nota komsas spm

50
Analisis Cerpen Lambaian Malar Hijau (Saroja Theavy a/p Balakrishnan) Sinopsis Cikgu Jo ke perkampungan orang asli bagi memujuk Daneng supaya meneruskan pelajarannya. Suasana di situ amat indah dan alam sekitarnya terpelihara. Daneng tidak mahu meninggalkan kampungnya kerana ingin menjaga persekitaran tempat tinggalnya daripada sebarang pencemaran. Menurut Cikgu Jo, Daneng akan berjaya menjaga hutan itu suatu masa nanti dengan pelajarannya. Akhirnya Cikgu Jo berjaya memujuk Daneng. Kejayaan Daneng dalam pelajaran dan usahanya tanpa jemu untuk mengekalkan keindahan hutan malar hijau akhirnya diikhtiraf apabila Daneng menerima Hadiah Nobel dan gelaran ‘Datuk’. Tema Kecintaan terhadap alam sekitar – Daneng berjaya memelihara kemurnian hutan rimba tempat lahirnya Persoalan - Sikap tamak manusia mengancam hutan rimba - Tanggungjawab seorang guru terhadap pelajarnya - Sikap keterbukaan seseorang boleh membawa kejayaan - Kepentingan pendidikan kepada setiap individu Watak dan Perwatakan Daneng - Remaja yang lulus PMR cemerlang - Enggan meneruskan pelajaran kerana ingin tinggal di Lembah Tualang - Bergelar ‘Datuk’ apabila dewasa - Mempunyai anak iaitu Dany - Menerima Hadiah Nobel Cikgu Jo - Guru kepada Daneng - Mengambil berat terhadap anak muridnya - Menghormati Daneng - Berbangga dengan kejayaan Daneng Latar Latar Tempat - Sekitar perkampungan di Lembah Tualang - Pondok atau rumah ibu bapa Daneng - Danau Nyok Latar Masa - Waktu pagi – Cikgu Jo berjaya memujuk Daneng untuk meneruskan persekolahannya - Tempoh masa 25 tahun Latar Masyarakat - Masyarakat Orang Asli di Desa Tualang - Masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan

Upload: atira-aina

Post on 23-Jun-2015

1.471 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Komsas Spm

Analisis Cerpen Lambaian Malar Hijau (Saroja Theavy a/p Balakrishnan)SinopsisCikgu Jo ke perkampungan orang asli bagi memujuk Daneng supaya meneruskan pelajarannya. Suasana di situ amat indah dan alam sekitarnya terpelihara. Daneng tidak mahu meninggalkan kampungnya kerana ingin menjaga persekitaran tempat tinggalnya daripada sebarang pencemaran. Menurut Cikgu Jo, Daneng akan berjaya menjaga hutan itu suatu masa nanti dengan pelajarannya. Akhirnya Cikgu Jo berjaya memujuk Daneng. Kejayaan Daneng dalam pelajaran dan usahanya tanpa jemu untuk mengekalkan keindahan hutan malar hijau akhirnya diikhtiraf apabila Daneng menerima Hadiah Nobel dan gelaran ‘Datuk’.

TemaKecintaan terhadap alam sekitar – Daneng berjaya memelihara kemurnian hutan rimba tempat lahirnya

Persoalan- Sikap tamak manusia mengancam hutan rimba- Tanggungjawab seorang guru terhadap pelajarnya- Sikap keterbukaan seseorang boleh membawa kejayaan- Kepentingan pendidikan kepada setiap individu

Watak dan PerwatakanDaneng- Remaja yang lulus PMR cemerlang- Enggan meneruskan pelajaran kerana ingin tinggal di Lembah Tualang- Bergelar ‘Datuk’ apabila dewasa- Mempunyai anak iaitu Dany- Menerima Hadiah Nobel

Cikgu Jo- Guru kepada Daneng- Mengambil berat terhadap anak muridnya- Menghormati Daneng- Berbangga dengan kejayaan Daneng

LatarLatar Tempat- Sekitar perkampungan di Lembah Tualang- Pondok atau rumah ibu bapa Daneng- Danau Nyok

Latar Masa- Waktu pagi – Cikgu Jo berjaya memujuk Daneng untuk meneruskan persekolahannya- Tempoh masa 25 tahun

Latar Masyarakat

- Masyarakat Orang Asli di Desa Tualang- Masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan- Masyarakat yang mencintai alam sekitar- Masyarakat yang hidup sederhana dan patuh kepada warisan nenak moyang

Nilai- Hormat menghormati – Daneng amat menghormati cikgu Jo walaupun ketika Daneng sudah bergelar ‘Datuk’- Kegigihan – Daneng berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya sehingga beliau digelar dan dianugerahkan Hadiah Nobel- Pengorbanan – Cikgu Jo sanggup meredah hutan untuk memujuk Daneng agar meneruskan persekolahannya walaupun pada mulanya Daneng berkeras enggan bersekolah lagi.

Page 2: Nota Komsas Spm

Analisis Cerpen Budi Yang Tak Terbeli (Khadijah Hashim)TemaKegigihan menabung mendatangkan pulangan yang bermanfaat

Persoalan- Kasih ibu tiada batasan- Sikap menabung mendatangkan banyak faedah- Sikap hormat kepada ibu/bapa- Berbudi kepada tanah banyak faedahnya

Watak dan PerwatakanJemah

- Ibu kepada Murni- Tinggal di kampung- Penyayang- Penyabar- Sanggup berkorban

Murni- Anak yang baik- Berhasrat membawa ibunya ke bandar- Taat kepada suami- Penyabar- Penyayang- Bersopan santun

Jamal- Menantu Jemah/suami Murni- Bekerja makan gaji di bandar- Meninggi diri- Biadap terhadap orang tua

LatarLatar Tempat

- Di kota tempat Murni dan Jamal tinggal- Di kampung tempat tinggal Jemah

Larat Masa- Zaman moden – kebanyakan orang bekerja di bandar-bandar- Waktu tengahari ketika Murni dan Jamal balik untuk makan tengahari di rumah

Latar Masyarakat- Masyarakat desa yang bertani dan memelihara ternakan ayam dan itik- Masyarakat bandar yang makan gaji- Masyarakat yang pandai berjimat cermat- Masyarakat yang sibuk dan jarang bergaul dengan jiran tetangga

Nilai- Kasih sayang – Jemah amat menyayangi anaknya sehingga sanggup berkorban untuk mereka- Berjimat cermat – Jemah bijak menabung- Hormat menghormati – Murni menghormati ibunya- Bersopan santun - Murni tidak meninggi suara kepada ibunya semasa bercakap- Taat – Murni taat kepada suaminya

Page 3: Nota Komsas Spm

Analisis Cerpen Pusaran ( S.Othman Kelantan)SinopsisJunid sangat akrab dengan Pusaran iaitu seekor anak lembu jantan peliharaan ayahnya. Namun, hubungan tersebut tidak disenangi oleh ayah Junid, Mohsin. Kata-kata Pak Cik Kar bahawa Pusaran kembar Junid menambahkan kebimbangan Mohsin lalu menjual Pusaran untuk dijadikan korban sempena hari Raya Haji/Korban. Apabila pulang dari sekolah, Junid mencari lembu kesayangannya yang hilang. Akhirnya, dia menemui Pusaran yang sudah diikat untuk disembelih. Junid meraung-raung supaya Pusaran dibebaskan. Mohsin tidak jadi menyembelih Pusaran.TemaKasih sayang tidak mengenal status dan makhluk – Pusaran yang merupakan seekor anak lembu jantan amat disayangi oleh Junid.

Persoalan- Ibu bapa mementingkan pendidikan anak-anak- Masyarakat Islam mengadakan korban semasa Hari Raya Korban- Peranan bomoh mempengaruhi pemikiran masyarakat

Watak dan PerwatakanJunid

- Anak bongsu Mohsin dan Musalmah- Menghabiskan masa bersama-sama Pusaran- Amat sayang akan Pusaran- Demam dan meracau apabila berpisah dengan Pusaran

Pusaran- Anak lembu jantan- Terdapat pusaran pada dahi,kepala dan bawah perut- Menjadi tempat junid bermanja

Mohsin- Ayah Junid- Mempunyai 8 ekar tanah bendang dan 6 ekar dusun kelapa dan 20 ekor lembu- Menjual Pusaran tanpa berunding dengan Junid

LatarLatar Tempat

- Kawasan Kampung Gung Nibung- Sekolah tempat Junid belajar

Latar Masa- Waktu malam – perbincangan tentang Pusaran yang akan dikorbankan- Ketika Junid berusia 6 tahun hingga masuk darjah 1

Latar Masyarakat- Masyarakat kampung yang majoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam- Masyarakat petani (pesawah)- Masyarakat yang mempercayai kata-kata bomoh

Nilai- Kasih sayang – Junid amat mengasihi Pusaran walaupun Pusaran hanya seekor anak lembu- Bertanggungjawab – Ibu bapa Junid mahu menyekolahkan Junid agar tidak lagi leka bersama Pusaran- Patuh kepada agama – masyarakat di kampung mengadakan korban sempena Hari Raya Korban

Page 4: Nota Komsas Spm

Analisis Cerpen Kerana Manisnya Epal (Faisal Tehrani)TemaKecekalan dan kesabaran dalam mempertahankan hak - Buchanan sedaya upaya menghalang British Columbia mengambil ladang epal yang merupakan harta pusaka dan kesayangan mendiang isterinya.

Persoalan- Perpaduan atau integrasi sejagat tanpa mengira bangsa, agama dan budaya- Menghargai dan menyayangi warisan yang ada untuk dinikmati oleh generasi akan datang- Kerajinan akan menghasilkan kejayaan yang bukan sedikit

Watak dan PerwatakanBuchanan

- Pengusaha ladang epal di Tsolum River Fruit Trees- Berusia 81 tahun tetapi masih gagah bekerja- Mempunyai 5 orang anak dan beberapa orang cucu- Mazlina dan Yvonne anak angkatnya- Rajin bekerja- Isterinya meninggal dunia

Mazlina- Anak angkat Buchanan- Gadis Melayu- Menuntut di Universiti Richmond- Bertanggungjawab- Pencinta alam sekitar- Bersimpati

Yvonne- Anak angkat Buchanan- Berasal dari Moscow- Gemar bersolek- Bersimpati- Berani

LatarLatar Tempat

- British Columbia – Tsolum River Fruit Trees- Kebun epal Buchanan

Latar Masa- Masa kini – musim panas- Waktu pagi – tentera dan jentera datang untuk mengambil tanah pusaka Buchanan

Latar Masyarakat- Masyarakat pekebun – Buchanan mengusahakan kebun epal- Masyarakat pelbagai bangsa – Melayu dan Inggeris (Mazlina/Buchanan)- Masyarakat yang mengamalkan sikap bekerjasama – Mazlina dan Yvonne menolong Buchanan

Nilai- Keberanian – Yvonne dan Mazlina telah menghalang pasukan dari Pejabat Gabenor daripada menebang

pokok-pokok epal- Kegigihan – Buchanan yang gigih berjuang mempertahankan ladang walaupun anak-anaknya tidak

memberikan kerjasama- Hormat-menghormati – Buchanan,Mazlina dan Yvonne saling menghormati budaya dan cara hidup

masing-masing- Kerjasama – Mazlina,Yvonne,Buchanan saling bekerjasama menghadapi masalah

Page 5: Nota Komsas Spm

Analisis Cerpen Annys Sophillea (Nisah Haji Haron)TemaPerjuangan menentang kejahatan - Annyss Sophillea dan Akmal menentang Strenn yang ingin merampas takhta kerajaan Alstonia.

Persoalan- Persahabatan yang murni antara penduduk dua planet yang berbeza- Sikap tamak akan kuasa dan sanggup melakukan kezaliman akan membawa padah- Persahabatan murni memerlukan pengorbanan

Watak dan PerwatakanAnnyss Sophillea

- Puteri dari Alstonia- Mempunyai kuasa luar biasa- Sepupu Strenn- Lemah lembut- Tegas- Berani

Eyrique Etiqaz- Saudara kembar Anyyss Sophillea- Diculik oleh Strenn- Mempunyai kuasa luar biasa

Strenn- Sepupu Annyss- Cuba merampas takhta Alstonia- Zalim- Tamak- Memiliki kesaktian

Akmal- Penduduk Bumi- Sahabat baik Annyss- Jujur- Sanggup berkorban- Berani- Pintar

LatarLatar Tempat

- Bumi tempat asal Akmal- Rimba besar Alstonia- Terowong rahsia tenpat Eryrique

disembunyikan- Pusara ayah dan ibu Annyss

Latar Masa- Masa akan datang – futuristik

- 10 hari di planet Bumi bersamaan 1 hari di dimensi Alstonia

Latar Masyarakat- Masyarakat di Bumi- Masyarakat di angkasaraya

- Masyarakat yang mengamalkan kesaktian- Masyarakat mengamalkan sikap bekerjasama tanpa mengira kedudukan

Nilai- Keberanian – Annyss sanggup pergi ke merata-rata tempat untuk mencari kembarnya Erique- Kegigihan – Annyss gigih mencari kembarnya walaupun mengahadapi banyak rintangan- Kerjasama – Akmal datang ke Alstonia untuk menolong Annyss- Pengorbanan – Akmal sanggup berkorban dengan bertindak membunuh Strenn walaupun tahu akan

risikonya

Page 6: Nota Komsas Spm

Analisis Cerpen “Menatap Wajahnya” (Siti Hajar Mohd.Zaki)SinopsisMuliati ingin bertemu dengan guru kesayangannya, iaitu Cikgu Balkis setelah lama berpisah. Cikgu Balkis enggan dan memberikan alasan bahawa suaminya melarang mereka meneruskan perhubungan. Muliati bertambah dukacita. Muliati menganggap ada sesuatu yang tidak kena sehingga menyebabkan Cikgu Balkis bertindak sedemikian. Sewaktu zaman persekolahannya dahulu, Muliati yang cacat dan yatim piatu sering dibantu dan diberikan perhatian oleh Cikgu Balkis. Ketika Muliati memperoleh ijazah di sebuah universiti, dia menerima sekeping poskad daripada Cikgu Balkis yang mengucapkan tahniah sekali gus mengatakan bahawa beliau akan menjalani pembedahan di London kerana menghidap penyakit ganjil.

TemaPengorbanan ikhlas seorang guru terhadap pelajarnya – Cikgu Balkis membantu Muliati sehingga berjaya memperoleh ijazah.

Persoalan- Kegigihan mencapai cita-cita untuk berjaya- Sikap tidak mahu berterus terang kadang kala disalah anggap oleh orang lain- Kecacatan tidak menghalang seseorang untuk mengecapi kejayaan

Watak dan PerwatakanMuliati

- Anak yatim piatu- Tinggal bersama nenek- Seorang yang cacat- Mengenang budi guru- Penyayang

Cikgu Balkis- Guru Muliati/ibu angkat Muliati- Menghidap penyakit ganjil- Penyayang/prihatin- Suka menasihati- Bersimpati

LatarLatar Tempat

- Rumah nenek Mualiti- Kampus universiti- Sebuah sekolah menengah

Latar Masa- 4 tahun bermula sejak Muliati masuk ke universiti hingga berjaya menggenggam ijazah- Majlis Konvokesyen Muliati

Latar Masyarakat- Masyarakat yang mementingkan pendidikan tinggi- Masyarakat yang prihatin dan penyayang- Masyarakat kampus/pelajar universiti

Nilai- Kasih sayang – nenek Muliati amat sayang akan cucunya, Muliati dan memberikan sepenuh perhatian

kepadanya- Kegigihan – Muliati yang cacat tetap gigih berusaha untuk berjaya- Kesabaran – Muliati sabar serta tabah menerima takdir Tuhan dan tidak menurut perasaan sedihnya- Belas kasihan – Riani, rakan Muliati sangat kasihan melihat keadaan Muliati dan sanggup memberikan

pertolongan ketika menghadapi kesukaran di universiti.

Page 7: Nota Komsas Spm

Analisis Cerpen Mariah (Sharif Putera)TemaKegigihan dan ketabahan seorang anak gadis menghadapi cabaran hidup

Persoalan- Persahabatan sejati- Sikap ayah yang tidak bertanggungjawab- Guru yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap pelajarnya

Watak dan PerwatakanMariah- Anak yatim- Pelajar tingkatan 6- Tabah/Sabar- Mementingkan keluarga dan maruah- Penyayang

Pak Cik Bakar- Ayah Mariah- Tidak teguh pegangan agama

- Mudah kecewa- Suka minum hingga mabuk- Keras hati- Tidak bertanggungjawab

Cikgu Tini- Guru kaunseling- Lemah lembut- Mudah bersimpati- Mementingkan pelajaran pelajarnya

LatarLatar Tempat- Sekolah Mariah- Bilik kaunseling- Kedai Mak Usu Lijah- Hospital

Latar Masa- Waktu malam – Mak Usu Lijah memberi Mariah sepuluh ringgit menutup kedai jam 10.00 malam.- Bulan Ramadan – ibu Mariah meninggal dunia

Latar Masyarakat- Masyarakat yang bersimpati dan prihatin atas kesusahan orang- Masyarakat yang kurang iman dan tidak bertanggungjawab- Masyarakat yang mementingkan pendidikan

Nilai- Kasih sayang – Mariah sayan gakann ayahnya- Tabah – Tini tabah mengejar ilmu walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang melanda hidupnya- Tegas – Cikgu Tini memastikan anak muridnya berjaya dalam palajaran- Prihatin/Tolong menolong – Borhan/Mak usu Lijah

Page 8: Nota Komsas Spm

Analisis Cerpen ‘Tragedi’ (Amil Jaya)SinopsisPak Ismawan kehilangan anaknya Iswan dalam satu kemalangan jalan raya. Iswan dilanggar oleh seorang sahabat baiknya George Bulang ketika berbasikal bersama-sama Irnawati. Iswan ialah seorang jaguh badminton. Irnawati ke rumah Pak Ismawan untuk mengucapkan takziah dan meminta raket badminton Iswan sebagai kenang-kenangan. George Bulang yang didapati memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian telah digantung lesennya selama lima tahun. George Bulang meminta maaf kepada Pak Ismawan kerana menyebabkan kematian anaknya dan Pak Ismawan tidak berdendam terhadap George Bulang. Pak Ismawan dijemput memberikan ceramah sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya di Dewan Rakyat Sembulan.

TemaKetabahan seorang ayah engahadapi takdir kematian anaknya dalam tragedy yang menyayat hati

Persoalan- Kepentingan mematuhi peraturan jalan raya- Persahabatan yang ikhlas- Kebolehan dan bakat seseorang adalah anugerah Tuhan

Watak dan PerwatakanPak Ismawan- Ayah Iswan- Penyayang- Pemaaf – memaafkan George Bulang- Tabah menerima takdir

Iswan- Berumur 18 tahun- Berbakat besar dalam sukan badminton- Berdisiplin – mengikut arahan jurulatihnya- Berkeyakinan tinggi

Irnawati- Kawan baik Iswan- Simpati- Pemain badminton yang berpotensi

George Bulang- Teman baik Iswan- 16 tahun- Suka berfoya-foya/bersosial- Cuai- Mengakui kesalahan

LatarLatar Tempat- Rumah Pak Ismawan- Persisiran Pantai Tanjung Aru- Dewan Masyarakat Sembulan

Latar Masa- Beberapa bulan selepas kemalangan yang menimpa Iswan- Hari Ahad semasa pak Ismawan berucap di Dewan Masyarakat Sembulan

Latar Masyarakat- Golongan remaja yang aktif dalam bidang sukan(badminton)- Golongan remaja yang sering menimbulkan masalah kemalangan jalan raya- Masyarakat yang prihatin akan kesedihan/kesengsaraan orang lain

Nilai- Ketabahan/kesabaran menerima takdir Tuhan- Menghormati orang tua

- Patuh kepada undang-undang jalan raya

Page 9: Nota Komsas Spm

- Kejujuran – George Bulang - Kasih sayang – ayah/sahabat

Analisis Cerpen Di Sisi Rinda (A.Samad Said)Sinopsis Jumari Jipan menjaga seorang kanak-kanak kecil bernama Deliah atau lebih mesra di panggil Nen. Semua ahli keluarga Nen meninggal dunia kerana terkena bom. Nen kemudianya dibela oleh datuknya Ripin. Setelah Ripin meninggal dunia kerana terkena bom, Jumari Jipanlah yang bertanggungjawab memeliharanya. Jumari Jipan menghadiahkan Nen seekor kucing siam yang diberi nama Rinda dan dengan kucing itulah Nen berkawan. Nen seorang pengkhayal dan sering bercakap-cakap sendirian atau dengan kucingnya. Nen sering berkhayal tentang keris pusaka datuknya. Jumari Jipan menemui sebilah keris dan nen percaya itulah keris pusaka datuknya. Suatu hari, seorang askar Jepun ingin mencarikan pasangan untuk kucingnya. Dia ternampak Rinda lalu mengejarnya. Nen dan Rinda berlari ke jeti atas arahan Jumari Jipan. Tembakan askar Jepun itu terkena pada seorang kawannya. Jumari Jipan, Nen dan Rinda sampai di jeti. Jumari Jipan menyatakan keris yang ditemuinya itu telah hilang.

TemaPenderitaan dan kesengsaraan dalam meneruskan kehidupan dalam zaman peperangan.

Persoalan- Tanggungjawab menjaga anak yang yatim piatu- Kasih sayang sesama makhluk- Persahabatan yang ikhlas- Kepercayaan kepada cerita dogeng dan mitos

Watak dan PerwatakanJumari Jipan (Tuk Juma)

- Datuk angkat Deliah- Sahabat baik Ripin- Penyayang- Bersimpati- Bertanggungjawab

Deliah- Anak yatim piatu- Berkulit putih/rambut kerinting/kening

lebat/hidung mancung sedikit- Cucu Ripin- Sangat lincah- Suka bercakap sendirian- Penyayang – Rinda(kucing Siam)

LatarLatar Tempat

- Dalam bot- Di tepi muara- Belukar senduduk- Bekas khemah tentera rejimen Melayu

Latar Masa- Zaman pendudukan Jepun- Awal subuh – serangan bom yang menyebabkan Ripin terkorban- Senja – semasa Jumari Jipan merenung ke laut dan mengimbas kenangan lalu

Latar Masyarakat- Golongan penjajah yang rakus- Masyarakat yang menjadi mangsa peperangan- Masyarakat yang sangup memikul tanggungjawab

Nilai- Kasih sayang – Tuk Juma memelihara Deliah dengan penuh kasih dan tanggungjawab- Belas kasihan – Jumari Jipan bersimpati terhadap Deliah yang yatim piatu- Keberanian – mengharungi laut yang penuh cabaran

Page 10: Nota Komsas Spm

Analisis Cerpen Sebutir Pasir Di Kaki (Norhisham Mustafa)SinopsisFuad yang baru balik dari Singapura terkejut kerana geran keluarganya telah diambil oleh Datuk Sukar. Fuad merasakan tindakan Datuk Sukar itu suatu penipuan kerana memperdayakan ibunya yang buta huruf. Selepas solat Maghrib, Fuad bergegas ke rumah Datuk Sukar. Tiba di dana Fuad disambut baik oleh Datin Sipah dan kekasihnya Junainah. Jam sepuluh malam Datuk Sukar sampai di rumah. Datin Sipah terus meminta suaminya memberikan penjelaskan tentang geran tanah pusaka milik keluarga Fuad. Datuk Sukar enggan memberikan geran tanah itu dengan alasan untuk membangunkan tanah pusaka tersebut. Fuad pula tidak berganjak daripada pendiriannya tidak mahu menerima tawaran Datuk Sukar yang sebanyak 280 ribu bagi tanah yang cuma 0.8 hektar itu. Akhirnya, terjadi konflik antara Datuk Sukar dengan Fuad. Datuk Sukar memberhentikan Fuad daripada bekerja dengannya dan melarang Fuad menjalinkan hubungan dengan Junainah. Fuad tidak peduli dengan ugutan tersebut lalu berjalan pulang sambil mengenggam geran tanah pusaka milik keluarganya. Sejurus kemudian, Datuk Sukar jatuh pengsan.

TemaPerjuangan mempertahankan hak dan maruah

Persoalan- Sikap mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain- Hubungan cinta antara dua darjat- Keberanian menegakkan kebenaran

Watak dan PerwatakanFuad

- 27 tahun- Berkulit hitam manis- Tegas/Keras hati- Berani- Bertanggungjawab- Lekas marah/panas baran

Datuk Sukar- 50 tahun- Bertubuh gempal- Ayah kepada Junainah dan suami kepada

Datin Sipah- Orang kaya yang berpengaruh- Pandai menggunakan tipu muslihat

LatarLatar Tempat

- Rumah Fuad- Rumah Datuk Sukar

Latar Masa- Waktu Maghrib – Fuad bersolat Maghrib- Kira-kira jam 11.00 malam ketika Fuad bertemu Datuk Sukar

Latar Masyarakat- Golongan miskin/buta huruf yang dianiayai oleh golongan kaya- Masyarakat yang mementingkan maruah dan tanah pusaka- Masyarakat yang tidak mementingkan kemewahan dan harta kekayaan

Nilai- Keberanian – Fuad berani dan tegas dalam tindakannya- Bertanggungjawab – Fuad bertanggungjawab terhadap harta pusaka milik keluarganya- Jujur dan rendah diri – sikap Datin Sipah dan Junainah ketika melayan kedatangan Fuad

Page 11: Nota Komsas Spm

Analisis Cerpen ‘Aku , Kris Dan Kristal’ (Dima Mazlina)Hana seorang pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di Universiti College Cardiff. Di sana Hana berkawan baik dengan Kris dan Kristal. Kris dan Kristal sering membawa Hana berjalan-jalan di tempat-tempat menarik di England. Hana tinggal bersama-sama Kris dan ibunya. Walaupun mereka berkawan baik , Hana tetap menjaga tatasusilanya sebagai orang Islam. Tidak lama kemudian Hana mendapatkan sebuah apartment dan tinggal bersama-sama pelajar Malaysia. Kristal berasa cemburu melihat Kris memberikan perhatian terhadap Hana. Hana memberitahu Kris dia telah bertunang dengan seorang guru. Kris kecewa lalu mengikut ibunya ke Jerman Barat. Kristal yang kecewa kerana cintanya ditolak oleh Kris mengambil keputusan membunuh diri. Suatu hari, Hana dikejutnya oleh satu suara memberi salam di hadapan apartmentnya dan dilihatnya Kris berada di depan pintunya.

TemaKekentalan prinsip hidup dan keimanan pelajar yang menuntut di luar negara

Persoalan- Perasaan cinta tanpa mengenal batasan bangsa dan agama- Cita-cita untuk mencari ilmu pengetahuan- Pertembungan nilai timur dan barat- Cinta yang tidak berbalas

Watak dan PerwatakanHana (Aku/Hana Hashim)- pelajar Malaysia yang belajar di Universiti College Cardiff- Beragama Islam/Melayu- Berpegang teguh kepada ajaran Islam- Berhemah tinggi

Kris- Pemuda Inggeris- Berambut ikal/matanya berwarna hazel

- Fasih berbahasa Melayu- Suka menolong- Peramah dan mesra

Kristal- Gadis berciri remaja barat- Tinggi lampai/bermata biru dan berambut blond- Bebas dalam pergaulan- Mudah berputus asa

LatarLatar Tempat- Universiti College Cardiff- Barry Island- Apartment Hana- Rumah Mrs. Doogan (ibu Kris)

Latar Masa- Bulan Disember(malam) – Kris mengajak Hana ke rumah Joey untuk makan malam- Tempoh hampir tiga tahun Hana di Cardiff

Latar Masyarakat- Masyarakat yang mementingkan nilai disiplin yang tinggi- Masyarakat yang peramah/suka membantu dan prihatin- Masyarakat yang mudah bergaul dan tidak mementingkan batasan sosial

Nilai- Patuh kepada ajaran agama – Hana tidak mudah terpengaruh dengan budaya Barat- Kegigihan – mengejar ilmu di luar negara- Setiakawan – Hana,Kristal dan Kris bersahabat baik dan sentiasa tolong menolong- Berhemah tinggi – Hana menjaga tatasusila sebagai seorang muslim

Page 12: Nota Komsas Spm

Analisis Cerpen ‘Virus Zel Untuk Abah’ ( Mawar Shafei)Sinopsis Zel seorang gadis yang berumur 21 tahun dibesarkan oleh ibunya apabila ibu dan bapanya bercerai. Dia diberikan sepenuh kasih sayang dan diberikan pendidikan yang sempurna. Ketika Zel berumur 10 tahun ibu dan bapanya berpisah kerana kedudukan bapanya tidak setaraf ibu Zel. Bapa Zel merasa rendah diri dan meninggalkan ibu Zel lalu bekahwin lain. Dalam perkahwinan kedua, bapa Zel dikurniakan tiga orang anak. Zel berasa marah dengan anak-anak bapanya. Zel bercadang memasukkan virus ke dalam program komputer bapanya. Win, kawan Zel memujuknya agar tidak meneruskan niatnya itu. Akhirnya, Zel mematikan suis komputer dan membatalkan niatnya itu.

TemaKekeluargaan dan kasih sayang sejati seorang anak walaupun mengalami kesan keretakan rumah tangga.

Persoalan- Kegigihan ibu tunggal meneruskan kehidupan- Perasaan rendah diri suami terhadap kejayaan isteri- Wanita berkejaya dan berjaya dalam kehidupan

Watak dan PerwatakanZel

- 21 tahun- Bakal menuntut di UK- Pendendam- Penyayang- Sensitif- Keras hati

Mama- Berumur 45 tahun- Berjaya dalam kerjaya- Ibu tunggal- Tabah- Bertanggungjawab/Penyayang

Abah- Guru sekolah rendah- Berkahwin dengan Aunt Syarifah- Bersifat rendah diri- Tidak tegas

LatarLatar Tempat

- Rumah Zel- Gedung pakaian- Ruang legar di sebuah pusat beli-belah

Latar Masa- Era teknologi maklumat- Waktu malam ketika Zel dan Abang Awi membeli pakaian untuk abah

Latar Masyarakat- Masyarakat celik komputer/IT- Masyarakat yang mengalami keruntuhan rumah tangga- Masyarakat yang gigih serta tabah mengharungi cabaran hidup- Masyarakat yang mementingkan pendidikan tinggi

Nilai- Kasih sayang – Mama dengan Zel- Setiakawan – Win- Tabah/cekal – Mama sebagai ibu tunggal

Page 13: Nota Komsas Spm

Analisis Drama ‘Puteri Li Po’ (Rahmah Bujang)SinopsisPuteri Li Po berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Walaupun berkahwin dengan Sultan, Li Po tetap berasa sedih. Tuanku Puteri Li Po dipujuk oleh dayang-dayang dengan memberikan buah-buahan seperti rambutan. Li Po menjamah sedikit sahaja sebagai mengambil hati dayang. Li Po tertidur di taman dan bermimpi didatangi Sultan Mansur Syah yang menyerupai Jin Afrit. Li Po diberikan gelaran ‘ hang’ kerana Li Po pandai menyesuaikan dirinya di tempat yang amat asing baginya. Li Po meminta Tuanku Sultan berkirim salam kepada Maharaja Cina tetapi suaminya itu keberatan untuk berbuat demikian. Puteri Raden Galoh Cendera Kirana yang merupakan isteri ketiga sultan memberitahu raja Majapahit pernah terkena tulah kerana menyampaikan salam. Li Po jatuh hati kepada Hang Jebat. Tuanku puteri meminta Dang Wangi memberitahu Hang Jebat bahawa tuanku puteri ingin berjumpa dengannya. Puteri Li Po meluahkan rasa hatinya kepada Hang Jebat tetapi Hang Jebat menolaknya dengan baik. Dang Wangi memberitahu Li Po bahawa dialah kekasih hati Hang Jebat. Li Po terkejut kerana Dang Wangi tidak memberitahunya sejak awal lagi. Li Po menyesal akan perbuatannya. Sultan Mansur Syah gembira dengan perubahan sikap Li Po dan lebih gembira lagi apabila mendapat tahu Li Po kini berbadan dua.

PemikiranDilema dan konflik seorang puteri yang berkahwin dengan pasangan yang berlainan budaya.

Persoalan- Kedaulatan yang dimiliki oleh raja-raja Melayu- Kesetiaan pembesar kepada Sultan- Keagungan Kerajaan Melaka- Kesetiaan isteri kepada suami

Watak dan PerwatakanPuteri Li Po

- Isteri ke-4 Sultan Melaka- Parasnya cantik/18 tahun- Berani/berterus terang- Menginsafi kesalahan diri

Hang Jebat- Hulubalang Melaka- Kekasih Dang Wangi- Tegas pendirian

- Setia kepada sultan/Kerajaan MelakaDang Wangi

- Dayang istana Puteri Li Po- Setia dan patuh

Sultan Mansor Syah- Sultan Melaka abad ke-15- Bijaksana- Sabar/bertolak ansur

LatarLatar Tempat

- Taman larangan istana- Balai penghadapan

Latar Masa- Zaman Kesultanan Melayu Melaka, kurun ke-15- Waktu malam – Dang Wangi membawa dian ke bilik peraduan Puteri Li Po

Latar Masyarakat- Masyarakat zaman Kesultanan Melayu Melaka- Masyarakat yang setia kepada raja- Masyarakat yang menjalinkan hubungan diplomatik

Nilai- Kasih sayang – Sultan amat meyayangi isteri-isteri baginda- Kesetiaan – Jebat setia kepada Raja dan Kerajaan Melaka

Page 14: Nota Komsas Spm

- Bijaksana – Puteri Li Po dapat menyesuaikan diri di tempat baharuAnalisis Drama ‘Kerusi’ (Hatta Azad Khan)SinopsisDrama Kerusi ini mengisahkan Srisegala menduduki dan menguasai kerusi nikmat dan gong hikmat bersama-sama pengikutnya Tuta I, Tuta II dan Tuta III yang numpahkan sepenuh kesetiaan mereka kepada Srisegala. Srisegala berkuasa mengikut nafsu dan kepentingan diri tanpa memikirkan beban yang dipikul oleh rakyat. Dia menukar erti keadilan, kemakmuran, kedamaian, kejujuran dan belas kasihan mengikut takrifnya sendiri yang semuanya bererti satu penindasan dan kezaliman.Suara-suara protes daripada Wira I, Wira II dan Wira III mengejutkan Srisegala. Kemunculan Putra telah mencabar kedudukan Srisegala. Walau bagaimanapun Putra tewas di tangan Srisegala. Masayu, isteri Putra datang mencari Putra tetapi disambut sinis oleh Srisegala. Masayu merayu agar suaminya itu dibebaskan. Namun, kelembutan masayu tidak dapat melembutkan hati Srisegala sebaliknya Masayu telah terdaya dan terpukau oleh kuasa Srisegala. Wira-wira yang dulunya tewas di tangan Srisegala bangkit semula lalu mencari Putra untuk mendapatkan petunjuk merampas kerusi Srisegala. Akhirnya, mereka berjaya mengalahkan Srisegala. Kerusi nikmat diganti oleh Putra dan Masayu memukul gong hikmat.

PemikiranSikap pemimpin yang tamak haloba dan suka menindas akan membawa kemusnahanPersoalan- Kekayaan dapat memebeli kesetiaan- Kekuasaan dan kekayaan hanya bersifat sementara- Pergorbanan dalam perjuangan- Kebenaran mengatasi kebatilan

Watak dan PerwatakanPutra- Suami Masayu- Matanya dibutakan oleh Srisegala- Berani menentang Srisegala

Masayu- Isteri Putra- Sanggup berkorban- Mudah terpedaya

Srisegala- Pemerintah yang zalim- Angkuh/sombong dengan kuasanya

LatarLatar Tempat- Mimbar bertingkat-tingkat – tempat Srisegala- Berlaku pada bila-bila masa

Latar Masa- Pada bila-bila masa

Latar Masyarakat- Masyarakat bawahan yang sering ditindas- Masyarakat yang berjuang menentang kezaliman- Golongan yang setia kepada pemimpin

Nilai

Page 15: Nota Komsas Spm

- Bijaksana – Putra merancang strategi untuk menentang Srisegala- Kasih sayang – Masayu sayang akan suaminya Putra- Keberanian – Putra berani menentang Srisegala walaupun terpaksa berkorbanAnalisis Drama ‘Jangan Bunuh Rama-Rama’ (Noordin Hassan)SinopsisDrama ini mengisahkan kehidupan dan sifat-sifat dalam diri manusia yang sentiasa bertentangan antara kebaikan dan keburukan. Manusia perlu mempunyai iman yang kuat untuk membuat pilihan antara kedua-dua sifat ini. Hal ini digambarkan melalui watak Raja yang suka memburu rama-rama untuk memenuhi keinginan permaisurinya yang mementingkan diri sendiri. Ketika mengejar rama-rama yang kecil dan cantik, Raja terjatuh ke dalam telaga air panas. Air yang mendidih itu menjadi dingin dan nyaman apabila menolong mengipaskannya. Dalam kisah Wak Keletung pula menceritakan tentang Mek Bongsu yang leka diulit kemewahan setelah berkahwin dengan saudagar Syah Alam. Akhirnya dia sedar akan tanggungjawabnya sebagai khalifah dan makhluk Tuhan. Sementara itu, Bidan Tuk Mah yang asalnya bernama Emas Asa Puteri Shahrul Karimah pula meninggalkan kemewahan dan gelarannya kerana mengikut Peran yang mengajarnya tentang hakikat kehidupan dan bahawa peranan manusia dijadikan Tuhan adalah untuk memberi manfaat dan membawa erti kepada diri sendiri, sesama manusia dan kepada Tuhan yang menjadikan makhluk dan isi alam.

PemikiranKeagamaan yang mendalam dapat menentukan arah pilihan yang betul

Persoalan- Perbuatan jahat yang dibalas dengan kebaikan- Manusia adalah sama di sisi Tuhan- Kekayaan tidak menjamin kebahagiaan

Watak dan PerwatakanNur Atma I dan II- Perempuan tua yang banyak pengalaman- Kurang penglihatan/pendengaran- Peka terhadap persekitaranWak Keletung- Tukang cerita- Berdakwah melalui ceritanya

Raja/Badut - Lingkungan 35 tahun- Raja yang kaya-raya- Gemar memburu rama-rama- Penyayang- Insaf akan kesalahan

Bidan Tuk Mah- Dikenali sebagai Emas Asa Puteri Shahrul Karimah- Tidak mementingkan kedudukan dan status- Mengikuti rombongan Peran- Mendapat ilmu membidan dan mengubat orang sakit

LatarLatar Tempat- Istana – Raja/Badut dan Permaisuri- Telaga – tempat Raja tergelincir lalu jatuh- Hutan – Raja mencari rama-rama- Kampung – Peran bertapak di kampung ini

Latar Masa- Waktu Subuh – sewaktu Raja diselamatkan oleh rama-rama- Malam – Wak Keletung menceritakan Tuk mah menonton sebuah persembahan

Latar Masyarakat- Golongan istana yang hidup mewah- Masyarakat yang tidak mementingkan kemewahan dan harta benda- Masyarakat yang sering membantu orang lain- Kekayaan tidak menjamin kebahagiaan

Nilai- Kasih sayang – sesama makhluk termasuk rama-rama

Page 16: Nota Komsas Spm

- Belas kasihan – Raja mempunyai sifat ihsan kepada rama-rama yang dibunuh- Bantu membantu – rama-rama menyelamatkan Raja

PANTUN ENAM KERAT

Ular tedung jangan dipermudah,Biasanya dapat membawa maut,Jika tidak maut merana juga;Berhujan panas aku tak endah,Keris lembing aku tak takut,Kehendak hati kuturut juga.

Kuda liar berkeliling kota,Kota terbuat dari kayu,Tempat berkawal lasykar Feringgi;Kami mendengar khabar angin,Bunga kembang sudah pun layu,Gugur ke bumi tidak harum lagi.

Penakik pisau raut,Ambil galah sebatang lintabung,Seludung dijadikan nyiru;Setitik dijadikan laut,Sekepal dijadikan gunung,Alam terbentang dijadikan guru.

Sultan Muda dari Lampung,Memikul cangkul dengan bajak,Singgah minum di lepau nasi;Sudah sekah tempat bergantung,Telah patah tempat berpijak,Ke mana hendak digapai lagi.

Permatang Budi, 1991Fajar Bakti Sdn. Bhd.

MAKSUD

Rangkap Pertama :Hujan, panas, atau ancaman keris dan lembing tidak dihirau-kan asalkan dapat memenuhi hajat di hati.

Rangkap Kedua :Bunga yang sudah layu dan gugur ke bumi akan hilang harumnya; dianggap tidak berguna lagi.

Rangkap Ketiga: Sesuatu yang sedikit dijadikan banyak; alam pula dijadikan sumber ilmu.

Rangkap Keempat:Tempat bergantung hidup telah tiada; tidak tahu ke mana hendak mengadu.

PERSOALAN

1. Berani menempuh apa-apa dugaan dan cabaran untuk mencapai cita-cita.

2. Orang yang telah rosak akhlaknya dianggap tidak berguna dan dipandang hina.

3. Kegigihan untuk mencapai kejayaan atau kesenangan dengan menjadikan alam sebagai sumber pengetahuan dan panduan hidup.

4. Kehilangan tempat bergantung mengakibatkan kesusahan dan keadaan tidak tentu arah.

BENTUK PANTUN

1. Pantun enam kerat ini terdiri daripada empat rangkap.

2. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu enam baris serangkap.

3. Bilangan kata dalam setiap baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga enam patah kata sebaris.

4. Bilangan suku kata dalam setiap baris pun tidak sama, iaitu antara lapan hingga sebelas suku kata.5. Rima akhir pantun ialah abcabc

Page 17: Nota Komsas Spm

GAYA BAHASA

1. Pemilihan katanya indah dan baris yang dibentuk adalah puitis.Contohnya :penakik pisau raut,setitik dijadikan laut.

2. Penggunaan bahasa kiasan.Contohnya, Telah patah tempat berpijak.Dalam contoh di atas, telah patah maksudnya telah hilang atau telah tiada, sementara tempat berpijak maksudnya tempat seseorang bergantung harapan.

3. Perlambangan.Contohnya, keris lembing(pelbagai dugaan atau cabaran) (R1 B5), danAlam terbentang dijadikan guru(Kejadian alam boleh dijadikan renungan dan memberi teladan dalam kehidupan) (R3 B6)

4. Sinkof. Contohnya, Berhujan berpanas aku tak endah (R1 B4) dan Keris lembing aku tak takut (R1 B5).

5. Imejan.

Contohnya, imej alam seperti bumi, gunung, laut, dan alam.6. Unsur bunyi :

(a) Asonansi (pengulangan bunyi vokal).Contohnya, Jika tak maut merana juga;Dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi vokal a sebanyak enam kali.

(b) Aliterasi (pengulangan bunyi konsonan).Contohnya, Telah patah tempat berpijak,Dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi konsonan t sebanyak empat kali.

NILAI MURNI

1. Berani.Contohnya, berani menempuh segala dugaan untuk mencapai cita-cita.

2. Kerajinan / Gigih.Kita perlu rajin dan berusaha dengan gigih untuk mencapai cita-cita.

3. Berdikari.Contohnya, terpaksa berusaha sendiri setelah hilang tempat bergantung.

4. Kesederhanaan. Bersikap sederhana dalam tingkah laku dan jangan meninggi diri.

5. Rasional. Berfikiran matang dalam bertindak

Page 18: Nota Komsas Spm

PROSA KLASIK CERITA BAYAN TIDAK MENURUT KATA IBU BAPANYAWatak & Perwatakan:-

Watak utama ialah Bayan, burung peliharaan Khojah Maimun dan isterinya, Bibi Zainab. Bayan mempunyai suara merdu dan pandai bercerita.

Watak sampingan ialah Bibi Zainab, isteri Khojah Maimun dan kekasih anak raja. Dia seorang yang curang.

Latar:-

1. Latar tempat: Di rumah Khojah Maimun dan Bibi Zainab2. Latar masyarakat:

Masyarakat pedagang Masyarakat yang degil Masyarakat yang curang

Nilai:-

Nasihat-menasihati Kasih sayang Bijaksana Simpati Amanah

Pengajaran:-

Kita hendaklah mendengar nasihat ibu bapa. Janganlah kita bersifat dengki. Kita hendaklah bersimpati. Janganlah kita berlaku curang. Kita mestilah bertindak dengan bijaksana.

Page 19: Nota Komsas Spm
Page 20: Nota Komsas Spm
Page 21: Nota Komsas Spm
Page 22: Nota Komsas Spm
Page 23: Nota Komsas Spm
Page 24: Nota Komsas Spm
Page 25: Nota Komsas Spm

Pantun Lapan KeratMAKSUD

1. Rangkap 1 -seseorang yang mengharap kasih orang walaupun kecewa tetapi tetap bersyukur atas ketetapan Allah2. Rangkap 2 -segala rancangan yang sudah diatur dengan teliti sebagaimana yang dirancang maka hasilnya perlulah dinikmati bersama-sama / menghormati tetamu3. Rangkap 3 - menasihati sesiapa yang pergi merantau agar pandai membawa diri dengan memelihara pertuturan dan kelakuan kerana tidak ada saudara mara yang boleh diminta pertolongan

ISI DAN PERSOALAN

1. Bersyukur atas ketentuan Allah walaupun sekadar mengharap belas kasihan orang.2. Bersatu hati dalam melakukan sesuatu agar semua yang dirancang elok dan sama-sama menikmati hasilnya/ tatatertib ketika menghadap hidangan 3. Perihal kebijaksanaan seseorang yang pandai menyesuaikan diri di rantau orang

GAYA BAHASA

1. Anafora (pengulangan di awal baris).Contohnya;Tiada saudara tempat mengadu Tiada saudara tempat berunding2. Personifikasi .Contohnya; penganan mulia3. Asonansi.Contohnya ;Tampak dari tanah seberang (pengulangan vokal ?a?)4. Aliterasi .Contohnya; Berkejar-kejaran anak rusa (pengulangan konsonan ?r?)

NILAI

1. Kesyukuran .Contohnya; bersyukur atas ketentuan Allah kerana mungkin ada kebaikan di sebalik sesuatu kejadian.2. Simpati.Contohnya; bersimpati terhadap orang-orang yang bernasib malang3. Semangat bermasyarakat .Contohnya ; berusaha untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.4. Kerjasama.Contohnya ; tolong -menolong dan berusaha bersama-sama dalam menjalankan tugas.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bersyukur atas ketentuan Allah tanpa menyalahkan takdir2. Kita hendaklah menyesuaikan diri dengan bergaul dengan masyarakat apabila berada di rantau orang.3. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu agar kejayaan dapat dinikmati bersama-sama.

Page 26: Nota Komsas Spm

 Syair Jong PecahMAKSUD MENGIKUT RANGKAP1. Rangkap 1 - Syair ini disampaikan sebagai renungan kita bersama2. Rangkap 2 - Pada zaman dahulu ,negara kita mempunyai rakyat yang bijaksana, gagah perkasa ,dan bersatu padu dalam keaadaan aman3. Rangkap 3 - Walaupun ada musuh yang menyerang ,kedaulatan negara kita terjamin kerana rakyatnya bersatu padu4. Rangkap 4 - Namun demikian, tiba suatu masa kedaulatan negara tergugat kerana rakyat bertelagah sesama sendiri hingga negara asing menjajah5. Rangkap 5 - Penjajahan pun berlaku mengakibatkan maruah kita tercemar, sistem politik serta ekonomi runtuh dan kita senantiasa dilanda kesedihan6. Rangkap 6 - Sepanjaang penjajahan selama 446 tahun ,kita kehilangan identiti , budaya dan maruah .7. Rangkap 7 - Pahlawan silih berganti berjuang menuntut kemerdekaan , ada yang terkorban dan jasa mereka semakin lama dilupakan8. Rangkap 8 - Sudah sampai masanya rakyat bersatu padu dan berkorban membebaskan negara daripada penjajahan9. Rangkap 9 - Selama 33 tahun selepas mencapai kemerdekaan ,sudah banyak kejayaan yang dapat kita dicapai10. Rangkap 10 - Kita mestilah hidup bersatu kerana perpecahan akan memberikan peluang pada orang/ negara lain untuk mengaut keuntungan .Negara pula mencatat titik hitam dalam lipatan sejarah11. Rangkap 11 - Penyair berdoa semoga Tuhan yang Maha Pemurah dapat menganugerahkan keteguhan iman dan perpaduan supaya negara aman sepanjang masa1. Rangkap 12 - Semoga syair ini dapat menjadi renungan kita bersama .Semoga bangsa kita bersatu padu dan negara kita senantiasa kukuh

ISI DAN PERSOALAN1. Perpaduan penting untuk keamanan negara .2. Kedaulatan negara tergugat jika rakyat tidak bersatu padu1. Penjajahan memungkinkan negara kehilangan identiti , budaya ,ilmu dan maruah2. Perpecahan menguntungkan pihak lain .

BENTUK DAN CIRI-CIRI SYAIR1. 12 rangkap2. 4 baris serangkap3. semua rangkap adalah maksudnya . 4. 3 hingga 5 patah kata sebaris .5. 9 hingga 15 belas suku kata sebaris .

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI1. Pemilihan kata (diksi) yang indah . Contoh ;politik rebeh ekonomi rebah . 2. Metafora. Contoh ; setandus gurun. 3. Repitasi. Contoh ; bangkit pahlawan demi pahlawan4. Perlambangan .Contoh ; hitamlah tanda dalam sejarah . 5. Anafora .Contoh ; entah di mana salah dan silap ,entah siapa lalai dan lelap . 6. Asonansi. Contoh ; negara dan bangsa menempa nama (pengulangan vokal ?a?) 7. Aliterasi. Contoh ; sebuah syair saya sajikan (pengulangan konsonan ?s?)

NILAI1. Bersatu padu . Contohnya , mempertahankan kedaulatan negara2. Cinta akan tanah air. Contohnya , sanggup berjuang serta berkorban untuk menuntut kemerdekaan negara

Page 27: Nota Komsas Spm

SYAIR KELEBIHAN ILMU

MAKSUD

1. Rangkap 1 - Ilmu sangat bermanfaat kerana dapat menjadi panduan hidup memperoleh ilmu ,sepanjang hayat ilmu itu dapat dimanfaat.

2. Rangkap2 - Ketinggian nilai ilmu tidak dapat ditukarkan walaupun dengan sebuah dunia, faedah ilmu tidak terhad dan boleh dimanfaatkan di mana-mana saja.

3. Rangkap 3 - llmu menjadi penghias dari bagi seseorang ,menjadi sahabat ,dan menjadi teman yang memberikan panduan semasa mengembara. Dalam masyarakat,ilmulah yang membezakan seseorang daripada yang lain .

4. Rangkap 4 - Ilmu dapat menghiburkan hati yang sedih, membantu seseorang memahami sesuatu perkara dengan jelas,dan digunakan selepas seseorang itu mati atau menjadi bekalan di alam kubur. Hidup menjadi lebih bahagia dengan adanya ilmu.

5. Rangkap 5 - Orang yang berilmu akan mendapat ganjaran pahala.Ilmu yang merangkumi seluruh kehidupan dapat membantu seseorang mencapai cita-citanya.

6. Rangkap 6 - Ilmu ialah alat yang amat besar faedahnya. Orang yang bijaksana amat ingin memiliki ilmu. Sesungguhnya bidang ilmu sangat luas dan tiada batasnya.

ISI DAN PERSOALAN

1. Pentingnya ilmu dalam kehidupan .2. Besarnya manfaat ilmu kepada seseorang .3. Luasnya bidang ilmu tiada batasnya .4. Pentingnya ilmu demi kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat

BENTUK DAN CIRI-CIRI SYAIR

1. Enam rangkap.2. Empat baris serangkap3. Semua rangkap adalah maksud4. Empat hingga enam patah kata sebaris5. Sembilan hingga dua belas suku kata sebaris

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

1. Pemilihan kata (diksi)yang indah .Contohnya, cerah cahaya ,beramal subur.2. Repitasi . Contohnya, hias senjata si polan si polan. 3. Perlambagan. Contohnya , kandil (bekalan) 4. Pengulangan kata sendi. Contohnya, di laut, di darat, di rimba, di pekan5. Anafora . Contohnya , Ia penerang jalan ke syurga ;Ia pemuas tekak yang dahaga6. Bahasa kiasan. Contohnya , Ialah sungai ialah telaga, laut yang luas ialah juga. 7. Asonansi. Contohnya , Ia pemuas tekak yang dahaga (pengulangan vokal ?a?) 8. Aliterasi. Contohnya , sebuah dunia belinya bukan (pengulangan konsonan vokal ?b?)

NILAI

1. Kerajinan. Contohnya, rajin menuntut ilmu supaya dapat menjadi panduan dalam kehidupan2. Kegigihan. Contohnya berusaha dan gigih menuntut ilmu.

Page 28: Nota Komsas Spm

Gurindam Memelihara Anggota dan Hati drpd Kejahatan MAKSUD1. Rangkap 1 -Apabila dapat menjaga pandangan / penglihatan dengan baik, maka keinginan / kehendak melakukan sesuatu akan terbatas2. Rangkap 2 -Apabila pendengaran kita terjaga , kita akan dapat mengelak daripada mendengar perkara yang tidak baik seperti fitnah dan kata-kata keji.3. Rangkap 3 -Sekiranya seseorang itu dapat mengawal percakapan , dia akan mendapat kebaikan yang banyak.4. Rangkap 4- Apabila dapat menjaga perlakuan atau perbuatan dengan baik maka perbuatan jahat dapat dielakkan5. Rangkap 5- Hati ialah alat yang paling penting bagi seseorang .Hati yang kejam membawa kehancuran kepada seseorang.6. Rangkap 6- Sekiranya perasaan dengki telah sebati dalam diri seseorang, berlakulah pelbagai perbuatan yang jahat.7. Rangkap 7- Banyak orang yang dipandang hina kerana tidak berfikir sebelum bercakap ,sama ada percakapan yang menghina atau memuji seseorang8. Rangkap 8- Kemarahan hendaklah dielakkan kerana akan mengakibatkan seseorang tidak dapat menggunakan akal fikiran / hilang pertimbangan9. Rangkap 9- Percakapan yang tidak benar / berbohong hendaklah dielakkan kerana akan membawa keburukan kepada diri sendiri atau mendedahkan kelemahan diri.

ISI DAN PERSOALAN1. Pentingnya memelihara penglihatan dan pendengaran untuk megelakkan kejahatan.2. Sikap dengki membuka ruang untuk melakukan kejahatan yang lain .3. Berkata kata tanpa berfikir terlebih dahulu akan merosakkan diri.

BENTUK DAN CIRI -CIRI GURINDAM1. Sembilan rangkap .2. Dua baris serangkap .3. Dua hingga enam patah sebaris .4. Lapan hingga empat baris suku kata sebaris .5. Rima akhirnya aa.

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI1. Pemilihan kata (diksi ) yang indah . Contohnya ;bertanah , tergelincir .2. Pengulangan kata pada awal rangkap .Contohnya ;Apabila (Rangkap l,2dan 3) 3. Perlambangan. Contohnya; hati itu kerajaan di dalam tubuh . 4. Asonansi. Contohnya; khabar yang jahat tidaklah damping (pengulangan vokal ?a?) 5. Aliterasi.Contohnya ;nescaya dapat daripadanya faedah [pengulangan konsonan ?d?]

NILAI1. Berhati-hati. Contohnya , berhati-hati sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.2. Baik hati. Contohnya , elakkan perasaan dengki akan orang lain .3. Kejujuran. Contohnya ,bercakap benar sepanjang masa.

Page 29: Nota Komsas Spm

Seloka Pandai Pak Pandir

MAKSUD? Pak Pandir berkelakuan aneh kerana mengetepikan anak sendiri , sebaliknya menyanjung orang luar.? Pak Pandir membuat kerja yang sia - sia dan merugikan .? Pak Pandir mengikut perangai orang luar tanpa menyedari keadaan dirinya yang miskin . Sebagai akibatnya, Pak Pandir kehabisan harta kecuali dirinya sendiri.? Pak Pandir terlalu cepat mengharapkan sesuatu keuntungan yang belum pasti sehingga apa-apa yang ada disia-siakannya? Pak Pandir leka dengan kata-kata manis orang dagang yang sebenarnya berniat jahat. Kata-kata manis itu sungguh bersopan tetapi amat tajam maknanya hingga orang boleh terpedaya? Kata-kata manis orang luar tidak mendatangkan apa-apa hasil, sebaliknya Pak Pandir sendirilah yang rugi atau meneima akibatnya .

ISI DAN PERSOALAN1. Kebodohan merugikan diri sendiri .2. Sikap suka meniru orang lain tanpa menyedari kemampuan diri.3. Sikap tamak membawa rugi.

BENTUK DAN CIRI-CIRI SELOKA1. Tujuh belas baris .2. Tiga hingga patah sebaris .3. Tujuh hingga sepuluh suku kata sebaris .4. Bentuknya bebas .

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI1. Pemilihan kata (diksi) yang indah. Contohnya: gelagak dagang, dipijak, dijinjing.2. Anafora. Contohnya : Orang berbunga dia berbunga. Orang berbuah dia haram3. Sinkof. Contohnya : tak sedar bertelanjang. 4. Peribahasa .Contohnya : mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan5. Paradoks. Contohnya: kucing diburu tikus dibela 6. Repitasi. Contohnya. orang berbunga dia berbunga7. Asonasi. Contohnya: kucing dibunuh tikus dibela (pergulangan vokul ?u?) 8. Aliterasi. Contohnya : mendengar gelagak dagang (pergulagan konsonan ?g?)

NILAI1. Rasional. Contohnya ,berfikiran rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan.2. Berhati-hati. Contohnya, berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan.

PENGAJARAN1. Kita hendaklah sentiasa melakukan kerja-kerja yang berfaedah.2. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada mengharapkan sesuatu yang belum pasti3. Kita hendaklah berhati-hati ketika melakukan sesuatu pekerjaan kerana kesilapan akan merugikan diri sendiri.4. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada mudah terpengaruh oleh kata-kata yang manis kerana di sebalik kata-kata yang manis itu,lazimnya tersembunyi niat yang jahat.5. Kita hendaklah teliti dalam menghadapi kerenah manusia kerana sesetengah manusia hanya berpura-pura baik di hadapan kita tetapi sebaliknya dia berniat serong atau jahat

Page 30: Nota Komsas Spm
Page 31: Nota Komsas Spm
Page 32: Nota Komsas Spm
Page 33: Nota Komsas Spm
Page 34: Nota Komsas Spm

MAKSUD.

? Seorang lelaki mencari rezeki sebagai tukang gunting di bawah sebatang pokok semarak api.? Peralatan kerjanya hanyalah sebilah gunting , sikat rongak ,cermin sompek dan sebuah bangku berkaki tiga .? Tukang gunting itu sentiasa bekerja dengan bersemangat.Semasa menunggu kedatangan pelanggan ,dia kerap terkenang akan zaman remajanya yang telah berlalu di samping memikirkan rancangan masa depannya .? Dia akan terus mencari rezeki di situ untuk menanggung seorang isteri dan empat orang anaknya .

TEMA.

? Kegigihan golongan bawahan mencari rezeki yang halal demi kelangsungan hidup.

PERSOALAN.

1. Suami dan ayah yang bertanggungjawab terhadap keluarganya.2. Kesabaran dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba .3. Keyakinan untuk menghadapi masa hadapan dengan pekerjaan sebagai tukang gunting .

BENTUK.

1. Lima rangkap.2. Lima dan enam baris serangkap .3. Tiga hingga lima patah kata sebaris.4. Tiga hingga sepuluh suku kata sebaris.

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

1. Asonansi. Contohnya: di lumpur sungai manusia ( pengulangan vokal ?u?) 2. Aliterasi. Contohnya: ia ukir nafkah keluarganya ( pengulangan konsonan ?k?)3. Anafora (pergulangan di awal baris ) Contohnya :di tebing lalu lalang ; di lumpur sungai manusia4. Metafora. Contohnya : sungai manusia , perahu hidup .5. Simile. Contohnya : seperti semarak api, begitulah semarak hatinya .6. Personifikasi. Contohnya : menyikat remajanya , merapikan tuanya.

NILAI

1. Kasih sayang .Contohnya, tukang gunting sangat sayang akan keluarganya hingga sanggup dia berusaha gigih mencari rezeki untuk menanggung kehidupan mereka.2. Kerajinan .Contohnya ,tukang gunting bekerja setiap hari walupun pendapatan tidak lumayan3. Ketabahan .Contohnya , tukang gunting tabah menhadapi pelbagai kesusahan hidup kerana pendapatan tidak tetap4. Berdikari.Contohnya , berusaha sendiri mencari nafkah dengan menjadi tukang gunting

Page 35: Nota Komsas Spm

Pemahaman Puisi Moden : Sajak Keindahan Yang Hilang

Nota

Page 36: Nota Komsas Spm
Page 37: Nota Komsas Spm
Page 38: Nota Komsas Spm

DI Kota KecilkuMAKSUD? Ketika penyajak pulang ke kampung halamannya melalui padang Speedy dan terus ke Durian Sebatang , dia terkenang akan masa lampau.? Di daerah kecil itulah penyajak mula menuntut ilmu bersama dengan teman -temannya. Ayah dan emak penyajak berkorban untuk menyekolahkannya.? Penyajak melihat sekolah lamanya sudah jauh berubah.Di sekolah itulah dia pernah mendapat kejayaan yang cemerlang dengan mendapat pangkat 1 tetapi ayahnya yang mungkin kurang berpendidikan seolah-olah tidak menunjukkan rasa bangga dengan kejayaan itu. ? Penyajak sedar bahawa dia mula mengenal kehidupan di situ.Walaupun kini dia telah berpindah ke tempat lain, namun dia tetap menyimpan perasaan rindu akan tempat berkenaan.

TEMA? Kerinduan terhadap masa silam yang penuh kenangan.

PERSOALAN1. Pengorbanan ibu bapa memberikan pelajaran sentiasa dikenang oleh anak -anak yang tahu mengenang jasa.2. Keakraban rakan sebaya pada zaman persekolahan akan senantiasa dikenang sehingga dewasa.3. Pengorbanan guru yang mendidik anak-anak muridnya hingga berjaya.4. Rasa cinta pada kampung halaman walaupun telah berhijrah.

BENTUK1. Terdiri daripada 4 rangkap.2. 6 baris hingga 8 baris serangkap. 3. 1 hingga 5 patah kata sebaris.4. 2 hingga 11 suku kata sebaris.

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI1. Asonansi.Contohnya ; sesaat tiba di muka sekolah (pengulangan vokal ?a?)2. Aliterasi.Contohnya ;di sini anak belasan tahun (pengulangan konsonan ?n?)3. Pengulangan kata di awal baris.Contohnya ;di sini aku pulang, di sini anak belasan tahun.4. Sinkof.Contohnya; kulewati kota kecilku.5. Simile.Contohnya ;detik itu datang bagai mimpi.6. Inversi.Contohnya; meski berubah pandangan (sepatutnya meski pandangan berubah)

NILAI1. Kerajinan.Contohnya , rajin dan gigih belajar hingga berjaya dalam pelajaran2. Kasih sayang.Contohnya, penyajak sangat sayang akan kampung kelahirannya , teman - temannya dan ibu bapanya yang telah banyak berkorban . 3. Kecekalan / ketabahan.Contohnya , penyajak tabah menghadapi pelbagai rintangan untuk menuntut ilmu sehingga mampu mencapai kejayaan.4. Mengenang jasa atau budi.Contohnya , penyajak senantiasa mengenang jasa ibu bapa dan gurunya

Page 39: Nota Komsas Spm

SEJARAH

MAKSUD- penyajak menyatakan bahawa sejarah berlaku pada masa dan tempat yang tertentu dan akan berlalu apabila tiba masanya- sejarah mencatat pelbagai peristiwa yang benar, termasuklah kisah kejatuhan pemimpin zalim / diktator yang pernah berkuasa.- walaupun sesuatu kejadian semakin dilupakan tetapi sejarah yang telah berlalu itu menimbulkan kesedaran untuk membuat pertimbangan semasa membuat sebarang keputusan / dapat dijadikan iktibar- walaupun sejarah (aku) dikatakan tidak penting tetapi sepanjang riwayat hidup , sejarah tetap berlaku.- sejarah tetap akan merakamkan segala peristiwa sebab sejarah tidak dapat dihalang dan tidak akan menipu.

TEMA- Sejarah yang tetap akan berlaku serta tidak boleh dihalang.

PERSOALAN1. Sesuatu peristiwa yang berlaku akan kekal sebagai sejarah2. Sejarah tidak pernah menipu atau berbohong3. Peristiwa sejarah dapat dijadikan iktibar.4. Manusia boleh melakukan perubahan untuk mencipta sejarah.

BENTUK1. Terdiri daripada 5 rangkap.2. 3 baris hingga 8 baris serangkap. 3. 1 hingga 6 patah kata sebaris.4. 5 hingga 14 suku kata sebaris.

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI1. Aliterasi.Contohnya; kerana sejarah itu simpang siur (pengulangan konsonan ?s?)2. Asonansi.Contohnya; tapi detik ini maha penting (pengulangan vokal ?i?)3. Pengulangan kata.Contohnya; pada tempatnya,pada waktunya,pada ukuran keutamaan.4. Metafora.Contohnya; sungai marah,air peristiwa.5. Sinkof.Contohnya; kewujudanku.6. Personifikasi.Contohnya; batu pada sungai marah.7. Inversi. Contohnya; juga akan tenggelam (sepatutnya akan tenggelam juga)

NILAI1. Ketabahan.Contohnya , kita mesti tabah menerima sesuatu peristiwa,terutamanya peristiwa sedih.2. Kebijaksanaan.Contohnya , penyajak digambarkan sebagai orang yang bijak belajar daripada peristiwa sejarah.3. Keberanian.Contohnya , walaupun penyajak menganggap dirinya kerdil dan tiada kedudukan tetapi dia tetap berani berjuang menentang kezaliman.

Page 40: Nota Komsas Spm

Duhai PentafsirMAKSUD- Penyajak mencari pentafsir (pembimbing) yang dapat memimpinnya ke jalan yang benar- Setelah penyajak semakin tua, dia mula insaf dan menyedari segala segala kesilapannya. Dia teringat segala dosa-dosa yang telah dilakukan semasa muda. Dia ingin bertaubat tetapi tidak tahu cara-caranya dan belum menemui hidayah.Oleh sebab itu , kehidupannya penuh keresahan.- Dia melakukan kesilapan kerana tidak mendapat pendidikan agama yang cukup sejak kecil.- Penyajak sedar akan keadaan dirinya yang semakin tua dan kekuatan fizikalnya yang semakin berkurangan. Dia berasa masa semakin suntuk, menyebabkan dia berusaha untuk mencari pembimbing secepat mungkin.

TEMA- Orang yang kehilangan arah atau mencari hidayah setelah lama menikmati kehidupan di dunia ini

PERSOALAN1. Penyesalan terhadap kesilapan yang pernah dilakukan .2. Pentingnya ilmu agama dalam menjalani kehidupan di dunia .3. Kesedaran untuk medekati Allah s.w.t setelah menyedari kejahilan diri dan insaf.

BENTUK1. Terdiri daripada 5 rangkap .2. 5 sehingga 9 baris serangkap .3. 2 hingga 6 patah kata sebaris .4. 6 hingga 18 suku kata sebaris.

GAYA BAHASA1. Asonansi.Contohnya; dan aku telah terlalu lesu (pengulangan vokal ?a?)2. Aliterasi.Contohnya di samping pusara mu yang sepi (pengulangan konsonan ?p?)3. Pengulangan kata .Contohnya; pentafsir sebenarnya telah lama ku cari pentafsir musim telah terlalu tua4. Inversi. Contohnya; dengan lusuh catatan mu (sepatutnya dengan catatan mu yang lusuh) 5. Metafora.Contohnya ; racun keresahan lautan nota-nota mu6. Sinkof.Contohnya; suaramu yang sarat .7. Personafikasi.Contohnya ;angin sedang cuba mengoyak-ngoyakkan lembar-lembar buku

NILAI1. Cinta akan agama .Contohnya ,penyajak berusaha untuk mendampingi Allah s.w. atau mencintai agamanya2. Keinsafan.Contohnya,penyajak mengakui segala kesilapan yang pernah di lakukannya dan berazam mahu mengatasi segala kelemahan itu serta berharap akan mendapat hidayahNya .3. Rasional. Contohnya, berfikiran terbuka dan berusaha meningkatkan keimanan.

PENGAJARAN1. Kita hendaklah menginsafi segala kesilapan yang pernah kita lakukan . 2. Kita hendaklah mempelajari ilmu agama sejak kecil lagi supaya dapat mengamalkannya atau menjadi penduan hidup sepanjang hayat.3. Kita mestilah berusaha mengukuhkan semangat dan iman untuk melawan gejala negatif.4. Kita mestilah mencari orang yang pakar dalam bidang agama untuk membantu kita kembali ke jalan yang benar.

Page 41: Nota Komsas Spm

Di ruang gemanya

MAKSUD? Penyajak menumpahkan seluruh taat setianya tanpa berbelah bahagi terhadap negaranya dan senantiasa berharap agar negaranya akan mencapai kegemilangan. ? Penyajak telah berjuang semasa negara dalam keadaan kucar-kacir.Setelah melakukan pengorbanan ikhlas itu, dia sanggup menghadapi sebarang rintangan pada masa depan tanpa mengenal kecewa atau derita.? Penyajak menganggap dugaan sebagai lumrah kehidupan dan dia sanggup berkongsi pengalamannya dengan orang lain untuk menghadapi pelbagai bentuk cabaran hidup.? Penyajak berikrar untuk sama-sama berusaha menangani pelbagai cabaran yang melanda negara agar kegemilangan negara sentiasa terserlah.

TEMASemangat patriotik yang menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada tanah air .

PERSOALAN1. Kesanggupan seseorang dalam perjuangan ke arah kegemilangan tanah air yang tercinta.2. Kesukaran atau dugaan adalah lumrah kehidupan dan semua orang mesti menghadapinya dengan berani dan cekal.3. Kesediaan memberikan sumbangan tenaga dan idea untuk menjamin tanah air sentiasa gemilang dalam pelbagai bidang.

BENTUK1. Terdiri daripada 3 rangkap.2. 4 hingga 173. 3 hingga 5patah kata sebaris4. 5 hingga 11 suku kata sebaris

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI1. Asonansi.Contohnya; hampa dan derita (pengulangan vokal ?a?)2. Aliterasi.Contohnya ; bakal kukongsikan hati (pengulangan konsonan ?k? ) 3. Pengulangan kata.Contohnya; telah kurangkumkan rebah setiaku telah kupahatkan lelah umurku.4. Sinkof.Contohnya; telah kurangkumkan rebah setiaku.5. Simbol.Contohnya ; kerikil dan debu bermaksud cabaran, dugaan atau malapetaka

NILAI1. Keberanian.Contohnya, berani berjuang dan berusaha untuk memajukan negara2. Kejujuran / Keikhlasan.Contohnya, jujur berjuang tanpa mengharapkan ganjaran3. Cinta akan tanah air / semangat patriotik. Contohnya , penyajak menumpahkan seluruh rasa setianya kepada tanah air.