tekanan emosi kanak2

9
B. Penulisan Akademik Laporan Pada 16 Febuari 2015 yang lalu, satu wawancara temubual yang bertempat di Bilik Kaunseling telah diadakan diantara saya dan Kaunselor SK Temenggong Abdul Rahman (1), Puan Norafidah Binti Jarno. Isu yang telah dipilih oleh saya untuk dibincangkan ialah berkenaan ‘Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid’. Tujuan saya memilih beliau untuk membincangkan isu tersebut adalah kerana pada hemat saya beliau lebih dekat kepada murid memandangkan beliau ialah Kaunselor sekolah mempunyai pengalaman mengajar disekolah tersebut selama 8 tahun. Terdapat beberapa isu yang telah dibincang berkaitan tajuk yang telah dipilih oleh saya iaitu ‘Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid’. Persoalan pertama ialah berkenaan ‘Maksud Tekanan Emosi’. Jawapan yang telah diberikan oleh beliau sangat padat dan mendalam. Beliau menyatakan ‘ Tekanan Emosi’ boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh seseorang individu.Menurut Kamus dewan bahasa dan pustaka, tekanan emosi terjadi akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Tekanan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka me nyendiri dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Secara

Upload: shahril-faizul

Post on 01-Oct-2015

45 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

emosi

TRANSCRIPT

B. Penulisan Akademik

Laporan

Pada 16 Febuari 2015 yang lalu, satu wawancara temubual yang bertempat di Bilik Kaunseling telah diadakan diantara saya dan Kaunselor SK Temenggong Abdul Rahman (1), Puan Norafidah Binti Jarno. Isu yang telah dipilih oleh saya untuk dibincangkan ialah berkenaan Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid. Tujuan saya memilih beliau untuk membincangkan isu tersebut adalah kerana pada hemat saya beliau lebih dekat kepada murid memandangkan beliau ialah Kaunselor sekolah mempunyai pengalaman mengajar disekolah tersebut selama 8 tahun.Terdapat beberapa isu yang telah dibincang berkaitan tajuk yang telah dipilih oleh saya iaitu Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid. Persoalan pertama ialah berkenaan Maksud Tekanan Emosi. Jawapan yang telah diberikan oleh beliau sangat padat dan mendalam. Beliau menyatakan Tekanan Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh seseorang individu.Menurut Kamus dewan bahasa dan pustaka, tekanan emosi terjadi akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Tekanan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka menyendiri dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Secara ringkasnya, bila kita kaitkan dengan murid tekanan emosi boleh dikatakan sebagai gangguan yang diterima oleh seseorang murid yang menyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil.Tekanan emosi ini akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang murid. Ia adalah satu perkara yang amat serius pada usia persekolahan dan boleh menyebabkan stress kepada murid-murid.

Soalan kedua pula berkisar mengenai Punca-punca tekanan Emosi yang dalam kalangan Murid. Menurut pandangan beliau, Punca-punca tekanan emosi secara umum, kita akan dapati punca utamanya ialah kurang kasih saying yang diberikan oleh ibu bapa. Seterusnya ialah faktor tidak biasa berenggang dengan keluarga, krisis pergaulan dengan rakan sebaya, sedang mengambil peperiksaan atau menunggu keputusan peperiksaan dan akhir sekali ialah peristiwa dalam keluarga seperti penderaan, perceraian, kemalangan, kematian dan sebagainya. Namun, untuk mengetahui lebih mendalam saya akan berikan mengikut sudut pandangan seorang penyelidik. Menurut Terri Mauro (2004) didalam bukunya Ways to Support Your Child, terdapat 4 punca yang berkait dengan tekanan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Pertama ialah persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Ini selaras dengan pendapat yang diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecendurungan ke arah perlakuan negatif wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif dan mengganggu emosi mereka. Keadaan ini berlaku kerana keadaan sekolah yang sesak akan membawa kepada fizikal kelas padat dan menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Malah keadaan ini menjadi lebih ketara jika ada murid nakal yang sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini secara langsung akan mengganggu murid yang ingin belajar dan menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi. Keduanya ialah peristiwa dalam keluarga. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat positif atau negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang. Contoh peristiwa hidup yang negatif adalah penderaan, penceraian, kemalangan, kematian, muflis atau hilang pekerjaan, dipenjara, krisis kewangan dan lain-lain. Manakala peristiwa hidup yang positif termasuk perkahwinan, mengandung, kenaikan pangkat dan berpindah ke rumah baru. Peristiwa dalam kehidupan keluarga seperti yang dinyatakan itu memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang murid. Dari segi emosi, murid akan berasa susah hati, murung, sedih, marah, tidak tentu arah, resah dan lain-lain lagi. Punca ketiga ialah Pengaruh keluarga. Dari segi tingkah laku, murid berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di antara satu dengan lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga yang meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak menunjukkan sebarang emosi. Kanak-kanak yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Punca keempat ialah Pengaruh rakan sebaya.Murid yang diterima oleh rakan sebaya akan bersikap ceria, bersemangat, baik hati, boleh berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan sering memberikan idea yang baik. Murid yang tidak diterima dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan mereka yang popular. Murid ini akan berasa kurang yakin pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan sebaya. Murid sebegini akan menunjukkan sikap agresif, sombong dan terlalu mendesak

Seterusnya, isu yang telah kami bincangkan ialah berkenaan dengan Tanda-tanda dan Kesannya Terhadap Murid-murid Akibat Daripada Tekanan Emosi. Beliau menjelaskan bahawa tanda-tanda yang menunjukkan seseorang murid tersebut mengalami tekanan emosi, tanda yang biasa mereka tunjukkan seperti cepat marah, suka bergaduh, kerap berbohong, sering berasa cemas dan takut, suka termenung, berkhayal dan berkelakuan ganjil, duduk dalam keaqdaan yang tidak selesa, pencapaian akademik yang semakin merosot dan akhir sekali tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab munasabah. Beliau turut berkongsi dapatan dari sebuah buku iaitu Hans Selye (1956) dalam bukunya The Stress of Life mengatakan, "No one can liveWithout experiencing some degree of stress at all yang bermaksud Tidak ada manusia yang dapat rnengelakkan diri dari tekanan. Beliau turut menegaskan bahawa tekanan boleh membawa kesan yang positif bagi sesetengah Individu kerana Ia boleh mendorong seseorang untuk memperbaiki pencapaian diri, menghadapi cabaran dan membuat penyesuaian dengan corak kehidupan yang sentiasa berubah Sebaliknya, tekanan yang tidak dapat dikawal oleh individu yang mengalaminya mungkin mendatangkan kesan yang negatif. Oleh itu, perlu difikirkan bahawa adakalanya tekanan emosi ini boleh jua membawa kesan positif namun ia bergantung kepada individu yang menghadapinya.

Bagi menjawab persoalan berkenaan Kesan-kesan Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid, beliau menjelaskan kesan yang menunjukkan seseorang mengalami tekanan ialah mengalami gangguan tidur.Murid tersebut tidak dapat tidur dengan betul dan ini akan menyebabkan matanya merah dan selalu berair dan pelajar itu juga mungkin selalu kelihatan kehausan dan keletihan disebabkan tidak cukup tidur. Kesan yang seterusnya ialah menunjukkan reaksi berlebihan terhadap kejadian-kejadian biasa. Apabila seseorang murid itu mengalami tekanan emosi dia akan menunjukkan reaksi-reaksi yang abnormal dan berlebihan .Contohnya marah dan maki hamun mana mana pelajar jika terlanggarnya di tangga. Selain itu,pelajar sebegini akan menunjukkan rasa tidak gembira terhadap pencapalan diri. Walaupun mereka telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang di akademik ataupun kokurikulum tetapi dirinya sendiri tidak akan menghayati dan menghargainya pencapaian tersebut dan hanya mengambilnya tanpa makna. Murid yang telah mengalami tekanan emosi akan mengamali keletihan yang melampau dan kurang bertenaga, menunjukkan tingkahlaku gelisah seperti mata berkelip-kelip dan menggeleng-gelengkan kepala, sakit perut atau saklt kepala pada setiap hari atau pada setiap minggu, menunjukkan tingkahlaku untuk mendapatkan perhatian seperti tingkahlaku agresif, tidak berupaya rnembuat keputusan dan hilang sifat kelucuan. Kewujudan salah satu atau sebahagian daripada perkara-perkara yang dinyatakan menunjukkan bahawa individu tersebut berkernungkinan mengalami tekanan. murid yang mengalaminya berkemungkinan sedar atau tidak sedar bahawa mereka sedang mengalami gangguan tekanan.

Akhirnya, sebelum mengakhiri temubual, soalan terakhir yang telah saya utarakan adalah berkenaan Langkah-langkah yang boleh dilaksanakan dalam Menangani Masalah tekanan Emosi dalam Kalangan Murid. Menurut beliau, kebanyakan murid telah mengalami gangguan emosi kerana mereka tidak menguruskan emosinya secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya. Antara-antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah dari aspek guru dengan Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik. Sifat kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid-murid berinteraksi di antra satu sama lain, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan. Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan juga memberi banyak peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi di antara satu sama lain. Sebagai guru, kita harus berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti kumpulan untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, permainan pertandingan atau kerja projek. Aktiviti-aktiviti sebegini akan merangsang murid untuk menampil diri kehadapan bagi menyiapkannya serta mereka tidak akan berasa diri mereka diasingkan. Aktiviti-aktiviti ini juga boleh menggalakkan murid untuk menujukkan bakat yang terpendam dalam diri mereka. Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Flanders dalam bukunya Teaching Guide for Teachers , percakapan guru yang boleh mewujudkan interaksi guru dengan murid-muridnya adalah diklasifikasikan di bawah kategori pengaruh tidak langsung. Ini bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua hala, selain menggunakan kaedah menyoal, percakapan guru harus boleh menggalakkan murid mengemukakan pendapat atau memberi tindak balas mereka. Contohnya guru boleh menggunakan modifikasi tingkahlaku yang bersesuaian. Peneguhan positif seperti memuji diberi kepada murid yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Hukuman dikenakan perlu adil dan berseuaian. Guru membantu murid yang bermasalah Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bersifat pendiam, penakut, pemalu, guru seharusnya mengadakan sesi kaunseling untuk membantu mereka mengatasi masalah peribadinya. Selepas itu guru menggalakkan mereka menyertai dalam aktiviti pembelajaran bersama murid-murid yang lain. Guru harus juga mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat menerima murid-murid yang bermasalah dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid bermasalah tersebut. Cara ini dapat mengelakkan murid yang bermasalah mengalami gangguan emosi. Dari aspek pihak sekolah iaitu Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah serta Kaunselor sekolah boleh menganjurkan program-program yang berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam pembentukan tingkahlaku. Program-program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkahlaku dan meningkatkan konsep kendiri murid-murid. Dari aspek murid itu sendiri, mereka yang mengalami tekanan emosi wajar bersifat percaya pada keupayaan diri sendiri. Mengikut Albert Bandura, murid haruslah bersifat percaya pada diri sendiri supaya mereka boleh belajar daripada kekalahan, mengambil inisiatif mencari punca kekalahan, memikir bagaimana membaikinya demi menukarnya kepada kemenangan, dan bukan membimbangi atau menyedih kerana kekalahan. Dari aspek peranan ibu bapa ialah ibu dan bapa perlu mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh anak di sekolah. Selain itu, ibubapa juga wajar mengadakan perbincangan bersama guru kelas anak mereka berkaitan permasalahan yang dihadapi. Perbincangan ini disarankan dilaksanakan dari masa ke semasa bagi menangani masalah secara bersama.

Sesi wawancara temubual yang telah dilaksanakan ini berlangsung selama lebih kurang 30 minit iaitu bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir dalam jam 9.30 pagi. Sepanjang sesi perbincangan berkaitan isu yang telah dipilih, beliau sangat memberikan kerjasama. Selain itu, segala pendapat dan cadangan yang diutarakan beliau, beliau tidak lekang untuk memberikan sekali fakta mahupun pendapat dari buku-buku yang telah dibaca beliau. Beliau merupakan seorang Kaunselor yang penuh dengan pengetahuan serta idea yang bernas. Mungkin disebabkan penglaman mengajar selama 8 tahun membolehkan beliau menjawab semua persoalan saya dengan tenang namun jelas. Harapan saya ialah dapat berurusan dengan beliau lagi pada masa akan datang.

Setelah mendengar dapatan dari Puan. Norafidah binti Jarno, Kaunselor SK Temenggong Abdul Rahman (1), pendapat saya bagi cadangan dan langkah yang sesuai bagi mengatasi masalah terhadaqp isu pendidikan yang telah dipilih saya iaitu Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid, menggalakan media menyediakan artikel, iklan mahupun drama-drama di stesen televisyen yang berkisarkan isu ini. Ini kerana pada masa kini, kehidupan harian kita lebih dekat kepada aplikasi internet dan televisyen. Memandangkan keadaan kini zaman kini ibu dan bapa lebih tertumpu kepada kerjaya dalam mencari nafkah kehidupan yang semakin mendesak, kebanyakan masa mereka semua tidak mengira usia ialah dengan televisyen jika berehat mahupun melayari internet. Oleh itu, dengan adanya iklan terutamanya sekali dalam bentuk gambaran, lakonan mahupun rakaman relaiti hidup, ia sedikit sebanyak dapat member kesedaran dan impak yang berkesan terhadap isu ini.