komsas skema.docx

121
KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5 CERPEN Set 1 Cerpen Hutan Rimba Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Dalam seketika sahaja hutan dara itu telah ternoda. Kini, hutan itu telanjang polos, sedangkan selama ini busana hijau yang menutupinya. Segala- galanya sirna dalam sekelip mata. Yang tinggal hanyalah serpihan kayu dan tunggul- tunggul mati. Perasaan kesal telah menggores dada Pak Tua. Matanya berkaca- kaca. Beribu-ribu dan mungkin berjuta-juta iklim alam mengambil masa menenun busana hijau untuk bumi. Tetapi dalam sekelip mata jentolak yang dipandu oleh Pak Tua telah merobek dan mengoyak habis busana rimba. Sesal Pak tua semakin melebat. Pak Tua cuba meraih kembali ingatannya sewaktu 30 tahun yang lalu. Jemari tangannya terketar-ketar mengurut kerut di dahinya yang menyimpan memori yang begitu banyak. Setitis dua air mengalir di sudut kelopak matanya. “Aku ingin kawasan hutan ini kembali rimbun.” Kata Pak Tua sendirian sambil memejamkan mata. Dalam layar gelap yang nampak hanya lori-lori balak yang mengaum sombong sambil mengangkut batang-batang kayu sebesar sepemeluk hingga dua pemeluk orang dewasa. Timbunan batang-batang kayu itu terikat kemas di atas tubuh sang lori. Sesekali tubuh lori-lori balak itu terhenjut-henjut ketika lapan biji rodanya melalui jalan tanah merah yang berdebu dan tidak rata. Musim hujan antara bulan Oktober dan Disember sering membina lopak yang akan menghiasi sepanjang jalan tanah merah itu. (Dipetik daripada Cerpen ‘Hutan Rimba’ Oleh Sasjira Dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah maksud rangkai kata segala-galanya sirna dalam sekelip mata? [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang perlu diambil untuk memastikan kawasan hutan terus kekal di negara ini? [3 markah] (iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan yang lain daripada keseluruhan cerpen. [4 markah] 1

Upload: chaa2003

Post on 29-Nov-2015

1.801 views

Category:

Documents


28 download

DESCRIPTION

komsas

TRANSCRIPT

Page 1: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

CERPEN

Set 1 Cerpen Hutan Rimba

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dalam seketika sahaja hutan dara itu telah ternoda. Kini, hutan itu telanjang polos, sedangkan selama ini busana hijau yang menutupinya. Segala-galanya sirna dalam sekelip mata. Yang tinggal hanyalah serpihan kayu dan tunggul-tunggul mati. Perasaan kesal telah menggores dada Pak Tua. Matanya berkaca-kaca. Beribu-ribu dan mungkin berjuta-juta iklim alam mengambil masa menenun busana hijau untuk bumi. Tetapi dalam sekelip mata jentolak yang dipandu oleh Pak Tua telah merobek dan mengoyak habis busana rimba. Sesal Pak tua semakin melebat. Pak Tua cuba meraih kembali ingatannya sewaktu 30 tahun yang lalu. Jemari tangannya terketar-ketar mengurut kerut di dahinya yang menyimpan memori yang begitu banyak. Setitis dua air mengalir di sudut kelopak matanya.

“Aku ingin kawasan hutan ini kembali rimbun.” Kata Pak Tua sendirian sambil memejamkan mata.Dalam layar gelap yang nampak hanya lori-lori balak yang mengaum sombong sambil mengangkut

batang-batang kayu sebesar sepemeluk hingga dua pemeluk orang dewasa. Timbunan batang-batang kayu itu terikat kemas di atas tubuh sang lori. Sesekali tubuh lori-lori balak itu terhenjut-henjut ketika lapan biji rodanya melalui jalan tanah merah yang berdebu dan tidak rata. Musim hujan antara bulan Oktober dan Disember sering membina lopak yang akan menghiasi sepanjang jalan tanah merah itu.

(Dipetik daripadaCerpen ‘Hutan Rimba’

Oleh SasjiraDalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud rangkai kata segala-galanya sirna dalam sekelip mata?[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang perlu diambil untuk memastikan kawasan hutan terus kekal di negara ini?

[3 markah]

(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan yang lain daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]

Cadangan Jawapan Set 1 Cerpen Hutan Rimba

(i) Maksud;

- semuanya hilang / lenyap / musnah dalam tempoh yang singkat

(ii) Tindakan;

- mewujudkan akta / undang-undang khusus - mewartakan lebih banyak hutan simpan - mengawal / mengehadkan aktiviti pembalakan - membanteras pembalakan haram - mengadakan lebih banyak program penanaman pokok hutan / penanaman semula hutan

1

Page 2: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(iii) Persoalan dalam petikan;

- Persoalan kemusnahan hutan. Pak Tua teringat akan tugasnya dahulu yang bekerja sebagai pemandu jentolak untuk kerja pembalakan dan telah memusnahkan banyak kawasan hutan.

Persoalan dalam cerpen; Persoalan kasih sayang. Pak Tua memberikan pendidikan kepada semua anak-anaknya sehingga

berjaya dalam bidang masing-masing. Persoalan usaha melestarikan alam semula jadi. Pak Tua menjadikan kebun tinggalan bapa

isterinya sebagai hutan simpan. Persoalan kepentingan pendidikan. Pak Tua mendidik anak-anaknya sehingga berjaya.

Set 2 Cerpen Hutan Rimba

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pak Tua tergamam. Hairan bercampur bingung. Dia seperti tidak percaya menyaksikan kehadiran anak-anaknya yang secara tiba-tiba di tengah rimba yang sudah tiada hutan rimbanya itu. Terbersit juga rasa bangga. Bagai mimpi menyaksikan keberhasilan anak-anaknya dalam bidang akademik. Ahli perniagaan, pengurus ladang, pensyarah, dan guru yang bertauliah. Pak Tua memanjatkan syukur. Syukur kerana dapat membesarkan dan kemudian menyekolahkan anak-anaknya sehingga mereka berhasil dalam usaha mencapai cita-cita masing-masing. Pak Tua mengukir senyum bangga. Kelihatan gagah sekali keempat-empat orang anak-anaknya itu dengan pakaian profesion masing-masing. Segagah pohon-pohon belian, salangan batu, keruing, dan seraya yang dahulu pernah ditumbangkan oleh Pak Tua dengan terjahan jentolaknya. Sememangnya pendapatan Pak Tua sebagai pemandu traktor yang mencecah ribuan ringgit dalam sebulan memang cukup untuk membiayai perbelanjaan keluarga dan persekolahan anak-anaknya.

“Ya, pokok-pokok dalam hutan inilah yang banyak berjasa kepadaku. Secara suka atau tidak pohon-pohon ini telah banyak berkorban untukku. Barangkali inilah yang dimaksudkan oleh Melati bahawa dalam setiap pembangunan sesebuah negara selalu ada sisi lain daripada kehidupan ini yang perlu dikorbankan,” gumam Pak Tua bagai baru tersedar daripada mimpi. Pak Tua mengurut dada. Dia cuba memahami erti pengorbanan yang sebenarnya, tetapi rasa sesalnya masih belum mahu menerima hakikat bahawa kayu-kayan di rimba yang menjadi korban.

(Dipetik daripadaCerpen ‘Hutan Rimba’

Oleh SasjiraDalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah perkara-perkara yang menyebabkan Pak Tua berasa bangga dan bersyukur?[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang anak dapat membalas jasa ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk membesarkan dan mendidik mereka?

[3 markah]

2

Page 3: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(iii) Nyatakan satu pengajaran yang diperoleh dalam petikan dan tiga pengajaran yang lain daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]

Cadangan Jawapan Set 2 Cerpen Hutan Rimba

(i) Perkara yang menyebabkan Pak Tua bersyukur;

- keberhasilan anak-anaknya dalam bidang akademik - dapat membesarkan anak-anaknya - dapat menyekolahkan anak-anaknya hingga berhasil mencapai cita-cita masing-masing (ii) Cara-cara;

- menghormati ibu bapa setiap masa / mendengar nasihat - memberikan perhatian dan kasih sayang - meraikan hari istimewa / hari lahir / ulang tahun perkahwinan / hari ibu / hari bapa - membawa ibu bapa melancong / mengerjakan haji - memberikan hadiah - memberikan wang belanja bulanan

(iii) Pengajaran dalam petikan;

- Ibu bapa mestilah bertanggungjawab memberikan pendidikan kepada anak-anak, - Kita hendaklah bersyukur atas setiap kejayaan / kurniaan tuhan

Pengajaran dalam cerpen;

- Kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita. - Kita mestilah gigih berusaha menjaga alam sekitar daripada kemusnahan. - Kita hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu perkara. - Kita hendaklah gigih berusaha dalam kehidupan.

Set 3 Cerpen Hutan Rimba

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pak Tua hanya mendengar perbincangan keempat-empat orang anaknya itu sambil disampuk oleh menantu-menantunya. Dia lantas mendapatkan Mak Tua yang sibuk melayan kerenah cucu-cucu mereka. Hari itu mereka sekeluarga bermalam di rumah kebun dekat hutan simpan Pak Tua. Mak Tua dengan dibantu oleh Melati dan ketiga-tiga orang menantunya sudahpun menyiapkan hidangan makan malam yang sangat menyelerakan. Goreng ikan lais, sambal belacan, ulam pucuk lamiding dan masak lemak pedas ikan tapa.

Malam itu, Pak Tua tidur di ruang utama dengan dikelilingi oleh cucu-cucunya sambil dia bercerita tentang kehidupan sebuah hutan rimba yang indah dan damai. Pepohonan merimbun dan kayu-kayan menjulang perkasa ditingkah aneka tumbuhan menjalar dan melata. Bunga-bunga anggerik liar yang cantik. Pelbagai hidupan liar bebas menikmati santapan dan buah-buahan dalam hutan itu. Sebatang sungai kecil dihiasi batu-batan mengalir jernih tempat hidupan hutan menghilangkan dahaga. Semua tampak indah dan harmoni.

3

Page 4: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Pak Tua terus mendongeng sambil membelai manja seorang cucu lelakinya yang paling kecil dan sudah pun terlelap di lengannya. Sesekali Pak Tua merujuk pada nyanyian cengkerik dan aneka bunyi-bunyian unggas malam yang menghuni hutan simpan itu.

(Dipetik daripadaCerpen ‘Hutan Rimba’

Oleh SasjiraDalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata terus mendongeng.[2 markah]

(ii) Pada pandangan anda, apakah faedah yang diperoleh sekiranya kerajaan mengekalkan banyak kawasan hutan di negara ini?

[3 markah]

(iii) Huraikan satu perwatakan Pak Tua dalam petikan dan satu perwatakan Pak Tua yang lain dalam keseluruhan cerpen.

[4 markah]

Cadangan Jawapan Set 3 Cerpen Hutan Rimba

(i) maksud;

- langsung / tidak berhenti-henti bercerita

(ii) faedah-faedah;

- alam semula jadi / ekosistem lebih terpelihara - meningkatkan industri pelancongan negara - mengelakkan kepupusan flora dan fauna - menjamin sumber kayu balak / hasil hutan untuk masa hadapan - meningkatkan imej negara - mengawal suhu setempat

(iii) Perwatakan Pak Tua dalam petikan;

- Penyayang. Pak Tua melayani / bermain dengan cucu-cucunya. - Cinta akan alam semula jadi. Pak Tua bercerita tentang alam kepada cucu-cucunya.

Perwatakan dalam cerpen;

- Rajin. Pak Tua mengusahakan kebun untuk dijadikan hutan simpan - Bertanggungjawab. Pak Tua memberikan pendidikan kepada semua anaknya sehingga berjaya dalam kehidupan.

4

Page 5: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Set 1 Cerpen Idola

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Apakan daya aku hanya si penjaga panggung, bukan si hero dalam cerita yang dipersembahkan itu. Aku hanya penonton yang hanya diperuntukkan dengan segumpal rasa kekaguman terhadap si hero,” bidik si penjaga panggung lagi, membiarkan sejenak fikirannya menerawang, mengingat-ingat kembali babak demi babak cerita yang mengisahkan perjalanan si hero ke istana impian lalu bertarung dengan dugaan demi dugaan, dan segala yang berantakan itu dapat dipatahkan dengan semangat kekar dan nyali pejal hingga benar-benar menampilkan kejantanan.

“Malam semakin merapat ke pagi,” bisiknya lagi, hampir tidak dapat didengarnya sendiri apa-apa yang dibisikkan itu. “Apa khabar isteri dan sepuluh putera puteriku? Apa khabar rumahku di sebatang lorong sempit dengan bau longkang dan dengingan nyamuk menakluki suasana?”

Si penjaga panggung memerhatikan kerusi-kerusi yang telah disusunnya.

“Setiap malam aku menyusun mimpi demi mimpi wangi yang anehnya kerap bertukar hanyir dan meloyakan. Setiap malam aku berdaya menyusun kamu, namun setiap detik aku masih belum berjaya menyusun hidupku sendiri. Kalaulah aku dapat menjadi seperti si hero dalam setiap pementasan di sini, alangkah bahagianya anak isteriku, wahai kerusi!

(Dipetik daripada cerpen Idola, oleh Zaen Kasturi dalam

antologi Dirgahayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakan si penjaga panggung kagum dengan watak hero dalam sesuatu pementasan?[2 markah]

(ii) Bagaimanakah cara untuk menarik orang ramai datang menonton sandiwara dalam pementasan sesebuah panggung?

[3 markah]

(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]

Cadangan Jawapan Set 1 Cerpen Idola

(i) (Pilih dua jawapan sahaja )- bertarung dengan dugaan demi dugaan - segala yang berantakan itu dapat dipatahkan dengan semangat kekar - benar-benar menampilkan kejantanan.

[Maksimum 2 markah]

(ii) (Pilih tiga jawapan sahaja )- Jalan cerita yang menarik- Pelakon terkenal / baik- Publisiti yang meluas

5

Page 6: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

- Harga tiket murah- Kostum/pakaian yang cantik/menarik- Keadaan panggung yang selesa/bersih/ada pendingin hawa

[Maksimum 3 markah]

(iii) Satu pengajaran dalam petikan cerpen:- Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita

Contoh, aku memikirkan tentang nasib isteri dan sepuluh orang anaknya yang hidup dalam kedaifan

- Kita mestilah bertanggungjawab terhadap tugas kitaContoh, Si penjaga panggung menjalankan tugasnya menyusun semua kerusi selepas berakhirnya pementasan bangsawan panggung hanya berasa kagum terhadap watak hero yang diimpikan tanpa berusaha mencapainya.

Satu pengajaran lain dalam keseluruhan cepen: (Pilih 1 sahaja)

- Kita mestilah bersungguh-sungguh dalam menjalankan sesuatu kerjaContoh, si hero melakonkan watak hero dengan bersungguh-sungguh kerana telah

diberi bayaran

- Kita mestilah jujur dalam berkata-kataContoh, Si hero memberitahu Si penjaga panggung tentang perbezaan aspek kehidupan hero pementasan dengan kehidupan yang sebenar.

- Kita perlulah menyedari akan kesilapan yang kita lakukanContoh, Si penjaga panggung akhirnya sedar kesilapannya memuji lakonan Si hero menyebabkan dia mahu berubah

[Maksimum 4 markah]

Set 2 Cerpen Idola

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Nasib si penjaga panggung memang ternyata baik. Dia sampai di panggung itu ketika para pelakon sudah selesai menjalani latihan. Sewaktu para pelakon bubar dan bersiap sedia untuk pulang, si penjaga panggung mendekati si hero, lalu berjabat salam dengan si hero pujaannya itu.

“Memang hebat lakonan saudara.”

“Biasa saja,” sambut si hero, merendah diri. “Hebat di atas pentas tidak semestinya saya juga hebat dalam kehidupan yang sebenarnya.”

Si penjaga panggung sedikit tertunduk, seolah-olah malu menatap wajah si hero.

“Memang saya hero dalam sandiwara ini, tetapi hero bikinan orang. Bukan hero bikinan saya sendiri. Saya menjadi hero kerana sutradara mempercayai saya untuk membawakan watak itu. Tidak lebih daripada itu,” sambung si hero.

“Tapi ... tapi saudara memang benar-benar hebat. Err ... maksud saya, hebat sebagai pelakon”.

6

Page 7: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

“Ya, mungkin juga. Sebagai pelakon, saya harus menunjukkan keterampilan saya yang sebenarnya. Meski ini hanya lakonan, bukan kehidupan saya yang sebenarnya, namun saya bertanggungjawab dalam memikul amanah ini. Ya, amanah sutradara, juga harga beberapa helai wang kertas yang dikeluarkan oleh penonton untuk menyaksikan sandiwara ini.”

(Dipetik daripada cerpen Idola, oleh Zaen Kasturi dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud rangkai kata para pelakon bubar? [2 markah]

(ii) Jika anda si penjaga panggung, bagaimanakah cara untuk anda merealisasikan impian untuk memegang watak hero dalam sesebuah pementasan?

[3 markah]

(iii) Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai daripada keseluruhan cerpen.[4 markah]

Cadangan Jawapan Set 2 Cerpen Idola

(i) Semua pelakon beredar [2 markah]

(ii) (Pilih tiga jawapan sahaja)

- berusaha mengasah bakat / kursus /mengikuti kelas- berjumpa dengan pengarah / penulis cerita- pergi ujibakat- bertanya peluang / mencari kekosongan

i. Menubuhkan rumah / pusat kebajikanii. Meberikan kepada orang lain

[3 markah]

(iii) Satu nilai dalam petikan cerpen:

- Merendah diri Contoh, Si hero merendah diri apabila dikatakan lakonannnya hebat

- BertanggungjawabContoh, Si hero bertanggungjawab memikul amanah menjadi seorang pelakon

Satu nilai lain dalam keseluruhan cepen:

(Pilih 1 sahaja)- Kasih sayang

Contoh, Si penjaga panggung menanyakan dirinya sendiri tentang perkhabaran isteri dan sepuluh orang anaknya ketika dia masih menysusun kerusi panggung pada tengah malam.

7

Page 8: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

- Hemah tinggiC` ontoh, isteri Si penjaga panggung menegur sikap dengan cara berhemah

akan

sikap suaminya yang masih bekerja sebagai penjaga panggung

- AmanahContoh, Si penjaga panggung menjalankan tugasnya menyusun semua kerusi

selepas berakhirnya pementasan bangsawan

- Berbudi bahasa Contoh, Si penjaga panggung berjabat tangan dengan Si hero bangsawan ketika

mereka berjumpa buat kali pertama.

[4 markah]

Set 3 Cerpen Idola

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Sau ... saudara seperti tidak suka dipuji.”

“Ya, kadangkala pujian itu merupakan racun paling berbisa,” kata si hero, seperti menyindir.

“Saya ... saya ikhlas, saudara. Bukan sengaja saya reka pujian itu untuk saudara.”

“Maafkan saya. Mungkin bahasa saya sedikit keras. Ya, saya merasakan pujian saudara itu sama saja dengan pujian yang saya terima daripada ribuan penonton yang lain. Tidak ada bezanya, dan ... dan sebenarnya setiap kali merecupnya pujian, maka setiap kali itulah juga saya harus bersiap sedia untuk berperang.”

“Berperang?”

“Ya, berperang dengan diri saya sendiri.”

“Maksud saudara?”

Si hero melepaskan dengusan kecil lalu menggaru-garu dagu.

“Saya harus melembutkan sukma saya yang ada kalanya serakah untuk meleburkan diri ke kawah lupa diri.”

Si penjaga panggung terkulat-kulat, merenung muka si hero dengan seliratan tanda tanya.

8

Page 9: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

“Maafkan saya, saudara. Kita jumpa lagi malam nanti. Saudara dengan tugas saudara, saya dengan tugas saya,” ucap si hero, mengangguk-angguk, lalu tunduk ke arah si penjaga panggung.

(Dipetik daripada cerpen Idola, oleh Zaen Kasturi dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah si hero tidak suka dipuji oleh si penjaga panggung?[2 markah]

(ii) Apakah cara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan prestasi dalam sesuatu pekerjaan? [3 markah]

(iii) Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]

Cadangan Jawapan Set 3 Cerpen Idola

(i) (Pilih dua jawapan sahaja)- kadangkala pujian itu merupakan racun paling berbisa- merasakan pujian saudara itu sama saja dengan pujian yang saya terima daripada

ribuan penonton yang lain- harus bersiap sedia untuk berperang- meleburkan diri ke kawah lupa diri / takut lupa diri

[2 markah]

(ii) (Pilih tiga jawapan sahaja)- belajar lagi - terima kritikan orang lain- Usaha / rajin /amanah (sikap)- Tanya dengan orang yang lebih berpengalaman- Mengikuti kursus yang berkaitan- Mendoakan kesihatan

[3 markah]

(iii) Satu latar masyarakat dalam petikan cerpen:- Masyarakat yang tidak suka dipuji

Contoh, Si hero tidak suka apbila dipuji oleh Si penjaga panggung

- Masyarakat yang ikhlasContoh, Si penjaga panggung mengatakan pujiannya kepada Si hero adalah dengan ikhlas

- Masyarakat berbudi bahasaContoh, Si hero meminta maaf daripada Si penjaga panggung apabila ingin beredar

Satu latar masyarakat lain daripada keseluruhan cepen:

(Pilih 1 sahaja)- Masyarakat yang bertanggungjawab

Contoh, Si hero bertanggungjawab melakonkan wataknya dengan baik

- Masyarakat yang suka berangan-angan Contoh, Si penjaga panggung berangan-angan untuk menjadi hero seperti Si hero

9

Page 10: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

yang dilihat dalam pementasan sandiwara di panggung- Masyarakat yang inginkan hidup yang lebih baik

Contoh, isteri Si penjaga panggung mahu suaminya bertukar kerja untuk memastikan kehidupan mereka sekeluarga lebih baik.

- Masyarakat yang bekerja di pentas bangsawan. Contoh, Si penjaga panggung dan Si hero bangsawan merupakan pekerja dan

pelakon yang makan gaji di panggung tersebut.

[4 markah]

Set 1 Cerpen Pahlawan Buntung

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kehadiran Pak Husain menjadi jambatan kepada ingatanku untuk menyeberang bagi menemui detik-detik peristiwa yang berlaku lebih daripada tiga puluh tahun yang lalu.

Kakinya yang buntung, terkulai dalam kain sarungnya yang kelihatan singkat. Kaki kayunya sudah usang. Kepala kakinya sudah berjabu-jabu di bawah ketiaknya. Kalau tidaklah kerana parut yang memanjang di atas dahinya, yang separuh telah ditutup oleh semutar kain batik Kelantan, aku akan kehilangan wajahnya. Kehilangan itu akan membuatkan aku tidak melihat peristiwa sejarah tanah air. Kebisingan dan kehiruk-pikukan yang berbaur daripada ramainya orang yang menghadiri temasya kota (menyambut ulang tahun kemerdekaan), seolah-olah tidak masuk dalam telingaku. Tidak.

Wajah Pak Husain memanjat kepalaku. Menerkam dan menggigitku. Berlari-lari dalam ingatanku. Dia pahlawan yang tidak pernah difikirkannya bahawa dia telah menyelamatkan kami. Ketika dia tersiuk-siuk melangkah dengan kaki tiganya melewati orang ramai, dalam kumpulan yang lebih merupakan sampah sarap yang disongsong oleh pasang penuh, aku tepuk belakangnya. Pak Husain berhenti mendadak. Menikam wajahku dengan pandangannya yang berkaca-kaca. Aku menaburkan senyumanku. Kuduga ingatannya. Ingatkah ia?

“Kau, kau, Khalid?”

“Ya, Khalid,” kataku membenarkan dugaannya.

(Dipetik daripada cerpen Pahlawan Buntung, oleh S. Othman Kelantan dalam

antologi Dirgahayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Bagaimanakah keadaan Pak Husain ketika aku menemuinya di temasya kota sempena ulang tahun kemerdekaan?

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh dilakukan oleh seorang pelajar untuk menghargai kemerdekaan negara?

[3 markah]

(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]

10

Page 11: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Cadangan Jawapan Set 1 Cerpen Pahlawan Buntung

(i) ( Pilih dua jawapan sahaja )- Kakinya buntung terkulai dalam kain sarungnya- Kaki kayunya sudah usang- Kepala kakinya sudah berjabu-jabu di bawah ketiaknya- Parut yang memanjang di atas dahinya

[2 markah]

(ii) ( Pilih tiga jawapan sahaja )- Mempelajari tentang sejarah / tokoh-tokoh kemerdekaan- Menyertai perarakan / aktiviti kemerdekaan- Mengadakan kempen sempena kemerdekaan- Menjayakan bulan kemerdekaan / hias bendera- Belajar bersungguh-sungguh agar menjadi manusia berguna

[3 markah]

(iii) Satu persoalan dalam petikan cerpen:- Persoalan menghargai kemerdekaan tanah air / negara

Contoh, Aku, Pak Husain dan orang ramai datang menghadiri temasya kota sempena ulang tahun kemerdekaan negara.

Satu persoalan lain dalam keseluruhan cepen:

(Pilih 1 sahaja)- Persoalan kezaliman untuk meluaskan jajahan.

Contoh, tentera Jepun yang ingin menjajah tanah Melayu sanggup membunuh rakayat tempatan.

- Persoalan kebijaksanaan untuk menyelamatkan diriContoh, Pak Husain bijak menipu tentera Jepun dengan mengatakan ingin buang air besar untuk melarikan diri daripada Jepun

- Persoalan semangat bantu-membantu dalam kesusahanContoh, Pak Husain membantu mengumpulkan orang-orang kampong Pulau Pak Amat di pengkalan untuk menyelamatkan diri daripada tentera Jepun

[4 markah]

11

Page 12: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Set 2 Cerpen Pahlawan Buntung

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pak Husain mencengkam tanganku. Cengkamannya kuat seperti tidak mahu dilepaskannya. Matanya menajam menembusi wajahku. Terasa berdetak-detak dalam hatiku. Tidak ada yang kudengar di sekitarnya, kecuali detak hati Pak Husain yang merenungku. Pada wajahnya terlukis gambaran keriangan yang beriak-riak pada bibirnya yang kelihatan separuh tertutup oleh misainya yang seperti kapas. Janggutnya jarang-jarang, juga seperti kapas. Pakaiannya sederhana, membayangkan keperibadian desa yang suci murni.

Kugeser ia ke tepi. Kami berlabuh dalam sebuah warung. Kami minum-minum.

“Ayahmu masih sihat?” tanyanya. Memang Pak Husain sangat saayang akan ayahku.

“Meninggal,” jawabku perlahan. “Ayah meninggal kira-kira setahun yang lalu.”

“Meninggal?” sepatah pertanyaan engkarnya. Mulutnya kumat-kamit. “Dia membaca ayat suci tentunya,” fikirku.

“Ayah selalu menyebut nama Pak Sin,” kataku. “Tapi kerana keuzurannya, kami tidak dapat membawanya untuk menmui Pak Sin.”

Pak Husain merenung orang ramai. Dalam riak matanya dapat kubayangkan wajah ayahku terdiri di dalamnya. Dia melihatku kembali. Kemudian, dia menghidup kopi.

“Memang lama tak bertemu,” kata Pak Husain kemudian.

“Ya, lama,” bisik hatiku.

(Dipetik daripada cerpen Pahlawan Buntung,oleh S. Othman Kelantan dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud rangkai kata beriak-riak pada bibirnya?[2 markah]

(ii) Apakah cara-cara yang boleh anda lakukan untuk menghargai jasa seorang sahabat yang banyak berjasa kepada anda?

[3 markah]

(iii) Huraikan satu perwatakan Pak Husain dalam petikan dan satu lagi perwatakan daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]

Cadangan Jawapan Set 2 Cerpen Pahlawan Buntung

(i) - Senyuman di bibir

[Maksimum 2 markah]

12

Page 13: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(ii) ( Pilih tiga jawapan sahaja )- Doakan kesejahteraan / kesihatannya- Kerap melawat / mengunjunginya / datang ke rumahnya- Bertanya khabar / telefon / sms / hantar surat- Berikan bantuan kepadanya / keluarganya- Menggembirakan hatinya / menghiburkannya/ menemaninya / sentiasa bersama-sama

[Maksimum 3 markah]

(iii) Satu perwatakan dalam petikan cerpen:- Sederhana

Contoh, pakaian Pak Husain sederhana membayangkan keperibadian desa yang suci murni

Satu perwatakan lain dalam keseluruhan cepen:

(Pilih 1 sahaja)- Bijak

Contoh, Pak Husain bijak menipu tentera Jepun dengan mengatakan ingin buang air besar untuk melarikan diri daripada Jepun

- BeraniContoh, Pak Husain berani menipu tentera Jepun dengan mengatakan orang-orang kampung sudah melarikan diri untuk menyelamatkan mereka

- Cinta tanah air Contoh, Pak Husain datang ke perarakan menyambut ulang tahun kemerdekaan walaupun kakinya sudah buntung

- Bantu-membantuContoh, membantu mengumpulkan orang-orang kampung untuk menyelamatkan mereka daripada tentera Jepun

[Maksimum 4 markah]

Set 3 Cerpen Pahlawan Buntung

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sesungguhnya kami telah lama berpisah dalam tahun-tahun pendudukan BMA. Keluargaku pindah ke kota. Ketika bunga-bunga politik memercup tumbuh dalam tahun-tahun empat puluhan, kami telah melupai satu sama lain. Ketika permulaan perpindahan kami, ayahku sering ke desa peninggalannya, tetapi apabila api politik membakar seluruh tanah air, ayahku larut di dalamnya. Sejak itu perpisahan tidak rasmi itu saling melupai.

Kira-kira lebih tiga puluh tahun yang lalu, Pak Husain masih sepertiku. Usianya baru kira-kira tiga puluh tahun. Aku berusia lebih sedikit empat belas tahun. Pak Husain tegap sasa. Dia berani. Dia banyak dicintai oleh gadis-gadis kampungnya. Aku sering mengekorinya untuk memancing dan menyadak. Kampung kami damai. Deburan ombak Laut China Selatan saban detik menyiulkan lagu nelayan yang penuh duka nestapa. Kerana kedudukannya agak terpencil oleh sungai dan laut yang mengelilinginya, kampung itu disebut Kampung Pulau Pak Amat.

Inilah Pulau Pak Amat yang gamat!

13

Page 14: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Ketika kusedar oleh hentakan dan siulan bunyi yang bergemetuk, aku seperti diselimuti oleh gebar kebingungan yang menakjubkan. Memang gendang-gendang telingaku dapat menangkap bunyi siulan yang ajaib itu. Siulan peluru dan bunyi gegaran.

(Dipetik daripada cerpen Pahlawan Buntung, oleh S.Othman Kelantan dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah kelebihan yang dimiliki oleh Pak Husain ketika umurnya kira-kira tiga puluh tahun?[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk menarik anak-anak muda tinggal di kampung?

[3 markah]

(iii) Jelaskan satu pengajaran dalam petikan dan satu pengajaran daripada keseluruhan cerpen.[4 markah]

Cadangan Jawapan Set 3 Cerpen Pahlawan Buntung

(i) (Pilih dua jawapan sahaja )- Tegap sasa- Berani - Banyak dicintai oleh gadis-gadis kampung

[Maksimum 2 markah]

(ii) (Pilih tiga jawapan sahaja )- Mengadakan aktiviti menarik minat mereka- Mewujudkan peluang pekerjaan- Mewujudkan persekitaran bersih / menarik- Menyediakan kemudahan moden / pusat internet- Sikap mesra terhadap mereka

[Maksimum 3 markah]

(iii) Satu pengajaran dalam petikan cerpen:- Kita janganlah melupakan tempat lahir kita

Contoh, pada tahun empat puluhan, ayah aku sering pulang ke kampung tetapi lama-kelamaan dia melupakan kampungnya

Satu pengajaran lain dalam keseluruhan cepen:

(Pilih 1 sahaja)- Kita mestilah membantu orang yang dalam kesusahan

Contoh, membantu mengumpulkan orang-orang kampung untuk menyelamatkanmereka daripada tentera Jepun

- Kita mestilah bijak dalam menghadapi musuh/ masalahContoh, Pak Husain bijak menipu tentera Jepun dengan mengatakan ingin buang air besar untuk melarikan diri daripada Jepun

- Kita mestilah berani menghadapi musuhContoh, Pak Husain berani menipu tentera Jepun dengan mengatakan orang-orang kampung sudah melarikan diri untuk menyelamatkan mereka

- Kitamestilah cinta akan tanah air

14

Page 15: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Contoh, Pak Husain datang ke perarakan menyambut ulang tahun kemerdekaan walaupun kakinya sudah buntung

[Maksimum 4 markah]

Set 1 Cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Mak Timah yang sedang sakit, terpaksa membersihkannya. Dengan termengah-mengah, Mak Timah menguruskan juga tugasnya menjaga dia yang tidak dapat bertindak apa-apa. Jika tidak dibersihkan akan sehari suntuklah dia dalam kekotoran. Sehari suntuklah dia akan berendam dengan air kencing, bergelumang dengan najisnya sendiri. Kadang-kadang Mak Timah hairan memikirkan nasib dia. Mak Timah memberi dia nama gelarannya Pungut. Nama sebenarnya ialah Zahara, manakala nama asalnya ialah Yap Siew Hong. Mak Timah hairan memikirkan keadaan bentuk fizikal Pungut. Sangat kecil, sangat halus. Menurut kata doktor, semasa Pungut masih bayi dahulu, Pungut hanya boleh hidup dalam jangka masa satu atau dua tahun. Pungut tidak boleh hidup lama, kata doktor, kerana seluruh organ dalam tubuhnya amat halus dan kecil. Jantungnya kecil, perutnya kecil, seluruh pernafasannya kecil, tetapi kuasa Tuhan, doktor bukan Tuhan, ramalan doktor salah. Kini Pungut telah berusia dua puluh empat tahun. Tuhan berkuasa atas segala-galanya. Pungut tidak mati-mati. Mak Timah hairan, orang sihat, orang kaya, semuanya mati. Tetapi Pungut tidak juga mati-mati.

“Mungkin Tuhan nak uji kesabaran aku, menjaga dia,” fikir Mak Timah.

“Mungkin tuhan nak banyakkan dosa aku,” fikir Mak Timah lagi.

(Dipetik daripada cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong, oleh Mohamed Latiff Mohamed dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah perkara yang menimbulkan kehairan kepada Mak Timah?[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang perlu anda lakukan jika memiliki anak istimewa?[3 markah]

(iii) Jelaskan satu perwatakan Mak Timah dalam petikan dan satu perwatakannya daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]

Cadangan Jawapan Set 1 Cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong

(i) (Pilih dua jawapan sahaja )- hairan memikirkan nasib Pungut- hairan memikirkan keadaan bentuk fizikal Pungut. - hairan, orang sihat, orang kaya, semuanya mati tetapi Pungut tidak juga mati-mati.

[2 markah]

15

Page 16: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(ii) (Pilih tiga jawapan sahaja )- Reda / sabar / tabah- Menjaga dengan penuh kasih sayang /baik- Memberi didikan bersesuaian / hantar ke sekolah kanak-kanak istimewa- Berusaha merawat penyakitnya- Berdoa untuk kesejahteraannya

[3 markah]

(iii) Satu perwatakan dalam petikan cerpen:- Bertanggungjawab / tabah / sabar

Contoh, walaupun sakit, Mak Timah tetap menjaga dan menguruskan kehidupan Pungut yang cacat

- Tidak mempercayai takdir TuhanContoh, Mak Timah mempersoalkan / hairan Pungut yang cacat tidak mati tetapi orang yang sihat dan kaya semuanya mati

Satu perwatakan lain dalam keseluruhan cepen:

(Pilih 1 sahaja)- Belas kasihanContoh, Mak Timah kasihan mengenangkan Pungut yang cacat akan dibuang lalu memeliharanya.- Mengharap balasanContoh, Mak Timah mengharapkan suatu hari Pungut akan besar bekerja untuk membantunya dan mejaganya apabila dia telah tua- TegasContoh, Mak Timah tegas mengatakan kepada anaknya bahawa dia akanmemelihara Pungut sehingga ke akhir hayatnya.

[4 markah]

Set 2 Cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Dia mahu kasi orang, tak ada orang mahu. Kalau tak ada orang mahu dia mahu buang itu budak,” Bibik menerangkannya lagi. Mak Timah terperanjat mendengar penerangan Bibik. Anaknya Katijah dan Munah, merengek-rengek lalu menyuruh Mak Timah mengambil budak itu. Timbul rasa kasihan mendengar nasib bayi yang tidak berdosa itu. Munah dan Katijah terus meminta dia mengambil anak Siew Lan. Sementara itu, hati Mak Timah bertambah belas mengenangkan budak itu akan dibuang. Dia belas pada kanak-kanak yang tidak berdosa. Mak Timah berfikir, dia akan mendapat pahala jika mengambil budak itu. Pada Mak Timah, jika pandai dibela akan besar juga nanti budak itu.

“Lu, mahu anak Siew Lan, ambillah. Kita kasi, kalau lu mahu. Semua duit angkat sumpah, kita kasi. Kita kasi lagi lu duit satu ratus lima puluh ringgit.” Bibik membuat tawaran seolah-olah menjual beli barang-barang lagaknya. Mak Timah terfikirkan hutang yang sedang ditanggung oleh suaminya. Duit seratus lima puluh ringgit pada masa itu, lumayan betul.

“Ambillah mak, ambillah. Jah nak adik, Jah nak adik!” Katijah merengek, meminta dia mengambil anak Siew Lan.

(Dipetik daripada cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong,

16

Page 17: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

oleh Mohamed Latiff Mohamed dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah yang menyebabkan Mak Timah ingin memelihara Pungut anak Siew Lan?[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah pembuangan anak dalam kalangan masyarakat sekarang?

[3 markah]

(iii) Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai daripada keseluruhan cerpen.[4 markah]

Cadangan Jawapan Set 2 Cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong

(ii) (Pilih dua jawapan sahaja)- Membayar hutang yang sedang ditanggung oleh suaminya- Anaknya Katijah merengek memintanya mengambil anak itu- Terfikir pahala yang akan didapatnya- Terfikir amal yang bakal dibuatnya

[Maksimum 2 markah]

(iii) (Pilih tiga jawapan sahaja)- Menguatkuasakan undang-undang/ hukuman berat / setimpal- Kempen / ceramah /motivasi kepada masyarakat- Memberikan pendidikan agama- Melaporkan kepada pihak berkuasa jika ada maklumat- Menubuhkan rumah / pusat kebajikan- Memberikan kepada orang lain

[Maksimum 3 markah]

(iv) Satu nilai dalam petikan cerpen:- Belas kasihan

Contoh, Mak Timah belas mengenangkan anak Siew Lan yang tidak berdosa akan dibuang lalu memeliharanya.

- Berfikir sebelum melakukan sesuatuContoh, Mak Timah berfikir-fikir pahala yang akan diperoleh dengan memellihara Pungut.

Satu nilai lain dalam keseluruhan cepen:

(Pilih 1 sahaja)- Bertanggungjawab

Contoh, walaupun sakit, Mak Timah tetap menjaga dan menguruskan kehidupan Pungut yang cacat

- TegasContoh, Mak Timah tegas mengatakan kepada anak lelakinya bahawa dia akanmemelihara Pungut sehingga ke akhir hayatnya.

- PenyayangContoh, Walaupun sering merungut apabila menjaga Pungut, namun Mak Timah tetap menyayangi Pungut setelah dua puluh empat tahun menjaganya.

17

Page 18: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

[Maksimum 4 markah]

Set 3 Cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pungut mengeluarkan suara yang Mak Timah kenal betul. Itu tandanya Pungut sedang lapar. Mak Timah merenung Pungut lama-lama. Semasa dia mengambil Pungut, dia tidak menyangka yang Pungut tidak akan besar-besar seperti sekarang ini. Mak Timah tidak menyangka yang Pungut akan bisu dan pekak. Mak Timah tidak tergambar atau terfikir yang Pungut akan secacat ini. Pendeknya Pungut cacat segala-galanya. Harapan Mak Timah, Pungut akan besar seperti manusia lain, seperti gadis-gadis lain. Sangkaan Mak Timah, Pungut akan besar seperti gadis-gadis lain kerana Mak Timah pernah melihat anak orang yang lahirnya kecil, tidak cukup bulan dan sebagainya, tetapi boleh membesar seperti manusia biasa. Harapan Mak Timah supaya Pungut besar dan bekerja untuk membantunya, menjaganya apabila dia telah tua, hampa. Sebaliknya Mak Timah yang menjaga Pungut.

Pungut bangun, dia berjalan sambil mengeluarkan suara menandakan dia sedang lapar. Kepalanya digeleng-gelengkan, ke kiri dan ke kanan dengan amat pantas dan cepat.

“Budak ini terkenan patung, dia tak boleh besar,” kata Bomoh Dollah semasa Mak Timah membawa Pungut berjumpa dengannya kira-kira dua puluh tahun lalu.

(Dipetik daripada cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong, oleh Mohamed Latiff Mohamed dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah yang diharapkan oleh Mak Timah dengan memelihara Pungut?[2 markah]

(ii) Apakah peranan yang boleh anda lakukan terhadap kanak-kanak kurang upaya?[3 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]

Cadangan Jawapan Set 3 Cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong

(i)- Pungut akan besar seperti manusia lain- Pungut besar dan bekerja untuk membantunya- Menjaganya apabila dia telah tua

[Maksimum 2 markah]

18

Page 19: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(ii) (Pilih dua jawapan sahaja)- Menjadi sukarelawan - sumbangkan wang / harta /barang keperluan

i. Memberikan pendidikan agamaii. Menemani / membawa bersiar-siar / melawatiii. Memberikan semangat dan motivasiiv. Mendoakan kesejahteraan

[Maksimum 3 markah]

(iii) Satu persoalan dalam petikan cerpen:- Manusia yang melakukan sesuatu inginkan balasan

Contoh, Mak Timah berharap dengan memelihara Pungut, satu hari Pungut akan bekerja untuk membantunya.

- Masyarakat yang percaya kepada bomohContoh, Mak timah membawa Pungut berjumpa bomoh apabila Pungut tidak boleh besar-besar

Satu persoalan lain daripada keseluruhan cepen:

(Pilih 1 sahaja)- Kepercayaan terhadap amalan karut

Contoh, Siew Lan mempercayai kata-kata tukang tilik bahawa anak keenam yang bakal dilahirkan bakal membawa sial

- Perasaan kasih sayang seorang ibu terhadap anak angkatnyaContoh, Mak Timah mengatakan dia akan memelihara Pungut hingga ke akhir hayatnya.

- Kepercayaan kepada ketentuan TuhanContoh, dengan kuasa Tuhan, Pungut tetap hidup sehingga berusia 24 tahun

walaupun doktor menjangkakan Pungut hanya akan hidup setahun atau dua tahun sahaja.

- Sikap manusia yang mementingkan diri sendiriContoh, Anak lelaki Mak Timah menyuruhnya menyerahkan Pungut ke rumah

kanak-kanak istimewa kerana beranggapan membela Pungut tidak mendatangkan hasil. [Maksimum 4 markah]

Set 1 Cerpen Idola

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Apakan daya aku hanya si penjaga panggung, bukan si hero dalam cerita yang dipersembahkan itu. Aku hanya penonton yang hanya diperuntukkan dengan segumpal rasa kekaguman terhadap si hero,” bidik si penjaga panggung lagi, membiarkan sejenak fikirannya menerawang, mengingat-ingat kembali

19

Page 20: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

babak demi babak cerita yang mengisahkan perjalanan si hero ke istana impian lalu bertarung dengan dugaan demi dugaan, dan segala yang berantakan itu dapat dipatahkan dengan semangat kekar dan nyali pejal hingga benar-benar menampilkan kejantanan.

“Malam semakin merapat ke pagi,” bisiknya lagi, hampir tidak dapat didengarnya sendiri apa-apa yang dibisikkan itu. “Apa khabar isteri dan sepuluh putera puteriku? Apa khabar rumahku di sebatang lorong sempit dengan bau longkang dan dengingan nyamuk menakluki suasana?”

Si penjaga panggung memerhatikan kerusi-kerusi yang telah disusunnya.

“Setiap malam aku menyusun mimpi demi mimpi wangi yang anehnya kerap bertukar hanyir dan meloyakan. Setiap malam aku berdaya menyusun kamu, namun setiap detik aku masih belum berjaya menyusun hidupku sendiri. Kalaulah aku dapat menjadi seperti si hero dalam setiap pementasan di sini, alangkah bahagianya anak isteriku, wahai kerusi!

(Dipetik daripada cerpen Idola, oleh Zaen Kasturi dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(iv) Mengapakan si penjaga panggung kagum dengan watak hero dalam sesuatu pementasan?[2 markah]

(v) Bagaimanakah cara untuk menarik orang ramai datang menonton sandiwara dalam pementasan sesebuah panggung?

[3 markah]

(vi) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]

Cadangan Jawapan Set 1 Cerpen Idola

(iv) (Pilih dua jawapan sahaja )- bertarung dengan dugaan demi dugaan - segala yang berantakan itu dapat dipatahkan dengan semangat kekar - benar-benar menampilkan kejantanan.

[Maksimum 2 markah]

(v) (Pilih tiga jawapan sahaja )- Jalan cerita yang menarik- Pelakon terkenal / baik- Publisiti yang meluas- Harga tiket murah- Kostum/pakaian yang cantik/menarik- Keadaan panggung yang selesa/bersih/ada pendingin hawa

[Maksimum 3 markah]

(vi) Satu pengajaran dalam petikan cerpen:- Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita

Contoh, aku memikirkan tentang nasib isteri dan sepuluh orang anaknya yang hidup dalam kedaifan

20

Page 21: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

- Kita mestilah bertanggungjawab terhadap tugas kitaContoh, Si penjaga panggung menjalankan tugasnya menyusun semua kerusi selepas berakhirnya pementasan bangsawan panggung hanya berasa kagum terhadap watak hero yang diimpikan tanpa berusaha mencapainya.

Satu pengajaran lain dalam keseluruhan cepen:

(Pilih 1 sahaja)- Kita mestilah bersungguh-sungguh dalam menjalankan sesuatu kerja

Contoh, si hero melakonkan watak hero dengan bersungguh-sungguh kerana telah diberi bayaran

- Kita mestilah jujur dalam berkata-kataContoh, Si hero memberitahu Si penjaga panggung tentang perbezaan aspek kehidupan hero pementasan dengan kehidupan yang sebenar.

- Kita perlulah menyedari akan kesilapan yang kita lakukanContoh, Si penjaga panggung akhirnya sedar kesilapannya memuji lakonan Si heromenyebabkan dia mahu berubah [Maksimum 4 markah]

Set 2 Cerpen Idola

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Nasib si penjaga panggung memang ternyata baik. Dia sampai di panggung itu ketika para pelakon sudah selesai menjalani latihan. Sewaktu para pelakon bubar dan bersiap sedia untuk pulang, si penjaga panggung mendekati si hero, lalu berjabat salam dengan si hero pujaannya itu.

“Memang hebat lakonan saudara.”

“Biasa saja,” sambut si hero, merendah diri. “Hebat di atas pentas tidak semestinya saya juga hebat dalam kehidupan yang sebenarnya.”

Si penjaga panggung sedikit tertunduk, seolah-olah malu menatap wajah si hero.

“Memang saya hero dalam sandiwara ini, tetapi hero bikinan orang. Bukan hero bikinan saya sendiri. Saya menjadi hero kerana sutradara mempercayai saya untuk membawakan watak itu. Tidak lebih daripada itu,” sambung si hero.

“Tapi ... tapi saudara memang benar-benar hebat. Err ... maksud saya, hebat sebagai pelakon”.

“Ya, mungkin juga. Sebagai pelakon, saya harus menunjukkan keterampilan saya yang sebenarnya. Meski ini hanya lakonan, bukan kehidupan saya yang sebenarnya, namun saya bertanggungjawab dalam memikul amanah ini. Ya, amanah sutradara, juga harga beberapa helai wang kertas yang dikeluarkan oleh penonton untuk menyaksikan sandiwara ini.”

(Dipetik daripada cerpen Idola, oleh Zaen Kasturi dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

21

Page 22: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(iv) Apakah maksud rangkai kata para pelakon bubar? [2 markah]

(v) Jika anda si penjaga panggung, bagaimanakah cara untuk anda merealisasikan impian untuk memegang watak hero dalam sesebuah pementasan?

[3 markah]

(vi) Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai daripada keseluruhan cerpen.[4 markah]

Cadangan Jawapan Set 2 Cerpen Idola

(ii) Semua pelakon beredar [Maksimum 2 markah]

(ii) (Pilih tiga jawapan sahaja)

- berusaha mengasah bakat / kursus /mengikuti kelas- berjumpa dengan pengarah / penulis cerita- pergi ujibakat- bertanya peluang / mencari kekosongan

i. Menubuhkan rumah / pusat kebajikanii. Meberikan kepada orang lain

[Maksimum 3 markah]

(iii) Satu nilai dalam petikan cerpen:

- Merendah diri Contoh, Si hero merendah diri apabila dikatakan lakonannnya hebat

- BertanggungjawabContoh, Si hero bertanggungjawab memikul amanah menjadi seorang pelakon

Satu nilai lain dalam keseluruhan cepen:

(Pilih 1 sahaja)- Kasih sayang

Contoh, Si penjaga panggung menanyakan dirinya sendiri tentang perkhabaran isteri dan sepuluh orang anaknya ketika dia masih menysusun kerusi panggung pada tengah malam.

- Hemah tinggiContoh, isteri Si penjaga panggung menegur sikap dengan cara berhemah akan

sikap suaminya yang masih bekerja sebagai penjaga panggung

- AmanahContoh, Si penjaga panggung menjalankan tugasnya menyusun semua kerusi

selepas berakhirnya pementasan bangsawan

- Berbudi bahasa Contoh, Si penjaga panggung berjabat tangan dengan Si hero bangsawan ketika

mereka berjumpa buat kali pertama.

22

Page 23: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

[Maksimum 4 markah]

Set 3 Cerpen Idola

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Sau ... saudara seperti tidak suka dipuji.”

“Ya, kadangkala pujian itu merupakan racun paling berbisa,” kata si hero, seperti menyindir.

“Saya ... saya ikhlas, saudara. Bukan sengaja saya reka pujian itu untuk saudara.”

“Maafkan saya. Mungkin bahasa saya sedikit keras. Ya, saya merasakan pujian saudara itu sama saja dengan pujian yang saya terima daripada ribuan penonton yang lain. Tidak ada bezanya, dan ... dan sebenarnya setiap kali merecupnya pujian, maka setiap kali itulah juga saya harus bersiap sedia untuk berperang.”

“Berperang?”

“Ya, berperang dengan diri saya sendiri.”

“Maksud saudara?”

Si hero melepaskan dengusan kecil lalu menggaru-garu dagu.

“Saya harus melembutkan sukma saya yang ada kalanya serakah untuk meleburkan diri ke kawah lupa diri.”

Si penjaga panggung terkulat-kulat, merenung muka si hero dengan seliratan tanda tanya.

“Maafkan saya, saudara. Kita jumpa lagi malam nanti. Saudara dengan tugas saudara, saya dengan tugas saya,” ucap si hero, mengangguk-angguk, lalu tunduk ke arah si penjaga panggung.

(Dipetik daripada cerpen Idola, oleh Zaen Kasturi dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(iv) Mengapakah si hero tidak suka dipuji oleh si penjaga panggung?[2 markah]

(v) Apakah cara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan prestasi dalam sesuatu pekerjaan? [3 markah]

(vi) Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]

23

Page 24: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Cadangan Jawapan Set 3 Cerpen Idola

(iv) (Pilih dua jawapan sahaja)- kadangkala pujian itu merupakan racun paling berbisa- merasakan pujian saudara itu sama saja dengan pujian yang saya terima daripada

ribuan penonton yang lain- harus bersiap sedia untuk berperang

- meleburkan diri ke kawah lupa diri / takut lupa diri [Maksimum 2 markah]

(v) (Pilih tiga jawapan sahaja)- belajar lagi - terima kritikan orang lain- Usaha / rajin /amanah (sikap)- Tanya dengan orang yang lebih berpengalaman- Mengikuti kursus yang berkaitan- Mendoakan kesihatan

[Maksimum 3 markah]

(vi) Satu latar masyarakat dalam petikan cerpen:- Masyarakat yang tidak suka dipuji

Contoh, Si hero tidak suka apbila dipuji oleh Si penjaga panggung

- Masyarakat yang ikhlasContoh, Si penjaga panggung mengatakan pujiannya kepada Si hero adalah dengan ikhlas

- Masyarakat berbudi bahasaContoh, Si hero meminta maaf daripada Si penjaga panggung apabila ingin beredar

Satu latar masyarakat lain daripada keseluruhan cepen:

(Pilih 1 sahaja)- Masyarakat yang bertanggungjawab

Contoh, Si hero bertanggungjawab melakonkan wataknya dengan baik

- Masyarakat yang suka berangan-angan Contoh, Si penjaga panggung berangan-angan untuk menjadi hero seperti Si hero yang dilihat dalam pementasan sandiwara di panggung- Masyarakat yang inginkan hidup yang lebih baik

Contoh, isteri Si penjaga panggung mahu suaminya bertukar kerja untuk

memastikan kehidupan mereka sekeluarga lebih baik.

- Masyarakat yang bekerja di pentas bangsawan. Contoh, Si penjaga panggung dan Si hero bangsawan merupakan pekerja dan

pelakon yang makan gaji di panggung tersebut. [Maksimum 4 markah]

24

Page 25: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Set 1 Cerpen Penanggungan

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Kalau begitu baik pergi berjumpa doktor. Engkau jangan malu menyatakan sakit itu. Siapa juga manusianya sama saja. Merah warna darah masing-masing, tanda adik-beradik belaka. Malangnya masing-masing ada dengan penyakitnya.”

“Tidak seorangpun yang terlepas daripada penyakit,” sampuk isterinya.“Hakikat itu tidak dapat ditolak,” Kapten Mamat memberi kuliah selanjutnya. “Dalam kapal ada

penyakit, di mana-mana ada penyakit. Namanya ganjil-ganjil benar, penyakit kuning, penyakit macam-macam lagi.”

“Dunia penyakit,” sahut isterinya.Kapten Mamat menahan senyumnya. Dia hendak bercakap banyak mengeluarkan perkataan

bertentangan satu sama lain, tetapi dia melihat isterinya begitu kasih kepada Masnah. Dibiarkan dia memicit kepala Masnah. Dia mengelamun mengingat kapal.

Kalau sampai perintah, kapal mesti belayar mengikut jadual. Bertolak dari satu pelabuhan dan singgah di pelabuhan lain. Biar berkecamuk hujan ribut, petir halilintar. Gelombang dan laut bergelora. Kewajipannya tetap mengangkut dan memunggah barang-barang keperluan beribu-ribu manusia. Dengan menjalankan tugas serupa itulah Baharum dikenangnya.

Tetapi Baharum mati awal, sama seperti kematian berjuta-juta manusia. Sesiapa yang meninggalkan kesan kepada dunia, disebut-sebut di bibir sebagai suatu kenangan. Kapten Mamat mengeluarkan celepa rokoknya. Tangannya mengeluarkan rokok dan memasang apinya.

(Dipetik daripada Cerpen ‘Penanggungan’Oleh Wijaya Mala

Dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah perkara yang mengingatkan Kapten Mamat kepada Baharum?[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda apakah cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pekerja yangberkhidmat di dalam kapal?

[3 markah]

(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat lain daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]

Cadangan Jawapan Set 1 Cerpen Penanggungan

(i) Perkara yang mengingatkan Kapten Mamat kepada Baharum;- kalau sampai perintah, kapal mesti belayar mengikut jadual bertolak dari satu pelabuhan dan singgah

di pelabuhan lain - biar hujan ribut, petir halilintar, gelombang dan laut bergelora. Kewajipannya tetap mengangkut dan memunggah barang-barang keperluan beribu-ribu manusia

(ii) Cabaran yang dihadapi;

25

Page 26: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

- berada di laut dalam tempoh masa yang lama - berjauhan daripada keluarga - sentiasa berhadapan dengan bahaya / risiko - persekitaran kerja yang kurang selesa

(iii) Latar masyarakat dalam petikan; - Masyarakat yang prihatin / penyayang. Isteri Kapten Mamat membantu memicit-micit kepala Masnah. - Masyarakat yang setiakawan. Kapten Mamat masih mengingati sahabatnya Baharum walapun Baharum telah mati.

Latar masyarakat dalam cerpen; - Masyarakat yang bertanggungjawab. Kapten Mamat yang bertugas sebagai kapten kapal bertanggungjawab membawa dan mengangkut barang-barang keperluan manusia. - Masyarakat yang sanggup membantu orang lain. Kapten Mamat berjanji untuk membantu balu Baharum iaitu Masnah dan anak-anaknya meneruskan kehidupan. - Masyarakat yang tidak dapat menerima takdir tuhan. Isteri Baharum seolah-olah menyalahkan takdir apabila suaminya mati semasa bertugas.

Set 2 Cerpen Penanggungan

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Mereka sibuk memberikan pertolongan cemas.“Jika dia sedar semula. Beri minum air panas ini, kata Kapten Mamat.“Bila akan sedarnya? Baik kita jemput bomoh.”

Kapten Mamat mengerutkan keningnya. Isterinya memandang retak mukanya berjalur-jalur seperti kulit gajah.

Beberapa minit kemudian, mereka terpegun melihat Masnah mengerang. Dia bergerak dan sedar semula. Kemudian dia bersungut tidak tentu hujung pangkal, hanya dapat difaham, “sakit kepala,” katanya. Mukanya terlalu pucat tetapi matanya liar. Sangka isteri Kapten Mamat, dia dirasuk polong. Dirasanya nadi Masnah berdenyut lebih cepat, nafas pendek-pendek, badannya sejuk berpeluh. Kapten Mamat menyuruh isterinya memberi air panas.

Lama-lama Masnah pulih seperti sediakala. Kapten Mamat berkata, “Engkau jangan susah, Masnah. Selagi aku masih hidup, engkau dan anak-anak engkau tidak akan disia-siakan. Engkau mesti banyak rehat.”

“Saya akan balik ke kampung, Abang Mat.” Dia memeluk anaknya Bahar kemanja-manjaan.“Bagus. Di sana engkau akan menempuh hidup baharu. Sekarang orang kampung sedang

membangun.”“Tetapi saya rasa penyakit saya tidak akan pulih. Sejak beberapa hari ini, rasanya ngilu tulang-

tulang saya dan jantung saya terasa bagi ditikam-tikam.”

(Dipetik daripadaCerpen ‘Penanggungan’

Oleh Wijaya MalaDalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud rangkai kata bersungut tidak tentu hujung pangkal?

26

Page 27: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

[2 markah]

(ii) Sekiranya anda sahabat Masnah, apakah yang perlu dilakukan untuk membantu Masnahdalam kehidupannya?

[3 markah]

(iii) Jelaskan satu perwatakan Kapten Mamat dalam petikan dan satu perwatakan Kapten Mamat yang lain dalam keseluruhan cerpen.

[4 markah]

Cadangan Jawapan Set 2 Cerpen Penanggungan

(i) Maksud; - mengomel / merungut dengan tidak menentu

(ii) Usaha membantu sebagai sahabat; - memberikan / menguatkan semangat / memberikan motivasi / memberikan nasihat - menghulurkan bantuan kewangan - melaporkan kepada ketua kampung / pengerusi jawatankuasa penduduk - membantu menguruskan keluarga dan anak-anak buat sementara waktu

(iii) Perwatakan Kapten Mamat dalam petikan; - prihatin / mengambil berat – menyatakan kepada Masnah bahawa selagi dia masih Hidup Masnah dan anak-anaknya tidak akan disia-siakan.

Perwatakan Kapten Mamat dalam cerpen; - seorang ketua yang bertanggungjawab – berjanji untuk membantu balu Baharum, Masnah setelah kematian Baharum semasa bekerja. - mempunyai sifat simpati / belas kasihan – Kapten Mamat kasihan melihat keadaan Masnah yang tertekan setelah kematian Baharum. - Baik hati – akan membantu Masnah untuk mendapatkan pampasan daripada persatuan

Set 3 Cerpen Penanggungan

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Isteri Kapten Mamat menghidangkan teh, tetapi ruang itu berada dalam suasana sedih. Sekarang, pada perasaannya timbul satu kebimbangan. Dia melihat Masnah sudah melupakan kesedihannya. Ruang

27

Page 28: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

itu pada pandangan isteri kepada Kapten Mamat bertukar kepada satu babak drama. Dilihatnya anak mata Masnah liar sekali. Percakapannya susah difahamkannya.

“Jemput minum airnya, Mas!” katanya membenamkan perasaan, dengan maksud meringankan percakapan yang berat-berat.

“Engakau takut Mas, jangan takut,” Kapten Mamat melihat Masnah menjadi pucat. “Hidup jangan takut. Apa engkau sakit, Mas?”

“Erti hidup bagi saya , tidak ada.” Masnah berkata lancar. “Abang Mat, lama-lama akan gilakah saya? Saya rasa di luar kesanggupan saya melihat anak-anak kesayangan bertempiaran. Bagaimana kalau mereka teraniaya?”

Percubaan isteri Kapten Mamat untuk mengendurkan keadaan tidak berjaya. Keadaan Masnah sangat mencemaskannya. Dia merasakan beban yang ditanggung oleh Masnah. Dia tidak sabar lagi lalu menghadapkan kata-kata pada suaminya.

“Abang tau. Dalam keadaan sempit sekarang, abang bercakap begitu tinggi dan besar. Abang tidak mahu beralah sedikit pun. Mentang-mentang abang kapten, mati di laut saja yang berjasa.” Dia mengenyitkan mata kepada suaminya. Kapten Mamat menangkap isyarat itu dengan erti berjaga-jaga mengeluarkan percakapan yang mungkin membangkitkan kerusuhan.

(Dipetik daripadaCerpen ‘Penanggungan’

Oleh Wijaya MalaDalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan perkara-perkara yang ditakuti oleh Masnah?[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah nasihat yang perlu diberikan kepada orang yang menghadapi tekanan perasaan seperti Masnah?

[3 markah]

(iii) Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan tiga pengajaran lain daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]Cadangan Jawapan Set 3 Cerpen Penanggungan

(i) Perkara yang ditakuti;

- erti hidup sudah tiada - tidak sanggup melihat anak-anak kesayangannya bertempiaran - bimbang anaknya teraniaya

(ii) Nasihat yang perlu diberikan;

- menasihati agar tabah menghadapi takdir tuhan / kehidupan yang mendatang - menasihati agar tidak terlalu mengikut perasaan untuk mengelakkan dirinya terjejas - menasihatinya agar banyak berdoa / mendekatkan diri kepada tuhan - menyarankan agar Masnah meluahkan masalah kepada yang yang rapat

(iii) Pengajaran dalam petikan; - Kita mestilah tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan - Kita mestilah membantu orang yang dalam kesusahan

Pengajaran dalam cerpen; - Kita mestilah berani menghadapi cabaran dalam bidang pekerjaan - Seorang ketua hendaklah bertanggungjawab terhadap pekerja di bawah jagaannya - Kita mestilah menerima dengan reda takdir dan ketentuan tuhan.

28

Page 29: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

- Kita mestilah menghormati dan melayani tetanu dengan baik. - Kita janganlah terlalu mengikutkan hati dan perasaan semasa berhadapan dengan sebarang masalah kehidupan.

Set 1 Cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Mak Timah yang sedang sakit, terpaksa membersihkannya. Dengan termengah-mengah, Mak Timah menguruskan juga tugasnya menjaga dia yang tidak dapat bertindak apa-apa. Jika tidak dibersihkan akan sehari suntuklah dia dalam kekotoran. Sehari suntuklah dia akan berendam dengan air kencing, bergelumang dengan najisnya sendiri. Kadang-kadang Mak Timah hairan memikirkan nasib dia. Mak Timah memberi dia nama gelarannya Pungut. Nama sebenarnya ialah Zahara, manakala nama asalnya ialah Yap Siew Hong. Mak Timah hairan memikirkan keadaan bentuk fizikal Pungut. Sangat kecil, sangat halus. Menurut kata doktor, semasa Pungut masih bayi dahulu, Pungut hanya boleh hidup dalam jangka masa satu atau dua tahun. Pungut tidak boleh hidup lama, kata doktor, kerana seluruh organ dalam tubuhnya amat halus dan kecil. Jantungnya kecil, perutnya kecil, seluruh pernafasannya kecil, tetapi kuasa Tuhan, doktor bukan Tuhan, ramalan doktor salah. Kini Pungut telah berusia dua puluh empat tahun. Tuhan berkuasa atas segala-galanya. Pungut tidak mati-mati. Mak Timah hairan, orang sihat, orang kaya, semuanya mati. Tetapi Pungut tidak juga mati-mati.

“Mungkin Tuhan nak uji kesabaran aku, menjaga dia,” fikir Mak Timah.

“Mungkin tuhan nak banyakkan dosa aku,” fikir Mak Timah lagi.

(Dipetik daripada cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong, oleh Mohamed Latiff Mohamed dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(iv) Apakah perkara yang menimbulkan kehairan kepada Mak Timah?[2 markah]

(v) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang perlu anda lakukan jika memiliki anak istimewa?[3 markah]

(vi) Jelaskan satu perwatakan Mak Timah dalam petikan dan satu perwatakannya daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]

Cadangan Jawapan Set 1 Cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong

(iv) (Pilih dua jawapan sahaja )- hairan memikirkan nasib Pungut

29

Page 30: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

- hairan memikirkan keadaan bentuk fizikal Pungut. - hairan, orang sihat, orang kaya, semuanya mati tetapi Pungut tidak juga mati-mati.

[Maksimum 2 markah]

(v) (Pilih tiga jawapan sahaja )- Reda / sabar / tabah- Menjaga dengan penuh kasih sayang /baik- Memberi didikan bersesuaian / hantar ke sekolah kanak-kanak istimewa- Berusaha merawat penyakitnya- Berdoa untuk kesejahteraannya

[Maksimum 3 markah]

(vi) Satu perwatakan dalam petikan cerpen:- Bertanggungjawab / tabah / sabar

Contoh, walaupun sakit, Mak Timah tetap menjaga dan menguruskan kehidupan Pungut yang cacat

- Tidak mempercayai takdir TuhanContoh, Mak Timah mempersoalkan / hairan Pungut yang cacat tidak mati tetapi orang yang sihat dan kaya semuanya mati

Satu perwatakan lain dalam keseluruhan cepen:

(Pilih 1 sahaja)- Belas kasihanContoh, Mak Timah kasihan mengenangkan Pungut yang cacat akan dibuang lalu memeliharanya.- Mengharap balasanContoh, Mak Timah mengharapkan suatu hari Pungut akan besar bekerja untuk membantunya dan mejaganya apabila dia telah tua- TegasContoh, Mak Timah tegas mengatakan kepada anaknya bahawa dia akanmemelihara Pungut sehingga ke akhir hayatnya.

[Maksimum 4 markah]

Set 2 Cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Dia mahu kasi orang, tak ada orang mahu. Kalau tak ada orang mahu dia mahu buang itu budak,” Bibik menerangkannya lagi. Mak Timah terperanjat mendengar penerangan Bibik. Anaknya Katijah dan Munah, merengek-rengek lalu menyuruh Mak Timah mengambil budak itu. Timbul rasa kasihan mendengar nasib bayi yang tidak berdosa itu. Munah dan Katijah terus meminta dia mengambil anak Siew Lan. Sementara itu, hati Mak Timah bertambah belas mengenangkan budak itu akan dibuang. Dia belas pada kanak-kanak yang tidak berdosa. Mak Timah berfikir, dia akan mendapat pahala jika mengambil budak itu. Pada Mak Timah, jika pandai dibela akan besar juga nanti budak itu.

30

Page 31: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

“Lu, mahu anak Siew Lan, ambillah. Kita kasi, kalau lu mahu. Semua duit angkat sumpah, kita kasi. Kita kasi lagi lu duit satu ratus lima puluh ringgit.” Bibik membuat tawaran seolah-olah menjual beli barang-barang lagaknya. Mak Timah terfikirkan hutang yang sedang ditanggung oleh suaminya. Duit seratus lima puluh ringgit pada masa itu, lumayan betul.

“Ambillah mak, ambillah. Jah nak adik, Jah nak adik!” Katijah merengek, meminta dia mengambil anak Siew Lan.

(Dipetik daripada cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong, oleh Mohamed Latiff Mohamed dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(iv) Apakah yang menyebabkan Mak Timah ingin memelihara Pungut anak Siew Lan?[2 markah]

(v) Pada pendapat anda, apakah cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah pembuangan anak dalam kalangan masyarakat sekarang?

[3 markah]

(vi) Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai daripada keseluruhan cerpen.[4 markah]

Cadangan Jawapan Set 2 Cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong

(v) (Pilih dua jawapan sahaja)- Membayar hutang yang sedang ditanggung oleh suaminya- Anaknya Katijah merengek memintanya mengambil anak itu- Terfikir pahala yang akan didapatnya- Terfikir amal yang bakal dibuatnya

[Maksimum 3 markah]

(vi) Pilih tiga jawapan sahaja)- Menguatkuasakan undang-undang/ hukuman berat / setimpal- Kempen / ceramah /motivasi kepada masyarakat- Memberikan pendidikan agama- Melaporkan kepada pihak berkuasa jika ada maklumat- Menubuhkan rumah / pusat kebajikan- Meberikan kepada orang lain

[Maksimum 3 markah]

(vii) Satu nilai dalam petikan cerpen:- Belas kasihan

Contoh, Mak Timah belas mengenangkan anak Siew Lan yang tidak berdosa akan dibuang lalu memeliharanya.

- Berfikir sebelum melakukan sesuatuContoh, Mak Timah berfikir-fikir pahala yang akan diperoleh dengan memellihara Pungut.

Satu nilai lain dalam keseluruhan cepen:

31

Page 32: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(Pilih 1 sahaja)- Bertanggungjawab

Contoh, walaupun sakit, Mak Timah tetap menjaga dan menguruskan kehidupan Pungut yang cacat

- TegasContoh, Mak Timah tegas mengatakan kepada anak lelakinya bahawa dia akanmemelihara Pungut sehingga ke akhir hayatnya.

- PenyayangContoh, Walaupun sering merungut apabila menjaga Pungut, namun Mak Timah tetap menyayangi Pungut setelah dua puluh empat tahun menjaganya.

[Maksimum 4 markah]

Set 3 Cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pungut mengeluarkan suara yang Mak Timah kenal betul. Itu tandanya Pungut sedang lapar. Mak Timah merenung Pungut lama-lama. Semasa dia mengambil Pungut, dia tidak menyangka yang Pungut tidak akan besar-besar seperti sekarang ini. Mak Timah tidak menyangka yang Pungut akan bisu dan pekak. Mak Timah tidak tergambar atau terfikir yang Pungut akan secacat ini. Pendeknya Pungut cacat segala-galanya. Harapan Mak Timah, Pungut akan besar seperti manusia lain, seperti gadis-gadis lain. Sangkaan Mak Timah, Pungut akan besar seperti gadis-gadis lain kerana Mak Timah pernah melihat anak orang yang lahirnya kecil, tidak cukup bulan dan sebagainya, tetapi boleh membesar seperti manusia biasa. Harapan Mak Timah supaya Pungut besar dan bekerja untuk membantunya, menjaganya apabila dia telah tua, hampa. Sebaliknya Mak Timah yang menjaga Pungut.

Pungut bangun, dia berjalan sambil mengeluarkan suara menandakan dia sedang lapar. Kepalanya digeleng-gelengkan, ke kiri dan ke kanan dengan amat pantas dan cepat.

“Budak ini terkenan patung, dia tak boleh besar,” kata Bomoh Dollah semasa Mak Timah membawa Pungut berjumpa dengannya kira-kira dua puluh tahun lalu.

(Dipetik daripada cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong, oleh Mohamed Latiff Mohamed dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(iv) Apakah yang diharapkan oleh Mak Timah dengan memelihara Pungut?[2 markah]

(v) Apakah peranan yang boleh anda lakukan terhadap kanak-kanak kurang upaya?[3 markah]

(vi) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]

Cadangan Jawapan Set 3 Cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong

32

Page 33: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(iv)- Pungut akan besar seperti manusia lain- Pungut besar dan bekerja untuk membantunya- Menjaganya apabila dia telah tua

[Maksimum 2 markah]

(v) (Pilih dua jawapan sahaja)- Menjadi sukarelawan - sumbangkan wang / harta /barang keperluan

i. Memberikan pendidikan agamaii. Menemani / membawa bersiar-siar / melawatiii. Memberikan semangat dan motivasiiv. Mendoakan kesejahteraan

[Maksimum 3 markah]

(vi) Satu persoalan dalam petikan cerpen:- Manusia yang melakukan sesuatu inginkan balasan

Contoh, Mak Timah berharap dengan memelihara Pungut, satu hari Pungut akan bekerja untuk membantunya.

- Masyarakat yang percaya kepada bomohContoh, Mak timah membawa Pungut berjumpa bomoh apabila Pungut tidak boleh besar-besar

Satu persoalan lain daripada keseluruhan cepen:

(Pilih 1 sahaja)- Kepercayaan terhadap amalan karut

Contoh, Siew Lan mempercayai kata-kata tukang tilik bahawa anak keenam yang bakal dilahirkan bakal membawa sial

- Perasaan kasih sayang seorang ibu terhadap anak angkatnyaContoh, Mak Timah mengatakan dia akan memelihara Pungut hingga ke akhir hayatnya.

- Kepercayaan kepada ketentuan TuhanContoh, dengan kuasa Tuhan, Pungut tetap hidup sehingga berusia 24 tahun

walaupun doktor menjangkakan Pungut hanya akan hidup setahun atau dua tahun sahaja.

- Sikap manusia yang mementingkan diri sendiriContoh, Anak lelaki Mak Timah menyuruhnya menyerahkan Pungut ke rumah

kanak-kanak istimewa kerana beranggapan membela Pungut tidak mendatangkan hasil. [Maksimum 4 markah]

Set 1 Cerpen Tanggar Amanat

33

Page 34: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Kita tidak mungkin berkubur di Yellowstone. Barangkali ke Boston, entah-entah ke Miami, mungkin juga ke lain. Kaki terpelanting ke timur, kepala tercampak ke barat.

Astaghfirullahalazim. Kecut perutnya membayangkan kata-kata Adam. Itulah risiko tertinggi untuk terus mempertahankan hak warisan Ahmad Abdullah di atas Taman Nasional Yellowstone, berkawahkan gunung berapi di dasarnya. Magmanya menunggu masa menceratkan lava dalam waktu terdekat.

“Allah minta kita berusaha. Lari daripada musibah juga satu usaha. Kita pulang ke kampung saya. Hawa boleh menjejak waris Ahmad Abdullah di sana.”

Pipinya bergerak-gerak mendengar saranan itu. Ikut pulang ke Malaysia? Tinggalkan usaha Ahmad Abdulah turun-temurun begitu saja? Tidak mungkin. Di bahunya tertanggar amanat warisan.

“Tidakkah kedengaran penakut?”Adam menggeleng. “lari daripada satu takdir untuk mendepani takdir yang lain bukanlah sikap

pengecut, Hawa”“Mempertahankan usaha moyang zaman-berzaman juga memerlukan keberanian dan kekuatan

yang bukan sedikit.”Adam sekali lagi menggeleng. “Apa lagi yang dapat Hawa pertahankan sekiranya taman ini benar-

benar meletus, lebur dan tenggelam. Di tangan Allah tidak ada suatupun yang mustahil. Kun fayakun. Jadi kata-Nya, maka jadilah.

(Dipetik daripadaCerpen ‘Tanggar Amanat’

Oleh Amaruszati Noor RahimDalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata lari daripada musibah.[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mempertahankan sesuatu yang diwarisi daripada nenek moyang terdahulu?

[3 markah]

(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lain daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]

Cadangan Jawapan Set 1 Cerpen Tanggar Amanat

(i) maksud;

- mengelakkan diri daripada malapetaka / kecelakaan

(ii) sebab-sebab;

- sebagai khazanah berharga milik keluarga / sesuatu keturunan - mempunyai nilai yang tinggi - supaya tidak hilang / musnah / terlepas ke tangan orang lain - agar dapat diwariskan kepada generasi berikutnya

(iii) Pengajaran dalam petikan;

34

Page 35: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

- Kita mestilah menjaga / menghargai warisan daripada generasi terdahulu. - Kita hendaklah berani menghadapi dugaan dalam kehidupan.

Pengajaran dalam cerpen;

- Kita mestilah berfikir secara rasional sebelum membuat sebarang keputusan. - Kita mestilah taat dan menghormati suami. - Kita hendaklah mendengar nasihat demi kebaikan.

Set 2 Cerpen Tanggar Amanat

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dia dimercupi bahagia, menerima pujian anakanda.“Tapi bonda patuhilah pujukan ayahanda. Kembalilah ke Malaysia.”“Perusahaan turun-temurun di Yellowstone ini?”“Bonda boleh usahakan yang lain, di tempat lain meski cabaran dan tentangannya berbeza.

Kenapa bonda masih mahu alirkan keuntungan ke dalam peti negara angkuh itu? Bukankah dolar itu digunakan untuk membiayai Israel memusnahkan negara-negara islam. Bonda membiayai penumpasan saudara seagama sendiri!” Dia terdiam menerima bangkangan anaknya.

“Yellowstone akan meledakkan kemarahannya bonda.”“Lari dari Yellowstone belum pasti selamat.”“Kenapa, bonda? Kerana jangkaan geologis bahawa letupan itu akan menyebabkan suhu dunia

tidak tentu hala? Awan debu tebal menghalang pancaran matahari ke bumi? Hujan asid akan melanda dunia?”

Dia terperangan menerima soalan bertalu-talu. “Siapa tahu kita antara yang bakal selamat daripada bahana hujan asid? Benar kata ayahanda, lari

daripada satu takdir untuk mendepani takdir adalah satu usaha. Allah menggesa umatnya berikhtiar, bonda. Kalau Ahmad Abdullah masih hidup, barangkali dia akan memberitahu bonda”

“Beritahu apa?”“Selamatkan keturunan Ahmad Abdullah.”Dia tertampar.

(Dipetik daripadaCerpen ‘Tanggar Amanat’

Oleh Amaruszati Noor RahimDalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah yang akan terjadi di Yellowstone mengikut jangkaan geologis?[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda apakah masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara?

[3 markah]

35

Page 36: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.

[4 markah]

Cdangan Jawapan Set 2 Cerpen Tanggar Amanat

(i) yang terjadi; - Yellowstone akan meledakkan kemarahannya - letupan itu menyebabkan suhu dunia menjadi tidak tentu hala - Awan debu tebal menghalang pancaran matahari ke bumi - Hujan asid akan melanda dunia

(ii) Masalah yang dihadapi;

- kerinduan terhadap ahli keluarga di kampung - masalah komunikasi / sukar menguasai bahasa tempatan - ancaman keselamatan - sukar mendapatkan makanan tradisi negara asal - kesukaran menyesuaikan diri dengan cuaca / iklim

(iii) Persoalan dalam petikan;

- Persoalan cabaran / dugaan kehidupan. Bonda menghadapi cabaran untuk mempertahan perusahaan turun-temurun yang diusahakannya di Yellowstone

Persoalan dalam cerpen; - Persoalan kasih sayang. Kasih sayang seorang ibu terhadap anak dalam kandungannya. - Persoalan ketaatan isteri pada suami. Hawa membuat keputusan mengikut suaminya pulang ke Malaysia

Set 3 Cerpen Tanggar Amanat

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Assalamualaikum, bonda.”Dia menjawab antara sedar dengan tidak. Takjub sebentar mendengar suara daripada ketulan 12

sentimeter yang terapung sepertinya. Dia menguak gerak, merapati objek melengkung itu. Ada tangan. Ada jari. Ada kaki. Urat-geramatnya jelas. Kepalanya berambut sedikit. Anak manusia?

‘Bonda.”“Bonda?” dia digoncang tanya. Lapan tahun dia menunggu panggilan keramat itu dengan sabar

yang menekan resah naluri. Sekian hari, dia berharap dapat mengembangkan waris keturunan Ahmad Abdullah daripada rahimnya sendiri. Baru kali ini dia hamil dan berharap hampir lima bulan lagi, zuriatnya selamat menembusi pintu rahim ke alam dunia.

36

Page 37: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Dengan menolak kecelaruannya, dia menguak merapati janin itu. Bibirnya terkatup rapat. Inikah yang bersuara dengan bibir terkunci?

“Itulah istimewa pertalian kita. Bonda boleh mendengar suara hati dan suara akal anakanda. Sebaliknya juga.”

“O? Satu keistimewaan?“Percayalah, ini zuriat bonda. Waris perkasihan bonda Hawa dan ayahanda Adam. Generasi

kelapan Ahmad Abdullah yang bonda tunggu selama ini.“Tapi mustahil.”“Bonda mengembara di dalam tubuh bonda sendiri. Kasih bonda membawa bonda ke alam ini.”

(Dipetik daripadaCerpen ‘Tanggar Amanat’

Oleh Amaruszati Noor RahimDalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah Hawa menantikan kelahiran zuriatnya?[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda bagaimanakah sesorang ibu dapat mengeratkan hubungan dengan anak-anaknya. Nyatakan tiga cara.

[3 markah]

(iii) Huraikan satu nilai murni dalam petikan dan satu nilai murni yang lain daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]

Cadangan Jawapan Set 3 Cerpen Tanggar Amanat

(i) Sebab-sebab;

- telah menanti selama 8 tahun dengan sabar - dapat mengembangkan waris keturunan Ahmad Abdullah daripada rahimnya sendiri

(ii) cara-cara;

- memberikan kasih sayang secukupnya - memberikan perhatian / menunjukkan sikap mengambil berat - prihatin trentang perkembangan pendidikan - sentiasa berbincang secara terbuka tentang masalah anak-anak

(iii) Nilai murni dalam petikan;

- Nilai kesabaran. Hawa menunggu selama lapan tahun untuk mendapatkan zuriat. - Nilai kasih sayang. Kasih sayang seorang ibu terhadap anak dalam kandungannya.

Nilai murni dalam keseluruhan cerpen;

- Nilai bertanggungjawab. Hawa berusaha untuk mempertahan perniagaannya. - Nilai Ketaatan. Hawa berjanji pada dirinya untuk menjadi isteri yang mentaati suami

37

Page 38: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

DRAMA

Set 1 Drama 1400

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SOUD : Engkau tolong orang, Allah tentu tolong kau.

DOLAH : Bila?

SOUD : Dolah, mana imanmu?

DOLAH : Kau tahu, kerana kaki ini, mesyuarat tak pilih aku jadi wakil? Ada yang berkata,“ Dolah memang banyak berjasa pada kampong ni, tapi takkanlah nak pilih dia jadi wakil? Wakil capik, malulah kita. “ Ya, mereka malu. Tetapi, meminta tolong daripada aku tak malu.

SOUD : Kita menolong harus kerana Allah, Dolah.

DOLAH : Cuba tengok keadaan aku. Meminang, siapa pun tak mahu. Dahlah capik, miskin pula. Aku hina, Soud. Tolong sana, tolong sini, bila sampai masa

aku,siapa pun tak peduli.

SOUD : Engkau sembahyang, bukan?

38

Page 39: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

DOLAH : Apa ada kena-mengena dengan sembahyang?

SOUD : Engkau sembahyang tak?

DOLAH : Aku akan berusaha sendiri, Soud. Kau tengoklah. Dolah capik ya! Kau tengok Soud, kau tengok.

(Dipetik daripada ‘400’ dalam antologiDirgahayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan perkara yang menjadi Dolah berkecil hati? [2 markah]

(ii) Wajarkah Dolah menyalahkan akan takdir tuhan kepadanya? Nyatakan sebabnya. [4 markah]

(iii) Huraikan satu latar masyarakat daripada petikan dan satu latar masyarakat daripada keseluruhan petikan.

[3 markah]

Cadangan Jawapan Set 1 Drama 1400

(i) Perkara yang menjadi Dolah berkecil hati ialah - Dolah tidak terpilih sebagai wakil rakyat kerana dirinya capik.

(ii) Wajar Dolah menyalahkan takdir tuhan kepadanya kerana - Dolah telah berusaha menambat hati penduduk kampung tetapi dia tetap tidak terpilih sebagai wakil

rakyat, - Dolah merasa diri serba kekurangan menyebabkan orang kampung tidak memilihnya sebagai wakil

rakyat, - Dolah tidak kaya.

(iii) Latar masyarakat daripada petikan ialah masyarakat orang kampung yang susah. Latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen ialah masyarakat yang kaya raya serta mengamalkan ilmuhitam atau ilmu menyimpang daripada ajaran agama.

Set 2 Drama 1400

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

39

Page 40: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

MAULANA : Wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan sembahyang, kerana Allah berserta dengan orang-orang yang sabar.(Kumpulan bertasbih seperti tadi).

DOLAH : Apabila capik disuruh sabar Emak sakit dikata takdir Cakap,cakap,cakap,cakap Lidah tak bertulang, bolehlah.

MAULANA : Katakanlah kebenaran telah tiba, yang batil akan hancur, kerana yang batil itu memang akan lebur.

DOLAH : (Agak nyaring) Tuan, bukalah mata kepada hal yang sedang berlaku. Yang batil bertambah kuat. Yang batil bertambah maju. Yang batil bertambah makmur.

Bukalah mata, pandanglah sekeliling.

MAULANA : Tidak usah pandang sekeliling, tidak usah buka mata. Tetapi pandanglah kepada petunjuk al-Quran, dan bukalah hati. Luruskan pendirian sebagaimana yang diperintahkan; jangan turut kehendak nafsu (kepada DOLAH). Allah ialah kepada sekalian orang yang beriman bagi mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada cahaya. Sesungguhnya barang siapa yang beriman kepada Allah, maka Allah akan memberikan hidayat dalam kalbunya.

(Digarhayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata Yang batil bertambah makmur. [2 markah]

(ii) Apakah tindakan MAULANA setelah mendengar kata-kata DOLAH? [3 markah]

(iii) Pada pandangan anda, wajarkah manusia dalam dunia mempunyai agama? Mengapa? [4 markah]

Cadangan Jawapan Set 2 Drama 1400

40

Page 41: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(i) Maksud Yang batil bertambah makmur ialah - sesuatu yang tidak baik makin berleluasa.

(ii) Tindakan –tindakan Maulana setelah mendengar kata-kata Dollah ialah - menasihati Dollah supaya berpegang teguh kepada agama, - menasihati Dollah bahawa sesuatu yang salah akan hancur juga, - Maulana menasihati Dollah supaya berpegang kepada al-Quran.

(iii) Pada pandangan saya, tidak wajar manusia dalam dunia tidak mempunyai agama kerana- pertama setiap manusia dalam dunia mesti ada pegangan hidup, - supaya manusia lebih mempunyai matlamat hidup, - setiap manusia harus mempunyai cita-cita.

Pada pandangan saya, wajar manusia dalam dunia tidak mempunyai agama kerana - tidak mengongkong manusia dengan peraturan hidup,

- manusia hidup tanpa perlu sembahyang, - kita dapat berbuat apa-apa sahaja tanpa larangan.

Set 3 Drama 1400

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

INTAN SITI RAHIMAH : Siang tadi Intan ke surau. Orang-orang kampung masih mengatakan kekotoran daripada kandang kuda mencemarkan air sungai. Anak-anak mereka sakit-sakit belaka, dan macam-macam lagi.

PAK TUAN DOLAH : Itulah dah dikatakan. Intan jangan ke surau mereka. Mengapa pergi mencemar kaki ke sana?

INTAN SITI RAHIMAH : Mereka datang sendiri menjemput. Takkanlah Intan tak pergi?

PAK TUAN DOLAH : Lain kali kata sibuk, tak usah pergi.

INTAN SITI RAHIMAH : Tetapi mereka ini isteri dan ibu kepada orang-orang yang Bekerja dengan kita. Mereka besar hati datang menjemput. Itu pun takut-takut pula.

PAK TUAN DOLAH : Ya, mereka harus takut pada kita. Jika tidak naik kepala nanti. Intan harus sedar dengan siapa hendak bercampur gaul ?

INTAN SITI RAHIMAH : Intan sedih melihat keadaan hidup setengah-setengah daripada mereka. Makanan anjing kita lebih baik daripada makanan mereka.

41

Page 42: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(Dipetik daripada ‘1400’ dalam antologi Dirgahayu Bahasaku

Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Mengapa PAK TUAN DOLAH melarang INTAN SITI RAHIMAH ke surau?Berikan dua alasan.

[3 markah](ii) Pada pandangan anda, apakah cirri-ciri suami yang disayangi isteri?

Nyataka tiga ciri. [3 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan drama tersebut dan satu persoalan lain daripada keseluruhan drama.

[3 markah]

Cadangan Jawapan Set 3 Drama 1400

(i) Pak Tuan Dollah melarang Intan Siti Rahmah ke surau kerana - Pak Tuan Dollah tidak mahu mendengan komentar daripada penduduk tentang kekotoran kandang kudanya, - Pak Tuan Dollah menjaga Intan Siti Rahmah supaya menjaga imej Pak Tuan Dollah - Pak Tuan Dollah tidak mahu dikritik oleh penduduk kampong.

(ii) Ciri-ciri suami yang disayangi isteri ialah - suami yang penyabar,- suami yang rajin- menolong isteri di dapur, - dan seorang suami yang romantis.

(iii) Persoalan dalam petikan drama tersebut ialah sikap bertimbang rasa perlu ada dalam setiap diri manusia

Satu persoalan daripada keseluruhan cerpen ialah pegangan agama yang teguh menyebabkan kita hidup dalam keadaan sejahtera.

Set 1 Drama Dato’ OnnBaca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

HALIMAH :Abang, saya fikir eloklah saya pergi dari sini. Suami saya Muhammad pun sudah tiada lagi. Anak-anak ini biar saya bawa bersama-sama. Ke mana-mana sahaja nasib menentukan hidup kami sekeluarga.

ONN :Tidak, Halimah. Kawan tidak akan melepaskan awak pergi dengan budak-budak ini. Mereka ialah anak-anak saudara kawan. Anak-anak adik kawan sendiri.

42

Page 43: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

HALIMAH :Sudah tiada siapa lagi tempat kami bergantung harapan. Sepi rasa dunia ini, kami tinggal keseorangan. Biar kami pulang ke kampung. Di sana kami ingin membina hidup ini semula.

ONN :Tidak mungkin, oh, Halimah! Awak pergi, bermakna kami mengabaikan nasib awak setelah awak kehilangan sebahagian daripada kami. Halimah, dan anak-anak awak ialah kerabat dan darah daging kami.

HALIMAH tertunduk menangis. Dia lantas memeluk ONN. DATO’ JAAFAR masuk.

DATO’ JAAFAR : Bagaimana kalau ayah cadangkan awak ambil sahaja Halimah ini sebagai isteri awak Onn? Awak pun selama ini hidup tak menentu. Sekejap menikah dengan Seri Panggung, biarpun tidak bersetuju, awak nak kahwin juga dengan dia. Tapi sekarang ini tidak berapa lama awak ceraikan dia. Hidup ini kenalah rancang dengan baik, Onn. Keluargalah yang akan membentuk peribadi seseorang. Awak kenalah berkeluarga. Kena ada orang yang benar-benar jujur di sisi awak...

ONN tertunduk berfikir.

DATO’ JAAFAR : Awak fikirlah semasak-masaknya. Halimah tetap keluarga kita... Kita mesti pertahankan kedudukannya itu.

(i) Apakah tindakan yang ingin diambil oleh Halimah setelah ketiadaan suaminya?

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah Dato’ Jaafar menganggap keluarga sebagai pembentuk peribadi seseorang?

[4markah]

(iii) Berikan satu persoalan daripada petikan dan dua persoalan lain daripada keseluruhan drama tersebut.

[3 markah]

Cadangan Jawapan Set 1 Drama Dato’ Onn

(i) Tindakan yang ingin diambil oleh Halimah ialah:- Pergi dari situ

- Membawa anak-anaknya bersama

- Membiarkan nasib menentukan hidup mereka sekeluarga

(ii) Keluarga dianggap sebagai pembentuk peribadi seseorang kerana- Keluarga merupakan perkara terpenting dalam kehidupan seseorang

- Keluargalah yang membentuk peribadi dan sahsiah anak-anak sejak kecil

- Anak-anak lebih banyak menghabiskan masa bersama dengan keluarga mereka.

43

Page 44: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(iii) Satu persoalan dalam petikan ialah persoalan kepatuhan seorang anak. Onn patuh akan cadangan ayahnya agar mengambil Halimah sebagai isterinya. Hubungan kekeluargaan, Onn mengambil berat tentang Halimah dan anak saudaranya walaupun setelah kematian adiknya Muhammad yang merupakan suami Halimah.

Dua persoalan dalam keseluruhan drama ialah persoalan kekejaman pihak penjajah. Pihak British telah merampas tanah warisan milik Dato Onn. Persoalan cinta akan tanah air. Dato’ Onn tidak mahu lari ke India kerana dia mahu hidup dan mati di Perseketuan Tanah Melayu. Persoalan ketabahan, Onn dan Halimah tabah menghadapi kesusahan hidup setelah Dato’ Onn diberhentikan kerja dan tanah mereka dirampas oleh British. . Persoalan keprihatinan terhadap kesusahan orang lain, Onn berasa gelisah melihat kehidupan nelayan di kampungnya yang mundur.

Set 2 Drama Dato’ OnnBaca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

ONN naik ke pangkalan dengan membawa pukat dan ikan di dalam bakul. Orang ramai di pangkalan itu. Isterinya, HALIMAH menjual kuih di warung. ONN masuk ke warung dan duduk. HALIMAH mendekati ONN.

HALIMAH : Banyak dapat ikan hari ini, bang?

ONN : Inilah sahaja yang ada. Nelayan yang tak bertauliah seperti aku ini, apa yang boleh dibuat? Tak tahu memasang jaring, apalagi nak memasang pukat.

HALIMAH :(Menghidangkan air dan kuih) Belajarlah kita menjadi orang kebanyakan. Rasanya hidup begini, kita lebih aman... . Minumlah dulu dan kuih itu dijamah. Lebih kita jual pagi tadi. Pendapatannya agak lumayan.

ONN memandang isterinya. Dia kelihatan sedih. ONN menyanyiONN : Janganlah kaucuba sembunyikan

Apa yang tersirat di hatimu Hidup ini sungguh menyeksakan Derita terbayang di wajahmu.

HALIMAH menyanyi.

HALIMAH : Tapi aku bangga keranamu Sikapmu membuat aku gembira Patah sayap bertongkat paruh Gunung tinggi didaki juga.

ONN :Dan, tahukah kau, Halimah? Hatiku ini selalu gelisah. Melihat bangsaku yang mundur dan tertekan... . Di bawah penjajahan yang menjadikan mereka suram. Kaulihatlah sendiri nelayan-nelayan nan miskin, hidup tak tentu haluan. Menangkap

44

Page 45: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

ikan sekadar cukup makan. Bagaikan ayam kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

(i) Mengapakah hati ONN sentiasa gelisah?

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah nelayan yang hidup dalam kemiskinan dapat dibantu?

[4 markah]

(iii) Huraikan satu nilai murni dalam petikan dan dua nilai murni dalam keseluruhan drama ini.[3 markah]

Cadangan Jawapan Set 2 Drama Dato’ Onn(i)

- Menyaksikan bangsanya mundur dan tertekan- Mereka dijajah oleh bangsa asing- Kaum nelayan hidup dalam kemiskinan dan hidup tidak tentu haluan

(ii) Cara untuk membantu nelayan yang hidup dalam kemiskinan :- Kerajaan memberikan bantuan modal/kewangan/kemudahan moden

- Memberikan khidmat nasihat/galakan

- Memberikan latihan penggunaan peralatan moden

- Memasarkan hasil tangkapan melalui koperasi bukan orang tengah

- Menggalakkan para nelayan mempelbagaikan hasil tangkapan – industri hiliran

(iii) Nilai murni dalam petikan ialah

a. Nilai kesyukuran, Halimah bersyukur dengan kehidupan pada masa sekarang yang lebih aman.

b. Nilai keprihatinan. Onn berasa gelisah melihat kehidupan nelayan di kampungnya yang mundur.

Nilai murni dalam keseluruhan drama

a. Nilai ketabahan, Onn dan Halimah tabah menghadapi kesusahan hidup setelah Dato’ Onn diberhentikan kerja dan tanah mereka dirampas oleh British.

b. Nilai kasih sayang , Dato’ Jaafar meminta Onn mengahwini Halimah kerana dia menyayangi menantunya.

45

Page 46: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

c. Nilai cinta akan tanah air, Dato’ Onn tidak mahu lari ke India kerana dia mahu hidup dan mati di Perseketuan Tanah Melayu.

Set 1 Drama Tiang Cengal Dinding Sayung

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SHAHRUL terdengar suara SABARIAH. Dia meninjau dari tingkap dan kemudian turun. SHAHRUL membawa beg pakaiannya sekali.

SABARIAH : Alang hendak pergi mana ini?

SHAHRUL jadi serba salah.

SHAHRUL : Balik KL, angah.

SABARIAH memandang SABRI, kemudian kembali kepada SHAHRUL.

SABRI : Cutinya sudah habis. Kenalah balik.

SABARIAH : (Marah) Apa ni, alang? Mayat bapa belum jumpa. Alang pula hendak balik? Apa ini? Angah dari London balik, alang di Kuala Lumpur tak sanggup tunggu?

SHAHRUL : (Merayu) Alang hanya dapat cuti tiga hari. Kerja, hendak buat macam mana?

SABARIAH : Ini kan soal hidup dan mati ketua keluarga kita. Angah kerja juga. Kalau inilah caranya bos alang buat, tidak berperikemanusiaan namanya. Apa, emak dan ba;pa itu tidak pentingkah? Takkan dalam bencana sebesar ini bos tidak ambil berat? Ohh, fasal tidak kena pada kaum keluarganya! Kalau angahlah, 24 jam angah letak jawatan.

( Dipetik daripada ‘Tiang Cengal Dinding Sayung, dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan drama tersebut di atas, nyatakan masalah yang dihadapi oleh Sharul [2 markah]

(ii) Jelaskan apakah usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk memberi sokongan moral kepada keluarga anda yang ditimpa musibah?

[4 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah watak SABARIAH begitu marah, apabila SHAHRUL ingin balik ke Kuala Lumpur.

[3 markah]

46

Page 47: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Cadangan Jawapan Set 1 Drama Tiang Cengal Dinding Sayung

(i) Berdasarkan petikan drama diatas, masalah yang dihadapi oleh Shahrul ialah - cuti Shahrul tinggal beberapa hari dan jasad ayah Shahrul belum dijumpai.

(ii) Usaha-usaha yang perlu saya lakukan untuk member sokongan moral kepada keluarga saya yang ditimpa musibah ialah - mengambil cuti bekerja untuk memberi semangat kepada keluarga saya, - senantiasa berdoa kepada tuhan agar keluarga saya tetap bersabar apabila mendapat musibah, - memberi motivasi kepada keluarga saya untuk meneruskan kehidupan.

(iii) Watak Sabariah begitu marah apabila Shahrul ingin balik ke Kuala Lumpur kerana - pertama ayah mereka belum dijumpai, - mak mereka akan keseorangan apabila anak-anak balik bekerja, - tidak ada orang yang ramai untuk membersihkan rumah daripada barang-barang bersepah akibat tsunami.

Set 2 Drama Tiang Cengal Dinding Sayung

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SHAHRUL tidak mahu turut campur dalam hal sensitive ini.

SABRI : Fasal apa tidak adil? Bukankah sudah jadi kelaziman, orang perempuan buat kerja rumah. Menguruskan rumah. Jaga emak bapa.

SABARIAH : Itu zaman bila? Zaman batu.

SABRI : Zaman mana sekalipun, lazim tetap lazim.

SABARIAH : Abang tidak kesian pada Salmah?

SABRI : Salmah? Fasal apa? Fasal dia tidak kahwin lagi.

SABARIAH : Huh, tidak kahwin dan dia tu businesswoman! Bila dia hendak jaga emak? Tengok! Bapa hilang di laut sudah tiga hari, baru hendak menjengah. Hendak suruh jaga emak?

SABRI : (Ketawa) Eh-eh, kenapa pula Salmah yang menjaga? Engkau kakak, engkaulah yang kena jaga.

47

Page 48: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

SABARIAH : Bawa emak ke London? Tidak ….tidak. Jangan buat kerja gila ini, bang.

( Dipetik daripada ‘Tiang Cengal Dinding Sayung, dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapa anak-anak Jimah berselisih faham seperti petikan tersebut di atas?[2 markah]

(ii) Jikalau anda anak-anak Jimah, apakah tindakan yang perlu anda lakukan kepada ibu anda yang sedang ditimpa musibah?

[3 markah]

(iii) Jelaskan mesej yang ingin disampaikan pengarang dalam petikan tersebut di atas. [4 markah]

Cadangan Jawapan Set 2 Drama Tiang Cengal Dinding Sayung

(i) Anak-anak Jimah berselisih faham seperti petikan di atas - kerana masalah penjagaan Jimah jika suami Jimah disahkan meninggal dunia.

(ii) Jika saya Sabahriah tindakan yang perlu saya lakukan kepada ibu saya yang sedang ditimpa musibah ialah

- senantiasa disamping ibu untuk member semangat, - pujuk ibu untuk bersabar apabila menerima musibah, - menjaga keperluan ibu daripada segi makan minum serta kesihatan

(iii) Mesej yang ingin disampaikan pengarang dalam petikan tersebut ialah - pengarang ingin menyampaikan pesanan kepada pembaca supaya menghargai warga tua dan

menghormati serta menyayangi warga tua.

Set 3 Drama Tiang Cengal Dinding Sayung

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

48

Page 49: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

JIMAH melemparkan pandangannya ke arah lain. SANI Cuma mampu memandang telatah abang dan kakaknya.

SALMAH : Emak, Sal minta ampun, minta maaf banyak-banyak. Sal bersalah emak. Sal pentingkan perniagaan daripada tanggungjawab pada emak, pada bapa.

Semua mata tertumpu kepada JIMAH.JIMAH menahan sebak. Terketar-ketar bibirnya menahan kedukaannya. Setelah dia dapat mengawal diri, baru JIMAH bercakap.

JIMAH : Sepatutnya kehadiran kamu pada kala aku dan bapa kamu ditimpa musibah, menggembirakan hati aku. Bantu semangat aku yang sudah luntur. Bantu ringankan beban derita yang aku tanggung. Tapi meleset sekali sangkaan aku. Kamu Cuma fikirkan kerja, fikir duit, fikir kerugian, fikir suami, ingat isteri. Berapa duit kamu habis berbelanja? Ratus ribu? Huh, tiada belas kasihan langsung! Kamu ingat duit ringgit yang kamu beri tiap-tiap bulan itu cukup untuk gembirakan kami? Duit ringgit bukan ukuran untuk membalas budi orang tua. Kami tidak perlu duit ringgit kamu. (Berhenti seketika, menahan sebak di dada) Kamu tidak malu pada Sani itu? Dia tu anak pungut. Anak pungut. Bukan anak aku, tetapi dia lebih dekat dengan aku, dengan bapa kamu, daripada kamu semua ini. Wan bukan anak aku. Dia menantu aku, tetapi dia hambakan dirinya untuk aku. Dia dan Sani tahu membalas kasih saying dan budi yang selama ini aku dan bapa kamu beri.

SANI : Emak, cukuplah itu, emak. Emak penat.

SANI cuba mengendurkan ketegangan emaknya.

( Dipetik daripada ‘Tiang Cengal Dinding Sayung, dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud ‘Bantu semangat aku yang sudah luntur’.

[2markah](ii) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan sebab-sebab Jimah meluahkan perasaan kepada anak-

anaknya. [3 markah]

(iii) Pada pandangan anda, sekiranya Sani tidak ada disamping Jimah, bagaimanakah anak-anak kandung Jimah menenangkan Jimah?

[4 markah]

Cadangan Jawapan Set 3 Drama Tiang Cengal Dinding Sayung

49

Page 50: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(i) Bantu Semangat Aku yang Sudah Luntur bermaksud - memberi keyakinan diri yang hampir hilang.

(ii) Jimah meluahkan perasaan kepada anak-anaknya kerana - rasa kecewa kepada anak-anak yang mengutamakan pekerjaan, - anak-anak Jimah yang mengutamakan keluarga masing-masing, - anak-anak Jimah yang mementingkan diri sendiri.

(iii) Sekiranya Sani tidak ada disamping Jimah, - anak-anak kandung Jimah akan memujuk Jimah dengan kata-kata yang lemah-lembut, - anak-anak kandung Jimah akan senantiasa menemani Jimah, - anak-anak kandung Jimah akan memberi kata-kata motivasi untuk Jimah.

PROSA TRADISIONAL

50

Page 51: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Set 1 Hikayat Dua Geliga Hikmat

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Tuan puteri pun tersenyum tunduk malu rupanya dan segala bidadari itu pun tertawa seraya ia berpantun demikian bunyinya:

Burung bayan terbangnya tinggi, Terbang melayang berpangkat-pangkat;

Jikau malam termimpi-mimpi,Jika siang terlihat-lihat.

Setelah tuan puteri mendengar pantun itu adalah muka tuan puteri itu antara masam dengan tiada berseri. Maka tuan puteri pun berkata kepada inangdanya, “Hai inangda, bilamana kita akan pergi mandi ke Tasik Semendera Jin itu?” maka sembah inangdanya,”Ya tuanku tuan puteri, esoklah kita akan pergi mandi.”

Arkian maka bidadari itu pun pergilah berbuat bedak dan setengah buat langir dan setengah berbuat lulut, itu pun berbagai-bagai warnya. Setelah sudah lengkap segala perbuatan itu masing-masing dengan kepandaiannya. Adapun sekaliannya itu ditaruhkan pada sebiji ratna mutu manikam dan segala perbuatan yang lain itu ditaruhnya kepada segala batil tembaga suasa dan biti perwara itu membawa pelbagai warnanya nikmat dan beberapa warnanya. Maka Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran pun mengeluarkan segala buah-buahan itu ditaruh oleh tuan puteri kepada batil emas bertatahkan ratna mutu manikam. Maka tuan puteri pun mengeluarkan pula sisir emas ditatahkan dengan permata pelbagai bentuk untuk yang indah-indah, maka ditaruhnya pada serahi kaca. Setelah lengkap sekaliannya itu maka ditaruhnya tabak yang suasa.

(Dipetik daripada‘Dua Geliga Hikmat’

dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud masing-masing dengan kepandaiannya.

[ 2 markah ]

(ii) Berdasarkan petikan di atas, apakah persediaan yang perlu dilakukan sebelum tuan puteri pergi mandi ke Tasik Semendera Jin?

[ 3 markah ]

(iii) Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu membuat persediaan yang rapi sebelum melakukan sesuatu pekerjaan?

[ 3 markah ]

Cadangan Jawapan Set 1 Hikayat Dua Geliga Hikmat

(i) Maksud- Setiap orang dengan kebolehannya/ kebijaksanaannya

(ii) Persediaan

51

Page 52: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

- berbuat bedak- setengah berbuat langir- setengah berbuat lulut

(iii) Persediaan perlu dilakukan supaya

- supa semua pihak berpuas hati dengan hasilnya- supaya dapat melakukan sesuatu dengan sistematik- supaya sesuatu pekerjaan dapat dilakukan dengan sempurna

Set 2 Hikayat Dua Geliga Hikmat

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah malam bulan itu pun belum lagi terang dan bintang pun belum padam cahayanya dan segala mergastua pun belum lagi mencari mangsanya maka Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran mengenakan baju antakesuma dan memakai pakaian yang indah-indah. Maka tabak itu pun dibubuhnya hikmat oleh tuan puteri. Maka tuan puteri dengan bidadari yang tujuh orang itu pun melayanglah. Maka tabak itu pun mengikut Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran itu seperti anak panah keluar daripada busarnya dan rupanya itu terlalu amat tangkas ia melayang.

Hatta, kalakian maka tersebutlah perkataannya Inderaputera tatkala duduk di rumah peri itu, maka ujarnya Inderaputera kepada peri itu, “Hai nenekku, esok genaplah tiga hari hamba duduk di sini!”

Dan berkata peri itu, “Hai cucuku, pergilah cucuku pada tengah malam ini duduk pada tepi tasik itu dan cucuku duduk bersembunyi baik-baik jangan kelihatan kepadanya! Syahadan barang siapa menanggalkan bajunya dulu itu maka ditaruhnya pada sajian perak itu, dan yang berlangir dahulu itulah tuan puteri, dan barang tipu daya pun cucuku ambil juga bajunya itu.”

Setelah sudah peri itu berpesan kepada Inderaputera maka Inderaputera pun pergilah kepada tasik itu seraya ia menambangkan geliga Mayan Bedi. Maka dicitanya nama peri itu.

(Dipetik daripada‘Dua Geliga Hikmat’

dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud segala mergastua. [ 2 markah ]

(ii) Berdasarkan petikan di atas, bagaimanakah cara Inderaputera hendak mengenali tuan puteri? [ 3 markah ]

52

Page 53: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(iii) Pada pandangan anda, apakah yang akan berlaku sekiranya Inderaputera berjaya mengambil baju tuan puteri?

[ 3 markah ]

Cadangan Jawapan Set 2 Hikayat Dua Geliga Hikmat

(i) Maksud- Segala binatang di hutan.

(ii) Caranya- tuan puteri akan menanggalkan pakaiannya dahulu- pakaiannya diletakkan dalam sajian Perak- tuan puteri akan berlangir dahulu

(iii) Perkara yang akan terjadi

- Tuan puteri akan marah- Tuan puteri akan berasa sedih- Tuan puteri tidak dapat balik ke mahligainya- Tuan puteri akan terpisah daripada ayahanda dan bondanya- Tuan puteri tinggal sendirian di bumi

Set 3 Hikayat Dua Geliga Hikmat

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka diambil oleh Inderaputera baju itu lalu diberikan kepada tuan puteri.

Maka kata tuan puteri. “Hai kakanda, jikalau hendak akan hikmat itu marilah kakanda pergi ke mahligai hamba itu!”

Maka ujar Inderaputera, “Bagaimana kakanda pergi ke mahligai mengikut adinda kerana kakanda tiadalah tahu terbang, kerana adinda terbang di udara dan kakanda berjalan di bumi?”

Maka kata Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran, “Hai kakanda Inderaputera, duduklah kakanda di atas tabak itu! Jangan kakanda memandang ke belakang nescaya gugur ke bumi.”

Hatta maka Inderaputera pun duduklah di atas tabak. Setelah sudah duduk maka Inderaputera pun berkata kepada tuan puteri, “Maka janganlah adinda tuan mengubahi janjian dengan kakanda.”

Maka sahut tuan puteri, “Tiada demikian kerana sudah hamba bersumpah.”

53

Page 54: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Maka tuan puteri pun kembali dari tasik serta segala bidadari melayang mengiringkan tuan puteri. Maka tabak itu pun mengikut dari belakang dan dilihat oleh Inderaputera, dunia ini seperti bukit juga besarnya kelihatan. Arkian maka datanglah ke Padang Belantara Hairani. Maka hairanlah Inderaputera. Maka ia pun sampailah kepada tempat mahligai tuan puteri dan dilihat oleh tuan puteri Inderaputera lagi di Padang Hairani itu. Maka dicita oleh tuan puteri akan tabak itu. Maka tabak itu pun terletaklah di Padang Hairani. Maka Inderaputera pun hairan melihat tabah itu tidak melayang lagi.

(Dipetik daripada‘Dua Geliga Hikmat’

dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud mengubahi janjian. [ 2 markah ]

(ii) Berdasarkan petikan di atas, bagaimanakah cara Inderaputera boleh sampai ke mahligai tuan puteri?

[ 3 markah ]

(iii) Pada pandangan anda, mengapakah tuan puteri ingin pulang ke mahligai? [ 3 markah ]

Cadangan Jawapan Set 3 Hikayat Dua Geliga Hikmat

(i) Maksud- memungkiri janji / persetujuan / ikrar

(ii) Cara- Inderaputera mesti duduk di atas tabak- Inderaputera tidak boleh memandang ke belakang

(iii) Sebab

- rindu akan ayahanda dan bondanya- ingin menemui ayahanda dan bondanya- ingin berjumpa rakan-rakannya- rindu akan kehidupan di mahligainya

54

Page 55: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Set 1 Prosa Hikayat Opu Daeng Menambun

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SYAHADAN sudah tentu muafakat mesyuarat berlima bersaudara serta Inderaguru Tujarapok dan panglima dan serta dengan juak-juak sekalian, maka Naiklah ke darat Opu Daeng yang berlima bersaudara mengkhabarkan telah selesai Muafakat saudara-bersaudara mengatakan “Adinda Opu Menambun yang hendak beristeri, jikalau ada ampun serta kurnia.”

Lalu dijawab oleh Sultan, “Pilihlah anak saya yang bertiga.”

Maka disahuti, “Jikalau ada ampun kurnia, itulah paduka anakanda Puteri Kesumba dikahwinkan dengan saudara saya Daeng Menambun.”

Syahadan maka ketika harij yang baik, bekerjalah memulai berjaga-jaga. Lalu beraraklah kahwin. Serta sudah pengantin tgelah sampai tiga harinya, lalu bekerja pula mandi-manda, serta berarak, kumpulan anak buah sekaliannya seperti orang Bugis dan berserta orang Matan.

Lalu Sultan Muhammad Zainuddin bertitah kepada Opu Daeng yang berlima bersaudara minta langgarkan Panembahan Agung.

(Dipetik daripada ‘Hikayat Opu Daeng Menambun’ dalam antologi Dirgahayu

Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapa Sultan Muhammad Zainjuddin ingin mengahwinkan Daeng berlima bersaudara dengan anak-anak perempuannya?

[2 markah]

(ii) Berikan tanda-tanda menunjukkan keakraban Daeng berlima bersaudara. [3 markah]

(iii) Apakah mesej yang ingin disampaikan pengarang kepada pembaca berdasarkan petikan tersebut.

[4 markah]

Cadangan Jawapan Set 1 Hikayat Opu Daeng Menambun

(i) Sultan Zainuddin ingin mengahwinkan Daeng Lima Bersaudara dengan anak-anaknya kerana

- akan memanjangkan persaudaraan, - meluaskan kekuasaan, - untuk mengukuhkan kekuasaan atau kerajaan, - keempat menakutkan pihak lawan atau musuh disebabkan dapat menjalin hubungan dengan pahlawan yang gagah perkasa.

(ii) Tanda-tanda keakraban Daeng Lima Bersaudara ialah - mereka berbincang adik –beradik sebelum membuat sesuatu keputusan,

55

Page 56: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

- Daeng Lima Bersaudara membuat keputusan secara permuafakatan, dan - keputusan perbincangan berdasarkan kata sepakat adik-beradik.

(iii) Mesej yang disampaikan pengarang kepada pembaca iaitu - pembaca harus bekerjasama dalam setiap pekerjaan, - pemaufakatan akan membawa kesejahteraan, - kuasa-kuasa luar akan segan kepada negara yang mempunyai kekuatan ketenteraan yang kuat.

Set 2 Prosa Hikayat Opu Daeng Menambun

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka sampailah perang itu delapan hari. Maka banyak pula orang negeri yang masuk kepada Yang Amtuan. Maka sampai sebulan perang, menanglah orang Bugis.

Serta selesai daripada pekerjaan perang, maka dikahwinkannya Opu Daeng Perani itu oleh Yang Amtuan yang baharu digelar itu; dikahwinkannyalah dengan saudaranya yang perempuan. Maka beranak seorang perempuan dengan saudaranya Yang Amtuan Raja kedah itu.

Maka lalu dibayarnya seperti perjanjian yang lima belas bahara itu. Maka baharu dibayarnya tiga bahara ringgit, dia berkhabar bertangguhlah dahulu yang selaginya.

Maka menerima yang tiga bahara ringgit itu, dibahagi-bahagi dengan sekalian dagang yang datang dari Bugis dan dagang dari Timur wang yang tiga bahara ringgit itu. Kemudian, setelah selesailah daripada itu, maka bermohonlah balik ke Riau.

( Dipetik daripada ‘Hikayat Opu Daeng Menambun’ dalam antologi Dirgahayu

Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Buktikan kebijaksanaan Yang Amtuan menarik minat Daeng berlima bersaudara menguasai Kedah. Nyatakan dua bukti.

[2 markah]

(i) Mengapa Daeng berlima bersaudara bersetuju untuk memerangi Kedah?

[3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah cara-cara pemerintah supaya menarik minat pedagang asing datang ke negara kita untuk membuat pelaburan?

[4 markah]

56

Page 57: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Cadangan Jawapan Set 2 Prosa Hikayat Opu Daeng Menambun

(i) Bukti kebijaksanaan Yang Amtuan menarik minat Daeng Lima Bersaudara menguasai Kedah iaitu

- Yang Amtuan Baharu membuat perjanjian akan membayar lima belas bahara, - Opu Daeng Perani akan dikahwinkan dengan saudara perempuan Yang Amtuan Bahru

(i) Daeng Lima Bersaudara bersetuju memerangi Kedah kerana - Opu Daeng Perani diberi jawatan dalam pemerintahan Kedah yang baharu - Daeng Lima Bersaudara diberi upah yang tinggi iaitu lima belas bahara ringgit.

(ii) Pada pendapat saya cara-cara pemerintah supaya menarik minat pedagang asing datang ke Negara kita untuk - membuat pelaburan iaitu pertama suasana Negara harus aman dan damai daripada anasir jahat, - rakyat serta pemerintah harus bekerjasama, dan ketiga struktur geografi Negara yang baik.

Set 3 Prosa Hikayat Opu Daeng Menambun

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“ Ini ada adik saya Daeng Kemasi, belum berumah-rumah. Jikalau suka Sultan Adil memeliharakan, saya pun turut suka juga, sama-sama mencarikannya jalan yang kebajikan. Jikalau ada diberi Allah, diterimalah seperti kehendak Sultan itu.”

Kemudian pengeran serta dengan kiai yang bertujuh itu bermohon baliklah. Serta sampai lalu menghadap Sultan Adil, mengkhabarkan salam doa takzim daripada kakanda Opu Daeng Menambun, serta sembah daripada adinda Opu Daeng Kemasi akan hal seperti perintah duli Sultan itu, diikutilah beberapa syukur alhamdulillah.

Maka Sultan Adil pun sukalah. Maka tiada berapa lama antara harinya, lalu dikahwinkanlah Opu Daeng kemasi itu dengan adiknya yang perempuan yang bernama Raden Tengah itu.

Serta sampai tujuh harinya, maka digelarnyalah oleh Sultan Adil Opu Daeng kemasi itu Pengeran Mangkubumi di dalam daerah negeri Sambas.

( Dipetik daripada ‘Hikayat Opu Daeng Menambun’

Dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud ‘belum berumah-rumah’? [2 markah]

57

Page 58: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(ii) Apakah cara-cara pemerintah yang ingin meluaskan empayar pemerintahannya tanpa partumpahan darah?

[3 markah ]

(iii) Huraikan satu pengajaran daripada petikan tersebut dan satu pengajaran daripada keseluruhan prosa.

[4 markah]

Cadangan Jawapan Set 3 Hikayat Opu Daeng Menambun

(i) Maksud ‘belum berumah-rumah’ bermaksud belum beristeri atau belum berumahtangga.

(ii) Cara-cara pemerintah ingin meluaskan empayafr tanpa pertumpahan darah iaitu - menjalin persahabatan dengan kuasa-kuasa besar, - menjalin persaudaraan melalui perkahwinan, dan ketiga mempunyai kekuatan kententeraan yang mantap.

(iii) Satu pengajaran daripada petikan ialah - kita haruslah mengikut nasihat para ulama yang benar dan

satu pengajaran daripada keseluruhan prosa klasik iaitu - kita hendaklah bersatu padu antara pemerintah, ulama, dan rakyat supaya Negara aman serta

damai.

Set 1 Hikayat Siak

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dan sampailah di Kuala Johor. Maka orang Johor pun gegerlah, mengatakan, “Tuan kita sudah datang!” Dan mana suku Laksamana, semuanya datang, menghadap baginda. Maka kata orang Johor, “Jikalau betul asal tuan kami, minta tawarkan air yang masin.” Dan titah baginda, “Baiklah.” Dan lalu diambil rotan, dilingkar, dimasukkan ke dalam air. Maka baginda beryang-yang, “Jikalau betul asal dari raja Johor, hendaklah Allah Taala tawarkan air yang masin, menjadi tawarlah.” Lalu dimasukkan ke dalam lingkaran rotan itu. Maka segera diambilnya air itu. Dan, masing-masing minum air itu, sangat tawarnya, lagi sejuk rasanya. Maka segala orang Johor pun bersoraklah, “Ialah, tuanku patik, Tuanku Yang Maha Mulia ini!” Dan banyaklah yang mengikut baginda. Dan baginda pun bertitah kepada segala rakyat, “Hendaklah kamu mengatakan ‘daulat’.”

Maka baginda pun masuk ke Negeri Johor. Maka dibedil orang dari kubu Johor. Maka segala meriam pun keluar air kepada mulut meriam. Satu pun tiada berbunyi. Maka baginda pun mudik, didayungkan oleh segala rakyat, sambil bertimang, berakung, lalu ke Pangkalan Rama, di jambatan dalam. Maka baginda pun melompat naik ke atas jambatan. Baginda memegang pedang kerajaan yang bernama Sepurejab, telah terhunus dari sarungnya.

58

Page 59: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(Dipetik daripada‘Hikayat Siak’

dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud beryang-yang. . [ 2 markah ]

(ii) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan cara baginda menukarkan air masin menjadi tawar. [ 3 markah ]

(iii) Pada pandangan anda, bagaimanakah cara rakyat menunjukkan taat setia kepada pemerintah? [ 3 markah ]

Cadangan Jawapan Set 1 Hikayat Siak

(i) Maksud- membaca mantera/ memuja sesuatu

(ii) Cara- mengambil rotan, dilingkar- baginda beryang-yang- dimasukkan lingkaran rotan ke dalam air

(iii) Cara- sentiasa mematuhi arahan/ perintah- menjaga keamanan negara- bekerja keras memajukan negara- menghormati pemerintah- mematuhi peraturan dan undang-undang

Set 2 Hikayat Siak

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta, pada waktu itu Raja Bugis pun datang ke Mengkalis, Daeng Parani, dan Daeng Celak, dan Raja Tuha. Lalu ia mendapatkan baginda, kerana sudah berkenalan dengan baginda, tatkala di Bangkah Kota; baginda duduk dengan Sultan Palembang. Dan serta bertemu dengan baginda, lalu berbicara, hendak melanggar Johor. Daeng Parani pun meminta perjanjian, jikalau dapat Johor, baginda menjadi Yang Dipertuan Besar; Daeng Parani menjadi Yang Dipertuan Muda. Sudah putus muafakat , dan Daeng Parani minta hendak pergi ke Langat, dan mengambil segala Bugis yang ada di sana. Dan barang bila esok, hendak pergi menyuruh membawa surat ke Johor kepada Yang Dipertuan Johor mengatakan, paduka anakanda hendak menuntut kematian Marhum Mangkat Dijulang. Dan jikalau kota yang buruk, suruh baiki kota; yang parit tohor, suruh dalamkan.

Dan serta sampai surat itu ke Johor, maka Yang Dipertuan Johor pun mengampungkan segala orang besar-besar, muafakat, menyuruh membaiki kota, parit. Dan sudah masyhur khabar itu,

59

Page 60: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

mengatakan anak Marhum Mangkat Dijulang sudah keluarlah; segala rakyat pun datang, dibawa oleh Raja Negara Selat. Dan serta sampai, bertemu dengan Yang Dipertuan di Mengkalis, mengatakan tuan dari Johor. Dan segala Minangkabau mengatakan tuan dia, datang dari Minangkabau.

Hatta, lalu berkelahi. Maka titah baginda, “Janganlah engkau berkelahi, sama-sama bekerjalah.” Dan baginda pun menyiapkan perahu, kecil besar. Setelah sudah, sampailah ketika yang sempurna, maka baginda pun berangkat ke Johor. Dan segala rakyat Selat, dan segala yang di lahut, semuanya mengiringkan baginda.

(Dipetik daripada‘Hikayat Siak’

dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud mengampungkan segala orang besar-besar. [ 2 markah ]

(ii) Apakah perjanjian yang dibuat antara baginda dengan Daeng Parani? [ 2 markah ]

(iii) Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan? [ 4 markah ]

Cadangan Jawapan Set 2 Hikayat Siak

(i) Maksud- mengumpulkan semua pegawai

(ii) Perjanjian- Jika Johor berjaya ditawan, baginda menjadi Yang Dipertuan Besar dan Daeng Parani

menjadi Yang Dipertuan Muda

(iii) sebab

- kerja yang susah akan menjadi mudah- kerja dapat disempurnakan dalam masa yang singkat- dapat mengeratkan tali silaturahim- memupuk semangat bertolak ansur- menjamin keharmonian- wujud masyarakat yang bersatu padu- hasil yang diperoleh dapat dinikmati bersama-sama- dapat berkongsi idea

60

Page 61: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Set 3 Hikayat Siak

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syahadan, akan Yamtuan Muda pun mengamuk. Anak bininya habislah mati dibunuhnya. Tinggal seorang anaknya, perempuan. Niat hatinya, sudah habis mati anak bininya, hendak mengamuk ke dalam kota. Serta sudah ia membunuh anak isterinya, datanglah takut hatinya, lalu ia terjun, lari ke hutan kayu onak. Ia bersembunyi. Akan Yang Dipertuan Besar, “Tiada aku mahu lari, kerana besar sangat dosaku membunuh ayahanda baginda. Dan baiklah aku serahkan nyawaku, mana dengan perintah Yang Dipertuan.” Maka ia pun datang, dengan tiada berbulang dan tiada berkeris, persembahkan nyawa. Maka titah baginda kepada hulubalang baginda, “Tiada patut, orang sudah menyerahkan nyawanya kepada kita, tiada patut kita bunuh.” Dan tiada dibunuh baginda.

Maka orang pun datang membawa khabar, mengatakan Yamtuan Muda sudah membunuh anak isterinya. Maka titah baginda kepada Bendahara, “Akan sekarang bagaimana bicara ayah, mahukah mengikut bicara sahaya? Maka sembah Bendahara, “Mana titah patik junjung.” Titah Raja Kecil, “Dan kepada fikir sahaya, ayah hendak sahaya jadikan ayah kembali, jadi Bendahara.” Akan Yamtuan Muda, disuruh bunuh oleh Bendahara, sebab derhaka membunuh anak isterinya, tiada dengan izin baginda. Dan akan bonda baginda, Encik Apung, kembali ke rahmatullah taala, tiada sempat berpandangan dengan baginda.

(Dipetik daripada‘Hikayat Siak’

dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud kembali ke rahmatullah taala. . [ 2 markah ]

(ii) Mengapa baginda tidak membunuh Yang Dipertuan Besar? [ 3 markah ]

(iii) Pada pandangan anda, mengapakah pemerintah perlu bersikap adil terhadap rakyatnya? [ 3 markah ]

Cadangan Jawapan Set 3 Hikayat Siak

(i) Maksud- meninggal dunia

(ii) Sebab- Yang Dipertuan Besar telah sedar akan dosanya membunuh ayahanda baginda- Yang Dipertuan Besar telah datang menyerahkan nyawanya- Yang Dipertuan Besar datang tiada berbulang dan tiada berkeris- Yang Dipertuan Besar akan menurut perintah baginda

(iii) Sebab- supaya rakyat perpuas hati- supaya rakyat percaya akan kewibawaan ketua- menjalin hubungan erat antar pemimpin dengan rakyat- rakyat akan menyanjungi pemerintah

61

Page 62: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Set 1 Hikayat Langlang Buana

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Empat orang menteri dan empat orang hulubalang memegang senjata dan berbaju rantai berkawal di bawah mahligai tuan puteri itu. Setelah didengar oleh hulubalang suara orang tertawa di atas mahligai tuan puteri itu maka katanya, “Apalah bicara tuan hamba sekalian?” Maka kata seorang lagi, “Pada bicara hamba baiklah kita persembahkan ke bawah duli dahulu. Apalah juga titah Yang Dipertuan kita kerjakan.” Setelah sudah ia mesyuarat itu maka menteri keempat itu pun masuklah menghadap Raja Bahrum Dewa. Maka katanya kepada biduanda itu, “Pergilah persembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan katakan, pada malam tadi kami berkawal di bawah mahligai tuan puteri itu kami dengar suara laki-laki tertawa di atas mahligai tuan puteri itu, hendak disegerakan pekerjaan itu kerana belum kami persembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan.”

Setelah demikian kata menteri itu maka biduanda pun pergilah menghadap Raja Bahrum Dewa itu serta dipersembahkannyalah perkataan segala menteri yang berkawal di bawah mahligai itu. Setelah didengar oleh baginda akan sembah biduanda itu maka Raja Bahrum Dewa pun terlalu marahnya, api bernyala-nyala merah padam muka baginda itu seperti bunga raya yang baharu kembang rupanya. Serta baginda bertitah kepada empat puluh hulubalang dan rakyat sekalian, “Pergilah kamu lihat anak celaka itu memberi malu kita.” Setelah itu maka pada malam itu juga hulubalang dan rakyat dititahkan oleh Raja Bahrum Dewa mengepung laki-laki di atas mahligai Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi itu.

(Dipetik daripada‘Hikayat Langlang Buana’

dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud hendak disegerakan pekerjaan itu. [ 2 markah ]

(ii) Nyatakan reaksi Raja Bahrum Dewa apabila mengetahui bahawa ada suara lelaki ketawadi atas mahligai Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. [ 3 markah ]

(iii) Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk mengawal perasaan marah? [ 3 markah ]

Cadangan Jawapan Set 1 Hikayat Langlang Buana

(ii) Maksud- mahu/ingin dipercepat perkara/urusan itu

62

Page 63: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(iii) reaksi Raja Bahrum Dewa- terlalu marah- menitahkan 40 hulubalang dan rakyat melihat tuan puteri- menitahkan hulubalang dan rakyat mengepung laki-laki di atas mahligai tuan puteri

(iv) Cara- bertenang- berdoa/bersembahyang- berfikir sebelum bertindak- meminta nasihat/pandangan orang lain- menyiasat perkara yang sebenar

Set 2 Hikayat Langlang Buana

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syahadan dengan tempik soraknya maka dian pelita pun dipasang oranglah seperti siang hari rupanya. Setelah dilihat oleh segala dayang-dayang tuan puteri itu orang banyak datang maka ia pun terkejutlah. Lalu datang menyembah kepada Raja Indera Bumaya, “Ya tuanku, orang banyak datang mengepung kita.” Sekaliannya pun menangis dan menampar-nampar dadanya. Maka kata inangda, “Wahai tuan puteri, apalah jadinya kita ini? Sekarang orang mengepung sudah banyak.” Setelah didengar oleh Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dan Raja Indera Bumaya sembah segala dayang-dayang itu maka ia pun tersenyum seraya berpantun, demikian bunyinya:

Rumbia banyak di tanjung,Puan di mana sahaya dihempaskan;

Meski seribu orang mengepung,Tuan tidak abang lepaskan.

Maka Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi pun seraya turun dari atas pangkuan Raja Indera Bumaya maka dipegang oleh baginda tangan tuan puteri seraya katanya, “Hai tuan puteri, hendak ke mana tuan pergi? Tiadakah tuan mahu melihat kematian kakanda ini? Adinda nyawa kakanda, dengar juga kata kakanda. Sudah mati kelak baharu tuan kembali pada ayahanda bonda tuan.” Maka tuan puteri pun terkenangkan kasih sayang Raja Indera Bumaya itu. Maka tuan puteri pun makin sangat menangis. Di dalam hatinya, “Sungguhlah juga mati Raja Indera Bumaya ini. Aku pun tiada mahu hidup lagi.”

(Dipetik daripada‘Hikayat Langlang Buana’

dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud seperti siang hari rupanya . [ 2 markah ]

(ii) Nyatakan reaksi dayang-dayang apabila melihat mahligai Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi telah dikepung. [ 3 markah ]

63

Page 64: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(iii) Pada pandangan anda, mengapakah Raja Indera Bumaya tidak wajar berada di Mahligai Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.Berikan ulasan anda.

[ 3 markah ]

Cadangan Jawapan Set 2 Hikayat Langlang Buana

(i) Maksud- terang-benderang

(ii) Reaksi dayang-dayang- terkejut- menangis- menampar-nampar dadanya

(iii) Tidak wajar kerana- mereka bukan suami isteri- menyalahi hukum agama/ nilai moral- melanggar undang-undang Negara- akan dipandang serong oleh masyarakat- akan menimbulkan fitnah- mencemarkan imej/ maruah keluarga- menimbulkan kemarahan keluarga

Set 3 Hikayat Langlang Buana

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah hari malam maka bayan itu pun dikeluarkan dari dalam sangkarnya itu. Maka ia pun datang ke hadapan tuan puteri. Maka Dang Siti Mengerna pun berdatang sembah kepada tuan puteri, “Ya tuanku tuan puteri, lihatlah bayan ini jinak kepada tuan puteri.” Maka sahut bayan itu, “Hai Dang Siti Mengerna, di manakah tiada jinak kerana beta beroleh tuan yang baik parasnya.” Maka dayang-dayang pun sekalian ramai-ramai tertawa mendengar kata bayan itu. Maka kata bayan, “Ya tuanku puteri, hampirlah tuan beta itu akan datang menghadap tuan.” Maka kata tuan puteri, “Manakah kala tuanmu itu akan datang ke mari?” Maka sahut bayan itu, “Pada bulan ini dan ketika ini juga tuan patik akan datang ke mari.” Setelah tuan puteri mendengar kata bayan itu maka terlalu sukacita hendak melihat Raja Indera Bumaya itu. Setelah ketika itu maka bayan itu pun menjadi nuri datang ke atas ribaan tuan puteri itu seraya berpantun, demikian bunyinya;

Pergi ke padang membakar puan,64

Page 65: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Ikat timba bertali-tali;Datang dagang menghadap tuan,

Minta perhamba sekali-kali.

Setelah Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi mendengar serta dayang-dayang dan inang pengasuh melihat nuri itu berpantun, maka asuh sekalian itu pun hairanlah di dalam hatinya. Maka kata tuan puteri di dalam hati, “Bijaksana sekali Raja Indera Bumaya itu.”

(Dipetik daripada‘Hikayat Langlang Buana’

dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud baik parasnya . [ 2 markah ]

(ii) Nyatakan keistimewaan yang dimiliki oleh bayan. [ 3 markah ]

(iii) Pada pandangan anda, mengapakah Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi hendakberjumpa dengan Raja Indera Bumaya? [ 3 markah ]

Cadangan Jawapan Set 3 Hikayat Langlang Buana

(i) Maksud- cantik wajahnya

(ii) Keistimewaan- jinak- pandai berkata-kata- boleh bertukar menjadi nuri- boleh berpantun

(iii) Sebab- untuk melihat kehebatannya- untuk menyaksikan ketampanannya- untuk mengetahui kebijaksanaannya- ingin dijadikan sahabat- ingin dijadikan suami

PUISI TRADISIONAL

65

Page 66: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Set 1 Gurindam Tonggak Dua Belas

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Gurindam Tonggak Dua Belas

Hendak pandai menghargai masa,Jangan dinanti esok lusa.

Ketekunan akan membawa kejayaan,Kegigihan bekerja dengan keupayaan.

Wajah ceria keseronokan bekerja,Usah berduka bermuram durja.

Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan,Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.

Ketinggian peribadi jadi amalan,Ketelusan hati jadi bekalan.

Kekuatan sifat baik hati,Bertimbang rasa dan bersimpati.

Pengaruh kepimpinan melalui teladan,Baik buruk jadikan sempadan.

Menjadi kewajipan menjalan tugas,Walaupun sederhana tetapi tegas.

Kebijaksanaan berhemat perlu diutama,Tidak membazir teliti saksama.

Keutamaan kesabaran fikiran tenang,Perkara susah menjadi senang.

Peningkatan bakat diberi sokongan,Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.

Nikmat mencipta budaya kreatif,Kembangkan bakat semoga aktif.

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010

(i) Apakah saranan penulis dalam rangkap keempat gurindam ini? [2 markah]

(ii) Pada pandangan anda, apakah faedah yang akan diperolehi jika kita tekun bekerja?

[3 markah](iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam ini.

[4 markah]

Cadangan Jawapan Set 1 Gurindam Tonggak Dua Belas

(i) Saranan penulis dalam rangkap keempat

- hidup dalam kesederhanaan- bertindak dengan menggunakan akal yang bijaksana

(ii) Faedah jika tekun bekerja- dapat menyiapkan kerja dalam masa yang singkat- hasil kerja berkualiti/bermutu- disukai oleh orang lain/majikan

66

Page 67: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(iii) Persoalan- kepentingan menggunakan masa dengan sebaik-baiknya- Kegigihan/ ketekunan dalam melakukan sesuatu pekerjaan- kepentingan kesederhanaan dalam kehidupan- kepentingan budaya kepimpinan melalui teladan

Set 2 Gurindam Tonggak Dua Belas

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Gurindam Tonggak Dua Belas

Hendak pandai menghargai masa,Jangan dinanti esok lusa.

Ketekunan akan membawa kejayaan,Kegigihan bekerja dengan keupayaan.

Wajah ceria keseronokan bekerja,Usah berduka bermuram durja.

Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan,Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.

Ketinggian peribadi jadi amalan,Ketelusan hati jadi bekalan.

Kekuatan sifat baik hati,Bertimbang rasa dan bersimpati.

Pengaruh kepimpinan melalui teladan,Baik buruk jadikan sempadan.

Menjadi kewajipan menjalan tugas,Walaupun sederhana tetapi tegas.

Kebijaksanaan berhemat perlu diutama,Tidak membazir teliti saksama.

Keutamaan kesabaran fikiran tenang,Perkara susah menjadi senang.

Peningkatan bakat diberi sokongan,Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.

Nikmat mencipta budaya kreatif,Kembangkan bakat semoga aktif.

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010

(i) Nyatakan sikap yang perlu diamalkan oleh ketua seperti yang diterangkan dalam syair tersebut. [2 markah]

(ii) Rangkap ketiga gurindam menerangkan keceriaan sewaktu bekerja. Pada Pendapat anda, mengapakah kita perlu ceria sewaktu bekerja?

[3 markah]

(iii) Huraikan dua pengajaran yang boleh diambil daripada gurindam tersebut.

[4 markah]

Cadangan Jawapan Set 2 Gurindam Dua Belas

(i) Sikap yang perlu diamalkan oleh ketua

67

Page 68: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

- menunjukkan contoh diri yang baik kepada orang bawahan- tindakan bersederhana tetapi tegas- bijaksana dalam melakukan sesuatu tindakan

(ii) Sebab kita perlu ceria semasa bekerja

- menimbulkan suasana yang baik semasa bekerja- dapat menghilangkan tekanan semasa bekerja- mengelakkan rasa penat bekerja- mengeratkan hubungan dalam kalangan rakan sekerja

(iii) Pengajaran

- Kita hendaklah menggunakan masa dengan sebaik-baiknya- Kita hendaklah tekun dalam melakukan sesuatu pekerjaan agar hasilnya memuaskan- Kita hendaklah bijaksana dalam melakukan sesuatu pekerjaan agar tindakan kita rasional

Set 3 Gurindam Tonggak Dua Belas

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Gurindam Tonggak Dua Belas

Hendak pandai menghargai masa,Jangan dinanti esok lusa.

Ketekunan akan membawa kejayaan,Kegigihan bekerja dengan keupayaan.

Wajah ceria keseronokan bekerja,Usah berduka bermuram durja.

Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan,Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.

Ketinggian peribadi jadi amalan,Ketelusan hati jadi bekalan.

Kekuatan sifat baik hati,Bertimbang rasa dan bersimpati.

Pengaruh kepimpinan melalui teladan,Baik buruk jadikan sempadan.

Menjadi kewajipan menjalan tugas,Walaupun sederhana tetapi tegas.

Kebijaksanaan berhemat perlu diutama,Tidak membazir teliti saksama.

Keutamaan kesabaran fikiran tenang,Perkara susah menjadi senang.

Peningkatan bakat diberi sokongan,Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.

Nikmat mencipta budaya kreatif,Kembangkan bakat semoga aktif.

Antalogi Digarhayu BahasakuDewan Bahasa dan Pustaka2010

(i) Mengapakah kita perlu mengutamakan sifat sabar seperti yang dinyatakan dalam gurindam tersebut?

[2 markah]

68

Page 69: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(ii) Rangkap kesebelas gurindam menunjukkan pentingnya memberi sokongan kepada orang yang berbakat. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu memberi sokongan kepada orang yang berbakat?

[3 markah]

(iii) Huraikan nilai yang terdapat dalam gurindam tersebut. [4 markah]

Cadangan Jawapan Set 3 Gurindam Tonggak Dua Belas

(i) Sebab kita perlu mengutamakan sifat sabar

- fikiran menjadi tenang- perkara yang susah dapat diselesaikan dengan mudah

(ii) Sebab kita perlu member sokongan kepada orang yang berbakat

- sebagai penghargaan atas bakat yang mereka ada- memberi lebih semangat agar dapat dikembangkan lagi bakatnya- bakat yang ada boleh dimanfaat oleh orang lain

(iii) Nilai

- menghargai masa – perlu menggunakan masa dengan sebaik mungkin agar memberi manfaat- ketekunan – ketekunan dalam kerja agar tidak melakukan kesilapan- kegigihan – gigih dalam menjalankan tugas dengan sedaya upaya

Set 1 Pantun Lapan Kerat

Buat bangsal di tengah hutan, Tebaslah hutan buat halaman, DI tepi halaman menanam kubis, Diselang dengan pokok papaya;BIarlah bersabar dengan perlahan, Itulah tanda tuan beriman, Tidak patah digoncang iblis, Akhirnya tuan menang berjaya.

Ikan teluk parang-parang, Anak ketam disangka lelabi, Berburu musim tengkujuh, Dapat buruan dibelah-belah;Bukan makhluk sebarang-barang, Cucu Adam sepaian nabi, Turun dari langit ketujuh, Jadi khalifah kepada Allah.

69

Page 70: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Lengkang-lengkung apa dipaku, Paku jatuh patah dua, Menjadi riuh orang di darat, Anak Cik Itam jatuh jalar; Bumi kandungan nenek moyangku, Kerana lalai rosak binasa, Kebudayaan Timur dinodai Barat, Bahasa ibunda hina terbiar.

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010

(i) Apakah akibat sikap lalai seperti yang dinyatakan dalam pantun di atas? [2 markah]

(ii) Sebagai khalifah Allah, manusia pasti akan menghadapi pelbagai masalah dalam membimbing manusia ke jalan benar. Jelaskan masalah-masalah yang mungkin dihadapi.

[3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam pantun di atas.

[4 markah]

Set 2 Pantun Lapan Kerat

Buat bangsal di tengah hutan, Tebaslah hutan buat halaman, DI tepi halaman menanam kubis, Diselang dengan pokok papaya;BIarlah bersabar dengan perlahan, Itulah tanda tuan beriman, Tidak patah digoncang iblis, Akhirnya tuan menang berjaya.

Ikan teluk parang-parang, Anak ketam disangka lelabi, Berburu musim tengkujuh, Dapat buruan dibelah-belah;Bukan makhluk sebarang-barang, Cucu Adam sepaian nabi, Turun dari langit ketujuh, Jadi khalifah kepada Allah. Lengkang-lengkung apa dipaku, Paku jatuh patah dua, Menjadi riuh orang di darat, Anak Cik Itam jatuh jalar;

70

Page 71: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Bumi kandungan nenek moyangku, Kerana lalai rosak binasa, Kebudayaan Timur dinodai Barat, Bahasa ibunda hina terbiar.

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010

(i) Terangkan kebaikan-kebaikan yang kita perolehi jika kita mengamalkan sifat sabar seperti yang ditonjolkan dalam pantun di atas.

[2 markah]

(ii) Rangkap kedua pantun menyatakan bahawa manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.Pada pandangan anda, apakah yang harus kita lakukan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini?

[3 markah](iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam pantun di atas.

[4 markah]

Set 3 Pantun Lapan Kerat

Buat bangsal di tengah hutan, Tebaslah hutan buat halaman, DI tepi halaman menanam kubis, Diselang dengan pokok papaya;BIarlah bersabar dengan perlahan, Itulah tanda tuan beriman, Tidak patah digoncang iblis, Akhirnya tuan menang berjaya.

Ikan teluk parang-parang, Anak ketam disangka lelabi, Berburu musim tengkujuh, Dapat buruan dibelah-belah;

Bukan makhluk sebarang-barang, Cucu Adam sepaian nabi, Turun dari langit ketujuh, Jadi khalifah kepada Allah. Lengkang-lengkung apa dipaku, Paku jatuh patah dua, Menjadi riuh orang di darat, Anak Cik Itam jatuh jalar;

Bumi kandungan nenek moyangku, Kerana lalai rosak binasa, Kebudayaan Timur dinodai Barat, Bahasa ibunda hina terbiar.

71

Page 72: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010

(i) Berdasarkan pantun, apakah sikap yang boleh menyebabkan negara kita musnah? [2 markah]

(ii) Rangkap ketiga pantun di atas memaparkan kebudayaan dan bahasa kita telah tercemar. Pada pandangan anda, bagaimanakah caranya kita menjaga kebudayaan dan bahasa kita agar tidak tercemar?

[3 markah](iii) Huraikan tema pantun ini.

[4 markah]

Set 1 Seloka Si Luncai

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Seloka Si Luncai

Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan…Ada rumah tidak dijaga,Ada anak tidak dilatih,Ada ternakan tidak dibela,Ada kebun tidak ditanam,Ada cerdik tidak selidik,Ada belajar kepalang ajar, Ada mengaji tidak mengkaji,Ada mata tiada kuasa,Ada kuat tiada buat,

72

Page 73: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Biarkan, biarkan…!Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010

(i) Berikan maksud ada kuat tiada buat. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah keburukan jika kita tidak menuntut ilmu dengan sempurna? [3 markah]

(iii) Huraikan dua pengajaran seloka ini. [4 markah]

Cadangan Jawapan Set 1 Seloka Si Luncai

(i) Maksud frasa- mempunyai tenaga tetapi tidak menggunakan dengan baik

(ii) Keburukan jika tidak menuntut ilmu dengan sempurna

- tidak dapat menguasai ilmu tersebut dengan sepenuhnya- mudah ditipu oleh orang lain- membazirkan masa kerana ilmu yang dipelajari separuh jalan - tidak dapat menggunakan/mengaplikasikan ilmu sebaik-baiknya

(iii) Pengajaran- Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga agar kebajikan keluarga terjaga- Kita hendaklah menggunakan akal dengan sebaik-baiknya agar member manfaat- Kita/Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak agar menjadi manusia yang sempurna

Set 2 Seloka Si Luncai

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Seloka Si Luncai

Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan…Ada rumah tidak dijaga,Ada anak tidak dilatih,Ada ternakan tidak dibela,Ada kebun tidak ditanam,Ada cerdik tidak selidik,Ada belajar kepalang ajar,

73

Page 74: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Ada mengaji tidak mengkaji,Ada mata tiada kuasa,Ada kuat tiada buat,Biarkan, biarkan…!Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010

(i) Nyatakan contoh-contoh Si Luncai mengabaikan keluarganya. [2 markah]

(ii) Seloka ini menyindir sikap Si Luncai yang tidak serius dalam kehidupannya dan sikap seperti ini memang terdapat dalam kalangan masyarakat kita. Bagaimanakah caranya kita dapat membantu orang yang bersikap demikian agar lebih serius dalam kehidupan?

[3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam seloka tersebut. [4 markah]

Cadangan Jawapan Set 2 Seloka Si Luncai

(i) Contoh-contoh Si Luncai mengabaikan keluarganya- tidak menjaga /menguruskan rumahnya- tidak mendidik anaknya dengan baik

(ii) Cara membantu- memberikan nasihat agar mereka lebih serius dalam sesuatu perkara- memberikan tunjuk ajar/latihan kepada mereka dalam melakukan sesuatu perkara- sentiasa memantau atas setiap perkara yang dilakukan

(iii) Persoalan- Pengabaian tanggungjawab terhadap keluarga- sikap malas yang harus dihapuskan

Set 3 Seloka Si Luncai

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Seloka Si Luncai

74

Page 75: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan…Ada rumah tidak dijaga,Ada anak tidak dilatih,Ada ternakan tidak dibela,Ada kebun tidak ditanam,Ada cerdik tidak selidik,Ada belajar kepalang ajar, Ada mengaji tidak mengkaji,Ada mata tiada kuasa,Ada kuat tiada buat,Biarkan, biarkan…!Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010

(i) Nyatakan sikap-sikap negatif Si Luncai seperti yang terdapat dalam seloka tersebut. [2 markah]

(ii) Seloka ini menegur orang yang berilmu tetapi tidak digunakan dengan sewajarnya. Pada pandangan anda, apakah yang wajar dilakukan oleh seseorang dalam menimba ilmu?

[3 markah]

(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam seloka ini. [4 markah]

Cadangan Jawapan Set 3 Seloka Si Luncai

(i) Sikap-sikap negatif Si Luncai- tidak menjaga rumahnya- tidak mendidik anaknya- tidak menjaga ternakannya- tidak menjaga kebunnya- tidak menggunakan akal dengan baik- tidak menggunakan tenaga yang ada dengan sebaik-baiknya

(ii) Perkara yang wajar dilakukan dalam menimba ilmu- menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh- Sering bertanya sekiranya tidak tahu- Banyakkan membaca

(iii) Nilai- bertanggungjawab – menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat- kegigihan - kegigihan dalam melakukan sesuatu pekerja agar member hasil yang baik- kasih sayang - menjaga/mendidik anak dengan sempurna

75

Page 76: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Set 1 Syair Makna Riak

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syair Makna Riak

Kemudian dinyatakan makna riak, Amal ibadat kerana manusia,Inilah kebencian Tuhan yang sedaya,Sebab kerana syirikkan Dia.

Terkadang riak pula dilakukan,Mengiringkan beberapa puasa tak makan,Bertutur itu suara diperlahankan,Tubuh dan badan tidak dihiraukan.

Supaya disangka ianya wali,Akan dunia tidak peduli,Hemahnya itu sangatlah ali,Tetapi hatinya ke dunia bertali.

Terkadang riakkan ia berilmu,Bersurah ketika orang berjamu,Berkata-kata tidaklah jemu,

Nahu dan sarap habis diramu.

Terkadang bercakap ilmunya mantik,Bicara alhayat konon diselidik,Supaya disangka ianya cerdik, Sukalah orang memberinya gundik.

Terkadang riak dengan pakaian,Berserban lilit ekor berhambayan,Sejadah di bahu bersampaian,Tasbih di tangan beruitan.

Pejamkan mata duduk bersila,Lidah berzikir Allah Taala,Terkadang jazbah seperti gila,Kasadnya hendak jadi kepala.

Riak demikian menjadi balak,Amal itu tentu ditolak,Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak,Allah Taala sualak.

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010

(i) Apakah maksudBerkata-kata tidaklah jemu,Nahu dan sarap habis diramu.

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda bagaimanakah cara kita mengelakkan diri daripada bersifat riak? [3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam syair tersebut. [4 markah]

Cadangan Jawapan Set 1 Syair Makna Riak

76

Page 77: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(i) Orang yang suka bercakap dengan bahasa yang betul, baik dan bersopan

(ii) Cara mengelakkan diri daripada sifat riak

- sentiasa bersyukur dengan nikmat tuhan- sentiasa muhasabah diri/ menilai kelemahan diri- meminta pandangan orang lain terhadap kekurangan diri- berbuat sesuatu kerana Allah bukan kerana sebab lain

(iii) Persoalan

- keikhlasan dalam membantu orang lain- sikap sederhana dalam kehidupan- ketulusan hati dalam mengerjakan tuntutan agama

Set 2 Syair Makna Riak

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syair Makna Riak

Kemudian dinyatakan makna riak, Amal ibadat kerana manusia,Inilah kebencian Tuhan yang sedaya,Sebab kerana syirikkan Dia.

Terkadang riak pula dilakukan,Mengiringkan beberapa puasa tak makan,Bertutur itu suara diperlahankan,Tubuh dan badan tidak dihiraukan.

Supaya disangka ianya wali,Akan dunia tidak peduli,Hemahnya itu sangatlah ali,Tetapi hatinya ke dunia bertali.

Terkadang riakkan ia berilmu,Bersurah ketika orang berjamu,Berkata-kata tidaklah jemu,Nahu dan sarap habis diramu.

Terkadang bercakap ilmunya mantik,Bicara alhayat konon diselidik,Supaya disangka ianya cerdik, Sukalah orang memberinya gundik.

Terkadang riak dengan pakaian,Berserban lilit ekor berhambayan,Sejadah di bahu bersampaian,Tasbih di tangan beruitan.

Pejamkan mata duduk bersila,Lidah berzikir Allah Taala,Terkadang jazbah seperti gila,Kasadnya hendak jadi kepala.

Riak demikian menjadi balak,Amal itu tentu ditolak,Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak,Allah Taala sualak.

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010

(i) Nyatakan sikap riak yang harus dijauhi seperti yang terdapat dalam rangkap kedua syair. [2 markah]

(ii) Rangkap pertama syair menerangkan sikap seseorang yang riak menunjukkan amal ibadat yang dilakukan. Pada pandangan anda, mengapakah kita dilarang menunjuk-nunjukkan amal ibadat yang telah dilakukan kepada manusia?

[3 markah]

(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam syair tersebut. [4 markah]

77

Page 78: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Cadangan Jawapan Set 2 Syair Makna Riak

(i) Sikap riak yang patut dijauhi dalam rangkap kedua

- berpuasa untuk menunjukkan kepada orang lain- tidak menjaga penampilan diri ketika berpuasa

(ii) Kita dilarang menunjukkan amal ibadat

- supaya tidak menimbulkan kebencian orang lain- perkara ini tidak disukai Allah- mengelakkan wujudnya pertelingkahan dalam masyarakat- supaya kita ikhlas beramal ibadat

(iii) Dua pengajaran- kita hendaklah ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara- Kita hendak sentiasa bersederhana dalam setiap perkara yang dilakukan- Kita hendaklah sentiasa merendah diri walaupun sudah berilmu- Kita hendaklah berwaspada dalam setiap tindakan kita agar tidak mendapat malu nanti

Set 3 Syair Makna Riak

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syair Makna Riak

Kemudian dinyatakan makna riak, Amal ibadat kerana manusia,Inilah kebencian Tuhan yang sedaya,Sebab kerana syirikkan Dia.

Terkadang riak pula dilakukan,Mengiringkan beberapa puasa tak makan,Bertutur itu suara diperlahankan,Tubuh dan badan tidak dihiraukan.

Supaya disangka ianya wali,Akan dunia tidak peduli,Hemahnya itu sangatlah ali,Tetapi hatinya ke dunia bertali.

Terkadang riakkan ia berilmu,Bersurah ketika orang berjamu,Berkata-kata tidaklah jemu,Nahu dan sarap habis diramu.

Terkadang bercakap ilmunya mantik,Bicara alhayat konon diselidik,Supaya disangka ianya cerdik, Sukalah orang memberinya gundik.

Terkadang riak dengan pakaian,Berserban lilit ekor berhambayan,Sejadah di bahu bersampaian,Tasbih di tangan beruitan.

Pejamkan mata duduk bersila,Lidah berzikir Allah Taala,Terkadang jazbah seperti gila,Kasadnya hendak jadi kepala.

78

Page 79: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Riak demikian menjadi balak,Amal itu tentu ditolak,Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak,Allah Taala sualak.

Antologi Digarhayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka2010

79

Page 80: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(i) Apakah maksudTerkadang riakkan ia berilmu,Bersurah ketika orang berjamu,

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah keburukan-keburukan sifat riak seperti dalam syair di atas?

[3 markah]

(iii) Jelaskan maksud rangkap ketiga syair tersebut. [4 markah]

Cadangan Jawapan Set 3 Syair Makna Riak

(i) Riak ada kalanya dalam majlis ilmu atau ketika orang sedang makan.

(ii) Keburukan sifat riak- dibenci tuhan- akan mendapat malu/bala- amalnya tidak diterima Allah

(iii) Maksud rangkap ketiga- orang yang riak mahu orang lain menganggap dirinya wali- tidak mempedulikan hal-hal dunia- memperlihatkan diri sebagai orang yang alim- niat dan tindak tanduk lebih kepada duniawi

Set 1 Syair Pemberontakan Patani

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Laksamana dititahkan Betara,Ke negeri Patani berjalan segera,Mendapatkan cogan Raja Senggora,Akan menerima hukum dan dera.

Barang yang hendak dihukumkan,Sekalian tidak boleh disalahkan,Kesalahan pinta dimaafkan,Pegawai yang dipegang itu dipohonkan.

Setelah demikian titah Betara,Laksamana tiada berani dura,Kerana negeri hendak dipelihara,Kelak menjadi huru-hara.

Bonda Duli Mahkota Indera,Pada Laksamana emak saudara,Sakit terlantar hampir bermara,Meninggalkan dia tiada terkira.

Daripada kerja terlalu berat,Ke atas negeri hendak mudarat,Jadilah dititahkan duli hadirat,Bimbang dan masyghul disuruh kerat.

Tiadalah lagi terkata-kata,Sudah dengan titah Sang Nata,Diputuslah hati yang bercinta,Kepada Allah diserah semata.

80

Page 81: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Niat Laksamana yang pegari,Daulat baginda barang berdiri,Jika selamat sentosa negeri,Biarlah susah di atas diri.

Berjalan ia berhati hampa,Bonda yang sakit tiada dilupa,Kerana sakit berat menimpa,Yakin hatinya tiada berjumpa.

Daripada sudah demikian peri,Keberatan tertanggung di atas diri,Yang sakit itu seorang diri,Bala yang datang meliputi negeri.

Jadilah dititahkan Seri Betara,Tiadalah lagi terkira-kira,Berjalanlah pergi bersegera-segera,Mendapat cogan Raja Senggora.

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010

(i) Berdasarkan rangkap keenam syair, apakah reaksi Laksamana setelah mendengar titah Betara?

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah akibatnya jika Laksamana gagal memerangi musuh?

[3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam syair tersebut. [4 markah]

Cadangan Jawapan Set 1 Puisi Syair Pemberontakan Patani

(i) Reaksi Laksamana- tidak berkata-kata/memendam perasaan- berserah kepada Allah

(ii) Akibatnya- kekacauan di Patani berterusan/tidak aman- Laksamana dilucutkan jawatannya oleh Betara- Rampasan kuasa berlaku di Patani

(iii) Persoalan- taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada pemerintah/raja- tanggungjawab menjaga keamanan negara- kasih sayang yang kukuh dalam keluarga

Set 2 Syair Pemberontakan Patani

Laksamana dititahkan Betara,Ke negeri Patani berjalan segera,Mendapatkan cogan Raja Senggora,Akan menerima hukum dan dera.

Barang yang hendak dihukumkan,Sekalian tidak boleh disalahkan,Kesalahan pinta dimaafkan,Pegawai yang dipegang itu dipohonkan.

81

Page 82: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Setelah demikian titah Betara,Laksamana tiada berani dura,Kerana negeri hendak dipelihara,Kelak menjadi huru-hara.

Bonda Duli Mahkota Indera,Pada Laksamana emak saudara,Sakit terlantar hampir bermara,Meninggalkan dia tiada terkira.

Daripada kerja terlalu berat,Ke atas negeri hendak mudarat,Jadilah dititahkan duli hadirat,Bimbang dan masyghul disuruh kerat.

Tiadalah lagi terkata-kata,Sudah dengan titah Sang Nata,Diputuslah hati yang bercinta,Kepada Allah diserah semata.

Niat Laksamana yang pegari,Daulat baginda barang berdiri,Jika selamat sentosa negeri,Biarlah susah di atas diri.

Berjalan ia berhati hampa,Bonda yang sakit tiada dilupa,Kerana sakit berat menimpa,Yakin hatinya tiada berjumpa.

Daripada sudah demikian peri,Keberatan tertanggung di atas diri,Yang sakit itu seorang diri,Bala yang datang meliputi negeri.

Jadilah dititahkan Seri Betara,Tiadalah lagi terkira-kira,Berjalanlah pergi bersegera-segera,Mendapat cogan Raja Senggora.

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010

(i) Jelaskan masalah yang dihadapi oleh Laksamana dalam syair ini. [2 markah]

(ii) Jika anda Laksamana, adakah anda akan menurut titah Betara? Berikan sebab-sebabnya.

[3 markah]

(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam syair di atas. [4 markah]

Cadangan Jawapan Set 2 Syair Pemberontakan Patani

(i) Masalah yang dihadapi Laksamana- perlu pergi ke Patani untuk mendapatkan cogan Raja Senggora- ibu saudaranya sedang sakit tenat

(ii) Jika saya Laksamana, saya akan menurut titah Betara. Sebabnya- perlu taat kepada ketua (Betara)- Keselamatan negeri lebih penting- ada orang yang akan menjaga ibu saudara

(iii) Pengajaran- Kita hendaklah bertanggungjawab ke atas setiap perkara yang dilakukan- Kita hendaklah menjalankan perintah ketua dengan seikhlas hati- Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dengan sepenuh hati- Kita hendaklah mengutamakan kepentingan ramai berbanding kepentingan diri

sendiri

82

Page 83: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Set 3 Syair Pemberontakan Patani

Syair Pemberontakan Patani

Laksamana dititahkan Betara,Ke negeri Patani berjalan segera,Mendapatkan cogan Raja Senggora,Akan menerima hukum dan dera.

Barang yang hendak dihukumkan,Sekalian tidak boleh disalahkan,Kesalahan pinta dimaafkan,Pegawai yang dipegang itu dipohonkan.

Setelah demikian titah Betara,Laksamana tiada berani dura,Kerana negeri hendak dipelihara,Kelak menjadi huru-hara.

Bonda Duli Mahkota Indera,Pada Laksamana emak saudara,Sakit terlantar hampir bermara,Meninggalkan dia tiada terkira.

Daripada kerja terlalu berat,Ke atas negeri hendak mudarat,Jadilah dititahkan duli hadirat,Bimbang dan masyghul disuruh kerat.

Tiadalah lagi terkata-kata,Sudah dengan titah Sang Nata,Diputuslah hati yang bercinta,Kepada Allah diserah semata.

Niat Laksamana yang pegari,Daulat baginda barang berdiri,Jika selamat sentosa negeri,Biarlah susah di atas diri.

Berjalan ia berhati hampa,Bonda yang sakit tiada dilupa,Kerana sakit berat menimpa,Yakin hatinya tiada berjumpa.

Daripada sudah demikian peri,Keberatan tertanggung di atas diri,Yang sakit itu seorang diri,Bala yang datang meliputi negeri.

Jadilah dititahkan Seri Betara,Tiadalah lagi terkira-kira,Berjalanlah pergi bersegera-segera,Mendapat cogan Raja Senggora.

83

Page 84: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010

(i) Apakah tujuan Laksamana dititahkan oleh Betara ke Patani? [2 markah]

(ii) Rangkap keenam syair menunjukkan Laksamana menyerahkan takdir hidupnya kepada tuhan. Pada pendapat anda, mengapakah Laksamana menyerahkan takdir hidupnya kepada tuhan?

[3 markah]

(iii) Huraikan nilai yang terdapat dalam syair tersebut. [4 markah]

Cadangan Jawapan Set 3 Syair Pemberontakan Patani

(i) Tujuan Laksamana dititah ke Patani- mendapatkan cogan Raja Senggora- menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh pegawai dengan memohon maaf

daripada Raja Senggora

(ii) Sebab Laksamana menyerahkan takdir hidup kepada tuhan

- dia perlu menurut perintah raja- dia perlu mengutamakan keselamatan negeri berbanding kepentingan diri- dia perlu percaya kepada takdir tuhan

(iii) Nilai

- bertanggungjawab Contoh:

Laksamana menjalankan tanggungjawa yang diarahkan dengan seikhlas hati

- kasih sayang Contoh:

Laksamana berat hati meninggalkan ibu saudaranya yang sakit

- ketakwaan Contoh :

Laksamana menyerahkan nasibnya kepada Allah

84

Page 85: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

PUISI MODEN

Set 1 Sajak Arkitek Kota

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

ARKITEK KOTA

Muhammad Haji Salleh

Hanya seniman peka,yang faham akan jiwa laut, kenal lambung gelombangnya, Alur sungai serta diam batu, perasaan musim,fiil langit dan sabar bumi berhak membina kota.

kerana arkitek matang itu anak di taman, perenung di perpustakaan,orang muda pulang bertandang di lorong malam, pemunggah barang pasar di subuh hari, pengadil di bangku bijaksana,dan datuk bandar yang bangga.

dia harus sayangkan lagu burung, pemancing di teduh pohon, pemerhati tasik,pengawas bintang,dan bunga menjalar di beranda.

pencipta kota ialahpendekar muda dengan langkah berbagai-bagai, kelakar tua yang mengampungkan cerita orang bercinta yang perlukan bulan.

dia pengukir ruang hidup, penghias suasana sempurna, membenarkan penemuan, memungkinkan kemungkinan.

Dari Seberang Diri.

(i) Siapakah yang berhak membina kota ?[ 2 markah ]

(ii) Pada pendapat anda apakah ciri seorang perancang bandar yang berjaya.[ 3 markah ]

(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.[ 4 markah ]

Cadangan Jawapan Set 1 Sajak Arkitek Kota

(i) Orang yang berhak membina kota ialah :

Catatan : Soalan konteks/ bertumpu

Seniman peka yang faham akan jiwa laut Semiman peka yang kenal lambung gelombang laut Seniman peka yang kenal alur sungai Seniman peka yang kenal diam batu Seniman peka yang kenal perasaan musim Seniman peka yang faham akan fiil langit Seniman peka yang kenal akan sabar bumi

85

Page 86: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(ii) Ciri seorang perancang bandar yang berjaya ialah :

Catatan : Soalan Kemahiran Berfikir (KBKK)

Berilmu pengetahuan profesional. Berpengalaman luas dalam bidang tersebut. Mempunyai kerajinan/ daya usaha yang tinggi Tidak merosakkan ekosistem alam semula jadi / mesra alam Berfikiran kreatif dan inovatif Mempunyai kemahiran interpersonal & intrapersonal

(iii) Dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas

Catatan : Soalan KOMSAS tulen

1. Kita hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas semasa merancang pembangunan kota.

2. Kita tidak harus merosakkan alam sekitar untuk membangunkan kota.3. Kita perlulah membuat pertimbangan yang bijaksana sebelum membuat keputusan

untuk membangunkan kota.4. Kita hendaklah memikirkan pelbagai masalah yang mungkin timbul akibat

pembangunan kota.5. Kita hendaklah menjadi perancang yang baik yang mempunyai pelbagai idea bernas

dan alternatif.

Set 2 Sajak Arkitek Kota

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

ARKITEK KOTA (Muhammad Haji Salleh)

Hanya seniman peka,yang faham akan jiwa laut, kenal lambung gelombangnya, Alur sungai serta diam batu, perasaan musim,fiil langit dan sabar bumi berhak membina kota.

kerana arkitek matang itu anak di taman, perenung di perpustakaan,orang muda pulang bertandang di lorong malam, pemunggah barang pasar di subuh hari, pengadil di bangku bijaksana,dan datuk bandar yang bangga.

dia harus sayangkan lagu burung, pemancing di teduh pohon, pemerhati tasik,pengawas bintang,dan bunga menjalar di beranda.

pencipta kota ialahpendekar muda dengan langkah berbagai-bagai, kelakar tua yang mengampungkan cerita orang bercinta yang perlukan bulan.

dia pengukir ruang hidup, penghias suasana sempurna, membenarkan penemuan, memungkinkan kemungkinan.

Dari Seberang Diri.

86

Page 87: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(i) Siapakah pencipta kota ?[ 2 markah ]

(ii) Pada pendapat anda, apakah kesan yang dihadapi jika tiada perancangan teliti dibuat sebelum membangunkan sebuah kota ?

[ 3 markah ](iii) Huraikan dua persoalan dalam sajak di atas.

[ 4 markah ]

Cadangan Jawapan Set 2 Sajak Arkitek Kota

(i) Pencipta kota ialah :

Pencipta kota ialah pendekar muda dengan langkah berbagai-bagai Pencipta kota ialah kelakar tua yang mengampungkan cerita Pencipta kota ialah orang bercinta yang perlukan bulan.

(ii) Kesan yang dihadapi jika tiada perancangan teliti dibuat sebelum membangunkan

sebuah kota.:

Bencana alam seperti banjir kilat, tanah runtuh dan sebagainya. Kesesakan lalu lintas yang teruk Masalah kepadatan penduduk di kota Masalah kebersihan dan kesihatan penduduk Masalah sosial seperti jenayah dan sebagainya.

(iii) Dua persoalan dalam sajak di atas ialah :

Dua persoalan dalam sajak di atas adalah :

1. Persoalan pembangunan kota yang perlu dilihat daripada pelbagai aspek. 2. Persoalan kepentingan mengekalkan alam sekitar yang indah ketika

membangunkan kota. 3. Persoalan mencari ilmu pengetahuan dan pengalaman untuk menjadi perancang

bandar.4. Persoalan kepekaan terhadap ekosistem alam yang unik

Set 3 Sajak Arkitek Kota

87

Page 88: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

ARKITEK KOTA (Muhammad Haji Salleh)

Hanya seniman peka,yang faham akan jiwa laut, kenal lambung gelombangnya, Alur sungai serta diam batu, perasaan musim,fiil langit dan sabar bumi berhak membina kota.

kerana arkitek matang itu anak di taman, perenung di perpustakaan,orang muda pulang bertandang di lorong malam, pemunggah barang pasar di subuh hari, pengadil di bangku bijaksana,dan datuk bandar yang bangga.

dia harus sayangkan lagu burung, pemancing di teduh pohon, pemerhati tasik,pengawas bintang,dan bunga menjalar di beranda.

pencipta kota ialahpendekar muda dengan langkah berbagai-bagai, kelakar tua yang mengampungkan cerita orang bercinta yang perlukan bulan.

dia pengukir ruang hidup, penghias suasana sempurna, membenarkan penemuan, memungkinkan kemungkinan.

Dari Seberang Diri.

(i) Nyatakan maksud rangkai kata memungkinkan kemungkinan.[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah ciri sebuah kota idaman pada abad ke-21 ?[3 markah]

(iii) Nyatakan tiga nilai kemanusiaan dalam sajak di atas.[4 markah]

Cadangan Jawapan Set 3 Sajak Arkitek Kota

(i) Maksud rangkai kata memungkinkan kemungkinan ialah menterjemahkan idea supaya menjadi kenyataan.

(ii) Ciri sebuah kota idaman pada abad ke-21 ialah : Mempunyai kemudahan asas yang mencukupi. Mempunyai kemudahan telekomunikasi yang canggih. Mempunyai pusat perniagaan bertaraf antarabangsa. Mempunyai reka bentuk bangunan yang bercirikan antarabangsa dan tempatan. Mempunyai instiusi pendidikan yang bertaraf dunia Mempunyai sistem keselamatan yang canggih. Mempunyai landskap yang menarik. Memiliki rangkaian institusi kewangan yang mesra pengguna.(iii) Tiga nilai kemanusiaan dalam sajak di atas. BertanggungjawabBertanggungjawab ketika merancang kota

BijaksanaBijaksana ketika memilih keutamaan dalam membangunan kota

88

Page 89: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

JujurJujur melaksanakan pembangunan kota tanpa memusnahkan alam sekitar

BeraniBerani mempertahankan warisan bersejarah apabila melaksanakan pembangunan kota

TegasTegas mematuhi peruntukan undang-undang ketika melaksanakan pembangunan kota

Set 1 Dirgahayu Bahasaku

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dirgahayu BahasakuAhmad Sarju

Tempatmu di singgahsanahati nurani bangsakuwarga yang berbudisetia dan amanah.

Bangsa itu maruah bangsayang mesti dipelihara martabatnyaagar tetap kukuh dan ampuhmelayari lautan bijaksanasalam ikatan mesra dan teguh.

Cekal dan waja semangat pejuangkuhak bangsaku memilikimuhak bangsaku mendaulatkanmudi bumi bertuah inimerentas dunia tak bertepi.

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilanganke barat dan ke timur menjalin persaudaraangagah pelautku membelah lautanke utara dan ke selatan bahasaku mencengkamdari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.

Dirgahayu bahasaku di arena antarabangsa suaramu tumbuh menusuk kalbu lagu bahasamu bahasamu bahasa minda mudah akrab dan bertatasusila daripada bangsa yang bernama Melayu menempa kejayaan di alaf baru.

(September 2000)

1. Berikan maksud menggilap mutiara silam dalam rangkap ke-4 sajak di atas? [2 markah]

2. Pada pendapat anda, mengapakah penyair menganggap bahawa bahasa merupakan maruah bangsa?

[3 markah]3. Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.

[4 markah]Cadangan Jawapan Set 1 Dirgahayu Bahasaku

89

Page 90: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(i) Maksud menggilap mutiara silam dalam sajak di atas ialah menyinar pada zaman dahulu

(ii) Penyair menganggap bahawa bahasa merupakan maruah bangsa kerana - Bahasa menunjukkan bahawa bangsa itu wujud di dunia ini

- Bahasa boleh mengangkat martabat sesuatu bangsa itu

- Bahasa melambangkan kemajuan sesuatu bangsa itu

- dan jawapan lain yang sesuai.

(iii) Dua persoalan yang terdapat dalam sajak ini ialaha. Persoalan sejarah zaman kegemilangan bahasa Melayu b. Persoalan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakatc. Persoalan bahasa melambangkan maruah bangsad. Persoalan kepentingan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi

Set 2 Dirgahayu Bahasaku

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dirgahayu BahasakuAhmad Sarju

Tempatmu di singgahsanahati nurani bangsakuwarga yang berbudisetia dan amanah.

Bangsa itu maruah bangsayang mesti dipelihara martabatnyaagar tetap kukuh dan ampuhmelayari lautan bijaksanasalam ikatan mesra dan teguh.

Cekal dan waja semangat pejuangkuhak bangsaku memilikimuhak bangsaku mendaulatkanmudi bumi bertuah inimerentas dunia tak bertepi.

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilanganke barat dan ke timur menjalin persaudaraangagah pelautku membelah lautanke utara dan ke selatan bahasaku mencengkamdari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.

Dirgahayu bahasaku di arena antarabangsa suaramu tumbuh menusuk kalbu lagu bahasamu bahasamu bahasa minda mudah akrab dan bertatasusila daripada bangsa yang bernama Melayu menempa kejayaan di alaf baru.

(September 2000)

(i) Berikan maksud dua baris sajak dalam rangkap ke-3 di bawah ini.hak bangsaku memilikimu

90

Page 91: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

hak bangsaku mendaulatkanmu [2 markah]

(ii) Bagaimanakah cara untuk kita mendaulatkan bahasa kebangsaan kita?[3 markah]

(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.[4 markah]

Cadangan Jawapan Set 2 Dirgahayu Bahasaku

(i) Maksud sajak tersebut ialah bahasa Melayu menjadi tanggungjawab bangsa Melayu untuk mendaulatkannya.

(ii) Cara untuk kita mendaulatkan bahasa kebangsaan kita adalah dengan- Menggunakan bahasa dengan betul pada setiap masa

- Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

- Mewajibkan penggunaan bahasa Melayu di papan-papan tanda/iklan

- Memperketat syarat kerakyatan dengan kefasihan berbahasa Melayu

(iii) Dua pengajaran dalam sajak tersebut ialaha. Kita hendaklah mencintai bahasa Melayu dengan sepenuh jiwab. Kita hendaklah bertanggungjawab mendaulatkan / memartabatkan bahasa

Melayu agar dihormati oleh masyarakat dunia.

Set 3 Dirgahayu Bahasaku

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dirgahayu BahasakuAhmad Sarju

Tempatmu di singgahsanahati nurani bangsakuwarga yang berbudisetia dan amanah.

Bangsa itu maruah bangsayang mesti dipelihara martabatnyaagar tetap kukuh dan ampuhmelayari lautan bijaksanasalam ikatan mesra dan teguh.

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilanganke barat dan ke timur menjalin persaudaraangagah pelautku membelah lautanke utara dan ke selatan bahasaku mencengkamdari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.

Dirgahayu bahasaku di arena antarabangsa suaramu tumbuh menusuk kalbu lagu bahasamu

91

Page 92: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Cekal dan waja semangat pejuangkuhak bangsaku memilikimuhak bangsaku mendaulatkanmudi bumi bertuah inimerentas dunia tak bertepi.

bahasamu bahasa minda mudah akrab dan bertatasusila daripada bangsa yang bernama Melayu menempa kejayaan di alaf baru.

(September 2000)

(i) Di manakah tempat sesuatu bahasa itu wajar diletakkan?[2 markah]

(ii) Bahasa kebangsaan kita juga mampu menjadi bahasa ilmu. Pada pendapat anda, apakah langkah untuk merealisasikannya?

[3 markah](iii) Berikan empat nilai murni yang terdapat dalam sajak di atas?

[4 markah]

Cadangan Jawapan Set 3 Dirgahayu Bahasaku

(i) Tempat sesuatu bahasa itu wajar diletakkan adalah di atas singgahsana, dalam hati nurani bangsa yang berbudi, setia dan amanah.

(ii) Langkah merealisasikan bahasa kebangsaan kita menjadi bahasa ilmu adalah dengana. Menggunakan bahasa Melayu di institusi pengajian tinggib. Menjadikan bahasa Melayu sabagai bahasa pengantar di semua sekolahc. Mengawal penggunaan bahasa Melayu yang tidak tepat dalam media-media

massa

(iii) Empat nilai murni dalam sajak di atas ialah a. Nilai bersopan santun – penggunaan bahasa yang betul membolehkan nilai

budi bahasa dapat dilahirkan dalam komunikasib. Nilai setia pada bangsa – apabila memartabatkan bahasa maka nilai setia

dapat ditunjukkan.c. Nilai amanah dalam meneruskan warisan bangsa – Warisan bangsa perlu

dipertahankand. Nilai cinta akan bahasa – Sesuatu bangsa bertanggungjawb mencintai

bahasanya sendiri.

Set 1 Sajak Kecek –(V)

92

Page 93: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kecek – (V)Awang Abdullah

1seorang pengarah membuka akaun semasanya di sebuah bank ternama tetapi dalam diam dia mencantum kemiskinan orang lain ke dalam amanahnya yang telah lama pecah.

2di kampung seorang petani membuka akaun kemiskinannya di ruang kedaifan dan mengunci sedozen anak-anaknya di dalam pagar sengsara tetapi dia tidak pernah mencantum kekayaan orang lain ke dalam getirnyayang sudah lama berumbi.

3di pantai seorang nelayan membuka akaun sengsaranya di rahang laut ternganga dan mengurung sederet anak-anaknya di bawah pusaran nasib tapi dia tidak pernah mengumpul kesenangan orang lain ke dalam kegusarannya yang telah sekian musim berlumut di papan hidupnya.

4Tuhan tidak pernah mungkir mencatatkan setiap angka dan nilai hitungan paling kecil ke dalam akaun-Nya di rumah keadilan.

(Dewan Sastera, Mac 1989)

(i) Apakah maksud baris sajak dia mencantum kemiskinan orang lain ke dalam amanahnya yang telah lama pecah

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk membantu golongan petani dan nelayan yang miskin di negara kita dapat dibantu?

[4 markah](iii) Huraikan tiga pengajaran dalam sajak tersebut.

[3 markah]

Cadangan Jawapan Set 1 Kecek (V)

93

Page 94: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(i) Maksud baris sajak tersebut ialah dia mengumpul harta kekayaan dengan hasil simpanan pelanggannya.

(ii) Cara untuk membantu golongan petani dan nelayan yang miskin di negara kita adalah dengan- Memberi bantuan modal untuk meningkatkan aktiviti pertanian/tangkapan

ikan- Memberi khidmat nasihat- Membantu mereka memasarkan hasil pertanian dengan lebih meluas- Menggalakkan industri hiliran

(iii) Tiga pengajaran dalam sajak ialah- Kita hendaklah amanah semasa menjalankan tugas agar...- Kita hendaklah menjadi bapa yang bertanggungjawab mencari rezeki yang

halal agar...- Kita tidak boleh mencari kekayaan dengan menindas orang lain agar...- Kita haruslah tabah dalam menghadapi dugaan dalam hidup agar...

Set 2 Sajak Kecek –(V)

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kecek – (V)Awang Abdullah

1seorang pengarah membuka akaun semasanya di sebuah bank ternama tetapi dalam diam dia mencantum kemiskinan orang lain ke dalam amanahnya yang telah lama pecah.

2di kampung seorang petani membuka akaun kemiskinannya di ruang kedaifan dan mengunci sedozen anak-anaknya di dalam pagar sengsara tetapi dia tidak pernah mencantum kekayaan orang lain ke dalam getirnyayang sudah lama berumbi.

3di pantai

seorang nelayan membuka akaun sengsaranya di rahang laut ternganga dan mengurung sederet anak-anaknya di bawah pusaran nasib tapi dia tidak pernah mengumpul kesenangan orang lain ke dalam kegusarannya yang telah sekian musim berlumut di papan hidupnya.

4Tuhan tidak pernah mungkir mencatatkan setiap angka dan nilai hitungan paling kecil ke dalam akaun-Nya di rumah keadilan.

(Dewan Sastera, Mac 1989)

94

Page 95: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(i) Berikan dua persamaan antara petani dan nelayan.[2 markah]

(ii) Mengapakah sering berlaku amalan pecah amanah dalam kalangan masyarakat kita? [3 markah]

(iii) Jelaskan empat nilai kemanusiaan dalam sajak tersebut. [4 markah]

Cadangan Jawapan Set 2 Kecek (V)

(i) Dua persamaan antara petani dan nelayan ialah kedua-duanya hidup dalam kesusahan, mempunyai anak yang ramai dan mereka tidak pernah mengambil hak orang lain untuk kesenangan hidup mereka.

(ii) Amalan pecah amanah sering berlaku kerana- Tidak tahu bersyukur dengan rezeki yang diterima- Perasaan tamak dalam diri- Tidak ada pegangan agama yang kuat sehingga gagal mengawal diri- Keinginan untuk hidup mewah walaupun di luar kemampuan

(iii) Empat nilai kemanusiaan dalam sajak tersebut ialah- Nilai amanah dalam menjalankan tugas- Nilai bertanggungjawab mencari rezeki- Nilai kegigihan dalam berusaha walaupun hidup susah- Nilai rasional dalam peredaran hidup

Set 3 Sajak Kecek –(V)

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kecek – (V)Awang Abdullah

1seorang pengarah membuka akaun semasanya di sebuah bank ternama tetapi dalam diam dia mencantum kemiskinan orang lain ke dalam amanahnya yang telah lama pecah.

2di kampung seorang petani membuka akaun kemiskinannya

3di pantai seorang nelayan membuka akaun sengsaranya di rahang laut ternganga dan mengurung sederet anak-anaknya di bawah pusaran nasib tapi dia tidak pernah mengumpul kesenangan orang lain ke dalam kegusarannya yang telah sekian musim berlumut di papan hidupnya.

95

Page 96: Komsas Skema.docx

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

di ruang kedaifan

dan mengunci sedozen anak-anaknya di dalam pagar sengsara tetapi dia tidak pernah mencantum kekayaan orang lain ke dalam getirnyayang sudah lama berumbi.

4Tuhan tidak pernah mungkir mencatatkan setiap angka dan nilai hitungan paling kecil ke dalam akaun-Nya di rumah keadilan.

(Dewan Sastera, Mac 1989)

(i) Bagaimanakah kehidupan pengarah jika dibandingkan dengan kehidupan petani dan nelayan?

[2 markah](ii) Pada pendapat anda, apakah punca nelayan dan petani di negara kita dibelenggu

kemiskinan?[4 markah]

(iii) Nyatakan tiga persoalan yang terdapat bahasa dalam sajak di atas.[3 markah]

Cadangan Jawapan Set 3 Sajak Kecek (v)

(i) Perbezaan hidup pengarah dengan nelayan dan petani.- Kehidupan pengarah mewah, manakala petani dan nelayan hidup susah. - Pengarah mengumpul kekayaan dengan harta orang lain manakala petani dan nelayan

gigih berusaha mencari rezeki untuk keluarga mereka.

(ii) Punca nelayan dan petani dibelenggu kemiskinan ialah

- Alat yang digunakan oleh mereka sudah ketinggalan zaman- Mereka mewarisi pekerjaan daripada bapa mereka yang sudah sedia miskin- Mereka tiada inisiatif untuk mengubah nasib hidup mereka- Mereka tiada kelengkapan sendiri, bekerja dengan orang lain.

(iii) Tiga persoalan yang terdapat dalam sajak ialah- Pecah amanah dalam menjalankan tugas – pengarah telah melakukan pecah amanah

dalam menjalankan tugas dengan mengambil hak orang-orang miskin.- Sikap bertanggungjawab dalam mencari rezeki – petani dan nelayan bertanggungjawab

mencari rezeki demi keluarga masing-masing.- Kegigihan berusaha – petani dan nelayan gigih berusaha mencari rezeki demi keluarga

masing-masing.

96