teknik bacaan
TRANSCRIPT
Teknik Bacaan
Bacaan Luncuran
(Skimming)
Bacaan Imbasan (Scanning)
Bacaan Intensif
Bacaan Ekstensif
Merupakan satu bentuk kemahiran membaca untuk mendapat gambaran keseluruhan atau idea utama dalam
sesuatu bahan atau teks bacaan
Kebanyakan orang melakukan pembacaan secara skimming apabila
mereka mempunyai banyak bahan yang perlu dibaca dalam masa yang terhad.
Terdapat beberapa strategi yang boleh dilakukan ketika skimming:
- membaca tajuk, sub-tajuk atau melihat gambar rajah atau carta
- membaca perenggan pendahuluan dan penutup sesuatu teks
- membaca ayat pertama setiap perenggan (ayat pertama ini memberi
idea utama yang ingin disampaikan oleh penulis)
Cara bacaan ini sesuai jika pelajar ingin mengetahui tentang sesuatu tarikh,
nama, tempat dan maklumat-maklumat yang spesifik seperti data atau fakta
ringkas.
Skimming boleh digunakan untuk melihat graf, jadual atau carta.
Bacaan Luncuran (Skimming)
Merupakan kemahiran membaca untuk mendapatkan informasi yang lebih terperinci.
Fokus pembacaan ialah mencari kata-kata kunci yang tertentu dalam mencari jawapan.
Membaca secara imbasan melibatkan tindakan menggerakkan anak mata dengan cepat untuk
mencari perkataan khusus atau frasa-frasa tertentu.
Satu kaedah cepat untuk mendapatkan fakta tertentu dalam buku teks atau buku rujukan.
Pelajar boleh mengetahui istilah-istilah baru dan seterusnya mencari maknanya dalam
kamus atau glossari dan menjimatkan masa ketika membuat pembacaan sebenar atau
bacaan berat untuk pemahaman.
Membantu pelajar menjimatkan masa dan dalam masa yang sama mendapat jawapan
kepada persoalan-persoalan yang berkaitan.
Bacaan Imbasan (Scanning)
Bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa
sahaja yang dibaca dengan tepat
Memberi tekanan kepada kajian-kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan
penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan
Dilakukan berdasarkan petikan yang pendek-pendek untuk mengkaji pola-pola kalimat, latihan kosa kata,
telaah kata, diskusi umum dan sebagainya.
Membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik dari segi sebutan, intonasi, nada dan tahu
menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik.
Bacaan Intensif
Merupakan bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca
yang dilakukan di luar kelas.
Memberi tumpuan kepada beberapa aspek terutamanya menitikberatkan
aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham dan
menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan
mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting.
Melalui bacaan ekstensif ini murid akan dapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu
pengetahuan.
Bacaan Ekstensif