teknik mengajar bahasa

7
ODUL TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ALAYSIA / KO SAS DISEDIAKAN OLEH CIKGU ZULKARNAIN FARIHIN ABDULLAH SMK Sacred Haert, Sibu PENASIHAT ENCIK SEPAWI MAHDI Pen!n" Pen"ara# Ba#a$a Unit Ba#a$a Ma!a%$ia Se&tr Pen"uru$an A&ade'i& (abatan Pe!a)aran Ne"eri Sara*a& 0

Upload: norzaimah-binti-yahya

Post on 05-Nov-2015

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Bahasa

TRANSCRIPT

MODUL TEKNIK PENGAJARAN BAHASA MALAYSIA / KOMSAS

DISEDIAKAN OLEH

CIKGU ZULKARNAIN FARIHIN ABDULLAH

SMK Sacred Haert, Sibu

PENASIHAT

ENCIK SEPAWI MAHDI

Penolong Pengarah Bahasa

Unit Bahasa Malaysia

Sektor Pengurusan Akademik

Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak

MEMANUSIAKAN MANUSIA MELALUI BAHASA

TEKNIK-TEKNIK YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM PRNGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MALAYSIA / KOMSAS DI SEKOLAH01. Teater Pembaca

Melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip sesebuah cerita di hadapan kelas

Mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka sahaja

Membantu penonton (murid) memahami, menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka.

Pelajar lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan.

Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen dan prosa klasik.

02. Teater Bercerita

Melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon.

Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut.

Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.

Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.

Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

03. Persidangan Meja Bulat

Perbincangan dilakukan secara berkumpulan.

Seorang murid menjadi ketua untuk mempengerusikan perbincangan dan seorang pencatat.

Perbincangan berfokus pada isu yang ditetapkan oleh guru.

Semua anggota kumpulan mesti memberi pendapat semasa perbincangan dijalankan.

Wakil kumpulan akan membentang dapatan atau hasil perbincangan.

Masa perbincangan 15 20 minit.

Guru memantau dan membimbing kumpulan semasa perbincangan dijalankan.

Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

04. Monodrama

Satu teknik lakonan yang dilakonkan oleh seorang pelakon (murid)

Pelakon mesti menghayati watak yang dipilih.

Pelakon berusaha untuk meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan peranan dan tindakan watak dalam sesuatu karya.

Berdasarkan lakonan itu, murid lain dapat menilai perwatakannya dan perwatakan individu lain.

Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

05. Balang Kaca

Seorang murid berlakon sebagai watak utama.

Murid-murid lain berlakon sebagai watak-watak lain dan mengelilingi watak utama.

Watak-watak lain memberi pandangan terhadap watak utama.

Watak utama tidak bercakap tetapi boleh memberi respons melalui mimik muka, gerak tubuh dan sebagainya.

Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

06. Kerusi Panas Seorang murid dikehendaki memainkan peranan sebagai satu-satu watak.

Murid berkenaan duduk di kerusi di hadapan kelas.

Murid-murid lain mengajukan pertanyaan berkaitan perwatakan watak berkenaan.

Murid yang duduk di kerusi mesti menjawab soalan sebagai watak yang sedang dilakonkannya.

Pelajar lain mencatat perwatakan watak-watak dalam Lembaran Pengurusan Grafik (LPG) yang disediakan.

Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

07. Stesen

Murid mencari maklumat secara berkumpulan dari satu stesen ke satu stesen.

Maklumat di setiap stesen berbeza-beza berdasarkan arahan guru.

Murid perlu pergi ke semua stesen untuk melengkapkan maklumat.

Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.08. Peta Minda

Murid mencatatkan maklumat tentang sesuatu aspek dalam bentuk peta minda.

Peta minda boleh disediakan oleh guru lebih awal, atau pelajar sendiri membina peta minda itu.

Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

09. Improvisasi

Aktiviti lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau situasi sebenar.

Dijalankan dalam kumpulan antara 2 5 orang murid.

Mereka diberi masa 10 15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog.

Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.010. Mestamu

Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik.

Gunakan melodi lagu yang diminati/popular dan gantikan seni kata/lirik lagu itu dengan sajak atau puisi yang dipelajari.

Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.

Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam, dan seloka.

011. Dekon

Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi.

Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan maksud sajak/puisi

Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.

Teknik ini sesuai untuk sajak.

012. Adaptasi

Murid mencipta karya dalam bentuk genre lain berdasarkan sesuatu genre. Misalnya, menulis pantun atau syair berdasarkan cerpen; menulis skrip drama berdasarkan sajak atau menulis sajak berdasarkan novel.

Dapat mempelbagaikan kemahiran dan meningkatkan kreativiti murid.

Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

013. Puisidra Puisi yang didramakan atau dilakonkan

Seorang pelajar mendeklamasikan puisi.

Sekumpulan pelajar yang lain akan melakonkannya

Pergerakan pelakon hendaklah selaras dengan ungkapan puisi yang dibacakan.

014. Improvisasi Lakon Kaku (Muzium Lilin)

Aktiviti yang memerlukan aksi kaku bagi menggambarkan sesuatu peristiwa.

Pelajar diminta berbincang tentang satu gambaran yang paling sesuai bagi menjelaskan peristiwa dalam babak yang dibaca

Pelajar diminta memilih seorang ketua kumpulan untuk memberikan penjelasan tentang senario yang dipilih.

Semasa pembentangan, pelajar diminta melakonkan aksi kaku bagi menggambarkan senario tersebut.

Semasa menjelaskan tentang senario tersebut, ketua kumpulan perlu menerangkan peranan setiap ahli kumpulannya dan mengapakah mereka kelihatan seperti yang digambarkan.

Ketika penerangan ini, setiap pelakon mesti membekukan dirinya seperti patung lilin di muzium, sehinggalah ketua kumpulan selesai menjelaskan senario tersebut.

015. Teknik Soal Jawab Boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan

Guru boleh mengemukakan soalan berbentuk ayat tanya terbuka mengikut aras kepada pelajar. Pelajar akan memberikan jawapan yang berupa pendapat atau pandangan mengenai sesuatu peristiwa, latar, nilai, plot yang terdapat dalam sesebuah cerita.

Teknik ini boleh digunakan untuk mengajar semua genre.

016. Teknik Kad Imbasan Sangat sesuai untuk mengajar gaya bahasa.

Guru boleh membuat kad imbasan lebih awal.

Penggunaan kad imbasan boleh memudahkan pelajar memahami bahan komsas yang diajar.

Pengajaran guru juga akan menjadi lebih mudah.

Teknik ini boleh digunakan untuk mengajar semua genre

017. Teknik Berdialog

Pelajar diminta untuk memahami isi keseluruhan sesebuah prosa.

Dengan bantuan guru, pelajar akan membina dialog atau perbualan berdasarkan prosa yang dibaca.

Teknik ini dapat tahap pencapaian mengingati fakta dan guru dapat mencungkil bakat terpendam dalam kalangan pelajar.

Teknik ini juga dapat melatih pelajar memperbaiki intonasi dan sebutan semasa mereka berbual dengan rakan.

Teknik ini boleh digunakan untuk semua genre.

018. Teknik Bayangan Minda Teknik ini digunakan untuk memberikan gambaran dan pemahaman pelajar berkaitan dengan prosa yang dibaca.

Guru meminta pelajar membayangkan situasi yang bermain dalam minda dan emosi seseorang watak.

Pelajar juga boleh membayangkan kehidupan seseorang watak sama ada miskin atau kaya dan juga pekerjaan mereka.

Cara ini dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar dan setiap peristiwa yang dibayangkan di minda mereka boleh dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan.

Teknik ini boleh digunakan untuk semua genre.

019. Teknik Penghasilan Karangan

Pelajar diminta menulis karangan berdasarkan prosa yang dibaca.

Pelajar juga boleh diminta untuk menulis ringkasan prosa.

Pelajar juga boleh diarahkan untuk menulis rencana berkaitan dengan prosa yang dibaca.

Teknik ini membolehkan guru mengesan bakat penulisan kreatif yang terdapat dalam diri pelajar. 020. Teknik Membuat Projek Teknik ini boleh digunakan untuk mengajar nilai dan pengajaran yang terdapat dalam prosa yang dibaca.

Pelajar diminta mengumpulkan maklumat berkaitan dengan sesuatu topik yang berkaitan dengan prosa yang dibaca.

Maklumat yang dikumpul boleh dijadikan buku skrap.

Kemudian, pelajar diminta untuk membentangkan projek mereka.

Teknik ini boleh mendidik pelajar supaya berani dan yakin bercakap atau berucap di hadapan rakan-rakan mereka.

021. Dekon

Gabungan dua perkataan iaitu deklamasi dan lakon

Diperkenalkan oleh Sasterawan Negara A Samad Said

Pelajar akan mendeklamasikan puisi dan melakonkan puisi tersebut.

Teknik ini sesuai digunakan untuk genre puisi dan prosa.

022. Pantomim sandiwara/drama yang hanya memakai laku jasmani saja, tanpa memakai ucapan kata-kata (dialog). ekspresi gerak-gerik tubuh untuk menunjukkan emosi yang dialami pemain. Pencerita menjadi latar cerita sementara pelakon akan melakonkan aksi menggunakan gerak-geri dan mimik muka.023. Persembahan Boneka/topeng Pelajar akan membuat persembahan menggunakan topeng yang dibentuk khusus.

Topeng yang digunakan hendaklah sesuai dengan watak dalam puisi yang hendak dideklamasikan.

Persembahan ini menarik jika dilakukan dengan betul sesuai dengan sajak yang hendak diajar.024. Tetamu Dalam Aksi

Seorang tetamu yang sebenar akan dijemput hadir ke dalam kelas Contohnya, jika kita mengajar sajak Anak Laut, seorang nelayan tua yang betul-betul akan dijemput ke dalam kelas.

Tetamu tersebut akan menceritakan pengalaman dan kisah hidupnya sebagai nelayan.

Tetamu tersebut juga akan menjawab soalan-soalan yang dikemukan oleh pelajar kepadanya.

Aktiviti ini akan membantu pelajar supaya lebih memahami keadaan dan situasi yang dialami oleh watak yang dibaca dalam teks KOMSAS tersebut.

025. Drama Kreatif atau Permainan Drama

Aktiviti ini memerlukan guru atau pelajar membina satu permainan yang menarik berdasarkan teks drama yang dipelajari oleh mereka.

Permainan yang dihasilkan akan membantu pelajar-pelajar lain supaya boleh memahami teks drama yang dibaca.

Dengan ini, mereka akan menjadi lebih kreatif dan dapat menggunakan kemahiran mereka sendiri untuk menjadikan pembelajaran KOMSAS lebih menyeronokkan.

Pelajar akan menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Penglibatan pelajar dalam aktiviti dapat ditingkatkan.

026. Pemaduan Seni

Aktiviti ini memerlukan pemaduan KOMSAS yang dibaca atau diajar dengan pelbagai cabang seni yang lain.

Dalam sesuatu waktu berkemungkinan sebanyak 2 atau 3 aktiviti seni akan disepadukan dalam pengajaran dan pembelajaran KOMSAS.

Sebagai contohnya, aktiviti nyanyian dan deklamasi serta pantomim

027. Perbicaraan di Mahkamah

Teknik ini lebih sesuai digunakan bagi situasi yang berbentuk perbicaraan dan memerlukan pengadilan.

Sebagai contohnya, jika kita hendak mengajar cerpen Sebutir Pasir di Kaki kita boleh mengadili Fuad atau Datuk Sukar untuk dibicarakan di mahkamah. Semasa perbicaraan situasi dalam mahkamah hendaklah diwujudkan.

Mesti ada peguam pembela dan hakim serta saksi

Pihak yang bersalah dan menang hendaklah ditentukan.

028. Tangga Cerita

Teknik ini memerlukan pelajar menyusun jalan cerita seperti tangga sebuah rumah.

Setiap gigi tangga menunjukkan beberapa peristiwa penting yang terdapat dalam cerita tersebut. Ini akan membantu pelajar supaya lebih memahami jalan cerita yang hendak disampaikan.

029. Sumbang Saran

Pelajar diminta mengemukakan pendapat dan buah fikiran mengenai sesuatu peristiwa yang terdapat dalam cerita KOMSAS yang dibaca.

Mereka boleh memberikan cadangan, komen dan mencadangkan kesudahan sesebuah cerita yang dibaca.

Guru pula akan menjadi fasilitator yang membantu membetulkan setiap pendapat yang dikemukakan.

030. Wawancara atau temuramah Pelajar boleh diminta membuat wawancara atau temuramah mengenai teks KOMSAS yang mereka baca.

Mereka mungkin menjadi seseorang watak penting dalam sesebuah cerita dan diwawancara oleh seorang wartawan.

Teknik ini sesuai untuk watak Pak Ismawan di dalam cerpen tragedi.

0