teater komsas 2010 negeri

14
PERATURAN PERTANDINGAN TEATER KOMSAS SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA PERINGKAT NEGERI 2010 1. PENDAHULUAN 1.1 Pertandingan dikendalikan sepenuhnya oleh Pejabat Pelajaran Daerah yang dilantik dan dipertanggunjawapkan sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Pertandingan ini memberi peluang kepada sekolah-sekolah seluruh negeri mementaskan karya terpilih masing-masing berdasarkan teks KOMSAS semasa. 1.2 Pertandingan Peringkat Sekolah dikendalikan oleh sekolah. 1.3 Pertandingan Peringkat Daerah akan dikendalikan oleh Pejabat Pelajaran Daerah. 1.4 Johan setiap daerah akan mewaikili daerah ke pertandingan peringkat Negeri yang akan dikendalikan oleh Pejabat Pelajaran Daerah yang dilantik dan dipertanggunjawapkan sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri. 1.5 Peserta-peserta yang menjadi johan negeri akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. 1.6 Penyertaan peserta negeri ke peringkat kebangsaan adalah tertakluk kepada peruntukan untuk menghantar peserta, guru pengiring dan pegawai pegawai pengiring. 1.7 Pertandingan Teater KOMSAS anjuran Kementerian Pelajaran 1

Upload: dastannaga

Post on 16-Apr-2015

120 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teater Komsas 2010 Negeri

PERATURAN PERTANDINGAN TEATER KOMSAS

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA PERINGKAT NEGERI 2010

1. PENDAHULUAN

1.1Pertandingan dikendalikan sepenuhnya oleh Pejabat Pelajaran Daerah yang dilantik dan dipertanggunjawapkan sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Pertandingan ini memberi peluang kepada sekolah-sekolah seluruh negeri mementaskan karya terpilih masing-masing berdasarkan teks KOMSAS semasa.

1.2Pertandingan Peringkat Sekolah dikendalikan oleh sekolah.

1.3Pertandingan Peringkat Daerah akan dikendalikan oleh Pejabat Pelajaran Daerah.

1.4Johan setiap daerah akan mewaikili daerah ke pertandingan peringkat Negeri yang akan dikendalikan oleh Pejabat Pelajaran Daerah yang dilantik dan dipertanggunjawapkan sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

1.5Peserta-peserta yang menjadi johan negeri akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

1.6Penyertaan peserta negeri ke peringkat kebangsaan adalah tertakluk kepada peruntukan untuk menghantar peserta, guru pengiring dan pegawai pegawai pengiring.

1.7Pertandingan Teater KOMSAS anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran teks komponen sastera dan aktiviti kokurikulum akademik.

2. SUMBER

Drama daripada teks Komponen Sastera tingkatan 1 hingga 5.

3. TEMA

Peningkatan Nilai-nilai Murni Ke Arah Menjana Kecemerlangan Modal Insan.

1

Page 2: Teater Komsas 2010 Negeri

4. PENYERTAAN

4.1 Murid-murid tingkatan 1 hingga 5 sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan ( kecuali Maktab Rendah Sains Mara dan Sekolah Seni).

4.2 Jumlah individu yang terlibat dalam produksi hendaklah tidak melebihi 15 orang termasuk pengarah, pelakon dan krew.

4.3 Senarai nama pelakon dan tenaga produksi hendaklah mendapat pengesahan daripada Pengetua sekolah masing-masing sebelum dikemukakan untuk pertandingan.

4.4 Guru pembimbing / jurulatih hendaklah dilantik dalam kalangan guru.

4.5 Setiap pasukan dibenarkan menghantar tiga ( 03 ) orang guru berdasarkan kapasiti berikut :

4.5.1 Pegawai Penyelaras Daerah ... 1 orang4.5.2 Guru Pembimbing / Jurulatih ... 2 orang

4.6 Penyertaan pelbagai kaum dalam kumpulan yang menyertai pertandingan amat digalakkan.

5. SKRIP

5.1 Petikan skrip daripada mana-mana buku teks Komponen Sastera Melayu (KOMSAS) Tingkatan 1 hingga 5 – 15 skrip drama semasa.

5.2 Skrip boleh diimprovisasi tetapi tidak terpesong daripada skrip asal.

6. DISIPLIN PENTAS

6.1 Ruang lakon hanyalah DIBATASKAN di pentas yang disediakan sahaja.

6.2 Prop yang perlu dan bersesuaian dengan skrip sahaja dibenarkan. Penggunaan prop yang berbahaya sama ada digunakan atau sebagai hiasan sewaktu pementasan seperti benda-benda tajam atau senjata dalam bentuk asal adalah TIDAK DIBENARKAN, sebaliknya hendaklah menggunakan replika ( yang selamat ) sahaja.

2

Page 3: Teater Komsas 2010 Negeri

6.3 Penggunaan bahan letupan, gas, ledakan dan api TIDAK DIBENARKAN.

6.4 Penggunaan alatan multi media seperti projektor tayangan, projektor LCD serta pancaran laser TIDAK DIBENARKAN.

6.5 Kumpulan teater TIDAK DIBENARKAN memaparkan unsur-unsur mengghairahkan/ berbaur lucah sama ada melalui perlakuan, dialog atau kostum yang dipakai. Unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat tempatan, serta bercanggah dengan agama dan keperibadian bangsa Malaysia juga dilarang dalam pementasan.

6.6 Kumpulan juga DILARANG mempamerkan aksi-aksi kekejaman

terhadap manusia / haiwan serta perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang dan dasar kerajaan.

6.7 Mana-mana kumpulan mestilah mematuhi peraturan penggunaan dewan atau pentas dan bertanggungjawab terhadap pemunggahan prop / set dan kebersihan selepas produksi serta memastikan keselamatan premis yang digunakan.

7. MASA PERSEMBAHAN

7.1 Persembahan tidak melebihi 20 minit, tidak termasuk masa transisi. Persembahan yang melebihi masa yang ditetapkan akan dipotong 5 markah daripada markah keseluruhan.

7.2 Masa untuk persiapan dihadkan selama 5 minit dan masa mengosongkan pentas dihadkan selama 5 minit.

7.3 Masa persembahan dikira bermula daripada intro persembahan sama ada dalam bentuk muzik, aksi atau dialog.

8. PEMARKAHAN

8.1 Persembahan ( 25 markah )

8.1.1 Memperlihatkan sebuah persembahan yang meyakinkan.

8.1.2 Memperlihatkan sebuah persembahan yang menarik.

8.1.3 Memperlihatkan sebuah persembahan yang kreatif.

3

Page 4: Teater Komsas 2010 Negeri

8.1.4 Memperlihatkan sebuah persembahan yang kaya dengan eleman dramatik.

8.1.5 Memperlihatkan sebuah persembahan yang berjaya mengangkat tema, pemikiran dan nilai-nilai murni dengan jelas.

8.2 Lakonan ( 30 markah )

8.2.1 Pelakon berjaya mentafsir dan membentuk watak serta perwatakan dengan baik.

8.2.2 Pelakon berjaya memperlihatkan lakonan melalui pergerakan ( gerak, gerak isyarat / gesture dan ekspresi ) dengan baik.

8.2.3 Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan ( suara – artikulasi, intonasi dan projeksi ) yang baik .

8.2.4 Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan ( sebagai satu ensembel ) dengan baik.

8.2.5 Pelakon berjaya memperlihatkan penghayatan watak dengan baik.

8.3 Sinematografi / Perfileman ( 25 markah )

8.3.1 Rekaan set yang menarik, berfungsi dan dimanfaatkan.

8.3.2 Rekaan / pilihan prop yang menarik, berfungsi dan dimanfaatkan.

8.3.3 Rekaan cahaya yang menarik dan bermakna.

8.3.4 Tatarias yang memperkuatkan watak dan perwatakan.

8.3.5 Rekaan / pilihan kostum yang sesuai, menarik dan mampu memperkuatkan watak dan perwatakan.

8.3.6 Kesan khas dan kesan bunyi yang menarik dan berkesan, sekiranya ada.

4

Page 5: Teater Komsas 2010 Negeri

8.4 Pengarahan ( 20 markah )

8.4.1 Pengarah berjaya melakukan tafsiran yang tepat dan menarik terhadap skrip.

8.4.2 Pengarah berjaya mentafsir dan membentuk watak serta perwatakan dalam drama.

8.4.3 Pengarah berjaya membentuk dan mengawal keseluruhan lakonan dengan baik.

9. PENGHAKIMAN/ PENILAIAN

9.1 Hakim

9.1.1 Setiap pasukan hendaklah menyediakan seorang hakim. 9.1.2 Hakim boleh terdiri daripada guru pengiring. 9.1.3 Perbelanjaan hakim ditanggung oleh kontinjen/pasukan masing- masing.

9.1.4 Ketua hakim dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

9.2 Peringkat Sekolah dinilai oleh 3-5 orang hakim, termasuk Ketua Hakim.9.3 Peringkat Daerah dinilai oleh 3-5 orang hakim, termasuk Ketua Hakim.9.4 Peringkat Negeri dinilai oleh 5 orang hakim, termasuk Ketua Hakim.9.5 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan.9.6 Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim-hakim / juri.9.7 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan Kertas Konsep

Kementerian Pelajaran Malaysia.9.8 Keputusan Jemaah Hakim/Penilai adalah MUKTAMAD.

10. Hadiah

10.1 Peringkat Daerah dan SekolahHadiah peringkat ini mengikut kesesuaian daerah dan sekolah.

10.2 Peringkat Negeri (setiap kategori)

i Johan Trofi dan Sijil Penyertaanii Naib Johan Trofi dan Sijil Penyertaan iii Ketiga Trofi dan Sijil Penyertaaniv Sagu Hati Trofi dan Sijil Penyertaan

10.3 Peringkat Kebangsaan (setiap kategori)Hadiah Peringkat Kebangsaan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola peringkat ini.

5

Page 6: Teater Komsas 2010 Negeri

11.DISIPLIN PESERTA

10.1 Semua peserta hendaklah menjaga disiplin diri sepanjang pertandingan ini berlangsung terutama tatacara berpakaian dan adab kelakuan bagi menjaga nama baik program, individu serta sekolah.

10.2 Pengunaan selipar, berseluar pendek, baju t tanpa kolar serta pakaian menjolok mata adalah DILARANG sama sekali sewaktu menonton persembahan sepanjang pertandingan berlangsung, termasuk Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah.

10.3 Setiap pasukan mestilah mematuhi arahan dan peraturan pihak penganjur / pengelola bagi memastikan kelancaran program.

12. TINDAKAN

11.1 Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia/ Jabatan Pelajaran Negeri/ Pejabat Pelajaran Daerah berhak MEMBATALKAN penyertaan kumpulan yang melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam buku peraturan ini.

6

Page 7: Teater Komsas 2010 Negeri

PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA/ NEGERI

(BORANG PEMARKAHAN)

Giliran No. : ……………………………………………………………………

Sekolah : ……………………………………………………………………

Tajuk Drama : ……………………………………………………………………

Perkara KriteriaPenskoran

Markah Catatan

Persembahan( 25 markah )

Meyakinkan/ menarikKreativiti/Dramatik

Pemikiran

Lemah:1 – 10Baik:11 – 20Cemerlang:21 - 25

Lakonan( 30 markah )

Penghayatan watakGesture/gerak isyaratKesatuan lakonanPentafsiran watak

Lemah:1 – 10Baik:11 – 22Cemerlang:23 - 30

Sinematografi/Perfileman( 25 markah )

Rekaan Set

Prop, kesan

bunyi, cahaya

Tatarias

Lemah:1 – 10Baik:11 – 20Cemerlang:21 - 25

Pengarahan( 20 markah )

Tafsir skripBentuk watakKawalan keseluruhan

Lemah:1 – 8Baik:9 – 15 Cemerlang:16 - 20

JUMLAH 100

Tandatangan Hakim : ..........................................

Nama : ................................................................. Tarikh: ................................

7

Page 8: Teater Komsas 2010 Negeri

BORANG KEPUTUSAN RASMIPERTANDINGAN TEATER KOMSAS

PERINGKAT NEGERI

A. KEPUTUSAN KESELURUHAN

KEDUDUKAN SEKOLAH/DAERAH JUDUL TEATER

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

B. KEPUTUSAN INDIVIDU

ANUGERAH WATAK JUDUL TEATER SEKOLAH/DAERAHPELAKON LELAKI

TERBAIKPELAKON

PEREMPUAN TERBAIK

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK

PELAKON PEMBANTU PEREMPUAN

TERBAIKSINEMATOGRAFI

TERBAIKPENGARAH TERBAIK

PENGESAHAN HAKIM :

HAKIM NAMA TANDATANGAN TARIKH12345

8

Page 9: Teater Komsas 2010 Negeri

BORANG MARKAHPERTANDINGAN TEATER KOMSAS

PERINGKAT NEGERI

NEGERI MARKAH KEDUDUKAN

HAKIM1/2/3/4//5

Tandatangan Hakim

………………………………..

9

Page 10: Teater Komsas 2010 Negeri

BORANG PENENTUAN KEPUTUSANPERTANDINGAN TEATER KOMSAS

PERINGKAT NEGERI

DAERAH HAKIM1

HAKIM2

HAKIM3

HAKIM4

HAKIM5

JUMLAH KEDUDUKAN

Pengesahan oleh Ketua Hakim,

………………………………………( )

10

Page 11: Teater Komsas 2010 Negeri

Kaedah Pertandingan:

Cadangan***

Peringkat Kebangsaan:1. 16 negeri diundi dalam dua kumpulan.2. Empat kumpulan dalam peringkat kumpulan dipertandingkan dalam

peringkat akhir.

Peringkat Negeri dan Peringkat Daerah:Rujuk Teknikal Bahasa Negeri.

11