slot 4_strategi dan teknik bacaan

Upload: kumar-pattel

Post on 14-Jan-2016

240 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Strategi Dan Teknik Bacaan

TRANSCRIPT

STRATEGI DAN TEKNIK BACAAN

STRATEGI DAN TEKNIK BACAAN

TAKLIMAT LITERASI BACAAN PISA 2014BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM1Takrif MembacaMembaca ialah proses aktif untuk memahami teks bercetak atau grafik.

Cohen (1990)Proses mental yang dipilih oleh pembaca secara sedar untuk melakukan tugasan bacaan dengan baik.

Walker (2000) Proses aktif apabila pembaca beralih antara sumber maklumat, menghuraikan makna dan strategi, memantau pemahaman, dan menggunakan konteks sosial untuk menggambarkan respons mereka.

Hiew (2012) Isu pengajaran dan pembelajaranbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah menengah, kolej dan universiti di Malaysia

Masalah BacaanTidak dapat memahami petikan atau artikel sepenuhnya.Berhadapan dengan banyak perkataan yang tidak difahami.

Akibat Masalah Bacaan

Menjejaskan tahap pemahaman dan kelancaran membaca.Memerlukan masa yang lebih panjang untuk membaca.

KAJIANKAJIANZare & Othman (2013) Hubungan antara pemahaman bacaan dengan strategi bacaan dalam kalangan pelajar ESL di Malaysia

Dapatan:Pelajar ESL yang mengaplikasikan lebih banyak strategi dan menggunakannya dengan kerap menunjukkan tahap pencapaian lebih baik dalam pemahaman bacaan.

Pelajar ESL perempuan didapati mengatasi keupayaan pelajar ESL lelaki dalam bacaan kerana mengaplikasikan lebih banyak strategi bacaan dan menggunakannya dengan kerap.

Kesimpulan dan Cadangan:

Terdapat hubungan yang positif antara strategi bacaan dengan pemahaman bacaan.

Guru perlu menggabungjalinkan strategi bacaan dalam pengajaran.

Maryanne Wolf -Membaca boleh dipelajari kerana reka bentuk otak yang mudah ubah. Apabila pembacaan berlaku, otak seseorang akan berubah selama-lamanya, sama ada secara fisiologi mahupun secara intelektual.

Rumusan

Proses mental secara sedarProses aktif - memilih maklumat, memantau bacaanPerancangan dan tingkah laku penyelesaian masalahBoleh dipelajariKaedah dan teknik bagi bacaan yang berkesan

.

http://christopherteh.com/blog/2010/07/malaysians-reading-habitTafsirkan Kita tidak perlu mengajar membaca buku-buku hebat;yang perlu diajar, mencintai bacaan. (B. F Skinner)Bangsa membaca, bangsa bertamadun.Tabiat Membaca Rakyat Malaysia Masalah Utama

Sebab tidak membaca:Tidak berminat (60.4%Tiada masa 15.2%Tidak suka membaca 13.5%Kesimpulan:Tidak minat membacaTidak suka membacaTerbatas kepada membaca bahan tertentuMenganggap aktiviti membaca membosankanKurang kosa kataAdakah strategi bacaan (pengetahuan, kesedaran dan peggunaan strategi dan DIAJARKAN? penggunaannya dalam bacaan) PISA menetapkan tiga aspek bacaan:

Mengakses dan mendapatkan maklumatMenggabung jalin dan mentafsir Membuat refleksi dan menilai

PISA menekankan bacaan intensif, kritis dan reflektif dan penggunaan strategi bacaan yang sesuai untuk sampai kepada pembacaan yang berkesan dan pemikiran tinggi.

BACAAN PISA = INTENSIF +KRITIS + REFLEKTIF

Literal memahami maklumat tersurat/luaran sahaja dalam teks. (nama, tempat, definisi mudah, arahan bertulis)

Perterjemahan/penyusunan semula menyatakan butiran dengan perkataan sendiri dengan mengekalkan idea asal (makna perkataan, fakta penting, menceritakan semula, mengubah maklumat kepada bentuk lain (teks-grafik)

Aplikasi menggunakan sesuatu yang baru difahami (perkataan, konsep, fakta) dalam konteks/ penyelesaian masalah/tugasan lain

Tahap Pemahaman Bacaan(Barret 1968, Smith (1969), Santoz (1976), Azman Wan Chik (1987)

Menganalisis mencerakin komponen maklumat (mengasingkan idea utama/sampingan, membandingkan ciri mengesan organisasi penulisan, menentukan hujah, fakta, bukti)

Membuat inferens membuat kesimpulan dan rumusan (sebab, akibat, perubahan, kesudahan)

Menilai mengulas, mengkritik dan menghakimi maklumat (menentukan kewajaram hujah, bukti, kekuatan, kelemahan, keaslian)

Penghayatan menikmati bahan secara dalaman

Tahap Pemahaman Bacaan(Barret 1968, Smith (1969), Santoz (1976), Azman Wan Chik (1987)

Takrif Strategi BacaanTeknik dan kaedah yang digunakan oleh pembaca supaya pembacaan mereka berhasil. (Baker & Boonkit (2004)

Perancangan dan perlakuan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa membina makna. (Janzen, 2003)

Menimbulkan kesedaran dan memahami pentingnya membaca. Galakan untuk membiasakan perlakuan membaca supaya menjadi amalan.Gunakan teks yang sesuai (tidak terlalu sukar tidak terlalu mudah serta menarik sebagai permulaan.Pelajar perlu melakukan tugas sendiri perlu dorongan dalamanDorong pelajar mengambil risiko dan membuat agakan apabila membacaPelajar perlu diberi bimbingan tentang cara membaca pelbagai bahan bacaan termasuk bacaan elektronik.

Strategi MotivasiStrategi BacaanBAWAH KE ATAS

menggunakan maklumat yang sedia ada dalam teks.Contohnya memahami teks dengan menganalisis perkataan dan ayat, atau merujuk makna perkataan yang sukar dalam kamus ATAS KE BAWAH

Menggunakan pengetahuan sebelumny,

Contohnya menghubungkan apa-apa yang sedang dibaca kepada pengetahuan latar pembaca (Janzen, 2003).

Sheorey dan Mokhtari (2001):

Strategi Kognitif proses dan langkah yang digunakan oleh pembaca semasa memahami maklumat teks. Contohnya menyesuaikan kelajuan bacaan, meneka makna perkataan, membaca semula untuk mendapatkan pemahaman.

Strategi Metakognitif - teknik yang dirancang dengan teliti oleh pembaca untuk memantau bacaannya. Contohnya meninjau teks, menggunakan rajah dan ilustrasi.

Strategi Sokongan - mekanisme untuk membantu pembaca memahami teks seperti merujuk kamus, membuat catatan, menggarisi dan menyerlahkan teks.Strategi BacaanSebelum Membaca:

Menggunakan pengetahuan latar untuk berfikir tentang topik tersebut. Menentukan perkara yang perlu difahami daripada bahan dan tujuan membaca.Membuat ramalan tentang maksud teksMeninjau teks dengan bacaan imbasan dan luncuran untuk mendapatkan maksud keseluruhanMeneroka ciri-ciri teks yang dibaca sebelum membaca kandungan

TIGA PERINGKAT BACAAN (SEBELUM SEMASA-SELEPAS)Semasa Membaca

Mengenal pasti isi-isi penting, idea dan maklumat dalam Mengenal pasti tujuan dan pola pemikiran penulis, Menjelaskan kefahaman tentang teks Meramal hal yang akan berlakuMenghubungkan idea penulis dengan maklumat yang sudah diketahuiMeluaskan kefahaman dengan cara yang kritis dan kreatifMemantau pemahaman dengan mempersoalkan dan merenung idea dan maklumat dalam teks.

Selepas Membaca

Mengenal pasti tujuan penulis Menganalisis teknik dan bahasa penulisMenilai kecekapan dan kewibawaan penulis Menanyakan soalan kritis Menilai sifat dan jenis bukti yang digunakan oleh pembaca untuk mendapatkan maklumat yang terperinci.

Tidak memahami perkataan atau rangkai kata tertentuTertinggal/terlepas pandang fakta, idea pentingKurang mahir dan gagal mengawal pemahaman dan menjangka pemahamanGagal mengekalkan tumpuan

Gangguan dalam pemahaman bacaan Tidak terus menggunakan kamus.Menggarisi/menyerlahkan perkatan yang tidak difahami.Meninjau kata kunci dalam teks.Mengesan imbuhan, sinonim, antonim bagi perkataan ituMenggunakan petunjuk konteks (definisi, gambaran, contoh, perbandingan dll.)

Strategi memahami kosa kata Memahami idea melalui petunjuk konteks Memahami teks dengan meninjau perkaitan antara idea (idea yang selari, idea yang bertentangan).Gunakan petunjuk konteks/kata pembayang untuk memahami teks dengan mencari idea utama dan maklumat sokongan. Contoh: bagaimanapun, selain itu, tidak dapat dinafikan, oleh yang demikian dll. Menganalisis ciri-ciri teksLatih pelajar meninjau organisasi teks (luaran): tajuk, tajuk kecil, peta, gambar, huruf cetak tebal, italik, kapsyen dan lain-lain sebelum membaca.Meneliti kandungan: klasifikasi, idea utama susunan mengikut kepentingan, pola sebab akibat, perbandinganMembaca soalan yang hendak dijawab;Membaca jawapan kepada soalan untuk membuat ringkasan petikan dan membuat anotasi.Mengimbas kembali kepada laluan dan proses untuk memastikan mereka memahami teks, dan menjana soalan-soalan tambahan.Gunakan petunjuk dalam teks dan pengetahuan latar (skemata) untuk mengesan idea tersirat.Gunakan bukti, alasan dan penghujahan dalam teks (diramalkan ...., menolak ..) Inferensi dilakukan dengan mengintegrasikan idea dalam teks dengan idea yang sedia ada dalam pemikiran pelajar. Maklumat dalam teks menentukan mutu inferensi sama ada betul atau tidak.Inferensi tidak diterima jika idea yang diberikan itu tiada dalam teks ataupun menyimpang. Bimbing pelajar membuat perbezaan antara inferens yang betul (menyokong) dan inferens yang salah (tidak menyokong).

Membuat inferens (membuat kesimpulan, kesimpulan awal atau rumusan bersandarkan pernyataan, fakta dan bukti dalam teks)Merumuskan idea keseluruhanMengesan cara bahan diorganisasikanMentafsir maksud, sikap dan nada pengarangMendapatkan makna bahasa puitisMengenal pasti gaya dan teknik penulisan pengarangMembuat ramalan tentang kesudahan Menganalisis perwatakan Membuat perkaitan antara kejadian dengan idea, latar tempat, masyarakat dan sebagainyaMembezakan pendapat dengan fakta, perkara berkaitan dengan yang tidak berkaitanAktiviti untuk membuat inferens

Membuat catatan/anotasiTulis catatan di margin - biasa dalam bentuk pertanyaan atau poinGunakan judul dan subjudul untuk membimbing pelajar mencatat.Jangan menyalin ayat dalam teks. Dorong pelajar memparafrasa (merumus menggunakan perkataan sendiri). Guru harus menunjukkan cara dan memberikan contoh catatan dan memparafrasa.Benarkan pelajar menulis catatan dalam bahasa pertama mereka.

Strategi kritis (literasi kritis)Apakah yang perlu dilakukan dengan teks? galakkan pelajar menjadi pembaca-pengguna yang kritis, tujuan penulis, konteks penulisan.Berikan persoalan/masalah siapa sasaran teks, pendirian dan gaya hidup, siapa bermanfaatBuat pertimbangan selari (juxtaposing) dua teks dibandingkan (pandangan, kehendak, pendekatan)Tukar ganti menilai kesan (tukar ganti jika pendirian, maa, tempat, kesudahan dll.Berfikir bersuaraMempersoalkan penulisEmpat sudut aktivit kolaboratif, menggandingkan individu yang berlainan pendapat

Rumusan - Strategi BacaanMeneroka ciri-ciri teks sebelum membaca kandungan Membaca secara imbasan dan luncuran Menggarisi atau menyerlahkan maklumatMembuat catatan tepi dan anotasiMembuat inferensMengemukakan soalanMenggunakan rajah, gambar, peta minda (visualisasi daripada daripada linear (teks) kepada bukan linear (grafik)Menggunakan kamusBerbincang dengan rakan

boleh diajarkan dan dipelajari dan dapat membaiki hasil akademik dan kognitif seseorang.Penerapan metakognisi ialah sejauh mana pelajar dengan sedar tahu dan menggunakan strategi yang dapat membantunya menguasai pemahaman.

Strategi metakognisiMengenal pasti perkara yang diketahui dan yang tidak diketahui (catat apakah yang saya tahu berkenaan apakah yang saya telah pelajari tentang )Bercakap tentang perkara yang difikirkan kepada rakan pendengar (membantu menjelaskan pemikiran)Mencatat jurnal renungan kendiri (kesedaran proses)Menyemak dan memberikan maklum balas semasa aktiviti berfikir.Menilai keyakinan kendiri tentang perkara yang dibaca, baca petikan yang sukar, kemukakan soalan, menilai keyakinan terhadap jawapan sendiri skala 1-5)Membuat penilaian kendiri tentang keupayaan, permasalahan, kejayaan sama ada menjelaskan, atau menyoal menjawab (mengetahui apa, mengetahui bagaimana, mengetahui syarat )Langkah membina tingkah laku metakognisiTeknik Bacaan Asas - Bacaan Secara Imbasan (Scanning)

Satu kegiatan membaca dengan mata bergerak cepat ke sana sini untuk menemukan maklumat yang tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu soalan.

Tiga langkah bacaan imbasan:membaca pendahuluan dan rumusan teksmembaca kandungan bab (table of content) dengan pantas sambil memberikan perhatian kepada rajah dan grafik mencatatkan kata kunci dan konsepdalam bahan

TEKNIK BACAAN ASASBacaan Secara Luncuran (Skimming)

Kegiatan membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh atau pandangan umum dalam sesuatu bahan dengan segera.

Dua langkah bacaan secara luncuranmembaca tajuk, pendahuluan dan rumusan bahan,membaca dengan menggunakan pergerakan mata yang cepat dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang dibaca.

TEKNIK BACAAN ASASKWLHK (know) Perkara yang sudah diketahui sebelum membaca

W (what)

Perkara yang hendak diketahui sebelum membaca

L (learned)

Perkara yang dipelajari selepas membacaH (how) -Cara untuk mendapat maklumat tambahan yang ingin diketahui (melalui bacaan seterusnya)31LANGKAH KWLH

Catat maklumat dalam lajur K carta KWLH berdasarkan tajuk, subtajuk dalam teks.

Bina soalan mengenai maklumat yang ingin diketahui tentang tajuk tersebut dalam lajur W carta.

Pelajar melakukan pembacaan. Semasa dan selepas membaca teks, pelajar mengisi lajur L untuk menjawab soalan yang tersenarai dalam lajur W.

Tidak semua jawapan bagi soalan dalam lajur W terdapat dalam teks. Catat maklumat yang tidak terjawab dalam Lajur H. Pelajar merujuk bacaan tambahan daripada sumber lain untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan yang belum terjawab.

KWLHK (yang diketahui)W (ingin diketahui)L (dipelajari)H (BagaimanaMengetahui yang lain)SQ4R Enam langkah - meninjau, menyoal, membaca, mencatat, menyatakan kembali, dan membuat refleksi. (Francis Robinson)

Bersiap sedia SEBELUM membaca - prabaca (MENINJAU, MENYOAL) Melibatkan diri SEMASA bacaan- sambil membaca (MEMBACA, MENCATAT). Memberi reaksi SELEPAS bacaan (NYATAKAN KEMBALI, MEMBUAT REFLEKSI )

SQ4RSQ4R TInjau (Pandangan awal sebelum membaca)SOAL

Apa yang anda faham tentang tajuk teks?Berapakah bilangan perenggan dalam teksApakah tujuan perengan 1?Mengapakah panjang perenggan tidak sama?Perenggan yang manakah menjelaskan tajuk?Apakah perkataan yang sukar ? Mengapa?

3. BACAMembaca dengan teliti untuk menjawab soalan-soalan yang telah dibinadalam langkah 2 (menyoal).

CATAT

Mencatat di bahagian tepi petikan. Catatan ini dijadikan panduan untuk menyatakan kembali isi yang terdapat dalam bab atau petikan,

NYATAKAN Melafazkan catatan yang dibuat di tepi petikan menggunakan perkataan sendiri. Proses ini mengukuhkan lagi penguasaan teks dan membantu mengingat perkara yang dibaca. 6. REFLEKSIMerenung dan menghubungkaitkan bab, maklumat baharu dengan maklumat yang diketahui dengan teliti. Ulang pembacaan sekiranya ada bahagian teks yang tidak jelas. 38Pelaksanaan PISA memerlukan guru dan pelajar: Membiasakan diri dengan jenis petikan dan bentuk soalan PISAMengaplikasikan KBAT dalam PdP termasuk penggunaan pelbagai teknik penyoalan dalam PdP dan alat berfikir.Mengaplikasikan strategi kognitif dan metakognitif serta teknik bacaan yang intensif, kritis dan reflektif.

RUMUSAN