awal sains dan kanak2

38
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science" http://syimarsogimin.wordpress.com/ 1/38 Awal Sains Dan Kanak-Kanak " we love science" s tay updated via rss EKSPERIMEN BOTOL MUZIK Posted: July 14, 2013 in Uncategorized 0 assalamualaikum…. Hari ini saya nk ajak anda buat satu lagi eksperimen yang sgt mudah iaitu eksperimen botol muzik. Sgt2 sng… Sy dah cuba buat dgn anak-anak didik saya di Tadika IIUM EDUCARE GOMBAK . Hasilnya owesome !!!…Semua kanak-kanak sgt suka dan teruja. Bahan-bahannya: 8 biji botol kaca air putih sudu Cara-caranya: 1. Susun 8 biji botol sebaris. 2. Masukkan air kedalam botol dengan isipadu yg berbeza .( jika botol 1 isipadu air byk, botol 2 krgkn sedikit dan seterusnya) 3. Ketuk setiap botol dgn sudu. Pastikan bunyi setiap botol berbeza .( sepatutnya boleh dapat bunyi seakan ‘ do re mi fa so la ti do’ ) 4. Cuba hasilkan lagu ” Mary Had A Little Lamb”. Saya telah cuba banyak kali dan saya dapat menghasilkan lagu-lagu seperti “London Brigde Is Fallling Down, Happy Birthday, Do Re Mi Fa, Tepuk Amai-Amai dan Ola Oli”. Memang bunyinya sedikit berbeza tetapi hampir sama. Selamat Mencuba!!!

Upload: satu-pelangi

Post on 25-Nov-2015

277 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 1/38

    Awal Sains Dan Kanak-Kanak

    " we love science"stay updated via rss

    EKSPERIMEN BOTOL MUZIK

    Posted: July 14, 2013 in Uncategorized 0

    assalamualaikum.

    Hari ini saya nk ajak anda buat satu lagi eksperimen yang sgt mudah iaitu eksperimen botol

    muzik. Sgt2 sng Sy dah cuba buat dgn anak-anak didik saya di Tadika IIUM EDUCAREGOMBAK . Hasilnya owesome !!!Semua kanak-kanak sgt suka dan teruja.

    Bahan-bahannya:

    8 biji botol kaca

    air putih

    sudu

    Cara-caranya:

    1. Susun 8 biji botol sebaris.

    2. Masukkan air kedalam botol dengan isipadu yg berbeza .( jika botol 1 isipadu air byk, botol 2krgkn sedikit dan seterusnya)

    3. Ketuk setiap botol dgn sudu. Pastikan bunyi setiap botol berbeza .( sepatutnya boleh dapatbunyi seakan do re mi fa so la ti do)

    4. Cuba hasilkan lagu Mary Had A Little Lamb.

    Saya telah cuba banyak kali dan saya dapat menghasilkan lagu-lagu seperti London Brigde IsFallling Down, Happy Birthday, Do Re Mi Fa, Tepuk Amai-Amai dan Ola Oli. Memang bunyinyasedikit berbeza tetapi hampir sama.

    Selamat Mencuba!!!

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 2/38

    (http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2013/07/musical-2.jpg)

    Assalamualaikum

    Posted: July 12, 2013 in Uncategorized 0

    Setelah dua tahun sy bercuti dr bloggingsy kembali dan ingin berkongsi seberapa byk ilmu ygsy ade bersama kwn2 semua.sy dah menimba lbh byk ilmu dlm bidang awal knk2 ini

    Sy telah mempelajari byk subjek dlm course ini seperti pedagogi, penilaian kanak-kanak,awalsains, kerohanian, perkembangn awal knk2, kemahiran berfikir, literasi dan mcm2 lg.

    Sy jg baru selesai praktikum di bhgn taska dan tadika di UIA Gombak Jun lalu.Byk penglmn ygsy dapati dr praktikum ini.Anratanya cara pengendalian taska tadika, cara penjagaan bayi danknk2, cara pengajaran dan lain2 lg.

    Sy akn cuba kongsi sebyk mana nota, cth soalan dan jwpn exam serta petua2 penjagaan bayi dankanak-kanak serta cara2 memotivasi dan menarik minat bayi dan kanak-kanak.

    Jika ada sebarang pertanyaan sila emailInshaAllah sy akn jwb secepat mungkin.

    (http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2013/07/20130114_145206.jpg)

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 3/38

    (http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2013/07/20130114_145206.jpg)

    9

    Assalamualaikum

    Hai kawan-kawanhari ini saya nak cerita pasal aiskrim goyang. 2 minggu lepas, kawan saya Wan Suhana telah diberi tugasan membat eksperimen berdasarkan air. Jadi, dia telah memiliheksperimen aiskrim goyang. Saya tertarik dengan eksperimen ini, jadi saya mencuba melakukandi taman asuhan saya iaitu Pusat Jagaan Senyum Ceria pada 21/12/2011.

    Saya telah menggunakan dua perisa pada hari ini iaitu strawberi dan kopi.Kedua-duanya habisdimakan.

    Berikut adalah langkah-langkahnya:

    1 .Bahan-bahannya ialah:

    1 kotak kecil susu (apa2 perisa pun boleh) bungkus garam1 bungkus ais batu ( kat 7 Eleven tu)Zip plastic ( palstik yg boleh seal tu) satu kecik dan satu besarSuratkhabarTualaPita pelekat/ getah

    (http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/12/pc203217-copy2.jpg)2. Tuangkan susu dalam zip plastic yang kecil. Pastikan seal betul-betul supaya tidak tumpah.

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 4/38

    (http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/12/pc2032272.jpg)

    3. Masukkan ais kedalam zip palstik yang besar sebanyak plastic dan masukkan garam diatasais tersebut sebanyak separuh dari jumlah garam tersebut.

    (http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/12/pc203229.jpg)

    4. Letakkan zip plastic yang kecil dan yang berisi air susu tadi. Tambahkan ais sehingga penuhzip palstik tadi dan masukkan kesemua baki garam tadi kedaam zip plastic yang besar dan selakannya. Pastikan seal dengan baik.

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 5/38

    (http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/12/pc203216-copy.jpg)

    5. Balutkan dengan suratkhabar dan lekatkannya supaya bungkusan itu nampak benar-benarpadat.

    (http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/12/pc203220-copy1.jpg)

    6. Balutkan dengan tuala dan bentukkan seperti pembalut gula-gula.

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 6/38

    (http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/12/pc203232.jpg)

    (http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/12/pc203234.jpg)

    7..Sekarang masanya untuk mengoyang suruh anak-anak murid anda mengoyangkannyaselama 10 ke 15 minit.

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 7/38

    (http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/12/pc2032391.jpg)

    (http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/12/pc203230.jpg)

    8.Buka dan lihat hasilnya.jadi tak?!!!!!!

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 8/38

    (http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/12/pc2032312.jpg)

    Ye ye.jadi..kata murid-murid sayayang strawberi rasanya manis dan kopi rasa pahitsikit..jadi, hari ini sya telah berjaya mengaplikasikan apa yang saya belajar dalam kelas ketaman asuhan saya.. murid-murid saya memang gembira dan seronok ..kepada kawan-kawan..selamat mencuba..

    Aside Posted: December 21, 2011 in Uncategorized

    SURPRISE.TELUR TERAPUNG !!!!!!

    Posted: December 18, 2011 in Uncategorized 6

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

    Saya telah menceritakan tentang eksperimen dengan tumbuhan pada post yang lalu. Pada kali inipula, saya akan menceritakan tentang eksperimen kedua yang diarahkan oleh pensyarah saya.Topic pelajaran adalah mengenai perbezaan air,udara dan tanah. Saya dan rakan-rakan sekelastelah dibahagikan mengikut kumpulan air, udara dan tanah. Setiap pelajar perlu membuat satueksperimen yang berbeza tetapi mempunyai berkaitan dengan topic yang telah diberikan olehpensyarah.

    Saya telah mendapat topic udara. Pada mulanya saya ingin melakukan eksperiment berkaitandengan udara dan buih sabun. Namun, eksperiment itu tidak bersesuaian yang KSPK. Jadi sayatelah memilih eksperimen TELUR TERAPUNG.

    Udara adalah suatu yang tidak dapat dilihat dan dipegang didalam atmosfera. Udara ada dimana-mana iaitu didalam tanah, didalam air dan di sekeliling kita. Semua benda hidup memerlukanudara untuk bernafas dan meneruskan kehidupan.

    Dalam eksperiment ini, saya ingin buktikan kepada rakan-rakan sekelas saya bahawa udara ituwujud di dalam air dan udara bergerak mengikut ruang. Berikut adalah langkah-langkaheksperiment ini:

    Bahan-bahan:

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 9/38

    2 butir telur ayam yang biasa ( tidak direbus)

    Air paip

    Garam

    2 gelas atau bekas berbentuk silinder yang lutsinar

    Cara-caranya:

    a) Isikan air paip kedalam kedua-dua gelas sehingga separuh gelas.

    b) Air paip digelas A dibiarkan tanpa mencamprukan apa-apa bahan.

    c) Sementara itu, masukkan 6 sudu besar garam digelas B dan kacau sehingga larut.

    d) Masukkan telu di dalam bekas A dan lihat apa terjadi.

    e) Kemudian masukkan telur kedalam bekas B dan lihat apa yang terjadi.

    Hasilnya:

    Gelas A: telur tenggelam hingga ke dasar gelas

    Gelas B : telur terapug dipermukaan gelas.

    Mengapa fenomena ini terjadi?

    Air garam mempunyai berat lebih daripada air tawar, di mana banyak garam dilarutkan semakinmudah bagi objek melayang di dalamnya. Ketika saya menurunkan telur ke dalam cecair ituperlahan, telur akan terus melalui air masin, pada air garam yang telah larut ini mempunyai beratyang melebihi dari berat air dan ini menyebabkan telur melayang dan terapung dipermukaan airgaram tersebut.

    Mengikut prinsip seorang ahli sains terkenal iaitu HUKUM ARCHIMEDES

    Benda yang dicelupkan sebagian atau seluruhnya akan mengalami gaya ke atas

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 10/38

    Benda yang dicelupkan sebagian atau seluruhnya akan mengalami gaya ke atasyang besarnya sama dengan berat zat cair yang dipindahkan.

    Contoh yang berkaitan denga reality kehidupan ialah laut mati yang berada diisrael, apa saja yang berada di atasnya pasti terapung kerana di laut mati kadargaramnya sangat tinggi dan tepu. Jadi, zarah-zarahnya mampat dan udara tidakdapat menembusi garam tersebut.

    Sementara air tawar pula mempunyai ruang udara yang luas jadi telur itu tenggelam hingga kedasar gelas dengan senang dan cepat. Begitu juga dengan tanah, tanah mempunyai berat, jadiapa-apa hidupan yang teperangkap didalam tanah tidak boleh hidup kerana udara tidak bolehmenembusi ruang-ruang tanah yang terlalu mampat.

    Kesimpulannya, berat dan kandungan sesuatu objek itu mempengaruhi oleh pergerakan udaradan kemampatan udara dimana-mana sahaja.

    EKSPERIMEN OH EKSPERIMEN..

    Posted: December 18, 2011 in eksperimen 0

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

    Untuk post kali ini, saya ingin menceritakan tentang eksperimen-eksperimen yang telah sayalakukan didalam kelas. Saya telah ditugaskan oleh pensyarah saya untuk mencuba melakukan 2eksperimen yang berlainan. Topic pelajaran pada minggu tersebut adalah berkaitan denganpemuliharaan dan pemeliharaan tumbuhan jadi saya dan rakan sekelas telah diberi tugasanmencuba melakukan eksperimen yang berkaitan dengan tumbuhan.

    Saya dan rakan sekelas telah diberikan kepada 8 kumpulan kerana pensyarah telah menyediakan8 eksperimen yang berbeza. Saya telah ditugaskan untuk melakukan eksperimen yang keempatyang bertajuk KEPERLUAN BIJI BENIH. Berikut adalah soalannya:

    Apa yang membuat biji benih bercambah?Dengan mencambahkan biji benih sendiri, kamu akan ketahui apakah perkara-perkara yangdiperlukan untuk mencambahkan biji benih

    Bahan-bahannya:

    bekas tupperware/ penutup balangTuala kertas/ kapasBiji kacang hijauAir

    Cara-caranya:

    Labelkan bekas dengan angka 1, 2 dan 3Rendam kacang dalam air seketika

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 11/38

    Letakkan tuala kertas/ kapas dalam setiap bekasTabur kacang ke atas ketiga-tiga bekasLembapkan tuala kertas/ kapas pada piring 1 (tuang air sedikit setiap hari supaya biji benihsentiasa lembap)Penuhkan bekas 2 dengan air. Pastikan kacang ditenggelami air.Semasa menjalankan eksperimen ini, keadaan cuaca sepanjang minggu adalah mendung danhujan. Susah untuk melihat cahaya matahari yang benar-benar panas. Namun saya tetapmengikut setiap langkah yang diarahkan.

    Hasilnya, selepas 4 hari saya dapati:

    1. Kacang hijau yang saya taburkan pada bekas pertama telah mula bercambah denganmengeluarkan batang atau akar berwarna putih

    .2. Manakala dalam bekas kedua pula, kelihatan kacang hijau terapung-apung didalam air tanpasebarang perubahan.

    3. Dalam bekas ketika pula, dapat dilihat kacang hijau mengecut dan bertukar warna dari hijau kewarna perang.

    Selepas 7 hari:

    1. Pada bekas pertama saya dapati kacang hijau telah tumbuh dengan baik tetapi tidaklah begitusubur.Saya rasa mungkin kerana kekurangan cahaya matahari akibat cuaca mendung danhujan yang dialami sepanjang minggu. Namun saya rasa eksperimen saya ini tetap berjayakerana kacang hijau tadi telah berubah bentuk dari biji berwarna hijua ke taugeh yangberwarna putih.

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 12/38

    2. Dalam bekas kedua pula, saya dapati kacang hijau tadi tetap terapung-apung didalm air tanpasebarang perubahan dan air itu juga mempunyai bau yang agak busuk.

    3. Manakala dalam bekas ketiga saya dapati biji kacang hijau telah mengecut dan bertukar kewarna hitam.

    4. Setelah melalui proses eksperimen ini, saya dapati bahawa secara kesimpulannya tumbuhanmemerlukan cahaya, air dan cahaya untuk hidup dan membesar. Tanpa ketiga-tiga sumbertersebut, tumbuhan tidak dapat hidup serta membesar. Tumbuhan boleh tumbuh tetapitumbuh secara tidak sempurna dan akhirnya mati atau layu.

    LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA PADA23 -10-2011

    Posted: November 26, 2011 in Uncategorized 0

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 13/38

    (http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6126.jpg)

    (http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6125.jpg)

    (http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf5933.jpg)

    (http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf5909.jpg)

    Pada 23hb Oktober yang lalu, saya dan rakan-rakan telah pergi ke Pusat Sains Negara

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 14/38

    Pada 23hb Oktober yang lalu, saya dan rakan-rakan telah pergi ke Pusat Sains Negara(http://www.psn.gov.my/bm/default.htm (http://www.psn.gov.my/bm/default.htm))

    Tiket berharga RM3.00 boleh didapati di kaunter pintu masuk. Waktu lawatan: Isnin Ahad (9:00pagi 5:00 petang); Pelawat dibenarkan masuk hingga pukul 4:00 petang.SEKITAR LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA (PSN)

    Pada hari Ahad bersamaan 23hb Oktober 2011, kami telah mengadakan lawatan sambil belajar kePusat Sains Negara (PSN). Kami tiba di PSN pada jam 1:30 petang. Memandangkan hari tersebutadalah hari kelepasan am, ramai pengunjung berada disanasamada mereka datang dengankeluarga ataupun dengan rombongan sekolah. Lawatan ini adalah sebahagian daripada tugasanmata pelajaran Awal Sains Kanak-kanak. Selain PSN, ada beberapa tempat pameran berunsurkansains yang terdapat di sekitar Lembah Klang seperti Petro Sains KLCC, Aquaria KLCC, tamanburung, rama-rama dan sebagainya. Sepanjang lawatan tersebut banyak fakta-fakta danpengalaman menarik kami peroleh. Kami percaya dengan lawatan ini, kami dapat menimbapengalaman dan memberi idea dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) awal kanak-kanakkhasnya mata pelajaran Awal Sains.

    Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah ke bahagian pameran sains yang dinamakanLaluan ke Alam Sains. Kami melihat berbagai-bagai objek sains yang dipamerkan berkenaanmanusia, makanan, tumbuhan, percambahan biji benih, alam cakerawala, bumi, bintang, cahaya,bunyi dan sebagainya. Kami berpeluang mencuba sendiri dengan objek yang dipamerkan.

    Antara bahan pameran yang menarik perhatian kami adalah:

    Objek yang dinamakan Sejuta Putaran dimana ianya memiliki enam (6) gear roda besardanlima(5) gear roda kecil. Tombol ataupun engkol merah diputarkan mengikut arah jam. Apabiladiputarkan roda besar pertama akan bergerak sehingga menyentuh roda kecil pertama danbegitulah seterusnya sehingga habis kesemua roda yang ada diputarkan. Bagi menjatuhkan gelasdi hujung roda, memerlukan sebanyak sejuta putaran. Kami mencuba membuat putaranmengikut arahan yang diberikan akan tetapi untuk mencapai putaran sebanyak sejuta pusinganagak mustahil. Di satu sudut dipamerkan gambaran Kitaran Bumi yang menceritakan keadaanmuka bumi yang terbentuk 200 juta tahun dahulu. Fakta yang ditulis menyatakan bahawa bumidibentuk menjadi superbenua yang dinamakan Pengaea. Superbenua kemudiannya terpisahperlahan-lahan dan benua terus bergerak dan diliputi lautan sehinggalah membentuk rupa Bumipada hari ini. Dinyatakan juga perubahan atau pergerakan Bumi disebabkan oleh tektonik plat.Pergerakan dan perlanggaran plat ini menyebabkan kejadian yang dinamakan gempa bumi,selain itu terdapat kemungkinan berlakunya pembentukan gunung berapi. Di sini jugamenceritakan bahawa dari permukaan kerak ke bahagian dalam Bumi terdiri daripada lapisanyang bergerak. Lapisan-lapisan tersebut terdiri daripada lapisan pepejal dan juga cecair yangmempunyai suhu yang tinggi. Terdapatlima(5) butang pada carta yang dipamerkan bagimengetahui jumlah suhu setiap lapisan Bumi yang dinyatakan; namun butang tersebut tidakberfungsi. Lapisan Bumi yang dinyatakan adalah:

    1) Teras dalam (The inner core)

    2) Teras luar (The outer core)

    3) Mantel (The mantle)

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 15/38

    4) Zon peralihan (The transition zone)

    5) Kerak (The crust)

    Lebih menarik lagi, di satu sudut Bumi Dari Udara mempamerkan pandangan Bumi yang dilihatdari angkasa lepas dan ianya dibina seolah-olah Bumi sedang berputar.

    Pada bahagian pameran yang dinamakan Bioteknologi dalam industri makanan. Di siniditunjukkan rajah berkenaan penghibridan, kesihatan dan faedah nutrisi dan bahan tambahandan bantuan pemprosesan. Di sini dinyatakan kesan bioteknologi kepada industri makanandalam menghasilkan produk-produk makanan. Contoh-contoh bahan makanan yang dipamerkanseperti jagung, minyak canola, cuka putih, perasa (flavourings), keju, garam, gula, emulsifier danbicarbonate of soda.

    Di sini terdapat juga sudut pameran yang mempamerkan rangka burung yang sebenar. Akantetapi tiada fakta lanjut yang dinyatakan berkenaan rangka burung tersebut. Selain itu,ditunjukkan rupa sebenar pembentukan katak. Proses metamoforsis katak yang bermula telur,menetas menjadi berudu, pembentukan kaki dan kemudiannya berubah secara berperingkatsehingga menjadi seekor katak dewasa.

    Kami juga melihat gambarajah proses pembesaran tumbuhan biji benih yang bercambah dankemudiannya menjadi pokok besar. Gambarajah dan penerangan yang ditunjukkan adalah jelasdan mudah difahami.

    Seterusnya, bagi menguji kelikatan bendalir (liquid) dimana ianya dinamakan Tiub Kelikatan.Seperti dalam arahan, tombol ditolak dan ditarik kembali bagi tujuan mengepam udara. Bagimembezakan kelikatan atau kepekatan bendalir di dalam tiub tersebut, pemerhatian dibuatberdasarkan kelajuan bendalir tersebut bergerak. Dinyatakan juga semakin besar rintanganbermakna semakin likat bendalir tersebut. Dapat kami simpulkan bahawa semakin pekat bendalirtersebut maka semakin perlahan pergerakannya.

    Bahagian pameran ini memang menarik perhatian. Ianya dinamakan Sinaran Cahaya. Di sinikami berpeluang bermain sambil membuat eksperimen pantulan cahaya. Setiap jenis kanta akanmemantulkan corak cahaya (rays) yang berbeza. Kanta cembung dan kanta leper menghasilkanserakan atau corak yang berbeza; begitu juga jika sudut kanta dialihkan kepada sudut darjahberbeza.

    Kami melalui bahagian pameran yang menceritakan tentang Langit yang sentiasa resah (Therestless sky), Kebijaksanaan zaman kuno (Ancient Wisdom), Gambar-gambar di langit (Picturesin the sky) berkenaan gambaran yang terbentuk oleh kumpulan bintang, Peralatan ahli sainsIslam (Instruments of Islamic scientist), Jam cakerawala (The celestial time clock), Mengukuralam semester (Measuring the universe),

    Hujan Asid menceritakan tentang kejadian hujan yang turun bergabung dengan karbon dioksidadan gas-gas yang terdapat di atmosfera menghasilkan hujan asid. Gas-gas yang bercampurdengan air hujan berpunca dari pencemaran udara yang dihasilkan oleh asap kenderaan, kilangdan sebagainya.

    Kami berpeluang mencuba eksperimen berkaitan Arus Udara; apabila butang ditekan udaraakan keluar melalui corong dan bola akan terapung. Apabila kelajuan dinaikkan bola akanterapung semakin tinggi.

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 16/38

    Kids Dicovery Place adalah satu ruang pembelajaran sains bagi kanak-kanak. Kami tertarik danteruja akan tempat ini. Saiz, bentuk, warna, susun atur dan hiasan perabot disesuaikan dengan saizkanak-kanak. Situasi di sini menarik minat kanak-kanak meneroka dan bermain dengan peralatanyang disediakan. Setiap meja dan sudut disediakan dengan set permainan atau aktiviti sains danmatematik. Kami lihat kanak-kanak leka bermain dan memberi tumpuan terhadap perkara yangdilakukannya. Di satu sudut lantai, ditunjukkan susunan planet yang terdapat di cakerawalamanakala salah satu dinding pula menunjukkan gambar matahari. Setiap sudut dan ruangdipenuhi dengan informasi bergambar menarik yang bertemakan teknologi, planet danangkasawan. Siling juga tidak ketinggalan dihias dengan menarik.

    Kami melalui bahagian ruang tengah PSN, di sini terdapat KidzWorld dimana terdapat ruangbermain untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah dinamakan Peneroka Comel (LittleExplorers). Permainan pelbagai bentuk seperti cendawan, ulat bulu, hidupan laut dan sebagainyamengujakan bagi kanak-kanak. Di sini kanak-kanak kelihatan bebas bermain dan bergerak. Bagikanak-kanak yang matang mereka boleh bermain di Foam Factory di mana mereka menembakbola supaya mengenai sasaran. Pertunjukan eksperimen sains juga diadakan di bahagian ini.

    Kami berpeluang mengunjungi Pameran Dinasor yang julung kali diadakan. Pameran tersebutdiadakan di tingkat dua bangunan PSN. Pelbagai fakta menarik yang kami perolehi antaranyamengenal spesis dinasor seperti Stegosaurus, Iguanadon, Lambeosaurus, Stegosaurus, Triceratopsdan banyak lagi. Setiap specis dinasor yang dipamerkan diberikan penerangan lengkap contohnyasaiz, ketinggian, berat, jenis diet atau makanan dan jangka hayat. Di luar ruang pameran dinasorkami lihat aktiviti kanak-kanak bermain pasir berwarna membentuk dinasor.

    Selepas itu, kami singgah sekejap ke bahagian Alam Mesin Pintar di mana kami dapat melihatteknologi komputer yang lama dipamerkan. Selain itu, terdapat banyak lagi jenis peralatanteknologi yang dipamerkan.

    Memandangkan hari telah lewat petang, kami bergegas keluar ke Subterranean Journey untukmengalami sendiri suasana pengembaraan maya. Bangunan tersebut terletak berdekatan kauntertiket pintu masuk ke PSN. Pada mulanya kami sangkakan bangunan tersebut tutup tetapi petugasyang melihat kami menyuruh kami masuk dari pintu belakang memandangkan bahagian ruangpameran depan sedang diubahsuai. Disanakami diarahkan memakai kaca mata 3D bagimengalami keadaan pengembaraan maya. Kami berasa gembira dan seronok berada disana, filemyang dimainkan berdasarkan pengembaraan di dasar laut kemudian melalui kawasan hutan dangunung berapi dan berdepan dengan haiwan purba seperti dinasor dan burung yang besar.Suasana di dalam kabin gelap dan tempat duduk akan bergerak mengikut jalan cerita yangdimainkan seperti cepat dan lambat. Kerana terlalu teruja kami menaiki kabin tersebut sehinggatiga (3) kali.

    Di luar bangunan Subterranean Journey dipamerkan fakta dan gambar-gambar berkenaancetusan gunung berapi. Memandangkan kerja-kerja ubahsuai sedang dijalankan kami tidak dapatmelihat dan bereksperimen dengan bahan pameran berkenaan gunung berapi. Kami hanyamengambil gambar dan fakta melalui gambar yang dipamerkan.

    Memandangkan waktu lawatan hampir tamat kami pun bersurai sekitar pukul 4:30 petang.Pengalaman lawatan ini amat bermakna bagi kami kerana banyak bahan yang didapati yangboleh diimplementasikan dalam P&P awal sains kanak-kanak.

    a) ANTARA PROGRAM-PROGRAM YANG DISEDIAKAN

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 17/38

    1.Demonstrasi Sains

    Merupakan satu aktiviti sains yang menyeronokkan dan menakjubkan. Demonstrator akanmenunjukkan fenomena sains kepada penonton yang boleh dikaitkan dengan kehidupanseharian.AKTIVITI-AKTIVITI

    ElektrostatikAis AjaibMatematik, Topologi, Berseronok dengan NomborBuih SabunIlusi OptikCyrogenic FunTindakbalas KimiaAwesome Experiments

    WAKTU PROGRAM

    Hari: Setiap hari kecuali Jumaat

    Masa: 12.00 tengahari, 2.30 petang, dan 4.00 petang

    2. Ekperiment

    * Pusat Sains Negara telah menyediakan satu sudut yang dinamakan sebagai Sudut EksperimenSains. Sudut ini adalah khas bagi pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan juga bagikeluarga.

    * Ia dipenuhi dengan pelbagai jenis eksperimen sains yang bercorak hands-on dan minds-onyang dirangka untuk meningkatkan pemikiran kritikal dikalangan pelajar dan membina perasaaningin tahu mereka terhadap sains.

    * Setiap pelajar diberi peluang untuk membuat ujikaji dan pemerhatian sains yang terdapat disudut Eksperimen Sainst. Pada satu masa terdapat 3 atau lebih eksperimen mudah yang bolehdijalankan.

    * Sudut Eksperimen sains ini dibuka setiap hari KECUALI Jumaat dari jam 9.00 pagi 5.00 petang.Ianya terletak di ruangan Atrium Pusat Sains Negara dan penyertaan

    3. Peneroka Comel (pra sekolah)

    Merangsang perasaan ingin tahu kanak-kanak yang berumur 2 4 tahun mengenai sains

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 18/38

    di sekeliling mereka melalui aktiviti sentuhan tangan secara berpandu dan berselia.

    Tajuk tajuk aktiviti :a) Mengenal warna dan saiz - mengasingkan bola mengikut perbezaan warna dan saiz

    b) Kesedaran kerjaya melalui bermain - alami pengalaman sebagai seoran gdoktor, jurutera,angkasawan dan juruselam

    c) Bermain dengan blok geometri - kesedaran tentang bentuk geometri dalam kehidupanseharian

    d) Aktiviti mengenali haiwan - mengenali corak jejak kaki dan meneka bunyi haiwan

    e) Aktiviti berat dan keseimbangan - bermain dengan burung dan clown (mengimbangobjek)

    f) Cahaya dan Bayang-bayang - Cahaya dan bayang-bayang mencipta dan mengubah saizbayang-bayang

    g) Bunyi menghasilkan pelbagai bunyi dan menentukan kelansingan bunyi

    h) Jejak dedaun - membuat pengkelasan daun mengikut saiz, bentuk, warna dan corak uratdaun

    i) Warna - melihat warna pelbagai objek dengan menggunakan cermin mata berwarna

    j) Pertumbuhan biji benih - memerhati dan mengasingkan biji benih serta melihatpertumbuhannya

    k) Penerokaan deria sentuh - mengenalpasti persamaan dan perbezaan pelbagai jenis objek

    b) AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIRANCANG SECARA TAHUNAN

    Kalendar aktiviti2011

    Top of Form

    Tahun 2011 Tahun 2010 Tahun 2009 Tahun 2008 Tahun 2007 Tahun2006

    Bottom of Form

    Bulan Program

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 19/38

    JanuariPameran Dinos Alive !Hari Inovasi Malaysia

    FebruariPameran Dinos Alive !MBBC Cheque Hand-over ceremony

    Mac

    Pameran Dinos Alive !Dinos FestivalDinos Science CampScience On Wheels

    April

    Pameran Dinos Alive !Karnival Kimia Malaysia

    Mei

    Pameran Dinos Alive !1Malaysia Solar CompetitionPerasmian Tahun Penggalakan Sains dan Matematik 2011The Ice Age Experience (Pusat Sains Negara Caw. Wilayah Utara)Science On WheelsScience On The MoveKelana Sains

    Jun

    Pameran Dinos Alive !Draw My Farm CarnivalScience On WheelsKelana SainsKarnival Sains Udara (Pusat Sains Negara Caw. Wilayah Utara)

    JulaiSpecial Science Day

    OgosScience On The Move

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 20/38

    September

    Robotic FestivalPertandingan Robotik Kebangsaan (Akhir)Science On The Move

    OktoberScience Kid

    November First Malaysia Paper Plane Competition

    Disember

    Pelancaran Tahun Sains Negara 2012Sambutan Jubli Perak Pusat Sains NegaraPesta Sains

    Pendidikan sains pada peringkat awal kanak-kanak adalah berasaskan sifat semula jadi kanak-kanak yang sememangnya ingin tahu dan suka meneroka alam sekitar mereka. Pendidikan sainspada peringkat awal kanak-kanak adalah memupuk dan membina minat dan kegemaran kanak-kanak supaya terus meneroka dan mencari penjelasan kepada fenomena yang diperhatikan dalamkehidupan mereka sehari hari.

    Projek ini dilaksanakan sebagai salah satu teknik pengajaran yang menggunakan kaedah lawatan.Bersesuaian dengan subjek yang di ambil, program ini juga dilihat boleh meningkatkanpengetahuan sedia kami,memberi idea baru kepada kami untuk mengajar kanak-kanak kerana iadapat meningkatkan kemahiran kognitif kanak-kanak,memperolehi ilmu baru dan sekali gusmemberi peluang kepada kami mendalami ilmu sains dengan lebih dekat lagi.Diharapkan denganpelaksanaan projek ini akan mendapat manfaat yang maksimum sekaligus mencapai objektifprojek ini.

    Lawatan tersebut adalah sebahagian dari tugasan yang berkaitan dengan subjek Awal Sains bagisemester ini. Banyak perkara yang boleh dilihat, diperhatikan, diaplikasikan untuk pengajaran danpembelajan (P&P) dan memberi ruang terutamanya kepada kanak-kanak mempelajari sertameneroka dunia Sains. Kami juga berkesempatan menyaksikan pameran Dinasour. Dalam pada itu, saya dan rakan kumpulan bagi tugasan Awal Sains, Hazlinadan Margaret bercadang membuat projek sains berkenaan gunung berapi (Volcano)Berikutadalah Rancangan Pengajaran yang telah kami buat sebagai kesinambungan kepada lawatanyang telah kami lalui. 5. RANCANGAN MENGAJAR

    Kelas : Prasekolah Dahlia

    Tarikh : 19.10.2011 (Selasa)

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 21/38

    Masa : 10.00 pagi (25 minit)

    Bilangan Murid : 25 orang

    Umur : 6 tahun

    Tema : Alam Sekitar

    Tajuk : Kejadian Gunung Berapi

    Tunjang Utama : Sains Dan Teknologi

    Standard Kandungan : (ST 5.1) Meneroka fenomena alam iaitu letusan gunung berapi.

    Standard Pembelajaran : (ST 5.1.4) Menjalankan aktiviti membentuk letusan gunung berapi

    Kesatuan Tunjang : (PM 9.1.3) Berani melibatkan diri dalam aktiviti.

    Objektif : Pada akhir pengajaran murid akan dapat :

    1. Mengetahui bagaimanana terjadinya letusan gunung berapi.2. Mengetahui kesan yang ditinggalkan setelah berlakunya letusan gunung berapi.

    Pengetahuan sedia ada : Kanak kanak pernah melihat letusan gunung berapi di televisyen.

    Nilai-nilai murni : Menghargai alam sekitar

    Mengetahui kejadian alam semesta

    Alat bantuan mengajar : Model binaan gunung berapi, cuka, baking , pewarna, pencucipinggan mangkuk

    Langkah/Masa

    IsiKandungan

    Aktiviti Catatan/Bahan

    Set Induksi

    (3 minit)

    Model GunungBerapi

    Murid-murid memerhatikan gurumasuk ke kelas bersama Modelgunung berapi.Guru bersoal jawap dengan murid.

    Contoh soalan:

    1.Apakah benda ini?

    (gunung)

    2.Siapa pernah mendaki gunung?

    3.Apa warna gunung?

    Guru memperkenalkan tema minggu

    Model GunungBerapiBimbingan

    Guru

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 22/38

    ini.

    Langkah 1

    (7 minit)

    -proses gunungberapi meletup

    Muridmurid ditunjukkan gambar-gambar kejadian gunung berapi.Murid-murid memerhati dan bersoaljawab dengan guru.

    Contoh soalan:

    1.Mengapa gunung berapi berlaku?

    2.Bagaimana terjadinya letusan gunungberapi?

    Gambargunung berapiBimbingan

    guru

    Langkah 2

    (12 minit)

    -Demonstrasiletupangunung berapi

    Guru memperkenalkan bahan ataualatan untuk menghasilkan letupangunung berapi.

    Murid-murid memerhatikan tunjukcara guru dalam menghasilkanletupan gunung berapi.

    Murid murid menjalankan aktivitidengan bimbingan guru.

    - Model gunungberapi.

    - Cuka

    - Pewarna

    - Pabun

    - Baking soda

    Penutup

    (3 minit)

    -Cerita pendektentang kesangunung berapi

    Murid-murid diminta bercerita tentang kesan selepas gunung berapiterjadi.

    Contoh:

    binatang mati, pokok terbakar dan lain-lain.

    - Replika binatang,pokok dan lain-lain.

    -Model gunungberapi yang telahdigunakan

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 23/38

    Dari awal tugasan diberikan sehinggalah ke tahap ini, saya berasa amat gembira denganpencapaian saya dan ahli kumpulan saya. Segala kesukaran yang saya dan ahli kumpulan laintelah hadapi akhirnya membuahkan hasil yang baik.Laporan yang telah dihasilkan ini adalah hasil daripada lawatan yang telah diadakan pada 23Oktober 2011. Tujuan lawatan adalah untuk melihat dan mengenalpasti subjek yang berkaitandengan pembelajaran dan pengajaran diprasekolah berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah.Saya dan ahli kumpulan perlu mencari subjek yang sesuai untuk diajar kepada kanak-kanakdiperingkat prasekolah.

    Saya dan ahli kumpulan telah tertarik dengan subjek kejadian letusan gunung berapi keranasubjek ini boleh dilakukan secara amali atau eksperimen bersama kanak-kanak. Jadi, saya dan ahlikumpulan mencari fakta-fakta yang berkaitan dengan gunung berapi di Pusat Sains Negara.

    Disamping mencari fakta tentang gunung berapi itu, saya berasa amat kagum melihat beberapakejadian alam seperti putaran system solar, kitaran benda hidup, proses tenaga hidrolik,putingbeliung, system perkumuhan, system pernafasan, pasang surut air laut dan macam-macam lagi.Saya amat tertarik untuk mengetahui punca-punca, bagaimana,bila,kenapa dan mengapakejadian ini berlaku dimuka bumi ini.

    Pameran Dinosour juga menarik perhatian saya walaupun bilik pamerannya tidak begitu besartetapi ada lebih kurang 10 jenis dinosaur yang dipaparkan berserta habitatnya dan makanannya.Ini dapat menambahkan pengetahuan saya tentang haiwan alam purba yang bersaiz besar ini.

    Alhamdulillah, secara keseluruhannya, saya berasa amat puas hati dan gembira dengan lawatanini dan berasa amat bersyukur kerana berjaya menyiapkan laporan ini bersama ahli kumpulansaya. Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Kamariah Bt Abu Bakar diatas tunjuk ajar yang

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 24/38

    diberikan. Jasa puan amat saya hargai. Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan sekelas danyang terlibat.

    (http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6127.jpg)

    (http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6131.jpg)

    (http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6136.jpg)

    (http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6112.jpg)

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 25/38

    (http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6115.jpg)

    (http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6116.jpg)

    (http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6117.jpg)

    KITAR SEMULA DAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH

    Posted: November 20, 2011 in Uncategorized 2

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

    Semalam 19/11/2011, pensyarah saya telah memberi tugasab berkumpulan mengenai alam

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 26/38

    Semalam 19/11/2011, pensyarah saya telah memberi tugasab berkumpulan mengenai alamsekitar. Saya dan rakan-rakan disuruh merekacipta suatu program yang bersesuaian dengankanak-kanak prasekolah. Program ini perlu ada slogan, tempoh selama 4 minggu danmengutarakan isu-isu yang positif dan membina untuk kanak-kanak.

    Saya dan rakan-rakan sekumpulan telah sebulat suara memilih tema KITAR SEMULA bagiprogram kami. Berikut adalah antara rancangan-rancangan dalam program kami.

    Nama Kumpulan: GO CLEAN

    Ahli Kumpulan: 1. Syimar Hidawati Bt Sogimin 2. Hazlina Bt Khiruddin 3. Roslizarina Bt Rasli 4. NorErliana Bt Hafizi

    Slogan: KITA KITAR KITA SIHAT

    Tempoh: 4 MINGGU ( SEBULAN)

    Perancangan:

    Minggu 1 PENGHASILAN

    Menghasilkan bekas-bekas pembuangan bahan yang boleh diltar semula. Saya dan rakan-rakantelah memilih tiga jenis bahan iaitu tin aluminium, kertas dan kaca. Saya dan rakan-rakanmemfokuskan kepada tiga jenis bahan ini kerana bagi kami ini adalah suatu permulaan memupukkesedaran kepada kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun tentang pemeliharaan danpemuliharaan alam sekitar.

    Bekas-bekas dihasilkan daripada kotak-kotak yang diwarna dan dilabelkan seperti berikut:

    Coklat = untuk barangan kacaBiru = untuk barangan kertasOren = untuk barangan tin aluminium

    Pada minggu pertama ini , kanak-kanak akan diberi pendedahan tentang ketiga-tiga bahan inidari segi penggunaan dan kesannya kepada masyarakat dan alam sekitar. Disampingmendatangkan kesedaran tentang bahayanya kesan ketiga-tiga bahan ini, sikap tanggungjawabdapat dipupuk serta diterapkan dalam diri kanak-kanak.

    Kanak-kanak umpama span yang senang menyerap air, segala informasi yang diberikan kepadakanak-kanak akan diingat dan dilakukan jika diberi peluang dan latihan yang secukupnya.

    Minggu 2 PENGUMPULAN

    Selama lima hari dalam minggu ini, kanak-kanak diminta membawa bahan buangan dari rumahmasing-masing. Kanak-kanak akan mengumpul seberapa banyak bahan buangan yang bolehdikitar semula bersama rakan-rakan. Bahan buangan yang perlu dikumpul ialah tin aluminium,botol kaca dan kertas.

    Guru memainkan peranan sebagai agen kitar semula iaitu setiap hari mengingatkan murid-muridagar mengutip bahan buangan yang ingin digunakan dalam program ini.

    Dalam proses ini, kanak-kanak diajar untuk menjaga kebersihan bahan buangan seperti

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 27/38

    Dalam proses ini, kanak-kanak diajar untuk menjaga kebersihan bahan buangan sepertimengemekkan tin-tin air, membuang air didalam botol-botol kaca serta melipat kertas denganbaik dan mengikatnya agar kelihatan kemas. Amalan ini akan mengelakkan kekotoron,bau danjuga elakkan kehadiran serangga seperti semut dan juga lalat.

    Proses diminggu kedua ini dapat memupuk sikap displin dan amanah di dalam diri kanak-kanak.Jika proses ini sering dilakukan oleh kanak-kanak ianya akan menjadi rutin sehingga kanak-kanakdewasa kelak.

    Minggu 3 PENGELASAN

    Pada peringkat ini, kanak-kanak diberi tanggungjawab untuk mengelaskan bahan-bahanbuangan ke dalam bekas-bekas yang telah dihasilkan pada minggu pertama tadi.Kanak-kanakakan diberi peluang meletakkan sendiri bahan-bahan yang telah dikumpul mengikut pengelasanmasing-masing.

    Aktiviti ini memupuk sifat kesabaran kepada kanak-kanak kerana mereka akan memilih danmengelaskan bahan buangan tersebut.Kerjasama antara kanak-kanak ini akan membantkelancaran program yang telah dirancang ini.

    MInggu 4 PENGHANTARAN

    Setelah selesai melalui ketiga-tiga peringkat di atas, tibalah masanya untuk menghantar semuabahan buangan yang telah dikelaskan ke pusat kitar semula yang berdekatan.

    Kesimpulan

    Program ini banyak memberi manfaat kepada kanak-kanak dan alam sekitar. Adalah lebih baikjika semua prasekolah kerajaan dan swasta mengadakan program ini kerana akan dapatmembantu pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

    Hasil daripada program kitar semula ini, kanak-kanak akan dapat memahami konsep menjagaalam sekitar dan sedar tentang tanggungjawab sebagai ahli masyarakat dalam menyumbangkepada keindahan alam serta persekitaran sihat. Kanak-kanak juga akan mengamalkan kitarsemula sebagai amalan di dalam kehidupan mereka hingga dewasa kelak. Akhirnya, masyarakatdapat hidup dalam persekitaran yang sihat dan nyaman.

    KITA KITAR.. KITA SIHAT

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 28/38

    (http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/rm5.jpg)

    KEMPEN SELAMATKAN HARIMAUDARIPADA KEPUPUSAN

    Posted: November 12, 2011 in Uncategorized 2

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera kali ini saya telah diberi tugas tentang kempen alamsekitarsetelah mengambil masa selama lebih kurang seminggu, saya telah membuat keputusanuntuk memilih KEMPEN SELAMATKAN HARIMAU DARIPADA KEPUPUSAN sebagai topikperbincangan kali ini.

    Kempen ini telah dianjurkan oleh WWF mulai November 201o dan tiada tarikh luputnya. Kempanini dijalankan sepanjang hayat dan dianggarkan dapat mencapai target pada tahun 2022.

    ISU YANG BERKAITAN MASALAH KEPUPUSAN HARIMAUSaya masih ingat lagi semasa umur saya 8 tahun sekitar tahun 1988 di kampung Bantal, UluTembeling ramai orang kampung berkerumun di bawah pokok dekat padang pada waktu petangmenyaksikan banyak harimau telah ditembak oleh orang kampung. Semua orang berasa amatpuas melihat kesemua harimau itu mati ditangan mereka.Harimau di seluruh dunia semakin pupus. Daripada 100,000 ekor pada awal abad sekarang cumatinggal 3,200 ekor sahaja sebab pemburuan haram dan penebangan hutan. Jika tidak ada usahabersama dunia kempen selamatkan harimau maka lagi 12 tahun harimau akan pupus. Amat sukarmembayangkan spesies haiwan yang dipanggil Pak Belang dek kerangka badannya yang tegap

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 29/38

    dan berbelang akan pupus daripada muka bumi ini.Walaupun pahit untuk ditelan tetapi itulah hakikat yang perlu ditelan semua pihak apabila DanaHidupan Liar Sedunia (WWF) menjangkakan hidupan liar tersebut akan pupus dalam masa 12tahun lagi jika tiada inisiatif pemuliharaan dilakukan dengan segera.

    Senario buruk adalah harimau boleh menjadi pupus apabila tahun harimau mengikut kalendarLunar tiba dalam masa 12 tahun lagi, kata Ketua Program Pemuliharaan Alam Antarabangsa,Ola Jennersten pada WWF Sweden. Organisasi berkenaan sedang giat melakukan kempen globalpemuliharaan harimau dalam usaha melipat ganda jumlah haiwan berkenaan sebelum tahun2022.

    Sejak 70 tahun lalu, tiga sub spesies harimau iaitu Bali, Jawa dan Caspian sudah pun pupus,manakala enam lagi sub spesies yang masih kekal sehingga hari ini adalah Amur, Benggala,Indochina, Malaya, China Selatan dan Sumatra.Bagaimanapun, keenam-enam sub spesies tersebutberkemungkinan akan mengikuti jejak langkah tiga spesies yang sudah pupus sebelum ini jikasesuatu tidak dilakukan dalam pemuliharaan terhadap hidupan liar itu.

    Sejak seabad lalu, WWF berkata, pemburuan haram, pengecutan habitat dan perdaganganbahagian harimau yang digunakan untuk ubatan tradisional memberi kesan mendalam terhadaphidupan liar itu.Mengikut perangkaan, jumlah harimau seluruh dunia menurun sebanyak 97peratus dan terdapat kira-kira 3,200 hidupan liar berkenaan pada hari ini.

    Walaupun angka-angka tersebut dilihat agak suram, keadaan sekarang adalah lebih baikberbanding sebelum ini. Ia penuh dengan harapan untuk menyelamatkan harimau-harimau ini,kata Jennersten.Menurut WWF, sebanyak 1,800 harimau kini boleh dilihat di India, Nepal, Bhutandan Bangladesh. Di Sumatera, Indonesia pula terdapat 450 ekor manakala 400 berada diMalaysia.Sebanyak 350 ekor lagi harimau itu berada di sekitar Asia Tenggara dan 450 hidupberada di Rusia.

    LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL:

    Pihak-pihak yang bertanggungjawab dari dalam dan luar negara telah cuba mengambil beberapalangkah bagi memastikan haiwan ini diipantau bagi mengelakkan kepupusannya. Kerjasamasemua pihak ini telah mewujudkan kempen ini dan cuba memastikan kempen ini berkesan.

    Persidangan kemuncak empat hari tiger summit telah dihadiri oleh 13 negara diadakan di St.Petersburg, Rusia bermula pada 22 November 2010 adalah untuk merancang mengelakkankepupusan harimau. Usaha yang baik dan mulia ini diketuai oleh PM Rusia, Vladimir Putin. Pakarharimau ini berkata jika tiada tindakan drastik di ambil , harimau akan cepat pupus. 13 negarayang menghadiri persidangan diharap komited mengandakan populasi harimau menjelang 2022.Justeru itu 13 negara ini dan kumpulan konservasionis akan diberi dana USD$330 juta dari BankDunia yang mengetuai inisiatif harimau global. 13 negara yang menyertai itu ialah Bangladesh,Bhutan, Cambodia, China, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Nepal, Rusia, Thailand danVietnam.Bagi Malaysia pula kawasan yang diberi perhatian ialah hutan yang ada di Jerantut bersempadandengan Kelantan dan Terengganu terutamanya daerah Tahan. Saya percaya agensi-agensikerajaan Malaysia terlibat dengan penyaluran dana tersebut dan benar-benar menyokong sertamemberi kerjasam dalam kempen ini.Sebelum kempen ini dijalankan, di Gerik,Kempen Bergerak Harimau MYCAT telah bergerak diMalaysia sejak 2007 dengan tujuan dapat memberi kesedaran dan pemulihan tentang kepupusan

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 30/38

    harimau yang semakin meruncing dinegara kita. Kempen MYCAT ini melibatkan semuapenduduk kampung didaerah yang terlibat dan pendedahan tentang kegiatan pemburu harimauharam yang menyalahi undang-undang negara.MENGAPA HARIMAU DIBUNUH DAN SEMAKIN PUPUS :

    1.Pemburuan haram telah meningkat kerana permintaan tinggi pasaran haram bagi harimauterutama di Asia seperti di China dan Vietnam serta di seluruh dunia.2.Persepsi orang Cina, harimau baik untuk nilai perubatan-produk, tulang, kulit, daging, hati,limpa, jantung, perut dan juga persepsi status kerana memakan harimau.3. Habitat dan makanan harimau juga semakin pupus kerana kerja-kerja menarah bukit danhutan untuk aktiviti pembangunan yang semakin giat dan meluas dijalankan diserata dunia.4. Akibat daripada kepupusan habitat dan makanannya,harimau telah mula memasuki kampung yang didiamipenduduk lalu membunuh manusia dan akhirnya harimaudibunuhTUJUAN DAN FAEDAH KEMPEN INI DIJALANKANTujuan kempen ini dujalankan adalah untuk:1. Memelihara dan meningkatkan kesedaran rakyat untukmemastikan ikon Malaysia ini agar tidak pupus supaya generasi akan datang dapat mengetahuitentang harimau dan kegunaannya.2. Ianya adalah salah satu cara atau alternatif agar masyarakat sedar bahawa harimua juga berhakmendapat habitat yang aman, hukuman dan undang-undang antiperburuan liar menjadi lebih ketat, dan mendidik masyarakat agar mereka faham tentang harimau.3. Mengurangkan perdagangan organ-organ, kulit dan bahagian tubuh lain harimau yangdijalankan secara haram.

    4. Melindungi kawasan habitat, perlindungan jangka panjang harimau dan pemakanannya sertamenggunakan sains untuk memantau kecekapan aktiviti konservasi.

    SARANAN YANG DITEKANKAN2 plan untuk menyelamatkan harimau daripada pupus;

    Plan TX2 (Tiger Times Two) oleh WWF sasaran untuk mengandakan populasi harimauMalaysia menjelang 2020. Telah diusahakan oleh Malaysia sejak 2 tahun dulu.

    Plan Tindakan Harimau Kebangsaan Malaysia 2008-2020. Disokong kuat oleh JabatanHidupan Liar dan Taman Negara, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan KerajaanMalaysia.

    Lihat dan renungkanlah wajah-wajah anak-anak harimau ini. Walaupun haiwan pemakan daging,mereka juga ingin hidup seperti haiwan lain..mereka tidak dilahirkan untuk dibunuh..

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 31/38

    SAYANGILAH HARIMAUjangan biarkanhaiwan ini pupus sebelum tiba masanyaberilah peluang kepadanya untuk menikmati keindahankehidupan dihutan hijau ciptaan yang Maha Esa.

    HARGAI DAN SAYANGILAH HARIMAU KERANA HARIMAULAH HERO KITA

    TEORI PELAZIMAN THORNDIKE

    Posted: October 27, 2011 in Uncategorized 0

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera 22/10/2011 yang lepas, saya telah belajar tentang TeoriBehaviorist. Dalam teori itu, terdapat tiga orang tokoh yang terkenal dengan eksperimen-eksperimen berkaitan rangsangan dan tindakbalas. Eksperimen-eksperimen ini melibatkan haiwandan tindakbalas terhadap rangsangan yang diberi. Kumpulan saya telah ditugaskan menceritakantentang TEORI PELAZIMAN THORNDIKE. Disini saya akan ceritakan sedikit tentang teori inikepada anda semua sebagai panduan dan menambahkan pengetahuan. Maklumat yang sayaperolehi ini juga didapati daripada beberapa blog dan web lain.

    Mengikut Thorndike, pembelajaran merupakan suatu rangkaian yang terikat iatu pembentukandan pengukuhan rangkaian saraf d antara situasi dengan gerak balas. Ransangan mempengaruhiorganism maka itu sesuatu gerak balas bolak dijangkakan berlaku. Ikatan R-G boleh dianggapsama ada sebagai keadaan fizikal atau sebagai perhubungan yang wujud di antara satu situasitertentu dengan kebolehan individu untuk bergerak balas kepadanya. Hukum pembelajaranThorndike adalah dinyatakan dalam bentuk mudah-pindaan saraf dan rangkaian saraf.Keterangan R-G mengenai pembelajaran meliputi sebarang jenis pembelajaran. Dalam erti katateori ini, beberapa faktor penting dalam pembelajaran ialah kesediaan saraf, ketertiban masa, rasamilik dan memuaskan pengalaman.

    Manakala hukum asas mengenai pembelajaran seperti yang difikirkan oleh Thorndike adalah padaumumnya dibahagiakan kepada tiga iaitu:

    i. Hukum kesediaan, latihan dan kesan. Prinsip kesediaan yang dinyatakan oleh Thorndikesebagai:a) Apabila satu unit pengaliran sudah sedia untuk mengalir, maka pengalirannya adalahmemuaskan, tiada suatu yang dibuat untuk mengubah tindakkannya itu.b) Bagi sesuatu unit pengaliran yang sudahh sedia ada untuk mengalir dan kalau tidak

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 32/38

    mengaliradalah menyusahkan, dan meransang apa jua gerak balas yang disediakan oleh alamsemula jadi yang berkaitan dengan kekurangan yang menyusahkan tadi.c) Apabila satu unit pengaliran idak bersedia untuk pengaliran, dan dipaksa mengalir, makapengalirannya adalah menyusahkan.ii. Hukum latihan melibatkan pertalian antara ransangan dengan gerak balas dan akanbertambah kukuh jika latihan diadakan. Sebaliknya, (iiatu tindakan mengulang) tidak dijalankan,maka pertalian antara ransangan dengan gerak balas akan bertambah lemah.iii. Hukum kesan pula menyatakan bahawa pertalian antara ransangan dengan gerak balas akanbertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan selepas terhasilnya tindak balas.Kesan yang menyakitkan pula akan melemahkan pertalian antara ransangan dan gerak balas.Namun demikian, teori ini mempunyai banyak kelemahan. Pertama, konsep tentang perkarayang memuaskan atau menyakitkan amat subjektif dansusah diukur. Kedua, sukar untukmenetapkan jenis ikatan dan gerak balas yang hendak dibentuk atau dihapuskan. Ciri-ciri setiapikatan perlu diketahui sejak awal lagi. Yang terakhir ialah, teori ini sukar dikaitkan denganpengajaran perkara yang abstark dan kreativiti, imaginasi atau keindahan bahasa.Eksperimen ThorndikeThorndike menjalankan berbagai eskperimen dengan menggunakan suatu alat yang direkabentuk dan dipanggil puzzle box. Manakala Pavlov menggunakan anjing, Thorndike kerapmenggunakan kucing. Dia mengurung seekor kucing yang lapar dalam puzzle box yangmempunyai kunci.Jika kucing itu akan cuba dengan mencakar peti itu dan jika ia berjaya menekan kunci peti itu,pintu akan terbuka dan kucing itu akan dapat keluar ke arah makanan yang disediakan.Thorndike telah perhatikan behawa kucing itu telah melakukan bermacam-macam tindakan(proses cuba-jaya) untuk keluar hinggalah haiwan itu tertekan kunci dan pintu terbuka. Masayang diambil oleh kucing itu untuk membuka pintu puzzle box dicatat.Beberapa jam kemudian kucing yang lapar itu dimasukkan ke dalam peti yang sama. Kali ini,haiwan itu berjaya menekan kuci pntu dalam masal yang lebih singkat berbanding denganpercubaan pertama. Kucing itu dikatakan telah menguasai atau belajar. Iaitu, organisme itu telahmempelajari gerak balas yang betul untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

    Secara kesimpulannya, eksperimen ini menggunakan kaedah Cuba Jaya iaitu percubaan demipercubaan yang dilakukan sehingga menemui kejayaan. Dalam pembelajaran, kaedah ini banyakdigunakan terutama dalam matapelajaran Matematik dan Sains.Kanak-kanak belajar memahamidan menyelesaikan masalah melalui kaedah ini. Kaedah ini menggalakkan kanak-kanak mencubasesuatu dengan usaha sendiri sebelum mencapai kejayaan.

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 33/38

    Bahan Bacaan Sains Kanak-Kanak

    Posted: October 18, 2011 in Uncategorized 0

    Minggu ini, saya akan ceritakan tentang bahan bacaan yang berunsurkan sains yang diterbitkanseawal tahun 1980an. Bahan bacaan berunsurkan sains adalah salah satu instrument yang amatbaik bagi memperkenalkan ilmu sains kepada kanak-kanak secara dekat. Kanak-kanakmempunyai minat yang cenderung kepada pembacaan komik,majalah dan buku-buku cerita.Justeru itu, penerbitan bahan-bahan bacaan yang menyelitkan tentang ilmu sains adalah amatberguna dan penting kepada kanak-kanak. Bahan-bahan bacaan ini boleh dibeli di kedai-kedairuncit dan pasaraya.

    Bahan-bahan bacaan ini telah diterbitkan seawal tahun 1980 lagi. Isi kandungan dan isu-isu yangdiketengahkan dalam setiap bahan bacaan adalah mengikut peringkat umur dan peredaran masa.Berikut adalah beberapa jenis bahan-bahan bacaan terawal yang diterbitkan untuk mengisi masalapang kanak-kanak.

    Bambino yang diterbitkan pertama kalinya pada tahun 1972 sempena sambutan kemerdekaanMalaysia yang ke-15, diilhamkan daripada karakter Bambi ciptaan Disney. Majalah bulananterbitan Penerbitan Suarasa yang diterajui oleh pelukis kartun terkenal seperti Rizalman, Mishar,dan Rosdin ini dilihat sebagai wadah wacana pengetahuan kepada kanak-kanak ketikaitu.Bambino memuatkan beberapa siri komik, cerpen, cerita bersiri, penciptaan sains dan ruang lainyang lazim terdapat dalam majalah kanak-kanak ketika itu seperti mencari gambar tersembunyidan peraduan melukis (Bakat Bambino) di samping bimbingan melukis untuk pembacanya diruangan Mari Melukis Bersama Bambino yang dikelolakan oleh Abdul Halim Teh. Selain itu,pembaca boleh memberikan maklum balas atau pandangan kepada ketua pengarangnya yangdikenali sebagai Pakcik Bambino di ruang Apa Kata Anda.

    Bujal juga merupakan buah tangan Rizalman dan rakan-rakannya yang diterbitkan oleh RazStudio. Majalah ini agak popular dan mendapat tempat dalam kalangan kebanyakan kanak-kanak lelaki di peringkat sekolah rendah yang membesar pada era 1980-an. Nama majalah inimerujuk pada watak utama dalam siri kartun yang terdapat dalam majalah berkenaan, iaitu Bujal,kanak-kanak lelaki nakal yang sering berpakaian baju belang, tetapi bijak. Karakter tersebut boleh dikatakan menjadi ikon penting kepada peminat majalah berkenaan. Sesuai denganmotonya atau tagline majalah ini, iaitu Berhibur Sambil Belajar, semua siri kartun didalamnya seperti , termasuk Bujal yang mengisahkan kehidupan harian kanak-kanak dalamsuasana kampung, mempunyai unsur pengajaran atau pendidikan menerusi karakter-karakteryang ada seperti Dogol, Raju, Wak Segan, dan Cikgu Markonah. Selain siri kartun, majalah inijuga memuatkan ruangan Mari Berpantun, AGEBU (Aku Geng Bujal), dan cerpen. Malah iamenjadi majalah untuk golongan kanak-kanak belajar bahasa Inggeris melalui ruangan StoryTime di samping menulis jawi kerana memuatkan artikel atau cerita bertulisan Jawi.

    Dewan Pelajar pula merupakan majalah bercorak pendidikan dan sesuai dijadikan sebagai bahanbacaan untuk pelajar sekolah rendah. Majalah terbitan DBP ini sejak tahun 1967 sehingga kiniditerbitkan bagi menyebarluaskan ilmu untuk kanak-kanak dalam pelbagai lapangan dengan

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 34/38

    tujuan untuk menggalakkan minat membaca dalam bahasa Melayu. Majalah ini juga mengasuhdan mengembangkan bakat serta daya kreativiti kanak-kanak dalam bidang penulisan seperticerpen dan puisi melalui ruangan yang disediakan. Dengan adanya ruangan seperti Belajar Jawi,Peribahasa, Time for English, Dunia Sains, Ensiklopedia, Pintar Bahasa, danMathematic Genius, jelas bahawa kandungannya adalah pelbagai dan kerana itu ada guru yangmenjadikannya sebagai bahan dalam pengajaran dan pembelajaran disekolah.Majalah Kuntum yang diterbitkan oleh Star Publication (M) Berhad sejak tahun Februari1980 masih kekal hingga kini. Majalah bulanan berbahasa Melayu yang dijual pada harga RM2.00senaskhah ini memang khusus disasarkan kepada golongan kanak-kanak berusia enam hingga 12tahun. Sesuai dengan motonya Mendidik Sambil Menghibur, banyak aktiviti yangmenyeronokkan dan percutian dianjurkan untuk pembaca yang menjadi ahli Kelab Kuntum.Majalah ini juga sering digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

    SAINS DISEKELILING KITA

    Posted: October 8, 2011 in Uncategorized 0

    Sains adalah suatu bidang yang amat unik dan luas. Tanpa kita sedari, sains sentiasa bersama

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 35/38

    Sains adalah suatu bidang yang amat unik dan luas. Tanpa kita sedari, sains sentiasa bersamadalam kehidupan kita. Sains wujud semasa kita makan, minum,menonton televisyen,menanamtumbuhan dan macam-macam lagi. Kanak-kanak zaman kini telah didedahkan kepada ilmu sainssejak dirahim ibu lagi. Bayi di dalam rahim diperdengarkan lagu-lagu berbagai genre dengankecanggihan gadget sains masa kini. Semakin membesar, lebih banyak lagi gadget-gadget sainsdiperkenalkan kepada kanak-kanak. Jelas didapati, tiada kanak-kanak masa kini yang buta sains malah boleh dikatakan amat celik sains

    Artikel yang ditulis oleh Rajiah Hassan dibawah menceritakan serba-sedikit tentang kepentingansains kepada kanak-kanak masa kini.

    Pembacaan, imaginasi sains pada kanak-kanak - Oleh RAJIAH HASAN

    KANAK-kanak dan imaginasi adalah sesuatu yang saling berkait rapat. Mereka belajar menerusiimaginasi. Imaginasi kanak-kanak kadang-kadang melangkaui jangkaan. Di antara individu yangpaling memberi kesan terhadap imaginasi kanak-kanak ialah mereka yang paling rapatdengannya, iaitu ibu bapa atau pengasuh.

    Menurut Marjorie Taylor, seorang pakar psikologi merangkap penyelidik daripada University ofOregon in Eugene, kanak-kanak menggunakan imaginasi sebagai alat pemikiran mereka.

    Mereka menggunakan imaginasi untuk mencari penjelasan kepada beberapa perkara yang sukarmereka fahami dalam kehidupan, seperti masalah keluarga, isu ketuhanan, mahupun duniakanak-kanak sebelum kelahiran.

    Kanak-kanak juga gemar berimaginasi bagi mengatasi kesakitan dan kedukaan yang merekaalami.

    Pakar psikologi Alison Gopnik dari University of California, Berkeley pula mengatakan bahawakanak-kanak sudah boleh berimaginasi seawal usia sembilan bulan.

    Pada ketika inilah ibu bapa atau pengasuh sudah boleh memainkan peranan untuk menggarapapa yang mereka mahukan untuk santapan imaginasi anak-anak mereka. Tidak salah pada usiasemuda itu ilmu sains boleh diperkenalkan, sama ada melalui perbuatan atau pembacaan ibu bapakepada bayinya.

    Mungkin ibu bapa boleh menunjukkan gambar-gambar planet dan bintang-bintang yangbergemerlapan secara berulang kali bagi mewujudkan imaginasi cakerawala kepada si bayi.

    Sementara itu, kanak-kanak berusia setahun ke atas sudah mula mengenal objek dan memahamigambar-gambar yang ditunjukkan.

    Pada waktu ini pendekatan awal yang bersesuaian sudah boleh digarap. Buku sains selalunyamempunyai gambar-gambar yang menarik dan berkisar tentang kehidupan seharian, sepertianggota tubuh badan, bagaimana makanan diproses di dalam perut, apa terjadi sewaktu ibumengandungkan adik, mengapa hujan turun, mengapa lampu menyala dan sebagainya.

    Kanak-kanak akan cepat berimaginasi apabila diceritakan mengapa sesuatu fenomena itu berlaku,terutama fenomena yang dekat dengan mereka.

    Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menceritakan sesuatu itu dengan kaedah

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 36/38

    Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menceritakan sesuatu itu dengan kaedahseringkas yang boleh, benar dan logik, kerana ini adalah penerimaan pertama kanak-kanak.

    Menurut kajian, pembelajaran yang pertama inilah yang akan menjadi asas kepada pengetahuansedia ada yang bakal mereka ada dalam minda bawah sedar.

    Seandainya kanak-kanak itu didedahkan dengan konsep yang salah, pengetahuan itu akan terusdibawa dan apabila lewat dikenal pasti, adalah sukar untuk guru mengubah konsep atau persepsitersebut.

    Seorang pakar kaji bintang yang bekerja dengan NASA di Amerika Syarikat telah mengakuibahawa minat yang mendalam dalam bidang astronomi telah wujud dalam dirinya sejak zamankanak-kanak lagi.

    Hasil dari sifat taksub dengan cerita Star Wars pada ketika kanak-kanak menyebabkan beliauterus menerawang dalam imaginasi bintang-bintang serta galaksi. Zaman kanak-kanaknyadipenuhi dengan buku dan komik tentang galaksi.

    Imaginasi ini terus membawanya pada cita-cita sebagai seorang astronomi dan beliau akhirnyaberjaya. Ada banyak lagi kisah saintis-saintis yang berjaya masa kini dan minat mereka yangtertanam sejak zaman kanak-kanak.

    Mereka menjadi individu yang berjaya dalam bidang sains bukan kerana kebetulan, tetapikesinambungan daripada apa yang diterapkan sejak awal kehidupannya, sama ada disedari atautidak.

    Terdapat banyak buku, majalah mahupun komik kanak-kanak yang berkisar tentang sains dankehidupan di pasaran masa kini. Ilustrasi yang dibuat juga amat menarik dan konsep yang dibawacukup dipermudahkan untuk difahami oleh kanak-kanak.

    Bahan bacaan ini dipersembahkan dengan menggunakan warna-warna yang terang dan watak-watak yang cukup menghiburkan. Harga bahan bacaan tersebut juga terdapat dalam julat yangmampu dibeli oleh pelbagai golongan.

    Ada banyak tahap bahan bacaan yang boleh digunakan untuk kanak-kanak mengikut peringkatumur. Kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun selalunya lebih berminat kepada imej bergambaryang ringkas dan berwarna-warni.

    Lantaran itu bahan seperti kad imbasan amat sesuai digunakan. Kanak-kanak berusia 4 hingga 6tahun pula berminat dengan proses sains dan carta yang mudah. Tahap imaginasi mereka jugaamat tinggi dan boleh dizahirkan semula dalam bentuk lukisan atau lakon cara.

    Sementara bagi kanak-kanak yang sudah pandai membaca, pendekatan lebih kepada penerangandan cerita yang lebih jelas tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka.

    Kanak-kanak pada usia ini mempunyai perasaan ingin tahu yang amat tinggi serta akan mencarisesuatu yang mantap untuk diimaginasikan.

    Perasaan ingin tahu yang tinggi adalah sesuatu yang sihat di dalam pembelajaran ilmu sains yanglebih kepada proses sains dan eksperimentasi.

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 37/38

    Namun demikian, kanak-kanak tidak akan dapat meneroka bahan bacaan yang ada tanpabantuan daripada orang dewasa.

    Ibu bapa bukan sekadar menyediakan bahan, mereka juga boleh membantu anak-anak secaramembaca bersama-sama atau berbincang tentang apa yang diperlihatkan oleh bahan bacaantersebut.

    Menerapkan input ilmu ke dalam minda seseorang kanak-kanak adalah seperti mencurahkan airke atas span yang sentiasa bersedia untuk menyerap seberapa banyak air yang boleh.

    Input yang positif akan membuahkan output yang juga positif.

    Sememangnya fitrah manusia akan mencari sebab dan akibat tentang sesuatu fenomena yangberlaku dalam kehidupan, dan ilmu sains merupakan cabang ilmu yang sememangnya mencaribukti kukuh tentang fenomena alam.

    Tidak salah membiarkan kanak-kanak berimaginasi tentang sains, dengan konsep dan pendekatanyang betul serta bersesuaian. Hakikatnya, sains adalah fenomena dalam kehidupan. Sains AdaDiSekeliling Kita

    Blog at WordPress.com. | The Greyzed Theme.Follow

    Follow Awal Sains Dan Kanak-Kanak

    Powered by WordPress.com

  • 4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"

    http://syimarsogimin.wordpress.com/ 38/38