al-a'raf 23

Upload: menang-beso

Post on 31-Oct-2015

104 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

power point

TRANSCRIPT

  • SURAH AL-ARAF : AYAT 23MENJAUHI SIFAT ZALIM

  • TUMPUAN PEMBELAJARANMaksud Ayat 23 Surah Al-Araf.Pengertian Zalim.Jenis-Jenis Zalim Serta Contohnya.Akibat Perbuatan Zalim.Langkah-Langkah Mengatasi Perbuatan Zalim.Segera bertaubat.Pengajaran Ayat.

  • . .( 23)Maksud Ayat :Keduanya berkata : Wahai Tuhan kami , kami telah menganiayai diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.

  • Zalim ialah :Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.Ia juga bermaksud : seseorang yang mencabul hak orang lain atau mengabaikan tanggungjawab serta melanggar hukum syarak.

  • JENIS-JENIS ZALIMZALIM KEPADA ALLAH :* Mengingkari Allah seperti menyekutukan Allah, tidak solat dan ingkar ajaran Rasul.2. ZALIM KEPADA SESAMA MANUSIA :* Seperti melakukan penderaan dan penganiayaan terhadap sesama manusia, menyalahgunakan kuasa dan menfitnah.

  • JENIS-JENIS ZALIM3. ZALIM KEPADA DIRI SENDIRI :* Seperti melakukan perbuatan sia-sia, menyalahgunakan dadah dan bergaul bebas.4. ZALIM KEPADA SESAMA MAKHLUK :* Iaitu mengabaikan tanggungjawab terhadap haiwan dan persekitaran seperti merosakkan harta benda awam, mencemari dan merosakkan alam dan menzalimi binatang.

  • AKIBAT PERBUATAN ZALIM

  • LANGKAH- LANGKAH MENGATASI PERBUATAN ZALIMSentiasa ingat kepada Allah dalam setiap perlakuan kita.Perbanyakkan Istighfar (memohon keampunan) kepada Allah.Perbanyakkan amal ibadah dan amalan sunat.Menjauhi perbuatan maksiat dan dosa.Jangan makan makanan yang haram atau makanan dari hasil yang haram.

  • SEGERA BERTAUBATBerhenti melakukan kezaliman.Menyesali perbuatan maksiat yang dilakukan.Berazam tidak mengulangi perbuatan maksiat.Meminta maaf kepada orang yang dizalimi.

  • PENGAJARAN AYATAllah Tidak suka kepada perbuatan zalim.Orang yang melakukan kezaliman rugi hidupnya di dunia dan dijanjikan neraka jahanam di akhirat kelak.Manusia tidak terlepas dari sifat lalai dan lupa.Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada hamba-hambanya.

  • SEMOGA ANDA FAHAM TAJUK INI