teknik belajar matematik

22
TEKNIK BELAJAR MATEMATIK ADALAH BERBEZA DENGAN MATA PELAJARAN LAIN

Upload: wan-lutfy-asri

Post on 20-Dec-2014

6.618 views

Category:

Education


11 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Teknik belajar matematik

TEKNIK BELAJAR MATEMATIK ADALAH BERBEZA DENGAN

MATA PELAJARAN LAIN

Page 2: Teknik belajar matematik

TEKNIK BELAJAR MATEMATIK ADALAH BERBEZA DENGAN MATA PELAJARAN LAIN

Matematik adalah satu matapelajaran yang memerlukan anda menyelesaikan masalah. Penyelesaian masalah matematik dapat membantu anda untuk:1.  lebih memahami topik-topik dalam matematik 2.  lebih mengingati fomula matematik.3.  Meningkatkan tahap teknik menjawab anda.

Tips: Perkara yang paling penting dalam matematik adalah memahami konsep asas matematik.

Page 3: Teknik belajar matematik

BERAPA LAMAKAH MASA YANG PERLU DIPERUNTUKKAN UNTUK

BELAJAR MATEMATIK?

Page 4: Teknik belajar matematik

BERAPA LAMAKAH MASA YANG PERLU DIPERUNTUKKAN UNTUK BELAJAR MATEMATIK?

Tempoh masa yang diambil untuk belajar matematik adalah bergantung kepada tahap kemampuan anda tetapi adalah disarankan bahawa ianya dapat dilakukan sekurang-kurangnya 1 jam sehari dan perlu dilakukan setiap hari. Pastikan setiap soalan adalah benar-benar bekualiti dan mencabar. Untuk mengelakan rasa bosan anda disarankan mewujudkan kumpulan belajar matematik.

Page 5: Teknik belajar matematik

BAGAIMANA KAEDAH PERLAKSANAAN LATIH TUBI YANG

BETUL?

Page 6: Teknik belajar matematik

BAGAIMANA KAEDAH PERLAKSANAAN LATIH TUBI YANG BETUL?

Pertamalebihkan membuat latihan daripada membaca.

 Kedua dapatkan soalan-soalan lepas. Soalan-soalan lepas adalah gambaran tentang apa yang perlu kita tahu dalam setiap subjek. 

Ketiga buat latih tubi ini secara berterusan. Semakin banyak latihan yang kita lakukan, kita akan nampak soalan bagaimana yang bakal keluar nanti.

Page 7: Teknik belajar matematik

KITA AKAN NAMPAK SOALAN BAGAIMANA YANG BAKAL KELUAR NANTI

Page 8: Teknik belajar matematik

BAGAIMANA INGIN MENJADI BIJAK DAN BERJAYA DALAM MATEMATIK?

Page 9: Teknik belajar matematik

BAGAIMANA INGIN MENJADI BIJAK DAN BERJAYA DALAM MATEMATIK?

1. Pertama, kalau hendak pandai matematik, kita kena suka kepada matapelajaran tu. Bagaimana kalau kita memang tak suka? Caranya, mula-mula buat macam kita sukakan matapelajaran tu. Kita seperti berlakon yang kita sukakan subjek tu. Kemudian, mula buat latihan sedikit demi sedikit. Tidak perlu terus mula dengan menjawab 100 soalan. Bukannya apa, dikhuatiri belaku kejutan pada diri dan selepas tu terus jadi benci dan akhirnya berhenti.

Page 10: Teknik belajar matematik

BUAT MACAM KITA SUKAKAN MATAPELAJARAN

Page 11: Teknik belajar matematik

BAGAIMANA INGIN MENJADI BIJAK DAN BERJAYA DALAM MATEMATIK?

2. Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, dan bukan sekadar membaca. Ada di kalangan pelajar yang belajar matematik dengan hanya membaca sahaja. Kaedah sebegitu adalah satu kaedah pembelajaran yang salah. Saya sendiri berjaya menguasai matematik kerana banyak membuat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, saya menjadi semakin cekap.

Page 12: Teknik belajar matematik

SEMAKIN BANYAK LATIHAN SAYA BUAT, SAYA MENJADI SEMAKIN CEKAP

Page 13: Teknik belajar matematik

BAGAIMANA INGIN MENJADI BIJAK DAN BERJAYA DALAM MATEMATIK?

3. Matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin dalam menjawab soalan. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu iaitu cuba latih diri anda menjawab dengan secepat mungkin.

Page 14: Teknik belajar matematik

MENDISIPLINKAN DIRI UNTUK MENJAWAB SOALAN MATEMATIK

Page 15: Teknik belajar matematik

BAGAIMANA INGIN MENJADI BIJAK DAN BERJAYA DALAM MATEMATIK?

4. Anda perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.

Page 16: Teknik belajar matematik

MENGHAFAL SIFIR AKAN MEMBUAT OTAK ANDA LEBIH CEPAT DAN CEKAP MENGIRA

Page 17: Teknik belajar matematik

BAGAIMANA INGIN MENJADI BIJAK DAN BERJAYA DALAM MATEMATIK?

5. Akhir sekali, anda perlu ada azam dan kemahuan untuk jadi hebat dalam subjek matematik. Jika anda ambil kisah tidak kisah sahaja, sukar untuk anda kuasai subjek ini. 

Page 18: Teknik belajar matematik

TEKNIK BELAJAR MATEMATIK - PEMBELAJARAN AKTIF VS

PEMBELAJARAN PASIF

Proses pembelajaran matematik memerlukan teknik belajar aktif. Sewaktu belajar matematik, anda perlu;

Page 19: Teknik belajar matematik

TEKNIK BELAJAR MATEMATIK - PEMBELAJARAN AKTIF VS PEMBELAJARAN PASIF

• Mengenalpasti apa yang anda tahu dan apa yang anda tidak tahu. Anda juga perlu tahu bagaimana untuk meminta bantuan guru bagi menyelesaikan masalah yang anda tidak tahu.

• Jangan sekali-kali ponteng kelas matematik. Pembelajaran matematik melalui guru adalah lebih berkesan  berbanding belajar sendiri.

Page 20: Teknik belajar matematik

TEKNIK BELAJAR MATEMATIK - PEMBELAJARAN AKTIF VS PEMBELAJARAN PASIF

• Aktifkan diri anda dalam kelas matematik. Belajar dahulu secara bersendirian sebelum kelas matematik bermula.

• Ambil peluang untuk bertanya apa yang anda tidak faham bila berada bersama guru. 

Page 21: Teknik belajar matematik

TEKNIK BELAJAR MATEMATIK - PEMBELAJARAN AKTIF VS PEMBELAJARAN PASIF

• Berjumpa guru diwaktu rehat untuk bertanyakan masalah yang anda tidak tahu. Cara sebegini akan lebih   mendekatkan anda dengan guru. Ini akan lebih memotivasikan anda untuk berjaya dalam mata pelajaran matematik.

Page 22: Teknik belajar matematik

KESIMPULAN

Pelajari matematik bukanlah susah untuk dipelajari. Kalau ada usaha dan teknik yang betol pasti akan merasa mudah dan senang untuk menguasainya.

Semoga berjaya. Insya’ALLAH.