slot 4(v2)_strategi dan teknik bacaan - farizah

27
STRATEGI DAN TEKNIK BACAAN TAKLIMAT LITERASI BACAAN PISA 2014 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Upload: azida-alzahari

Post on 26-Jan-2016

298 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

STRATEGI DAN TEKNIK BACAAN

TAKLIMAT LITERASI BACAAN PISA 2014BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

http://christopherteh.com/blog/2010/07/malaysians-reading-habit

Tafsirkan …

Kita tidak perlu mengajar membaca buku-buku hebat;yang perlu diajar, mencintai bacaan. (B. F Skinner)

Bangsa membaca, bangsa bertamadun.

Takrif Membaca

Membaca ialah proses aktif untuk memahami teks bercetak atau grafik.

Cohen (1990)Proses mental yang dipilih oleh pembaca secara sedar untuk melakukan tugasan bacaan dengan baik.

Walker (2000) Proses aktif apabila pembaca beralih antara sumber maklumat, menghuraikan makna dan strategi, memantau pemahaman, dan menggunakan konteks sosial untuk menggambarkan respons mereka.

Tabiat Membaca Rakyat Malaysia – Masalah Utama

Sebab tidak membaca:• Tidak berminat

(60.4%• Tiada masa – 15.2%• Tidak suka

membaca 13.5%

Kesimpulan:- Tidak minat membaca- Tidak suka membaca- Terbatas kepada membaca bahan

tertentu- Menganggap aktiviti membaca

membosankan- Kurang kosa kata

Adakah strategi bacaan (pengetahuan, kesedaran dan peggunaan strategi dan DIAJARKAN? penggunaannya dalam bacaan)

PISA menetapkan tiga aspek bacaan:

1. Mengakses dan mendapatkan maklumat2. Menggabung jalin dan mentafsir 3. Membuat refleksi dan menilai

PISA menekankan bacaan intensif, kritis dan reflektif dan penggunaan strategi bacaan yang sesuai untuk sampai kepada pembacaan yang

berkesan dan pemikiran tinggi.

BACAAN PISA = INTENSIF +KRITIS + REFLEKTIF

1. Literal – memahami maklumat tersurat/luaran sahaja dalam teks. (nama, tempat, definisi mudah, arahan bertulis)

2. Perterjemahan/penyusunan semula – menyatakan butiran dengan perkataan sendiri dengan mengekalkan idea asal (makna perkataan, fakta penting, menceritakan semula, mengubah maklumat kepada bentuk lain – (teks-grafik)

3. Aplikasi –menggunakan sesuatu yang baru difahami (perkataan, konsep, fakta) dalam konteks/ penyelesaian masalah/tugasan lain

Tahap Pemahaman Bacaan(Barret 1968, Smith (1969), Santoz (1976), Azman Wan Chik (1987)

4. Menganalisis – mencerakin komponen maklumat (mengasingkan idea utama/sampingan, membandingkan ciri mengesan organisasi penulisan, menentukan hujah, fakta, bukti)

5. Membuat inferens – membuat kesimpulan dan rumusan (sebab, akibat, perubahan, kesudahan)

6. Menilai – mengulas, mengkritik dan menghakimi maklumat (menentukan kewajaram hujah, bukti, kekuatan, kelemahan, keaslian)

7. Penghayatan – menikmati bahan secara dalaman

Tahap Pemahaman Bacaan(Barret 1968, Smith (1969), Santoz (1976), Azman Wan Chik (1987)

Takrif Strategi Bacaan

Teknik dan kaedah yang digunakan oleh pembaca supaya pembacaan mereka berhasil. (Baker & Boonkit (2004)

Perancangan dan perlakuan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa membina makna. (Janzen, 2003)

Ada kesedaran dan faham pentingnya membaca.

Jadikan amalan - berdikari. Teks yang sesuai. Mengambil risiko dan membuat agakan

semasa membaca Bimbingan tentang cara membaca pelbagai

bahan bacaan termasuk bacaan elektronik.

Strategi Motivasi

BAWAH KE ATAS

menggunakan maklumat yang sedia ada dalam teks.

Contohnya memahami teks dengan menganalisis perkataan dan ayat, atau merujuk makna perkataan yang sukar dalam kamus

ATAS KE BAWAH

Menggunakan pengetahuan sebelumnya,

Contohnya menghubungkan apa-apa yang sedang dibaca kepada pengetahuan latar pembaca (Janzen, 2003).

Strategi Bacaan

Sebelum Membaca:

Menggunakan pengetahuan latar untuk berfikir tentang topik tersebut.

Menentukan perkara yang perlu difahami daripada bahan dan tujuan membaca.

Membuat ramalan tentang maksud teks Meninjau teks dengan bacaan imbasan dan

luncuran untuk mendapatkan maksud keseluruhan

Meneroka ciri-ciri teks yang dibaca sebelum membaca kandungan

TIGA PERINGKAT BACAAN (SEBELUM –SEMASA-SELEPAS)

Semasa Membaca

Mengenal pasti isi-isi penting, idea dan maklumat dalam

Mengenal pasti tujuan dan pola pemikiran penulis,

Menjelaskan kefahaman tentang teks Meramal hal yang akan berlaku Menghubungkan idea penulis dengan

maklumat yang sudah diketahui Meluaskan kefahaman dengan cara yang kritis

dan kreatif Memantau pemahaman dengan

mempersoalkan dan merenung idea dan maklumat dalam teks.

Selepas Membaca

Mengenal pasti tujuan penulis Menganalisis teknik dan bahasa penulis Menilai kecekapan dan kewibawaan

penulis Menanyakan soalan kritis Menilai sifat dan jenis bukti yang

digunakan oleh pembaca untuk mendapatkan maklumat yang terperinci.

Tidak memahami perkataan atau rangkai kata tertentu.

Tertinggal/terlepas pandang fakta, idea penting.

Kurang mahir dan gagal mengawal pemahaman dan menjangka pemahaman.

Gagal mengekalkan tumpuan.

Gangguan dalam pemahaman bacaan

Tidak terus menggunakan kamus. Menggarisi/menyerlahkan perkataan yang

tidak difahami. Meninjau kata kunci dalam teks. Mengesan imbuhan, sinonim, antonim bagi

perkataan itu Menggunakan petunjuk konteks (definisi,

gambaran, contoh, perbandingan dll.)

Strategi memahami kosa kata

Strategi Bacaan

Meneroka ciri-ciri teks sebelum membaca kandungan

Membaca secara imbasan dan luncuran

Menggarisi atau menyerlahkan maklumat

Membuat catatan tepi dan anotasi Membuat inferens

Strategi Bacaan

Mengemukakan soalan Menggunakan rajah, gambar, peta minda (visualisasi daripada daripada linear (teks) kepada bukan linear (grafik)

Menggunakan kamus Menggunakan petunjuk konteks Berbincang dengan rakan

Teknik Bacaan Asas - Bacaan Secara Imbasan (Scanning)

1. Satu kegiatan membaca dengan mata bergerak cepat ke sana sini untuk menemukan maklumat yang tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu soalan.

2. Tiga langkah bacaan imbasan: membaca pendahuluan dan rumusan teks membaca kandungan bab (table of content) dengan

pantas sambil memberikan perhatian kepada rajah dan grafik mencatatkan kata kunci dan konsep

dalam bahan

TEKNIK BACAAN ASAS

Bacaan Secara Luncuran (Skimming)

Kegiatan membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh atau pandangan umum dalam sesuatu bahan dengan segera.

Dua langkah bacaan secara luncuran- membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan

bahan,- membaca dengan menggunakan pergerakan

mata yang cepat dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang dibaca.

TEKNIK BACAAN ASAS

KWLHWhat(Apa)

Know(Tahu)

Learn

(Telah Tahu)

How(Cara)

K (know) Perkara yang sudah diketahui sebelum membaca

W (what) Perkara yang hendak diketahui sebelum membaca

L (learned) Perkara yang dipelajari selepas membaca

H (how) Cara untuk mendapat maklumat tambahan yang ingin diketahui (melalui bacaan seterusnya)

SQ4R

• SSURVEY

(MENINJAU)• Q

QUESTION (MENYOAL)

• R

READI (MEMBACA)

• R

RECORD (MENCATAT

)

• RRECITE

(MENYATA-KAN

KEMBALI)

• R

REFLECT (MEMBUAT REFLEKSI)

Enam langkah - meninjau, menyoal, membaca, mencatat, menyatakan kembali, dan membuat refleksi. (Francis Robinson)

Bersiap sedia SEBELUM membaca - prabaca (MENINJAU, MENYOAL) Melibatkan diri SEMASA bacaan- sambil membaca (MEMBACA, MENCATAT). Memberi reaksi SELEPAS bacaan (NYATAKAN KEMBALI, MEMBUAT REFLEKSI )

SQ4R

SQ4R

1.TINJAU

2.SOAL

3.BACA

4.CATAT

5.NYATAKAN

6.REFLEKSI

SQ4R

TINJAU

TAJUK & TAJUK KECIL

KETERANGAN GAMBAR

PERKATAAN

SOALANRINGKASAN

BAB

PENGENALAN

PERENGGAN AKHIR

1. TINJAU (survey)

Pandangan awal sebelum membaca)

SQ4R

SOAL

Apakah yang difahami

tentang tajuk?

Apa tujuan perenggan 1?

Mengapakah panjang

perenggan tidak sama?

Perenggan manakah

yang menjelaskan

tajuk?

Apakah perkataan

yang sukar? Mengapa?

2. SOAL (Question)

3. BACA (Read)

Membaca dengan teliti untuk menjawab soalan-soalan yang telah dibina dalam langkah 2 (Soal).

4. CATAT (Record)

Mencatat di bahagian tepi petikan. Catatan ini dijadikan panduan untuk menyatakan kembali isi yang terdapat dalam bab atau petikan,

5. NYATAKAN (Recite)Melafazkan catatan yang dibuat di tepi petikan menggunakan perkataan sendiri. Proses ini mengukuhkan lagi penguasaan teks dan membantu mengingat perkara yang dibaca.

6. REFLEKSI (Reflect)Merenung dan menghubungkaitkan bab, maklumat baharu dengan maklumat yang diketahui dengan teliti. Ulang pembacaan sekiranya ada bahagian teks yang tidak jelas.

Pelaksanaan PISA memerlukan guru dan pelajar: Membiasakan diri dengan jenis petikan dan

bentuk soalan PISA Mengaplikasikan KBAT dalam PdP termasuk

penggunaan pelbagai teknik penyoalan dalam PdP dan alat berfikir.

Mengaplikasikan strategi kognitif dan metakognitif serta teknik bacaan yang intensif, kritis dan reflektif.

RUMUSAN