perincian komsas

36
KOMSAS PUSAT TUISYEN GALUS 1

Upload: austin-schmidt

Post on 30-Sep-2015

114 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

AAA

TRANSCRIPT

  • KOMSAS

    PUSAT TUISYEN GALUS*

  • SINOPSIS

    Ringkasan cerita lebih kurang 100 -150 patah perkataan. Mengandungi huraian ceritamengikut urutan masa berdasarkan plot.

    *

  • TEMA DAN PERSOALAN

    Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit).Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya.

    *

  • WATAK DAN PERWATAKANWatak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam. Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman. Pelukisanwatakitubolehdilakukansecara langsungatausecaratidaklangsung oleh pengarang melalui aksi, tutur kata, atau watak-watak berkenaan. *

  • SAMBUNGANDalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak dinamik, watak statik, protagonis dan antagonis. Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi, serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu. *

  • SAMBUNGANWatak pipihlazimnya tidak kompleks,tidak berkembang, dan tidak memeranjatkan pembaca. Watak bulat amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah sama ada menambah pengalamannya, mengubah sikapnya, dan fizikalnya. Watak dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan, dan permasalahan dari awal hingga akhir. *

  • SAMBUNGANWatak statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan, dan tidak bergerak. Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang kurang penting dalam cerita disebut watak sampingan. *

  • SAMBUNGANWatak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak semestinya orang yang baik, tampan, dan berperikemanusiaan. Dia mungkindiktator, koruptor,penjenayah, dan sebagainya. Watak antagonis menjadi penentang atau lawan kepada watak protagonis.Walaupun begitu, untuk kajian komsas, hanya watak utama dan watak sampingan yang diberikan tumpuan.

    *

  • PLOTPlotialahsesuatuyangmenghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap penstiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat. *

  • SAMBUNGANSusunanceritabergantungpadafantasi dan kreativiti pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi.Plot ialah penyusunan kronologi yang diubah suai mengikut kemahuan pengarang. Teknikpenyusunan plotyangmenarikialah penyusunanperistiwasecaratidakkronologi. Pengarang haruslah cekap, kreatif, dan bijaksana menyusunnya sehingga mencapai peleraian. *

  • SAMBUNGANPermulaanplotialahperingkat permulaan (eksposisi), iaitu untuk memperkenalkan watak-watak, latar, dan suasana. Perkembangan plot mengakibatkan konflik. Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita, iaitu perumitan (komplikasi). Perumitanmenujukepadapuncak (klimaks) apabila tercapainya konsentrasi yang maksimum. *

  • SAMBUNGANKemudian urutan cerita menuju kepada peleraian. Kadang-kadang puncak dijadikan pengakhiran cerita bagi sesetengah cereka.

    *

  • TEKNIK PLOTTeknikplotialahcarapengarang mengembangkan plot ceritanya supaya menarik. Antarateknikplottermasuklahseperti yang berikut:*

  • IMBAS KEMBALIImbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya.Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman*

  • IMBAS MUKA

    Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku.*

  • DIALOGDialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak.Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema.

    *

  • SASPENS

    Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.*

  • KONFLIK

    Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot.Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran, iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar.Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran.

    *

  • KEJUTAN

    Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca.Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.*

  • LATAR

    Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita.Latar penting dalammengembangkantema, persoalan, plot, watak, dan perwatakan. Idea, plot, dan watak akan lebih hidup jika berada dalam situasi pelbagai latar.Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan, peralatan, tanggungjawab watak, waktu, dan sebagainya.Latar terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:*

  • SAMBUNGAN

    LATAR TEMPATMerupakan ruang atau tempat peristiwa berlaku yang berkaitan dengan lokasi geografi.LATAR WAKTU ATAU MASAMenunjukkan masa peristiwa berlaku seperti waktu pagi, petang, musimnya, zaman, era, sejarahnya.LATAR MASYARAKAT Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak.

    *

  • GAYA BAHASA*

    JENIS GAYA BAHASAHURAIANNYADiksiBermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang daiam karyanya Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej.AyatMerujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat daiam karyanya, misalnya ayat pendek dan ayat panjang. PersonifikasiDikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak. Contohnya: ...mataharipagibangkitdaripada selimutgunung, benaknya mendandan sejuta persoalan

  • SAMBUNGAN*

    JENIS GAYA BAHASAHURAIANNYAMetaforaMerupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung) Contohnya: perahu duka, ladang kesabaranSimileMerupakan perbandingan secara terus atau langsung menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya Contohnya: bak samudera hampa, umpama lautan fikiranHiperbolaMerupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya Contohnya: seribu lautan sanggup diharungiSinkopeBermaksud penyingkatan perkataan Contohnya: "Apa dah jadi ni?"

  • SAMBUNGAN*

    JENIS GAYA BAHASAHURAIANNYARimaBermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris daiam puisi Terdiri daripada rima awal,dan rima akhirAsonansiMerupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak Contohnya:Kerana aku penyair kupenuhi hidupkuAliterasiBermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak Contohnya: Memacu menghimpun kekuatanRepitisi @ Pengulanganpengulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya: orang berbunga dia berbunga

  • SAMBUNGAN*

    JENIS GAYA BAHASAHURAIANNYA Anafora Pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. Contohnya: Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD ! Tambah mengimbau sorotan kitab ESA!Epiforapengulangan kata pada akhir baris. Contohnya: ..di pundakku ...hati sepiku Perlambanganmerupakankata kata yangdigunakan untuk menerangkansesuatubenda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam Contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia muda

  • NILAIBaik hati Berdikari Hemah tinggi Hormat-menghormati Kasih sayang Keadilan Kebebasan Keberanian Kebersihan mental dan fizikal Kejujuran *

  • SAMBUNGANKerajinan Kerjasama Kesederhanaan Kesyukuran Rasional Semangat bermasyarakat dan nilai-nilai lain yang bersesuaian.

    *

  • PENGAJARANPengajaran ialah peringatan @ @ pedoman @ perutusan @ amanat @ mesejyang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca/penonton. Dalam karya tradisional, ia disampaikan secara tersurat/secara langsung tetapi dalam karya moden, ia disampaikan secara tersirat/tidak langsung. *

  • SAMBUNGANGunakan nilai sebagai asas untuk menjawab. Jika nilai positif, mulakan ayat jawapan anda dengan -Kita hendaklah .. - Kita seharusnya. Jika nilai negatif, mulakan ayat jawapan anda dengan -Kita jangan. -Kita tidak boleh. diikuti dengan contoh dalam teks.

    *

  • KOMSAS*

  • WATAK DAN PERWATAKAN*BARNIAT YANGMATJINSAYANGHORMATRAJINTAATBERANISABAR

  • TEKNIK PLOT*KALI LOGLOGMONOLOG IMBAS KEMBALIIMBAS MUKADIALOG

  • GAYA BAHASA*SISI RARA

    EPIFORA

    ALITERASIASONASIANAFORA

  • SAMBUNGAN*SILE LARAHIPERBOLASIMILE

    DIKSI

    METAFORA

  • CIRI-CIRI (PUISI & SAJAK)*RABA PASURIBARISRIMA AKHIRSUKU KATAPATAH KATARANGKAP

  • *