teisis : berkaitan add

7
BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan Metodologi ialah peraturan persiapan yang disusun dan dijalankan untuk mengumpul dan menganalisis data yang sesuai dengan tujuan penyelidikan (Mohd Ismail, 1991). Dalam bab ini, penyelidik mengupas mengenai reka bentuk kajian, tempat kajian, sampel kajian, teknik pengutipan data, instrumentasi kajian, dan kaedah analisa data. 3.2 Bentuk kajian Dalam kajian ini, pelajar Tahun 4 daripada Sekolah kebangsaan seri chempaka digunakan sebagai sampel populasi. Metodologi kajian yang dipilih ialah kuasi eksperimen yang melibatkan ujian-t pada paras signifikan 0.05. Rekabentuk kajian menggunakan kumpulan kawalan tidak serupa dan ujian pra sebagaimana disarankan oleh Collier(1983) dan korelasi dengan menggunakan teknik soal selidik bagi mendapatkan data jenis kuantitatif. Kajian ini menggunakan rekabentuk Kuasi- eksprimen di mana kajian ini membuat pemilihan subjek dalam kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Pengkaji tidak membuat penyusunan semula kelas-kelas tersebut. Kumpulan eksperimen dan kawalan terbentuk daripada pelajar-pelajar yang sedia ada dalam kelas masing-masing mengikut pembahagian yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. 18

Upload: muhammad

Post on 21-Jul-2015

30 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: teisis : berkaitan add

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Metodologi ialah peraturan persiapan yang disusun dan dijalankan untuk mengumpul

dan menganalisis data yang sesuai dengan tujuan penyelidikan (Mohd Ismail, 1991).

Dalam bab ini, penyelidik mengupas mengenai reka bentuk kajian, tempat kajian,

sampel kajian, teknik pengutipan data, instrumentasi kajian, dan kaedah analisa data.

3.2 Bentuk kajian

Dalam kajian ini, pelajar Tahun 4 daripada Sekolah kebangsaan seri chempaka

digunakan sebagai sampel populasi. Metodologi kajian yang dipilih ialah kuasi

eksperimen yang melibatkan ujian-t pada paras signifikan 0.05. Rekabentuk kajian

menggunakan kumpulan kawalan tidak serupa dan ujian pra sebagaimana disarankan

oleh Collier(1983) dan korelasi dengan menggunakan teknik soal selidik bagi

mendapatkan data jenis kuantitatif. Kajian ini menggunakan rekabentuk Kuasi-

eksprimen di mana kajian ini membuat pemilihan subjek dalam kumpulan eksperimen

dan kumpulan kawalan. Pengkaji tidak membuat penyusunan semula kelas-kelas

tersebut. Kumpulan eksperimen dan kawalan terbentuk daripada pelajar-pelajar yang

sedia ada dalam kelas masing-masing mengikut pembahagian yang telah ditetapkan oleh

pihak sekolah.

18

Page 2: teisis : berkaitan add

Pada permulaan kajian, ujian pra diberikan untuk mendapatkan data tentang pencapaian

awal pelajar. Setelah itu, kumpulan kawalan diteruskan dengan teknik pengajaran

tradisional, manakala kumpulan eksperimen didedahkan dengan teknik pembelajaran

koperatif yang mana sesi pengajaran dibahagikan kepada dua slot. Slot pertama ialah

murid mendengar pengajaran guru, diikuti dengan pembahagian kumpulan.

Perbincangan dalam kumpulan adalah aktiviti bagi slot kedua sesi pengajaran

pembelajaran bagi kumpulan eksperimen ini.

Langkah yang seterusnya adalah dengan memberikan ujian pasca untuk menguji

pencapaian pelajar setelah penggunaan kaedah dipraktikkan. Ini bagi membolehkan

perbandingan dibuat dalam bentuk ujian-t.

Selepas menjalani ujian pasca, kumpulan eksperimen diberi soalan soal selidik untuk

mengesan kesalahan ejaan dan kemahiran mengunakan add dalam kelas dan persepsi

pelajar terhadap pembelajaran koperatif.

3.3 Populasi dan sampel

Seramai 20 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Mereka merupakan para pelajar

tahun 4 dari Sekolah kebangsaan seri chempaka yang terletak di luar bandar di Kota

Bharu, Kelantan. Dua buah kelas terlibat dalam kajian ini. Kelas yang pertama iaitu 1

A, pelajarnya menerima kaedah pengajaran tradisional, sementara kelas yang kedua

iaitu 1 B, menerima strategi pengajaran pembelajaran koperatif. Setiap kumpulan

terdiri daripada 10 orang pelajar. Umur pelajar adalah 10 tahun.

Kajian ini dibuat di sekolah luar bandar kerana mempunyai masalah pembelajaran

seperti tidak mempunyai buku kerja untuk membuat latihan, tidak mampu mengikuti

kelas tuisyen di luar sekolah dan tidak mempunyai kemudahan komputer dan internet di

rumah bagi membaiki kelemahan dalam pencapaian akademik.

19

Page 3: teisis : berkaitan add

3.4 Instrumen kajian

Instrumen kajian terdiri daripada :

3.4.1 Ujian pra dan pasca

Ujian pra merupakan ujian yang diberi kepada pelajar kedua-dua kumpulan kawalan dan

tradisional sebelum pembelajaran koperatif dijalankan. Ujian pasca diberi kepada pelajar

setelah kumpulan kawalan mengalami pembelajaran koperatif bagi menguji prestasi

pembelajaran para pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Topik yang terlibat ialah

kenegaraan.

3.4.2 Borang Maklumat Pelajar.

Bahagian ini mengandungi maklumat tentang latar belakang sampel kajian. Maklumat

yang di kehendaki meliputi nama, jantina dan markah Ujian Penilaian Sekolah Rendah

(Lampiran A).

3.4.3 Soal Selidik

Soal selidik ini adalah tentang sikap pelajar yang mengandungi 20 item. Item-item di

dalam di dalam soal selidik ini adalah berdasarkan kepada Attitude Questionare yang

dibina oleh L.S Skurnik dan P.M. Jeffs (1970). Analisis faktor merupakan teknik yang

digunakan secara sistematik untuk mengenal, memilih, dan mendefinasikan ciri-ciri

psikologi. Lima faktor yang digunakan di dalam analisis ini iaitu (a) sikap pelajar

terhadap sains, (b) implikasi sosial dan sains, (c) aktiviti pembelajaran, (d) persepsi

terhadap guru sains, dan (e) persepsi terhadap sekolah. Dalam konteks kajian ini,

pengkaji hanya menggunakan item-item bagi menggambarkan sikap pelajar terhadap

sains. Item tersebut dibahagikan kepada dua jenis faktor yang mempengaruhi sikap iaitu,

(a) minat terhadap mata pelajaran sains, (b) persepsi terhadap pendekatan pengajaran

20

Page 4: teisis : berkaitan add

guru. Setiap faktor digambarkan 10 item. Item-item terdiri daripada dua jenis iaitu item

positif dan item negatif.

Skala yang digunakan adalah skala Likert 5 mata di mana pelajar-pelajar menandakan

darjah persetujuan mereka terhadap tiap-tiap penyataan yang dibuat berdasarkan skala 1

hingga 5. Setiap item dalam soal selidik ini mengandungi lima pilihan jawapan dan

setiap pelajar dikehendaki memilih hanya satu jawapan untuk setiap item. Jadual 3.4 (a)

menunjukkan skala likert.

Jadual 3.1 : Skala Skor Bagi Darjah Persetujuan Skala Likert.

Darjah Persetujuan SkorSangat tidak setuju 1

Tidak setuju 2 Tidak pasti 3 Setuju 4 Sangat setuju 5

3.5 Prosedur mengumpul data

Data diperolehi melalui beberapa prosedur. Bagi teknik soal selidik, penyelidik telah

menyediakan borang soal selidik. Penyelidik juga menyediakan ujian pra dan ujian

pasca yang setara dan meminta kebenaran daripada Pengetua Sekolah Menengah

Kebangsaan Sering sebelum menjalankan kajian di sekolah tersebut. Surat permohonan

untuk mendapat kebenaran menjalankan soal selidik diperoleh melalui pihak universiti

penyelidik. Setelah mendapat kebenaran daripada pihak yang terlibat, penyelidik

membuat temujanji dengan guru bahasa melayu tahun 4 di sekolah tersebut.

Penyelidik telah meminta 2 kelas tahun 4 yang setara pencapaiannya untuk menjalankan

kajian. Borang maklumat pelajar telah diisi oleh pelajar pada permulaan kajian bagi

21

Page 5: teisis : berkaitan add

mendapatkan data jantina, bangsa, agama dan pencapaian UPSR(Ujian Pencapaian

Sekolah Rendah). Langkah seterusnya ialah kelas pertama diberi ujian pra kemudian

diajar secara tradisional dan kemudiannya ujian pasca diberikan. Kelas kedua juga

diberi ujian pra kemudiannya diajar secara pembelajaran koperatif. Setelah itu ujian

pasca diberikan. Pelajar kumpulan eksperimen kemudiannya melengkapkan borang soal

selidik.

3.6 Prosedur Analisis Data

a) Bagi pencapaian ujian pra dan pasca , analisis statistik digunakan untuk memberikan

dapatan-dapatan kajian. Skor-skor mentah dianalisis menggunakan kekerapan, peratus,

min dan sisihan piawai. Ujian-t diguna untuk menentukan perbezaan antara kumpulan

kawalan dengan kumpulan eksperimen

b) Data daripada set soal selidik pula dibuat analisa menggunakan Ujian Pekali Korelasi

Pearson untuk menunjukkan hubungan sikap pelajar terhadap pengajaran dan

pembelajaran kaedah koperatif teknik dengan minat terhadap mata pelajaran sains

khususnya kepada tajuk kenegaraan setelah pelajar-pelajar melalui kaedah pembelajaran

koperatif.

3.7 Rumusan

Di dalam bahagian ini pengkaji menghuraikan reka bentuk kuasi eksperimen yang

digunakan. Tatacara pemilihan subjek dan pembentukan kumpulan kawalan dan

kumpulan eksperimen juga diperincikan. Pengkaji juga memberi penjelasan cara

menganalisis dapatan seperti data-data yang diperoleh setelah kajian dijalankan. Cara

menganalis data dengan menggunakan ujian-t juga diperjelaskan.

22

Page 6: teisis : berkaitan add

23

Page 7: teisis : berkaitan add

23