49 tektik pemasaran

Upload: zulfikri-zainol

Post on 05-Apr-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 49 Tektik Pemasaran

    1/26

    149 Tektik Pemasaran

    49 Tektik Pemasaran

    Ebook Ini Diterbitkan Oleh Raja Kamil

    untukwww.RajaKamil.biz

    Anda boleh sebarkan ebook ini kepada rakan-rakan anda yang lain dengan syarat

    isi di dalamnya tidak diubahsuai.

    Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi pihak Raja Kamil melalui

    email, [email protected]

    Hakcipta www.RajaKamil.biz Diterbitkan Pada Januari 2012

    http://www.rajakamil.biz/mailto:[email protected]://www.rajakamil.biz/http://www.rajakamil.biz/mailto:[email protected]://www.rajakamil.biz/
  • 8/2/2019 49 Tektik Pemasaran

    2/26

    249 Tektik Pemasaran

    Penghargaan

    Alhamdulillah di atas nikmat yang Allah telah berikan kepada saya

    sekeluarga. Dengan kehendakNya, saya kini berada di tempat saya sekarang ini.

    Dan dengan kehendakNya jualah, perniagaan saya tidak berdiri dengan sendirinya,tetapi dihantar bantuan-bantuan melalui hamba-hambaNya yang lain.

    Justeru, dalam ebook ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan

    terima kasih kepada orang-orang yang sentiasa menyayangi saya dan memberi

    sokongan padu ketika senang dan juga ketika saya susah.

    Pertama sekali buat Ummi & Abah yang merestui perjalanan anak sulung mereka

    ini ke dalam dunia perniagaan. Seterusnya, Mama & Abah (mertua saya), yang

    juga memberikan kepercayaan penuh kepada saya, kerana ramai tahu perjalananuntuk berjaya dalam perniagaan bukanlah sentiasanya baik, banyak ujian dah

    mihnahnya.

    Penghargaan khusus buat isteri dan anak-anak yang tersayang. Maafkan Abi kalau

    selalu lambat menunaikan janji dek kesibukan menguruskan perniagaan yang baru

    sejengkal dua ini.

    Adik beradik, dan adik beradik ipar. Rakan-rakan, para pembaca blog

    www.RajaKamil.biz, subscriber, rakan-rakan JV, para penaja buku kecil ini dansemua orang yang terus memberikan sokongan dan kritikan kepada saya untuk

    terus mewarnai pentas perniagaan di Malaysia ini.

    Saya sayang anda semua.

    Hakcipta www.RajaKamil.biz Diterbitkan Pada Januari 2012

    http://www.rajakamil.biz/http://www.rajakamil.biz/http://www.rajakamil.biz/http://www.rajakamil.biz/
  • 8/2/2019 49 Tektik Pemasaran

    3/26

    349 Tektik Pemasaran

    Pengenalan

    Telah genap 7 tahun saya berkecimpung dalam bidang perniagaan

    khususnnya perniagaan internet. Banyak yang dipelajari dan banyak yang berubah,

    terutama bagaimana menggunakan teknologi terkini untuk tujuan pemasaran.

    Namun disebalik kesemua itu, ada beberapa konsep dan asas perniagaan yang tidak

    dan saya percaya TAKKAN berubah buat selama-lamanya.

    Jika kita benar-benar ingin menguasai bidang perniagaan, kita perlu menguasai

    pemasaran. Untuk menguasai pemasaran, 49 Tektik yang dikongsikan di dalam

    buku kecil ini, perlu digunakan dan dikuasai.

    Dalam pemasaran kita tidak dapat elak daripada copywriting, atau penulisansurat jualan. Samada menggunakan artikel, ayat-ayat pendek, audio mahupun

    video.

    Dan, 49 tektik ini, adalah tektik menulis surat jualan yang telah terbukti berkesan

    sejak sekian lama. Penggunaannya dalam surat jualan, adalah penting, supaya

    dapat memberikan kesan emosi buat pembaca iklan anda !

    Buku kecil ini adalah hadiah tahun baru (2012) kepada industri perniagaan

    internet. Semoga dengan kehadiran ebook ini, dapatlah sedikit sebanyak

    meningkatkan perniagaan anda !

    Akhir kata, terima kasih daripada saya dan moga, perjalanan perniagaan anda

    dimudahkan Allah Azzawajalla.

    Ikhlas;

    Raja Kamil

    www.RajaKamil.biz

    19 Januari 2012

    Hakcipta www.RajaKamil.biz Diterbitkan Pada Januari 2012

    http://www.rajakamil.biz/http://www.rajakamil.biz/http://www.rajakamil.biz/http://www.rajakamil.biz/
  • 8/2/2019 49 Tektik Pemasaran

    4/26

    449 Tektik Pemasaran

    IKLAN 1Tip Buat Duit PASIF Dengan Adfly

    Bagaimana cara buat duit dengan adfly?

    1. DaftarAdfly disini percuma : DAFTAR ADFLY2. Pendekkan link blog atau apa-apa link yang nak dikongsi dengan orang lain gunaadfly3. Kongsi linktersebut di blog, di twitter, forum signature, youtube, dan lain-lain lagi.4. Ulang 2 dan 3 !

    Tip duit pasif adfly?

    Mudah jer...

    Tip2 Letak link yang dah dipendekkan menggunakan adfly di blog post yang sentiasaada trafik. Setiap kali ada klik di link tersebut, setiap kali itu lah income masuk.Mudah kan, kan?

    Nak tip lagi? Klik sini, percuma jer, tak perlu opt in, tak perlu download :

    http :// q .gs / bTOE

    nota: Duit pasif ialah duit yang kita buat kerja sekali dua jer, tapi incomenya

    berterusan!

    Hakcipta www.RajaKamil.biz Diterbitkan Pada Januari 2012

    http://adf.ly/?id=8567http://q.gs/bTOEhttp://www.rajakamil.biz/http://adf.ly/?id=8567http://adf.ly/?id=8567http://q.gs/bTOEhttp://q.gs/bTOEhttp://q.gs/bTOEhttp://q.gs/bTOEhttp://q.gs/bTOEhttp://q.gs/bTOEhttp://q.gs/bTOEhttp://www.rajakamil.biz/
  • 8/2/2019 49 Tektik Pemasaran

    5/26

    549 Tektik Pemasaran

    49 Tektik Pemasaran

    Gunakan dengan cermat, kerana ianya bakal membuatkan perniagaan anda untuk

    bepuluh kali ganda, dan mungkin buat anda terlalu gembira ! Hati-hati ya, ^_^

    Tektik Nilai Tersembunyi

    Tektik ini akan memberitahu prospek anda bahawa nilai sebenar bonus produk

    anda adalah masih misteri. Dengan itu, mereka memahami bahawa hanya dengan

    memiliki produk anda sahaja barulah mereka mengetahui nilai sebenar bonus

    tersebut. Anda boleh menyatakan bahawa, nilai bonus tersebut akan didedahkan

    sebaik sahaja mereka mendapatkan produk anda.

    Contoh ayat : Anda akan mendapat bonus ekstra yang bernilai RMXXXX jika

    anda mendapatkan produk ini sekarang!

    Tektik Produk Habis Terjual

    Tektik ini akan memberitahu prospek anda bahawa anda sangat yakin bahawa

    produk anda akan dijual habis dan tidak akan bertahan lama dipasaran. Ramai

    orang akan terpengaruh dengan keyakinan anda, malah anda boleh menambahkan

    keyakinan dengan menyatakan anggaran jangka masa bila produk anda akan habis

    dijual.

    Contoh ayat ; Produk ini pasti akan habis terjual dalam masa seminggu

    sahaja

    Tektik Serangan Bom

    Dengan Tektik ini, anda perlu memberitahu prospek anda bahawa anda tidak akan

    menyewakan, berkongsi atau menjual nama / emel mereka kepada orang lain.

    Anda perlu nyatakan bahawa anda faham situasi mereka dimana mereka sering

    dibom dengan emel emel promosi dan iklan. Ianya akan menunjukkan bahawa

    anda sebenarnya mahu membantu mereka mengurangkan emel spam yang tidak

    berfaedah.

    Contoh ayat : Kadang kala ianya sangat menyusahkan apabila setiap hari anda

    Hakcipta www.RajaKamil.biz Diterbitkan Pada Januari 2012

    http://www.rajakamil.biz/http://www.rajakamil.biz/
  • 8/2/2019 49 Tektik Pemasaran

    6/26

    649 Tektik Pemasaran

    diserang oleh bom promosi dan iklan yang menjengkelkan..

    Tektik Tiada Pemasangan

    Anda hanya perlu nyatakan bahawa produk anda tidak memerlukan pemasangan

    apa apa perisian untuk menggunakannya. Ini disebabkan ramai yang tidak suka

    atau kurang mahir untuk memasang perisian di komputer mereka kerana kadang

    kala memasang perisian merupakan kerja yang rumit.

    Contoh ayat : Anda tidak perlu memasang apa apa perisian untuk

    menggunakan produk ini..

    Tektik Ubahsuai

    Tektik ini membenarkan prospek anda mengubahsuai produk anda mengikut

    keperluan mereka. Anda juga boleh menyatakan produk anda sangat mudah untuk

    disesuaikan dengan keadaan semasa atau keperluan mereka.

    Contoh ayat : Produk ini boleh disesuaikan dengan apa jua keperluan andadengan mudah..

    Tektik Penetapan

    Tektik ini akan memberitahu prospek anda bahawa mereka hanya akan membuat

    pelaburan sekali sahaja tanpa perlu membayar yuran bulanan atau tahunan.

    Maknanya, anda membuat penetapan bayaran hanyalah sekali sahaja. Jika mereka

    berminat, pastinya mereka akan mendapatkan servis anda kerana ramai yang tidak

    suka membayar yuran secara berulang ulang setiap bulan.

    Contoh ayat: Dapatkan servis kami sekarang dan buat pelaburan sekali sahaja

    seumur hidup tanpa perlu membayar yuran bulanan..

    Hakcipta www.RajaKamil.biz Diterbitkan Pada Januari 2012

    http://www.rajakamil.biz/http://www.rajakamil.biz/
  • 8/2/2019 49 Tektik Pemasaran

    7/26

    749 Tektik Pemasaran

    Tektik Mereka Melakukannya

    Berikan prospek anda contoh yang spesifik tentang beberapa orang yang telah

    mendapat faedah melalui produk anda. Anda boleh jadikan mereka sebagai sebuah

    kisah kejayaan para pelanggan anda atau letakkannya sebagai faedah produk di

    surat jualan anda. Letakkan juga sebagai testimonial.

    Contoh ayat: Ali telah menjana RM1000 seminggu manakala John pula baru

    sahaja memperoleh RM500 setelah dua hari mempraktikkan apa yang ditunjukkan

    dalam ebook saya..

    Hakcipta www.RajaKamil.biz Diterbitkan Pada Januari 2012

    http://www.rajakamil.biz/http://www.rajakamil.biz/
  • 8/2/2019 49 Tektik Pemasaran

    8/26

    849 Tektik Pemasaran

    IKLAN 2Wanita Muslimah kini tidak lagi perlu bersusah-payah ke Shopping Complex atau pun ke pasar

    malam. Kami diFABS Onlineada menyediakan perkhidmatan menjual keperluan untuk

    muslimah.

    Jangan lupa kunjungi gerai online kami di FABS Online.

    Hubungi : 019-522 0025 Emel : [email protected]

    Hakcipta www.RajaKamil.biz Diterbitkan Pada Januari 2012

    http://www.facebook.com/myfabsonlinehttp://www.facebook.com/myfabsonlinehttp://www.facebook.com/myfabsonlinehttp://www.facebook.com/myfabsonlinemailto:[email protected]://www.rajakamil.biz/http://www.facebook.com/myfabsonlinehttp://www.facebook.com/myfabsonlinemailto:[email protected]://www.rajakamil.biz/
  • 8/2/2019 49 Tektik Pemasaran

    9/26

    949 Tektik Pemasaran

    Tektik Rakan JV Peribadi

    Beritahu prospek anda bahawa jika mereka membeli produk anda, mereka

    berpeluang mempromosikannya juga. Berikan pelanggan anda komisen yang

    tinggi berbanding affiliate anda yang lain. Sebagai galakan, beritahu mereka juga

    jumlah rakan rakan JV anda dan jangan lupa nyatakan betapa besarnya reputasi

    rakan JV anda.

    Contoh ayat: Sebagai bonus tambahan, anda berpeluang untuk menjadi rakan JV

    istimewa saya dan menikmati komisen istimewa juga..

    Tektik Bayangkan

    Dengan menggunakan Tektik ini, anda memberitahu prospek anda agarmembayangkan faedah faedah yang bakal mereka miliki jika mendapatkan

    produk anda. Ramai yang tidak terus membeli ketika pertama kali melihat iklan

    anda, jadi dengan kaedah ini ianya akan membantu mereka membeli dari anda di

    lain hari walaupun tanpa melihat iklan anda.

    Contoh ayat: Bayangkanlah, setiap hari anda akan menerima ratusan surat yangmengandungi wang pos didalamnya walaupun anda hanya duduk dirumah tanpa

    berpeluh..

    Tektik Lakukan Sendiri

    Beritahu prospek anda, mengapa mereka tidak melakukannya sendiri untuk

    mendapatkan faedah yang diingini sekiranya mereka mampu melakukannya. Anda

    hanya perlu yakinkan mereka, bahawa mereka tidak dapat melakukannya sendiri

    tanpa bantuan dari produk anda.

    Contoh ayat: Kenapa anda masih mahu membazirkan wang mengupah orang

    lain, sedangkan dengan bantuan produk kami anda boleh melakukannya sendiri..

    Tektik Tidak Mustahil

    Tektik ini akan memberitahu prospek anda bahawa inilah masa yang sesuai untuk

    memenuhi keinginan mereka kerana produk anda menyediakan segala yang

    Hakcipta www.RajaKamil.biz Diterbitkan Pada Januari 2012

    http://www.rajakamil.biz/http://www.rajakamil.biz/
  • 8/2/2019 49 Tektik Pemasaran

    10/26

    1049 Tektik Pemasaran

    dianggap mustahil sebelum ini. Jadi, kaitkan produk anda dengan perkembangan

    terkini contohnya; teknologi baru, bahan terbaru, informasi terbaru dan sebagainya.

    Contoh ayat: Menjana wang melalui Facebook kini tidak mustahil lagi, keranaebook yang kami terbitkan ini sarat dengan informasi terbaru yang belum pernah

    didedahkan..

    Tektik Ketinggalan

    Tektik ini memberitahu prospek anda bahawa mereka akan ketinggalan dari segi

    peluang untuk mencapai matlamat bersama dengan produk anda. Anda mungkin

    boleh mengingatkan mereka bahawa ianya ada dinyatakan di media seperti TV,

    radio mahupun majalah.

    Contoh ayat: Ramai yang sudah bergelar jutawan semenjak menyertai programkami, adakah anda mahu ketinggalan?..

    Tektik Sangat Penting

    Kaedah ini akan memberitahu prospek anda bahawa sangat penting untuk mereka

    membaca keseluruhan surat jualan anda, kerana jika tidak mereka akan terlepas

    sesuatu yang sangat penting. Ini disebabkan ramai yang meninggalkan surat jualan

    anda tanpa membaca sepenuhnya.

    Contoh ayat: Ini mungkin laman web yang sangat penting untuk anda baca,kerana anda berkemungkinan tidak menemuinya lagi..

    Tektik Tindakan Pertama

    Nyatakan kepada prospek anda langkah pertama yang mereka perlu lakukan

    sebelum mereka mahu mencapai matlamat. Ianya mungkin membeli produk andaatau sekadar mendaftar sebagai subscriber dan sebagainya. Anda juga boleh

    nyatakan, jika mereka gagal mengikutinya ianya akan menyebabkan mereka

    kerugian dari segi masa, wang, tenaga dan sebagainya.

    Contoh ayat: Perkara pertama yang anda perlu lakukan sebelum menikmati

    pemberian percuma ini ialah..

    Hakcipta www.RajaKamil.biz Diterbitkan Pada Januari 2012

    http://www.rajakamil.biz/http://www.rajakamil.biz/
  • 8/2/2019 49 Tektik Pemasaran

    11/26

    1149 Tektik Pemasaran

    Tektik Sedia Maklum

    Tektik ini akan memberitahu prospek anda tentang fakta yang menyokong produk

    anda. Anda seharusnya menggunakan fakta yang diketahui ramai dan umum. Ianya

    boleh menjadi lebih berkuasa kerana fakta tersebut sudahpun diterima oleh

    prospek anda sebelum ini dan mereka mempercayainya.

    Contoh ayat: Semua sudah sedia maklum bahawa makanan yang mengandungi

    lemak yang tinggi sangat memudaratkan, sebab itulah produk kami merupakan

    produk bebas lemak..

    Tektik Fungsi Yang Sama

    Melalui Tektik ini, anda memaklumkan bahawa produk anda sama fungsi danpiawaian seperti produk lain dipasaran namun harganya lebih murah. Anda boleh

    memberitahu mereka bahawa anda faham ramai yang kurang mampu mendapatkan

    produk sedemikian namun sekarang mereka boleh mendapatkan produk yang sama

    fungsinya pada harga terendah (semestinya produk anda).

    Contoh ayat: Kini anda boleh mendapatkan mesin urut yang sama kualitinya dansama fungsinya seperti mesin urut berjenama tetapi pada harga yang jauh lebih

    rendah..

    Tektik Senaraikan

    Anda menggesa prospek anda untuk melakukan sedikit tindakan fizikal,

    berbanding dengan hanya membaca sahaja. Ia sebenarnya, secara tidak langsung

    menanamkan minat terhadap produk anda.

    Contoh ayat: Ambil masa 1 minit berharga anda, dan senaraikan matlamat anda

    untuk bulan ini..

    Hakcipta www.RajaKamil.biz Diterbitkan Pada Januari 2012

    http://www.rajakamil.biz/http://www.rajakamil.biz/
  • 8/2/2019 49 Tektik Pemasaran

    12/26

    1249 Tektik Pemasaran

    Tektik Kadang Kala

    Tektik ini memberitahu prospek anda bahawa ada masanya keadaan berubah dan

    bagaimana produk anda boleh membantu mereka sesuai dengan keadaan semasa.

    Orang ramai akan berminat dengan produk anda seandainya produk anda boleh

    memudahkan keadaan, lebih murah, lebih pantas dan sebagainya.

    Contoh ayat: Kadang kala, kita perlu menyesuaikan diet harian kita dengan

    keadaan setempat dan sebab itulah produk kami dicipta agar anda boleh

    menggunakannya dimana mana serta bila bila masa sahaja..

    Tektik Tiada Aduan

    Melalui Tektik ini, anda memberitahu prospek anda bahawa dengan menggunakanproduk anda mereka tidak lagi menjadi mangsa aduan orang ramai. Ramai orang

    sangat mengambil serius tentang aduan mengenai mereka.

    Contoh ayat: Kini anda tidak perlu risau kerana tiada lagi aduan mengenai baubadan yang kurang enak dengan menggunakan produk kami..

    Tektik Setiap Hari

    Nyatakan kepada prospek anda tentang informasi yang setiap hari mereka lihat

    atau baca bagi menyokong produk anda. Ianya kemungkinan satu topik hangat

    yang sedang dibincangkan diperingkat dunia ataupun dikalangan niche anda. Anda

    berikan mereka fakta dan buktikan ianya benar, serta beritahu mereka bahawa

    mereka akan ketinggalan sekiranya tidak memiliki produk anda.

    Contoh ayat: Setiap hari anda mendengar bahawa pentingnya penjagaan alam

    sekitar agar hidup lebih selesa dan jika anda mendapatkan produk kami, anda

    telahpun menyumbang ke arah alam sekitar yang lebih bersih..

    Tektik Mereka Tidak tahu

    Kaedah ini memberitahu prospek anda bahawa mereka akan mempunyai kelebihan

    berbanding pakar jika mereka mendapatkan produk anda.

    Hakcipta www.RajaKamil.biz Diterbitkan Pada Januari 2012

    http://www.rajakamil.biz/http://www.rajakamil.biz/
  • 8/2/2019 49 Tektik Pemasaran

    13/26

    1349 Tektik Pemasaran

    Ayat contoh: Ramai pakar yang tidak tahu mengenai teknik ini dan jika anda

    mendapatkan ebook ini, anda akan memiliki banyak kelebihan berbandingmereka..

    Hakcipta www.RajaKamil.biz Diterbitkan Pada Januari 2012

    http://www.rajakamil.biz/http://www.rajakamil.biz/
  • 8/2/2019 49 Tektik Pemasaran

    14/26

    1449 Tektik Pemasaran

    IKLAN 3

    "Bosan Dengan FB Anda?,

    Kurang Rakan? Nak Tak RakanFB Berebut-Rebut Nak Kenali

    Anda? "1 Tip SIMPLE, TERBUKTI Berkesan Malah PERCUMA Yang

    Saya Akan Berikan Pada Anda, Sila Klik Link Di bawah

    [ http://laporanpercuma.com/facebook]

    p/s: Join tip saya ini, besar kemungkinan anda boleh sertai group pemasaran FB saya di

    facebook. Di sini banyak bincangkan cara nak berniaga dalam FB dan naikkan profile FBanda! Sertai segera dengan klik link diatas

    Hakcipta www.RajaKamil.biz Diterbitkan Pada Januari 2012

    http://laporanpercuma.com/facebookhttp://www.rajakamil.biz/http://laporanpercuma.com/facebookhttp://www.rajakamil.biz/
  • 8/2/2019 49 Tektik Pemasaran

    15/26

    1549 Tektik Pemasaran

    Tektik Perubahan

    Gunakan Tektik ini dan nyatakan kepada prospek anda bahawa apa yang mereka

    lakukan sekarang akan berubah. Orang ramai akan berminat dengan produk anda

    jika ianya lebih baik daripada apa yang mereka ada sekarang untuk mencapai

    matlamat.

    Contoh ayat: Amaran:Bidang perniagaan internet kini sudah berubah dan anda

    bakal ketinggalan kecuali anda mendapatkan produk kami..

    Tektik Permulaan

    Dalam Tektik ini, anda akan memberitahu prospek anda bahawa mereka adalah

    yang pertama berpeluang memiliki produk anda. Mereka akan menyukai sesuatuyang kelihatan rahsia dan faedah faedah yang diperolehi dimana mereka menjadi

    orang terawal memilikinya.

    Contoh ayat: Sebagai permulaan dan yang terawal, saya nasihatkan anda agartidak menghebahkan teknik ini kerana ianya rahsia pemilik ebook ini..

    Tektik Belum Lagi

    Beritahu prospek anda bahawa ada sesuatu yang penting atau menari untuk

    disampaikan dibahagian akhir surat jualan anda. Anda boleh berikan

    pembayangnya di awal surat jualan untuk memujuk mereka meneruskan

    pembacaan surat jualan anda. Jika mereka membaca sehingga habis surat jualan

    anda, ada kemungkinan mereka kan membeli.

    Contoh ayat: Saya belum lagi bersedia membongkarkan teknik rahsia ini, tetapi

    anda akan mengetahuinya nanti di akhir surat jualan ini..jadi teruskan bacaan

    anda dan saya pasti anda akan teruja..

    Tektik Pergi dan Rugi

    Kaedah ini akan memberitahu prospek anda bahawa mereka harus bertindak

    sekarang, bukannya esok atau lusa. Mungkin ramai yang menganggap itu hanyalah

    gimik pemasaran, tapi anda tegaskan bahawa ianya serius dan bukan satu gimik.

    Hakcipta www.RajaKamil.biz Diterbitkan Pada Januari 2012

    http://www.rajakamil.biz/http://www.rajakamil.biz/
  • 8/2/2019 49 Tektik Pemasaran

    16/26

    1649 Tektik Pemasaran

    Contoh ayat: Bertindak sekarang, kerana jika anda meninggalkan laman inimaka anda tidak akan berpeluang menikmati tawaran ini lagi di lain hari..

    Tektik Kejayaan Sebenar

    Beritahu prospek anda bahawa mereka memerlukan sesuatu pemangkin atau faktor

    (tool) untuk mencapai keinginan mereka. Semestinya, anda memperkenalkan

    produk anda sebagai pemangkin tersebut. Anda juga boleh menyatakan bahawa

    ramai orang memiliki attitud yang betul tetapi tidak semuanya memiliki tool yang

    betul untuk berjaya.

    Contoh ayat: Kejayaan sebenar seorang affiliater juga sangat bergantung

    kepada tool promosi yang digunakan, maka produk kami adalah tool terbaik untukmenjadi affiliater yang berjaya..

    Tektik Kuota

    Anda nyatakan kepada prospek anda bahawa mereka perlu bertindak segera

    dengan membuat tempahan atau belian secara terus kerana kuota adalah terhad.

    Beritahu mereka, bahawa anda telah menghebahkannya kepada ramai orang diluar

    sana dan kemungkinan kuota akan dipenuhi dengan cepat. Dengan ini, prospek

    anda akan merasa bahawa mereka bukanlah orang terawal yang menerima

    informasi tersebut.

    Contoh ayat: Kuota yang saya tetapkan amatlah terhad, dan sebelum ini saya

    telah hebahkan kepada semua orang diluar sana sebelum anda menerima emel

    pemberitahuan ini..

    Tektik Tiada Rekod

    Sesuai untuk anda yang menganjurkan seminar percuma, nyatakan kepada prospek

    anda bahawa anda tidak akan merekodkan seminar anda samada dalam bentuk

    audio atau video. Jika mereka tidak menghadirinya, mereka tidak akan tahu isi

    kandungan seminar anda. Boleh juga jika anda menyatakan bahawa rekod video

    atau audio anda menjadi produk berbayar nanti. Pastinya, mereka yang tidak mahu

    mengeluarkan kos akan menghadiri seminar anda.

    Hakcipta www.RajaKamil.biz Diterbitkan Pada Januari 2012

    http://www.rajakamil.biz/http://www.rajakamil.biz/
  • 8/2/2019 49 Tektik Pemasaran

    17/26

    1749 Tektik Pemasaran

    Contoh ayat: Anda tidak akan melihat atau mendengar lagi seminar ini keranaseminar percuma ini tidak akan direkodkan dalam bentuk video mahupun audio..

    Tektik Yuran Keahlian

    Nyatakan bahawa anda selalunya mengenakan yuran untuk produk atau laman

    keahlian anda. Namun, untuk prospek anda nyatakan bahawa yuran telahpun anda

    mansuhkan dan ianya kini percuma. Ini akan membuatkan prospek anda berasa

    sangat gembira dengan kemudahan yang anda sediakan. Jika mereka gembira,

    mudahlah untuk anda mempromosikan produk.

    Contoh ayat: Kami memansuhkan sepenuhnya yuran keahlian untuk anda dan

    menambahkan lagi bonus yang bernilai RM..

    Tektik Ingin Berbicara

    Dengan mengajak prospek anda berbicara, ianya nampak lebih peribadi walaupun

    hanya melalui emel. Ramai orang lebih senang membaca emel yang bersifat

    peribadi berbanding emel secara rambang. Selain itu, dengan teknologi yang

    semakin canggih anda mungkin boleh mengajak mereka chat melalui YM atau

    Skype.

    Contoh ayat: Saya ingin berbicara dengan anda sebentar, semoga perbincangan

    kita ini mampu menyelesaikan masalah anda..

    Tektik Jual dan Untung

    Beritahu prospek anda bahawa mereka akan menikmati komisen yang istimewa

    jika mereka mencapai target anda. Ia akan membantu memberikan motivasi buat

    mereka untuk mempromosikan produk anda secara besar besaran.

    Contoh ayat: Dapatkan jualan seminimum 50 jualan, dan anda akan diberikan

    bonus hebat bernilai RM1000..

    Tektik Laman Keahlian Isitimewa

    Hakcipta www.RajaKamil.biz Diterbitkan Pada Januari 2012

    http://www.rajakamil.biz/http://www.rajakamil.biz/
  • 8/2/2019 49 Tektik Pemasaran

    18/26

    1849 Tektik Pemasaran

    Sesuai bagi yang mempromosikan affiliate, umumkan kepada prospek anda

    bahawa anda akan memberikan sesuatu yang istimewa jika mereka membeli

    melalui link affiliate anda. Jika anda memiliki laman keahlian, berikan sesuatu

    yang sukar untuk dilepaskan atau boleh memberi penjimatan kepada mereka.

    Contoh ayat: Anda berpeluang mendapat keahlian secara percuma selama 6bulan sekiranya anda membeli melalui link affiliate saya..

    Tektik Sudahkah Anda Memiliki

    Kaedah ini memberitahu pelanggan atau prospek anda bahawa mereka

    memerlukan sedikit motivasi dan panduan untuk menggunakan produk anda. Anda

    boleh tawarkan khidmat perunding secara percuma atau bayaran minimum agarmereka boleh memanfaatkan produk anda sepenuhnya. Dengan ini, ia

    menggalakkan mereka untuk mendapatkan lagi produk anda dimasa hadapan.

    Contoh ayat: Sudahkah anda memiliki produk kami namun belummenggunakannya, jangan risau kerana saya akan tunjukkan bagaimana produk ini

    akan membantu anda sepenuhnya..

    Tektik Baru dan Murah

    Beritahu prospek anda bahawa produk anda merupakan produk yang terbaru

    dipasaran namun harganya sangat murah. Beritahu bahawa, ramai juga menjualnya

    diluar sana namun harganya berlipat kali ganda dan nyatakan juga bahawa anda

    membantu menjimatkan pelaburan mereka.

    Contoh ayat: Inilah produk terbaru di pasaran dan saya tawarkannya pada

    harga terendah berbanding di tempat lain..

    Hakcipta www.RajaKamil.biz Diterbitkan Pada Januari 2012

    http://www.rajakamil.biz/http://www.rajakamil.biz/
  • 8/2/2019 49 Tektik Pemasaran

    19/26

    1949 Tektik Pemasaran

    Tektik Adakah Anda Bersedia?

    Tektik ini memberitahu prospek anda bahawa anda akan melancarkan produk

    terbaru anda. Notis pra pelancaran akan menyemarakkan lagi minat mereka

    terhadap produk anda. Namun, jangan berikan kesemua info mengenai produk

    anda, sebaliknya biarkan mereka membayangkannya sendiri.

    Contoh ayat: Adakah anda bersedia pada Ahad ini dimana satu lagi revolusi

    perniagaan internet akan muncul..

    Tektik Terima Kasih

    Dengan kaedah ini, anda mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan dan

    prospek anda. Secara tidak langsung, ia membayangkan bahawa perniagaan anda

    disokong oleh ribuan prospek dan pelanggan di luar sana. Ini boleh menambahkan

    reputasi dan juga kredibiliti anda sebagai penjual.

    Contoh ayat: Saya amat terharu dan mengucapkan terima kasih kepada semuapelanggan termasuklah para subscribers yang menyokong pelancaran produk

    ini..

    Tektik Ceritakan Kepada Saya

    Dengan kaedah ini, anda meminta agar pelanggan anda memberikan testimonial

    kejayaan mereka sepanjang menggunakan produk atau mendapatkan khidmat

    nasihat anda. Anda boleh benarkan mereka meletakkan link mereka diakhir

    testimonial dan tujuannya agar mereka mendapat publisiti juga. Hebahkan

    testimonial mereka di laman web, blog atau kumpulkannya di dalam sebuat repot

    atau ebook.

    Contoh ayat: Bolehkah anda kongsikan kisah kejayaan anda semenjakmenggunakan produk kami..

    Hakcipta www.RajaKamil.biz Diterbitkan Pada Januari 2012

    http://www.rajakamil.biz/http://www.rajakamil.biz/
  • 8/2/2019 49 Tektik Pemasaran

    20/26

    2049 Tektik Pemasaran

    Tektik Bahagian ke 2

    Tektik ini akan memberitahu prospek anda untuk membaca bahagian ke-2 mesej

    anda walaupun mereka belum lagi membaca bahagian pertama mesej anda untuk

    mengetahui keseluruhan mesej yang anda ingin sampaikan. Ini membantu mereka

    yang tidak membaca mesej anda untuk berasa teruja kerana ianya seolah olah

    satu misteri bagi mereka. Anda boleh letakkan salinan mesej pertama anda diakhir

    mesej ke 2 anda sebagai rujukan.

    Contoh ayat: Inilah mesej bahagian ke -2, sambungan dari mesej pertamadimana segala penyelesaian terhadap masalah kewangan anda akan ditunjukkan

    satu persatu..

    Tektik Statistik

    Tektik ini akan menerangkan prospek anda tentang statistik yang terkini mengenai

    produk anda. Anda nyatakan bahawa ianya sangat penting tak mahu mereka

    terlepas peluang untuk memperbaiki kehidupan mereka. Dengan ini, anda kelihatan

    ikhlas mahu membantu mereka.

    Contoh ayat: Statistik saya yang terkini menunjukkan hanya 30% pelawat sahaja

    membaca info ini sehingga habis dan saya tidak mahu anda mengabaikan info ini

    demi kebaikan anda..

    Tektik Menyimpan Rahsia

    Dengan teknik ini, anda memberitahu prospek anda bahawa anda telah menyimpan

    rahsia tentang produk anda seorang diri sahaja untuk sekian lama. Beritahu mereka

    bahawa ianya adalah produk yang sangat mengujakan, dan anda bersedia untuk

    melancarkannya serta anda tidak boleh menyimpan rahsia tersebut seorang diri

    lagi. Jadi, mereka akan ingin tahu apakah yang menyebabkan produk anda begitu

    bernilai sehingga anda sanggup merahsiakannya sekian lama.

    Contoh ayat: Sudah sekian lama saya menyimpan rahsia ini seorang diri, namun

    akhirnya saya sedia berkongsi dengan anda melalui produk..

    Hakcipta www.RajaKamil.biz Diterbitkan Pada Januari 2012

    http://www.rajakamil.biz/http://www.rajakamil.biz/
  • 8/2/2019 49 Tektik Pemasaran

    21/26

    2149 Tektik Pemasaran

    Tektik Pernahkah Anda Dengar

    Tektik ini memberitahu prospek anda bahawa jika mereka tidak membaca mesej

    anda sekarang, mereka tidak akan menemuinya lagi dimasa hadapan. Semestinya

    orang ramai sangat menggemari informasi terbaru dan produk yang boleh

    mengubah hidup mereka.

    Contoh ayat: Pernahkah anda mendengar tentang kelebihan produk ini, atau

    anda tidak akan menemukannya lagi jika anda meninggalkan web ini sekarang..

    Hakcipta www.RajaKamil.biz Diterbitkan Pada Januari 2012

    http://www.rajakamil.biz/http://www.rajakamil.biz/
  • 8/2/2019 49 Tektik Pemasaran

    22/26

    2249 Tektik Pemasaran

    IKLAN 4

    *Diskaun hanya untuk tempahan pakej RM60 keatasHANYA SAH UNTUK 5 KALI TEMPAHAN SAHAJA

    Dapatkan design profesional untuk memastikan laman web anda mencapai jumlahpelawat yang maksimum dan mampu untuk menjual.Dapatkan sekarang di www.orenbox.com.--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Urus agen pemasaran anda dengan Sistem Affiliate Lite.Kini usaha pemasaran internet anda dapat diringankan dan dibantu oleh golongan agenpemasaran internet yang telah bersedia untuk mempromosikan produk-produk anda keseluruh pelusuk dunia maya!Tingkatkan jualan dengan Sistem Affiliate Lite versi yang terbaru diwww.affiliate.orenbox.com .--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Rani Ishak

    www.orenbox.com

    www.affiliate.orenbox.com

    Hakcipta www.RajaKamil.biz Diterbitkan Pada Januari 2012

    http://www.orenbox.com/http://www.affiliate.orenbox.com/http://www.orenbox.com/http://www.affiliate.orenbox.com/http://www.rajakamil.biz/http://www.orenbox.com/http://www.orenbox.com/http://www.affiliate.orenbox.com/http://www.affiliate.orenbox.com/http://www.rajakamil.biz/
  • 8/2/2019 49 Tektik Pemasaran

    23/26

    2349 Tektik Pemasaran

    Tektik Salah Cetak

    Dalam Tektik ini, anda beritahu prospek anda bahawa kenyataan tentang produk

    anda mungkin nampak sukar dipercayai namun ianya benar dan terbukti. Mungkin

    sesetengah orang menganggap ianya terlalu mustahil dan ada kesilapan dalam

    penulisan surat jualan. Nyatakan dengan tegas bahawa ianya bukan kesilapan dari

    segi penulisan tetapi ianya benar.

    Contoh ayat: Ini bukan salah cetak, tetapi apa yang anda baca adalah benar

    belaka..

    Tektik Lebih Panjang

    Sesuai untuk anda yang memiliki laman keahlian, umumkan kepada prospek andabahawa mereka akan menikmati tawaran yang lebih menjimatkan sekiranya

    memilih untuk menjadi ahli jangka panjang. Contohnya yuran bulanan anda ialah

    RM20 tetapi yuran tahunan pula hanya RM100, jadi mereka dapat berjimat RM20.

    Ataupun, jika mereka upgrade keahlian kepada 1 tahun di lain masa , mereka

    akan membayar RM110. Kaedah ini akan menimbulkan rasa ingin bertindak cepat

    dikalangan pospek anda.

    Contoh ayat: Daftar keahlian setahun sekarang dan nikmati penjimatan RM20

    berbanding menjadi ahli biasa yang membayar yuran bulanan..

    Tektik Pelancaran Rasmi

    Tektik ini akan mengumumkan bilakah anda akan melancarkan produk anda, dan

    ini akan membantu prospek anda bersedia untuk membeli. Ini akan memberikan

    ruang kepada prospek anda untuk mula mengumpul wang dan dana yang berkaitan.

    Jika anda menyediakan program affiliate, ini memudahkan para affiliater anda

    melakukan pra promosi. Ingatkan mereka, bahawa akan menghantar emel ketika

    pelancaran nanti.

    Contoh ayat: 3 hari lagi untuk pelancaran rasmi produk..

    Tektik Saya Teruja

    Hakcipta www.RajaKamil.biz Diterbitkan Pada Januari 2012

    http://www.rajakamil.biz/http://www.rajakamil.biz/
  • 8/2/2019 49 Tektik Pemasaran

    24/26

    2449 Tektik Pemasaran

    Anda maklumkan kepada prospek anda bahawa anda teruja dengan jualan produk

    terhad anda yang sangat laris namun masih tinggal beberapa unit lagi untuk

    dihabiskan. Bagi mereka yang takut terlepas peluang, semestinya mereka akan

    membuat keputusan dengan segera.

    Contoh ayat: Saya agak teruja dengan jualan produk yang sangat laris, namun

    kini hanya tinggal 3 unit sahaja tinggal sebelum saya tutup jualannya..

    Tektik Hubungi Saya

    Beritahu prospek anda untuk menghubungi anda kerana mesej yang anda ingin

    sampaikan amat penting. Jadi, mereka akan menganggap jemputan anda amat

    penting dan bermanfaat.

    Contoh ayat: Sila hubungi saya untuk maklumat penting ini..

    Tektik Jika Anda Seperti Saya

    Tektik ini ialah anda memberitahu propsek anda bahawa anda juga sama seperti

    mereka dalam usaha memperbaiki kehidupan. Jadi, nyatakan betapa produk anda

    boleh membantu mereka dengan mudah tanpa perlu bekerja keras.

    Contoh ayat: Jika anda seperti saya, malas dan letih untuk ke gim bagi

    menguruskan badan, inilah produk terbaik yang akan membantu anda..

    Tektik O.T.O

    Beritahu prospek anda di laman pertama web anda, bahawa anda menyediakan

    tawaran terhad / O.T.O (one time offer) dilaman yang kedua.

    Contoh ayat: Anda boleh semak di laman kedua tentang tawaran terhad yangkami sediakan..

    Tektik Tidak Mempercayai

    Nyatakan kepada prospek anda bahawa anda juga pada mulanya tidak

    Hakcipta www.RajaKamil.biz Diterbitkan Pada Januari 2012

    http://www.rajakamil.biz/http://www.rajakamil.biz/
  • 8/2/2019 49 Tektik Pemasaran

    25/26

    2549 Tektik Pemasaran

    mempercayai bahawa produk anda memberikan hasil positif, sama seperti mereka

    yang kali pertama melihatnya. Ini akan menghapuskan ketidakpercayaan mereka

    terhadap produk anda kerana anda sudahpun menyatakannnya sebelum ini dan

    mereka mahu membuktikan yang anda tidak benar.

    Contoh ayat: Saya juga tidak mempercayainya dahulu, sama seperti anda yang

    pertama kali melihatnya sehinggalah akaun bank saya mula dipenuhi wang setiaphari..

    Tektik Pendekkan Waktu

    Katakan kepada prospek anda ianya mungkin mengambil masa berbulan bulan

    untuk mencapai matlamat mereka jika mereka melakukannya bersendirian. Ramai

    orang suka menjimatkan masa dan gemar memilih idea yang memudahkan.

    Contoh ayat: Jika anda melakukannya seorang diri anda mungkin mengambil

    masa sehingga 6 bulan, namun produk saya mampu menjadikannya 6 hari

    sahaja..

    Hakcipta www.RajaKamil.biz Diterbitkan Pada Januari 2012

    http://www.rajakamil.biz/http://www.rajakamil.biz/
  • 8/2/2019 49 Tektik Pemasaran

    26/26

    2649 Tektik Pemasaran

    Iklan 5Untuk Yang Serius Menjalankan Perniagaan Internet Sahaja

    Automatikkan perniagaan anda dengan ini.

    http://rk.aweber.com/http://rk.aweber.com/