bab 22 - tekat

5
Bab 22 – Seni Tekat 1 Tekat juga dikenali sebagai bersuji. Ia merupakan hasil kerja sulam menyulam benang emas pada kain dasar biasanya baldu. 2 Asas menyulam memerlukan pemidang, kain baldu, mempulur, acuan motif dan benang emas. 3 Hasil dimensi baru seni tekat ialah beg tangan, hiasan dinding, topi dan sebagainya. 4 Fungsi kain tekat: (a) Menghiasi tudung saji (b) Tepak sirih (c) Penutup pahar (d) Peralatan perkahwinan (e) Pakaian diraja dan sebagainya 5 Motif seni tekat dipengaruhi oleh objek-objek alam yang memberi pengertian, kehalusan dan kelembutan seperti unggas, tumbuhan, geometri dan awan larat. 6 Motif tumbuh-tumbuhan ialah pucuk paku, buah padi, pucuk rebung, bunga cengkeh, bunga lawang, bunga kerawang, bunga cempakahutan dan sebagainya. 7 Motif geometri ialah segi tiga pucuk rebung, corak catur, swastika segi empat dan sebagainya. 8 Motif haiwan pula merangkumi pelbagai jenis burung. 9 Bunga sulaman tekat terdiri daripada: (a) Bunga sulam penuh – jenis bunga biasa (b) Bunga sulam pahat – bunga dibelah tengahnya. 10 Susunan bentuk motif: (a) Susunan tunggul – motif bersendirian (b) Susunan sulur bayung – motif disusun menjalur (c) Susunan awan larat – susunan motif bersambung- sambung dan bersentuhan 11 Alatan dan bahan tekat ialah pemidang kayu, cuban, jarum jahit, kain baldu, kain kapas, benang emas, benang putih, rotan atau bilah buluh dan kertas manila untuk mempulur. Jenis-jenis Tekat 1 Tekat timbul benang emas: (a) Menggunakan mempulur sebagai awan untuk menghasilkan corak. Mempulur ialah kertas yang dipotong mengikut bentuk corak (b) Benang emas akan menutupi keseluruhan mempulur:

Upload: naavenesh-rao

Post on 21-Nov-2015

521 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

bab22

TRANSCRIPT

Bab 12 Kraf Tradisional dan Dimensi Baru seni Tekat

Bab 22 Seni Tekat1Tekat juga dikenali sebagai bersuji. Ia merupakan hasil kerja sulam menyulam benang emas pada kain dasar biasanya baldu.

2Asas menyulam memerlukan pemidang, kain baldu, mempulur, acuan motif dan benang emas.

3Hasil dimensi baru seni tekat ialah beg tangan, hiasan dinding, topi dan sebagainya.

4Fungsi kain tekat:

(a)Menghiasi tudung saji

(b)Tepak sirih

(c)Penutup pahar

(d)Peralatan perkahwinan

(e)Pakaian diraja dan sebagainya

5Motif seni tekat dipengaruhi oleh objek-objek alam yang memberi pengertian, kehalusan dan kelembutan seperti unggas, tumbuhan, geometri dan awan larat.

6Motif tumbuh-tumbuhan ialah pucuk paku, buah padi, pucuk rebung, bunga cengkeh, bunga lawang, bunga kerawang, bunga cempakahutan dan sebagainya.

7Motif geometri ialah segi tiga pucuk rebung, corak catur, swastika segi empat dan sebagainya.

8Motif haiwan pula merangkumi pelbagai jenis burung.

9Bunga sulaman tekat terdiri daripada:

(a)Bunga sulam penuh jenis bunga biasa

(b)Bunga sulam pahat bunga dibelah tengahnya.

10Susunan bentuk motif:

(a)Susunan tunggul motif bersendirian

(b)Susunan sulur bayung motif disusun menjalur

(c)Susunan awan larat susunan motif bersambung-sambung dan bersentuhan

11Alatan dan bahan tekat ialah pemidang kayu, cuban, jarum jahit, kain baldu, kain kapas, benang emas, benang putih, rotan atau bilah buluh dan kertas manila untuk mempulur.

Jenis-jenis Tekat

1Tekat timbul benang emas:

(a)Menggunakan mempulur sebagai awan untuk menghasilkan corak. Mempulur

ialah kertas yang dipotong mengikut bentuk corak

(b)Benang emas akan menutupi keseluruhan mempulur:

2Tekat gubah:

(a)Tidak menggunakan mempulur. Sebaliknya corak dilukis pada kain dasar.

Corak ini kemudiannya disulam dengan benang emas atau perak.

(b)Hasil gubahan ditambah manik-manik atau labuci untuk menyerlahkan

keindahan seni tekat.

Motif Seni Tekat1Motif Flora-Motif tumbuhan ini sangat digemari ramai.

Motif tumbuhan ini dimanipulasi dan diubahsuai menjadi

variasi yang menarik. Motif tumbuhan yang diolah adalah

daripada lingkungan bunga-bunga tradisional yang berada

dalam lingkungan alam Melayu.

2Motif Fauna-Motif haiwan yang kerap digunakan ialah ayam, itik, serangga dan unggas. Motif ini selalunya diolah atau digabungkan dengan motif flora.

3Motif Geografi-Motif geografi digemari kerana lebih mudah dan ringkas. Antara motif geografi yang popular ialah segi tiga pucuk rebung, segi empat, garisan lurus, swastika, gandaan huruf S dan sebagainya.

Susunan Motif

Motif terbahagi kepada 3 corak seni tekat.

1Susunan Satu atau Tunggal- Merupaka satu corak sahaja untuk disulam

seperti setangkai bunga lengkap dengan batang,

daun, ranting dan kudup

Corak susunan satu biasanya dijadikan penghias alatan seperti tepak sirih, sarung bantal dan kusyen.

2Susunan Sulur Bayung

a)Menampilkan corak tumbuhan yang disusun secara menjalar dan berkait

seperti keadaan semulajadi tumbuhan tersebut.

b)digunah memenuhi kain dasar. Bunga diletakkan di bahagian tengah kain

dengan diapit jalaran daun sulur paut di kiri kanan membentuk satu rangkaian

yang bertalian.

c)Susunan dibuat secara seimbang dengan reka bentuk atau bilangan motif

memenuhi kain dasar tersebut. Susunan sebegini dijadikan hiasan pada tirai,

lemudi pintu, pelamin dan lain-lain.

3Susunan Awan Larat

a)Susunan awan larat lebih kompleks dan rumit. Corat tumbuhan atau haiwan

disusun saling barkait dan rapat serta padat menghiasi permukaan kain.

b)Corak-corak ini saling bercantum membentuk lingkaran awan larat. Susunan

yang berlingkar dan berlengkuk ini menampakkan sulaman yang kreatif dan

berkualiti.Peralatan TekatanPemidang kayua) Digunakan untuk meregang kain dasar bagi memudahkan sulaman.

Mempulur

1. Digunakan sebagai bentuk atau struktur utama. Mempulur dibuat daripada rota sega. Kertas tebal dan gam.

2. Rotan segar mempunyai kulit yang licin dan berkilat dan diraut mengikut bentuk yang dikehendaki.

3. Kini kertas tebal lebih digemari sebagai mempulur kerana mudah untuk membuat corak berbanding rotan. Setelah dipotong, kertas tebal dilekatkan pada kain dasar dan sulaman dibuat mengikut rupa bentuk kertas tersebut.Proses Menekat

1Lukis motif atas kertas, potong untuk dijadikan mempulur.

2Kain baldu digam atau dijahit dengan kain kapas. Ia diregang di atas pemidang.

3Meletakkan mempulur di atas kain baldu dan dijahit.

4Proses menyulam iaitu menjahit benang putih putih dengan jarum menyusup di bawah mempulur dan mengikat benang emas yang berada di atas kain baldu.

5Gunakan gunting untuk membuang benang berlebihan.

Tekat timbul bunga emas

Bunga cempaka

Bunga asam batu

Ayam Jantan

Burung

Pucuk rebung segi tiga

Pucuk rebung segi tiga

Buah padi

Pucuk paku

Lemudi pintu

Pemidang kayu

Cuban