    ii) Dimanipulasi (diubah/berbeza/berlainan)Apa yang dikurangkan atau ditambah dalam penyiasatan yang dijalankan / apa

    yang berbeza / berlainan

    iii) Bergerak balas (keputusan akhir suatu penyiasatan/diukur/diperhatikan)Keputusan di akhir penyiasatan / apa yang berlaku di akhir penyiasatan

    2. Pembolehubah juga boleh dikenal pasti melalui jadual yang diberi. Contohnya;Contoh 1 :

    Saiz bola (cm) 4 6 8 10

    Bilangan lantunan 14 12 10 8

    Dimanipulasi (Saiz bola (cm))

    Bergerak balas (Bilangan lantunan)

    Contoh 2 :

    Bilangan biji benih Ketinggian biji benih selepas 7 hari / cm

    2 12

    4 10

    6 8

    8 6

    10 4

    Dimanipulasi (Bilangan biji benih) Bergerak balas

    (Ketinggian biji benih selepas 7 hari / cm)

  • 7/29/2019 Teknik Menjawab Soalan Sains Upsr-1

    2/5

    [email protected]

    2

    Contoh 3 :

    Sekumpulan murid menjalankan penyiasatan tentang kuantiti makanan yang diperlukan

    oleh saiz haiwan yang berlainan dalam sehari. Jadual berikut menunjukkan hasil

    penyiasatan.

    Dimanipulasi Bergerak balas

    Pemboleh ubah dalam bentuk graf :

    Bergerak balas Dimanipulasi

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    10 8 6 4KetinggianBijiBenihSelepas7hari

    (cm)

    Bilangan Biji Benih

    0.16

    0.20

    2.50

    180

    Haiwan Kuantiti makanan yang

    diperlukan sehari / kg

  • 7/29/2019 Teknik Menjawab Soalan Sains Upsr-1

    3/5

    [email protected]

    3

    TUJUAN

    Menggunakan kata kunci :

    Untuk menyiasat hubungan antara dimanipulasidengan bergerak balas.

    Contoh:

    Untuk menyiasat hubungan antara saiz bola (cm) dengan bilangan lantunan.

    PEMERHATIAN

    1. Menyatakan perkara / perubahan yang jelas kelihatan dalam sesuatu penyiasatan.2. Contoh soalan ;

    (a) Apakah yang dapat diperhatikan dalam gambarajah berikut ?

    Sangkar A Sangkar B

    minuman

    makanan

    Contoh jawapan;

    Saiz tikus dalam sangkar A lebih besar berbanding saiz tikus dalam sangkar B

    INFERENS/SEBAB

    1. Memberikan sebab/ alasan hasil daripada pemerhatian yang dibuat.Contoh soalan;

    (b)Nyatakan inferens bagi jawapan anda di (a).

    Contoh jawapan ;

    Tikus dalam sangkar A kurang persaingan.

    Saiz bola (cm) 4 6 8 10

    Bilangan lantunan 14 12 10 8

  • 7/29/2019 Teknik Menjawab Soalan Sains Upsr-1

    4/5

    [email protected]

    4

    HIPOTESIS/HUBUNGAN

    1. Menyatakan hubungan antara dimanipulasiterhadap bergerak balas.2. Menggunakan kata kunci :

    Semakin (corak)....dimanipulasi....semakin (corak)....bergerak balas..

    Contoh;

    Bilangan biji benih Ketinggian biji benih selepas 7 hari / cm

    2 12

    4 10

    6 8

    Contoh jawapan;

    Semakin berkurang bilangan biji benih semakin bertambah ketinggian biji benih selepas 7

    hari.

    atau

    Semakin bertambah bilangan biji benih semakin berkurang ketinggian biji benih selepas 7

    hari.

    MERAMAL

    1. Membuat jangkaan terhadap apa yang akan berlaku berdasarkan kepada pengetahuan ataupengalaman sedia ada.

    2. Ramalan mestilah logik dan sesuai.3. Jika dalam bentuk nombor, jangan berikan bentuk julat: contoh di antara 7-10

    Contoh;

    Ramalkan keadaan tikus dalam sangkar B selepas dua minggu sekiranya makanan dan air

    tidak lagi dibekalkan?

    Sangkar A Sangkar B

    minuman

    makanan

    Contoh jawapan;

    Tikus dalam sangkar B akan mati.

  • 7/29/2019 Teknik Menjawab Soalan Sains Upsr-1

    5/5

    [email protected]

    5

    CORAK PERUBAHAN

    1. Merujuk kepada bilangan nombor.2. Menggunakan jawapan seperti ;

    Berkurang/ menurun Bertambah/ menaik Tidak berubah

    3. Contoh soalan;Nyatakan corak perubahan bagi ketinggian biji benih selepas 7 hari

    Bilangan biji benih Ketinggian biji benih selepas 7 hari / cm

    2 12

    4 10

    6 8

    Contoh jawapan;

    Berkurang

    MAKLUMAT YANG DIKUMPULKAN

    1. Menyatakan maklumat penting yang diperolehi dalam penyiasatan.2. Jawapan boleh terdiri daripada dimanipulasiatau bergerak balas.

    Contoh;

    Bilangan biji benih Ketinggian biji benih selepas 7 hari / cm2 12

    4 10

    6 8

    Bilangan biji benih dan ketinggian biji benih selepas 7 hari / cm

    KESIMPULAN/RUMUSAN

    1. Perkaitan dimanipulasi dengan bergerak secara am.2. Jawapan hipotesis/hubungan diterima.

    Disediakan oleh:

    SITI MUSIAH MATNOR,

    SK. MARABA, BEAUFORT.