bacaan solat

25
Saya menerima hadiah istimewa, yang diletakkannya secara 'rahsia' di bilik pejabat; tanpa nama dan tanpa sebarang nota catatan. Hadiah istimewa yang merupakan buku mengenai Rahsia khusyu' di dalam solat. Puluhan tahun saya mendirikan solat dalam keadaan yang 'jarang bersedia'; litupan hati yang saban tersadung dengan lintasan dan fikiran sesuatu yang tidak sepatutnya difikirkan.Di tambah terkadang, tatkala solat yang didirkan dalam keadaan penat mengharung ujian, letih melayan tugasan wajib untuk dilakukan atau juga apabila sendi-sendi kesakitan. Ungkapan berulang yang saya dengar dari ayat kedua surah Al Mukminun, menusuk-nusuk sayu ke dalam hati...Allahu akbar, solat saya yang kebanyakkannya masih tidak khusyu' sepenuhnya.... saya yang masih 'timbul tenggelam' dalam menterjemahkan sesungguhnya secara nyata solat yang khusyu'.. Apabila disuakan tentang makna kebahagiaan, tanggapan norma yang biasa saya cerap hanyalah pada deretan yang berupa kebahagiaan yang diukur pada batas material yang disenangi manusia sejagat secara umum... menerima anugerah, hadiah, sesuatu yang diidam menjadi nyata, percutian ke tempat yang dianggap 'syurga', rumah indah gaya astana, deretan 'kuda-kuda' moden mahupun kenderaan yang menjadi tatapan segenap mata... Jarang sekali saya mendengar kisah atau menatap kebahagiaan individu yang diraut dari solat yang penuh bahagia. Adapun...ianya wujud dalam rangka yang terkadang dianggap mitos oleh majoriti muslim 'average' seperti saya. Sering disuakan dengan kisah sahabat di zaman Nabi yang diceritakan kakinya dipotong (saya tidak pasti kisah ini sahih atau sebaliknya) untuk rawatan tatkala solat lantaran khusyu' yang begitu hebat...lalu siapalah kita yang hendak dibandingkan khusyu' yang

Upload: khairul-anuar-mohd-isa

Post on 05-Sep-2015

59 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

solat

TRANSCRIPT

Saya menerima hadiah istimewa, yang diletakkannya secara 'rahsia' di bilik pejabat; tanpa nama dan tanpa sebarang nota catatan. Hadiah istimewa yang merupakan buku mengenai Rahsia khusyu' di dalam solat.

Puluhan tahun saya mendirikan solat dalam keadaan yang 'jarang bersedia'; litupan hati yang saban tersadung dengan lintasan dan fikiran sesuatu yang tidak sepatutnya difikirkan.Di tambah terkadang, tatkala solat yang didirkan dalam keadaan penat mengharung ujian, letih melayan tugasan wajib untuk dilakukan atau juga apabila sendi-sendi kesakitan.

Ungkapan berulang yang saya dengar dari ayat kedua surah Al Mukminun, menusuk-nusuk sayu ke dalam hati...Allahu akbar, solat saya yang kebanyakkannya masih tidak khusyu' sepenuhnya.... saya yang masih 'timbul tenggelam' dalam menterjemahkan sesungguhnya secara nyata solat yang khusyu'..

Apabila disuakan tentang makna kebahagiaan, tanggapan norma yang biasa saya cerap hanyalah pada deretan yang berupa kebahagiaan yang diukur pada batas material yang disenangi manusia sejagat secara umum... menerima anugerah, hadiah, sesuatu yang diidam menjadi nyata, percutian ke tempat yang dianggap 'syurga', rumah indah gaya astana, deretan 'kuda-kuda' moden mahupun kenderaan yang menjadi tatapan segenap mata...

Jarang sekali saya mendengar kisah atau menatap kebahagiaan individu yang diraut dari solat yang penuh bahagia. Adapun...ianya wujud dalam rangka yang terkadang dianggap mitos oleh majoriti muslim 'average' seperti saya. Sering disuakan dengan kisah sahabat di zaman Nabi yang diceritakan kakinya dipotong (saya tidak pasti kisah ini sahih atau sebaliknya) untuk rawatan tatkala solat lantaran khusyu' yang begitu hebat...lalu siapalah kita yang hendak dibandingkan khusyu' yang sedemikian?

Penjelasan berbelit serta tidak konsisten, menjadi hijab yang banyak menghalang hati-hati yang ingin dekat kepada solat dan doa yang penuh khusyu'... ditakutkan pula andai tersalah baca bakal mengundang padah mengundang sesuatu yang tidak diinginkan..

Alhamdulillah..kesusahan mencari erti dan terjemahan khusyu' ditemukan Allah kepada saya melalui nota"Perfecting your solat"oleh Ustaz Abdul Nasir Jangda. Saya tidak pernah hadir ke kursus berkenaan, namun penjelasan mudah dari instructor yang berkenaan, diizinkan Allah sampai jauh ke sudut hati untuk memahami dan menterjemahkannya secara faham dalam solat-solat yang dihadiri.

Kunci khusyu' di dalam solat dan doa...ialah hati yang hadir penuh kerendahan (menyedari dirinya sebagai hamba yang dicipta) terhadap Tuhan yang Maha Penguasa yang menguasai segala-galanya...

http://thesinglemuslimah.wordpress.com/1. TakbirSolat itu dimulai dengan takbir Allahu Akbar. Selalunya ianya diterjemahkan sebagai Allah Maha Besar. Namun, sebenarnya perkataan akbar itu bermaksud lebih besar dari. Kalau kita ingin katakan Allah Maha Besar, frasa yang sepatutnya digunakan ialah Allah al-Akbar. Jadi, dalam bahasa Melayu, susunannya sebegini: kabir (besar), akbar (lebih besar dari) dan al-akbar (maha besar).Mengapa Allah tidak saja menyuruh kita melaungkan frasa Allah al-akbar? Bukankah Dia sememangnya al-Akbar? Disinilah indahnya frasa Allahu Akbar. Sememangnya Allah ingin mendidik minda kita yang Allah itu lebih besar dari_______. Biar apapun yang manusia dapat fikirkan, seagung dan sehebat mana pun perkara yang mampu difikirkan, Allah tetap lebih besar dari segalanya. Dan dari situlah, manusia yang mempunyai akal fikiran akan tunduk akur dan mencapai pengertian sendiri yang Allah itu sememangnya Maha Besar.Oleh itu, ada sebabnya mengapa frasa Allahu Akbar diletakkan sebagai pembuka solat. Ianya supaya mendorong kita agar berfikirAllah lebih besar dari kerjaku/anak-anakku/masalahku/perniagaanku/apa saja yang telah kulakukan atau fikirkan sebelum aku berdiri menghadap Penciptaku.Pendek kata, frasa itu bertindak sebagai pemisah dari alam duniawi dan membuatkan kita fokus dalam perbualan kita dengan Allah. Kerana itulah erti solat: perbualan dua hala antara kita dengan Ya Rabb (Pemilik, Penjaga, Yang sentiasa memberi dan memerhati)***

2. Doa IftitahShaykh Abdul Nasir berkongsi 3 doa iftitah dari sumber hadis yang lebih kerap dibaca. Namun saya hanya akan berkongsi 1 doa yang lebih dikenali oleh pengikut madhab Syafii (rahimullah).

Wajahtu wajhiya lilladzi fathorassamaawati wal-ardh, hanifan, wa maa anaa minal musyrikin. Inna solaatii wanusukii wamahyaaya wamamaatii lillahi rabbil alamiin. Laa syarikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin.Wajahtu wajhiya -Kata dasar atau akar kedua perkataan ini ialahwajhyakni bermaksud muka atau wajah. Digunakan bersama,wajahtu wajhiya,ianya seakan peribahasa yang bermaksud Aku berpaling dengan penuh ikhlas / Aku berdedikasi sepenuhnyaLilladzi fathorassamaawati wal-ardh Libermaksud kepada.Alladzibermaksud dia yang. Fathorapula bermaksud yang memulakan atau mengadakan. Perkataan untuk cipta ialah khalaq, jadi fathora bukannya mencipta kerana ia membawa maksud memulakan atau menjadikan sesuatu yang tiada dasarnya.Assamaawati wal ardhbermaksud langit dan bumi.HanifanKata dasarhanif, bermaksud fokus, atau tidak pandang kiri atau kanan, tidak terganggu, terus memandang ke hadapan.Wa maa anaa minal musyrikinWaialah dan,maadi sini bermaksud tidak langsung, tidak sekali-kali,anaa minal musyrikinialah aku dari golongan orang yang musyrik (musyrik bermaksud menyekutukan perkara-perkara lain dengan sesuatu yang sepatutnya hanya satu yakni di sini membawa erti menyekutukan Allah)Inna solaatii Sesungguhnya, solatkuWanusukiiKata dasar nasika bermaksud alat-alat yang digunakkan untuk membentuk emas. Dalam erti kata nusukii bermaksud perkara-perkara yang seseorang lalui yang membentuk keperibadian yakni pengorbanan.Wamahyaaya Kata dasar hayat, pengertiannya bermaksud kehidupan; contoh dalam azan hayya ala solah bina kehidupanmu keliling solat yakni apa-apapun yang kita lakukan dalam seharian, harus mengambil kira solat dahulu.Wamamaatii -Kata dasar maut, pengertiannya bermaksud kematian.Lillahi rabbil alamiinbermaksud untuk Allah, Rabb sekalian alam.Laa syarikalahuTidak ada langsung sekutu (syarik) untukNya (yakni Allah).Wa bidzaalika umirtu Bi(atau huruf ba) menunjukkan erti berdasarkan.Dzaalikapula bermaksud itu.Umirtu apa yang telah disuruh atau diarah.Wa anaa minal muslimiin Anaa diriku, minal musliminbermaksud dari golongan orang-orang yang telah tunduk dengan aman yakni tunduk pada suruhanNya dengan sepenuh hati.

Wajahtu wajhiya lilladzi fathorassamaawati wal-ardh, hanifan, wa maa anaa minal musyrikin. Inna solaatii wanusukii wamahyaaya wamamaatii lillahi rabbil alamiin. Laa syarikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin.Aku berpaling sepenuhnya kepada Dia yang memulakan dari ketiadaan langit dan bumi, dan aku fokus, tidak terganggu, dan tidak sekali-kali aku dari golongan orang-orang yang musyrik (yakni menyekutukan Allah). Sesungguhnya solatku, pengorbananku, kehidupanku dan kematianku ialah untuk Allah, Rabb sekalian alam. Tidak ada langsung sekalipun sekutu bagiNya; berdasarkan kenyataan itulah aku mengikuti apa yang telah diarah. Dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim yakni telah tunduk dengan aman pada suruhanNya.***

3. Al-Fatihah (tidak sah solat tanpa membaca Surah Ummul Quran ini di setiap rakaat jadi sudah seharusnya kita ketahui dengan lebih terperinci maksudnya)

Auudzubillahi minassyaithoonirrajiim BismillahirrahmaanirrahimAlhamdulillahi rabbil alamiin. Arrahmaanirrahiim. Maalikiyaumiddiin. Iyya kanabudu wa iyya kanastaiin. Ihdinassraathol mustaqiim. Sraatholladziina an amta alaihim, ghairil maghdhubi alaihim, waladdholiin. Amin.Auudzubillahi minassyaithoonirrajiimAuudzu aku bersungguh-sungguh mengambil perlindunganbillahi dengan Allahmin as-syaithooni dari shaitaanar-rajiim yang dibuang seperti sampahTerjemahan:Aku bersungguh-sungguh mengambil perlindungan dengan Allah dari shaitaan yang tersimpang jauh dari kebaikan dan telah dibuang jauh seperti sampah.Auudzu mengambarkan seseorang itu dalam keadaan yang amat terdesak. Shaitaan adalah musuh utama kita sebagai manusia tetapi ramai di antara kita bersikap sambil lewa. Oleh itu, kesedaran harus ada dan oleh sebab itu Allah berpesan kepada kita agar mengambil perlindungan denganNya setiap kali membaca ayat-ayat Al-Quran.Shaitaan berasal dari kata dasar yang menunjukkan sesuatu yang jauh tersimpang dari perkara-perkara baik, sementara ar-rajiim membawa makna tidak dipedulikan, dibuang jauh./ / /BismillahirrahmaanirrahimTerjemahan:Dengan nama Allah Yang Maha Teramat Mengasihi, Yang Maha Khusus Mengasihi/ / /Alhamdulillahi rabbil alamiin.Al - segalaHamd pujian dan terima kasih/syukurLillahi untuk AllahRabb Tuhan, Pemilik, Penjaga, Pemberi, PemeliharaAlamiin sekalian alam dan isinyaTerjemahan:Segala pujian dan terima kasih/syukur hanyalah untuk Allah, Tuhan, Pemilik, Penjaga, Pemberi, Pemelihara sekalian alam dan isinya.Di dalam konteks ayat ini, frasa segala pujian dan terima kasih bermakna samada seseorang itu percaya atau tidak pada Allah, ianya tidak sedikitpun membuat keagungan dan kebesaran Allah mengurang kerana sudah semestinya segala pujian dan terima kasih adalah milikNya.Perkataan hamd yang Allah gunakan menunjukkan dua aspek yakni pujian dan syukur, kerana sesuatu mungkin dipuji tapi tidak disyukuri (contoh kita memuji kecantikkan sebuah kereta tapi kita tidak mensyukurinya) dan mungkin juga sesuatu tidak dipuji tetapi tetap kita berterima kasih akannya (contoh Nabi Musa a.s. berterima kasih pada Firaun kerana membesarkannya tapi dia tidak sekali-kali memuji sikap Firaun).Al-Fatihah merupakan surah pembuka Al-Quran. Ianya bertindak sebagai pengenalan kepada si pembaca. Lalu ayat pertama ini bertujuan mengenalkan pembaca kepada siapa penulis kitab ini, yakni, Allah. Dan siapakah Allah? Dia adalah Rabb -Tuhan, Pemilik, Penjaga, Pemberi, Pemelihara dan kekuasannya melingkungi sekalian alam iaitu alam manusia, alam jin dan alam-alam ghaib yang tidak kita ketahui dan setiap ciptaan di dalamnya. Istilah Rabb juga menandakan bahawa Dia lah yang berkuasa atas segalanya, maka setiap ciptaan adalah hambaNya (abd)./ / /Arrahmaanirrahiim. Maalikiyaumiddiin.Ar-rahmaan Yang Maha Teramat Mengasihi, tiada batasan dan secara amnyaAr-rahiim Yang Maha Khusus Mengasihi, sentiasa, tidak putusMaalik Pemilik mutlakYaumiddiin hari pembalasanTerjemahan:Yang Maha Teramat Mengasihi, kasihNya membuak-buak,Yang Maha Khusus Mengasihi, tidak pernah putus. (Dia juga) pemilik mutlak hari pembalasan.Setelah mengenalkan diriNya sebagai Allah, Rabbul alamiin, seseorang yang faham akan maksud ayat itu sepatutnya berfikiran, aku adalah seorang hamba (abd). Namun bukankah erti hamba itu berunsur negatif? Lihat saja sejarah manusia yang miskin atau yang berlainan warna kulit ditindas dan dijadikan hamba abdi. Subhanallah, Allah mengetahui sangat istilah hamba yang berbaur negatif ini; bukankah selalunya tuan besar seseorang hamba selalunya dianggap zalim dan tidak berperikemanusian? Oleh itu sejurus selepas mengenalkan diriNya sebagai Rabb atau Tuhan/Tuan Besar/Pemilik, Dia terus mengingati kita akan zat-zatNya yang unggul yakni Dia seorang Pengasih, sekaligus menyangkal sebarang sangkaan buruk terhadapNya.Para ulama tafseer berkata sifat Ar-Rahmaan ialah untuk sekalian alam, dimana walaupun seseorang itu musyrik atau kafir atau zalim, Allah tetap memberinya rizq. Ini kerana Allah sayang pada setiap ciptaanNya walaupun ada yang tidak menyayangiNya. Sifat ini juga lebih terserlah untuk penghuni-penghuni sekalian alam sebelum tibanya hari kiamat.Sementara sifat Ar-Rahiim pula khusus bagi para Muslimin dan Mukminin, yakni orang-orang yang benar-benar yakin Allah hanya satu tanpa sebarang sekutu. Sifat ini juga akan menyerlah pada hari kiamat, apabila Allah akan melebihkan kita yang mukmin, sesuai dengan janjiNya di dalam Al-Quran.Namun, walaupun Allah mengatakan diriNya Ar-Rahmaan dan Ar-Rahiim, ini tidak bermaksud kita boleh bersikap sambil lewa. Allah kembali tegas dan mengingati kita yang walaupun Dia Yang Maha dan Amat Pengasih, namun Dia juga tetap pemilik hari pembalasan. Jadi sesiapa yang bersalah, walaupun mungkin Allah tidak menghukumnya di dunia, tetapi Allah boleh saja menghukumnya pada hari pembalasan. Allah adalah Maha Adil; mana mungkin pesalah dibiarkan, melainkan mereka sempat bertaubat dan cuba untuk merubah diri mereka semasa masih hidup. Harus diingat, setiap manusia akan melakukan kesalahan dan kadang kala kita akan terpesong dari jalan yang benar, jadi kita harus sentiasa ingat yang Allah boleh menghukum kita lalu segeralah kita bertaubat dan minta keampunanNya sebelum terlewat.***

Disini, nota-nota diambil dari dars Ustad Nouman Ali Khan.

3. Al-Fatihah (tidak sah solat tanpa membaca Surah Ummul Quran ini di setiap rakaat jadi sudah seharusnya kita ketahui dengan lebih terperinci maksudnya) ///Iyyaka nabudu wa iyyaka nastaiin.Iyyaka hanya EngkauNabudu kami sembah / patuh / mengabdikan diriWa danIyyaka hanya EngkauNastaiin kami memohon pertolonganTerjemahan:Hanya Engkau kami sembah dan mengabdikan diri dan hanya Engkau kami memohon pertolongan.Sepatutnya susunan ayat dalam bahasa Arab sebegini: Nabudu iyyaka yang bermaksud kami menyembah hanya (pada) Engkau. Tapi Allah menukar susunan ayat kerana hikmahnya ialah untuk menunjukkan betapa penting dan ekslusifnya Allah kepada seseorang mukmin. Yakni, dalam menyebut iyyaka dahulu menunjukkan kesungguhan yang tidak dapat disangkal. Allah ingin mengajar kita bahawa hanya satu entiti yang patut disembah dengan sesungguhnya tanpa ada ruang untuk yang lain yakni Allah azza wa jalla.Begitu juga dengan iyyaka nastaiin, menunjukkan kita hanya patut meminta pertolongan dari Allah saja. Bantuan itu hanya akan datang dengan izin Allah. Istilah nastaiin juga mengambarkan permintaan yang seakan antara hidup dan mati yakni meminta dengan bersungguh-sungguh sepertinya tiada siapa lagi yang dapat membantu.///Ihdinassraathol mustaqiim.Ihdina (Ya Allah) Tunjukkanlah kamiAs-siraath al-mustaqiim Jalan yang lurus yang mendakiTerjemahan:(Ya Allah)Tunjukkanlah kami jalan yang lurus yang mendakiIhdina merupakan kata pinta, jadi pada siapa yang kita meminta? Tentu sekali Allah, jadi setiap kali membaca ayat ini harus ingat kita meminta padaNya. Sirath adalah jalan yang lurus, yang tiada bengkoknya, sehala saja tujuannya. Sirath juga bermaksud jalan yang luas, yakni tiada tempat untuk bersembunyi jadi senang diganggu (dan istilah gangguan disini bermaksud shaitaan dan kuncu-kuncunya). Apabila bercakap tentang Islam/agama (deen), Allah menggunakan perkataan sirath. Perkataan lain yang menunjukkan erti jalan adalah sabil (fisabilillah) tetapi sabil menggambarkan adanya liku-liku.Al-mustaqiim pula membawa maksud hala tuju yang sukar, yang penuh cabaran, yakni seperti mendaki gunung. Jalannya, biarpun lurus terus ke puncak, sukar kerana ia tidak mendatar sebaliknya perlukan stamina berterusan kerana semakin tinggi kita mendaki, semakin sukar bernafas, penat, banyak cabaran, semakin bahaya dan sebagai. Subhanallah, betapa indahnya pemilihan kata-kata dari Allah.///Sraatholladziina an amta alaihim, ghairil maghdhubi alaihim, waladdholiin.Siraath Jalan lurusAlladziina merekaAn amta - telah Engkau kurniakan nikmatAlaihim di atas merekaGhairi bukannyaAl-maghdubi mereka yang menerima segala kemurkaan/kemarahanAlaihim di atas merekaWa danAd-dholiin mereka yang telah tersesatTerjemahan:Jalan lurus (yang dilalui oleh) mereka yang telah Engkau kurniakan nikmatMu di atas mereka dan bukannya (jalan yang dilalui) mereka yang telah menerima segala kemurkaan (dari Allah, malaikatNya, ciptaanNya yang beriman) di atas mereka dan mereka yang telah tersesat.Anamta ialah bentuk perkataan yang menunjukkan perkara ini telah berlaku (yakni Allah telah). Ini bermakna jika kita berjalan di atas jalan yang lurus dan benar, kita harus melihat kembali sejarah Islam dan mempelajari contoh-contoh mukmin yang telah mendapat berita baik dari Allah, seperti para-para nabi, Luqman, Khidir dan beberapa orang alim lain yang disebut dalam Quran dan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.Kita tidak boleh fikir yang hanya kerana kita dilahirkan Muslim atau kita sudah diberi hidayah untuk mendalami Islam, kita telah selamat. Kita tetap manusia, tetap akan buat kesilapan, dan kalau kita alpa dan tidak sentiasa muhasabbah diri, kita mungkin akan jadi di kalangan orang-orang yang mendapat kemurkaan/kemarahan (al-maghdubi) atau kita mungkin akan tersesat (yakni jauh dari Quran dan sunnah).***

3. Al-Fatihah (tidak sah solat tanpa membaca Surah Ummul Quran ini di setiap rakaat jadi sudah seharusnya kita ketahui dengan lebih terperinci maksudnya)

Auudzubillahi minassyaithoonirrajiim BismillahirrahmaanirrahimAlhamdulillahi rabbil alamiin. Arrahmaanirrahiim. Maalikiyaumiddiin. Iyya kanabudu wa iyya kanastaiin. Ihdinassraathol mustaqiim. Sraatholladziina an amta alaihim, ghairil maghdhubi alaihim, waladdholiin. Amin.Aku bersungguh-sungguh mengambil perlindungan dengan Allah dari shaitaan yang tersimpang jauh dari kebaikan dan telah dibuang jauh seperti sampah Dengan nama Allah Yang Maha Teramat Mengasihi, Yang Maha Khusus MengasihiSegala pujian dan terima kasih/syukur hanyalah untuk Allah, Tuhan, Pemilik, Penjaga, Pemberi, Pemelihara sekalian alam dan isinya.Yang Maha Teramat Mengasihi, kasihNya membuak-buak,Yang Maha Khusus Mengasihi, tidak pernah putus. (Dia juga) pemilik mutlak hari pembalasan.Hanya Engkau kami sembah dan mengabdikan diri dan hanya Engkau kami memohon pertolongan.(Ya Allah) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus yang mendaki.Jalan lurus (yang dilalui oleh) mereka yang telah Engkau kurniakan nikmatMu di atas mereka dan bukannya (jalan yang dilalui) mereka yang telah menerima segala kemurkaan (dari Allah, malaikatNya, ciptaanNya yang beriman) di atas mereka dan mereka yang telah tersesat.Terdapat hadis Qudsi dimana Allah berkata bahawa Dia telah membahagikan Al-Fatihah sama rata antara Dia dan kita hambaNya.3 ayat pertama adalah untukNya, dimana kita membesaran dan mengagungkan Rabb kita. Kemudian kita berkata/berjanji padaNya hanya Engkau kami sembah/abdikan diriDan apabila kita menyeru padaNya dan hanya Engkau kami mohon pertolongan, lalu Allah berkata apa saja hambaKu pinta, Aku akan tunaikan.Dan sudah semestinya, apa yang patut dan harus kita pinta terutamanya? Hidayah, untuk menuju dan melangkah di atas jalan yang benar, kerana di akhir jalan itu yang menanti kita adalah keredhaan Allah, kemaafanNya, wajahNya dan jannahNya. Oleh itu ayat 3 terakhir adalah sebenarnya doa utama kita untuk Allah, dan mudah-mudahan Allah menerima doa kita dan mengampunkan dosa-dosa kita, amin.***

4. Takbir

Allahu AkbarKalau pada awalnya takbir merupakan pembuka solat, di sini kegunaan takbir ialah untuk membuat kita kembali fokus. Kerana setelah membaca doa iftitah, al-Fatihah dan surah pilihan, minda kita kemungkinan akan mula merayau.Lalu takbir ditempatkan di setiap penukaran posisi (rukuk, sujud, dll) sebagai peringatan agar kita kembali fokus kepada Allah dan solat kita pabila minda kita mula mengingati dunia dan benda-benda lain.***

5. Ruku / Rukuk (termaksud berdiri dari ruku)

Subhaana rabbiyyal azhiim (3x)Subhaana Betapa sepenuhnya/tiada tandingan sempurnanyaRabbiya RabbkuAl-adzhim Yang Maha sentiasa kuat, sentiasa dapat diharapkanTerjemahan:Betapa tiada tandingan sempurnanya Rabbku Yang Maha sentiasa kuat/dapat diharapkan.Subhaana menunjukkan kesempurnaan Allah yang tiada bandingannya. Kesempurnaan itu hanya milikNya dan sifatNya, oleh itu tiada apa dalam ciptaan yang boleh menandinginya.Istilah rabb sila rujuk pada topik tentang Al-Fatihah.azhim berasal dari kata dasar azhuma yang bermaksud kuat, teguh.Pernahkah kita terfikir tentang posisi kita dalam rukuk? Kita sebenarnya dalam keadaan goyah sewaktu rukuk; kita boleh senang ditumbangkan jika seseorang melanggar kita. Jadi di posisi ini, Allah mengingatkan kita yang kita sebenarnya tidak ada daya kekuatan sendiri; kita mengharapkan belas Allah yang bersifat Al-azhiim. Allah yang memberi kudrat tenaga pada kita apabila kita berdiri tegak dan melakukan pekerjaan, dan Dia jugalah yang memberi kekuatan mental dan jiwa apabila kita menghadapi sebarang masalah dalam hidup.///Di posisi ruku dan sujud, kita boleh juga menambah beberapa dhikr/zikir yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Disini, hanya satu contoh yang akan dikongsikan.Subbuhun quddusun rabbul malaaikati warruuhiSubbuhun Sentiasa sempurna, tidak akan pernah ada cacat celaQuddusun Sentiasa suci, terpeliharaRabb TuhanAl-malaaikati sekalian malaikatWa danAr-ruuh Sang Ruh (disini, bermakna malaikat Jibril a.s.)Terjemahan:Sentiasa sempurna, sentiasa suci, Rabb sekalian malaikat dan Jibril.Subbuhan dan subhaana adalah dari akar kata yang sama. Quddus pula membawa pengertian kesucian yang tidak boleh dicemar. Seharusnya seorang Muslim peka dengan sifat Allah yang Al-Quddus. Allah itu Maha Agung, Maha Besar; kita tidak boleh bercakap sambil lewa tentangNya. Kita harus sentiasa ada rasa kagum, teruja, hormat dan sayang apabila bercakap tentang Allah.Di dalam al-Quran, Allah seringkali mengelar Jibril (a.s) sebagai ar-ruh al-amin. Disini, mengapa Allah asingkan Jibril dari perkataan malaikat? Bukankah dia juga malaikat? Ianya bertujuan untuk membuat kita merenung akan keistimewaan Jibril. Tahukah kita siapa itu Jibril? Dia adalah ketua segala malaikat, yang ditugaskan Allah untuk memberi wahyu kepada para nabi. Jibril adalah malaikat yang paling perkasa dan paling cantik ciptaannya. Menurut sumber hadis, ketinggian Jibril mencecah ke awanan di langit. Pabila dia berdiri, kakinya merangkumi dari timur ke barat. Dia mempunyai 600 kepak, dan dari kepak-kepaknya bergantungan batu-batu berharga seperti delima, zamrud dan sebagainya.Jadi, jika makhluk sekuat, setinggi, secantik Jibril boleh tunduk dan sujud menyembah Allah, mengapa pula kita manusia yang kerdil boleh jadi angkuh dan tidak mengabdikan diri pada Allah, Pencipta kita. Renung-renungkanlah zikir ini///Samiallahu liman hamidahuSamiallahu samia (mendengar) Allahu (Allah)Liman Kepada yangHamidahu memujiNyaTerjemahan:Semoga Allah memberi ganjaran kepada siapa yang memujiNya.Samia bermaksud mendengar, jadi sepatutnya terjemahannya sebegini: Allah mendengar Tetapi di dalam bahasa Arab, walaupun makna kata-kata sebegini dan sebegitu, tetapi apabila digabungkan, akan membuahkan makna yang lain. Seperti contoh: kereta dan api. Keretapi bukan bermaksud kereta yang sedang berapi tetapi merupakan sejenis kenderaan. Apabila samiallahu digabungkan dengan liman, maka maknanya bertukar menjadi Semoga Allah memberi ganjaran///Rabbanaa lakal hamduRabbanaa Rabb kamiLaka untuk MuAl-hamd segala puji/syukurTerjemahan:Rabb kami, untukMu ialah segala puji dan terima kasihIndahnya zikir ini ialah kerana ianya merupakan doa yang kita ucapkan. Bukankah kita baru saja berkata dengan Allah untuk memberi ganjaran kepada orang-orang yang memujiNya? Dan sekarang kita pula mengambil kesempatan untuk memuji Allah.Kerana selama ini kita hanya solat seperti mana diajar tapi tak mengetahui apa yang dibaca, maka kita tidak sedar yang sebenarnya solat itu bukan hanya untuk memuji Allah tapi untuk meminta dan membuat doa-doa yang amat penting, seperti doa ditunjukkan jalan yang lurus dan doa untuk diberi ganjaran kerana memujiNya. Allahu akbar!***

6. Sajdah / Sujud

Subhaana rabbiyyal alaa (3x)Subhaana Betapa sepenuhnya/tiada tandingan sempurnanyaRabbiya RabbkuAl-Ala Yang Maha sentiasa tinggi kedudukanNyaTerjemahan:Betapa tiada tandingan sempurnanya Rabbku Yang Maha sentiasa tinggi kedudukanNya.Pernahkah kita terfikir tentang posisi kita dalam sujud? Wajah seseorang adalah anggota badan yang paling mulia; wajah adalah pengenalan diri. Sebagai seorang manusia, untuk menyembab muka ke tanah atau lantai adalah perkara yang tidak boleh diterima akal fikiran kerana ia membuat seseorang itu seakan tidak ada maruah atau harga diri. Tetapi jika muka itu diletakkan ke dasar tanah/lantai untuk meyembah Pencipta kita, itu adalah suatu posisi yang dianggap paling disukai kerana kita menjadi rendah diri padaNya yang Maha Esa. Sememangnya, sujud itu adalah posisi yang hanya layak untuk Allah kerana sememangnya kita hambaNya dan Dia adalah Rabb.Maka dengan sujud, kita akan sentiasa berfikir, aku rendah serendahnya di hadapan Rabbku yang sentiasa mulia dan tinggi kedudukanNya. Tetapi tahukah kita, dalam sujudlah, kita paling rapat dengan Allah, dan mengikut hadis sahih, Rasulullah (s.a.w) menganjurkan kita untuk banyak berdoa ketika sujud. NAMUN, perlu diketahui di sini, doa-doa semasa sujud sepatutnya dibuat semasa solat-solat sunnat saja, dan bukan solat fardhu, kerana tidak boleh ada bahasa asing dalam solat fardhu (melainkan kita tahu menyebut doa-doa dalam bahasa Arab).///Seperti ruku, kita boleh menambah zikir-zikir lain yang telah dianjurkan oleh Rasulullah (s.a.w) melalui sunnahnya. Salah satu zikir ini ialah seerti yang diterangkan di bab ruku (Subbuhun Quddusun Rabbul malaaikati war-ruuhi.)Zikir yang satu lagi ialah:Subhaanna dziil jabaruuti wal malakuuti wal kibriiya wal azhomahSubhaanna Betapa sempurnanyaDzii pemegangAl-jabaruuti segala kekuasaanWa danAl-malakuuti (yang) memiliki segala kebendaan, samada nyata atau tidakWa danAl-kibriyaai (yang) kebesaranNya tidak dapat disangkalWa danAl -azhomah (yang) teguh, tidak akan pernah goyahTerjemahan:Betapa sempurnanya Pemegang segala kekuasaan, dan yang memiliki segala kebendaan nyata atau tidak, dan kebesaranNya tidak dapat disangkal dan keteguhan yang tidak akan pernah goyah.***

7. Duduk antara dua sujud

Rabbirghlii warhamnii wajburnii warfanii warzuqnii wahdinii waafinii wafuaniiTerjemahan:Rabbku ampunkanku,dan rahmatiku,dan lengkapkanlah segala keperluanku,dan naikkanlah darjatku,dan berikanku rezeki,dan bimbinglahku/beri hidayah padaku,dan sihatkanku ,dan maafkanlahkuSeperti yang telah diterangkan sebelum ini, solat bukan saja untuk memuji dan memanjat kesyukuran pada Allah tetapi terdapat juga peluang untuk kita membuat doa untuk diri sendiri. Dan di posisi ini Allah telah beri kita peluang untuk meminta perkara-perkara penting dalam kehidupan kita. Allahu akbar!***

8. TahiyyatTerdapat 5 tahiyyat yang dikongsikan oleh Shaykh yang berasaskan hadis. Disini, kita hanya akan mengkaji satu saja doa tahiyyat, yang lebih dikenali pengikut madhab as-Shafii.

Tahiyyat dari Ibn Abbas (r.a.)Attahiyaatul mubarakaatu assolawaatu atthoyiibatatulillah. Salaamun alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullahi wabarakaatuh. Salaamun alainaa wa alaa ibaadillahissolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallah, wa anna Muhammadarrasulullah.Terjemahan:Segala pujian tertinggi, keberkatan, selawat (doa dan solat), kebaikkan yang indah adalah untuk Allah.Salam ke atasmu wahai Nabi dan (juga) rahmah Allah dan keberkatanNya.Salam ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang solihin.Aku bersaksi sesungguhnya tiada langsung ilah (entiti yang disayangi, disembah, diharapkan) melainkan Allah.Dan bahawanya Muhammad itu Rasul Allah.Berbanding dengan tahiyyat lain, ayat pertama dalam tahiyyat ini tidak menggunakan perkataan wa (dan) sebagai penyambung. Ketiadaan perkataan wa menunjukkan semuanya (pujian, berkat, selawat, kebaikkan) sama penting dan hanya untuk Allah bermakna kehidupan kita adalah untuk Allah seluruhnya.As-salamum tidak digunakan, sebaliknya salamun: ini menunjukkan segala bentuk salam adalah untuk Nabi kita (s.a.w). [As-salamun bentuknya khusus]Apabila kita memberi salam atas hamba-hamba Allah yang solihin, ianya juga sebagai pembakar semangat untuk kita supaya menjadi hamba solihin. Kerana jika kita dapat menjadi hamba yang solihin, ini bermakna kita termaksud dalam doa berjuta umat Islam yang melakukan solat setiap hari setiap waktu sekeliling dunia.Ilah selalunya diterjemah sebagai Tuhan, tetapi makna yang lebih tepat ialah sesuatu perkara atau entiti yang kita sanjungi, sayangi, dan menaruh harapan. Duit boleh menjadi ilah, begitu juga suami atau isteri, atau anak-anak. Di sini, Allah mengajar kita, manusia cuma boleh hanya ada SATU ilah saja, iaitu Allah azza wa jalla. Kerana duit, suami, isteri dll hanyalah ciptaan semata-mata; ianya semua tetap bergantung pada turutan Allah. Jadi bukankah akal fikiran logik akan mengatakan sembah,sayangi dan harapkan pada si Pencipta dan bukannya ciptaan.***

9. Selawat atas Nabi

Allahumma solli alaa Muhammad wa alaa aali Muhammad. Kamaa sollaita alaa Ibrahiim wa alaa aali Ibrahim. Innaka hamiidummajiid.Allahumma baarik alaa Muhammad wa alaa aali Muhammad. Kamaa barakta alaa Ibrahiim wa alaa aali Ibrahim. Innaka hamiidummajid.Terjemahan:Ya Allah, sampaikan selawat ke atas Muhammad dan semua yang mengikuti Muhammad. Sama sepertimana Kau telah sampaikan selawat ke atas Ibrahim dan semua yang mengikuti Ibrahim. Sesungguhnya Kau yang Terpuji dan Teragung.Ya Allah, sampaikan keberkatan ke atas Muhammad dan semua yang mengikuti Muhammad. Sama sepertimana Kau telah sampaikan keberkatan ke atas Ibrahim dan semua yang mengikuti Ibrahim. Sesungguhnya Kau yang Terpuji dan Teragung.

Doa sebelum beri salam dan taslim

Nota ialah sepertimana yang telah diajarkan oleh Shaykh Abdul Nasir Jangda, melainkan ada pengecualian.

10. Doa sebelum beri salam & Taslim / Salam

Sebelum memberi salam, adalah menjadi sunnah Rasulullah (s.a.w) untuk membuat sepatah-dua doa. Caranya setelah habis membaca selawat atas Nabi, teruskan saja dengan doa sambil memandang ke tempat sujud. Ada beberapa doa yang telah dirakam di dalam hadis, samada doa dari Al-Quran ataupun doa Rasulullah (s.a.w) sendiri. Di sini, saya akan kongsi satu doa dari Al-Quran yang sering dibaca Rasulullah (s.a.w) dan lebih mudah dihafal,Rabbanaa aatinaa fidduniyaa hasanatawwafii aakhirati hasanatawwa qinaa adzaa bannarTerjemahan:YaRabb kami, berilah kami kebaikkan di dunia ini dan kebaikkan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka.Doa ini menunjukkan tidak salah untuk kita meminta kesenangan dan kebaikkan di dunia tetapi kita harus selalu ingat doa kita untuk masa hadapan kita di akhirat kelak adalah dua kali ganda lebih penting. Jadi kalau kita berdoa selama 5 minit untuk perkara-perkara duniawi, luangkan pula 10 minit untuk kehidupan dan nasib kita di akhirat kelak.///Dan sebagai penutup solat, kita mengucapkanAssalamualaikumke kanan dan ke kiri. Ada yang berkata kita memberi salam pada para malaikat yang turut solat bersebelahan kita. Dan ada juga para ulama yang berkata salam yang pertama ialah seperti mengatakan selamat tinggal kepada solat dan salam yang kedua ialah salam untuk memasuki semula dunia kita. Allahu alamDengan ini, selesailah nota-nota untukMeaningful Prayer (Solat Yang Bermakna). Semoga usaha kita bersama diberkatiNya amin***