komsas 6.20

17

Upload: anadina72

Post on 21-Aug-2015

344 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Komsas 6.20
Page 2: Komsas 6.20

(kronologi)

Binaan plot

Page 3: Komsas 6.20

permulaan

Page 4: Komsas 6.20

Sukma menyedari kemunculan tetamu misteri di hadapan pintu pagar rumahnya pada hari Isnin,6.20 pagi.Sukma berasa hairan dan tertanya-tanya tujuan kedatangan tetamu misteri itu,namun niatnya untuk mendekati tetamu misteri tersebut telah dihalang oleh ibunya,Puan Delia yang bimbang akan keselamatan keluarga mereka.

Page 5: Komsas 6.20

perkemban

gan

Page 6: Komsas 6.20

Pada hari-hari seterusnya, rumah Sukma masih didatangi oleh tetamu-tetamu misteri pada waktu yang sama. Sukma tetap berusaha mencari jawapan akan tujuan kedatangan tetamu-tetamu misteri tersebut. Dalam masa yang sama, Sukma bimbang akan sahabat baiknya, Jerry yang diketahuinya telah mengikuti Kelab WX2.

Page 7: Komsas 6.20

perumitan

Page 8: Komsas 6.20

Sukma datang ke Kelab WX2 dan dia mahu membawa Jerry keluar dari situ tetapi niatnya dihalang oleh Iskandar. Sukma juga telah bertemu dengan salah seorang tetamu misteri yang datang ke rumahnya. Ternyata dua perkara tersebut saling berkaitan antara satu dengan yang lain.

Page 9: Komsas 6.20

Konflik pertama

Page 10: Komsas 6.20

Pada hari Khamis, Sukma sempat berjumpa dan menegur salah seorang tetamu misterinya, iaitu seorang kanak-kanak berusia 5 tahun. Namun, Sukma tidak sempat memperoleh lebih banyak maklumat daripada kanak-kanak tersebut kerana kanak-kanak itu melarikan diri setelah mendengar suara ibu Sukma. Sukma juga mengetahui kewujudan Kelab WX2. Lebih membimbangkan Sukma apabila teman rapatnya, Jerry dikatakan mengunjungi kelab tersebut begitu juga dengan Iskandar.

Page 11: Komsas 6.20

Konflik kedua

Page 12: Komsas 6.20

Reny berterus terang kepada Sukma tentang penglibatannya dalam Kelab WX2 dan dia mengenali Iskandar melalui kelab itu sejak setahun yang lalu. Sukma bertindak memasuki kelab tersebut pada waktu siang untuk melihat sendiri keadaan kelab yang dikatakan menjadi tumpuan golongan remaja sebayanya.

Page 13: Komsas 6.20

Klimaks

Page 14: Komsas 6.20

Pada petang hari Ahad, operasi membanteras rusuhan ingin dilancarkan oleh golongan remaja Kelab WX2 di beberapa buah lokasi tertentu. Sukma berhadapan dengan situasi yang penuh mendebarkan apabila ibunya turut berada dalam kelompok rusuhan itu sebagai salah seorang pemimpin utama. Sukma dan ayahnya, Haji Syaqir berasa sedih dan kecewa, namun mereka tetap bimbang akan keselamatan orang yang tersayang.

Page 15: Komsas 6.20

peleraian

Page 16: Komsas 6.20

Persoalan yang selama ini berlegar-legar dalam fikiran Sukma telah terjawab. Sukma menceritakan peristiwa yang berlaku sepanjang seminggu di hadapan semua orang di kamar saksi mahkamah. Dia juga bercakap sebagai wakil bagi pihak ibunya yang koma akibat terkena tembakan ketika operasi membanteras rusuhan tempoh hari. Ibu Sukma bukanlah pengkhianat negara, sebaliknya beliau telah ditugaskan menjadi ejen perisik pihak berkuasa yang bertanggungjawab menumpaskan Kelab WX2 dari dalam. Hakikatnya, ibu Sukma ialah wira negara dan beliau menjadi kebanggaan anaknya, Sukma dan suaminya, Haji Syaqir.

Page 17: Komsas 6.20

sekian