23 zsm coklat

88

Upload: nf

Post on 27-Sep-2015

107 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Zine Satu Malam

TRANSCRIPT

  • Coklat yang dimakan begitu sahaja tanpa apa-apa perisa

    tambahan boleh jadi satu afrodasiak kepada mereka yang

    menginginkan aksi paling menawan samada di gelanggang

    pertarungan atau di ranjang.

    Hakcipta terpelihara @ ZineSatuMalam

    Hakcipta karya secara individu adalah hakmilik penulisnya. Zine ini

    dibenarkan untuk dimuaturun dan dicetak secara massa diletakkan di masjid-

    masjid dan majlis-majlis amal. Manakala jika dijual segala isi-isinya mengikut

    falsafah kapitalis, setiap hasil jualannya akan diberi kepada penganut-penganut

    agama yang mengagungkan tahi daripada manusia.

  • Intro Zine Satu Malam Kami bukan siapa siapa, bukan satu label zine tempatan semata

    mata, atau sebuah pertubuhan kelab menulis alam maya. Kami

    adalah satu bulatan kecil yang mengalu alukan sesiapa sahaja

    menyertai kami dalam bulatan ini dengan nawaitu ikhlas.

    Fungsinya kami ini selain daripada menyediakan bahan bacaan

    percuma, adalah sebagai satu tapak yang kami cuba bangunkan demi

    memberi ruang kepada penggiat seni dan budaya kecil seperti kami

    ini untuk berkarya.

    Kalau kalian punya karya, tapi tidak punya tempat yang baik untuk

    berkongsi, punya idea, tapi tidak punya tempat yang bagus untuk

    diskusi, punya semangat, tapi tidak punya sokongan untuk jadi kuat,

    kami ada di sini.

    Jangan risau, walaupun wajah kami serius belaka semuanya, tapi

    kami mesra gila.

    Mesra.

    Gila.

    - Zoul Yazix

  • 70% Belgian chocolate is rich

    70% cocoa 30% extra love

    bittersweet and smooth

    get her a bar for her blues

    get her for Valentines get her to make up or make out

    get her in mood

    best serve with a kiss

    let them melt and coat the tongue

    share the sweetness with you lover

    Chocolate sauce is kinky

    let it drip let it flow

    then lick them til last drop

    glaze them over the body

    let the thunder lips rolling

    then lick them til last drop

    End the morning with

    a mug of mocha

    or maybe

    a mug of hot chocolate

    goes well with marshmallow

    mellow down in the night

    warm up in cold weather

    Chocolate never fail

    - Abu Abbas

  • Ada Apa Dengan Coklat?

    Menurut kajian, makan coklat ni boleh menghilangkan stress.

    Terdapat juga kajian tentang coklat yang boleh melegakan batuk. Itu

    sumber yang aku baru aku peroleh dari tivi. Lantas aku menekan

    butang switch off pada alat kawalan jauh astro. Dua pengacara wanita

    dengan tudung warna-warni itu buat aku tak selesa ditambah pula

    fesyen tudung mereka yang entah apa-apa. Tak faham. Pakai tudung

    macam Wardina pun dah cukup elok. Cantik. Tak perlu nak lilit

    sana lilit sini.

    Aku duduk kebosanan atas sofa coklat ini. Melihat dinding

    yang dicat coklat cair lagi membuatkan jiwa aku bertambah sesak.

    Ini bukan pilihan aku. Teman serumah akuTini sangat obses pada color malap ini. Aku terpaksa melayan karenah dia sebab aku hanya

    menumpang. Walau ditanya kau suka tak color ni?, aku gagal menjawab tidak. Aku akur dengan kehendak nalurinya yang cintakan coklat pada tahap yang aku rasa melampau juga.

    Vroooommmm.. Vroooommmmmm.. Itu pencemaran bunyi yang aku terpaksa lalui juga tanpa rela. Duduk bersebelahan

    dengan lelaki bujang yang berbinikan satria neo yang baru

    dinikahinya dua bulan lalu. Normal. Lelaki akan buat apa sahaja

    untuk menampakkan keretanya lawa atas niat untuk tarik perhatian

    perempuan. Tapi bukan aku. Sebab kenderaan empat tayar dia

    berwarna coklat. Aku takut kalau-kalau aku tak dapat menerima

    pelawaannya untuk keluar dating.

    Apa yang kau benci sangat dengan warna coklat..

    Aku tak bolehlah.. Aku tak tahu apa penyakit keturunan aku ni.. Please Siti, tolong aku.

    Entah syaitan mana yang rasuk aku malam tu. Aku mengemas

    barang dan berpindah tanpa pengetahuan Tini. Sesampainya aku di

    bilik loteng kecil itu, aku senyum sendirian. Mungkin inilah rasa

    banduan yang lepas dari penjara. Puas. Aku mencapai telefon bimbit

    aku lantas mendail nombor Tini. Kemudian, serta-merta tangan aku

    menekan butang end. Aku masih tiada jawapan untuk persoalan mengapa aku lari dari rumahnya. Aku pejam mata merehatkan

    badan.

  • Hari ini tiada gangguan bunyi yang menghantui. Yang ada

    hanyalah suara manusia yang berkejaran untuk ke pejabat. Aku

    menanti suasana senyap sebelum turun untuk membersihkan diri.

    Aku harus keluar mencari kerja. Duit simpanan aku juga makin

    susut buat membeli juadah mengisi perut ini. Aku lantas turun

    mengenakan baju kurung pink polka dot. Aku cukup bertuah

    kerana LRT yang aku naiki tak penuh jadi aku boleh parking

    punggung dengan selesa. Tiba di KL Sentral, aku rasa macam nak

    muntah. Pening sangat.

    Aku ke satu kedai dan mengambil air kotak hijau dan berlalu

    pergi. Aku duduk di bangku dan minum sampai habis. Aku

    kehausan lagi. Aku berjalan menuju ke peti ais lalu pantas tanganku

    mencapai air kotak kuning lalu menghabiskannya hingga ke titisan

    terakhir. Semasa di kaunter bayaran tadi, aku sempat mengambil

    sesuatu berbentuk segiempat tepat berwarna merah. Sedap. Aku tak

    pernah rasa sebelum ini. Dan setelah aku teliti kotak hijau, kotak

    kuning dan bungkusan merah, aku dapati semuanya coklat. Coklat?

    Aku terkedu. Menelan air liur yang tetiba pahit rasanya.

    - Normutieah Madian

  • Cinta Kedai Muzik.

    Yang Ada Kek Coklat Bersama Kopi.

    Cahaya Mentari mula menjengah setiap ruang rumah. Aku

    masih tidur. Melayan mimpi. Meninggalkan realiti. Tetapi ada sahaja

    yang datang menghalang.

    Ktok! Ketuk! Ketak! Pintu diketuk. "Lan! Woi Lan! Bangun

    woi. Tidur apa lagi? Matahari dah tinggi ni!" Jeritan itu mengiringi

    setiap ketukan-ketukan yang membingitkan telinga itu. Aku hampa.

    Segala khayalan tak dapat ku sambung lagi. "Haaa. Kejap kejap."

    Balas aku tak bermaya. Aku bangun perlahan dan pergi ke pintu

    untuk menjawab segala ketukan tadi. Aku buka.

    "Bangun pun lu. Jom keluar. Hari ni cuti kan? Lepak lepak. Nak?"

    Sebut Din kawan baikku yang merupakan dalang segala bunyi bising

    sebentar tadi. "Lepak? Aaaa. Tak kot. Aku ada hal la. Lain kali ja la

    eh? Hehe" Jawab aku.

    "Hal apa? Bangun pun lambat. Tak apa la kalau camtu. Aku pi dulu

    la. Apa-apa hal call aku." Kata Din sebelum berlalu pergi.

    Pintu aku tutup. Kaki mula melangkah longlai ke arah bilik

    mandi untuk menyegarkan badan yang sengal-sengal rasanya. Paip

    air pancur dibuka. "Ewwwrrr" Aku kesejukan.

    Selesai mandi, aku mula bersiap untuk menjelajah jalan yang

    sibuk dengan lautan kenderaan ke suatu tempat yang selalu aku tuju.

    Enjin motor skuter aku dihidupkan. Mula bergerak. Aku melihat

    setiap gelagat orang-orang yang berada disekeliling semasa

    menunggang. Semuanya nampak kelakar. Ada yang seperti bergegas

    kekalutan ke suatu tempat. Mungkin terlewat kerja. Ada yang

    bersama dengan pasangan kekasih. Ada yang seperti tak tahu nak

    buat apa. "Haha" Ketawa aku sendirian seperti orang gila sambil

    memandu skuterku ke arah sebuah kedai dihujung bandar.

    ***

  • Aku meletak skuterku di seberang jalan. Sudah sampai ke destinasi

    iaitu sebuah kedai muzik.

    Ktinggg.! Bunyi loceng yang diletakkan di pintu untuk

    memberitahu bahawa ada orang yang datang. Ini pertama kali aku

    masuk sini. Selalunya aku lepak dekat kedai makan seberang jalan

    saja. Aku masuk perlahan-lahan sambil melihat sekeliling. Cantik

    kedai itu. Aku membelek segala barang yang aku nampak.

    "Hai. Cari gitar ya?" Tegur seseorang dari arah belakang aku. Aku

    terkejut. Aku pusing ke belakang dan seorang gadis yang cantik

    sedang berdiri disitu. "Eh..? Apa..?" Jawab aku pantas tapi dengan

    nada yang perlahan. Gadis itu pun memuncungkan mulutnya

    menunjuk ke arah tangan aku. Baru aku tersedar yang aku

    memegang sebuah gitar klasik. "Oh! Errr. Yup. Tengah cari gitar.

    Hehe." Aku berkata sambil ketawa. Tapi aku tipu. Aku datang

    bukan mencari gitar tapi cinta dan gadis yang berada di depan ku ini

    lah yang menjadi punca aku selalu lepak dekat kedai seberang jalan.

    Aku selalu melihatnya melayan setiap orang yang datang ke kedai

    muzik ini. Manis rupanya. Cantik. Aku angau.

    "Okay, gitar tu bagus. Pandai encik pilih. Nak yang ni ke?"

    balas perempuan itu dengan suaranya yang agak halus. "Ok gak."

    Jawab aku yang dungu pasal gitar. "Adess, kenapa la aku jawab

    macam tu? Dah la tengah sesak duit ni." Bisik hatiku pula sambil

    rasa tak puas hati dengan tindakan bodoh aku tadi. Tapi kerana

    gadis itu, aku pun akur. Mahu menyebut yang diri ini buta muzik

    dan tak cukup duit rasa malu pula.

    Di kaunter, duit aku pun melayang untuk membayar harga gitar tu.

    Sebelum aku pergi gadis tu bersuara "Encik ni nampak macam

    belum makan je? Nak makan dulu?" Selepas gadis itu berkata-kata

    baru aku perasan bahawa dalam kedai tu terdapat sebuah cafe kecil.

    Fikiran aku mula mencari fakta tentang bagaimana gadis tersebut

    boleh tahu bahawa aku sedang lapar? Terdengar bunyi perut aku

    barangkali. Fikir aku. Muka aku merah. Malu.

    "Err. Lapar la juga." Aku jawab. "Kalau macam tu, mari saya

    belanja encik kali ini lagipun encik baru first time datang sini kan?"

    Gadis itu mengajak. Aku mengangguk bahagia.

    ***

  • Waktu bertukar malam. Gelap. Aku dirumah masih bersama

    gitar yang aku beli tadi. Aku mampu melihat saja. Nak main tak

    pandai. "Cantik gak gitar ni. Berbaloi aku beli. Dapat sembang

    dengan awek tu. Huhu" Kata aku dalam hati sambil melayan jiwang.

    Tapi aku bodoh sebab lupa nak bertanyakan nama gadis tu. Gugup

    mungkin.

    Esoknya aku pergi semula ke kedai muzik tu. Bukan pergi

    melihat alatan muzik di kedai itu dan bukan pergi menyuap

    makanan di cafenya semata-mata tetapi untuk melihat seorang gadis

    impian. Aku pergi. Aku masuk. Aku duduk. Melihat gelagat gadis

    manis tersebut yang datang ke arahku. Aku gelisah.

    "Ni encik yang datang semalam kan?" Dia berkata dan aku

    mengangguk tanpa kata.

    "Oh, nak order apa-apa?" Gadis itu tersenyum.

    "Ermm.. Kopi satu dan kek coklat macam semalam satu" Aku

    tersengih sumbang.

    "Okay. Nanti saya bawakan. Encik tunggu ya." Gadis itu berlalu pergi.

    Aku duduk. Menunggu sesuatu yang boleh menjadi kunci

    untuku berada lama di kedai muzik ini sambil melihat sekeliling.

    Dan sampailah apa yang ditunggu-tunggu tadi.

    Diletakkan segala yang aku pesan tadi di atas meja. "Okay dah

    sampai. Selamat menjamu selera ya." Kata gadis itu mesra tapi aku

    hanya tersenyum diam. "Oh yaa.. Macam mana gitar semalam?

    Okay tak?" Sebut gadis itu seperti baru teringatkan sesuatu. "Okay

    okay" Jawab aku dengan semangat tapi tipu sebab aku tak tahu apa-

    apa pasal gitar. "Bagus lah kalau macam tu" Gadis itu berkata lalu

    berlalu pergi meninggalkan aku yang kurang mahir bercakap dengan

    perempuan ni. Aku hanya melihat. Memerhati. Memerhati setiap

    langkah.

    Tiba-tiba, gadis impian aku disapa mesra oleh seorang lelaki.

    "Hai Sayang. You busy?" Sebut lelaki asing itu. Aku yang curi-curi

    dengar dari jauh mula tersedak semasa menghirup kopi. Semuanya

    bagai pudar warnanya. Dunia mula berputar-putar sambil diiringi

    dengan lagu-lagu yang jiwang. Kek coklat yang aku rasa manis

    sebentar tadi terasa pekat pahitnya.

    Jiwa hampa. Hati mula remuk.

  • Cinta sebuah kedai muzik aku belum pun bermula tetapi telah

    berakhir.

    - Hafiy Johari.

  • Cokelat.

    Di ambil dari koko, diletak pelbagai rasa, diolah ke pelbagai bentuk,

    mempunyai kualiti rendah ke tinggi.

    Tak kira bagaimana aku amat bersyukur dengan adanya ciptaan

    Allah s.w.t yang amat mahal dari emas.

    Memang, aku tak kisah duit habis kerana dia. Sebab hanya dia ada

    di saat aku penuh kesuraman.

    Sedih, kecewa, luka, hampa, tiada harapan, putus asa, negatif, tiada

    motivasi.

    Cokelat,

    Bila aku mahu makan dia, aku ada ritual. Akan tersenyum

    memandangnya selepas membaca doa makan. Aku percaya dia

    adalah rasa keriangan yang membangkitkan

    Gembira, redha, tidak usah bersedih, Allah s.w.t ada, ramai yang

    sayang aku and hargai aku. Tanpa dia aku tak segemuk ini dan

    segembira dengan penuh kesyukuran ke hadrat Illah ini.

    Cokelat,

    Harus ada di mana aku ada, walaupun secebis, secalit, secangkir,

    setitik. Sebab tanpa dia, susah untuk aku rasa keriangan.

    Terima kasih Cokelat.

    Terima kasih Allah s.w.t

    - notjulliet

  • Coklat & Chocolate

    Cuba kau jangan diam membatu,

    Orang-orang itu perlu pimpinanmu,

    Kala mereka melahu dan buntu,

    Lewa sahaja kau berlalu,

    Andai ditakdir nyawa jadi penentu;

    Takkan kau pilih nak mati kutu?

    P/S: Malaysia perlukan coklat perisa baru.

    Nukilan coklat perisa A.I.

    Love is pretty much like chocolate. It is all sweet and bitter. Do not give me craps

    on how chocolate taste. You would definitely taste some bitterness out of

    chocolate. Now look at chocolate bars; if they are exposed to heat, direct sunlight,

    or high humidity, it will start to bloom a process where the heat causes the chocolate surface to melt and then re-solidify and you will notice white spots on them. However, it does not mean that they are spoilt. It may look like they are,

    but still you can enjoy eating it. Love is like that too. You just cannot expect a

    perfect relationship. Shit will happen. One way or another, by hook or by crook. It depends on how you would handle the shit.

    Chica my chica,

    Have you ever had this flavor?

    Or you swear you would have never,

    Chasing onto this fever?

    Oh my chica,

    Love is everyones telltale of paranoia, After all, it is indeed a tiring endeavor,

    To think that you could live happily ever after;

    Endlessly you would be just a dreamer.

    P/S: I notice that the cover is pretty much depicting shit. Chocolate = shit? -..-

    From chocolate-produce A.I. flavor

    - Azhar Ibrahim

  • COKLAT CAIR

    Dia sudah cuba. Hitam. Kelabu. Hatta biru sekalipun. Memang

    tiada kemistri. Dan juga jelas nyata perbezaan yang ketara apabila dia

    bersama dengan mereka. Pandangan yang mereka berikan juga tidak

    cukup untuk memberikan ketenangan pada hatinya. Pada jiwanya.

    Malah pada seluruh hidupnya. Dia merasakan sesuatu yang tidak

    lengkap. Rasa kehilangan. Seperti permainan jigsaw puzzle yang

    rongak. Dia tahu, bukan salahnya apabila dia menolak mereka yang

    cuba menghimpit dirinya untuk mengisi ruang kosong yang ada. Dia

    juga turut mencuba. Tetapi, hatinya kuat menyatakan bahawa bukan

    mereka yang dia mahukan. Dia cuma mahukan si pemilik mata

    coklat cair yang dikenalinya sejak sebelas tahun yang lepas. Bukan

    coklat biasa. Tapi coklat cair. Dia rindukan renungan ajaib dari si

    pemilik mata coklat cair tersebut. Dia mahukan pandangan redup si

    pemilik mata coklat cair menjadi miliknya. Dan dia masih

    menunggu sehingga kini.

    - Azura Abu

  • COKLAT

    Ada macam-macam rupa.

    Ada macam-macam rasa.

    Ada macam-macam warna.

    Ada macam-macam harga.

    Ada macam-macam jenama.

    Ada yang kata coklat lambang cinta.

    Ada yang kata coklat penenang jiwa.

    Bagi aku, coklat tetap coklat.

    Samada dalam bentuk makanan.

    Ataupun minuman.

    - Azura Abu

  • Uniknya Coklat

    Ada orang bilang, coklat itu unik. Punya bau dan rasa yang

    boleh merangsangkan. Ada orang bilang, coklat itu melambangkan

    sesuatu. Sesuatu yang membawa maksud yang mendalam. Ada

    orang bilang, coklat itu bisa mengungkapkan sesuatu bermulalah

    dari ungkapan terima kasih, simpati, prihatin sehinggalah ke sesuatu

    yang aku kira agak besar juga maksudnya iaitu cinta. Mahunya tidak,

    setiap kali punya majlis sesuatu, coklat sudah menjadi seakan

    sesuatu yang rasmi untuk diberikan. Dan sekarang sahaja, aku boleh

    lihat betapa ramai manusia yang mencari dan mengaut keuntungan

    hanya dengan coklat. Kata mereka, kegemaran manusia. Jadi, amat

    rugi jika tidak diambil kesempatan. Ah, persetan dengan apa yang

    orang bilang sebab dari kecil hingga besar sekarang pun aku ini

    masih tidak sukakan coklat.

    Jangan tanya aku kenapa dan mengapa kerana yang pastinya

    coklat hanya buat hidup aku jadi gelap dan sasau. Coklat itu

    melambangkan cinta? Jadi setiap kali bagi menandakan ketulusan

    sebuah cinta maka aku terpaksa menerima coklat dari seseorang?

    Dan sekiranya aku tidak menerima maka ditinggalkanlah aku ini?

    Persetan! Ah, kalau tiada coklat tidak mampu bahagiakah hidup?

    Tanpa adanya coklat, tidak layakkah aku untuk cinta? Kadang-

    kadang sering sahaja aku memujuk hati sendiri. Bertabahlah duhai

    hati kerana kau mungkin masih belum ketemu dengan cinta yang

    tepat. Cinta yang tidak memandang ketulusan hatimu berdasarkan

    coklat.

    Dan kadang-kadang ingin sahaja aku membuat revolusi

    tentang betapa coklat itu sebenarnya bukanlah satu kepentingan

    sekalipun dalam hidup. Tapi, siapalah aku ini jika ingin

    dibandingkan dengan coklat bukan? Sekalipun aku melawan, yang

    tertindas itu tetap aku juga. Dan yang juara itu tetaplah coklat juga.

    Dasar kau COKLAT!

    - Lady Ami (http://theempirestateofai-mie.blogspot.com)

  • Dia atau Dark?

    Baik kau pilih sekarang, kau nak Dark atau aku?? Kau buat pilihan sekarang jugak! Tolong jangan buang masa aku, kau dan dia!

    Amboi, menyergah pula dia ni. Susah betul nak buat pilihan. Dua-

    dua aku suka. Mana boleh pilih salah satu! Dua-dua buat aku

    bernafsu. Tapi, tapi aku nak kata

    Aku pilih Dark. Aku balas.

    Dark, yang berkelas tinggi, berpakaian jenama antarabangsa

    tersenyum ke aku. Dia tak perlu jerit-jerit begitu untuk tarik

    perhatian aku. Pada aku, diamnya lebih seksi.

    Pandai kau main-mainkan perasaan aku kan! Dulu kau asyik dengan aku. Kau tak pandang pun Dark. Sekarang kenapa?

    Kenapaaaaaa???

    Tanpa ragu-ragu aku jawab Sebab aku tengah diet sekarang.

    Lalu coklat susu yang menjerit-jerit tadi terdiam. Tahulah dia dengan

    aku sekarang dah putus. Aku berlalu dengan sebungkus coklat gelap

    di tangan, yang diimport dari Swiss.

    - Martini Muaz

  • Spa Coklat

    Selalu ada bau masam dari salon Dira. Tiap kali ditanya, pemilik

    tempat kecantikan kecil itu hanya akan tersenyum menggeleng-

    geleng. Kemudian pergi.

    Pengunjung tempat itu tidak pernah komplen. Mereka bahkan setia

    mengunjungi, dan memuji-muji kepakaran Dira memberi perawatan.

    Kata perempuan-perempuan sosialita itu, kulit-kulit mereka tambah

    mulus dengan setiap treatment. Semakin banyak agen-agen majalah

    high-end menyapa mereka, meminta mereka jadi model, atau

    berpose di red carpet acara-acara eksklusif yang mereka adakan.

    Spa coklat, itu rahsianya kenapa pelanggan Dira tak pernah

    berkurang. Tapi ada rahsia lain, kenapa yang datang tak pernah

    bertambah.

    Tentang teknik, Dira memang hebat. Jari-jarinya pandai mencari

    titik-titik sensasi di seluruh tubuh. Membuat pelangannya menggeliat

    sedap.

    "Makcik, saya memang tak akan pindah salon lain dah!," kata gadis

    dengan tahi lalat di atas bibir berbentuk busur panah Cupid itu. Jari-

    jari kakinya menari-nari di dalam cecair pekat melekit itu.

    Hangatnya cocok. Rasanya selesa, mungkin mirip dengan keadaan

    seorang bayi yang masih terapung di dalam rahim ibunya. Dia

    mengeluarkan suara desahan kecil.

    Dira mengurut leher gadis itu yang terjulur keluar dari bathtub.

    Kulitnya halus dan ada ikal-ikal rambut menuruni leher jinjang itu.

    Rambut pirangnya tersanggul tak kemas dengan getah supaya tak

    basah. Jari-jari Dira pandai mencari titik mati di seluruh tubuh.

    Dalam sekejap waktu gadis itu sudah melonglai layu. Kepalanya

    perlahan-lahan menggelongsor masuk ke dalam bancuhan coklat

    cair, kemudian hilang tak nampak.

  • Dira membuka sebuat botol putih yang ada di almari stok sabun dan

    menambahkan dua liter formula pelembut organ tubuh. Baunya

    menyengat, tetapi sebentar saja sebelum bercampur dengan

    manisnya bau coklat.

    Bel tamu di ruangan depan berbunyi. Salon kecil itu mempunyai

    dua bilik spa, dan biasanya Dira akan berulang-alik di antara dua

    bilik kalau ada tamu lebih dari seorang. Maknanya hari ini kerjanya

    akan lebih sedikit santai.

    Dira bangun dan menutup pintu bilik yang sudah menjadi saksi

    kematian. Mengelap peluh imajiner dari dahinya yang bebas kedut

    itu dan meninggalkan segaris coklat.

    Pelanggan yang datang kira-kira berumur 30an akhir. Mukanya

    nampak menanggung penat pekerjaan pejabat dan tuntutan

    patriarkis suami. "Kak, saya dengar pasal tempat ni dari kawan saya.

    Saya google dan cari di Yellow Pages tak jumpa. Jadi saya datang

    langsung, tak buat appointment. Maaf ya."

    Dira tersenyum, membuka buku tamu di meja resepsionis yang

    berbentuk bulan sabit. "Kebetulan saya ada kosong hari ini. Silakan

    dik, ganti baju di bilik hujung sana, belok kanan."

    Sambil menemani pelanggan barunya ke bilik yang diarahkan, Dira

    melihat comot coklat yang menghias dahinya secara tak sengaja di

    dinding kaca. Dira bangga dengan keremajaan yang tergambar di

    dirinya. Perempuan berumur tujuh puluh itu mengambil tuala Good

    Morning dari rak di bilik hujung dan mengelap wajahnya.

    "Sini kak?"

    "Iya dik, ganti pakai kemban yang ini, kemudian tunggu saya datang

    lagi di atas katil itu. Relax-relax saja," kata Dira sambil berundur

    keluar.

    Takpelah dipanggil kakak, pujuk hati Dira, itu kan tanda wibawa.

    Tapi yang panggil aku makcik tak boleh dimaafkan!

    Dira memastikan bilik spa satunya lagi terkunci rapat. Dalam sehari,

    kulit gadis itu akan melebur. Dalam dua hari,

    jantunghatilidahmatalimpa gadis itu akan sama-sama menjadi cecair

  • coklat. Tulang akan ambil masa lebih lama. semuanya akan jadi stok

    baru untuk rawatan pelanggan-pelanggan baru.

    - Nabila Najwa

  • Coklat Saya

    Jika Cadbury itu manis, awak penyebab kerosakan gigi.

    Jika Godiva itu mahal, awak lebih berharga lagi.

    Jika Koko Black itu unik, awak lebih tersendiri.

    Dan seperti coklat yang selalu lekat di gigi

    Awak sering melekat di hati

    - Martini Muaz

  • Aku-Hani & Coklat Bukan Dari Amareka

    Aku punya sa-keping coklat.

    Keemasan balutannya.

    Seakan dinar Arabia.

    Murah.

    Tak seperti kepunyaan anak anak keluarga lainnya.

    Jenama pun bunyi Amareka.

    Aku tetap senyum.

    Coklat yang sa-keping itu aku masukkan ke dalam kocek kemeja.

    Agar rapat dengan dada.

    Aku berjalan terasa tak injak ke tanah.

    Kilas Hani kelihatan di arah kiri pandangan mata.

    Cepat-cepat aku aturkan langkah.

    Di depan Hani, coklat aku keluarkan lantas aku suakan.

    Cair sedikit, kesan radiasi jantung aku yang menggila.

    Hani hanya pejamkan mata sambil membuka mulutnya..

    Perlahan jari manis aku yang bersalutkan coklat pergi ke mulut dia.

    Tercantumnya dua anggota, terus!

    Menerawang kedua jiwanya.

    Bersulamkan senyum tawa gembira.

    Tertari keduanya bahagia.

    Tenggelam dalam kekabut sorga dunia.

    - Comek

  • Coklat Abang Eddy

    Mama, Papa, Abang Eddy, Bibik, suka marah Aiman kalau makan

    coklat. Mama kata tak baik untuk gigi. Nanti gigi hilang atau jadi

    hitam, tak cantik. Papa kata kalau makan banyak coklat nanti jadi

    gemuk. Gemuk macam Syafik anak Aunty Amy kat belakang rumah

    tu. Naik basikal tayapawau pon boleh pancit.

    Hari tu Abang Eddy ada beli satu balang coklat letak kat dalam peti

    ais. Balang tu siap ade tali reben warna merah jambu. Ada rama-

    rama, ada bentuk love. Ade tulisan huruf B, E, M, Y, V, A, L, , N,

    T, I. Cantik. Masa Aiman tinggal dengan Bibik je, Aiman ambil

    sepuluh coklat kecik-kecik tu. Makan dalam bilik senyap senyap.

    Kalau Bibik nampak mesti Bibik kata, aduh Aiman. Kok makan cokelat aja kerjanya. Nanti badan gendut tahu. Penyakitan lagi. Ngak

    ganteng kayak Papa dehh.

    Malam tu Abang Eddy bersiap pakai baju cantik. Habis baju Abang

    Eddy berbau. Sakit hidung Aiman. Bau coklat lagi manis dari bau

    badan abang. Aiman tutup hidung sambil main PSP abang sebab tak

    nak kasi Aiman bagitahu Mama abang keluar lewat malam.

    Aiman ! Kau makan coklat ni ea? Bodoh la kau! Kan aku kata jangan makan! Tiba-tiba suara Abang Eddy masuk dari pintu. Aiman buat bodoh je. Aiman main lagi PSP abang. Ala, dah makan.

    Nak buat macam mana.

    Aiman, aku cakap ngan kau ni. Eaaaii, pukul kau karang ! Abang Eddy da mula naik angin. Aiman pandang muka abang.

    Nak Aiman ganti ke?

    Eleh, macam ade duit nak ganti. Abang sindir Aiman.

    Nak ke taknak. Kalau nak Aiman kasi.

    Mane. Cepat sikit. Orang da lambat da ni.

    Aiman suruh Abang Eddy tunggu. Sepuluh minit kemudian Aiman

    datang bawak satu coklat besar.

    Nah! Aiman ganti yang lagi besar

  • Aiman ! Mana kau dapat ni? Suke hati je kasi produk istinjak ni kat abang ! Orang nak dating la !!

    Tadi kate nak sangat Aiman ganti coklat. Aiman ambil la kat Aunty Jenny. Hari tu Aiman nampak Aunty Jenny kasi coklat ni kat Uncle

    David sebelum uncle masuk hospital.

    Aiman !!!!!!

    Sebulan Abang Eddy kene kurung dengan Papa dan Mama lepas

    dipaksa basuh satu rumah ari tu. Aiman pelik tengok abang basuh

    rumah dengan air tanah. Habis dengan Aiman pon kene mandi

    dengan air tanah. Ape la Abang ni. Pengotor !

    - Khairun Liyana

  • COKLAT AT AT

    Bila kisahkan perihal coklat, banyak kenangan yang melekat. Ada

    yang manis, ada yang lemak, ada juga yang masih berputar ligat

    meski hati berkeras tidak mahu lagi diingat-ingat.

    Cinta pertama, warna kulitnya amat coklat tapi tak cukup pekat.

    Kalau nak tahu, bibir kami sentiasa terkunci rapat bila kami sama-

    sama berada di satu tempat tanpa janji tepat. Mata bundarnya akan

    pandang ke arah mata nakal saya tepat-tepat. Waktu itu rasa hati

    bagai dipanah-panah petir dan kilat. Jiwa melompat-lompat,

    terloncat-loncat. Mujur kaki tak tergeliat. Kami akan sama-sama

    senyum kelat. Kemudian alihkan pandangan cepat-cepat. Aduhai,

    agaknya inilah yang namanya nikmat. Hilang malu yang elok berurat,

    berselirat. Iman tergugat, nafsu pun goyah meski sabar sudah terbina

    bertingkat-tingkat. Sayang, jodoh kami singkat. Tapi kami masih

    rapat. Ya, rapat.

    Cinta kedua, suka benar hadiahkan coklat. Kalau pulang dari

    belayar akan diberikannya pelbagai jenama, berbeza pembalut dan

    pelekat. Dia akan letakkan dalam kotak berkilat yang diikat ketat

    dengan renda warna merah pekat. Kalau nak tahu, kami sama-sama

    amat gemar akan minuman coklat hangat. Konon-konon buat

    penguat semangat kala jiwa dan tekad tak melekat. Juga, sebagai

    mangkin atau pencepat hubungan kami yang renggang biar menjadi

    lebih erat. Maklumlah, seorang di timur, seorang di barat. Namun

    akhirnya, kami nekad supaya hikayat kami diberikan penamat. Jauh

    sangat, penat.

    Cinta ketiga, keningnya lebat. Selalu pakai sepatu coklat ke pejabat.

    Kaca matanya bila bawah matahari tepat mesti bertukar warna jadi

    hitam likat. Nampak dia macam penjahat, dalam hati hanya ada

    dendam dan kesumat. Kadang-kadang kemejanya ketat, celananya

    sendat. Kalau nak tahu, kami selalu kongsi biskut lekat-lekat berinti

    coklat di pejabat. Tapi, itu tak menjamin riwayat cinta yang hebat.

    Sudahnya, kisah kami berakhir dengan singkat. Sebenarnya dia

    sudah diikat! Sudah berkahwin, lebih tepat.

    Cinta keempat? Yang itu belum sempat. Sibuk sangat. Jadual kerjaya

    padat amat, takwim hidup pun ada yang tak sempat nak dilihat.

  • Apapun, selalulah ingat. Syukuri setiap nikmat, hargai setiap detik

    dan saat. Hidup pasti berlimpah berkat, bersiram rahmat. Eh, orang

    yang warna kulitnya amat coklat tapi tak cukup pekat sudah lama

    tercegat. Perlu cepat.

    p/s: Doakan kami selamat, bahagia dunia akhirat!

    - Suffyanrazzaq

  • Coklat Gelap Dari Hawaii

    Sebuah patung coklat indah saiz manusia sebenar yang

    sungguh lazat dipandang. Itu ekspresi pertamaku apabila terpandang

    dia. Dengan kulit coklat gelapnya disimbah cahaya pendaflour

    membuatkan dia seakan display teragung dalam kedai coklat

    terkemuka dunia (dan membuatkan bibirku sepenuh hatinya cuba

    menahan cecair jernih lagi pekat yang terus-terusan ingin keluar dari

    mulut).

    "Alia, ni Alfred, anak kawan papa dari Hawaii. Dorang satu

    famili akan tinggal dengan kita untuk dua hari. Berkawanlah korang

    ya?" Kata Mama memulakan perkenalan kami. Aku tertunduk

    melihat tanganku (risau jika aku menyentuhnya,aku akan mengubah

    setiap lekuk ukiran ditubuhnya yang sangat sempurna di mataku itu),

    namun dia dengan gembira mengambil tanganku dan berjabat mesra.

    Kerisauanku kendur (ok, dia manusia. Bukan coklat).

    Waktu makan malam. Mama dan Papa sibuk mendengar

    cerita dari ibu dan bapa Alfred. AH! Kenangan lalu pasti banyak

    untuk dikongsi. Malangnya tiada kaitan dengan aku. Jadi aku makan

    dengan senyap. Tapi aku dapat rasakan diriku diperhati. Kutoleh,

    Alfred memandangku dengan penuh perhatian. Bila pandangan

    matanya kubalas, Alfred senyum (senyumnya manis, boleh buat

    coklat). Ku gerakkan pingganku ke kanan, matanya mengekor ke

    kanan. Ku alih pinggan ke kiri, matanya mengikut jua. Dan aku pun

    terus makan. Dia nak pandang, pandanglah. Ada aku kisah?

    Malam itu aku tak mampu melelapkan mata. Tutup mata je,

    mesti terbayang Alfred dan kulit coklatnya, membuatkan keinginan

    aku untuk memamah makanan pujaan gadis itu membuak-buak

    dalam dada. Dengan penuh hati-hati (malas giler nak bukak lampu)

    aku menuju ke dapur. Kegelapan dapur tidak menjadi satu beban

    padaku asalkan keinginan coklat masuk dalam mulutku tercapai. Di

    ruang dapur atas meja makan berkaki kayu jati kelihatan beberapa

    biji coklat susu dalam pinggan hijau (mama suka tinggalkan makanan

    atas meja. Buat aku lagi sayang pada mama) di tengah alas putih

    berbunga mawar merah jambu. Kusua sebiji, lazat tak terkata.

  • Tiba-tiba aku dijenguk satu bebayang. Aku kaget tak bergerak,

    dengan harapan sama ada itu khayalan atau bebayang itu punya jasad.

    Mujurlah bebayang itu hasil ciptaan jasad Al (Alfred mahu dirinya

    dipanggil Al. Lebih mudah mesra katanya). Soalan, apa yang Al

    tengah meraba di tengah malam senyap, kelam lagi hening ni?

    "Malam, Alia. Tahu tak kat mana ubat sakit kepala? Kepala

    Al sakit sangat ni," tanya Al. Aku dengan mulut penuh dengan coklat

    yang masih belum puas aku hayati keenakannya hanya menggeleng

    (sepanjang aku hidup ni semua benda dalam rumah ni aku tahu kat

    mana letak dan susun aturnya kecuali ubat. Mama memang pandai

    simpan benda alah tu. Tolak satu markah dari rasa sayang aku untuk

    mama). Muka kecewanya terus keluar dari dapur. Dan aku masih

    terus mengunyah coklat susu dalam pinggan hijau di tengah meja

    berkaki kayu jati dengan alas putih bermawar merah jambu.

    Esoknya...

    Al demam! Seisi rumah bising dengan tahap kesihatan lelaki

    itu. Dengan perancangan rapi untuk membawa Al sekeluarga

    membeli belah di salah satu pusat membeli belah termahal di sini

    (yang asalnya merupakan asrama penuh sekolah menengah

    perempuan) tergendala seketika. Aku pujuk mama. Aku tenangkan

    papa. Setelah menimbang tarakan situasi juga keadaan, Mama dan

    papa sepakat memutuskan Al tinggal sahaja dirumah sementara

    Papa, Mama dan ibu bapa Al pergi ke pusat membeli belah tapak

    asal sekolah menengah. Dan aku diamanahkan untuk menjaga Al.

    Dan di situlah kami. Berdua duduk di atas kerusi panjang

    hitam baldu mengadap televisyen yang sangat besar lagi leper setelah

    ditinggalkan ibu bapa kami berbelanja di pusat membeli belah tapak

    asal sekolah menengah. Al yang tengah kepanasan di bawah

    penyaman udara itu selesa tidak berbaju. Dengan peluh seperti

    mahu tidak ingin keluar (bagai pengantin perempuan malam

    pertama) dari kulit coklat gelap itu membuatkan aku semakin ingin

    merasa kesedapan Al. Tanpa rasa segan silu jemariku menyentuh

    lembut kulit lengan Alfred lantas jari itu kumasukkan ke dalam

    mulut. Rasa pekat, masin campur pahit, sedap lagi nikmat. Alfred

    pandang. Aku malu. Dia senyum dan terus mengusap kepalaku

    seperti seorang suami mengusap kepala isteri yang kepenatan

  • menjaga suami yang sedang sakit. Dan entah mengapa, aku gembira

    diperlakukan sebegitu oleh Al.

    Dari duduk, Al baring atas kerusi panjang hitam baldu itu.

    Aku melakukan perkara yang sama. Walaupun tahap kepanasan Al

    sangat tinggi (kan dia demam... Kesian dia...), tapi bagi aku suhu

    badan Al waktu itu tidak menggangu gugatku untuk berada di

    sampingnya malah membuatkan aku semakin tidak mahu

    berenggang dari Al. Mujur bagi aku, Al membiarkan diriku disisinya.

    Dan begitulah kami, baring menghadap satu sama lain

    berkongsi kehangatan di kerusi panjang hitam baldu. Dan tanpa aku

    sedar dalam lingkungan kehangatannya, aku terlena sebaik Al

    melelapkan mata.

    Bila aku buka mata, kudapati Al tiada di sisiku. Dia ke mana?

    Mataku meliar mencarinya. Kudapati lampu ruang tamu sudah

    terpasang (lamanya aku tidur) dan bulan purnama malu-malu

    bersembunyi di balik nipisnya awan.

    "Alia dah bangun ya?" Suara Al kini kembali aktif seperti

    semalam. Aku berpaling ke tangga. Dia turun menghampiri dan

    duduk di atas kerusi panjang hitam baldu.

    "Terima kasih sebab jaga Al. Al hargai sangat-sangat," tangan

    kanan tegapnya menyentuh wajahku. Aku kaget tapi masih mampu

    tersenyum ke matanya. Tangan itu Al alihkan kerana dia ingin

    tengok masa.

    "Dah lewat dah ni. Tadi mom Al call cakap dorang balik

    lambat sikit. Suruh kita tidur dulu. Esok flight tengah hari. Selamat

    malam Alia," satu kucupan singgah di pipiku. Aku terpempam

    dengan kepala senget ke kiri manakala dia telah bergerak ke bilik.

    Memang aku tak akan dapat tidur dengan lena malam ni.

    Waktu perpisahan. Ibu bapa kami berpelukan di tengah

    terminal. Aku dengan dan Al saling memandang. Kata kami

    terkunci. Dia membuka bicara, memecahkan kebisuan kami.

    "Nanti kalau Alia datang Hawaii jangan lupa jumpa Al tau," dia

    mendekatkan bibirnya ke cuping telingaku. "Al dah psiko Mama

    Alia. Comfirm bulan depan dorang bawak Alia sekali ke rumah Al."

    Dia mengukirkan satu senyuman semanis coklat, terasa ke pangkal

    hati.

  • "Ok. Jumpa di Hawaii," jawabku girang. Tapi yang terkeluar

    dari bibirku hanyalah ngiauan manja yang menggetarkan gegendang

    telinganya.

    - Fatini Zulkarnain

  • Campuran Istimewa

    Di atas bumbung bersegi tiga, aku duduk dongakkan wajah.

    Bintang terus tertari.

    Bulan terus menerangi.

    Pungguk galak menyanyi.

    Tangan kiri dan kanan aku rapatkan ke dada.

    Terselit di celahnya, coklat campuran istimewa.

    Bayu nyaman mengelus muka.

    Perlahan, sa-pasang mata mula bersinar.

    Menggeletar menahan gementar.

    Tersusun kemas rayuan suara.

    Bidadari, mari.

    Jangan kau bersembunyi lagi.

    Temankan aku yang terasa sunyi.

    Hiburkan aku dengan canda yang berbekas di hati.

    Bahagiakan aku dengan tawa yang bikin aku senyum sendiri.

    Sebagai ganti, akan aku berikan coklat ini.

    Istimewa.

    Campuran darahku pemekat rasa.

    Sebati bersama cairan setia.

    Tersuntiknya rindu peneman tiap masa.

    Tertanam muzika degup jantung bersamanya.

    - Comek

  • Coklat Lagi?

    COKLAT lagi? soalku spontan sewaktu sebuah bungkusan coklat terletak di atas mejaku. Aku mengangkat sedikit mukaku

    memandang wajah manusia yang berdiri betul-betul di hadapanku

    waktu itu.

    Seorang lelaki. Kemas berkemeja warna coklat cair. Lengkap

    dengan tali leher warna coklat gelap dengan corak jalur-jalur.

    Pandangan aku sorotkan ke bawah sedikit. Seluar tempah warna

    senada dengan tali leher dapat aku lihat dengan jelas.

    Puas mataku melihat lelaki itu dari hujung rambut hingga ke

    hujung kaki, aku memandang wajahnya kembali. Sebuah keluhan

    aku lepaskan. Tak pernah aku jumpa lelaki yang obses dengan

    warna coklat seperti lelaki yang berdiri di hadapan aku ini.

    Senyumnya masih belum hilang dari bibir tipis miliknya itu.

    Melihat dia masih membatukan diri, akhirnya aku bersuara

    kembali. Tak ada benda lain ke nak bagi?

    Spontan lelaki itu tertawa menunjukkan barisan giginya yang

    putih. Apa ke lawaknya soalan aku tu? Rasanya tak ada apa yang

    lawak yang boleh membuatkan lelaki itu tertawa. Aku menggeleng-

    gelengkan kepalaku.

    Kalau abang bagi hati abang dekat Aira, confirm Aira tak nak, ujar lelaki itu bersahaja. Lelaki itu menarik kerusi di hadapan aku lalu dia duduk bertentangan dengan aku.

    Tak ada kena mengena hati dengan coklat ni abang, ujarku separuh berbisik dan kembali menatap buku Analytic Chemistry.

    Aku curi-curi memandang wajah Abang Asyraf untuk melihat

    reaksinya apabila aku menuturkan ayat yang sama setiap kali perkara

    itu dibangkitkan olehnya. Lelaki itu cuma tersenyum memandangku.

    Coklat pemberiannya tadi diambil semula lalu aluminium foiled tadi dibukanya. Coklat Cadburry Hazel Nut itu dipatahkan mengikut

    bentuk bongkah-bongkah kecil yang dicetak. Dihulurkan coklat itu

    kepada aku.

    Nah, ujarnya.

  • Aku tidak mengambil cebisan coklat itu. Aku memandang

    serius wajah Abang Asyraf yang tak pernah nak mengalah dengan

    aku. Badanku aku sandarkan ke kerusi. Kedua-dua tanganku

    memeluk tubuhku dengan kejap.

    Berapa kali nak cakap Aira tak suka makan coklat, ujarku mendatar. Bosan sebenarnya diperlakukan seperti kanak-kanak.

    Berapa kali abang cakap makan coklat yang abang bagi ni. Nanti lama-lama sukalah, ujar Abang Asyraf kepadaku.

    Tak nak, ujarku lagi. Ringkas.

    Mendengar jawapanku tadi Abang Asyraf sudah membuat

    wajah bengis. Ha mulalah tu dia nak tunjuk garang.

    Abang cakap apa? soalnya tegas. Aku dapat melihat Abang Asyraf mengetap kuat giginya.

    Abang cakap makan coklat banyak-banyak nanti boleh gemuk, spontan ayat itu keluar daripada mulut aku.

    Pantas Abang Asyraf memicit hidugku. Tercungap-cungap

    aku dibuatnya kerana panik tidak dapat bernafas. Setelah berjaya

    aku mengalihkan jari-jemari Abang Asyraf, semua oksigen yang ada

    disekeliling aku waktu itu aku sedut sedalam-dalamnya. Abang

    Asyraf memang begitu. Kalau dia buat begitu pasti kerana dia geram

    kepadaku dan mahu membalas dendam kepadaku kerana tidak

    mendengar kata-katanya.

    Sebenarnya, aku bukannya tak nak makan coklat tapi aku

    memang tak suka makan coklat. Aku tak tahu kenapa antara banyak-

    banyak perempuan dalam dunia ni hanya aku sahaja yang tak suka

    makan coklat. Dan aku tak tahu berapa ramai perempuan di luar

    sana yang senasib dengan aku. Ada ke perempuan yang tak suka

    coklat macam aku?

    *****

    Setahun yang lalu

    SEPERTI hari-hari sebelumnya, jika tiba waktu rehat pasti aku akan

    menghabiskan masa di kafeteria di fakulti aku ini. Walaupun tidak

    menjamah apa-apa makanan, aku akan duduk di situ untuk

    berjumpa rakan-rakanku sewaktu di diploma dahulu. Maklumlah,

    bila masing-masing sudah melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah,

    masing-masing dah berlainan kursus, maka peluang untuk berjumpa

  • tu makin sedikit. Melainkan kalau aku melepak di kafeteria ini.

    Itupun nasib baik ramai juga masih kekal di Fakulti Sains Gunaan

    ini. Kalau tidak memang tak payah haraplah nak jumpa. Batang

    hidung pun belum tentu nampak.

    Woi Aira! Termenung! suatu suara menyergah aku sambil menepuk bahuku dari belakang. Aku yang dah terbiasa dengan

    keadaan semacam itu berlagak tenang walaupun aku rasa jantung

    aku dah nak terlucut jatuh dek kerana terperanjat.

    Kedengaran tawa lelaki. Agak garau bunyinya. Hah, dengar

    ketawa yang satu tu, tak payah nak tengok muka pun aku dah tahu

    siapa orangnya. Macam orang tua-tua kata, sekilas ikan di air, sudah

    kutahu jantan betinanya. Aku tergelak sendiri.

    Gila! Dahlah termenung seorang-seorang. Lepas tu ketawa seorang-seorang, komen Izad lalu menarik kerusi di hadapan aku.

    Mana ada gilalah, ujarku perlahan.

    Kau pasal apa main dekat sini? soalku kembali apabila aku lihat cuma Izad yang ada di kafeteria ini. Fazil dan Faiz tidak ada

    bersamanya seperti selalu.

    Saja jengah kau. Aku tengok dari atas tu kau dah serupa pungguk rindukan bulan tunggu aku dekat sini, perli Izad sambil terbahak-bahak ketawa.

    Perasan. Inilah yang orang katakan muka tak cantik, pipi

    tersorong-sorong. Siapa entah yang menunggu dia.

    Pungguk rindukan bulan apanya. Mana datangnya bulan tengah hari terik macam ni Izad oii, ujarku sambil mengeluarkan tisu daripada beg untuk mengelap peluh yang memercik di dahi.

    Entah berapa suhu tengah hari ini. Mahu kuyup bajuku dibasahi

    peluh kalau panas begini.

    Izad hanya ketawa. Dia faham benar perangai aku yang suka

    loyar buruk sama sepertinya.

    Ha, nasib baik aku tak terlupa, ujar Izad separa berbisik namun telingaku masih mampu mendengarnya. Tangannya sibuk

    menyeluk ke dalam begnya mencari sesuatu. Aku hanya

    memerhatikannya. Apa jugalah yang dicari dek Izad ni.

    Nah, ujarnya sambil menghulurkan coklat dalam bekas berbentuk hati yang siap bereben bagai.

  • Apa benda ni? soalku spontan walaupun aku tahu itu adalah coklat.

    Gula-gulalah. Tu pun kau tak tahu ke? Giliran Izad pula mengenakan aku.

    Gula-gula ea. Aku tak tahu pulak gula-gula bentuk dia macam ni, ujarku sambil mencubit lengan Izad kuat. Ha, amik kau. Suka sangat nak loyar buruk dengan aku.

    Kau bukan ke dah tahu aku tak suka coklat? Yang bazir duit beli coklat untuk aku ni buat apa? soalku bertubi-tubi kepada Izad.

    Kenal aku tiga tahun dah. Memang dah tahu aku tak suka

    coklat. Pergi belikan aku coklat lagi. Membazir duit tu namanya.

    Sakitlah. Mamat tu tengah tengok tu, tutur Izad separa berbisik ke telingaku.

    Biarlah dia tengok. Tak ada kena mengena dengan aku, ujarku tanpa menoleh ke arah orang yang dimaksudkan oleh Izad

    itu.

    Ada kena-mengena dengan kau. Sebab dia tu yang bagi coklat ni dekat kau bukan aku. Aku ni penyimpan mohor coklat di

    raja je, ujar Izad separa menjerit kerana cubitanku semakin kuat di lengannya waktu itu.

    Penyimpan mohor besar raja-raja aku pernah dengar. Tapi

    kalau penyimpan mohor coklat di raja aku tak pernah dengar. Izad

    memang suka loyar buruk dengan aku. Segera aku lepaskan

    cubitanku di lengan Izad. Aku menoleh ke belakang. Kemudian,

    cepat-cepat aku memalingkan kembali mukaku memandang wajah

    Izad.

    Dia? soalku.

    Kau suka? soal Izad pula. Soalan aku tidak berjawab, dia pula menyoal aku.

    Betul dia yang bagi aku coklat ni? soalku sekali lagi. Berharap kali ini Izad akan menjawab pertanyaanku.

    Lelaki tu bagi coklat ni dekat aku? soalku lagi memandangkan soalanku tadi dibiarkan sepi tanpa jawapan oleh

    Izad.

  • Kau suka? soal Izad sekali lagi kepadaku. Tidak mahu mengalah.

    Aku menoleh ke arah lelaki itu sekali lagi. Dia hanya

    tersenyum memandangku. Cepat-cepat aku mengalihkan wajahku

    daripadanya. Aku memandang sekali lagi bekas coklat berbentuk

    hati itu.

    Lelaki itu? Aku suka ke dekat dia?

    *****

    AIRA, sapa satu suara dari belakangku sewaktu aku sedang sibuk melihat papan kenyataan yang terletak di blok akademik itu.

    Meremang bulu romaku apabila namaku dipanggil selembut

    itu oleh seorang manusia yang semestinya seorang lelaki. Dan lagi

    meremang bulu romaku apabila aku melihat wajah insan yang

    menegur aku itu adalah lelaki yang telah memberi aku sekotak

    coklat dalam bekas berbentuk hati semalam. Cepat-cepat aku

    mengalihkan wajahku mengadap kembali papan kenyataan di

    hadapan.

    Isy Apahal pula mamat ni datang dekat aku.

    Dapat aku lihat melalui ekor mata, lelaki itu masih tidak

    berganjak daripada tempat dia berdiri sedari tadi iaitu di sisiku.

    Nama adik Aira kan? soal lelaki itu lembut.

    Mendengar pertanyaannya itu, aku menoleh ke kanan dan

    memandang tepat ke wajahnya. Aku mengangguk perlahan-lahan.

    Ingatkan abang salah orang tadi. Nasib baik betul, ujar lelaki itu. Mukanya memerah saat ayat itu dituturkannya.

    Gulp. Air liur aku telan. Kekacakan lelaki ini memang tidak

    boleh disangkal lagi. Lagi-lagi kalau masa muka dia merah macam ni.

    Dah lama aku suka dekat lelaki ni sebenarnya. Semenjak aku mula

    menjejakkan kaki ke fakulti ini di hari pertama lagi aku telah jatuh

    suka dengan lelaki ini. Namun, tidak pernah terluah ayat aku

    sukakan dia walaupun sekali hingga ke saat ini. Aku hanya suka

    memerhatikannya dari jauh. Jadi apabila tiba-tiba dia ada depan

    mata aku, rasa macam terbang di awang-awangan sekejap. Suka ada.

    Terperanjat pun ada. Yang pastinya, aku sedang kontrol ayu di

    hadapan lelaki ini. Jual mahal kata hatiku.

  • Kenapa tak ambil coklat yang abang bagi hari tu? soal lelaki yang aku tidak tahu siapa namanya waktu itu. Yang aku tahu, lelaki

    itu merupakan seniorku. Dan bila namanya senior, aku malas mahu cari pasal. Jadi aku paksakan mulutku untuk berkata-kata.

    Sebab saya tak suka coklat, ujarku bersahaja.

    Sebuah senyuman kuukir di bibirku. Teringat kembali saat

    aku menyuruh Izad mengembalikan bekas berbentuk hati itu

    kepada lelaki yang berdiri di hadapanku ini. Dapat aku lihat waktu

    itu, wajah lelaki di hadapanku ini merona merah. Marah barangkali.

    Dan berkali-kali juga aku mendengar kata maaf keluar daripada

    mulut Izad. Aku pula hanya tersenyum memandang wajah lelaki itu

    yang sememangnya sangat kacak jika mukanya merona merah saat

    itu. Deheman lelaki itu segera mengembalikan aku semula ke alam

    realiti.

    Kalau tak suka coklat, suka apa? soal lelaki itu.

    Belum sempat aku menjawab, lelaki itu sudah bersuara

    kembali.

    Suka abang? duga lelaki itu.

    Hah? spontan ayat itu keluar daripada mulut aku.

    Bala apa pulalah yang melanda aku petang-petang hari begini.

    Tiba-tiba dapat soalan cepu emas. Aku menelan air liurku yang

    terasa pahit. Epiglottisku seolah-olah tidak membenarkan air liur itu

    ku telan masuk dalam-dalam.

    Tawa lelaki itu memecahkan kesunyian yang melanda kami.

    Sungguh aku tidak suka situasi yang semacam ini.

    Abang saja je usik Aira. Nama abang Asyraf, ujar lelaki itu dalam tawa yang masih bersisa.

    Owh hanya perkataan itu yang keluar daripada mulutku. Owh yang membawa dua maksud. Satu, menandakan yang itu baru

    pertama kali aku mengetahui namanya dan nampak sangatlah aku

    tidak kenal senior-senior. Yang kedua, sebab itu je yang aku mampu cakap sebab aku tak tahu nak kata apa.

    Tiba-tiba aku terlihat kelibat Izad berhampiran tangga. Segera

    aku melambai-lambaikan tanganku kepadanya memohon bantuan

    kecemasan untuk lari daripada lelaki di hadapanku ini. Izad yang

    perasan lambaianku melambai semula ke arahku seraya menaikkan

  • ibu jarinya ke atas menunjukkan maksud bagus atau lebih tepat lagi,

    padan muka kau!

    Terlopong mulut aku melihat aksi Izad itu. Tidak cukup itu,

    Fazil juga turut membuat aksi yang sama. Dan kedua-duanya pantas

    berlari menuruni tangga apabila aku mula menanggalkan sepatuku

    dan ingin melemparkannya ke arah mereka.

    Seketika aku lupa, ada mata yang memerhati tindak tanduk

    aku sedari tadi. Apabila mata kami bertentang, segera aku tersenyum

    menutup rasa malu yang beraja di hatiku. Sepatu tadi aku sarungkan

    kembali ke kaki. Lelaki tadi menggeleng-gelengkan kepalanya

    beberapa kali sambil tertawa.

    Macam budak-budak, komennya ringkas.

    Aku memang budak-budak, bentak hatiku. Aku pastikan bibirku tertutup rapat saat itu. Aku hanya menuruti langkah lelaki itu

    yang mengajakku untuk menemaninya ke perpustakaan. Katanya,

    ada sesuatu yang dia mahu berikan kepadaku. Aku juga tidak pasti

    apa yang mahu dia berikan hingga kami perlu ke perpustakaan.

    *****

    ABANG Asyraf mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya. Aku

    hanya memerhati tindak-tanduknya sejak kaki kami melangkah ke

    dalam perpustakaan ini. Aku juga tidak melepaskan peluang

    memerhatikan keadaan sekeliling kut kut ada orang yang boleh

    selamatkan aku kali ini.

    Melihat perpustakaan yang luas ini dipenuhi buku-buku, aku

    merasa pelajar di kampus induk ini bertuah jika dibandingkan

    dengan pelajar di kampus cawangan. Jika di kampus cawangan

    dahulu, perpustakaan kecil. Buku rujukan juga tidak sebanyak ini.

    Namun pengunjungnya sentiasa ramai. Di kampus induk ini yang

    mewah dengan buku pula, pengunjungnya boleh dikira dengan jari

    tangan dan kakiku.

    Nah, ujar Abang Asyraf sambil mengunjukkan satu bar coklat di hadapanku.

    Aku menelan air liur. Aku tak tahu spesies manusia apakah di

    hadapan aku ini sehingga dalam dua perkataan TAK SUKA yang

    dia tidak faham. Nak kata Abang Asyraf bodoh, tak mungkin, sebab

    dia adalah antara senior aku yang dapat Anugerah Dekan setiap semester.

  • Aku melepaskan sebuah keluhan berat. Kalau nak cakap lagi

    sekali, aku rasa macam kejam pula. Kalau tak cakap, membazir pula

    coklat ni sebab confirm aku takkan makan. Mahu tidak mahu, aku ambil juga coklat pemberian Abang Asyraf tadi.

    Tu je? aku menyoalnya.

    Abang Asyraf hanya menganggukkan kepalanya dan

    tersenyum. Kemudian dia bangun daripada kerusi. Aku hanya

    memandang wajahnya penuh tanda tanya. Abang Asyraf ni memang

    aku tak faham langsung perangai dia. Setakat bagi coklat ni, tak

    payahlah nak bagi dalam perpustakaan. Bagi depan papan kenyataan

    tadi pun boleh.

    Abang teman Aira balik, ujarnya lagi dan menuntutku untuk mengejar langkah kakiknya yang kian laju.

    Sepanjang perjalanan menuju Kolej Kediamanku, aku hanya

    memandang wajah Abang Asyraf. Banyak persoalan bermain dalam

    kotak fikiranku. Memikirkan logika setiap perlakuan Abang Asyraf

    terhadapku sejak semalam.

    Jangan tenung abang lama-lama. Nanti bukan setakat coklat Aira suka. Dengan pemberi coklat pun Aira boleh suka, tegurnya perlahan tanpa memandang ke arahku.

    Cepat-cepat aku alihkan wajahku. Pelik. Lelaki ini memang

    pelik. Daripada perangainya hinggalah ke ayat yang keluar daripada

    mulutnya. Semua bagi aku adalah sesuatu yang pelik.

    *****

    TIDAK termasuk hari ini, sudah 175 hari aku menerima coklat

    daripada Abang Asyraf sepanjang 175 hari perkenalan kami. Dan

    seperti biasa, aku akan menanti Abang Asyraf di perpustakaan ini.

    Di tempat duduk ini. Semata-mata untuk menerima coklat

    daripadanya.

    Aku panjangkan leher memandang sekeliling. Kelibat Abang

    Asyraf masih belum kulihat walaupun jarum jam sudah

    menunjukkan jam tiga petang.

    Mana pula Abang Asyraf ni, hatiku mula tidak senang.

    Telefon bimbit yang bergetar cepat-cepat aku keluarkan

    daripada poket jeans yang aku pakai. Segera aku melihat skrin dan

  • nama Abang Asyraf tertera di situ. Pantas sahaja jari-jemariku

    menekan butang untuk membaca pesanan yang baru aku terima itu.

    Kalau nak coklat, Aira jumpa abang dekat luar.

    Semacam kanak-kanak kecil, aku gembira tak tentu pasal.

    Padahal bukannya aku suka coklat. Tapi sebab Abang Asyraf dah

    jadi supplier coklat aku tiap-tiap hari, maka bila dia tak beri aku coklat hari ni, aku ternanti-nanti pula coklat darinya.

    Cepat sahaja aku mengambil beg sandangku di rak dan berlari

    keluar daripada pepustakaan itu. Sedikit hampa apabila kelibat

    Abang Asyraf tidak aku lihat sama sekali apabila aku sudah berada

    di luar perpustakaan.

    Aku melangkah lemah menuju ke arah bangku yang

    disediakan di hadapan perpustakaan itu. Masih berharap aku dapat

    sebungkus coklat daripada Abang Asyraf seperti selalu. Namun,

    hampir satu jam aku menanti, bayang-bayang Abang Asyraf langsung

    tidak kelihatan. Letih menunggu, aku bingkas bangun dari bangku

    dan membawa langkah kakiku yang belum ku tahu ke mana arahnya.

    Sepanjang jalan itu, aku hanya memandang lantai.

    Kalau nak coklat, peluk saya dulu, ujar satu suara di hadapanku.

    Langkah kakiku terhenti. Kepalaku ku angkat memandang

    makhluk yang menghalang jalanku saat itu.

    Seekor beruang bewarna coklat sebesar manusia berdiri betul-

    betul di hadapanku. Dan yang pastinya itu adalah kostum beruang

    yang di dalamnya ada seorang manusia. Jika tidak, masakan beruang

    yang tidak bernyawa itu boleh berkata-kata.

    Kalau nak coklat, peluk saya dulu, ujar suara manusia di dalam beruang itu sekali lagi.

    Aku tidak tahu mahu berkata apa saat itu. Segera beruang itu

    aku dakap dengan erat. Setelah pelukan itu aku leraikan, kepala

    beruang itu aku tanggalkan.

    Kini,wajah Abang Asyraf menjadi santapan mataku. Aku tidak

    tahu apa yang harus kukatakan saat ini. Gembira. Terharu. Dua rasa

    itu telah diadun menjadi satu. Tidak sedar, titis-titis jernih mengalir

    di pipiku.

  • Melihat aku menangis, pantas Abang Asyraf mendakapku erat

    dengan kostum beruang yang masih belum ditanggalkannya.

    Kemudian, Abang Asyraf cuba mengeluarkan sesuatu daripada

    poket kostum beruangnya itu. Namun, dek kerana tangan beruang

    terlalu besar, maka Abang Asyraf tidak boleh mengambil barang

    yang ada dipoket kostumnya itu.

    Aku cuba menyeluk masuk tanganku ke dalam poket kostum

    beruang. Dan apabila tanganku terpegang sesuatu, aku segera

    menarik benda itu keluar. Memandang benda yang satu itu, aku

    hanya mampu tersenyum.

    Coklat lagi? soalku perlahan namun aku rasa Abang Asyraf dapat mendengarnya.

    Tak ada benda lain ke nak bagi? 176 hari dah Abang bagi Aira coklat, bebelku panjang lebar.

    Abang Asyraf merenungku tajam. Dia menarik nafas dalam.

    Kemudian, sebuah hembusan yang agak berat dilepaskan.

    Kalau abang bagi hati abang, Aira nak? soalan itu menampar gegendang telinga aku buat kesekian kalinya.

    Aku tersenyum memandang Abang Asyraf. Aku tarik nafas

    dalam-dalam. Aku yakin dengan perasaanku sekarang.

    Bukan setakat coklat, pemberi coklat pun Aira suka, ujarku rendah seraya tunduk memandang lantai. Menyembunyikan rasa

    yang tidak pernah hadir dalam diri aku sebelum ini sewaktu bersama

    dengan Abang Asyraf.

    *****

    SEHINGGA ke hari ini, hari kami bakal diijabkabulkan sebentar

    nanti, aku masih menerima coklat pemberian Abang Asyraf yang

    dikirim melalui Izad. Jika dihitung jumlah coklat yang aku terima

    daripada Abang Asyraf sepanjang kami bersama, mungkin kalian

    tidak percaya begitu banyak jumlahnya.

    Aluminium foiled itu aku koyakkan. Satu bar coklat itu

    kupatahkan lalu aku suakan ke mulut. Ku pejam rapat-rapat mataku

    sambil menikmati rasa coklat itu. Manis. Manis macam kisah cinta

    aku dengan Abang Asyraf sewaktu pertama kali kami berkenalan.

    Hei, apa makan coklat ni. Karang melekat dekat gigi macam mana? suara Mak Andam yang nyaring itu betul-betul membuat

  • aku terperanjat. Segera aku menyimpan coklat tadi di dalam laci

    meja solekku.

    Tak apa kak. Bakal suami saya tak kisah. Dia suka coklat, ujarku selamba sambil memeriksa gigiku di cermin mana tahu ada

    terlekat sisa coklat di situ.

    Mak Andam itu hanya menggeleng-gelengkan kepalanya

    melihat gelagatku. Aku hanya mampu tersenyum.

    Tidak sabar rasanya mahu melihat Abang Asyraf dalam baju

    melayu satu sut yang semestinya bewarna coklat. Mungkin bagi

    kalian pelik kerana pernikahan selalu dikaitkan dengan warna putih.

    Tapi bagi aku, yang pelik itu yang aku suka. Kerana segala yang pelik

    itu adalah milik Abang Asyraf.

    Tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu. Segera aku menghantar

    sebuah pesanan ringkas kepada Abang Asyraf.

    Abang jangan pakai kostum beruang coklat tu pulak.

    Sebentar kemudian, aku menerima balasan daripada Abang

    Asyraf. Cepat-cepat aku membaca ayat yang tertera di skrin.

    Mana Aira tahu abang pakai kostum tu~ :-P

    What? ujarku separuh menjerit. Dan serentak itu kedengaran suasana riuh rendah dengan gelak tawa di luar bilikku

    menandakan rombongan Abang Asyraf telah tiba.

    Jika riuh sahaja aku tidak kisah, namun kerana kedengaran

    gelak tawa yang tidak mahu berhenti aku jadi risau. Jangan-jangan

    memang Abang Asyraf mengenakan kostum beruang coklat itu

    malam ini.

    Aku cuba intai dari pintu bilikku yang terbuka sedikit. Dalam

    puluhan manusia yang ada di ruang tamu itu, aku cuba mencari

    kelibat Abang Asyraf. Dan akhirnya aku dapat melihat Abang Asyraf

    duduk di atas alas baldu itu. Melihatnya dari jauh juga bisa

    membuatkan aku tertawa. Bukan kerana Abang Asyraf memakai

    kostum beruang coklat itu tetapi kerana aku tidak tahan geli hati

    apabila membayangkan bagaimana rupanya jika Abang Asyraf

    duduk di atas alas baldu itu dengan kostum beruangnya.

    - Zasha Lufias

  • Coklat Panas

    Menikmati secawan coklat panas denganmu

    Mampu membuat jantungku berdegup laju

    Setiap hirupan ini

    Menambahkan rasa yang ada dalam hati

    Manis, seperti senyuman yang aku puji itu,

    Dan aku ketagih coklat panas itu.

    Lalu, aku bertanya lagi,

    "Would you like to have a cup of hot chocolate with me?"

    - Ariff Masrom

  • Coklat Pembunuh Cinta

    Hoi, coklat lagi, hidup kau tak lengkap ke tanpa coklat

    perempuan?? pukkk! Tamparan wanita singgah ke belakang aku.

    Serta merta coklat yang ku pegang jatuh ke tanah. Sengal punya Suri.

    Dah la coklat tu mahal. Kacau betol! Aku membebel dalam hati.

    Coklat dan aku memang tak kan dapat dipisahkan. Ibarat isi dan

    kuku. Cuba kalau kuku tercabut dari isi anda, apa anda rasa? Sakit

    kan? Begitulah yang aku rasa bila ada saja yang menghalang aku

    untuk terus membeli coklat! Hey, diorang tak tau ke coklat tu sedap?

    Suri lah yang paling tak suka kalau aku makan coklat. Dialah orang

    pertama yang membebel kalau nampak aku tengah makan coklat.

    Cemburulah tu.

    Eh Nisa, kau tak perasan ke badan ko makin gemuk? Tu la

    mengada sangat hari-hari nak makan coklat! kata Suri kepada aku.

    Tak pun. Berat badan aku maintain je. Ko dengkilah kan tak boleh

    makan coklat, sebab mak ko marah, kan? mencebik mulut aku.

    Bebelan suri makin hari makin bingit menerjah telingaku! Tak

    habis-habis. Mau pecah gegendang telinga ni kalau hari-hari Suri

    membebel macam ni. Macam mak nenek! Diamlah makcik!

    Sesi pembelajaran pada semester 6 sudah bermula. Makanya kami

    harus berhempas pulas, sedaya upaya, mengerah keringat untuk

    mendapatkan keputusan yang cemerlang. Bekalan coklat van

    houten semakin bertambah. Kali ni makin banyak coklat aku

    melantak. Puas!

    Arghhh! Tak nampak orang ke ha??! bengis seorang lelaki, yang

    terlanggar aku.

    Maaf encik, saya tak perasan. Maaf. Tunduk malu aku.

  • Jatuh lagi coklat yang dipegang aku. Nasib badan.

    Hairi. Kacaknya dia. Orang pantai timur. Putih. Badan berketul-

    ketul macam Aaron Aziz. Senyumannya manis kalah Hans Isaac.

    Tapi bengisnya kalah Fauzi Nawawi dalam drama Taubat Nasuha.

    Sombong!

    Tapi entah kenapa, aku tertarik padanya. Sejak hari itu, aku mula

    terbayang akan dia. Pergi kuliah, Nampak dia. Pergi caf, Nampak

    dia. Pergi ke pejabat, Nampak dia. Kenapa asyik Nampak dia?

    Angaukah aku? Tolong aku suri! Takkan la aku dah jatuh cin-. Ah

    tak mungkinlah!

    Tiba-tiba air mataku mengenang. Kisah silam kembali menerjah.

    Awak ni tak habis-habis makan coklat! Macam budak-budak la

    awak ni! Malu la sikit, takkan nak pergi kuliah pun awak nak usung

    coklat kesayangan awak ni? Kat bilik tak boleh makan ke ha??!!

    tengking Hakim kepada aku. Kali ni dia betol-betol marah!

    Dah banyak kali kan saya cakap kat awak, berpada-padalah makan

    coklat tu! Tak payah makan depan orang ramai. Makan dalam bilik

    sudah la! Awak ni memang tak reti bahasa melayu betol la! makin

    mendidihnya nampaknya si hakim ni.

    Aku hanya duduk terdiam. Malu. Air mata mula membasahi pipi.

    Apa salah aku. Bukan aku sengaja makan coklat ketika dalam

    perjalanan nak ke kuliah. Tapi aku lapar sangat. Aku lupa sarapan.

    Itu pun nak marah. Muncungku sudah kelihatan.

    Dah la awak! Saya dah bosan la dengan awak! Bosan! Sekarang

    awak pilih, pentingkan saya atau coklat kesayangan awak tu??! dia

    memberi pilihan.

    Hakim, saya sayang awak. Sayang awak sangat-sangat. Tapi saya tak

    boleh tinggalkan coklat saya, saya suka sangat makan coklat. Awak

    kena paham. aku mula merintih.

    Kita putus. Selamat tinggal! lantas Hakim terus berlalu dari situ.

    Aku menangis teresak-esak. Hakim kejam! Aku campak beg ke tepi.

    Suri yang kebetulan melalui jalan itu, datang memujukku.

  • Sejak peristiwa itu, aku tak pernah menaruh hati pada sesiapa. Pada

    aku cinta tu menyusahkan. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Makan

    coklat pun jadi masalah. Sampai sanggup putus. Apa nak jadi.

    Bukan benda haram pun!

    Tapi pada Hairi, aku tertarik. Aku semakin tertarik. Lantas ku

    utuskan sepucuk surat kepadanya. Sebagai tanda perkenalan dariku.

    Hatiku mula berbunga-bunga. Ku utuskan serangkap puisi indah

    kepadanya. Dengan harapan dia dapat membalas kembali kepadaku

    dengan jawapan seindah puisiku juga.

    Pucuk demi pucuk surat telah ku kirimkan pada Atikah. Orang

    tengah antara aku dan Hairi. Satu tiada balasan. Aku mula menagih

    rindu. Kenapa Hairi hanya mendiamkan diri? Tidak sudikah dia

    berkawan denganku?

    Setelah genap 14 keping surat aku hantar, aku berhenti menulis

    puisi indah padanya. Aku berhenti menghubungi Atikah untuk

    datang kepada ku seperti biasa. Aku berhenti mengirimkan puisi

    indah bukan bermakna aku berhenti menagih rindu. Semakin hari

    semakin sayang.

    Ketika aku dalam perjalanan nak ke makmal, diiringi dengan coklat

    kesayangan aku, sambil mengunyah, sambil menikmati coklat

    tersebut yang cair di dalam mulutku, aku terlanggar seseorang dan

    fail yang ku pegang mula bertaburan. Coklat masih sempat aku

    genggam. Lega.

    Sorryyy!! BRUUUUU!! Perkataan sorry yang dihamburkan pantas

    oleh aku kepada orang itu terhambur sekali dengan coklat yang

    memenuhi gigi aku dan mulut aku. Terpercik cairan coklat itu ke

    muka orang itu. Dan orang itu adalah Hairi!

    Euwwww!! Pengotor lah ko ni! Jijiknya! Tengok dah penuh muka

    aku dengan coklat ko tu! Bluweek. Nak termuntah dah aku. Geli!

    sepantas kilat Hairi menghamburkan kata-kata ini kepadaku.

    Aku terkedu. Terpaku. Sebak.

  • Terus berlari laju meninggalkan hairi yang masih mengelap

    mukanya dengan sapu tangan kotak dia. Sinis benar mukanya! Aku

    kecewa!

    Aku balik ke bilik. Aku ambil kesemua simpanan coklat aku. Aku

    campak ke dalam tong sampah bilik sebelah. Sakit hati!

    Coklat. Kau selalu memalukan aku. Dulu aku pernah ditinggalkan

    oleh Hakim kerana ko! Sekarang aku dihina oleh Hairi kerana ko

    lagi coklat! Memang tak mengenang budi punya coklat! Tak suka ko!

    Menyampah! Bencii!!!

    Ko bunuh cinta aku coklat! Aku bunuh ko coklat! Biar ulat makan

    ko. Biar semut hurung ko. Puas hati aku! Coklat pembunuh!

    Rasakan! Rasakan! Rasakan!!

    - Bahulu Gebu

  • AJAL COKLAT

    Aku : Kenapa kau tinggalkan aku ? Dengan siapa lagi aku nak bermanja ? Dengan siapa lagi aku nak mengadu nasib ? Siapa lagi

    nak tunggu aku di depan pintu bila balik dari kerja ? Apakah silap

    aku biarkan kau makan ikan mentah sampai kau tercekik tulang ?

    Maafkan aku. Sepatutnya aku beri kau makan friskies, Coklat.

    Mak : Sudahlah tu. Dah tiba ajal Coklat. Jangan kau ratapi lagi, nak. Esok kita pergi cari kucing lain yang warna coklat juga ya.

    Aku : Hmm.. Semoga kau tenang di sana, Coklat.

    - Athirah Medan

  • Jenis-jenis Coklat (nota: di tempat aku, gula-gula dipanggil sebagai coklat)

    Kanak-kanak yang tidak makan coklat umpama lauk yang tidak

    cukup bahan atau ramuannya. Biarpun sedap, namun tetap ada

    sesuatu yang kurang. Begitulah juga dengan kanak-kanak yang tidak

    pernah merasa kebahagiaan membeli, makan, berebut dan

    sembunyi coklat senyap-senyap dalam poket seluar; kurang satu

    nikmat dalam putaran pembesaran mereka.

    Seperti mana setiap kepingan gambar yang ada kenangan di

    sebaliknya (baca: iklan Canon), begitulah juga dengan setiap biji

    coklat yang pastinya terselit koleksi cerita tersendiri. Cuma, ia

    bergantung kepada individu tersebut; sama ada memilih untuk

    menyimpan kisah tersebut dalam kotak memori jangka panjang atau

    lansung diabaikan sejak di awal proses pemilihan maklumat lagi.

    Coklat tahi hidung

    Buruk sungguh namanya, tapi itulah panggilan yang kami beri pada

    sebotol coklat mirip asam masin yang bersaiz kecil. Lebih kecil

    daripada potongan pemadam yang kamu curi-curi baling ke arah

    ketua kelas dulu-dulu. Rasanya agak masin sedikit, dan di botolnya

    ada pelekat yang bertulisan separuh Bahasa Melayu dan separuh

    bahasa Cina. Maaf, kekangan usia menghalang kami untuk

    membaca apa yang tertulis. Tapi, siapa peduli bukan? Terima kasih

    juga kepada coklat **** hidung ini, kerana melaluinya, hubungan

    kami antara sepupu-sepupu bertambah erat. Arwah nenek selalu

    memuji dan tersenyum melihat keakraban kami; berjalan beriringan

    penuh ceria dengan niat yang satu iaitu ke kedai Pak Usop untuk

    membeli coklat tersebut! 20 sen sahaja dik.

    Coklat Nisang

    Sudah jelas bukan dari mana asal kelahiran ku. Terminologi Nisang merujuk kepada manisan atau gula Melaka. Dibaluti dengan kertas

    nipis berwarna-warni dan sedikit tepung di dalamnya, ia sudah

    cukup menarik perhatian kanak-kanak. Bila teringat coklat ini,

    mindaku terus meluru ke arah Che Ngah. Beliau ialah pengusaha

    bahulu yang berjaya di Kampung Paloh merangkap peniaga coklat

  • nisang yang aktif dan produktif. Buktinya, sehingga sekarang coklat

    ini wajib berada di dalam bekas di atas meja apabila berkunjung ke

    rumah beliau.

    Coklat Susu

    Gara-gara coklat ini, aku berulang alik ke kedai Tok Wandut paling

    kurang lima kali sehari. Gara-gara coklat ini jugalah, aku diberi

    gelaran rasmi sebagai cucu Tok Wandut oleh adik beradik lain lantaran keakraban kami. Coklat ini yang paling murah, 10 sen 4 biji. Bentuk bulat sebesar duit syiling sepuluh sen, tetapi lebih tebal.

    Rasanya seratus peratus seperti susu. Namun, tidak lama selepas itu,

    Tok Wandut dengan kuasa veto-nya telah menaikkan harga kepada

    10 sen untuk 3 biji. Tidak tahu apa sebabnya. Impaknya, hampir

    beberapa hari aku termenung sendiri. Mungkin kerana beliau

    merasakan perniagaan beliau semakin laris (dengan kehadiran aku

    lima kali sehari), maka perlu dikurangkan bilangannya untuk

    menambah keuntungan. Mungkin juga kerana dia sudah bosan

    dengan pelanggan yang sama yakni aku? Lantaran kemungkinan

    alasan yang kedua itu, tempoh masa aku termenung dilanjutkan

    kepada lima hari. Tiba hari keenam, aku kembali bertugas sebagai

    pelanggan paling kerap ke kedai Tok Wandut seperti biasa.

    Coklat duit syiling

    Dulu, aku selalu terkinja-kinja kegembiraan apabila mak benarkan

    untuk ikut membeli ikan dan barang-barang masakan pada setiap

    pagi. Setiap kampung pasti ada tempat khusus untuk tujuan tersebut

    bukan? Dan setiap kampung juga pasti tak terkecuali daripada

    mempunyai kanak-kanak seperti aku ini yang suka menyibuk

    bersama golongan suri rumah tangga. Sambil memilih barang-barang

    untuk dibeli, aku pasti cuba menggoda emak untuk membelikan

    coklat. Wajib. Atas sebab itulah, emak tidak suka mengajakku ke

    sana pada asalnya kerana aku akan merosakkan bajet perbelanjaan

    yang sepatutnya. Namun, dek kerana sayangkan anak, dibelinya juga

    coklat meskipun terpaksa memilih yang paling murah yakni 10 sen.

    Saat itulah, aku mengenali Coklat Duit Syiling. Rasanya masam-

    masam sedikit. Ciri-ciri fizikalnya sangat serupa dengan duit syiling 1

    sen, termasuklah warnanya. Namun, di sini ada satu pengakuan,

    mak. Sebenarnya, anakmu ini langsung tidak suka akan coklat

    tersebut. Tapi tak mengapa, demi emak, aku gagahi lidah dan

    tekakku untuk menelannya. Apalah sangat dengan citarasa sendiri

    jika ingin dibandingkan dengan kasih sayang tidak terhingga seorang

    emak.

  • Seperti mana rasa manis, masam dan masin coklat-coklat tersebut,

    begitulah juga rencah perjalanan seorang anak kecil dalam menuju

    kedewasaan. Di saat karya ini ditaip, fikiranku melayang

    mengenangkan coklat Ferrero Rocher di dalam peti ais. (Ah, sudah

    sombong ya. Makan coklat mahal sahaja) Iya, apabila sudah besar

    dan dewasa begini, barulah aku kenal apa itu coklat yang sebenarnya.

    - izza

  • Coklat Love 14 Februari tiap tahunCoklat akan naik harga.

    Lambang cinta diungkapkan pada coklat serta bunga. Dari kekasih

    lelaki kepada si perempuannya. Tak kurang juga dari lelaki kepada

    lelaki dan dari hadam ke hawa.. Siapa hadam? Hawa+Adam.

    - Normutieah Madian

  • Coklatengahari

    Aku dalam sebuah hotel.

    Suasana kelam-kabut di mana orang ramai berkejaran

    menyelamatkan diri.

    Aku ketakutan bila mendapati tiada satu laluan pun yang

    membolehkan aku menyelamatkan diri.

    Aku dikelilingi api, api menjulang maraknya.

    Aku hanya melihat satu per satu orang di sekeliling aku mati dibakar

    api yang marak.

    Tiba-tiba, aku ternampak telefon di hadapan.

    Aku terus berlari mencapainya, aku sendiri tidak pasti siapa yang

    mahu aku hubungi.

    Ya, aku sangat panik ketika itu.

    Baru sahaja aku memegang gagang telefon itu, aku melihat wayar

    sambungan dibakar api yang sedang marak.

    Aku hampa.

    Aku rasa sangat panas ketika itu, aku pasrah saja kalau aku mati di

    situ.

    Tiba-tiba, mulut aku terasa sesuatu yang enak, manis.

    Aku terjaga dengan mengejut.

    Kelihatan adik aku sedang menyumbat coklat susu dalam mulut aku

    sambil tergelak-gelak.

    Aku tidur menghadap cahaya matahari tengahari yang mencucuk

    panasnya.

    Oh, patutlah panas semacam.

    Rupanya, coklat campur air liur basi lagi enak rasanya.

    - Amalina Raksasa

  • Gadis kecil, Coklat, V Mask, Tear Gas dan

    Sebelah Kasut yang Tertanggal

    Hari itu, hari Sabtu. Sabtu yang lain dari Sabtu-Sabtu yang biasa.

    Seawal pagi lagi, seusai bersarapan aku dan mereka menapak ke

    sebuah dataran yang kini tidak lagi merdeka dijajah pemerintah yang gila kuasa. Di sebuah jejantas, seorang tua yang semangatnya

    menggunung mengalahkan si muda sedang gagah berdiri dikelilingi

    boneka-boneka berseragam biru gelap. Wajahnya tampak tenang,

    namun aku tahu di dasar yang paling dasar dan di dalam yang paling

    dalam hati sanubarinya telah digenggam pilu. Masakan seorang tua

    bisa dianggap penggugat takhta? Segala kata-katanya ibarat mesin

    pemusnah bagi mereka. Aku ketawa dalam hati. Bertabahlah wahai pak tua, si muda ini tentu terasa bacul jika tidak meneruskan

    amanatmu, maka kami teruskan langkah dengan lapang dada.

    Lautan manusia kini membanjiri kota. Aku tidak pandang pada

    warna, bagi aku rakyat itu punya hak yang sama. Sejak akhir-akhir ini,

    warna semacam menjadi suatu ancaman pada penguasa. Sekali lagi

    aku ketawa dalam hati. Keadaan ketika itu terkawal, semua orang

    nampaknya tenang dan gembira meraikan hari yang seakan pesta.

    Ada sekumpulan anak muda yang memalu gendang dan menari di

    hujung sana. Tak kurang juga ada yang menyanyi dan berpuisi. Ah,

    indahnya merai seni dalam ramai. Aku langsung tak peduli pada

    politikus-politikus yang melalak hingga tegang urat leher. Golongan

    ini cuma tahu mengambil kesempatan walaupun aku sedar bukan

    semuanya begitu. Namun kita harus lebih berhati-hati. Benar itu

    kawan, manusia ini rambut sama hitam tapi hatinya lain-lain. Orang

    ramai kini duduk santai melalukan aktiviti masing-masing. Duduk

    berborak tentang pelbagai isu. Yang menari terus menari, yang

    menyanyi terus menyanyi, yang bepuisi terus berpuisi. Matari yang

    tadinya berselindung kini mula keluar menunjukan diri menandakan

    telah tiba waktu tengahari. Perut terasa lapar dan minta diisi.

    Seusai mengisi perut ala kadar, aku dan mereka masuk semula ke

    dalam lautan manusia yang masih duduk menunggu dataran dibuka. Ramai yang kecewa, dataran itu dipagari kawat berduri laksana

    sebuah tanah yang diharamkan untuk rakyat. Mana hilang

    merdekanya? Aku semakin tidak mengerti. Di suatu sudut, aku lihat

  • seorang gadis kecil berlari-lari mengelilingi bapanya. Dia tampak

    gembira dengan sekeping coklat di tangan. Aku tersenyum melihat

    telatahnya comel. Aku tarik nafas dalam-dalam lantas membakar sebatang nikotin. Hak yang dituntut hari ini semuanya untuk kau

    anak kecil, supaya kelak kau hidup dalam sebuah demokrasi yang

    lebih bersih. Agar tanah ini masih selamat untuk kau terus berlari-

    lari. Aku merenung gadis kecil itu yang terus menjilat-jilat kepingan

    coklatnya.

    Kemudian, aku dikejutkan oleh dentingan loceng beberapa kali. Di

    barisan paling hadapan, aku lihat orang ramai sedang kecoh dan

    bertempeliaran lari. Sebuah jentera sedang bergerak sambil

    melancarkan pancutan water canon menuju ke arah orang ramai yang sedang duduk membantah. Aku, mereka dan orang ramai

    mula berundur. Di sebalik bangunan menjadi teduhan. Keadaan

    agak terkawal sehinggalah aku nampak segerombolan robot kawalan

    jauh dengan sut biru gelap berkawat mara ke hadapan. Robot-robot

    tanpa perasaan itu mula menembak tear gas ke arah lautan manusia yang ketika itu bertangan kosong tanpa sebarang senjata. Huru-hara

    tercetus. Teduhan di sebalik bangunan tidak lagi selamat.

    Belakangnya jalan mati. Orang ramai mula berasak-asak keluar, lari

    menyelamatkan diri. Seorang sahabat lantas menarik tangan aku lalu

    memanjat besi penghadang dengan harapan bisa lepas dari

    cengkaman kejam asap yang mula memenuhi ruang. Kelongsong

    tear gas tidak henti-henti melayang di atas kepala. Orang ramai berpusu-pusu melalui sebuah laluan yang agak sempit, masing-

    masing mahu lari dari asap dan serangan robot kawalan jauh

    berseragam biru gelap tersebut. Saat degupan jantung makin melaju,

    aku rasa sebelah kasutku telah tertanggal. Sahabat yang dari tadi

    berlari sambil menggenggam tanganku menarik aku pergi. Aku

    sempat menoleh ke belakang seraya terpandang gadis kecil yang

    gembira menjilat coklatnya tadi kini menangis histeria. Dia meronta-

    ronta dalam pelukan bapanya. Gadis kecil itu menunjuk-nunjuk ke

    arah sesuatu. Si bapa tidak menghiraukan rengekan si anak,

    berusaha sedaya-upaya untuk lari.

    Asap di belakang makin menebal. Aku dan sahabat terus berlari

    sehinggalah sebiji kelongsong aluminium mendarat betul-betul di

    hadapan kami. Asap putih berkepul-kepul keluar laksana jin yang

    keluar dari lampu ajaib si Aladdin. Mulut dan hidung yang diikat-

    tutup dengan kain kini tidak lagi mampu menghalang azab serangan

    asap yang menyelinap penuh serakah. Mata, hidung, dan seluruh

    badan mula terasa pedih yang perit. Antara zahir dan batin terasa

    siksanya akibat dari efek asap kejam itu. Aku dan sahabat kini

  • sudah tidak kuat untuk berdiri apatah lagi berlari, jatuh melutut di

    pinggir laluan. Air melimpah ruah dari kolam mata yang pedih.

    Hingus dan air liur meleleh keluar, berlenja. Kami muntah. Dalam

    pada itu, terlintas di hatiku untuk berpatah balik mencari sebelah

    kasut yang tertanggal tadi. Aku merangkak dalam tebal asap yang

    mula menipis. Akhirnya aku sampai pada titik di mana sebelah kasut

    itu tertanggal.

    Di hadapanku kini ada sebelah kasut dan di kiri pula terlentang

    sebuah V Mask. Aku rasa mahu capai keduanya. Namun dalam

    miliseken momen antara jatuhnya air mata dan tanganku mencapai

    kedua-dua objek tersebut, tiba-tiba aku terpandang sekeping coklat.

    Wajah gadis kecil tadi terus memenuhi ruang kotak fikiran. Aku

    toleh ke belakang dan nampak gadis kecil itu dalam pelukan

    bapanya, berjurai air mata. Air matanya yang deras mengalir itu

    berkemungkinan atas sebab coklatnya yang terjatuh. Dan yang paling

    pasti, itu adalah efek si asap celaka. Tear gas yang menyiksa.

    Tanganku kini beralih ke arah coklat itu. Belum sempat aku capai

    coklat tersebut, tiba-tiba terasa suatu objek keras menghentam

    kepalaku. Cecair panas mula mengalir turun ke muka merah. Aku sempat menoleh ke belakang, kelibat gadis kecil dan bapanya

    sudah tidak kelihatan. Yang ada kini cuma robot-robot kawalan jauh

    berseragam biru gelap. Dalam keadaan yang seakan mimpi berbaur

    pedih, kepalaku mula terasa berat. Maafkan aku gadis kecil,

    coklatmu tak bisa aku kembalikan. Pandangan mula kabur. Putih,

    kelabu, putih, kelabuhitam.

    - Pak Lang

  • Gadis Popsikel

    Dia rajin makan aiskrim popsikel. Kalau nampak muka bujur sirih

    dengan tudung bawal hitam lain hari lain corak, mesti aiskrim

    popsikel hijau akan ada kat tangan dia. Bukan aku tak pernah

    makan aiskrim macam tu tapi bila usia dah meningkat, aiskrim

    popsikel aku tak akan layan. Jadi aku fikir seorang perempuan

    (Melayu) dalam lingkungan 20 hingga 25 tahun makan aiskrim

    popsikel, sangat budak dan sangat miskin.

    Sehinggalah suatu hari...

    Aku (muka lelaki Cina, dada bidang, boleh dikatakan aku

    seorang yang sasa) dengan rambut hitam panjang paras kolar (boleh

    buat gaya pacak atau gaya rambut jatuh) sedang kelam kabut nak

    masuk bilik pensyarah hantar assignment. Memandangkan kampus

    kitorang sangat advance, semua tangga telah digantikan dengan lif.

    Dengan baju kemeja putih aku hampir lencun kerana berlari ala-ala

    pelari pecut kebangsaan, aku dapat merasakan beberapa mata

    memandang singlet hitamku yang semakin kelihatan (bajet hot.

    Heehe... Memang hot pun), aku dapati lif ke bilik pensyarah aku

    hampir ditutup. Aku tingkatkan kelajuan dan akhirnya... Aku

    berjaya masuk ke dalam lif tanpa perlu menunggu lebih lama

    (buatlah assignment awal-awal ye kengkawan. Jangan sejam sebelum

    deadline baru nak hantar).

    Sedang aku kegembiraan ke bilik pensyarah di tingkat 5, aku

    terperasan bahawa gadis popsikel berada di sebelah ku. Kali ni

    popsikelnya tiada di tangan. Dan saat lif mula bergerak, aku juga

    terperasan bahawa lampu tingkat 5 bernyala tanpa sempat aku tekan.

    Takpe, tingkat je sama, arah tujuan lain-lain...

    Sedang aku berharap tingkat 5 akan ku jejak dengan jayanya,

    tiba-tiba daya tolakan graviti dari kaki aku berhenti mendadak. Kami

    tersadai entah di bahagian mana tingkat berapa. Mujur lampu di

    dalam lif itu masih menyala. Gadis popsikel dengan selambanya

    menekan butang kecemasan berwarna merah dengan gambar loceng.

    Kemudian dia kembali ke posisi asalnya (dia berdiri di belakang

  • bersandar pada dinding lif sambil memandang bayangan sendiri di

    pintu lif).

    Argh! Macam mana ni?! Kalau aku tersadai di sini untuk

    jangka masa yang lama aku tak akan sempat hantar assignment aku.

    Dan kalau aku lambat hantar assignment markah aku akan

    berkurang. Dan kalau markah aku berkurang mesti mom dengan

    dad aku akan mintak aku lupakan niat aku untuk dapat LC Fire

    hitam (motor terhebat yang paling aku nak tunggang). Dan (dari

    bayang dinding lif yang sangat berkilat macam cermin aku lihat)

    gadis popsikel pandang aku dengan raut wajah kesian dan

    menyelongkar beg sandangnya (nak keluarkan aiskrim popsikellah

    tu).

    Argh!!! Kenapa aku perlu fikir pasal gadis miskin tu!!! Fikir

    apa akan jadi kalau kau tak boleh keluar dari sini. Orang cakap

    kalau lama sangat terperangkap dalam lif akan menyebabkan udara

    jadi semakin sikit dan lama-kelamaan mangsa akan mati. Aku tak

    nak mati sekarang. Aku... Wargh!!! Serabutnya kepala otak aku!!!

    "Erm... Untuk awak," gadis popsikel menghulurkan jejari

    wafel bersalut coklat di tangan kanannya manakala tangan kirinya

    memegang bungkusan merah yang dah koyak.

    "Takpe, saya tak lapar sekarang," aku memang bongok,

    padahal perut tengah putar lagu 'Keroncong Buat Perut' lima minit

    sekali. Aku tak sempat nak alas apa-apa masa kat rumah (kelam-

    kabutlah katakan). Sekarang fikiran pun tengah biul.

    "Semua orang perlukan rehat dari semua perkara, termasuk

    rasa panik," tangan gadis popsikel masih menghulurkan jejari wafer

    bersalut coklat padaku. Dan entah bagaimana, ayat itu telah berjaya

    membuat jejari wafer bersalut coklat berada di celah jemariku. Dia

    nampak ke aku panik? Eh, kejap. Bukan perempuan ni suka makan

    aiskrim popsikel ke? Dari mana datangnya jejari wafer bersalut

    coklat ni?

    "Technician buat lif maintenance minggu ni. Sebab tu lif

    sangkut. Kejap lagi oklah tu," gadis popsikel seakan memujuk (aku

    ni siapa sampai dia nak pujuk? Aku memang perasan).

    "Tapi tak ada pun kat board pasal maintenance ni?" Selalunya

    orang pejabat dengan senang hatinya akan membazirkan dakwat

    printer dan kertas untuk perkara remeh-temeh (elaun dah kena

    potong kot...).

  • "Diorang memang ada tampal tapi tertutup dengan notis

    'SENARAI NAMA PELAJAR YANG MASIH BELUM

    MENGHANTAR ASSIGNMENT,' 'SENARAI NAMA PELAJAR

    YANG MASIH BELUM MEBUAT BAYARAN YURAN

    SEMESTER INI' dengan 'SENARAI NAMA PELAJAR YANG

    TELAH DISENARAIHITAMKAN DARI FAKULTI'. Senarai

    nama tu kan panjang penuh satu board," patutlah aku ada nampak

    secebis kertas kuning kat belakang senarai nama tu. Ingatkan

    diorang malas nak buang kertas tu (berburuk sangka, hisyh banyak

    gila perangai buruk aku ni ye).

    "Saya pun tahu hal ni dari mak cik kedai runcit tingkat lima tu.

    Saya selalu beli aiskrim popsikel kat situ. Saya suka borak dengan

    mak cik tu. Lebih kepada mendengar apa yang dia cakap

    sebenarnya. Mak cik tu tahu semua perkara. Dari berita sensasi

    benua belakang negara kita sampailah ke berita tergempar pejabat

    pengurusan kampus ni. Tapi saya rasa segan pulak kalau pergi kedai

    dia tak beli apa-apa," gadis popsikel menggosok pipinya yang merah

    padam. Sebab tu ke beli aiskrim popsikel?" Tanyaku.

    "Salah satu sebab. Tapi sebab utama saya beli aiskrim tu, saya

    rindukan mak ayah saya. Diorang sekarang ni kat New York.

    Tengah sambung PhD kat New York University. Kalau diorang call

    mesti diorang akan suruh saya gantikan diorang makan aiskrim

    popsikel. Betapa sayangnya diorang kat sini sampai dah ada kat sana

    pun lebih rindukan aiskrim popsikel dari anak sendiri," kata-katanya

    membuat aku rasa terpukul. Dan seperti merasakan pukulannya

    mengena, dia menjelingku (setajam-tajamnya. Terpana jiwa seketika)

    sambil berkata:

    "Kenapa? Awak fikir aiskrim popsikel untuk orang miskin je

    ke?"

    Aku diam sambil makan jejari wafer bersalut coklat dengan

    perlahan (kalau laju-laju nanti tekak aku yang merana). Aku tak tahu

    kenapa (mungkin pengaruh iklan atau dia letak sesuatu dalam jejari

    wafer bersalut coklat) tapi saat jejari wafer menjadi kunyahan gigiku

    dan pada masa yang sama salutan coklat itu cair di lidahku, aku

    merasakan seperti aku melupakan segala yang memgusutkan kepala

    aku (termasuk LC Fire hitam keobsesan aku). Dan bila aku pandang

    kembali gadis popsikel, dia tersenyum seperti mengatakan 'Kan dah

    kata'. Masalahnya aku nampak senyuman dia seakan menyebabkan

    pelangi memancar dari atas kepalanya ke seluruh wajah. Baru aku

    perasan muka bujur sirih itu sebenarnya mempunyai mata hazel

    yang sungguh menarik. Bukan, 'menawan' adalah perkataan yang

  • sesuai. Sesungguhnya hati aku sudah berada di dalam tawanan

    matanya dan kunyahan gigiku menjadi semakin laju, selaju debaran

    jantungku (kenapa aku jiwang tetiba ni? PARAH!).

    Apabila kesemua jejari wafer bersalut coklat telah berjaya aku

    masukkan ke dalam mulut (yang aku rasa sangat sayang untuk aku

    habiskan), tiba-tiba lif kembali menolak graviti dari kaki aku dan

    pintu lif pun terbuka (kenapa cepat pulak sampai ni? Baru nak ayat

    awek. Kacau line sungguh!). Gadis popsikel terus keluar, pergi ke

    kedai runcit sebelah pejabat pengurusan, buka peti aiskrim yang ada

    di luar kedai (kitorang tak ada trust issue di sini) dan masuk ke

    dalam kedai. Manakala aku ke arah bertentangan berjalan dengan

    tenang ke bilik pensyarah. Pensyarah tahu tentang masalah

    maintenance di lif (kenapalah diorang tak buat maintenance masa

    cuti semester je) dan markah assignment aku takkan ditolak.Yahoo!!!

    Dan sekarang aku ada satu assignment baru. Aku nak pikat

    gadis p