arkib komsas

46
7/26/2019 Arkib KOMSAS http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 1/46 1  © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.  ARKIB KOMSAS 11 Biasanya, seseorang itu gemar bergaul dengan kelompok yang banyak mempunyai persamaan dengan dirinya. Sifat-sifat yang Baik 12 Orang yang berbudi pekerti tinggi akan sentiasa dihormati dan dipandang mulia. 13 Orang yang suka berderma dan tidak kedekut akan sentiasa disenangi dalam pergaulan. 14 Orang yang bersikap pemurah mudah mendapat kawan. Perbuatan yang Baik 15 Orang yang berbuat jasa akan sentiasa dikenang dan dihargai orang. 16 Sebelum memikirkan orang lain, hendaklah kita memikirkan diri sendiri dahulu. Sifat-sifat yang Jahat 17 Orang yang berpura-pura baik tetapi hatinya tidak jujur. 18 Orang yang khianat dan tidak amanah akan dimurkai oleh Tuhan. Tema Tema gurindam ini ialah nilai-nilai murni yang perlu diamalkan dalam kehidupan sehari-harian. Antara nilai murni tersebut ialah berakhlak mulia, suka berderma, pemurah, berbuat jasa, dan suka membantu. Persoalan 1. Persoalan tentang menjaga pertuturan. 2. Persoalan tentang menjauhi persengketaan. 3. Persoalan tentang pentingnya menuntut ilmu pengetahuan. 4. Persoalan tentang menjaga adab dalam pergaulan. 5. Persoalan tentang sikap berbudi bahasa. Bentuk Gurindam 1. Gurindam ini terdiri daripada 17 rangkap. 2. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu dua baris. 1  Beberapa Petua Hidup Maksud Fikir dan Kata Rangkap Huraian 1 Sikap ambil mudah tanpa berkir panjang dan meneliti sesuatu perkara menyebabkan diri kita mudah melakukan kesilapan. 2 Berkir panjang sebelum mengeluarkan kata- kata dapat mengelakkan perselisihan faham. 3 Kata-kata kasar yang keluar dari mulut akan menyakitkan hati, ibarat racun yang membawa mudarat. 4 Jika tidak menjaga percakapan, pasti tercetus perbalahan dan seterusnya kita akan ditimpa pelbagai masalah. Silang Sengketa 5 Orang yang suka bersengketa, hidupnya tidak bahagia. 6 Jangan kita memulakan sengketa tetapi jika terlibat juga, hendaklah berusaha untuk mencari  jalan penyelesaian dan tidak bersikap lepas tangan. Ilmu 7 Ilmu yang dituntut separuh jalan tanpa usaha yang bersungguh-sungguh tidak dapat memberikan manfaat. 8 Segala ilmu dan kemahiran dapat diperoleh  jika kita rajin dan mempunyai kemahuan untuk belajar. Dunia Pergaulan 9 Kita hendaklah berhati-hati dalam pergaulan dan memilih orang yang baik untuk dijadikan sahabat. 10 Keperibadian seseorang dapat dikenal pasti melalui budi bahasa dan latar pergaulannya. Unit 1 Puisi Tradisional Bahagian A : Antologi Sejadah Rindu

Upload: vasant-kelvin

Post on 02-Mar-2018

485 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 1/46

1  © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

 ARKIB KOMSAS 

11

Biasanya, seseorang itu gemar bergaul dengan

kelompok yang banyak mempunyai persamaan

dengan dirinya.

Sifat-sifat yang Baik

12

Orang yang berbudi pekerti tinggi akan sentiasa

dihormati dan dipandang mulia.

13Orang yang suka berderma dan tidak kedekut

akan sentiasa disenangi dalam pergaulan.

14Orang yang bersikap pemurah mudah mendapat

kawan.

Perbuatan yang Baik

15Orang yang berbuat jasa akan sentiasa dikenang

dan dihargai orang.

16Sebelum memikirkan orang lain, hendaklah kita

memikirkan diri sendiri dahulu.

Sifat-sifat yang Jahat

17Orang yang berpura-pura baik tetapi hatinya

tidak jujur.

18Orang yang khianat dan tidak amanah akan

dimurkai oleh Tuhan.

Tema

Tema gurindam ini ialah nilai-nilai murni yang perlu diamalkan

dalam kehidupan sehari-harian. Antara nilai murni tersebut

ialah berakhlak mulia, suka berderma, pemurah, berbuat jasa,

dan suka membantu.

Persoalan

1.  Persoalan tentang menjaga pertuturan.

2.  Persoalan tentang menjauhi persengketaan.

3.  Persoalan tentang pentingnya menuntut ilmu pengetahuan.

4.  Persoalan tentang menjaga adab dalam pergaulan.

5.  Persoalan tentang sikap berbudi bahasa.

Bentuk Gurindam

1.  Gurindam ini terdiri daripada 17 rangkap.

2.  Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu

dua baris.

1  Beberapa Petua Hidup

Maksud

Fikir dan Kata

Rangkap Huraian

1

Sikap ambil mudah tanpa berkir panjang dan

meneliti sesuatu perkara menyebabkan diri kita

mudah melakukan kesilapan.

2Berkir panjang sebelum mengeluarkan kata-

kata dapat mengelakkan perselisihan faham.

3

Kata-kata kasar yang keluar dari mulut akan

menyakitkan hati, ibarat racun yang membawa

mudarat.

4

Jika tidak menjaga percakapan, pasti tercetus

perbalahan dan seterusnya kita akan ditimpa

pelbagai masalah.

Silang Sengketa

5Orang yang suka bersengketa, hidupnya tidak

bahagia.

6

Jangan kita memulakan sengketa tetapi jika

terlibat juga, hendaklah berusaha untuk mencari

 jalan penyelesaian dan tidak bersikap lepas

tangan.

Ilmu

7

Ilmu yang dituntut separuh jalan tanpa usaha

yang bersungguh-sungguh tidak dapat

memberikan manfaat.

8

Segala ilmu dan kemahiran dapat diperoleh

 jika kita rajin dan mempunyai kemahuan untuk

belajar.

Dunia Pergaulan

9

Kita hendaklah berhati-hati dalam pergaulan

dan memilih orang yang baik untuk dijadikan

sahabat.

10

Keperibadian seseorang dapat dikenal pasti

melalui budi bahasa dan latar pergaulannya.

Unit 1 Puisi Tradisional

Bahagian A : Antologi Sejadah Rindu

Page 2: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 2/46

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS 

2 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

3.  Setiap baris mempunyai tiga hingga enam patah

perkataan. Contoh:

(a)  Kelaknya pasti berdukacita [rangkap 5, baris 2] – tiga

patah perkataan

(b)  Burung yang sama corak dan bulu [rangkap 11, baris

1] – enam patah perkataan

4.  Setiap baris terdiri daripada sembilan hingga 12 suku

kata. Contoh:(a)  A/sal/ma/hu/ra/jin/be/la/jar [rangkap 8, baris 2] –

sembilan suku kata

(b)  Te/ta/pi/to/long/lah/di/ri/mu/da/hu/lu [rangkap 16,

baris 2] – 12 suku kata

5. Bentuk gurindam ini terikat.

Unsur Bunyi

1.  Asonansi

Contoh:

(a)  Perkataan tajam jika dilepas [rangkap 3, baris 1] –

pengulangan vokal a

(b)  Silang selisih jangan dicari [rangkap 6, baris 1] –

pengulangan vokal i 

2.  Aliterasi

Contoh:

(a)  Supaya terelak silang sengketa [rangkap 2, baris 2] –

pengulangan konsonan s

(b) Boleh ditimpa bahaya besar [rangkap 4, baris 2] –

pengulangan konsonan b

3. Rima akhir setiap rangkap ialah aa

Gaya Bahasa

1. Repetisi

Contoh:

(a)  Kurang kir, kurang siasat 

(b)  Jikalau kamu bersifat (diulang pada baris 1, rangkap

12,13, dan 14)(c)  Barang siapa berbuat (diulang pada baris 1, rangkap

15 dan 18)

2.  Sinkope

Contoh: dirimu dan kautawan

3. Simile

Contoh: ibarat beringin, racun dan upas

4. Responsi

Contoh:

Silang selisih jangan dicari,

Jika tersua janganlah lari.

5. Imej alam

Contoh: beringin; upas; burung; bunga; taman6. Peribahasa

Contoh: Telunjuk lurus kelengkeng berkait 

Nilai

1. Nilai kerajinan  –  Sikap rajin belajar untuk menambah

pengetahuan membantu kita membuat penilaian yang

wajar.

2. Nilai hemah tinggi  –  Sifat beradab dalam pergaulan

disenangi oleh rakan-rakan dan dapat mengelakkan

perselisihan.

3. Nilai bantu-membantu  –   Amalan bantu-membantu

dalam kalangan masyarakat adalah satu kemestian dan

perlu dilakukan.

Pengajaran

1. Kita hendaklah menjaga tingkah laku dan budi pekerti

dalam pergaulan.

2. Kita hendaklah rajin belajar dan menuntut ilmu supaya

bermanfaat untuk diri sendiri.

3. Kita hendaklah bijak memilih sahabat.

4. Kita hendaklah bersikap pemurah dan dermawan.

5. Kita hendaklah bersikap jujur dalam persahabatan.

6. Janganlah kita suka bersengketa.

2  Berbuat Istana Zaman Dahulu

Maksud

Rangkap Huraian

1

Raja menyampaikan titah kepada empat orang

pembesar baginda supaya sebuah istana dibina.

Titah itu disampaikan pula kepada Pawang Rajayang kemudiannya mengumpulkan para pekerja.

Pembinaan itu melibatkan empat puluh empat

orang tukang yang bekerja tanpa henti.

2

Pembinaan istana tersebut mengambil masa

tujuh bulan lamanya. Istana tersebut sangat

besar, tinggi, dan berhias indah.

3

Reka bentuk istana itu digambarkan sangat

gah. Tiangnya panjang, kayu pada atapnya

melengkung, dan kayu penahannya pula amat

teguh.

4

Seni ukiran pada istana itu dihias indah dengan

pelbagai corak. Ada yang bercorak ora serta

ada pula yang menggunakan seni ukiran Jawa

dan Cina.

5

Reka bentuk istana kekal eksklusif dan tidak

dapat ditiru oleh orang lain kerana tukangnya

meninggal dunia selepas istana tersebut siap

dibina.

Tema

Tema seloka ini ialah keunikan dan keindahan seni bina istana

zaman silam. Pembinaan istana raja pada zaman dahulu

memakan masa yang panjang dan memerlukan tenaga kerja

yang banyak kerana mempamerkan seni bina yang unik dan

indah.

Persoalan

1. Persoalan tentang ketaatan kepada raja.

2. Persoalan tentang kegigihan bekerja.

3. Persoalan tentang kemahiran ilmu pertukangan

masyarakat Melayu zaman dahulu.

Bentuk Seloka

1. Seloka ini terdiri daripada lima rangkap.

2. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu

antara tiga hingga lapan baris. Rangkap 1, 2, dan 3

mengandungi enam baris. Rangkap 4 mengandungi

lapan baris manakala rangkap 5 mengandungi 3 baris.

Page 3: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 3/46

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS

3  © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

3. Semua baris merupakan isi atau maksud.

4. Setiap baris mempunyai dua hingga enam patah

perkataan.

Contoh:

(a)  Bertakuk bersedelinggam [rangkap 4, baris 2] – dua

patah perkataan

(b) Empat puluh empat tukang dan utas [rangkap 1,

baris 5] – enam patah perkataan5. Setiap baris terdiri daripada lapan hingga 17 suku kata.

Contoh:

(a)  Ber/se/lim/pat/u/kir/Ja/wa [rangkap 4, baris 4] – lapan

suku kata

(b)  Di/per/sem/bah/kan/ke/pa/da/ba/gin/da/su/a/mi/is/te/ 

ri [rangkap 5, baris 3] – 17 suku kata

Unsur Bunyi

1. Asonansi

Contoh:

(a) Baginda menitahkan orang besar empat [rangkap 1,

baris 1] – pengulangan vokal a

(b)  Tujuh bulan tujuh purnama [rangkap 2, baris 1] –

pengulangan vokal u

2. Aliterasi

Contoh:

(a)  Membuat istana puri berkota [rangkap 1, baris 2] –

pengulangan konsonan t 

(b)  Galang-galangnya ular berang [rangkap 3, baris 4] –

pengulangan konsonan g 

3. Rima akhir setiap rangkap tidak sama.

Rangkap 1: abbbcd 

Rangkap 2: abcdeb

Rangkap 3: abcdeb

Rangkap 4: abcddefd 

Rangkap 5: abc 

Gaya Bahasa

1. Repetisi

Contoh: Tujuh bulan tujuh purnama

2. Responsi

Contoh:

Sepuluh dengan rembat guntung,

Sebelas dengan pancung serong,

Dua belas dengan anjung tinggi.

3. Anafora

Contoh:

(a)  Tiang panjang maharaja lela,  Tiang tengah syukur menanti;

(b)  Kasau kecil puteri menyembah,

  Kasau lentik helang berbega.

4. Imej alam

Contoh: ular; helang; bunga kenanga

5. Kata ganda

Contoh: galang-galangnya; lilit-melilit; layang-layang 

6. Bahasa arkaik

Contoh:  puri, galang-galang, kasau, mengelempai,

bersedelinggam

Nilai

1. Nilai ketaatan kepada pemimpin  – Orang besar empatdan Pawang Raja taat akan perintah raja untuk membina

istana berkota. Pawang Raja mengerahkan empat puluh

empat orang tukang untuk membina istana tersebut.

2. Nilai kegigihan – Empat puluh empat orang tukang gigih

bekerja membina istana tanpa henti sehingga istana itu

dapat dibina dalam masa tujuh bulan.

3. Nilai daya usaha  –  Para pekerja tersebut berusaha

dengan menggunakan kreativiti mereka dalam bidang

seni bina sehingga siap sebuah istana yang indah dan

berukir cantik.

Pengajaran

1. Kita hendaklah taat kepada pemimpin.2. Kita hendaklah gigih bekerja untuk menyiapkan sesuatu

tugasan.

3. Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan

dengan penuh tanggungjawab.

Unit 2 Puisi Moden

1  Sejadah Rindu

Maksud

Rangkap Huraian

1

Hati penyajak tersentuh ketika berdoa. Penyajak

 juga berasa insaf atas dosa yang telah

dilakukannya.

2

Penyajak memohon Tuhan mengampunkan

dosanya sebelum tiba hari kematiannya yang

telah ditentukan oleh Tuhan.

3Penyajak mengalirkan air mata kerana sebak

ketika menunaikan solat taubat.

4Penyajak melafazkan doa dengan sesungguh

hati agar Tuhan mengampunkan dosanya.

5

Penyajak berdoa kepada Tuhan untuk menjadi

manusia yang taat dan tidak lalai akan kehidupan

dunia yang bersifat sementara.

Tema

Tema sajak ini ialah keagamaan dan ketuhanan. Seorang

insan yang insaf akan dosa-dosanya yang terdahulu memohon

keampunan daripada Tuhan dengan bersungguh-sungguh

sebelum tiba hari kematiannya.

Page 4: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 4/46

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS 

4 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Persoalan

1. Persoalan tentang ketaatan kepada Tuhan.

2.  Persoalan tentang keinsafan dan keazaman untuk

menjadi insan yang lebih baik.

Bentuk Sajak

1. Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.

2. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah antara enam 

hingga tujuh baris. Rangkap 1, 2, 4, dan 5 mempunyai

enam baris manakala rangkap 3 mempunyai tujuh baris.

3. Setiap baris mempunyai satu hingga enam patah

perkataan. Contoh:

(a)  akhirnya [rangkap 3, baris 3] – satu patah perkataan

(b) merekah keinsafan di hati yang beku [rangkap 1,

baris 5] – enam patah perkataan

4. Setiap baris terdiri daripada tiga hingga empat belas suku

kata. Contoh:

(a)  ak/hir/nya [rangkap 3, baris 3] – tiga suku kata

(b)  meng/ung/kap/ka/li/mah/syah/du [ rangkap 1, baris 3]

 – lapan suku kata

(c)  Ber/be/kal/pan/ca/in/de/ra/a/nu/ge/rah/Tu/han

[rangkap 2, baris 1] – 14 suku kata

5. Bentuk sajak ini bebas.

Unsur Bunyi

1. Asonansi

Contoh:

(a) merekah keinsafan di hati yang beku [rangkap 1,

baris 5] – pengulangan vokal e

(b)  moga terbuka ruang keampunan [rangkap 2, baris 4]

 – pengulangan vokal u

2. Aliterasi

Contoh:(a)  bait bicara tersentuh kalbu [rangkap 1, baris 4] –

pengulangan konsonan b

(b)  sebelum saat aku dinisankan [rangkap 2, baris 5] –

pengulangan konsonan s

3. Rima akhir setiap rangkap ialah:

Rangkap 1: aaaaaa

Rangkap 2: aaaaaa

Rangkap 3: aabaaaa

Rangkap 4: aaaaaa

Rangkap 5: aaaaaa

Gaya Bahasa

1. MetaforaContoh: sejadah rindu; nafas kehidupan

2. Inversi

Contoh: Terkedu aku (sepatutnya Aku terkedu)

3. Repetisi

 Air mata menjadi saksi 

keikhlasan menjadi bukti 

4. Hiperbola

Contoh: merekah keinsafan di hati yang beku

5. Sinkope

Contoh: kupohon; Kautetapkan

6. Perkataan Arab

Contoh: insan; taubat 

7. Kata ganda

Contoh: ayat-ayat 

Nilai

1. Nilai keinsafan  –  Penyajak insaf akan kesalahan yang

pernah dilakukannya.2. Nilai ketaatan kepada Tuhan  –  Penyajak taat kepada

Tuhan dengan melaksanakan ibadah yang diperintahkan.

3. Nilai keimanan  – Penyajak percaya kepada Tuhan dan

memohon keampunan daripada-Nya atas dosa-dosanya.

4. Nilai kesungguhan  –  Penyajak bersungguh-sungguh

meminta keampunan daripada Tuhan dan berdoa agar

dia sentiasa taat akan perintah-Nya.

Pengajaran

1. Kita hendaklah taat akan ajaran agama.

2. Kita hendaklah sentiasa memperbetulkan diri untuk

menjadi manusia yang lebih baik.

3. Kita hendaklah mendekatkan diri kepada agama supaya

tidak leka akan dunia.

4. Kita hendaklah menginsa diri dan bertekad untuk

berubah ke arah kebaikan.

5. Janganlah kita lalai akan keindahan dunia yang bersifat

sementara sedangkan akhirat jualah yang kekal.

2  Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis

Kampus

Maksud

Rangkap Huraian

1

Penyajak menghantar seorang gadis dari kampung

ke kampus universiti. Penyajak berpesan kepada

gadis itu supaya belajar untuk menyesuaikan diri

di tempat baharu yang sangat asing bagi gadis itu.

2

Penyajak melepaskan gadis itu dengan harapan

dia dapat belajar tentang kehidupan daripada

setiap cabaran yang ditempuhnya.

3

Penyajak menyatakan bahawa kehidupan

di kampus penuh dengan cabaran yang

mempengaruhi pembentukan peribadi seseorang

pelajarnya.

4

Penyajak berpesan supaya gadis tersebut pandai

membawa diri dan pulang dengan kejayaan,

bukannya kekecewaan.

Tema

Tema sajak ini ialah nasihat dan pesanan ibu bapa kepada

anak gadis yang akan melanjutkan pelajaran di institusi

pengajian tinggi. Penyajak dalam sajak ini digambarkan

sebagai seorang ayah kepada seorang gadis. Anaknya

itu bakal melanjutkan pelajaran di universiti. Sebelum

melepaskan anaknya ke kampus, penyajak memberikan

beberapa pesanan dan nasihat.

Page 5: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 5/46

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS

5  © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Persoalan

1.  Persoalan tentang kasih sayang ibu bapa terhadap anak-

anak.

2. Persoalan tentang kepentingan pendidikan peringkat

tinggi.

3.  Persoalan tentang pandai membawa diri di perantauan.

Bentuk Sajak

1. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.

2. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah antara lima

hingga lapan baris. Rangkap 1 mempunyai lapan baris

manakala rangkap 2 dan rangkap 3 mempunyai enam

baris. Rangkap 4 mempunyai lima baris.

3. Setiap baris mempunyai tiga hingga enam patah

perkataan. Contoh:

(a)  dari tangga gading [rangkap 1, baris 8] – tiga patah

perkataan

(b) menongkah awan mulus dan kabus dingin [ rangkap

4, baris 2] – enam patah perkataan

4. Setiap baris terdiri daripada  lima hingga 15 suku kata.Contoh:

(a)  dan/wa/ras/a/kal [rangkap 2, baris 6] – lima suku kata

(b)  kau/nik/ma/ti/lah/a/ngin/dan/u/da/ra/il/mu/i/tu

[rangkap 1, baris 6] – 15 suku kata

5. Bentuk sajak ini bebas.

Unsur Bunyi

1. Asonansi

Contoh:

(a) Kuhantar kau mengecapi angin baru [rangkap 1,

baris 1] – pengulangan vokal a

(b)  hadir sihir angin bernafas api [rangkap 3, baris 2] –

pengulangan vokal i 

2. Aliterasi

Contoh:

(a)  bumantara asing dari yang sering kaumesrai

[rangkap 1, baris 3] – pengulangan konsonan r 

(b)  dari tangga gading  [rangkap 1, baris 8] – pengulangan

konsonan g 

3. Rima akhir setiap rangkap ialah:

Rangkap 1: aabcaade

Rangkap 2: abcdef 

Rangkap 3: abcdeb

Rangkap 4: abacd 

Gaya Bahasa1. Imej alam

Contoh: bendang; angin; udara; burung; awan; hujan

2. Bahasa arkaik

Contoh: bumantara ( maksudnya angkasa)

3. Perlambangan

Contoh:  burung putih, iaitu anak yang suci bersih dan

cetek pengalaman hidup

4. Metafora

Contoh:  bilah petir; sembilu nasib; selumbar noda;

gunung ego

5. Anafora

Contoh:

Di awan kampus yang sarat ilmu

di pohon kampus yang tegar status

di padang kampus yang hijau pertimbangan

6. Responsi

Contoh:

Di awan kampus yang sarat ilmudi pohon kampus yang tegar status

di padang kampus yang hijau pertimbangan

7. Repetisi

Contoh:

menongkah awan perak dan kabut dingin

menongkah awan mulus dan kabus dingin

8. Hiperbola

Contoh: sihir angin bernafas api 

9. Personifkasi

Contoh: gunung ego menghalau pekerti 

10. Sinkope

Contoh: Kuhantar; kau; kuningmu

Nilai

1. Nilai kasih sayang – Sebagai ayah, penyajak menyayangi

anak gadisnya dengan memberikan pesanan dan nasihat

yang baik.

2. Nilai kerajinan –  Anak gadis penyajak rajin menuntut ilmu

hingga universiti.

3. Nilai keprihatinan – Penyajak prihatin akan cabaran hidup

yang bakal ditempuh oleh anak gadisnya di universiti.

4. Nilai berdikari  –  Anak-anak yang melanjutkan pelajaran

ke menara gading perlu berdikari dan pandai menjaga

diri.

Pengajaran

1. Kita hendaklah menghargai kasih sayang ibu bapa dan

mengingati serta mematuhi pesanan mereka.

2. Kita hendaklah pandai menjaga diri apabila berada di

tempat baharu.

3. Kita hendaklah mempunyai jati diri yang kukuh supaya

tidak mudah terpengaruh oleh unsur-unsur negatif.

4. Kita hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh

sehingga berjaya supaya menjadi kebanggaan ibu bapa.

3  Erti Hidup Bererti

Maksud

Rangkap Huraian

1Penyajak menyatakan bahawa dia sering berasa

sunyi kerana tiada sesiapa yang menziarahinya.

2

Penyajak merindui kehidupan silamnya. Dia

berasa kesal akan sikap anak-anaknya yang

enggan menjaganya.

3

Penyajak berasa sedih apabila mengenangkan

nasibnya. Dia berdoa agar anak-anaknya insaf

kerana setiap manusia tetap akan mati dan yang

kekal hanyalah Tuhan.

Page 6: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 6/46

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS 

6 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Tema

Sajak ini bertemakan perasaan sepi dan sunyi golongan

warga emas yang diabaikan oleh anak-anak. Penyajak

berasa sepi kerana anak-anaknya tidak menziarahinya,

malahan masing-masing enggan menjaga dirinya. Anak-

anaknya tidak mengingati dirinya, malahan saling menolak

untuk menjaganya. Mereka menganggap diri penyajak tidak

memberikan apa-apa erti kepada kehidupan mereka.

Persoalan

1. Persoalan tentang tanggungjawab anak kepada ibu bapa.

2. Persoalan tentang ikatan kekeluargaan yang longgar.

Bentuk Sajak

1. Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.

2. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah antara tujuh

hingga 11 baris. Rangkap 1 mengandungi tujuh baris,

rangkap 2 mengandungi sepuluh baris, dan rangkap 3

mengandungi 11 baris.

3. Setiap baris mempunyai dua hingga enam patahperkataan. Contoh:

(a)  malam sepi [rangkap 1, baris 2] – dua patah

perkataan

(b)  Aku selalu didatangi [rangkap 1, baris 1] – tiga patah

perkataan

(c)  tidak berubah keesokan hari [rangkap 1, baris 5] –

empat patah perkataan

(d) siapa yang akan datang menjengukku [rangkap 1,

baris 6] – lima patah perkataan

(e) dari angah ditendang ke sulung balik   [rangkap 2,

baris 7] – enam patah perkataan

4. Setiap baris terdiri daripada empat hingga 13 suku kata.

Contoh:

(a)  ba/gai/ka/lung [rangkap 1, baris 3] – empat suku kata(b)  se/mo/ga/di/si/ra/mi/be/nih/ke/in/sa/fan [rangkap 3,

baris 5] – 13 suku kata

Unsur Bunyi

1. Asonansi

Contoh:

(a)  hanya menjadi bayangan [rangkap 2, baris 3] –

pengulangan vokal a

(b)  cinta dalam rahim dilupai [rangkap 2, baris 5] –

pengulangan vokal i 

2. Aliterasi

Contoh:

(a)  dari sulung ditendang ke bongsu  [rangkap 2, baris6] – pengulangan konsonan g 

(b)  anakku bakaku [rangkap 3, baris 3] – pengulangan

konsonan k 

3 Rima akhir setiap rangkap ialah:

Rangkap 1: aabcaca

Rangkap 2: abccdeafgh

Rangkap 3: aabacdefdgc 

Gaya Bahasa

1. Imej alam

Contoh: tasik; rumput 

2. Simile

Contoh: bagai kalung 

3. Sinkope

Contoh: leherku; menjengukku; kucari; anakku; bakaku4. Metafora

Contoh: benih keinsafan; embun cinta

5. Anafora

Contoh:

 Aku selalu didatangi 

 Aku bagi mereka

6. Repetisi

Contoh:

(a) dari sulung ditendang ke bongsu

dari angah ditendang ke sulung balik 

(b) ada yang mati

ada yang hidup

Nilai

1. Nilai kasih sayang  –  Sebagai ibu, penyajak sangat

menyayangi anak-anak yang dilahirkannya. Meskipun

anak-anaknya sudah melupakannya malahan enggan

menjaganya, dia berdoa agar semua anaknya itu

mendapat keinsafan.

2. Nilai tanggungjawab  –  Anak-anak bertanggungjawab

untuk menjaga ibu bapa ketika usia tua mereka dan

bukanlah bersikap sebaliknya dengan saling menolak

tanggungjawab tersebut sesama sendiri.

3. Nilai keprihatinan  –  Anak-anak mestilah prihatin akan

keadaan ibu bapa dan kebajikan mereka. Sekiranya

mempunyai masa terluang, anak-anak haruslahmenziarahi ibu bapa, bukannya membiarkan mereka

kesunyian dan kerinduan serta tertunggu-tunggu akan

kedatangan anak-anak.

Pengajaran

1. Kita hendaklah menghargai dan menghormati ibu bapa

yang telah banyak berjasa kepada kita.

2. Kita hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang kepada

ibu bapa dengan menziarahi mereka dan bertanyakan

khabar mereka.

3. Kita hendaklah sentiasa mengambil berat tentang

keperluan dan kebajikan ibu bapa kita, terutamanya

apabila mereka uzur dan sakit.

4. Kita hendaklah menunaikan tanggungjawab sebagai anak

dan taat akan ibu bapa kita.

5. Janganlah kita menderhaka atau bersikap kasar terhadap

ibu bapa kita.

6. Kita hendaklah sedar dan insaf bahawa tiada apa-apa

yang kekal di dunia ini kerana semuanya akan mati.

Page 7: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 7/46

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS

7  © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

4  Kudup Perang

Maksud

Rangkap Huraian

1

Sikap zalim seseorang ketua akan mencetuskan

dendam dan permusuhan. Namun demikian,

pada masa yang sama, penyajak melahirkan

rasa syukur kerana masih ada sedikit kebebasan

walaupun terdapat kekangan. Penyajak juga

tertanya-tanya tentang pemimpin yang sejati.

2

Penyajak menyatakan bahawa pertelingkahan

meletus dengan tiba-tiba dan timbul banyak

rahsia yang mengelirukan sehingga pihak yang

memulakannya tidak dapat dipastikan.

3

Menurut penyajak, kita tidak harus terburu-buru

untuk memberikan sanjungan kepada pihak

yang menang kerana tiada jaminan bahawa

keadilan akan ditegakkan selagi wujud pihak

yang tidak jujur.

4

Pihak yang menentang tidak boleh digelar

pengkhianat kerana penghakiman secara adil

masih belum dilaksanakan.

5

Penyajak menyatakan bahawa terdapat

banyak muslihat dan pembohongan di sebalik

pertelingkahan itu dengan membenarkan perkara

yang salah sehingga memusnahkan kedamaian

dan membawa kesengsaraan.

6Pertelingkahan tentang tokoh pemimpin sejati

tidak pernah berakhir.

Tema

Tema sajak ini ialah kepimpinan dan kewibawaan seseorang

pemimpin. Penyajak tercari-cari akan seorang pemimpin

yang berwibawa kerana pemimpin yang zalim dan tidak jujur

akan menyebabkan pelbagai perkara buruk berlaku kepada

masyarakat.

Persoalan

1.  Persoalan tentang dendam mencetuskan persengketaan

antara manusia.

2.  Persoalan tentang sikap mementingkan diri pemimpin

yang berkuasa.

3.  Persoalan tentang persengketaan yang membawa huru-

hara dalam kehidupan.

4.  Persoalan tentang sikap tidak jujur sesetengah pihak

sehingga kebenaran diselindungkan.

Bentuk Sajak

1. Sajak ini terdiri daripada enam rangkap.

2. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah antara

empat hingga 11 baris. Rangkap 1 mengandungi 11 baris,

rangkap 2 dan rangkap 3 mengandungi 10 baris, rangkap

4 mengandungi enam baris, rangkap 5 mengandungi

lapan baris, dan rangkap 6 mengandungi empat baris.

3. Setiap baris mempunyai dua hingga enam patah

perkataan. Contoh:

(a) pedang pusaka [rangkap 2, baris 4] – dua patah

perkataan

(b) ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus [rangkap

2, baris 2] – enam patah perkataan

4. Setiap baris terdiri daripada empat hingga 17 suku kata.

Contoh:

(a)  ti/dak/ma/hu [rangkap 3, baris 2] – empat suku kata

(b)  ber/ti/up/dan/me/min/dah/kan/ke/be/na/ran/pa/da/ 

tem/pat/nya [rangkap 5, baris 3] – 17 suku kata

5. Sajak ini berbentuk bebas.

Unsur Bunyi

1. Asonansi

Contoh:

(a)  Sementara dia bergelar panglima [rangkap 1, baris

1] – pengulangan vokal e

(b)  siapakah pahlawan yang asli? [rangkap 1, baris 11] –

pengulangan vokal a

2. Aliterasi

Contoh:

(a)  sempat juga menadah sejambak puisi [rangkap 1,

baris 9] – pengulangan konsonan s

(b)  Memang kita tidak sempat menjenguk [rangkap 2,

baris 1] – pengulangan konsonan m

(c)  kerana takhta setia terbina [rangkap 3, baris 4] –

pengulangan konsonan t 

3. Rima akhir setiap rangkap ialah:

Rangkap 1: abcdefaggag 

Rangkap 2: abcdedddfd 

Rangkap 3: abcddddddd 

Rangkap 4: abcdbb

Rangkap 5: abccccdc 

Rangkap 6: abaa

Gaya Bahasa

1. Bahasa arkaik

Contoh: wangsa ( maksudnya  dinasti, keturunanbangsawan); direntakan (maksudnya  diherdik

atau dibentak )

2. Metafora

Contoh: putik dendam; kelopak rahsia; selumbar

sengsara; peta keadilan; lidah muslihat; perca

bahagia

3. Personifkasi

Contoh: Perang pun melecurkan lidah muslihat 

4. Anafora

Contoh:

(a)  untuk berlari dengan tangan bergari 

(b)  untuk sehari lagi: sambil bertanya:

5. Repetisi

Contoh:

(a) kita masih perlu berterima kasih

kita masih bertengkar 

(b)  Andai namamu Tuah, kita masih

 Andai namamu Jebat, kita masih tidak 

6. Epifora

Contoh:

mewarnakan keindahan pada hodohnya

menjungkitkan amarah pada damainya

7. Simile

Contoh: seperti perawan

Page 8: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 8/46

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS 

8 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

8. Kata ganda

Contoh:  terus-menerus; jari-jemari; tiba-tiba; tertanya-

tanya; perca-perca

Nilai

1. Nilai rasional  –  Pemimpin yang berwibawa dan bijak

dapat menguruskan sesebuah negara atau organisasi

dengan baik.2. Nilai kasih sayang – Rakyat yang cinta akan keamanan

dan keharmonian akan berbaik-baik bagi memastikan

kehidupan mereka makmur dan bahagia.

3. Nilai keadilan  –  Prinsip keadilan perlu ditegakkan bagi

mengelakkan berlakunya kezaliman.

4. Nilai kerjasama – Perpaduan harus diusahakan bersama-

sama agar rakyat di dalam sesebuah negara dapat hidup

dengan aman damai dan sejahtera.

Pengajaran

1. Kita hendaklah memilih pemimpin yang mempunyai

kewibawaan untuk memimpin.

2. Kita hendaklah menjadi pemimpin yang adil danbertanggungjawab.

3. Janganlah kita bersikap zalim sehingga menimbulkan

permusuhan.

4. Janganlah kita bertindak secara terburu-buru tanpa

pertimbangan yang waras.

Unit 3 Prosa Tradisional

Burung Terbang Dipipiskan Lada

Sinopsis

  Negara-negara kecil di Nusantara ini berada di bawah

taklukan negara Siam. Apabila Raja Siam, iaitu Bubunnya

mendapat tahu bahawa Melaka sebuah kerajaan yang

besar dan tidak berada dalam taklukannya, Raja Siam

menghantar utusan ke Melaka untuk memerintahkan

Melaka tunduk kepadanya. Walau bagaimanapun,

Sultan Muzaffar Syah enggan. Raja Siam marah lalu

mengerahkan angkatan perang yang diketuai oleh Awi

Chakri menyerang Melaka. Mereka bergerak melalui

 jalan darat menuju ke hulu Pahang. Berita itu sampai

kepada pengetahuan Sultan Muzaffar Syah lalu baginda

menitahkan rakyat berkumpul di Melaka untuk berhadapandengan angkatan Siam. Pada masa yang sama, Tun

Perak membawa orang-orang Kelang ke Melaka

bersama-sama anak isteri mereka. Bentara Seri Amerta

mempertikaikan tindakan Tun Perak itu kerana rakyat yang

datang dari daerah lain hanya terdiri daripada kaum lelaki.

Tun Perak memberikan penjelasan bahawa kehadiran

anak isteri kaum lelaki itu dapat memberikan semangat

kepada orang-orang Kelang itu untuk berjuang dengan

bersungguh-sungguh.

  Peperangan pun meletus dan Melaka berjaya

menewaskan Siam. Semua orang kembali ke daerah

masing-masing kecuali Tun Perak kerana tidak diizinkan

oleh Sultan Muzaffar Syah. Baginda hendak melantik Tun

Perak sebagai pembesar negeri. Kemudian, seorang lelakidari Kelang mengadu kepada sultan bahawa dia dianiaya

oleh Tun Perak. Sultan Muzaffar Syah menitahkan

Seri Amerta mendapatkan penjelasan daripada Tun

Perak. Maka Seri Amerta pun bertanya kepada Tun

Perak tetapi tidak dijawab sehingga tiga kali barulah

Tun Perak membuka mulut. Tun Perak menasihati Seri

 Amerta supaya menjalankan tugasnya dengan baik dan

mengatakan bahawa dia melaksanakan amanah yang

diberikan oleh Sultan Muzaffar Syah. Seandainya timbul

perkara yang kurang memuaskan hati baginda akibat

aduan orang Kelang itu, Tun Perak sedia jawatannya

dilucutkan. Setelah sultan mendengar jawapan Tun Perak

itu, baginda dapat melihat kebijaksanaan pada diri Tun

Perak lalu mengambil keputusan untuk melantiknyamenjadi Perdana Menteri. Sultan memberi gelaran Paduka

Raja kepada Tun Perak. Kedudukannya di seri balai

sama dengan pembesar yang bernama Seri Nara Diraja.

Kemudian, mereka beralih tempat dan Paduka Raja duduk

di tempat bendahara. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara

Diraja menjadi pembesar, berlaku perpecahan dalam

kalangan orang Melayu. Sebahagiannya menyokong

Paduka Raja dan sebahagian lagi menyokong Seri

Nara Diraja. Paduka Raja dan Seri Nara Diraja pula

sering berselisih pendapat dan tidak sepakat sehingga

menimbulkan kebimbangan Sultan Muzaffar Syah.

  Pada suatu hari, Sultan Muzaffar Syah memanggil

Seri Nara Diraja dan menanyakannya jika mahu beristeri.

Baginda mencadangkan beberapa nama tetapi tidakdipersetujui oleh Seri Nara Diraja sehinggalah nama

Tun Kudu disebut, barulah dia bersetuju. Tun Kudu ialah

anak Bendahara Seri Wak Raja dan mempunyai pertalian

saudara dengan Paduka Raja, sebenarnya isteri baginda

sendiri. Tun Kudu mempunyai rupa paras yang cantik tetapi

matanya juling sedikit. Setelah itu, baginda menceraikan

Tun Kudu dan diberikan belanja serta diperintahkan

berkahwin dengan Seri Nara Diraja. Berita itu mengejutkan

keluarga Seri Nara Diraja kerana datuk mereka akan

beristeri muda. Selepas tamat idah, berlangsunglah

perkahwinan antara Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu.

Hubungan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja pun baik

semula. Seri Nara Diraja memberikan cadangan supaya

Paduka Raja dilantik menjadi Bendahara lalu dipersetujuioleh baginda.

  Bendahara Paduka Raja dikenal sebagai orang yang

bijaksana. Setelah beberapa lama, satu angkatan perang

dari Siam yang diketuai oleh Awi Dicu datang untuk

menyerang Melaka. Sultan memerintahkan Paduka Raja

membuat persiapan untuk mengusir angkatan perang itu.

  Paduka Raja, Seri Bija Diraja, dan hulubalang yang

ramai menuju ke Batu Pahat. Bendahara Paduka Raja

meminta Tun Umar, iaitu anak Seri Bija Diraja yang

sangat berani menyelidik kedudukan angkatan tentera

Siam. Walau bagaimanapun, Tun Umar telah melanggar

dan menterbalikkan beberapa buah perahu Siam. Pada

sebelah malam, Bendahara Paduka Raja menyuruh

orang-orangnya memasang puntung api pada setiap

Page 9: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 9/46

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS

9  © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

pohon bakau. Apabila angkatan Siam melihat cahaya api

yang banyak itu, mereka pun berasa takut lalu berundur.

Sultan Muzaffar Syah gembira lalu mengurniakan

anugerah persalinan kepada Bendahara Paduka Raja

dan para hulubalangnya. Bubunnya berasa marah kerana

angkatan perangnya gagal menakluk Melaka. Anaknya,

Cau Pandan menawarkan diri untuk mengetuai pasukan

tentera mereka menyerang Melaka. Perkhabaran itudiketahui di Melaka. Seorang lelaki berketurunan Arab

yang tinggal di Melaka, iaitu Tuan Sidi Arab menghadap

Sultan Muzaffar Syah untuk menawarkan bantuan. Tuan

Sidi Arab menarik anak panah lalu menyebut bahawa

Cau Pandan mati. Pada masa itu, Cau Pandan yang

berada di Siam berasa seolah-olah dadanya dipanah.

Dia jatuh sakit lalu mati. Susulan kematian Cau Pandan

itu, Siam tidak jadi menyerang Melaka. Sultan Muzaffar

Syah memuji kehebatan Tuan Sidi Arab dan memberi

kurnia atas jasanya.

Tema

Tema prosa tradisional ini ialah kepintaran seorang raja yangberusaha untuk menyelesaikan perselisihan dalam kalangan

para pembesar negeri baginda. Setelah Sultan Muzaffar

Syah melantik Tun Perak sebagai pembesar dengan gelaran

Paduka Raja, sering berlaku perselisihan pendapat antara

Paduka Raja dengan pembesar terdahulu, iaitu Seri Nara

Diraja. Hal ini membimbangkan baginda lalu mencari jalan

untuk menyelesaikan kemelut itu. Baginda mengahwinkan

Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu yang merupakan saudara

Paduka Raja. Hasilnya, hubungan antara Paduka Raja dengan

Seri Nara Diraja bertambah baik.

Persoalan

1. Persoalan tentang ketaatan kepada pemerintah.2. Persoalan tentang amanah dalam menjalankan tugas.

3. Persoalan tentang kebijaksanaan mengatur strategi

peperangan.

4. Persoalan tentang kegagahan dan keberanian hulubalang

Melayu.

Plot

Binaan plot

1. Permulaan  – Cerita dimulakan dengan rancangan Raja

Siam, iaitu Bubunnya hendak menakluk negeri Melaka.

Setelah diketahui oleh Sultan Muzaffar Syah, rakyat jelata

berhimpun di Melaka untuk berperang dengan angkatanSiam. Mereka terdiri daripada kaum lelaki, kecuali orang-

orang Kelang yang diketuai oleh Tun Perak membawa

anak isteri bersama-sama mereka. Tujuan Tun Perak

berbuat demikian bagi memberi semangat kepada orang-

orangnya supaya mereka berjuang dengan sepenuh hati.

2. Perkembangan  –  Setelah Melaka memenangi

pertempuran itu, Tun Perak dilantik oleh Sultan Muzaffar

Syah sebagai pembesar negeri. Sultan Muzaffar Syah

mendapat aduan tentang rasa tidak puas hati seorang

daripada rakyat tentang Tun Perak. Jawapan Tun Perak

memperlihatkan keperibadiannya dan ketokohannya lalu

baginda melantik Tun Perak sebagai Perdana Menteri

dengan memberi gelaran Paduka Raja.

3. Perumitan  –  Hubungan Paduka Raja dengan seorang

pembesar lain, iaitu Seri Nara Diraja tidak begitu baik

kerana mereka sering berselisih pendapat. Rakyat

 juga berpuak-puak apabila sesetengahnya menyokong

Paduka Raja dan sesetengah yang lain menyokong Seri

Nara Diraja. Sultan Muzaffar Syah berasa bimbang lalu

mencari akal untuk mengatasi kemelut itu.

4. Klimaks – Baginda mencadangkan Seri Nara Diraja yangsudah lama kematian isteri berkahwin semula. Baginda

menceraikan Tun Kudu lalu mengahwinkannya dengan

Seri Nara Diraja bagi merapatkan hubungan antara Seri

Nara Diraja dengan Paduka Raja. Hal ini demikian kerana,

Tun Kudu mempunyai pertalian saudara dengan Paduka

Raja. Tindakan baginda itu ternyata berhasil. Pada waktu

yang sama, sekali lagi angkatan Siam hendak menyerang

Melaka. Baginda memerintahkan Paduka Raja membuat

persiapan dengan dibantu oleh Seri Nara Diraja. Dengan

kebijaksanaan Paduka Raja, tentera Siam terperdaya lalu

berundur dan tidak jadi menyerang Melaka.

5. Peleraian  –  Bubunnya berasa marah kerana gagal

menakluk Melaka. Puteranya, iaitu Cau Pandan

merancang untuk pergi ke Melaka bagi mengetuaiangkatan perang. Rancangan itu diketahui oleh Sultan

Muzaffar Syah. Secara kebetulan, Sidi Arab, iaitu

seorang alim yang keramat menawarkan bantuan untuk

menghalang serangan itu. Secara tiba-tiba, Cau Pandan

 jatuh sakit lalu mati.

Teknik plot

1. Teknik pemerian

  Pengarang menceritakan peristiwa yang berlaku setelah

perkhabaran angkatan perang Siam ke Melaka diketahui.

Contoh:

  Maka telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar

itu, maka baginda menyuruh menghimpunkan segala

rakyat teluk rantau berhimpun ke Melaka. Dan akan TunPerak membawa orang Kelang ke Melaka dengan anak

isterinya sekali. [halaman 27]

2. Teknik dialog

  Dialog orang Kelang ketika mengadu hal kepada sultan.

Contoh:

  Maka orang Kelang berdatang sembah kepada Sultan,

“Ya tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya

menghadap dengan laki-laki juga; akan patik sekalian

dibawa oleh Tun Perak dengan perempuan sekali.”

[halaman 27]

3. Teknik monolog

  Sultan Muzaffar Syah bermonolog setelah mendapat tahu

tentang perselisihan antara Tun Perak dengan Seri NaraDiraja. Contoh:

  ... Maka kir di dalam hati baginda, “Jikalau demikian

binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tidak

muafakat sama orang besar.” [halaman 31]

4. Teknik kejutan

  Pembaca terkejut apabila Sultan Muzaffar Syah

mencadangkan nama Tun Kudu sebagai calon isteri Seri

Nara Diraja dan dipersetujui oleh pembesar itu walhal Tun

Kudu ialah isteri baginda sendiri. Contoh:

  ... Maka titah Sultan, “Mahukah Seri Nara Diraja akan

Tun Kudu, anak Bendahara Seri Wak Raja, saudara

Paduka Raja?”

Page 10: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 10/46

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS 

10 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

  Maka sembahnya, “Daulat, tuanku.”

 Adapun akan Tun Kudu itu diperisteri Duli Yang

Dipertuan, terlalu baik rupanya, tetapi matanya juling

sedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri Nara

Diraja demikian, maka dengan sesaat itu juga ditalak

baginda, dihantarkan ke rumah Paduka Raja, diberi

belanja, disuruh berhadir akan kahwin dengan Seri Nara

Diraja. [halaman 33]

Watak dan Perwatakan

Sultan Muzaffar Syah

1. Sultan Muzaffar Syah ialah pemerintah negeri Melaka.

2.  Baginda tegas dalam mentadbir negerinya.

3.  Sultan Muzaffar Syah juga berpandangan jauh.

4.  Di samping itu, baginda adil dalam pemerintahannya.

5.  Baginda juga bijaksana.

Tun Perak (Bendahara Paduka Raja)

1. Pada permulaan cerita, Tun Perak ialah pemimpin yang

mengetuai orang-orang Kelang untuk mempertahankan

Melaka daripada serangan Siam.

2.  Beliau dilantik oleh Sultan Muzaffar Syah sebagai

pembesar negeri selepas Melaka berjaya menewaskan

angkatan perang Siam. Kemudian, beliau dilantik pula

sebagai Perdana Menteri.

3.  Tun Perak amanah dalam menjalankan tugas.

4.  Selain itu, beliau taat akan pemimpin.

5.  Tun Perak juga bijaksana.

6.  Di samping itu, beliau berhati-hati dalam melakukan

sesuatu tindakan.

Seri Nara Diraja

1. Seri  Nara Diraja ialah seorang daripada pembesarMelaka. Beliau memegang jawatan sebagai penghulu

bendahari.

2.  Beliau mempunyai seorang anak perempuan bernama

Tun Putih yang berkahwin dengan Raja Abdullah.

3.  Beliau mempunyai seorang anak lelaki dengan seorang

gundik, iaitu Tun Nina Madi.

4.  Seri Nara Diraja takut akan isterinya. Beliau hanya

mengakui Tun Nina Madi sebagai anaknya selepas

kematian isterinya.

5.  Seri Nara Diraja sering berselisih pendapat dan tidak

sepakat dengan Paduka Raja (Tun Perak).

6.  Walaupun sudah tua, beliau berkahwin dengan Tun Kudu,bekas isteri Sultan Muzaffar Syah yang juga saudara

Paduka Raja.

Latar

Latar tempat

1. Negeri Melaka  –  Negeri ini diperintah oleh Sultan

Muzaffar Syah. Antara peristiwa yang berlaku ialah

baginda menitahkan segala rakyat berkumpul di Melaka

untuk menentang angkatan tentera Siam yang menyerang

negeri tersebut kerana enggan tunduk di bawah takluknya.

2. Seri balai di istana Sultan Muzaffar Syah  –  Setelah

dilantik menjadi Perdana Menteri, Tun Perak duduk di seri

balai berdekatan dengan Seri Nara Diraja.

3. Batu Pahat –  Angkatan tentara Siam yang diketuai oleh

 Awi Dicu sampai di Batu Pahat dalam perjalanan mereka

hendak menyerang Melaka.

4. Negara Siam (Syahrunnuwi)  –  Raja Siam, iaitu

Bubunnya dan puteranya, Cau Pandan merancang untukmenyerang Melaka sekali lagi tetapi rancangan mereka

itu tidak berjaya kerana Cau Pandan jatuh sakit lalu

meninggal dunia.

Latar masa

1. Zaman Kesultanan Melayu Melaka  –  Secara

keseluruhan, latar waktu prosa ini adalah pada masa

pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, iaitu sultan yang

memerintah negeri Melaka.

2. Waktu siang  –  Antara peristiwa yang berlaku ialah Tun

Umar, iaitu anak Seri Bija Diraja menyelidik kedudukan

angkatan perang Siam di Batu Pahat. Dinyatakan dalam

cerita bahawa hari malam tidak lama selepas dia pulang.

3. Waktu malam  –  Setelah malam tiba, Awi Dacu dan

angkatan tentera Siam datang untuk menyerang Melaka

tetapi pada waktu itu mereka melihat puntung api yang

banyak pada pokok bakau lalu mengambil keputusan

untuk berundur.

Latar masyarakat

1. Masyarakat Melayu pada era pemerintahan beraja.

2.  Masyarakat bangsawan.

3.  Masyarakat yang suka menakluk dan menunjukkan

kekuasaan.

4. Masyarakat yang bijaksana dalam menyelesaikan

masalah.5.  Masyarakat yang bijaksana mengatur strategi.

Gaya Bahasa

1. Simile

Contoh:  menjadi berkasih-kasihan seperti saudara

sejalan jadi dan dadanya seperti kena panah

2.  Simpulan bahasa

Contoh: gila-gila bahasa

3.  Bahasa Melayu klasik

Contoh: hatta dan syahadan

4. Bahasa istana

Contoh: patik; tuanku; daulat; Duli Yang Dipertuan;baginda

5. Bahasa arkaik

Contoh: dewal 

6.  Bahasa Arab

Contoh: sahibulhikayat; il; idah

Nilai

1. Nilai keadilan  –  Sultan Muzaffar Syah pemerintah

yang adil dan saksama. Baginda tidak terburu-buru

mempercayai setiap aduan, sebaliknya menyelidik

kewajaran tindakan yang dilakukan oleh Tun Perak.

Page 11: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 11/46

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS

11  © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Keluarga Tuan Booth kembali ke kampung itu setelah

Jepun kalah. Hubungan Ahmad Mutawakkil dengan

keluarga Tuan Booth tetap baik walaupun dia berjuang

menentang penjajah Inggeris. Tuan Booth juga semakin

terbuka dengan penduduk kampung dan sering berbual

dengan mereka. Penduduk kampung agak curiga apabila

Tuan Booth mengundang mereka ke banglonya tetapi

 Ahmad Mutawakkil menasihati mereka supaya tidak

memusuhi Tuan Booth kerana orang Melayu terkenal

dengan budi bahasa dan dia juga mengenali Tuan Booth

sebagai orang yang baik. Sejak itu, penduduk kampungbebas ke banglo Tuan Booth dan hadir meraikan majlis

yang diadakannya.

  Ahmad Mutawakkil semakin sibuk dengan

perjuangannya dalam parti. Anak gadis Tuan Booth

yang berkawan rapat dengannya sejak kecil kelihatan

agak kecewa. Penduduk kampung mengesyaki

mereka mempunyai hubungan istimewa, apatah lagi

gadis itu sentiasa hadir mendengar ceramah Ahmad

Mutawakkil. Walau bagaimanapun, isu itu senyap begitu

sahaja. Kelantangan Ahmad Mutawakkil berceramah

dan memperjuangkan kemerdekaan serta mengkritik

pergerakan komunis, menimbulkan kebimbangan Imam

Ngah Deraman. Keselamatan Ahmad Mutawakkil terancam

kerana komunis diketahui sangat kejam. Serangankomunis semakin meningkat di seluruh negara sehingga

darurat diisytiharkan. Dua hari sebelum Ahmad Mutawakkil

balik ke kampung, banglo Tuan Booth didatangi lima orang

komunis. Mereka memberikan amaran kepada Tuan Booth

supaya Ahmad Mutawakkil berhenti menghasut orang

ramai membenci komunis. Namun demikian, Ahmad

Mutawakkil tetap dengan pendiriannya. Selesai satu sesi

ceramahnya, seorang kanak-kanak menemui Ahmad

Mutawakkil dan dia tergesa-gesa keluar selepas itu.

  Keesokan harinya, Ahmad Mutawakkil tidak datang ke

surau untuk solat subuh. Dia juga tidak berada di rumah

Tuan Booth. Penduduk kampung dikerahkan mencari.

Unit 4 Cerpen

1  Cinta Ahmad Mutawakkil

Sinopsis

  Pada suatu malam Jumaat bulan Ogos tahun 1953,

sesudah solat maghrib, Ahmad Mutawakkil muncul dalam

keadaan tubuhnya cedera parah. Ahmad Mutawakkil

rebah di atas ribaan Imam Ngah Deraman lalu pengsan.

Bermula dengan peristiwa itu, penulis bercerita tentang

pembukaan kampungnya. Seterusnya, pada tahun 1930-an, satu keluarga Inggeris datang dan mengupah beratus-

ratus orang untuk membuka tanah yang kemudiannya

dijadikan estet getah.

  Kampung itu terletak di kawasan yang terpencil.

Kedatangan Tuan Booth dan pekerja-pekerja estet

daripada kaum India mengubah suasana kampung itu

yang sebelum ini dihuni oleh kaum Melayu. Jalan raya di

kampung itu juga dibina lebih baik. Pada masa itu, Ahmad

Mutawakkil, seorang remaja yatim piatu bekerja dengan

Tuan Booth. Penduduk kampung hidup seadanya demi

rezeki dan ibadat. Kemudian, peperangan tercetus pada

tahun 1941. Penduduk kampung hidup dalam ketakutan.

Keluarga Tuan Booth pula mengambil keputusan

meninggalkan kampung tersebut. Ahmad Mutawakkilberasa sedih.

  Imam Ngah Deraman mengambil Ahmad Mutawakkil

sebagai anak angkatnya. Ahmad Mutawakkil sering

menghilangkan diri sehingga menimbulkan rasa

bimbang Imam Ngah Deraman tetapi lama-kelamaan

dia menjadi biasa dengan keadaan itu. Rupa-rupanya,

 Ahmad Mutawakkil bekerja di bandar sebagai pembaca

dan penjawab surat rahsia bagi pertubuhan anti-Jepun.

 Ahmad Mutawakkil banyak menyalurkan maklumat

kepada penduduk kampung melalui Imam Ngah Deraman

termasuklah kekalahan Jepun setelah dua bandar raya

utamanya dibom. Begitu juga dengan hal-hal perjuangan

menuntut kemerdekaan yang dipimpin oleh Datuk Onn.

2. Nilai tanggungjawab  –  Sultan Muzaffar Syah

bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan

negeri Melaka daripada serangan musuh dan daripada

persengketaan antara para pembesar.

3. Nilai kebijaksanaan  –  Sultan Muzaffar Syah bertindak

dengan bijaksana untuk memulihkan hubungan Seri Nara

Diraja dengan Paduka Raja Tun Perak demi menjaga

keharmonian dan keamanan dalam negeri.4. Nilai ketaatan  –  Tun Perak dan para pembesar negeri

Melaka sangat taat akan pemerintah, iaitu Sultan Muzaffar

Syah dan patuh akan perintah baginda.

5. Nilai amanah  –  Para pembesar negeri Melaka

menjalankan tugas mereka dengan amanah dan penuh

tanggungjawab.

6. Nilai keberanian  –  Rakyat Melaka berani berperang

dengan angkatan tentera Siam demi mempertahankan

Melaka.

7. Nilai kerjasama  –  Paduka Raja dan Seri Nara Diraja

bekerjasama untuk mengusir angkatan Siam yang mahu

menyerang Melaka.

Pengajaran

1. Kita hendaklah menjadi pemimpin yang adil dan saksama.

2.  Kita hendaklah menyelesaikan apa-apa masalah dengan

bijaksana.3. Kita hendaklah sepakat dan bermuafakat antara satu

sama lain.

4.  Kita hendaklah berani mempertahankan keselamatan dan

kedaulatan negara.

5.  Kita hendaklah taat dan setia kepada pemerintah.

6.  Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan

penuh amanah.

Page 12: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 12/46

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS 

12 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

 Ahmad Mutawakkil tetapi tidak berjumpa. Sehinggalah

mereka selesai menunaikan solat maghrib pada malam

itu, Ahmad Mutawakkil muncul. Terdapat kesan tembakan

peluru pada tubuhnya. Ahmad Mutawakkil meninggal

dunia di atas ribaan Imam Ngah Deraman selepas

mengucap dua kalimah syahadah. Penduduk kampung

bersedih. Semangat perjuangan Ahmad Mutawakkil

sentiasa menjadi contoh dan ikutan kepada mereka.

Selepas negara mencapai kemerdekaan, keluarga TuanBooth pulang ke England. Setahun selepas itu, anak gadis

Tuan Booth kembali ke kampung itu dan membuka kelas

di banglo lamanya untuk mengajar anak-anak kampung.

Tema

Tema cerpen ini adalah tentang semangat dan kegigihan

seorang anak muda dalam memperjuangkan kemerdekaan

negara. Ahmad Mutawakkil berdepan dengan pelbagai

cabaran dan ancaman tetapi tetap teguh dengan pendiriannya.

Dia akhirnya meninggal dunia akibat ditembak oleh komunis.

Persoalan

1. Persoalan tentang kehidupan era penjajahan danpeperangan.

2.  Persoalan tentang persahabatan tanpa mengenal warna

kulit.

3.  Persoalan tentang kepentingan ilmu pengetahuan.

4.  Persoalan tentang sikap masyarakat yang saling

mengambil berat.

5.  Persoalan tentang sikap masyarakat yang saling

bekerjasama.

6.  Persoalan tentang sikap menghargai kemerdekaan dan

keamanan negara.

Plot

Binaan plot

1. Permulaan –  Ahmad Mutawakkil muncul di surau

dalam keadaan cedera parah. Setelah itu, penulis

mengimbas kembali sejarah pembukaan kampungnya

dan kedatangan satu keluarga Inggeris yang membuka

estet getah di kampung itu. Ahmad Mutawakkil, remaja

yatim piatu bekerja dengan keluarga Inggeris itu. Apabila

perang tercetus, keluarga Tuan Booth meninggalkan

kampung itu dan Ahmad Mutawakkil diambil menjadi anak

angkat Imam Ngah Deraman.

2. Perkembangan – Perang tamat apabila Jepun menyerah

kalah. Keluarga Tuan Booth kembali ke kampung

penulis. Ahmad Mutawakkil pula semakin aktif denganpergerakan menuntut kemerdekaan. Tuan Booth menjalin

hubungan yang baik dengan penduduk kampung dan

sering mengundang mereka ke majlis yang diadakan di

banglonya.

3. Perumitan – Pada waktu itu juga dikhabarkan bahawa

komunis kian bermaharajalela di seluruh negara sehingga

darurat terpaksa diisytiharkan. Pihak komunis tidak

senang dengan Ahmad Mutawakkil yang lantang bersuara

menentang mereka dan mengugut akan bertindak jika

 Ahmad Mutawakkil tidak berhenti.

4. Klimaks – Kampung penulis kecoh akan kehilangan

 Ahmad Mutawakkil. Imam Ngah Ibrahim bimbang akan

keselamatan anak angkatnya itu. Gerakan mencari yang

disertai oleh seluruh penduduk kampung dilakukan tetapi

 Ahmad Mutawakkil tidak juga dijumpai. Akhirnya, pada

suatu malam selepas mereka menunaikan solat maghrib

di surau, barulah Ahmad Mutawakkil muncul dalam

keadaan cedera parah. Dia rebah lalu meninggal dunia di

pangkuan Imam Ngah Deraman.

5. Peleraian – Negara mencapai kemerdekaan. Keluarga

Tuan Booth kembali ke England. Setahun selepas itu,

Sandra kembali ke kampung itu lalu membuka kelas dan

mengajar anak-anak kampung itu.

Teknik plot

1. Teknik pemerian

Pengarang memerihalkan keadaan di surau sebaik-baik

sahaja Ahmad Mutawakkil muncul. Contoh:

  Ketika kami semua masih terpegun dan tertanya-

tanya, Ahmad Mutawakkil jatuh melutut dan wajahnya

tersembam di ribaan Imam Ngah Deraman. Pada waktu

itu, dalam keadaan dia mengerekot, kami nampak lukabesar di belakang bahunya – bekas tusukan peluru.  

[halaman 44]

2. Teknik dialog

  Dialog Imam Ngah Deraman tentang Ahmad Mutawakkil.

Contoh:

  “Aku tak sangka budak tu pandai menulis. Anak

Orang Putih tu ajar dia banyak benda. Dia juga pandai

cakap Orang Putih,” kata Imam Ngah Deraman. [halaman

47]

3. Teknik imbas kembali

  Pengarang teringat akan sejarah pembukaan

kampungnya. Contoh:

  Kampung kami dipugar sejak tiga generasi

lalu. Sejarahnya hanya jaluran kebun dan sawah.

Pertengahan tahun 30-an, datang satu keluarga Orang

Putih – mengupah beratus-ratus orang buruh, termasuk

kami sendiri – meneroka belukar. Tak lama kemudian,

berjejerlah anak-anak getah. [halaman 44]

4. Teknik saspens

  Penduduk tertanya-tanya tentang orang yang dilihat oleh

Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap ketika

mereka berdoa di surau. Contoh:

  Sambil berdoa, Imam Ngah Deraman berpaling

 – disusuli Penghulu Ibrahim Sigap. Melihat saja, mata

kedua-duanya tiba-tiba terjegil, dan nampak sangat

terperanjat. Dengan telapak tangan yang masih menadah

doa, kami segera menoleh. [halaman 43]

5. Teknik kejutan

  Penduduk kampung terkejut oleh kepulangan Ahmad

Mutawakkil dalam keadaan cedera parah. Contoh:

  Malam itu, seusai solat maghrib, seiring debar yang

kami tanggung sejak subuh, tampangnya muncul juga.

Darah membuak-buak bagai mata air. Tiga lubang luka

tanda ditusuk peluru yang ditembak dari jarak dekat

menyebabkan kami tidak sanggup melihatnya. [halaman

56]

Page 13: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 13/46

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS

13  © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Watak dan Perwatakan

 Ahmad Mutawakkil

1.  Ahmad Mutawakkil anak tunggal arwah Wak Sadir. Dia

yatim piatu.

2. Dia bekerja di banglo estet Tuan Booth untuk menyara

hidupnya.

3. Selepas tidak bekerja dengan Tuan Booth, dia dijadikananak angkat oleh Imam Ngah Deraman.

4. Dia celik huruf setelah diajar menulis dan membaca oleh

Sandra, anak Tuan Booth.

5. Selain itu, dia juga pandai bercakap dalam bahasa

Inggeris kerana diajar oleh Sandra.

6. Ketika umurnya 15 tahun, dia bekerja sebagai pembaca

dan penjawab surat-surat rahsia daripada Inggeris untuk

kumpulan anti-Jepun di bandar. Dia menjadi wartawan

akhbar ketika berusia 24 tahun.

7.  Ahmad Mutawakkil nasionalis dan aktif dalam parti. Dia

berjuang menentang Inggeris secara terbuka melalui

pidato dan ceramah.8.  Meskipun muda, dia mempunyai kewibawaan. Dia sangat

berpengaruh dan dihormati oleh penduduk kampungnya.

Ketika berusia 24 tahun, dia dipilih sebagai pemimpin

nombor dua parti di peringkat daerah.

9.  Dia pemuda yang berani kerana tidak gentar akan

ancaman komunis yang mengugutnya.

10. Pada akhir cerita, dia mati akibat ditembak oleh komunis.

Imam Ngah Deraman

1. Dia imam di kampung pengarang.

2. Dia mempunyai rasa belas kasihan dan prihatin yang

tinggi. Buktinya, dia mengambil Ahmad Mutawakkil

sebagai anak angkat setelah remaja itu tinggal sendiriankerana majikannya (Tuan Booth) meninggalkan kampung.

3.  Selain itu, dia penyayang. Dia mengambil berat tentang

keselamatan Ahmad Mutawakkil. Wajahnya pucat lesi

setelah mengetahui kehilangan Ahmad Mutawakkil.

Sandra

1. Dia anak perempuan Tuan Booth yang membuka estet

getah di kampung pengarang.

2. Rambutnya perang dan bermata biru lembut.

3. Dia bersahabat baik dengan Ahmad Mutawakkil sejak

kecil.

4. Sandra tidak kedekut ilmu. Dia mengajar Ahmad

Mutawakkil membaca dan menulis serta berbahasaInggeris.

5. Dia mempunyai perasaan terhadap Ahmad Mutawakkil.

Buktinya, dia kelihatan agak kecewa apabila Ahmad

Mutawakkil jarang hadir ke majlis di banglonya. Selain itu,

dia juga selalu menghadiri ceramah Ahmad Mutawakkil.

6. Pada akhir cerita, dia membuka kelas dan mengajar

anak-anak kampung selepas setahun negara mencapai

kemerdekaan.

Latar

Latar tempat

1. Surau  –  Penduduk kampung sedang berdoa setelah

selesai menunaikan solat maghrib di surau kampung

ketika Ahmad Mutawakkil yang cedera parah akibat

ditembak muncul lalu rebah di pangkuan Imam Ngah

Deraman. Surau juga menjadi lokasi Ahmad Mutawakkil

menyampaikan ceramah tentang perjuangan menuntut

kemerdekaan negara.

2. Sebuah kampung – Cerita berkisar di sebuah kampung

yang terpencil, iaitu tempat pengarang dan Ahmad

Mutawakkil tinggal serta membesar. Penduduknya

bekerja sebagai petani, pekebun, dan pekerja estet.

3. Banglo Tuan Booth di estet  –  Penduduk menghadiri

majlis keraian di situ atas undangan Tuan Booth. Di

banglo itu juga, lima orang komunis menyerbu Tuan

Booth dan memintanya menyampaikan ugutan mereka

kepada Ahmad Mutawakkil.

Latar masa

1.  Zaman sebelum merdeka – Peristiwa Ahmad Mutawakkilditembak berlaku pada malam Jumaat bulan Ogos tahun

1953. Pengarang juga menyatakan bahawa pada tahun

1943, Ahmad Mutawakkil bekerja di bandar sebagai

pembaca dan penjawab surat rahsia untuk kumpulan

anti-Jepun. Pada tahun 1945 pula, Ahmad Mutawakkil

menyampaikan berita kepada Imam Ngah Deraman yang

kemudiannya memaklumkan penduduk kampung tentang

kekalahan Jepun.

2. Zaman darurat  –  Komunis bermaharajalela di

seluruh negara pada tahun 1948 sehingga kerajaan

mengisytiharkan darurat. Komunis juga menceroboh

bangle estet Tuan Booth dan mengancam keselamatan

 Ahmad Mutawakkil kerana lantang bersuara menentangkomunis.

3. Zaman selepas merdeka – Sandra kembali ke kampung

itu selepas setahun negara mencapai kemerdekaan. Dia

membuka kelas untuk mengajar anak-anak kampung

dan mengimbau kenangannya bersama-sama Ahmad

Mutawakkil.

4. Waktu awal pagi – Selepas solat sunat duha, Penghulu

Ibrahim Sigap mengumpulkan penduduk kampung lalu

menggerakkan pasukan pencari susulan kehilangan

 Ahmad Mutawakkil.

5. Waktu malam –  Ahmad Mutawakkil yang cedera muncul

di surau pada waktu malam, iaitu selepas penduduk

kampung selesai menunaikan solat maghrib.Latar masyarakat

1.  Masyarakat kampung yang bekerja sebagai petani dan

pekebun.

2. Masyarakat peneroka Inggeris.

3.  Masyarakat yang taat akan agama.

4.  Masyarakat yang sedar akan kepentingan ilmu

pengetahuan.

5.  Masyarakat muda yang nasionalis.

6.  Masyarakat yang prihatin dan saling mengambil berat.

7.  Masyarakat yang suka mengambil tahu tentang hal orang

lain.

8.  Masyarakat yang zalim.

Page 14: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 14/46

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS 

14 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Gaya Bahasa

1. Inversi

Contoh:  Perlahan dan sangat rengsa bunyinya

(seharusnya  Bunyinya perlahan dan sangat rengsa.)

[halaman 43]

2. Personifkasi

Contoh:  tiada seorang pun antara kami yang pernah

diratah atau dirobek peluru [halaman 46]; setiap matakami yang hadir tetap liar menyelinap [halaman 53]

3. Simile

Contoh:  laksana lampu ayan [halaman 43]; darah

membuak-buak bagai mata air [halaman 56]

4. Hiperbola

Contoh: kami masih keras membatu [halaman 43]; nyala

semangat dalam bola matanya [halaman 48]

5. Metafora

Contoh:  ambang maut [halaman 43]; bahang

kemerdekaan [halaman 53]

6. Peribahasa

Contoh:  orang berbudi kita berbahasa [halaman 50];macam kera mendapat bunga [halaman 51]

Nilai

1. Nilai cinta akan negara  –   Ahmad Mutawakkil

menunjukkan rasa cinta akan negara dengan bergiat

aktif dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.

Sebagai wartawan, dia menulis artikel dalam akhbar

bagi menyuburkan semangat perjuangan dan kecintaan

kepada negara dalam kalangan masyarakat.

2. Nilai keberanian –  Ahmad Mutawakkil berani menempuh

cabaran dalam perjuangannya. Dia tidak takut akan

ugutan komunis yang mahu membunuhnya.

3. Nilai semangat bermasyarakat  –  Penduduk kampungbergaul rapat dan saling mengenali. Mereka sama-sama

menghadiri majlis keraian yang diadakan di banglo Tuan

Booth.

4. Nilai hormat-menghormati – Penduduk kampung dapat

menerima kehadiran Tuan Booth sebagai sebahagian

daripada penduduk kampung itu kerana adanya sikap

saling menghormati.

5. Nilai kasih sayang  –  Imam Ngah Deraman sayang

akan Ahmad Mutawakkil walaupun pemuda itu hanya

anak angkatnya. Dia sentiasa mengambil berat tentang

keselamatan Ahmad Mutawakkil.

Pengajaran

1. Kita hendaklah mempunyai rasa cinta akan negara

dengan memastikan negara berada dalam keadaan aman

dan merdeka.

2.  Kita hendaklah saling menghormati sesama anggota

masyarakat bagi mengekalkan keharmonian hidup.

3.  Kita hendaklah menjaga tingkah laku yang baik agar

dihormati serta disenangi orang.

4.  Kita hendaklah rajin menuntut ilmu supaya dapat

meningkatkan pengetahuan.

5.  Kita hendaklah saling bekerjasama demi menjayakan

sesuatu tindakan.

2  Hipertensi

Sinopsis

  Aiman menekup mukanya yang cengkung dengan

tangan. Dari celah jemarinya, dia melihat lereng bukit

yang terhakis dan tanah runtuh menimpa sebuah banglo.

Sebiji mempelam jatuh di hadapannya lantas dia teringatakan Teori Graviti yang dicetuskan oleh Isaac Newton.

Seterusnya, ingatan Aiman kembali ke sekolah ketika

Cikgu Faridah menyoalnya tentang teori tersebut. Aiman

memberikan jawapan yang mengejutkan gurunya. Aiman

murid yang genius, berbeza dengan adik-adiknya. Oleh

sebab itu, dia sering ponteng sekolah kerana bosan

akan situasi pembelajaran yang tidak setara dengan aras

kepintarannya. Dia juga suka memberontak dan marah-

marah. Sikapnya itu menimbulkan masalah di sekolah

sehingga dirotan oleh ayahnya.

  Tertekan oleh sikap garang dan bengis ayahnya,

 Aiman mengubat hatinya dengan berhalusinasi. Dia

membayangkan dirinya sedang mengikuti latihan intensif

di bawah program aeroangkasa di Rusia. Dia akanberlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa dan pelepasan

itu disiarkan secara langsung melalui televisyen serta

ditonton oleh jutaan orang di seluruh dunia. Aiman berasa

cemas dan tertanya-tanya sama ada dia akan dapat

mendarat di bulan mengikut jejak Neil Amstrong yang

pernah menempa sejarah pada tahun 1969 atau tidak.

  Aiman teringat akan kelajuan cahaya dan matahari

sebagai sumber tenaga alternatif. Kemudian, dia

merasakan dirinya terapung-apung di udara dengan

berpakaian angkasa lepas. Dia mendapati dirinya berada

di bulan. Persekitaran di bulan seperti padang pasir. Aiman

berasa ragu-ragu dan berpendapat bahawa bulan tidak

sesuai untuk dihuni oleh manusia. Cuaca di situ juga

sangat panas. Dia berasa sedih dan terasing ketika itudan tidak sabar mahu kembali ke bumi.

  Aiman membayangkan kepulangannya akan disambut

dengan gembira dan meriah oleh ibu bapanya. Hakikatnya

tidak begitu kerana dia lahir dalam keluarga yang kasar

dan bengis sifatnya. Dia selalu ditampar oleh ayahnya

sehingga dia tertanya-tanya akan kesilapan dirinya. Dia

teringat akan penemuan Paul Broca, seorang pakar

anatomi dan antropologis dari Perancis tentang fungsi

otak manusia. Aiman bersyukur nasibnya lebih baik kerana

dapat bertutur dan tidak gagap.

 Aiman mendengar bisikan halus semasa berhalusinasi

yang menasihatinya supaya mendekatkan diri kepada

Tuhan dan melarangnya merosakkan habitat semula jadi

bumi, iaitu pokok kelapa yang dianggapnya sebagai kapalangkasa Soyuz. Aiman insaf dan bertekad untuk terus

berusaha untuk mencapai impiannya. Dia berharap dan

berdoa kepada Tuhan.

Tema

Tema cerpen ini adalah tentang tekanan perasaan yang dialami

oleh seorang remaja yang bercita-cita tinggi menyebabkan

dia sering berhalusinasi. Aiman Aqil mempunyai minat yang

mendalam dalam bidang sains angkasa dan membayangkan

dirinya menjadi angkasawan tetapi jauh di sudut hatinya, dia

memendam rasa dendam kerana tertekan akan sikap kasar

dan bengis bapanya.

Page 15: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 15/46

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS

15  © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Persoalan

1. Persoalan tentang sikap dan kemahuan yang tinggi untuk

mencapai cita-cita.

2. Persoalan tentang kehidupan remaja yang genius.

3. Persoalan tentang kepentingan ilmu pengetahuan.

4. Persoalan tentang ibu bapa membentuk peribadi anak-

anak.5. Persoalan tentang pentingnya kekuatan iman.

Plot

Binaan plot

1. Permulaan  –  Aiman merenung lereng bukit dari celah

 jemarinya. Lereng bukit itu terhakis dan tanah runtuh

menimpa sebuah banglo. Apabila sebiji mempelam

 jatuh di hadapannya, dia teringat akan Teori Graviti dan

suasana di kelas ketika Cikgu Faridah mengajarnya.

2. Perkembangan – Pengarang menceritakan latar belakang

 Aiman Aqil, murid yang genius, suka memberontak, dan

bersikap angkuh. Dia mengganggu adik-adiknya ketikamereka membuat kerja sekolah. Dia juga memandang

rendah kepada rakannya yang gagal menjawab soalan.

Dia dipanggil oleh guru besar kerana menimbulkan

masalah di sekolah.

3. Perumitan  –  Aiman dirotan oleh ayahnya. Ibu Aiman

tidak berani menghalang. Ketika dirotan, Aiman mula

berhalusinasi dengan membayangkan dirinya menjalani

latihan intensif di bawah program aeroangkasa di Rusia.

Kemudian dia berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa

dan seterusnya, sampai di bulan. Setelah melihat

persekitaran bulan yang panas dan gersang, Aiman

berasa sangat terasing dan mahu segera pulang.

4. Klimaks – Dia berharap agar ibu dan ayahnya menyambutkepulangannya dengan gembira. Dia berasa sedih kerana

keluarganya tidak harmonis disebabkan sikap garang

dan bengis ayahnya. Dia selalu ditampar oleh ayahnya

sehingga dia tertanya-tanya akan kesilapan dirinya.

5.  Peleraian  – Aiman terdengar akan bisikan halus

semasa berhalusinasi. Suara itu menasihatinya supaya

mendekatkan diri kepada Tuhan dan melarang dia

merosakkan habitat semula jadi bumi. Aiman insaf dan

bertekad untuk terus berusaha bagi mencapai impiannya.

Teknik plot

1. Teknik pemerian

  Pengarang menceritakan perlakuan Aiman. Contoh:

  Aiman menyusun jari-jemari tangannya lurus-lurus.Jari-jemari yang kurus runcing dan semacam tidak berisi

itu dibawanya ke muka. Muka yang dulunya gebu dan

montok, kini nampak cengkung dan semacam menyimpan

dendam yang tidak berhujung. [halaman 59]

2. Teknik dialog

  Perbualan antara Aiman dengan Cikgu Faridah di dalam

kelas. Contoh:

  …“Newton ambil ingatan akan daya graviti dapat

menetapkan kedekatan bulan dengan bumi.”

“Maksudnya?” Satu lagi pertanyaan ... [halaman 61]

3. Teknik monolog dalaman

  Aiman bercakap dalam hati ketika memanjat pokok

kelapa. Contoh:

  Jangan jadi Mat Jenin sudahlah! Biarlah Si

Luncai terjun dengan labu-labunya. Jadi, aku terpaksa

memasang angan-angan dengan jangkauan fantasi

tanpa tebing tepinya, akan tetapi aku tidak mahu berlagak

seperti Si Luncai. Pijakanku sungguh kuat, cengkamanku

cukup berat. [halaman 63]

4. Teknik imbas kembali

  Aiman teringat akan pengajaran Cikgu Faridah di kelas.

Contoh:

  “Maksudnya, kuasa tarikan bumi,” suara lantang

Cikgu Faridah di muka kelas masih terngiang-ngiang di

cuping telinganya. [halaman 60]

Watak dan Perwatakan

 Aiman Aqil

1.  Aiman Aqil anak sulung daripada tiga orang adik-beradik.

Dia anak lelaki tunggal dalam keluarganya.

2. Mukanya dahulu gebu dan montok tetapi kini nampak

cengkung manakala jari-jemarinya kurus runcing.

3. Dia murid yang pintar   sehingga digelar profesor kerana

mempunyai IQ yang tinggi.

4.  Aiman bongkak akan kepintarannya. Dia sering menyindir

adik-adik dan rakannya ketika mereka membuat kerja

rumah kerana menganggap soalan itu mudah.

5. Dia juga bersikap degil  kerana tidak mengendahkan

teguran guru apabila dia didapati mengganggu rakan di

kelas.

6.  Aiman suka memberontak kerana tertekan oleh sikap dan

layanan bapanya yang garang.

7. Dia juga selalu ponteng sekolah kerana mengganggap

corak pembelajaran di sekolah membosankan dan tidaksesuai dengan dirinya yang pintar.

8. Selain itu, dia suka berhalusinasi dan membayangkan

dirinya seorang angkasawan.

Babah (Bapa Aiman)

1. Dia bekerja dalam bidang kejuruteraan mekanikal.

2. Dia mementingkan pelajaran.

3. Selain itu, dia mementingkan disiplin.

4. Perwatakannya itu dianggap bengis dan kasar oleh

 Aiman.

Latar

Latar tempat

1. Hadapan sebuah bukit  –  Di hadapan sebuah bukit,

 Aiman melihat sebuah banglo ditimpa tanah runtuh.

2. Di dalam kelas  – Di dalam sebuah kelas di sebuah

sekolah, Cikgu Faridah meminta Aiman menjawab soalan

yang berkaitan dengan Teori Graviti.

3. Rumah keluarga Aiman  –  Di rumahnya, Aiman

mengganggu adik-adiknya yang sedang menyiapkan

kerja sekolah.

Page 16: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 16/46

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS 

16 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

4. Planet bulan  –  Ketika berhalusinasi, Aiman

membayangkan dirinya sampai di bulan setelah berlepas

dari Stesen Angkasa Antarabangsa.

Latar masa

1. Zaman moden  –  Pada zaman moden, sudah wujud

Stesen Angkasa Antarabangsa yang menjadi tempat

angkasawan menjalankan kajian.

2. Waktu tengah hari

(a)  Aiman dilahirkan pada waktu tengah hari, iaitu ketika

“Sang Suria memuncaki ubun-ubun” [halaman 60].

(b)  Aiman ditegur oleh gurunya apabila dia mengganggu

Chee Keong. Waktu itu “suria berkedudukan 90

darjah tepat.” [halaman 62] 

3. Waktu siang

  Pada akhir cerita, Aiman mendongak ke langit dan

ternampak awan berarak. Ketika itu dikatakan “sang suria

terus setia memancarkan cahayanya” . [halaman 67]

Latar masyarakat

1. Masyarakat remaja yang pintar dan bercita-cita tinggi.

2.  Masyarakat guru yang mendidik anak bangsa.

3.  Masyarakat yang mementingkan pelajaran.

4.  Golongan ibu bapa yang berpendidikan tinggi.

5.  Golongan ibu bapa yang tegas.

6.  Masyarakat saintis dan penyelidik.

Gaya Bahasa

1. Anafora

Contoh: Tidak ada udara. Tidak ada air. [halaman 65]

2. `Epifora

Contoh: Kemungkinannya ada. Kebarangkaliannya tidak

berlaku juga ada. [halaman 66]3. Metafora

Contoh: kalendar waktu [halaman 59]; dedaun kemaafan

[halaman 62]; tasik hati [halaman 62]

4. Personifkasi

Contoh:  lereng bukit yang sudah tempang [halaman

59]; Sang Suria terus setia memancarkan cahayanya

[halaman 67]

5. Simile

Contoh: Hatinya seteguh karang [halaman 62]; terlompat-

lompat macam beruk [halaman 64]; terhampar persis

Sahara [halaman 65]

6. Bahasa pinjaman

Contoh: graviti; planet; orbit; genius; formula; halusinasi;futuristik; kompetitif; fantasi; intensif; esien; saintik 

Nilai

1. Nilai keazaman  –  Aiman Aqil mempunyai cita-cita yang

tinggi untuk menjadi seorang angkasawan.

2. Nilai kerajinan  –  Aiman Aqil rajin menuntut ilmu dan

mempunyai pengetahuan sains yang luas kerana

minatnya yang mendalam dalam bidang tersebut.

3. Nilai berdisiplin  – Babah sangat mementingkan disiplin

dalam mendidik Aiman Aqil.

4. Nilai kesabaran –  Aiman tetap sabar apabila dirotan dan

dipukul oleh babah.

5. Nilai keinsafan  –  Aiman insaf apabila terdengar bisikan

yang menasihatinya supaya mendekatkan diri kepada

Tuhan.

Pengajaran

1. Kita hendaklah menjaga disiplin diri.

2.  Kita hendaklah bersabar apabila berhadapan dengan

masalah atau cabaran.3.  Kita hendaklah memupuk kasih sayang dalam kalangan

ahli keluarga agar kehidupan lebih harmoni.

4.  Janganlah kita bersikap angkuh akan kelebihan yang

dimiliki.

3  Gerhana Manusia

Sinopsis

  Seorang pesakit tua, Tuan Besar Musa koma dan dia

dibantu oleh alat sokongan hayat. Bekalan darah tidak

mencukupi. Doktor Murni mengarahkan Nusia, seorang jururawat membuat hebahan melalui media supaya orang

ramai menderma darah bagi menyelamatkan Tuan Besar

Musa. Nusia tidak bersetuju kerana tubuh pesakit itu tidak

dapat menerima kemasukan darah lagi. Doktor Murni

menegaskan bahawa hal itu arahan Profesor Doktor

Juaidi. Sebagai pekerja, mereka perlu patuh. Nusia terus

mempertikaikan nilai kemanusiaan yang dapat dibeli

dengan wang. Di wad Unit Rawatan Rapi itu terdapat

beberapa orang pesakit yang memerlukan darah lebih

daripada Tuan Besar Musa. Antaranya ialah Solehah,

iaitu seorang ibu yang koma kerana janinnya pecah di

ovari, Al-Haz yang cedera parah akibat kemalangan,

seorang bayi, seorang gadis mangsa belasahan,

dan seorang mahasiswa yang menghidap leukemia.Nusia berasa sebak apabila melihat keadaan mereka.

  Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Doktor Murni

mendapatkan 10 pek darah untuk menyelamatkan Tuan

Besar Musa. Lelaki itu diutamakan kerana dia orang kaya

yang menjadi penyumbang dana kepada kelab elit hospital

itu. Nusia cemas apabila keadaan Solehah semakin

tenat lalu memberitahu Profesor Doktor Juaidi. Doktor

itu mengarahkan Nusia memberikan gelafundin  kepada

Solehah, iaitu bahan yang kandungannya seakan-akan

darah. Nusia mempersoalkan arahan doktor itu dan mahu

Solehah diberikan darah tulen. Profesor Doktor Juaidi

bertegas bahawa Tuan Besar Musa mesti diutamakan

kerana dia orang penting dan berkedudukan.

  Doktor Murni mencuba untuk menenangkan Nusia.Mereka tiada kuasa kerana hanya golongan minoriti di

hospital itu. Nusia tidak bersetuju dan mengatakan bahawa

mereka tidak patut berdiam diri dan membiarkan kezaliman

berlaku. Nusia kesal kerana pek-pek darah yang dibazirkan

kepada Tuan Besar Musa itu sepatutnya dapat membantu

pesakit-pesakit lain yang lebih memerlukan. Keadaan

pesakit-pesakit semakin tenat. Mereka memerlukan darah

dengan segera. Nusia bertindak nekad. Dia mendesak

 juruteknik makmal melepaskan baki terakhir bekalan darah

yang ada. Dia sanggup berhadapan dengan kemarahan

Profesor Doktor Juaidi. Selepas itu, Nusia bergegas ke

wad Unit Rawatan Rapi. Dia mengharapkan mereka dapat

terus hidup dan memberikan sumbangan kepada keluarga

Page 17: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 17/46

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS

17  © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

serta masyarakat. Tekanan darah Tuan Besar Musa

menurun dengan pantas. Profesor Doktor Juaidi

mengarahkan supaya pemberian ubat-ubatan ditingkatkan.

  Akhirnya, lelaki tua itu mati juga. Profesor Doktor

Juaidi mengeluh kerana kematian Tuan Besar Musa

menyebabkan kelab elit hospital kehilangan dana yang

besar. Dia naik angin lalu bertanyakan lima pek darah

yang ada di bank darah. Nusia melihat Doktor Murnitersenyum manis walaupun dimarahi oleh Profesor Doktor

Juaidi. Doktor Murni meletakkan jawatan saat itu juga

kerana tidak sanggup menggadaikan kemanusiaan.

Selepas itu, Doktor Murni mengajak Nusia ke bank darah

untuk menderma darah. Darah itu akan digunakan untuk

menyelamatkan pesakit-pesakit di wad Unit Rawatan Rapi.

Nusia bagaikan terdengar malaikat Munkar dan Nakir

menyoalnya.

Tema

Tema cerpen ini ialah nilai kemanusiaan semakin terhakis

kerana lebih mementingkan ganjaran. Profesor Doktor Juaidi

hanya menumpukan rawatan kepada Tuan Besar Musa

dan mengabaikan pesakit-pesakit lain kerana mempunyai

kepentingan. Tuan Besar Musa merupakan ahli perniagaan

dan penyumbang dana kepada kelab elit hospital, tempat dia

dirawat. Profesor Doktor Juaidi bimbang jika Tuan Besar Musa

mati, tidak akan ada sumbangan untuk majlis makan malam

gilang-gemilang kelab itu.

Persoalan

1. Persoalan tentang tanggungjawab ahli perubatan.

2.  Persoalan tentang jangka hayat dan kematian seseorang

dalam tangan Tuhan.

3.  Persoalan tentang sikap pilih kasih dan ketidakadilan.

Plot

Binaan Plot

1.  Permulaan – Suasana cemas di wad Unit Rawatan Rapi

apabila Tuan Besar Musa yang dalam keadaan koma

tidak memberi tindak balas terhadap rawatan walaupun

sudah banyak pek darah dimasukkan ke dalam tubuhnya.

Bekalan darah di bank darah juga hampir habis.

2.  Perkembangan – Jururawat, iaitu Nusia mempertikaikan

perkara itu kerana menganggap suatu pembaziran

sedangkan banyak pesakit lain memerlukan darah. Doktor

Murni menenangkan Nusia dan mengatakan bahawa itumerupakan arahan Profesor Doktor Juaidi.

3.  Perumitan – Nusia memberitahu Profesor Doktor Juaidi

tentang keadaan pesakit lain yang juga memerlukan darah

tetapi Profesor Doktor Juaidi tetap mahu Tuan Besar

Musa diberikan keutamaan. Nusia meluahkan rasa tidak

puas hatinya kepada Doktor Murni. Dia belas apabila

melihat keadaan para pesakit yang terlantar tetapi tidak

diberikan perhatian, seolah-olah nilai kemanusiaan sudah

tidak ada lagi. Pihak hospital terlalu memandang ganjaran

dan menjadikan perkhidmatan perubatan bagaikan satu

perniagaan. Doktor Murni mencuba untuk menenangkan

Nusia kerana mereka golongan minoriti dan tidak

mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan itu.

4.  Klimaks  – Nusia bertindak nekad. Dia pergi ke Bank

Darah dan mendesak juruteknik makmal melepaskan baki

bekalan darah yang ada. Darah itu untuk kegunaan empat

pesakit yang sedang koma di wad Unit Rawatan Rapi.

Nusia sanggup berhadapan dengan Profesor Doktor

Juaidi yang marah akan tindakannya itu. Kemudian,

Tuan Besar Musa meninggal dunia. Profesor Doktor

Juaidi mempersoalkan kehilangan lima pek darah yang

sepatutnya diberikan kepada Tuan Besar Musa. DoktorMurni melepaskan jawatan serta-merta kerana nilai

kemanusiaan tidak wujud di hospital itu lagi.

5.  Peleraian – Profesor Doktor Juaidi terkejut akan tindakan

Doktor Murni. Doktor Murni menarik tangan Nusia dan

mengajaknya ke Bank Darah untuk menderma darah. Dia

berharap agar bekalan darah dapat membantu pesakit-

pesakit lain. Nusia bagai terdengar bisikan Munkar dan

Nakir menyoal dirinya.

Teknik Plot

1. Teknik pemerian

  Keadaan Tuan Besar Musa ketika dirawat. Contoh:

  Alat sokongan hayat mengepam, menggelembungkanalveolus paru-paru. Mata terpejam rapat. Tubuh tua lelaki

 pemuja nafsu itu berkulit hitam berkedut seribu. Najis

lendir berdarah – teramat busuk bertakung di punggung.

[halaman 69]

2. Teknik dialog

  Perbualan antara Nusia dengan Doktor Murni. Contoh:

  “Bank darah sudah kering.” 

  “Dia Tuan Besar. Hebahkan ke media. Mustahil kalalu

tiada orang yang mahu menderma darah.” [halaman 69]

3. Teknik monolog

  Nusia berkata-kata dalam hatinya tentang keperluan

bekalan darah yang diperlukan daripada hospital lain.

Contoh:

  Untuk siapa? Hatinya musykil sendiri. [halaman 71]

4. Teknik saspens

  Pembaca tertanya-tanya tentang keadaan Solehah.

Contoh:

  Tekanan darah Solehah semakin rendah. Jeritku

menyapa kuping Profesor Doktor Juaidi. Dia menoleh.

[halaman 71]

5. Teknik kejutan

  Nusia dan Profesor Doktor Juaidi terkejut apabila Doktor

Murni meletakkan jawatannya serta-merta. Contoh:

  Tidak percaya aku, Doktor Murni boleh tersenyum

semanis itu. “Ini surat peletakan jawatan saya. Tidak

cukup menjadi doktor manusia, saya mahu menjadi

doktor kemanusiaan juga. Kalau tiada di hospital ini,saya yakin ada di hospital lain.” Profesor Doktor Juaidi

ternganga. [halaman 75]

Watak dan Perwatakan

Nusia

1. Nusia bertugas sebagai jururawat di wad Unit Rawatan

Rapi.

2. Seorang yang dedikasi terhadap tugasnya. Dia berusaha

untuk merawat pesakit-pesakit yang dirawat di wad Unit

Rawatan Rapi dengan sebaik-baiknya.

3.  Dia mudah beremosi.

Page 18: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 18/46

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS 

18 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

4. Nusia berani berhadapan dengan risiko dimarahi oleh

Profesor Doktor Juaidi apabila mengambil bekalan darah

yang dikhususkan kepada Tuan Besar Musa untuk

diberikan kepada pesakit lain.

Doktor Murni

1. Doktor Murni bertugas di wad Unit Rawatan Rapi.

2.  Seperti Nusia, dia juga bertanggungjawab dan dedikasi

terhadap tugasnya.

3.  Dia penyabar kerana tidak mudah melenting apabila

diasak dengan pertanyaan demi pertanyaan oleh Nusia.

4.  Dia berani bertentangan pendapat dengan Profesor

Doktor Juaidi dan melepaskan jawatannya serta-merta

demi memelihara nilai kemanusiaan.

Profesor Doktor Juaidi

1. Profesor Doktor Juaidi pakar perubatan di wad Unit

Rawatan Rapi. Beliau ketua Doktor Murni dan Nusia.

2.  Beliau tidak amanah dan tidak bertanggungjawab dalam

menjalankan tugasnya.

3.  Selain itu, beliau kasar dan pembengis. Beliau marahapabila arahannya tidak dipatuhi oleh orang bawahannya.

Latar

Latar tempat

1. Wad Unit Rawatan Rapi sebuah hospital  – Nusia dan

Doktor Murni bertugas di wad Unit Rawatan Rapi sebuah

hospital. Pesakit-pesakit di unit tersebut dalam keadaan

tenat dan koma. Mereka memerlukan darah tetapi bekalan

darah di hospital itu hampir habis.

2. Bank darah – Nusia berjumpa dengan juruteknik makmal

untuk mendapatkan lima pek darah. Pada mulanya

 juruteknik tersebut tidak memberikan kerjasama tetapi

Nusia tetap mendesak kerana mahu menyelamatkanpesakit di Unit Rawatan Rapi. Dia sanggup menerima

sebarang risiko. Akhirnya, juruteknik itu akur akan

permintaan Nusia.

Latar masa

1. Zaman moden  –  Hal ini dibuktikan dengan kewujudan

wad Unit Rawatan Rapi yang dilengkapi dengan peralatan

moden.

2. Waktu siang  –  Nusia memaklumkan kepada Doktor

Murni bahawa bekalan darah di bank darah sudah kering.

Hal ini dijelaskan melalui dialog Profesor Doktor Juaidi

ketika Tuan Besar Musa meninggal dunia.

Latar masyarakat

1. Golongan doktor dan jururawat  –  Profesor Doktor

Juaidi, Doktor Murni, dan Nusia bertugas merawat pesakit

kritikal di wad Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital.

2. Masyarakat yang dedikasi dan amanah dalam

menjalankan tugas  – Doktor Murni dan Nusia merawat

pesakit di Unit Rawatan Rapi dengan sabar dan penuh

dedikasi tanpa mengenal penat.

3. Masyarakat yang mementingkan ganjaran dalam

perkhidmatan  – Profesor Doktor Juaidi mengutamakan

rawatan kepada Tuan Besar Musa kerana mengharapkan

dana untuk kelab elit hospital itu.

4. Masyarakat yang bersikap pilih kasih – Profesor Doktor

Juaidi bersikap pilih kasih kerana tidak memberikan

perhatian dan rawatan yang sama rata kepada para

pesakit di Unit Rawatan Rapi.

Gaya Bahasa

1. Istilah perubatan

Contoh:  virus; esofagus; alveolos; prognosis;leukemia;gelafundin; platelet; plasma; ventilator; adrenalina;

dopamin; atropina

2. Metafora

Contoh: tapak muslihat 

3. Personifkasi

Contoh:  cupingnya diusapi suara lembut Doktor Murni

[halaman 71]; renungan mata Doktor Murni menikam

anak mataku [halaman 72]

4. Anafora

Contoh:  Aku menjeling. Aku cuba tersenyum walaupun

hati terasa pedih. [halaman 69]

5. Repitisi

Contoh: “Doktor Murni, semalam 50 pek darah masuk ketubuhnya, 50 pek darah juga yang keluar. [halaman 69]

6. Sinkope

Contoh:  Kenapa tak ada waris yang datang

menjenguknya? [halaman 69]

Nilai

1. Nilai dedikasi – Doktor Murni dan Nusia dedikasi terhadap

tugas sebagai pengamal perubatan.

2. Nilai belas ihsan  – Nusia berasa sangat belas kasihan

terhadap nasib para pesakit yangberada dalam keadaan

koma dan kritikal di wad Unit Rawatan Rapi.

3. Nilai keprihatinan  –  Nusia prihatin akan keadaanbeberapa orang pesakit yang kritikal dan memerlukan

darah, lalu berusaha untuk membantu mereka.

4. Nilai ketegasan  –  Nusia dan Doktor Murni tegas

dengan tidak mematuhi arahan Profesor Doktor Juaidi

dalam hal merawat pesakit kerana arahannya itu tidak

berperikemanusiaan dan tidak bertanggungjawab.

5. Nilai keberanian  –  Nusia berani mengambil bekalan

darah yang dikhususkan untuk Tuan Besar Musa demi

menyelamatkan pesakit lain yang lebih memerlukan.

Doktor Murni pula berani meletakkan jawatan kerana

mahu menjadi doktor yang bersifat kemanusiaan.

6. Nilai bertanggungjawab  –  Nusia dan Doktor Murni

merawat pesakit-pesakit yang koma dan kritikal di wadUnit Rawatan Rapi dengan penuh tanggungjawab.

Pengajaran

1. Kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh rasa

tanggungjawab.

2.  Kita hendaklah merawat pesakit dengan ikhlas tanpa

mengira status atau kedudukan.

3.  Kita hendaklah mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi.

4.  Janganlah kita membiarkan kezaliman berlaku tanpa

sebarang tindakan untuk mencegahnya.

5.  Janganlah kita melakukan pembaziran.

Page 19: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 19/46

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS

19  © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Unit 5 Drama

Bukan Gila

Sinopsis

  Azmir berada di wad pesakit jiwa. Dia berlakon

sebagai TUAN dan HAMBA dengan menunjukkan pelbagai

riak muka seolah-olah menanggung kesakitan yang

keterlaluan. Kemudian, dia bermonolog dan mengucapkan

terima kasih kepada ibu bapa, akal, dan takdir atas

segala nikmat yang dikecapinya. Dia juga berterima kasih

kepada golongan petani, nelayan, dan buruh yang banyak

memberikan keselesaan kepada hidupnya. Ani muncul lalu

 Azmir bertanyakan sebab gadis itu meninggalkan dirinya.

 Ani membalas bahawa dia tidak pernah meninggalkan

 Azmir, bahkan selalu berada di sisinya. Azmi merayu

 Ani agar menolongnya dan membawa dia keluar dari

situ. Ani memujuk Azmir supaya kekal di situ kerana

mereka bahagia. Dia menasihati Azmir supaya belajarmenerima hakikat kerana daripada kesakitan itu dia akan

memperoleh kebahagiaan. Azmir keliru apabila Ani hilang

begitu sahaja.

  Apabila bapanya datang, Azmir tidak mahu

memandang bapanya. Azmir memanggil Ani untuk

memintanya menghalau Bapa. Bapa meyakinkan Azmir

bahawa dia datang kerana dia menyayanginya tetapi Azmir

tidak percaya. Bapa menjelaskan bahawa Azmir sakit, oleh

sebab itu dia dikurung di situ. Azmir menegaskan bahawa

dia cuma sakit tetapi tidak gila. Dia marah kerana Bapa

tidak memahami keadaannya. Selepas itu, datang pula

Pak Haji. Dia menegur Azmir kerana tidak menjawab

salamnya dan perbuatan itu melanggar hukum. Azmir

tidak menjawab salam kerana tidak suka akan Pak Hajidan dengan sinis membalas bahawa hukum pada hari

ini tiada makna lagi. Banyak orang melanggar hukum.

Orang-orang yang sakit sepertinya tidak dipedulikan. Pak

Haji mengalih topik dengan bertanya sama ada betul atau

tidak Azmir sudah menukar namanya. Azmir mengaku.

Nama baharunya ialah W.A Domski. Pak Haji terkejut

kerana Azmir tidak mahu menjadi orang Melayu lagi. Azmir

menegaskan bahawa hal itu haknya. Dia berbuat demikian

kerana kasih sayang tidak wujud lagi dalam masyarakat.

Baginya, nama sudah tidak penting.

  Pak Haji meminta Azmir mengucap. Azmir membalas

dengan sinis bahawa dia sudah lama mengucap. Dia

percaya kepada Tuhan tetapi tidak percaya kepada

manusia, terutamanya orang seperti Pak Haji yangperbuatannya tidak seiring dengan percakapan. Dia

menyuruh Pak Haji beredar. Ketika itu, kesakitannya

kembali lagi menyebabkan Azmir meraung. Azmir

ternampak Ani. Dia meminta maaf kerana tidak

mempedulikan Ani. Ani bertanya sama ada Azmir meragui

cintanya. Azmir menjawab bahawa dia sudah tidak percaya

kepada cinta. Ani meyakinkan Azmir bahawa dia masih

mencintainya. Azmir berhujah bahawa manusia hanya

pandai berkata kata padahal manusia telah membunuh

kemanusiaan, cinta, dan kasih sayang. Azmir menjerit

nama Ani apabila mendapati Ani menghilangkan diri sekali

lagi. Doktor membenarkan Azmir bersiar-siar sebagai

ganjaran atas perilaku baiknya. Doktor memintanya

supaya tidak pergi jauh dan mesti kembali ke situ semula.

 Azmir berasa amat gembira lantas mengucapkan terima

kasih.

  Sementara itu, Arif dan rakan-rakannya sedangberbincang tentang drama “Sasau” yang akan dipentaskan.

 Arif menyatakan bahawa setiap manusia memiliki unsur-

unsur kegilaan dan tidak wajar melabel seseorang itu gila

kerana gila itu sesuatu yang sukar dijelaskan. Pelakon I

berhujah tentang kuasa yang menguasai dunia. Pelakon

II pula membantah dengan mengatakan bahawa wanglah

yang menguasai dunia. Pelakon III pula berpendapat

bahawa kiranlah yang lebih berkuasa kerana dapat

mengawal manusia dan dunia. Ketika mereka berbincang

itu, Azmir mencelah. Dia mengatakan bahawa pandangan

mereka bertiga salah. Dia menjelaskan, sistemlah yang

paling penting. Dengan sistem, manusia dapat mengawal

segala-galanya. Kehadiran Azmir menimbulkan tanda

tanya dalam kalangan pelakon itu. Azmir memperkenalkandirinya sebagai pemikir kesejahteraan rakyat.

  Pelakon I tidak bersetuju dengan Azmir kerana

sistem dicipta oleh manusia dan sistem dapat juga

dipengaruhi oleh kuasa dan wang. Azmir mempertahankan

pendapatnya. Sistem dikawal oleh rakyat, bukan wang

atau kuasa. Rakyat akan sentiasa membaiki sistem jika

wujud kelemahan. Berdasarkan sejarah, sistem yang

baik akan bertapak kukuh dalam hati rakyat. Pelakon III

meminta Arif menasihati Azmir supaya berhenti berlakon

seketika. Pelakon-pelakon lain juga tidak memahami

perkara yang diucapkan oleh Azmir. Pada ketika itu,

 Azmir bergolek-golek di lantai kerana sakit dan meminta

tolong daripada rakan-rakan baharunya itu. Mereka

mengangkat Azmir dan membantunya untuk duduk. Azmirmeminta kepalanya dipicit kerana terlalu sakit. Pelakon I

curiga sama ada Azmir sakit atau berpura-pura sakit. Arif

berpendapat bahawa Azmir benar-benar sakit kerana dia

dapat membezakannya. Pelakon II mengatakan bahawa

lakonan Azmir sangat realistik. Pelakon III pula berkata,

 jika benar Azmir berlakon, mereka semua telah terperdaya.

Bagi Arif, tiada salahnya jika benar Azmir berlakon kerana

pada hari itu mereka telah belajar sesuatu daripadanya.

  Setelah sakit Azmir reda, mereka bertanya sama ada

 Azmir betul-betul sakit atau berlakon. Azmir mengatakan

bahawa semuanya benar dan bukan lakonan. Arif

memberitahu semasa Azmir muncul, mereka sedang

berlatih drama. Dia mahu Azmir membantu mereka dalam

drama itu. Azmir bersetuju. Sekali lagi Azmir didatangikesakitan dan meminta kepalanya dipicit. Setelah itu,

mereka berbincang pula tentang maksud gila. Azmir

berkata itu bukan gila, sebaliknya ialah penderitaan yang

tidak tertanggung. Sebilangan doktor kurang pengetahuan,

tidak menamatkan pengajian, dan tidak mempunyai ilmu

yang cukup sehingga gagal mengenal pasti penyakit yang

dideritai itu. Lalu mereka mengambil jalan mudah dengan

melabel seseorang itu gila demi menjaga nama. Sekali lagi

kesakitan menyerang Azmir. Oleh sebab tidak tertahan,

 Azmir menghantuk-hantukkan kepalanya ke lantai

sehingga berdarah. Arif dan rakan-rakannya membantu

 Azmir dengan memicit badan dan kepalanya. Selepas

seketika, Azmir menyambung bicaranya. Dia menceritakan

Page 20: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 20/46

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS 

20 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

keadaannya yang sering menghantuk-hantukkan kepala.

Orang yang melihat menyangka dia gila. Pada ketika itu,

muncul doktor dan pembantu-pembantunya.

  Doktor Razi memperkenalkan diri dan menyatakan

tujuannya datang untuk menjemput Azmir pulang. Sudah

tiga hari Azmir tidak pulang menyebabkan ramai yang

bimbang. Azmir kelihatan takut dan bertegas tidak mahu

pulang. Doktor Razi terus memujuk dan pembantu-

pembantunya memegang Azmir. Azmir meronta-rontasambil menjerit. Dia meminta Arif dan rakan-rakan

membantunya. Dia merayu supaya mereka mempercayai

dirinya kerana orang-orang itu sebenarnya penipu dan

akan mengurungnya. Arif memberitahu Doktor Razi

bahawa Azmir bukan gila tetapi menghidap penyakit

yang tidak tertanggung. Doktor Razi meyakinkan Arif dan

rakan-rakan bahawa mereka tidak perlu risau. Dia lebih

memahami sikap Azmir kerana telah lama merawatnya.

Katanya, orang gila tidak akan mengaku dirinya gila.

  Arif dan rakan-rakannya mengunjungi rumah Azmir.

Mereka disambut oleh ibu dan bapa Azmir. Mereka

diberitahu bahawa Azmir tidak tinggal di situ. Ibu dan

bapa Azmir menceritakan tingkah laku Azmir yang sering

mencabar kesabaran mereka. Azmir gagal menamatkanpengajian dan tidak bekerja. Mereka seperti sudah putus

harapan terhadap Azmir dan yakin bahawa dia sebenarnya

gila. Arif menjelaskan bahawa Azmir sebenarnya tidak gila,

sebaliknya menanggung penderitaan yang sangat berat.

Pelakon I memberitahu Azmir memakai tanda nama

orang putih. Ibu Azmir meluahkan rasa malu kerana

tindakan Azmir itu. Pelakon II meminta supaya ibu Azmir

bersabar. Pelakon III pula menyatakan bahawa punca

 Azmir jadi begitu kerana kekurangan kasih sayang.

Pelakon I mengajak ibu dan bapa Azmir membantunya.

 Azmir sangat memerlukan sokongan mereka pada saat

ini, bukannya cemuhan. Mereka perlu berjumpa dengan

 Azmir sebelum terlambat.

  Azmir terus mengeluh dan meratapi nasib yangmenimpa dirinya. Dia semakin hilang semangat dan

suka bercakap sendirian. Dia menyanyi untuk mengubat

kesepian dan kekecewaan. Dia membayangkan dunia

yang indah dan melucukan. Kemudian, dia tertawa dan

menangis. Suaranya semakin lemah dan dia rebah. Ani

membaca berita tentang kematian Azmir yang dilaporkan

dalam akhbar. Punca kematiannya disahkan kerana

penyakit barah otak. Ani berasa kesal dan bersalah

kerana meninggalkan Azmir setelah diberitahu bahawa

 Azmir gila. Terdengar suara Azmir berbisik mengatakan

bahawa dia bukan gila. Dia sebenarnya menanggung

penderitaan yang berat. Ani terus menyalahkan dirinya

kerana bersikap kejam terhadap Azmir.

Tema

Tema drama ini ialah penderitaan yang tidak tertanggung

yang disalah anggap sebagai penyakit jiwa. Azmir mengalami

kesakitan yang amat sangat di bahagian kepala sehingga dia

tidak mampu belajar mahupun bekerja. Apabila kesakitannya

datang, dia akan berguling-guling dan menghantuk-hantukkan

kepala sehingga disangka gila oleh keluarga lalu dihantar

ke hospital sakit jiwa untuk mendapatkan rawatan. Dia juga

ditinggalkan oleh kekasihnya. Setelah dia mati, barulah

diketahui bahawa dia sebenarnya menghidap barah otak.

Persoalan

1. Persoalan tentang sikap prasangka dan curiga.

2.  Persoalan tentang kurang pengetahuan tentang penyakit

barah otak.

3.  Persoalan tentang kurang kasih sayang dan perhatian.

4. Persoalan tentang persahabatan.

Plot

Binaan plot

1. Permulaan  –  Azmir berada di wad gila dan bercakap

sendirian. Bayangan kekasihnya, Ani muncul. Azmir

meminta Ani membawanya keluar tetapi Ani enggan

kerana di situ juga ada bahagia.

2. Perkembangan – Bapa muncul untuk menziarahi Azmir.

 Azmir menuduh Bapa tidak menyayanginya kerana

menghantar dia ke situ. Azmir bertegas mengatakan

bahawa dia tidak gila tetapi Bapa pula mengatakan

bahawa Azmir tidak mengerti keadaan sebenarnya.

Selepas itu, Pak Haji pula menziarahi Azmir.

3. Perumitan  –  Pak Haji terkejut apabila mendapat tahu

bahawa Azmir menukar namanya kepada nama orang

putih. Pak Haji menasihati Azmir supaya mengucap.

 Azmir pula mengatakan bahawa dia percaya kepada

Tuhan tetapi tidak mempercayai manusia. Pak Haji

beredar apabila Azmir meraung kesakitan. Ani muncul lagi

dan meyakinkan Azmir tentang cintanya. Azmir meragui

kata-kata Ani itu. Doktor Razi membenarkan Azmir

bersiar-siar kerana dia telah menunjukkan kelakuan

yang baik. Namun begitu, Doktor Razi meminta Azmir

kembali ke wad semula. Ketika Arif dan rakan-rakannya

menjalani latihan drama “Sasau”, Azmir mencelah lalu

menyertai perbincangan itu. Hujah dan pandangannya

mengagumkan Arif dan rakan-rakannya. Kemudian,

 Azmir mengalami kesakitan dan berguling-guling serta

menghantuk-hantukkan kepalanya. Arif dan rakan-rakan

berasa simpati dan mencuba untuk membantunya.

Doktor Razi datang dengan para pembantunya untuk

membawa Azmir pulang ke wad gila. Azmir tidak mahu

dan meronta-ronta. Dia meminta tolong daripada Arif dan

kawan-kawannya. Arif menjelaskan bahawa penderitaan

 Azmir kepada Doktor Razi tetapi Doktor Razi mengatakan

bahawa dia lebih mengenali Azmir.

4. Klimaks  –   Arif dan kawan-kawannya berkunjung

ke rumah Azmir tetapi Azmir tiada. Mereka berbual-

bual dengan ibu dan bapa Azmir tentang penderitaan

yang ditanggung oleh pemuda itu. Ibu bapa Azmir

percaya bahawa anak mereka kurang siuman keranadoktor mengatakan demikian. Arif dan rakan-rakannya

mengatakan bahawa sikap Azmir begitu kerana kurang

perhatian serta kasih sayang. Mereka memujuk ibu bapa

 Azmir agar memberikan sokongan kepada Azmir kerana

dia sedang menanggung penderitaan yang sangat hebat.

5. Peleraian  –  Surat khabar menyiarkan berita kematian

 Azmir akibat barah otak. Ani yang membaca berita itu

terkejut dan berasa bersalah. Dia telah meninggalkan

 Azmir kerana menyangka pemuda itu gila. Kini, dia berasa

sangat kesal.

Page 21: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 21/46

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS

21  © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Teknik plot

1. Teknik pemerian

  Pengarang memerihalkan keadaan Azmir. Contoh:

  Dalam wad pesakit jiwa. Azmir sedang mengatakan

sesuatu dengan suara yang tidak jelas. Lama-kelamaan,

suara yang perlahan itu semakin jelas kepada audiens.

[halaman 82]

2. Teknik dialog  Azmir melakonkan watak TUAN dan HAMBA. Contoh:

TUAN: Aku tuanmu. Terimalah bunga ini.

HAMBA: Tidak mahu.

TUAN: Kau mesti menerimanya. Bunga ini cantik dan

harum. [halaman 82]

3. Teknik monolog

  Azmir bercakap sendirian di dalam wad gila. Contoh:

 AZMIR: Hujan, apakah kau bahagia? Apakah kau

bahagia sewaktu membanjiri sawah, ladang dan

desa? Khabarnya, di Bangladesh banjir besar

melanda. Ribuan nyawa turut tenggelam dengan

arusmu. Apakah kau bahagia? Matahari, apakah

kau bahagia ketika panasmu mencairkan kedinginan

manusia? [halaman 82]

4. Teknik monolog dalaman

  Azmir mengungkapkan rasa terima kasih dalam hatinya.

Contoh:

  Terima kasih, ibu dan ayah yang melahirkan dan

membesarkan aku, kerana merekalah aku mengenal

kehidupan. Terima kasih akal kerana mengajarku

mengenal ilmu, kerananya aku menjadi manusia yang

 pandai dan ternama .... [halaman 83]

5. Teknik saspens

  Pembaca tertanya-tanya tentang nasib yang akan

menimpa Azmir. Contoh:

DOKTOR: Saya rasa kita pulang dulu. Encik Azmir perlu

berehat sikit saja lagi. Selepas itu, Encik Azmir bolehkeluar semula. Kepala pun dah luka semula. Kita

balik bubuh ubat dulu, OK?

(Para pembantu memegang tangan AZMIR untuk

dibawa pergi. Dia meronta-ronta tidak mahu pergi.)

[halaman 99]

6. Teknik kejutan

  Pembaca dikejutkan dengan berita kematian Azmir akibat

menghidap penyakit barah otak. Contoh:

SUARA LATAR: Kangar, 21 Jun 1993 – Seorang pesakit

 jiwa, Azmir bin Salleh telah meninggal dunia di dalam

wad pesakit jiwa Hospital Besar di sini. Pesakit ini

meninggal dunia tanpa sesiapa di sisinya. Hasil

daripada bedah siasat, didapati bahawa pesakit ini

meninggal dunia kerana menderita barah otak.

(ANI tidak dapat meneruskan bacaan. Surat khabar

terlepas daripada tangannya. Dia kelihatan longlai dan

tak bermaya). [halaman 108]

Watak dan Perwatakan

 Azmir 

1.  Azmir diletakkan di wad sakit jiwa kerana keluarganya

menyangka dia tidak siuman akibat sering berguling-

guling dan menghantukkan kepala ke lantai.

2. Dia suka berfalsafah dan bersyarah.

3.  Dia bijak kerana berjaya melanjutkan pengajian ke

universiti dan memberikan pendapat yang bernas. Walau

bagaimanapun, dia tidak menamatkan pengajian di

universiti kerana terhalang oleh penyakitnya.

4. Dia mempunyai kekasih bernama Ani tetapi akhirnya

ditinggalkan apabila dikatakan gila.

5. Pada akhir cerita, dia meninggal dunia dan disahkan

menghidap barah otak.

Bapa

1. Bapa ialah ayah Azmir.

2. Dia mengambil berat terhadap Azmir dengan

menziarahinya di wad.

3. Walau bagaimanapun, dia kurang memberikan kasih

sayang dan sokongan kepada Azmir kerana tidak tahu

bahawa anaknya itu menghidap penyakit kronik.

Ibu

1. Ibu ialah emak Azmir.

2. Dia tidak prihatin terhadap anaknya. Dia mengambil

mudah tentang perubahan sikap Azmir dan menyangka

bahawa anaknya itu sengaja buat-buat gila.

3.  Selain itu, dia kurang memberikan kasih sayang dansokongan kepada Azmir kerana tidak tahu bahawa

anaknya itu menghidap penyakit kronik.

 Arif 

1.  Arif ialah pengarah drama “Sasau”.

2. Dia menjadi rakan baharu Azmir apabila Azmir tiba-tiba

muncul di tempat dia dan rakan-rakannya berlatih drama.

3.  Arif bijak kerana dapat melihat kelebihan pada diri Azmir.

4.  Dia juga prihatin kerana mengambil berat terhadap

keadaan Azmir. Dialah yang meminta ibu bapa Azmir

membantu Azmir yang sedang menderita akibat sakit.

Latar

Latar tempat

1. Wad gila  –  Azmir berada di wad gila sebuah hospital

untuk mendapatkan rawatan. Di situlah dia terkurung dan

terseksa kerana dilabel gila sedangkan dia menderita

penyakit barah otak.

2. Di atas pentas  –  Ketika Arif dan rakan-rakan pelakon

yang berlatih drama “Sasau” sedang berbincang, Azmir

muncul lalu menyertai mereka di situ.

3. Di rumah Azmir –  Arif dan rakan-rakan pelakon datang

ke rumah Azmir untuk menziarahinya tetapi dia tidak

ada. Mereka disambut oleh ibu bapa Azmir. Di sinilah

mereka berbual tentang Azmir yang dikatakan gila tetapisebenarnya menghidap satu penyakit yang kronik.

4. Di rumah Ani –  Ani membaca berita yang tersiar dalam

surat khabar. Berita itu tentang kematian Azmir akibat

penyakit barah otak. Ani menangis dan menyesali

tindakannya meninggalkan Azmir kerana menyangka

bahawa pemuda itu gila.

Latar masa

Waktu siang – Bapa dan Pak Haji menziarahi Azmir di wad,

iaitu pada waktu lawatan yang biasanya berlangsung pada

waktu siang. Azmir juga dibenarkan bersiar-siar di sekitar

hospital pada waktu siang selepas menunjukkan kelakuan

yang baik.

Page 22: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 22/46

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS 

22 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Latar Masyarakat

1. Golongan pesakit yang menderita penyakit kronik

2. Golongan doktor yang jahil dan kurang ilmu 

3. Golongan ibu bapa yang kurang memberikan sokongan

dan kasih sayang 

4. Masyarakat yang prihatin dan mengambil berat

5. Masyarakat yang mudah mempercayai khabar angintanpa menyelidik terlebih dahulu

6. Masyarakat yang menginsa kesilapan 

Gaya Bahasa

1. Simile

Contoh: Mata Azmir semacam melihat tepat ke arah

suatu objek.

2. Anafora

Contoh: HAMBA: Rahsiamu? Rahsiamu ialah

 penderitaanku tetapi kepuasanmu.

3. Repetisi

Contoh:

 ANI: Percayalah. Ani masih mencintai abang, sungguh-

sungguh mencintai abang. [halaman 88]

PELAKON II: Bukan, kau salah. Wang ialah duniaku.

Duniaku ialah wang. Wang ialah kuasa. Dengan

wang, dunia berada di bawahku. Dengan wang,

kuasa berada di bawahku. [hal. 90]

4. Metafora

Contoh: kamus kemanusiaan; pesona keghairahan;

angin kemudaan; pohon-pohon rasa

5. Simpulan bahasa

Contoh: gila-gila bahasa; berbesar hati; minta diri 

Nilai

1. Nilai kesihatan mental dan fzikal  –   Azmir sering

berguling-guling dan menghantukkan kepalanya ke lantai

akibat terlalu sakit tetapi pakar perubatan mengatakan

bahawa dia gila.

2. Nilai kebebasan –Azmir berasa tertekan kerana terkurung

di wad dan gembira apabila diberi peluang untuk bersiar-

siar.

3. Nilai keprihatinan –  Arif dan rakan-rakannya mengambil

berat tentang keadaan Azmir dengan menziarahinya di

rumah. Apabila mengetahui ketiadaan Azmir, mereka

menceritakan perkara yang sebenar kepada ayah dan ibu

 Azmir.

4. Nilai belas kasihan - Arif dan rakan-rakannya bersimpati

dengan keadaan Azmir yang kesakitan.

Pengajaran

1. Kita hendaklah memberikan sokongan kepada pesakitsupaya kuat semangat dan berkiran positif.

2.  Kita hendaklah mengambil berat dan bersimpati terhadap

kesusahan orang lain.

3.  Janganlah kita mudah menjatuhkan hukuman tanpa

menyiasat puncanya terlebih dahulu.

4.  Janganlah kita terburu-buru mengambil tindakan yang

akhirnya merugikan diri sendiri.

Bahagian B : Novel

1  Songket Berbenang Emas

Sinopsis

  Dahlia, murid tingkatan 6 atas menempuh pelbagai

cabaran dalam hidupnya. Keluarganya yang miskin

menumpang di tanah milik neneknya, Nenek Kiah. Ibunya

mengalami tekanan mental yang kuat sehingga hilang

ingatan dan terpaksa dirawat di Hospital Taman Bahagia,di Johor Bahru. Ayahnya pula dipatuk ular sehingga

terpaksa dimasukkan ke dalam wad selama beberapa hari.

 Adiknya, Abu Bakar terpengaruh oleh kawan-kawannya

yang datang daripada keluarga senang sehingga tidak

mahu belajar kerana mahu berseronok semata-mata.

  Apabila ibunya sakit dan terpaksa dirawat, Dahlia

terpaksa menguruskan adik-adiknya yang masih kecil,

iaitu Anggerik, Kiambang, dan Melati. Dia terpaksa

keluar dari asrama setelah dia ditegur oleh Cikgu

Salwani kerana lambat datang ke sekolah. Dia juga

kerap ponteng sekolah kerana menjaga adik-adiknya.

Cikgu Hisyam dan kawan baiknya, Kavita memberikan

dorongan kepada Dahlia supaya terus bersekolah.

kerana dia mempunyai peluang yang cerah untuk

mencapai kejayaan yang cemerlang dalam STPM.

  Azhari, seniornya semasa di sekolah sebelum ini

menyuarakan hasrat hati untuk melamar Dahlia. Dahlia

menolaknya dengan memberi alasan dia mahu belajar

dahulu dan bekerja untuk membantu keluarganya. Namun

begitu, Azhari tetap tegas dengan keputusannya lalu

menghantar rombongan untuk merisik Dahlia. Semasa

risikan itu, Dahlia tidak memberikan sebarang keputusan

yang pasti kepada Azhari. Dalam masa yang sama,

Najib juga menyimpan perasaan terhadap Dahlia.

  Dahlia dipandang serong oleh penduduk kampung

apabila dia dikunjungi oleh Azhari dan Najib. Aton yang

sememangnya mendendami Dahlia kerana menyangka

bahawa Dahlia sebagai punca kematian anaknya, Said

telah menyampaikan tnah kepada Mak Aji, isteri kepada

Haji Sulaiman. Abu Bakar yang telah berubah, bingkas

mempertahankan maruah keluarganya dan mahu memukul

 Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman. Dahlia berasa

amat sedih akan tuduhan itu. Abu Bakar memujuknya.

  Nenek Kiah memberitahu Dahlia bahawa tanah yang

didiaminya sekarang akan dijual kepada pihak lain. Jika

Dahlia mahu tinggal di tanah itu, keluarganya perlu

Page 23: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 23/46

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS

23  © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

membayar sebanyak RM15 000. Nenek Kiah bertindak

begitu kerana desakan daripada Seman yang menghadapi

masalah hutang.

  Ibu Dahlia pulang ke rumah setelah penyakitnya

sembuh. Ayah Dahlia juga sudah semakin sihat. Dahlia

sudah boleh kembali ke sekolah untuk bersiap sedia untuk

menghadapi peperiksaan yang semakin hampir. Azhari

datang ke rumah Dahlia semula. Dahlia mengajaknya

untuk menziarahi nenek yang sakit, yang sudah lama

tidak dilawatinya. Dahlia terkejut apabila melihat keadaan

neneknya yang uzur. Nenek dibawa ke hospital dan

dirawat beberapa hari di hospital.

  Selepas keluar dari wad, nenek tinggal di rumah

Dahlia. Nenek mula insaf akan kesilapannya sebelum

ini. Dia sedar semasa dia sakit hanya keluarga Dahlia

lah yang benar-benar menjaganya. Seman langsung tidak

kelihatan sejak dia sakit. Selepas itu, Nenek Kiah tidak

lagi membangkitkan isu tanah yang hendak dijual itu.

  Kampung tersebut dilanda banjir. Para penduduk

terpaksa berpindah ke tempat pemindahan. Demikian juga

dengan keluarga Embong. Ada penduduk yang berasa

menyesal kerana tinggal di kampung itu. Dahlia sendiri

terpaksa mengulang kaji pelajaran dalam keadaan yang

tidak selesa. Setiausaha UMNO Bahagian Sri Gading,

Encik Daim yang juga merupakan bekas guru Dahlia

datang melawat ke pusat pemindahan itu. Beliau memuji

Dahlia yang rajin belajar walaupun berada di pusat

pemindahan itu. Haji Sulaiman pula menegur sikap

penduduk kampung yang bersikap mementingkan diri.

Beliau berharap selepas banjir, penduduk akan lebih

mengambil berat terhadap satu sama lain.

  Rumah Dahlia roboh akibat banjir. Para

penduduk membina rumah tersebut semula secara

berkerjasama. Haji Sulaiman berasa terharu apabila

melihat perubahan sikap penduduk kampung itu.

  Keluarga Azhari datang ke rumah Dahlia untuk

berbincang mengenai tarikh pertunangan Dahlia dengan

 Azhari. Mereka menetapkan tarikhnya pada 30 Disember,

iaitu selepas peperiksaan STPM selesai. Sementara itu,

Encik Daim datang ke rumah Dahlia untuk memaklumkan

bahawa Dahlia telah terpilih untuk melanjutkan pengajian

di Jepun selama empat tahun. Sebelum pergi ke Jepun,

Dahlia perlu mengikuti kursus selama enam bulan di

Universiti Malaya dan perlu melaporkan diri pada 31

Disember.

  Pada hari pertunangan, Dahlia bersiap sedia untuk

menanti kedatangan rombongan keluarga Azhari. Namun

begitu sehingga waktu petang, rombongan tersebut masih

belum sampai. Dahlia terpaksa bersiap untuk berangkat

ke Kuala Lumpur. Sebelum berangkat, ibu bapa Dahlia

menyampaikan beberapa pesanan kepadanya. Nenek Kiah

menghadiahkan seutas gelang yang mahal kepadanya.

Haji Sulaiman pula menyampaikan sumbangan wang

daripada penduduk kampung kepada Dahlia. Sebahagian

besar sumbangan itu datang daripada Tauke Lim.

Semasa sampai di tempat menunggu bas, barulah

 Azhari sampai. Dia memberitahu Dahlia bahawa dia

terlewat kerana bapa saudaranya lewat sampai. Sebelum

Dahlia berangkat, Azhari memberikan sehelai songket

berbenang emas kepada Dahlia. Dia berpesan kepada

Dahlia agar menjaga jati dirinya walaupun di mana-mana

dia berada.

Tema

  Novel ini bertemakan kecekalan seorang remaja

menempuh cabaran hidupnya. Dahlia, seorang remaja berusia

19 tahun yang cekal menghadapi pelbagai masalah dalam

hidupnya. Ibunya, Saleha menghadapi tekanan perasaan

yang hebat sehingga menjadi kurang siuman dan dirawat

di Hospital Taman Bahagia. Akibatnya, penduduk kampung

seperti Mak Aton dan neneknya, Nek Kiah memandang negatif

kepada keluarganya. Walau bagaimanapun, Dahlia cekal

menghadapi cabaran itu.

  Kecekalan Dahlia dapat juga dilihat apabila ayahnya

dirawat di hospital kerana dipatuk ular. Dia menziarahi

bapanya dan pada masa yang sama terpaksa menjaga adik-

adiknya yang masih kecil. Sungguhpun berat, dia tidak pernah

berputus asa dalam menghadapi masalah tersebut.

  Dahlia juga cekal apabila Mak Aton menuduhnya

sebagai punca kematian anaknya, Said. Dia tahu bahawa

dia berada di pihak yang benar kerana dia telah berusaha

untuk menyelamatkan Said tetapi gagal.

Dahlia juga cekal apabila diasak oleh Nek Kiah yang

mahu menjual tanah yang menjadi tempat tinggal Dahlia

dan keluarganya. Dia sedar bahawa keluarganya tidak akan

mampu membayar wang yang diminta oleh neneknya itu.

  Kecekalan Dahlia dapat juga dilihat menerusi sikapnya

yang gigih belajar demi mencapai kejayaan. Sungguhpun

belajar dalam keadaan kurang selesa di pusat pemindahan

banjir, dia gigih belajar sehingga mendapat pujian daripada

Encik Daim, Setiausaha Bahagian UMNO Sri Gading.

  Kecekalan Dahlia akhirnya terbayar juga apabila dia

mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun.

Persoalan

1. Persoalan tentang kasih sayang antara ahli keluarga.

2.  Persoalan tentang sikap mementingkan diri dalam

kalangan masyarakat.

3.  Persoalan tentang sikap suka membawa mulut danberprasangka buruk kepada orang lain.

4.  Persoalan tentang sikap bangsa asing yang pihatin.

5.  Persoalan tentang kepercayaan kepada perkara tahayul.

6.  Persoalan tentang kepentingan pelajaran demi masa

hadapan.

Plot

Binaan plot

1. Permulaan  – Dahlia bermain bola jaring di sekolahnya.

Fikirannya teringat akan ibunya yang tidak sihat dan adik-

adiknya. Azhari menemuinya di sekolah dan menyuarakan

hasrat mahu melamar Dahlia.

2. Perkembangan  –  Dahlia amat sedih apabila melihat

ibunya, Saleha yang hilang ingatan berada di kebun

getah pada waktu senja. Dia dan ayahnya membawa

ibunya pulang ke rumah. Nek Kiah menyalahkan ayah

Dahlia, iaitu Embong sebagai punca anaknya menjadi

gila. Ibu Dahlia dibawa ke Hospital Batu Pahat dan

kemudian ke Hospital Taman Bahagia di Johor Bahru

kerana keadaannya semakin teruk. Dahlia menziarahi

ibunya tetapi ibunya tidak mengenalinya. Embong dipatuk

ular tedung sehingga terpaksa dirawat di hospital selama

beberapa hari. Dahlia terpaksa ponteng sekolah kerana

menjaga adik-adiknya.

Page 24: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 24/46

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS 

24 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

3. Konik  –  Nek Kiah memberitahu Dahlia bahawa tanah

yang sedang diduduki oleh keluarganya akan dijual.

Jika keluarga Dahlia mahu duduk di situ, mereka perlu

membayar RM15 000. Dahlia tertekan kerana dia tahu

bahawa keluarganya tidak mampu menyediakan wang

sebanyak itu. Ketika membantu kerja-kerja memasak di

balai raya bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul,

Dahlia disindir oleh Mak Eton lalu dia pulang kerana

sedih. Adiknya, Abu Bakar yang gemar berpelesiransebelum ini memujuk Dahlia. Abu Bakar akhirnya sedar

akan kesilapannya lalu memohon maaf daripada Embong

kerana menjual kambing-kambing peliharaan ayahnya

itu. Azhari menghantar keluarganya untuk merisik, tetapi

Dahlia tidak memberikan jawapan kerana keadaan

keluarganya pada masa itu tidak bersesuaian. Pada masa

yang sama, Azhari dan Najib berusaha untuk memenangi

hati Dahlia tetapi Dahlia hanya menganggap Najib

sebagai sahabat. Ketika Nek Kiah datang untuk menyebut

hal penjualan tanah, Embong yang telah pulang ke rumah

mencuba untuk menakutkan Nek Kiah dengan sebilah

parang.

4. Klimaks  –  Saleha sudah sembuh dan dibenarkanpulang. Nek Kiah pula sakit dan dibawa ke hospital untuk

dirawat. Selepas itu, sikap Nek Kiah berubah menjadi baik

setelah sedar akan keluhuran budi Embong sekeluarga.

Penduduk kampung membina rumah Embong yang

musnah akibat dilanda banjir secara bergotong-royong.

Mereka juga mula bersatu padu dan bekerjasama setelah

dinasihati oleh Haji Sulaiman sebelum pulang ke rumah

masing-masing setelah banjir surut.

5. Peleraian  –  Dahlia bersekolah semula dan tinggal di

asrama untuk menghadapi peperiksaan. Keluarga Azhari

menetapkan tarikh pertunangan Azhari dengan Dahlia

selepas Dahlia tamat peperiksaan. Kedatangan Encik

Daim, Setiausaha UMNO Bahagian Sri Gading membawa

berita bahawa Dahlia terpilih untuk mengikuti pengajiandi Jepun selama empat tahun. Sebelum ke Jepun, Dahlia

akan mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya

selama enam bulan. Majlis pertunangan Dahlia yang

sepatutnya dilangsungkan sebelum Dahlia bertolak ke

Universiti Malaya tidak dapat dilakukan kerana Azhari

terlambat sampai. Namun begitu, sebelum Dahlia pergi,

 Azhari sempat bertemu dengannya dan memberikan

songket berbenang emas kepadanya sebagai simbolik

hubungan mereka.

Teknik plot

1.  Teknik pemerian

  Pengarang memerihalkan keadaan Embong yang datang

ke rumah Aton untuk menziarahi jenazah anak Eton.Contoh:

  Rumah yang dituju sudah terlihat di ruang mata. Di

halaman rumah sudah dibanjiri orang kampung; kaum

 perempuan berpakaian putih, manakala kaum lelaki pula

memakai baju biasa dengan bersongkok.

  Sebelum tiba di sasaran, dia memberhentikan

basikalnya, turun, lalu disandarkan di pokok leban

sebesar pemeluk. Dan dia melangkah. [halaman 58]

2.  Teknik dialog

  Perbualan antara Embong dengan Haji Deraman yang

dalam perjalanan ke surau. Contoh:

  “Sabit rumput?” 

  “Kambing bising, Pak Haji. Er, nak ke mana Pak

Haji?” tanya Embong, seraya memicit pinggang yang

sengal kerana terlalu lama membongkok.

  “Kan malam Jumaat, ke suraulah. Yang engkau lama

tak pergi kenapa?”  [halaman 114]

3.  Teknik monolog dalaman

  Dahlia berkata dalam hatinya sewaktu membayangkan

kata-kata ibu Azhari terhadap keluarganya. Contoh:  Aku harus memikirkan masalah keluarga, detik

hatinya, lalu menjirus air ke kaki, kemudian ke atas.

[halaman 129]

4.  Teknik imbas kembali

  Embong teringat akan Saleha yang pernah menghalau

penagih hutang. Contoh:

  … Embong meraup muka dengan telapak tangan

kanan. Isterinya pernah menghalau seseorang, seseorang

itu Aton, yang menagih hutang yang telah dijelaskan.

Peristiwa itu sudah lama – jika tidak silap tiga empat tahun

yang lalu. [halaman 120]

5.  Teknik imbas muka

  Dahlia membayangkan kata-kata emaknya kepadanya

sewaktu dia ingin menziarahi emaknya di Hospital TamanBahagia. Contoh:

  “Datang juga Lia. Kenapa baru sekarang sampai?”

Mungkinkah kalimat itu yang bakal emaknya luahkan?

“Baru ada kelapangan, mak. Emak dah sihat?” 

Emak mana ada sakit. Orang sahaja yang menganggap

bukan-bukan terhadap emak. Katakan kepada petugas di

sini, emak mahu balik.” [halaman 105]

Watak dan Perwatakan

Dahlia

1.  Dahlia ialah watak utama dalam novel ini.

2.  Dia anak sulung Embong dan Saleha. Dia mempunyaienam orang adik.

3.  Dahlia pelajar tingkatan 6 atas di Sekolah Menengah

Perempuan Temenggung Ibrahim. Semasa tingkatan satu

hingga tingkatan lima, dia belajar di Sekolah Menengah

Tun Ismail. Dia tinggal di asrama sekolah.

4.  Dia pelajar yang bijak. Dia menjadi harapan pihak sekolah.

 Atas kecemerlangannya dalam pelajaran, dia telah terpilih

untuk menyambung pelajaran di Jepun selama empat

tahun.

5.  Dia bertanggungjawab dan penyayang. Dia menjaga

adik-adik semasa ibu dan ayahnya dirawat di hospital.

Dia sanggup ponteng sekolah untuk memastikan adik-

adiknya di rumah tidak terabai.6.  Selain itu, Dahlia cekal dalam menghadapi cabaran

hidup. Dia cekal apabila ibunya yang sihat tiba-tiba hilang

ingatan sehingga terpaksa dirawat di hospital dalam

tempoh yang lama manakala ayahnya pula dipatuk ular

tedung.

7.  Dahlia juga tegas  akan keputusannya. Dia keluar dari

asrama apabila didesak oleh warden asramanya, Cikgu

Salwani.

8.  Dahlia berani. Dia terjun ke dalam sungai yang deras

airnya untuk menyelamatkan Said yang lemas.

Page 25: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 25/46

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS

25  © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

9.  Sebagai perempuan, hati Dahlia begitu sensitif   apabila

ditnah dan dituduh bukan-bukan oleh orang lain,

terutama Mak Aton dan Nek Kiah. Dia menangis apabila

mengenangkan tuduhan dan cemuhan yang diterimanya.

10. Dalam perhubungan, Dahlia setia. Dia menerima lamaran

 Azhari yang lebih lama dikenalinya dan menolak Najib.

Embong

1.  Embong ialah suami Saleha dan ayah Dahlia. Dia

mempunyai enam orang anak (lima orang perempuan

dan seorang lelaki).

2.  Dia berasal dari Melaka. Sewaktu mula-mula tinggal di

Batu Pahat, dia bekerja di estet.

3.  Sebagai ketua keluarga, dia mempunyai sikap

bertanggungjawab  yang tinggi. Dia gigih mencari wang

bagi memastikan nasib isteri dan anak-anaknya terbela.

4.  Dia penyayang. Dia sangat sayang akan isterinya dan

anak-anaknya. Dia berusaha untuk menjaga makan

minum anak-anaknya sepanjang ketiadaan isterinya yang

dirawat di Hospital Taman Bahagia.

5.  Embong juga penyabar. Dia tabah menghadapi cabaranhidupnya. Antaranya ialah isterinya sakit, dipatuk ular,

diumpat keji oleh ibu mentuanya, dan menghadapi

masalah kewangan.

6.  Di samping itu, dia sedar akan kepentingan pelajaran. Dia

tegas dalam mendidik anak-anak tentang kepentingan

pelajaran. Buktinya, dia melarang Dahlia ponteng sekolah

untuk menjaga adik-adiknya, sebaliknya berjanji akan

menguruskan mereka.

7.  Embong berani. Dia membunuh ular yang membelitnya

dengan sebatang kayu.

Tauke Lim

1.  Tauke Lim berbangsa Cina dan peniaga di kampung itu.Dia sudah berkahwin dan mempunyai anak bernama Ann

yang bakal menghadapi peperiksaan SRP.

2.  Tauke Lim prihatin  akan kesusahan orang lain dan

suka membantu. Dia sanggup memberi hutang kepada

keluarga Embong semasa keluarga tersebut menghadapi

masalah kewangan.

3.  Da juga pemurah. Ketika penduduk kampung yang

beragama Islam menyambut Maulidur Rasul, dia

menyumbangkan barang-barang makanan dan dia

memberikan wang sebanyak RM300 kepada Dahlia yang

akan melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya.

4.  Tauke Lim pandai bergaul dengan masyarakat kampung

dan berbudi bahasa kepada mereka.

 Azhari

1.  Azhari ialah pelajar senior di sekolah Dahlia belajar

semasa tingkatan satu hingga lima, iaitu Sekolah

Menengah Tun Ismail. Dia dan Dahlia berbeza umur

empat tahun.

2.  Wajahnya bulat.

3.  Dia berpendidikan tinggi. Dia graduan.

4.  Azhari prihatin akan Dahlia dan keluarganya. Dia

menghantar Dahlia pulang dari asrama dan mengambil

pakaian Saleha untuk dibawa ke hospital.

5.  Di samping itu, dia pandai memujuk Dahlia supaya

menerima lamarannya. Dia berbuat begitu kerana tidak

mahu kekasihnya itu dimiliki oleh orang lain kelak.

6.  Azhari juga bertimbang rasa dan memahami keinginan

orang lain. Dia memahami hasrat Dahlia yang tidak mahu

berkahwin dalam usia muda kerana mahu meneruskan

pelajaran ke peringkat tinggi dan membahagiakan

keluarganya.Haji Sulaiman

1.  Haji Sulaiman ialah Ketua Kampung dan Pengerusi

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung

(J.K.K.K.) Parit Haji Rais.

2.  Sebagai ketua, dia menjalankan tugasnya dengan

bertanggungjawab kepada anak-anak buahnya. Apabila

isteri Embong menghadapi masalah hilang ingatan,

dia menghantar Saleha ke Hospital Batu Pahat untuk

menerima rawatan.

3.  Dia juga prihatin akan kebajikan anak-anak buahnya.

Selepas Saleha ditahan di wad Hospital Batu Pahat, Haji

Sulaiman melawatnya untuk mengetahui keadaannya.

4.  Haji Sulaiman juga bijak dalam menyelesaikan masalah

di kampungnya. Dia menggunakan peluang semasa

peristiwa banjir untuk menasihati penduduk kampungnya

supaya bersatu semula dan bersikap prihatin akan orang

lain.

5.  Dia juga amanah. Dia menyerahkan wang sumbangan

penduduk sebanyak RM800 kepada Dahlia sebelum

Dahlia ke Universiti Malaya.

6.  Dia juga suka membantu orang lain. Dia sering membantu

Embong apabila Embong menghadapi masalah kewangan

selain membantu menghantar Dahlia ke stesen bas untuk

ke Universiti Malaya.

Saleha

1.  Saleha ialah isteri Embong dan ibu Dahlia. Dia mempunyai

enam orang anak (lima orang perempuan dan seorang

lelaki). Umurnya 39 tahun.

2.  Dia hilang ingatan akibat terkena buatan orang sehingga

terpaksa menerima rawatan di Hospital Taman Bahagia

yang merawat pesakit yang hilang ingatan. Pada akhir

cerita, penyakitnya pulih setelah barang sihir itu dibuang

oleh anaknya ke dalam sungai.

3.  Dia penyayang. Semasa sihat, dia menjaga keperluan

anak-anaknya dengan baik. Ketika dia hilang ingatan,

perkara yang dikirkannya ialah bekerja untuk mencari

wang bagi anak-anaknya.

4.  Seperti suaminya, Saleha juga sedar akan kepentingan

pelajaran. Dia berharap agar anak-anaknya berjaya dalam

pelajaran dan menganggap kejayaan anak-anak dalam

pelajaran mampu memberikan kebahagiaan kepadanya.

5.  Dia juga rajin. Semasa sihat, dia kerap mengikut suaminya

menoreh getah untuk membantu suaminya. Di rumah, dia

melakukan pelbagai kerja suri rumah.

6.  Saleha prihatin  akan orang lain. Dia menyuapkan Nek

Kiah bubur supaya Dahlia dapat belajar untuk menghadapi

peperiksaan selain turut membantu keluarganya semasa

mereka berkemas untuk berpindah ke pusat pemindahan

banjir.

Page 26: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 26/46

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS 

26 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

7.  Dia juga berkiran terbuka kepada anak-anaknya. Dia

membenarkan Dahlia bertunang dengan Azhari walaupun

anaknya itu masih muda.

8.  Saleha juga peramah dan berhemah tinggi. Dia melayan

tetamunya dengan baik dengan mempelawa mereka

masuk ke rumahnya dan menyajikan hidangan.

 Abu Bakar 

1.  Dia anak kedua Embong dan Saleha serta anak tunggal

lelaki. Dia adik Saleha dan mempunyai empat orang adik

perempuan.

2.  Dia penganggur. Sejak menamatkan pelajaran pada

peringkat tingkatan lima dan memperoleh pangkat tiga,

dia tidak bekerja, sebaliknya banyak menghabiskan masa

dengan berpelesiran di luar rumah.

3.  Dia mudah terpengaruh oleh orang lain. Dia gemar

berhibur dengan kawan-kawannya yang berasal daripada

keluarga kaya.

4.  Abu Bakar pemalas. Dia tidak mahu membantu kakak

dan ayahnya menguruskan keluarga sewaktu emaknya

dirawat di hospital, malahan enggan menjaga adiknyayang menangis.

5.  Dia juga pemarah. Dia memarahi Melati apabila adiknya

itu melawan kata-katanya dan hampir memukul Melati

tetapi sempat ditahan oleh ayahnya.

6.  Dia juga degil. Dia tidak mematuhi perintah ayahnya,

malahan melarikan diri apabila dimarahi oleh ayahnya.

7.  Selain itu, dia mementingkan diri sendiri. Dia sanggup

mencuri dua ekor kambing peliharaan ayahnya untuk

dijual bagi mendapatkan wang dengan cara mudah. Wang

itu pula digunakan untuk perkara yang tidak berfaedah.

8.  Walau bagaimanapun, semua sikap negatif Abu Bakar

bertukar menjadi sikap positif pada peringkat akhir cerita

setelah dia insaf akan kesalahannya.

Latar

Latar masa

1. Pada waktu pagi  –  Dahlia menaiki bas untuk pergi ke

sekolah dari rumahnya. Dia sampai di sekolah lima

minit lagi sebelum pukul lapan pagi. Kelewatannya itu

menyebabkan warden asramanya, iaitu Cikgu Salwani

menegurnya dan meminta Dahlia berjumpa dengan

beliau pada waktu petang.

2. Pada waktu petang  –  Dahlia menemui Azhari yang

datang ke sekolahnya. Azhari menyatakan hasrat

untuk menghantar keluarganya merisik Dahlia. Dia juga

bersedia untuk menghantar Dahlia pulang ke rumahnyapetang itu. Ketika itu jam menunjukkan pukul 4.25 petang.

3. Pada lewat petang (senja)  –  Embong dan Dahlia

mengajak Saleha yang berada di kebun getah pulang

ke rumah. Pada waktu itu, Saleha hilang ingatan dan

tidak mengenali mereka. Saleha kemudiannya melarikan

dirinya daripada mereka.

4. Pada waktu malam – Nek Kiah datang ke rumah Embong

ketika Dahlia baru selesai solat isyak. Nek Kiah memarahi

Embong dan Dahlia kerana mengikat tangan dan kaki

Saleha.

Latar tempat

1.  Di Sekolah Menengah Perempuan Temenggung

Ibrahim – Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar Tingkatan

6 Atas di sekolah ini. Dia tinggal di asrama sekolah kerana

rumahnya jauh dan ingin memudahkan dia belajar.

2. Di rumah Dahlia di Kampung Parit Haji Lias, Penggaram

 – Dahlia menjaga adik-adiknya, iaitu Kiambang, Melati, dan

 Anggerik setelah ibunya dirawat di hospital.

3. Di Hospital Batu Pahat – Dahlia ingin menziarahi ibunya

yang dirawat kerana sakit mental, namun sesampainya di

situ, Haji Sulaiman mengajaknya pulang ke rumah kerana

ibunya sudah dipindahkan ke Hospital Taman Bahagia,

Johor Bahru.

4. Di Hospital Taman Bahagia, Johor Bahru  –  Dahlia

terkejut dan sedih apabila diberitahu oleh Doktor Ridhuan

bahawa sakit emaknya itu sudah sampai pada peringkat

bahaya.

5. Di balai raya Kampung Parit Haji Lias  –  Beberapa

orang penduduk kampung bergotong-royong memasak

lauk-pauk untuk sambutan Maulidur Rasul. Antaranya

termasuklah Dahlia, Abu Bakar, Aton, Haji Sulaiman, danHajah Maimon. Aton menyindir Dahlia dan keluarganya.

Dahlia segera meninggalkan tempat itu manakala Abu

Bakar menerpa ke arah Aton tetapi dihalang oleh Haji

Sulaiman.

Latar masyarakat

1. Masyarakat kampung  – Mereka tinggal di Kampung

Parit Haji Lias. Mereka melakukan pelbagai pekerjaan.

2. Masyarakat pelajar – Golongan ini terdiri daripada Dahlia,

Siti Wangi, Kavita, dan Najib. Sebagai pelajar, mereka

terikat oleh peraturan sekolah. Mereka juga mempunyai

semangat yang tinggi untuk berjaya dalam pelajaran. Di

samping itu, mereka aktif dalam kegiatan kokurikulum.

3. Masyarakat remaja yang memahami perhubungan

cinta  –  Golongan remaja ini melibatkan Dahlia, Azhari,

dan Najib. Sebagai golongan remaja, perasaan cinta tidak

dapat dielakkan oleh mereka. Azhari cinta akan Dahlia

dan berhasrat untuk melamarnya kerana tidak mahu

Dahlia berkahwin dengan orang lain kelak. Pada masa

yang sama, Najib juga mencintai Dahlia.

4. Masyarakat remaja yang lebih menggemari perkara-

perkara yang menyeronokkan – Golongan remaja

ini diwakili oleh watak Abu Bakar, iaitu anak kedua

Embong dan Saleha serta adik Dahlia. Abu Bakar banyak

menghabiskan masanya untuk berhibur dan berpelesiran

dengan kawan-kawannya. Dia hanya pulang ke rumah

untuk menukar baju.

5. Masyarakat yang tabah dalam menghadapi ujian hidup

 – Embong tabah menghadapi keadaan keluarganya yang

miskin dan tidak disukai oleh ibu mentuanya. Dia juga

tabah mengharungi cabaran hidup apabila isterinya,

Saleha tiba-tiba menghadapi masalah mental sehingga

terpaksa menerima rawatan di hospital.

6. Masyarakat yang insaf akan kesilapannya  –   Abu

Bakar insaf akan kesilapannya membuang masa dengan

melakukan perkara yang tidak berfaedah di luar rumah.

Dia sedar bahawa dia sepatutnya membantu Dahlia dan

Embong di rumah sepanjang ketiadaan Saleha yang

dirawat di hospital.

Page 27: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 27/46

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS

27  © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Gaya Bahasa

1. Inversi

  Contoh:

Mahu menangis Dahlia mendengar suara emaknya yang

sayu. (seharusnya  Dahlia mahu menangis mendengar

suara emaknya yang sayu.) [halaman 16]

2. Anafora

  Contoh:“Saya hairan! Saya pelik!” Tauke Lim bingkas. [halaman

162]

3. Metafora

  Contoh:

(a)  Dia tidak dapat menduga, tetapi gunung harapan

sudah bermaharajalela. [halaman 5]

(b)  Jika lewat, arus akan membawanya menuju ke pintu

maut. [halaman 54]

4. Sinkope

  Contoh:

“Aku tak kuasa nak   tahan. Iyalah, tak semua cucu

aku baik. Ada yang menyedapkan hati, ada yang

menyusahkan. Sekarang engkau lihat dua orang tu.Tengok betul-betul!” [halaman 173]

5. Simile

  Contoh:

Burung hantu, seperti hari-hari kelmarin terus berbunyi.

Kepulan awan hitam yang bergerak bagai membentuk

suatu wajah. [halaman 117]

6. Hiperbola

  Contoh:

(a)  Orang terus membanjiri halaman rumah.  [halaman

60]

(b)  Awan masih hitam pekat. [halaman 213]

7. Peribahasa

  Contoh:(a)  Budaya kampung, “ringan sama dijinjing, berat sama

dipikul” mesti dipertahankan. [halaman 183]

(b)  Orang tua lebih banyak makan garam, lebih luas

 pengalaman, memang wajar dituruti. [halaman 228]

8. Personifkasi

  Contoh:

(a)  Di kanan, sebuah rumah papan, beranjung, berzink

coklat, menyambut kepulangannya dengan muram.

[halaman 12]

(b)  Yang bermain di hati ialah nasib neneknya. [halaman

209]

9. Penggunaan bahasa Inggeris

  Contoh: lower six  [halaman 3]; discuss [halaman 43]; note [halaman 163]; the best man win [halaman 202]

10. Penggunaan bahasa Arab

  Contoh:  jenazah  [halaman 57]; syahadat   [halaman 68];

Maulidur Rasul  [halaman 183]; rahmat  [halaman 193]

Sudut Pandangan

1.  Dalam novel ini, pengarang menggunakan sudut

pandangan orang ketiga dan berperanan sebagai

pencerita. Pengarang menceritakan tindak-tanduk watak

dan perwatakan watak serta segala peristiwa tanpa

melibatkan dirinya.

2.  Pengarang menggunakan watak lain dan kata ganti nama

diri “dia” atau “mereka” bagi satu watak atau watak-watak

untuk menceritakan segala peristiwa yang berlaku.

3.  Pengarang novel ini menggunakan sudut pandangan

orang ketiga serba tahu. Pengarang mengetahui apa-apa

yang dilakukan, dikatakan, dikirkan, dan dirasakan oleh

watak utama, iaitu Dahlia walaupun Dahlia hanya berkata

dalam hatinya.Nilai

1.  Nilai kasih sayang – Kasih sayang anak kepada keluarga

terpapar pada watak Dahlia. Dia sanggup tidak pergi ke

sekolah demi memastikan adik-adiknya dapat dijaganya

dengan baik semasa ibunya dan ayahnya dirawat di

hospital.

2.  Nilai keikhlasan – Tauke Lim ikhlas membantu keluarga

Embong tanpa mengharapkan sebarang balasan. Dia

memberi hutang kepada keluarga Embong walaupun

keluarga Embong lewat membayar hutang itu.

3.  Nilai nasihat-menasihati  –  Haji Sulaiman menasihati

penduduk Kampung Haji Lias agar mengamalkan

kerjasama dan amalan bantu-membantu kerana

penduduk kampung kini lebih mementingkan diri sendiri

daripada jiran tetangga yang susah.

4.  Nilai kerjasama  –  Penduduk kampung bekerjasama

selepas mereka ditegur oleh Haji Sulaiman. Mereka

membina rumah Embong yang roboh akibat banjir secara

bergotong-royong.

5.  Nilai bersatu padu  –  Masyarakat di Kampung parit

Haji Lias hidup bersatu padu selepas peristiwa banjir

yang melanda kampung mereka. Tauke Lim sanggup

membantu Embong membayar harga tanah yang

ingin dijual oleh Nek Kiah kepada wanita itu. Hal ini

menyebabkan Embong melihat Tauke Lim bukan sebagai

rakan, tetapi lebih kepada saudara kandungnya.

6.  Nilai kegigihan  –  Dahlia gigih belajar untuk mencapai

kejayaan dalam pelajarannya. Ketika pelajarannya

tertinggal, dia mendapatkan nota daripada rakan-

rakannya.

7.  Nilai kesabaran  – Dahlia sabar menempuh ujian Tuhan

terhadapnya. Ibunya sakit akibat tekanan perasaan,

kemudian dia ditnah oleh Mak Aton atas kematian

anaknya dan hubungannya dengan Azhari serta Najib.

Tidak lama selepas itu, ayahnya pula sakit akibat dipatuk

ular.

10. Nilai keberanian  – Dahlia berani terjun ke sungai yang

berarus deras untuk menyelamatkan Said yang lemas

ketika mandi-manda. Dia berusaha sedaya upaya untukmembawa Said ke tebing sungai sungguhpun tenaganya

kian berkurangan. Dia berjaya membawa Said ke tebing

sungai tetapi Said telah meninggal dunia.

Pengajaran

1. Kita hendaklah membantu orang yang berada dalam

kesusahan.

2.  Kita mestilah berusaha untuk menyelesaikan setiap

masalah yang kita hadapi.

3.  Kita janganlah bersangka buruk terhadap orang lain.

Page 28: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 28/46

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS 

28 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

4.  Kita mestilah bersedia untuk menerima teguran orang lain

demi kebaikan bersama.

5. Kita janganlah melakukan perkara yang bertentangan

dengan ajaran agama.

6.  Kita haruslah insaf akan kesalahan yang kita lakukan.

2  Tirani

Sinopsis

  Rupa zikal wajah Waheeda Nurlyana yang kurang

menarik menjadi ejekan rakan-rakan lelaki di sekolahnya.

Setiap kali diejek, dia mengejar mereka sambil

membaling apa-apa sahaja objek yang ditemukannya

di tepi jalan. Kadangkala dia menangis dan menjerit-jerit

untuk meluahkan rasa marahnya. Sebaik-baik sahaja

menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia,

Waheeda menjadi pengurus Syarikat Tajau Emas.

Perniagaan inap desa itu diusahakan bersama-sama

keluarganya, iaitu Fadhil dan Raidah yang merupakanayah dan ibunya serta ibu saudara dan beberapa orang

sepupunya. Banyak pelancong dari luar negara yang

datang ke Chalet Tajau Emas. Tambahan pula, Waheeda

bekerjasama erat dengan Syarikat Seri Gading yang

diasaskan oleh Datuk Yasser.

  Keadaan wajah Waheeda yang kurang menarik itu

menyebabkan dia ingin menjalani rawatan pembedahan

plastik di luar negara. Ibunya memahami keadaannya,

namun memujuknya agar mensyukuri kecantikan asli yang

dianugerahkan oleh Tuhan kepadanya. Keinginannya itu

 juga ditentang oleh ayahnya yang menganggap perbuatan

tersebut bertentangan dengan agama kerana mengubah

ciptaan Tuhan.

  Impian Waheeda menjadi realiti apabila mukanyacedera dan berparut setelah diserang oleh seekor

monyet Belanda yang tiba-tiba masuk ke kawasan chalet.

Doktor yang merawatnya di hospital menyokong hasrat

Waheeda lalu menyarankan dia melakukan rawatan di

Singapura. Setelah berbincang dengan keluarganya,

Waheeda mengambil keputusan untuk mendapatkan

rawatan itu. Rakan baiknya semasa di universiti

dahulu, Bazilah yang menetap di sana bersedia untuk

membantunya. Sebelum mendapatkan rawatan itu,

Bazilah memperkenalkan Waheeda kepada Dr. Zahari,

tunangnya untuk menerangkan prosedur rawatan tersebut

kepada Waheeda.

  Waheeda menjalani rawatan mata dan hidung

di Silicon Medical Centre. Selepas rawatan tersebut,Waheeda terpaksa berada di Singapura untuk tempoh

yang agak lama bagi menjalani rawatan susulan. Dalam

tempoh tersebut, Waheeda bekerja sebagai Pegawai

Perhubungan Awam di Flamingo Resort di bawah

pengurusan Halloway. Semasa bekerja di situ, beberapa

peristiwa menarik dialami oleh Waheeda. Antaranya

ialah dia terpilih sebagai ratu cantik Ratu Pelancongan

 Antarabangsa dan berkenalan dengan Zahid, anak Datuk

Yasser yang baru pulang dari luar negara. Perkenalan itu

membawa mereka ke alam rumah tangga.

  Selepas berkahwin, bapa mentuanya mengajak

Waheeda menggabungkan syarikat Tajau Emas dengan

 syarikat Seri Gading, namun Waheeda menolak kerana

mahu berdikari. Pada masa yang sama, Waheeda

terpaksa menghadapi kerenah Zahid yang bersikap

cemburu terhadapnya. Zahid mula balik lewat dan

pertengkaran kerap berlaku antara mereka. Kemuncaknya,

Zahid menuduh Waheeda curang kepadanya apabila

melihat Waheeda melayan tetamu di bilik chalet dengan

mesra dan bertindak meninggalkannya. Zahid langsung

tidak muncul sehingga Waheeda selamat melahirkan

bayi perempuan mereka. Hanya ibu mentuanya yang

melawatnya. Hal ini amat mengecewakan Waheeda.

  Hubungan Waheeda dengan Zahid semakin meruncing

walaupun Waheeda berusaha untuk membaikinya. Zahid

enggan melihat keputusan ujian DNA yang mengesahkan

Izzati sebagai anaknya. Zahid kemudian menceraikan

Waheeda dengan talak satu di hadapan ibu bapa

Waheeda. Waheeda menghadapi kemurungan dan

seperti hilang akal. Keluarga Waheeda membawanya

mendapatkan rawatan di Kajang. Di sana, Waheeda

berjumpa dengan Lais yang pernah bekerja bersama-

samanya di Singapura. Lais membawa bapa saudaranya,

 Abdul Aziz mendapatkan rawatan akibat penyakit strok.

Pertemuan itu membuka peluang kepada Waheeda untuk

mengambil alih perniagaan Abdul Aziz yang menghadapi

masalah hutang dengan bank. Abdul Aziz mengusahakan

chalet dan ladang strawberi yang terletak di Cameron

Highlands. Selepas mengambil alih perniagaan tersebut,

Waheeda menguruskannya bersama dengan anaknya

yang telah dewasa. Perniagaan itu dinamakan Aya-Sajinah.

  Pada suatu hari, Aya-Sajinah dikunjungi oleh dua

orang tetamu, iaitu Aiman dan Zahid. Pertemuan pertama

Zahid dengan Izzati telah menimbulkan perasaan syak

Zahid bahawa Izzati ada hubungan darah dengannya.

Setelah melihat kemunculan Waheeda bersama dengan

Izzati, jelaslah bagi Zahid bahawa Izzati itu anaknya. Dia

berjumpa dengan Izzati dan menyatakan kekesalannya

terhadap perkara yang berlaku. Izzati memaafkan

kesalahan bapanya itu. Namun begitu, Waheeda bersikap

sebaliknya. Hanya setelah Izzati meminta Waheeda

memaafkan Zahid, barulah Waheeda bersedia untuk

memaafkan Zahid.

Tema

  Novel ini bertemakan kecekalan dan kegigihan seorang

wanita dalam menempuh cabaran hidupnya. Kecekalan dan

kegigihan Waheeda dapat dilihat daripada sikapnya yang

mahu memajukan perusahaan inap desa miliknya, iaitu Tajau

Emas sehingga menjadi tumpuan para pelancong. Dia juga

cekal dan gigih mengembangkan Chalet Aya-Sajinah yang

diambilalihnya daripada sebuah chalet yang berhadapan

dengan masalah hutang menjadi sebuah pusat peranginan

yang menjadi tumpuan para pelancong.

  Kecekalan dan kegigihan Waheeda dapat juga dilihat

daripada usahanya mentransformasikan dirinya. Dia cekal

melakukan pembedahan di Singapura walaupun berhadapan

dengan risiko. Dia sanggup berada lama di Singapura dan

bekerja sementara di Flamingo Resort sementara tempoh

rawatannya tamat.

  Waheeda juga cekal dan gigih menghadapi cabaran

rumah tangga yang ditimbulkan oleh suaminya. Zahid

mempunyai sikap cemburu dan panas baran yang keterlaluan

sehingga tergamak menuduh Waheeda curang kepadanya.

Page 29: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 29/46

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS

29  © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Waheeda sanggup melakukan ujian DNA bagi membuktikan

hubungan darah Zahid dengan anak mereka. Walaupun Zahid

tidak mahu melihat laporan DNA tersebut sehingga mereka

bercerai, Waheeda menyimpan laporan itu dengan baik demi

membuktikan kebenaran dirinya.

  Selain itu, Waheeda juga cekal dan gigih meneruskan

kehidupannya sebagai ibu tunggal selepas Zahid

menceraikannya. Waheeda membesarkan Izzati dengan

penuh kasih sayang sehingga Izzati berjaya dalam pelajaran.Izzati bersama-sama Waheeda membangunkan Aya-Sajinah

sebagai pusat peranginan yang menarik ramai pelancong di

Cameron Highlands.

Persoalan

1. Persoalan kasih sayang ibu kepada anaknya  –  Raidah

sangat sayang akan anaknya, iaitu Waheeda. Dia

sentiasa memberikan kasih sayang kepada anaknya itu

terutama ketika Waheeda berhadapan dengan saat-saat

yang getir.

2. Persoalan kerjasama akan membentuk kejayaan – 

Waheeda dan keluarganya mengamalkan budaya

bekerjasama yang kuat bagi memajukan perniagaanmereka.

3. Persoalan sikap cemburu dan panas baran membawa

penyesalan  – Zahid cemburu akan isterinya, Waheeda

kerana Waheeda kerap berurusan dengan lelaki lain

semasa bertugas. Sikap tersebut menyebabkan Zahid

berprasangka buruk bahawa anak yang dikandung oleh

Waheeda itu bukan anaknya.

4. Persoalan kehidupan manusia tiada yang sempurna –

Waheeda memiliki wajah yang cantik selepas menjalani

pembedahan, namun kecantikan yang dimilikinya itu tidak

menjamin kebahagiaan rumah tangganya. Dia diceraikan

oleh suaminya yang cemburu dan panas baran.

5. Persoalan menyanjung adat dan budaya warisan nenekmoyang  –  Raidah amat mementingkan adat dan budaya

warisan nenek moyangnya dalam kehidupan sehari-

harian. Di Chalet Tajau Emas, mereka menyajikan

masakan asli penduduk Sarawak selain menggunakan

benda-benda etnik Sarawak menjadi aksesori hiasan

pada ruang tertentu.

6. Persoalan hukum-hakam pembedahan plastik di sisi

agama Islam  –  Waheeda terdorong untuk melakukan

pembedahan plastik pada mukanya, terutama bahagian

mata dan hidung kerana berasa rendah diri disebabkan

rupa parasnya tidak cantik. Meskipun dipujuk oleh ibunya

supaya memelihara kecantikan asli ciptaan Tuhan dan

menghargai kebolehannya yang lain, dia tetap ingin

“membaiki” rupa parasnya.

Plot

Binaan plot

1. Permulaan – Perniagaan inap desa diusahakan oleh

Waheeda, iaitu Tajau Emas bersama-sama keluarganya,

iaitu ibunya yang bernama Raidah, bapanya yang

bernama Fadhil, serta sepupunya, iaitu Fatimah dan

Kamri. Ibu saudara Waheeda dan beberapa orang pekerja

lain turut makan gaji di situ. Projek inap desa tersebut

mendapat sambutan daripada para pelancong kerana

keunikannya dan produk pelancongan yang ditawarkan.

Namun demikian, Waheeda memiliki wajah yang kurang

menarik menyebabkan dia berhasrat untuk melakukan

pembedahan dengan tujuan mencantikkan wajahnya bagi

membina keyakinannya apabila berhadapan dengan para

pelanggannya. Fadhil tidak bersetuju dengan hasratnya

itu kerana perbuatan tersebut bertentangan dengan

ajaran agama.

2. Perkembangan – Syarikat Tajau Emas yang dikendalikan

oleh Waheeda semakin berkembang pesat sehinggamenarik minat Datuk Yasser yang memiliki Syarikat

Bah terangkut untuk bekerjasama dengan Waheeda.

Keadaan di Chalet Tajau Emas kecoh apabila seekor

monyet Belanda menerpa Waheeda lalu menggigit hidung

dan pipinya. Waheeda dikejarkan ke hospital. Doktor di

hospital itu menyokong Waheeda membuat rawatan

bagi membetulkan pipi dan hidungnya di Singapura.

Setelah mendapat persetujuan ibu dan ayahnya,

Waheeda berangkat ke Singapura untuk menjalani

rawatan tersebut. Di sana, dia tinggal dengan rakan

seuniversitinya dahulu, Bazilah. Dia berkenalan dengan

tunang Bazilah, Dr. Zahari yang banyak memberikan

penerangan kepadanya mengenai prosedur rawatan yang

akan dijalaninya. Tanpa disangkanya, Raidah datang keSingapura untuk menemani Waheeda menjalani rawatan.

Waheeda terpaksa berada di Singapura dalam tempoh

yang agak lama bagi mendapatkan rawatan susulan.

Waheeda memohon pekerjaan di Flamingo Resort dan

permohonannya diterima. Dia berulang-alik dari rumah

Bazilah ke tempat kerjanya. Namun demikian, berlaku

konik yang tidak ketara antara Waheeda dengan Bazilah

apabila Bazilah cemburu melihat Waheeda melayan Dr.

Zahari yang semakin kerap datang ke rumah tersebut.

Waheeda menyelesaikan konik itu dengan berpindah

ke Flamingo Resort. Zahid yang menginap di situ tertarik

akan kecantikan Waheeda lalu berkenalan dengannya.

Kemudian, Zahid memperkenalkan bapanya, Datuk

Yasser kepada Waheeda. Mereka sebenarnya salingmengenali meskipun tidak pernah bertemu kerana

menjalinkan hubungan perniagaan bersama. Hubungan

Zahid dengan Waheeda bertambah rapat lalu Zahid

mengambil keputusan untuk melamar Waheeda menjadi

isterinya. Keluarga Zahid menghantar rombongan merisik

mengikut adat masyarakat di Sarawak. Namun demikian,

Waheeda tidak pulang kerana mempunyai tugas di

Flamingo Resort.

3. Konik  – Keluarga Waheeda terutama ayahnya berang

kerana Waheeda tidak pulang ke Sarawak semasa

majlis pertunangannya berlangsung. Fatimah dan

Ghazi mengetahui punca ketidakhadiran Waheeda

dalam majlis itu disebabkan dia terpaksa menjalani

pembedahan kedua apabila hidungnya yang dibedahdahulu menghadapi masalah. Kepada keluarga Datuk

Yasser, keluarga Waheeda memberikan alasan bahawa

Waheeda menghidap demam yang teruk. Majlis tersebut

menjadi kenduri doa selamat dan majlis pertunangan

antara Fatimah dengan Ghazi. Ekoran peristiwa itu,

Zahid tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan

oleh Waheeda lalu pergi ke Singapura. Dia berasa amat

cemburu apabila melihat kemesraan Waheeda dengan

Dr. Rushdi. Zahid menebus kontrak Waheeda dengan

Flamingo Resort lalu meminta Waheeda kembali ke

Sarawak. Tidak lama kemudian, mereka berkahwin.

Selepas berkahwin, Waheeda terus sibuk dengan

pekerjaannya sehingga Zahid berasa terpinggir. Mereka

Page 30: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 30/46

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS 

30 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

terpaksa membatalkan rancangan untuk makan tengah

hari bersama kerana Zahid cemburu apabila melihat

Waheeda begitu mesra dengan pelancong dari Dubai

yang hampir-hampir terkena air panas dari jakuzi. Zahid

 juga berasa cemburu melihatkan kemesraan Waheeda

dengan Halloway dan Dr. Rushdi yang datang ke Tajau

Emas. Hal ini menyebabkan hubungan mereka renggang,

lebih-lebih lagi Zahid sering pulang lewat malahan

kadangkala terus tidak pulang. Sewaktu Waheedamelahirkan anak perempuan yang dinamai Izzati, hanya

ibunyalah yang menemani Waheeda di hospital. Zahid

tidak menjengukkan mukanya langsung. Keadaan

tersebut amat mengecewakan Waheeda. Konik antara

mereka kian runcing apabila Zahid yang pulang ke rumah

selepas dua bulan tidak dapat menerima Izzati sebagai

anaknya setelah membandingkan wajahnya dan wajah

isterinya dengan wajah Izzati.

4. Klimaks  –  Zahid kemudiannya menceraikan Waheeda.

 Akibat peristiwa itu, Waheeda mengalami gangguan

mental. Raidah dan Ghazi membawa Waheeda menjalani

rawatan di Pusrawi. Setelah melalui beberapa siri

rawatan, Waheeda beransur pulih.5. Peleraian  –  Setelah sembuh, Waheeda berminat untuk

mengambil alih perniagaan chalet dan ladang strawberi

milik Abdul Aziz, iaitu bapa saudara Lais yang ditemuinya

ketika mendapatkan rawatan di Pusrawi. Perniagaan Abdul

 Aziz yang terletak di Cameron Highlands itu menghadapi

masalah dengan pihak bank yang memberikan pinjaman

kepadanya. Setelah melakukan beberapa urusan tukar

milik, Waheeda berhijrah ke Cameron Highlands untuk

menguruskan perniagaan baharunya itu, iaitu Aya-

Sajinah. Dengan bantuan Izzati yang baru menamatkan

pengajiannya di universiti, Aya-Sajinah berkembang

maju. Zahid yang menginap di Aya-Sajinah bertemu

dengan Izzati dan Waheeda. Zahid meminta maaf atas

kesalahannya. Izzati meminta ibunya memaafkan Zahidkerana Zahid sudah menyesal. Waheeda memaafkan

Zahid.

Teknik plot

1. Teknik pemerian

  Pengarang memerihalkan cara Waheeda membuka

sarung ketupat lepas di hadapan Bazilah. Contoh:

Selepas semat pada hujung ketupat yang bersaiz lebih

kurang tujuh sentimeter itu ditanggalkan, dia menyentap

hujung daun nipah yang sudah dilayur itu. Tiba-tiba pulut

berlemak itu tergolek ke atas pinggan yang disediakan.

Bazilah tergamam. [halaman 74]

2. Teknik dialog

  Perbualan antara Waheeda dan Bazilah tentang rasa

ketupat lepas yang sedang dimakan oleh mereka. Contoh:

  “Hmm, rasa ketupat santan betul,” Bazilah

menggumam sambal mengunyah.

  “Yalah, memang pun ketupat betul, cuma warnanya

kemerah-merahan,” sambut Waheeda. [halaman 75]

3. Teknik monolog

  Waheeda bercakap sendirian ketika tinggal berseorangan

di rumah Bazilah setelah rakannya itu menghadiri kuliah.

  “ Jadi babulah aku tentunya,” katanya mengekel.

[halaman 72]

4. Teknik monolog dalaman

  Waheeda terlalu teruja untuk membuat pembedahan

plastik pada wajahnya. Contoh:

‘Pembedahan plastik, hmm… perkataan magis,

 jika boleh rasa nak buat sekarang juga,’ bisik hati

berbaur keseronokan yang semakin sukar dibendung.

[halaman 1]

5. Teknik imbas kembali  Waheeda teringat akan pengalamannya menari Long

Dance atau Hivan Joh mengikut bahasa Kayan-Kenyah

sewaktu majlis budaya anjuran Hotel Telang Usan dan

Kementerian Pelancongan Negeri Sarawak. Contoh:

  Waheeda tersenyum mengenangkan gelagat sendiri

sewaktu turut serta. Yang paling menyeronokkan ialah

hentakan kaki sekata yang kuat mengimbal muzik

berserta riak lirik manteranya. Senyuman kagum pada

wajah pelancong yang berada di bahu jalan cukup

menyeronokkan. Semua penari mengenakan kain sarung

batik dan kebaya. [halaman 136 – 137]

6. Teknik kejutan

  Waheeda menerima kejutan apabila ibunya tiba-tiba

muncul di hadapan rumah Bazilah sedangkan pada waktuitu dia sedang berbual dengan ibunya melalui telefon.

Dalam perbualan itu, ibunya hanya memaklumkan

bahawa dia pada masa itu berada di Singapura.

Watak dan Perwatakan

Waheeda

1. Waheeda anak kedua (bongsu) Raidah dan Fadhil.

2. Dia juga isteri Zahid dan ibu Izzati.

3. Dia memiliki abang sulung bernama Ghazi.

4. Waheeda berkulit sawo matang.

5. Sejak kecil hingga remaja, wajah  Waheeda kurang

menarik. Kulit mukanya menggerutu kerana dipenuhi jerawat. Hidungnya pesek manakala matanya kuyu.

Walau bagaimanapun, wajahnya menjadi cantik,

terutama mata dan hidungnya sehingga terpilih menjadi

Ratu Pelancongan Antarabangsa setelah dia menjalani

pembedahan plastik akibat mukanya berparut setelah

dicederakan oleh seekor monyet.

6. Dia mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah

Kerajaan Enche Buyong.

7. Waheeda berkelulusan ijazah dalam bidang pengurusan

perniagaan dan pelancongan dari Universiti Teknologi

Malaysia.

8. Dia usahawanita  yang berani  dan berwibawa. Setelah

menamatkan pengajiannya, dia membuat pinjamandaripada tabung usahawan siswazah daripada Bank

Pembangunan melalui Program Kemajuan Luar Bandar

Sarawak untuk membuka Syarikat Tajau Emas yang

mengusahakan perniagaan pelancongan inap desa.

Walaupun dia masih muda dan baru bergelar graduan,

dia berani menceburi bidang perniagaan.

9. Waheeda wanita yang cekal  menghadapi cabaran

hidupnya. Sikap suaminya, Zahid yang cemburu dan

panas baran dihadapi oleh Waheeda dengan cekal.

Demikian juga apabila Zahid menceraikannya kerana

menuduhnya curang.

Page 31: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 31/46

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS

31  © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

10. Kebijaksanaan Waheeda terserlah apabila dia mengambil

alih perniagaan chalet dan ladang strawberi yang dimiliki

oleh Abdul Aziz kerana dia melihat potensi keuntungan di

tempat tersebut.

11. Selain itu, Waheeda mempunyai semangat berdikari yang

kuat. Dia enggan menerima cadangan Datuk Yasser

untuk menggabungkan Seri Gading dengan Tajau Emas

kerana dia mahu mengusahakan perniagaannya sendiritanpa bergantung kepada Datuk Yasser yang mempunyai

nama dan kedudukan yang tinggi di mata masyarakat.

12. Waheeda juga berwawasan dan berpandangan jauh. Dia

menyediakan pelapis bagi menggantikan perniagaannya

dengan memberikan peluang kepada anak tunggalnya,

iaitu Izzati mendalami ilmu pengurusan pelancongan di

universiti dan membantunya menguruskan Aya-Sajinah.

Zahid

1. Zahid anak sulung Datuk Yasser dan Datin Hazirah.

2. Dia mempunyai dua orang adik.

3. Dia suami Waheeda dan ayah Izzati.

4. Rupa parasnya kacak. Kulitnya halus, licin, dan gebu.Rambutnya lebat dan berhidung mancung.

5. Zahid berkelulusan sarjana undang-undang dari Universiti

Chicago, Amerika Syarikat.

6. Dia agak berpengalaman. Setelah menamatkan

pelajarannya, dia bekerja di Amerika Syarikat sebagai

peguam. Dia menimba pengalaman yang agak luas

sepanjang tinggal dan bekerja di sana.

7. Zahid mencintai alam sekitar. Pada waktu pagi, dia

menikmati pemandangan di sekitar Tajau Emas dengan

perasaan syukur, gembira, dan tenang.

8. Perwatakan negatif Zahid yang paling ketara adalah

kuat cemburu. Apabila dia melihat kemesraan Waheeda

dengan Dr. Rushdi, Zahid berasa amat cemburu danmarah sehingga hampir menumbuk doktor tersebut.

9. Selain itu, dia mudah berprasangka buruk. Apabila

Waheeda tidak dapat pulang untuk menyambut majlis

pertunangan mereka, dia menyangka Waheeda sudah

berubah hati.

10. Zahid suami yang tidak bertanggungjawab. Semasa

Waheeda melahirkan Izzati di Hospital Pakar Normah,

Zahid langsung tidak menjenguknya di hospital walhal

dia sepatutnya menemani isterinya itu untuk memberikan

sokongan.

11. Di samping itu, Zahid emosional. Dia terburu-buru

menceraikan Waheeda di hadapan ibu bapa Waheeda

kerana mengesyaki Waheeda curang terhadapnya.

12. Dia juga insaf  dan berani mengakui kesalahannya. Zahid

sedar akan kesilapan perbuatannya kepada Izzati dan

Waheeda. Dia berjumpa dengan mereka dan mengakui

kesalahannya serta meminta maaf.

Raidah

1. Raidah ialah ibu Waheeda dan Ghazi serta isteri Fadhil.

Dia juga ibu mentua Fatimah dan Zahid serta nenek Izzati.

2. Dia pandai memasak, terutama masakan masyarakat

Sarawak. Oleh sebab itu, dia dilantik oleh Waheeda

sebagai pengurus dapur di Tajau Emas.

3. Dia ibu yang penyayang  kepada anaknya terutama

kepada Waheeda. Semasa Waheeda menjalani

pembedahan di Singapura, bersalin di Hospital Pakar

Normah, dan menjalani rawatan di sebuah pusat rawatan

di Kajang, Raidah sentiasa ada di samping Waheeda

untuk memberikan sokongan moral kepada anaknya itu.

4. Dia juga prihatin  akan masalah anak-anaknya dan

pandai memujuk. Apabila Waheeda pulang dari sekolahsambil menangis dan menjerit kerana diejek oleh rakan-

rakannya, Raidah sentiasa memujuk anaknya itu.

5. Selain itu, Raidah berpegang kuat kepada adat

masyarakatnya  selagi adat tersebut tidak bertentangan

dengan ajaran agama. Semasa Waheeda ingin menjalani

pembedahan muka di Singapura, Raidah membuat

ketupat lepas untuk disedekahkan ke masjid supaya

pembedahan itu dipermudah oleh Tuhan.

6. Raidah juga berkiran terbuka. Dia dapat menerima idea

Waheeda untuk menetap di semenanjung bagi mengambil

alih perniagaan chalet dan ladang strawberi kepunyaan

 Abdul Aziz.

Datuk Yasser 

1. Datuk Yasser ialah suami Datin Hazirah dan bapa Zahid.

Dia juga bapa mentua Waheeda dan datuk Izzati. Beliau

mempunyai tiga orang anak.

2. Datuk Yasser berusia 50-an, memakai cermin mata tebal,

dan berbadan montel. Hidungnya mancung dan kulitnya

putih, serta berketurunan Arab.

3. Datuk Yasser usahawan bumiputera  yang gigih

membangunkan perniagaannya. Pada mulanya, beliau

mengusahakan syarikat pengangkutan, iaitu Bahterangkut

yang bekerjasama dengan syarikat milik Waheeda, Tajau

Emas. Kemudian, dia membangunkan Hotel Seri Gading

bersebelahan dengan Tajau Emas. Perniagaannya telah

berkembang maju dan dia dikenal ramai di Kuching,Sarawak.

4. Datuk Yasser gemar   membaca, terutama rencana

ekonomi. Ketika membaca, dia akan membaca dengan

suara yang lantang.

5. Datuk Yasser berpengetahuan luas  dan bijak. Beliau

mengetahui isu-isu semasa dan mengaitkan isu semasa

itu dengan peningkatan jumlah pelancong yang datang ke

Sarawak. Peningkatan pelancong ini akan memberikan

keuntungan terhadap industri pelancongan di Sarawak.

6. Selain itu, beliau penyayang. Apabila Zahid pulang dari

 Amerika Syarikat, beliau sanggup bercuti di Singapura

bersama-sama anaknya itu

7. Beliau matang  dan tenang  dalam bertindak. Apabila

majlis pertunangan Zahid dengan Waheeda tidak dapat

dilangsungkan kerana Waheeda tidak pulang ke rumah

keluarganya, Datuk Yasser menerima perkara itu dengan

tenang dan tabah.

8. Beliau berpandangan jauh juga apabila mengemukakan

idea supaya Seri Gading dan Tajau Emas bergabung

sebagai sebuah syarikat. Datuk Yasser melihat

penggabungan itu dapat memberikan kekuatan untuk

mereka menjadi lebih maju.

9. Datuk Yasser juga berkiran terbuka. Dia dapat menerima

alasan Waheeda yang tidak mahu menggabungkan Tajau

Emas dengan syarikatnya. Dia menghormati pendirian

Waheeda yang ingin berdikari.

Page 32: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 32/46

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS 

32 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

10. Beliau juga mempunyai semangat nasionalisme yang

tinggi. Beliau kagum akan kejayaan Kuala Lumpur yang

diiktiraf sebagai bandar kelima selesa di Asia.

Fadhil

1. Fadhil ialah suami Raidah dan bapa Ghazi serta

Waheeda. Dia juga bapa mentua Fatimah dan Zahid serta

datuk Izzati.

2. Fadhil bekerja sebagai guru. Selepas bersara, dia menjadi

pemandu pelancong Chalet Tajau Emas.

3. Dia berkumis dan mempunyai sejemput janggut.

4. Fadhil peramah, mesra, dan pandai berlawak.

Perwatakannya ini disenangi oleh para pengunjung yang

datang ke Chalet Tajau Emas, termasuk pengunjung dari

luar negara.

5. Selain itu, dia berpengetahuan luas  mengenai sejarah

tempatan. Pengetahuan tersebut digunakannya sebagai

modal untuk menyampaikan maklumat kepada para

pelancong yang datang ke Chalet Tajau Emas.

6. Dari aspek agama, Fadhil warak. Ketika Fadhil keluar

dengan Raidah sebelum mereka berkahwin, merekasentiasa singgah di masjid atau surau apabila tiba waktu

sembahyang.

7. Dia sangat menjaga nama baik diri dan keluarganya. Dia

sangat malu, terutama kepada keluarga Datuk Yasser

apabila Waheeda tidak pulang pada hari pertunangannya.

Oleh sebab itu, majlis tersebut ditukar menjadi majlis

pertunangan Ghazi dengan Fatimah.

8. Seperti isterinya, Fadhil berpegang kuat kepada adat

masyarakatnya  selagi adat tersebut tidak bertentangan

dengan ajaran agama. Dia berpuas hati apabila majlis

perkahwinan Waheeda berjalan dengan lancar mengikut

adat istiadat masyarakat Sarawak.

Bazilah

1. Bazilah ialah kawan baik Waheeda semasa mereka

belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Selepas tamat belajar, Bazilah menyambung pelajarannya

di Singapura.

2. Wajahnya cantik dan berkulit mulus kemerah-merahan.

3. Dia peramah, mesra, dan baik  hati. Dia menerima

kedatangan Waheeda yang menumpang di rumahnya

untuk menjalani rawatan di Silicon Medical Center (SMC)

dengan baik.

4. Bazilah juga suka membantu  orang lain. Sebelum

Waheeda bertemu dengan pakar perubatan di SMC,

Bazilah memperkenalkan Waheeda kepada Dr. Zahari,tunangnya yang bekerja sebagai pakar bedah plastik di

Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk memberikan

maklumat mengenai prosedur pembedahan yang akan

dijalaninya supaya Waheeda memperoleh informasi yang

 jelas.

5. Dia seorang yang setia kawan. Ketika pertama kali datang

ke SMC, dia menemani Waheeda untuk memberikan

sokongan moral kepada rakannya itu.

6. Bazilah mempunyai sikap cemburu. Hubungan

persahabatan mereka pernah mengalami sedikit masalah

apabila Bazilah cemburu kepada Waheeda apabila

melihat Waheeda kerap melayan Dr. Zahari sewaktu

tunangnya itu datang ke rumah mereka.

Latar

Latar masa

1. Tempoh masa kisah ini berlaku kira-kira 24 tahun, iaitu

sejak Waheeda baru menamatkan pengajiannya di

universiti dalam lingkungan umur 24 tahun sehinggalah

anaknya, Izzati yang juga baru menghadiri majlis

konvokesyen universiti dan berusia 24 tahun.

2. Pada waktu pagi

  Antara peristiwa yang berlaku:

(a)  Kira-kira pukul 10 pagi, Ghazi memandu kereta Prado

ke Lapangan Terbang Kuching. Turut bersama-sama

dengannya ialah ibunya, iaitu Raidah dan sepupunya,

Kamri. Mereka dalam perjalanan menghantar

Waheeda yang akan berangkat ke Singapura untuk

menjalani pembedahan rekonstruksi wajahnya.

(b) Pada hari Rabu, pukul 11.30 pagi, Waheeda disorong

ke bilik bedah untuk menjalani pembedahan plastik

pada wajahnya yang bakal mengubah keterampilan

dirinya. Waheeda berdoa agar Tuhan meningkatkan

imannya dan mengharapkan keredaan-Nya.

3. Pada waktu tengah hari  Antara peristiwa yang berlaku:

(a) Zahid menunggu isterinya untuk janji temu makan

tengah hari bersama-sama tetapi Waheeda tidak

muncul-muncul. Hal ini menyebabkan Zahid pergi ke

Tajau Emas dan melihat Waheeda sedang berada di

dalam sebuah bilik chalet dengan seorang tetamu

lelaki dari Dubai.

(b) Waheeda makan tengah hari di sebuah restoran

bersama-sama Nurjihan. Dalam pertemuan itu,

Waheeda menyerahkan sampel yang diperlukan

oleh Nurjihan untuk melakukan ujian DNA bagi

membersihkan namanya daripada tuduhan

suaminya.

4. Pada waktu petang

  Antara peristiwa yang berlaku:

(a) Pada petang Ahad, wakil rombongan pertunangan

Zahid dengan Waheeda dan kenalan rapat Datuk

Yasser dijamu makan petang selepas tidak jadi pergi

ke rumah ibu bapa Waheeda.

(b) Waheeda pergi ke Café Iwani pada waktu petang

dan melihat Lais serta Izzati sedang berbual-bual

dengan Zahid. Wajahnya pucat lalu terus bergegas

meninggalkan tempat itu.

5. Pada waktu malam

  Antara peristiwa yang berlaku:

(a) Di rumah Bazilah, Waheeda menghantar e-mel

kepada abangnya, Ghazi untuk bercerita tentangrawatan integrasi yang bakal dijalaninya.

(b) Di dalam bilik penginapan di Flamingo Resort,

Zahid berbual-bual dengan ayahnya, Datuk

Yasser mengenai kehidupan di Amerika Syarikat,

perniagaan keluarga, dan perkhidmatan penginapan

serta pelancongan.

Latar tempat

1. Chalet Tajau Emas

  Antara peristiwa yang berlaku:

(a) Perbincangan Waheeda dan keluarganya, terutama

Fatimah tentang protokol dan persediaan menyambut

tetamu penting di chalet mereka, seperti kedatangan

Page 33: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 33/46

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS

33  © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Dayang Muda yang merupakan keturunan James

Brooke yang pernah menjadi raja Orang Putih

Sarawak.

(b) Muka Waheeda cedera kerana dia diserang oleh

seekor monyet yang dipanggil monyet Belanda.

2. Bilik wad Hospital Pakar Normah

  Antara peristiwa yang berlaku:

(a) Di tempat ini Waheeda melahirkan Izzati. Diaditemani oleh ibunya, Raidah sepanjang berada di

hospital ini.

(b) Ibu mentuanya, Datin Hazirah melawatnya bersama-

sama pembantu rumahnya. Namun demikian, Zahid

langsung tidak datang sepanjang Waheeda berada

di hospital itu.

3. Rumah bapa saudara Bazilah di Yishun, Singapura

  Antara peristiwa yang berlaku:

(a) Kedatangan Waheeda ke rumah tersebut disambut

dengan baik oleh Bazilah, rakan seuniversitinya

dahulu. Mereka berbual-bual tentang pengalaman

semasa belajar, rawatan Waheeda di SMC, dan lain-

lain.

(b) Ibu Waheeda datang secara mengejut untukmenemaninya dan memberikan sokongan moral

kepadanya sebelum menjalani pembedahan di SMC.

4. Silicon Medical Center (SMC), Singapura

  Antara peristiwa yang berlaku:

(a) Waheeda menjalani pembedahan hidung dan

matanya di sini. Pembedahan tersebut dijalankan

oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh.

(b) Pembedahan hidung Waheeda kali kedua terpaksa

dilakukan apabila hidungnya jatuh akibat kerap

bersin. Pembedahan dilakukan oleh Dr. Rushdi.

5. Flamingo Resort

  Antara peristiwa yang berlaku:

(a) Di Flamingo Resort, Waheeda bekerja sebagaiPegawai Perhubungan Awam sementara menunggu

rawatan susulan di SMC.

(b) Waheeda bertemu dengan Zahid yang kebetulan

menginap di situ. Pertemuan tersebut membibitkan

rasa cinta antara mereka dan seterusnya mereka

berkahwin.

6. Aya-Sajinah

  Antara peristiwa yang berlaku:

(a) Waheeda dan Izzati membangunkan chalet yang

dilengkapi dengan kafeteria dan ladang strawberi

dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya

menarik pengunjung dari dalam dan luar negara.

(b) Peristiwa penting yang berlaku di sini ialah

kemunculan Zahid yang mengakui kesalahannyakepada Izzati dan Waheeda dan meminta maaf

kepada mereka. Zahid berharap agar dirinya dapat

diterima semula, terutama oleh Waheeda.

Latar masyarakat

1. Masyarakat korporat bumiputera  – Terdapat golongan

korporat bumiputera dalam novel ini yang menjadikan

perniagaan pelancongan sebagai kerjaya mereka. Mereka

ialah Waheeda, Datuk Yasser, dan Abdul Aziz. Waheeda

dan Datuk Yasser merupakan tokoh korporat yang berjaya

kerana mereka dapat memajukan Tajau Emas dan Seri

Gading dengan baik. Namun begitu, keadaan sebaliknya

berlaku kepada Abdul Aziz yang mengusahakan Syarikat

Khaldun di Cameron Highlands yang mengalami masalah

hutang akibat ditipu oleh stafnya.

2. Masyarakat kampung yang kuat berpegang pada

adat dan budaya tradisional  –  Raidah dan Fadhil

merupakan penduduk kampung yang berpegang kuatpada adat dan budaya tradisional masyarakat mereka

selagi adat tersebut tidak bercanggah dengan hukum

agama. Apabila Waheeda menjalani pembedahan wajah,

Raidah melakukan sedekah ketupat lepas dengan niat

supaya pembedahan tersebut berjalan dengan baik

dan dipermudah oleh Tuhan. Demikian juga semasa

Waheeda berkahwin dengan Zahid. Mereka menjalankan

adat merisik, bertekol , bertunang, dan mereya mengikut

budaya masyarakat mereka.

3. Masyarakat belia yang berpendidikan dan berjaya – 

Waheeda, Dr. Rushdi, Dr. Zahari, dan Zahid merupakan

golongan belia yang berjaya. Waheeda belia yang berjaya

dalam perniagaan pelancongan. Tajau Emas dan Aya-

Sajinah yang didirikannya berkembang maju denganpelbagai kemudahan dan program yang diaturkannya

untuk keselesaan dan tarikan pengunjung manakala Dr.

Rushdi dan Dr. Zahari pula merupakan belia yang berjaya

sebagai doktor perubatan. Zahid yang berkelulusan

universiti luar negara mudah mendapatkan kerja di luar

negara.

4. Masyarakat yang saling bekerjasama  –  Warga kerja

Tajau Emas saling bekerjasama dalam menyediakan

kemudahan dan aktiviti yang menarik kepada para

pengunjung. Contohnya, mereka bekerjasama

menyediakan makanan untuk tetamu dan menghias

tempat itu bersama-sama bagi menyambut kedatangan

Dayang Muda. Pakar pembedahan plastik di SMC pula

bekerjasama sewaktu menjalankan pembedahan mukaWaheeda.

5. Masyarakat yang prihatin akan masalah orang lain

dan berusaha untuk membantu  – Ghazi prihatin akan

hasrat adiknya, Waheeda yang ingin memiliki wajah yang

anggun, oleh itu dia rela melepaskan jawatannya sebagai

 jurutera untuk membantu keluarganya menguruskan

Tajau Emas. Bazilah yang menetap di Singapura

membantu Waheeda dengan menumpangkan rakannya

itu di rumahnya sepanjang menjalani rawatan di SMC.

Dr. Zahari dan Dr. Rushdi banyak membantu Waheeda

sebelum dan selepas pembedahan wajah kerana mereka

mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut, selain

bersimpati terhadap Waheeda.6. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab, emosional,

dan kuat cemburu  –  Zahid tidak bertanggungjawab

sebagai suami dan kuat cemburu. Dia tidak menjenguk

Waheeda setelah isterinya itu melahirkan anak mereka.

Hal ini demikian kerana dia telah menuduh isterinya itu

curang terhadapnya apabila melihat keramahan Waheeda

melayan tetamu dan rakan-rakan lelaki di Flamingo

Resort dan Tajau Emas. Zahid juga bertindak emosional

dan terburu-buru apabila menceraikan Waheeda tanpa

sebab yang munasabah.

Page 34: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 34/46

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS 

34 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Gaya Bahasa

1. Sinkope

  Contoh:

“Tudung kepala yang bertaburkan sulaman bunga emas

ialah tudung keringkam bertatah benang emas namanya,

 jangan tak tau. Nanti pelancong tanya nak jawab apa?’

terang Waheeda. [halaman 28]

2. Simile  Contoh:

Kadang-kadang, hidup ini seperti sepohon kayu berbuah

lebat di tepi jalan, detak Waheeda. [halaman 193]

3. Personifkasi

  Contoh:

Waheeda bangun awal membalas kenyitan fajar. 

[halaman 217]

4. Peribahasa

  Contoh:

senyum kambing [halaman 3], anak buah [halaman 8],

 pucuk dicita ulam mendatang [halaman 120 ], berbulan

madu [halaman 193], raja sehari [halaman 193], dan

bagaikan pinang dibelah dua [halaman 318].5. Penggunaan bahasa Inggeris

  Contoh:

 All Yahoo! Health [halaman 1], mem [halaman 7], dan It’s

now or never [halaman 30]

6. Penggunaan istilah perubatan

  Contoh:

rinoplasti, blefaroplasti, ritidektomi [halaman 1]  dan

forseps, dorsum [halaman 84]

7. Kosa kata luas

  Contoh:

katarsis [halaman 47], tirani [halaman 110]

8. Bahasa daerah

  Contoh:

kerisit kerumun [halaman 162], bertekul [halaman 163],

mereya [halaman 172], dan mero [halaman 282]

Sudut Pandangan

1. Dalam novel ini, pengarang menggunakan sudut

pandangan orang ketiga  dan berperanan sebagai

pencerita. Pengarang menceritakan tindak-tanduk watak

dan perwatakan watak serta segala peristiwa tanpa

melibatkan dirinya.

2. Pengarang menggunakan watak lain dan kata ganti nama

diri ‘dia’ atau ‘mereka’ bagi satu watak atau watak-watak

untuk menceritakan segala peristiwa yang berlaku.

3. Pengarang novel ini menggunakan sudut pandangan

orang ketiga serba tahu. Pengarang mengetahui apa-apa

yang dilakukan, dikatakan, dikirkan, dan dirasakan oleh

watak utama, iaitu Waheeda walaupun Waheeda hanya

berkata dalam hatinya.

Nilai

1. Nilai kasih sayang ibu kepada anak terpapar pada watak

Raidah, ibu Waheeda. Dia sentiasa memujuk Raidah

apabila anaknya itu pulang dari sekolah dalam keadaan

menangis, meraung, atau mengamuk kerana diejek oleh

rakan-rakannya.

2.  Nilai kasih sayang isteri kepada suami tergambar pada

watak Waheeda. Dia sangat menyayangi suaminya,

Zahid.

3. Nilai kerjasama  –  Para pekerja Tajau Emas, Silicon

Medical Center dan Aya-Sajinah mempunyai semangat

kerjasama yang tinggi. Di Tajau Emas misalnya, Waheeda

bekerjasama secara erat dengan ibu dan bapanya,

Fatimah, Kamri, dan lain-lain bagi memajukan perniagaan

tersebut.4. Nilai keberanian dan keyakinan diri – Waheeda berani

membuat pinjaman daripada tabung usahawan siswazah

untuk mengusahakan perniagaan pelancongan walaupun

dia masih muda dan tiada pengalaman dalam bidang

tersebut.

5. Nilai kesyukuran  –  Waheeda bersyukur apabila

pembedahan wajah yang dijalaninya berjaya sehingga

dapat mengubah penampilan dirinya. Dia bertambah

bersyukur kerana pembetulan pada hidungnya berjaya

dilakukan oleh Dr. Rushdi.

6. Nilai berdikari  –  Waheeda enggan bergabung dengan

syarikat bapa mentuanya, iaitu Seri Gading kerana mahu

berdikari memajukan Tajau Emas. Sikap berdikari inimenunjukkan bahawa Waheeda percaya akan kebolehan

dirinya tanpa bergantung harap kepada orang lain.

Pengajaran

1. Kita hendaklah berani meneroka bidang yang baharu. 

2. Kita hendaklah bekerjasama bagi menjayakan sesuatu

usaha.

3. Kita hendaklah sabar dalam menempuh cabaran hidup.

4. Kita hendaklah berusaha untuk menyelesaikan sesuatu

masalah yang kita hadapi.

5. Kita hendaklah berani mengakui kesalahan diri dan

meminta maaf daripada orang lain.

3  Bimasakti Menari

Sinopsis

  Nurul Hafsa bekerja sebagai pegawai sains di Balai

Cerap Sultan Salahuddin. Dia didatangi oleh 15 orang

murid sekolah rendah dan tiga orang pengiring dari Jepun.

Namun begitu, rombongan itu terpaksa pulang tanpa

dapat melihat beberapa butir bintang di langit kerana

keadaan langit yang terlalu cerah.

  Selain itu, aduan daripada pengiring rombongan

kanak-kanak tentang kelip-kelip menyebabkan NurulHafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-

kelip di Kampung Kuantan. Nurul Hafsa terkejut kerana dia

dapat melihat beberapa ekor kelip-kelip sahaja. Selain itu,

terdapat bahagian anak sungai yang dihalang oleh pagar

kayu untuk mengelakkan sampan atau bot menyusuri

anak sungai itu. Nurul Hafsa berasa marah dan ingin

meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada abangnya,

Budiman.

  Nurul Hafsa menyatakan kekesalannya terhadap

pencemaran cahaya yang berlaku kepada abangnya.

Dia mulai risau akan kesan buruk terhadap alam sekitar.

Hatinya berasa gembira apabila Budiman menyatakan

bahawa perubahan tidak dapat dilakukan secara sendirian.

 Abangnya bersetuju untuk membantu Nurul Hafsa.

Page 35: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 35/46

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS

35  © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

  Sebagai pegawai sains, Nurul Hafsa banyak

mempunyai tugas. Oleh itu, dia tidak boleh mengabaikan

isu tersebut. Budiman mengajak adiknya berjumpa dengan

“lelaki kelip-kelip”. Adiknya memerlukan bantuan lelaki itu.

Nurul Hafsa kemudiannya dikenalkan kepada Muhammad

Tauk oleh Budiman. Muhammad Tauk memberitahu

Nurul Hafsa bahawa dialah yang meminta ayahnya

membeli anak sungai di Kampung Kuantan terus ke

Kampung Api-api yang seluas 50 hektar. Hal ini demikian

kerana, Muhammad Tauk mendapati populasi kelip-kelip

berkurangan mengikut pemerhatiannya. Muhammad Tauk

memagar anak sungai itu supaya kelip-kelip mempunyai

tempat untuk bersembunyi. Dia akan meruntuhkan pagar

tersebut apabila populasi kelip-kelip pulih semula. Nurul

Hafsa yang mendengar penjelasan itu akhirnya menyedari

kesilapannya lalu meminta maaf daripada Muhammad

Tauk. Nurul Hafsa menjelaskan tujuan sebenar mereka

datang ke situ, iaitu untuk meminta bantuan Muhammad

Tauk mengembalikan kegelapan langit Kuala Selangor.

  Nurul Hafsa akan membuat pembentangan tentang

Rancangan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap.

Banyak pihak dijemput untuk hadir ke pembentangan

tersebut oleh Menteri Besar. Sejak Nurul Hafsa membuat

pembentangan tentang lampu full cut off , dia tidak putus-

putus menerima bidasan daripada Dato’ Johann. Namun

begitu, penerangan yang diberikan oleh Nurul Hafsa

seperti disetujui oleh hadirin termasuklah Menteri Besar.

Nurul Hafsa memberikan kepastian kepada Menteri Besar

tentang kontraktor yang akan menggunakan kecanggihan

teknologi untuk menghasilkan lampu mesra alam.

Menteri Besar menghentikan bidasan Dato’ Johann lalu

mengumumkan pengiklanan tender akan dibuat dalam

masa terdekat. Dato’ Johann masih memikirkan sesuatu

untuk menghalang projek tersebut. Sasarannya ialah

Nurul Hafsa. Pelbagai idea yang timbul untuk membunuh

pegawai sains itu yang merupakan pencetus idea projek

Kawasan Simpan Langit Gelap.

  Budiman mendapat panggilan telefon daripada

Muhammad Tauk yang menyatakan bahawa dirinya

ditimpa kemalangan. Nurul Hafsa dan Budiman berkejar

ke tempat kejadian. Muhammad Tauk dibawa ke Hospital

Besar Tanjung Karang. Ketua Inspektor Lim mengesyaki

kes kemalangan itu kemungkinan angkara musuh

Muhammad Tauk.

  Kerja-kerja pencerapan populasi kelip-kelip terhenti

selama seminggu sejak Muhammad Tauk terlantar di

hospital. Budiman dan Nurul Hafsa akan melakukan

kerja mengambil gambar dan mencatat data. Ketika Nurul

Hafsa berpaling ketika menuju ke kereta, Budiman sudah

terbaring di tanah. Hafsa terlihat kelibat tiga orang lelaki

tetapi sebelum dia berbuat apa-apa, mulutnya dibalut

dengan pita perekat dan kepalanya disarung dengan kain.

Nurul Hafsa pengsan selepas ditumbuk pada mukanya.

  Muhammad Tauk menerima nota daripada penculik

Nurul Hasfa. Dia yang kebingungan terus meninggalkan

hospital apabila dijemput oleh ayahnya. Dia meminta

Sobirin menghentikan kereta di stesen Petronas. Dia

menuju ke sebuah van putih di hadapan tandas lelaki.

Selepas mengetuk dinding van putih itu, pintu terbuka

lalu dia ditarik dengan ganas ke dalam van tersebut.

Kepalanya disarung. Dia dibawa ke suatu tempat.

  Nurul Hafsa berazam untuk menyelamatkan

Muhammad Tauk. Dia cuma berdiam diri sehingga

dia ditolak keluar dari kenderaan selepas lebih kurang

setengah jam perjalanan. Dia kemudiannya ditumpangkan

oleh seorang pemandu van sekolah ke Balai Polis Bestari

Jaya dan dipindahkan ke IPD Kuala Selangor. Tan Sri

Muhaimin dan Puan Maryam bertentang mata dengan

Nurul Hafsa. Haji Yassir dan Budiman memeluk Nurul

Hafsa.

Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada

penduduk tempatan tentang aktiviti bukan perladangan.

Pasukan Gerak Khas dibentuk untuk menyerbu kawasan

itu. Dua orang lelaki yang mengheret tawanan melepaskan

dua das tembakan ke arah pihak polis. Pihak polis berjaya

menembak tiga orang lelaki dan beberapa orang lelaki

yang keluar dari rumah itu yang terlibat dalam penculikan

tersebut. Ketua Inspektor Lim mendapatkan Muhammad

Tauk.

  Nurul Hafsa berasa tahun hadapan terlalu lama

baginya untuk melihat pelaksanaan Kawasan Simpan

Langit Gelap Kuala Selangor. Nurul Hafsa, Budiman

dan Haji Yassir berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim

Kuala Selangor untuk majlis pernikahan kali kedua Tan

Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin

bersyukur kerana anak dan isteri telah kembali ke

pangkuannya. Muhammad Tauk berbual-bual dengan

Nurul Hafsa tentang peristiwa yang menimpa mereka.

Muhammad Tauk menyerahkan sebuah bungkusan yang

mengandungi selendang hitam manik kristal kepunyaan

Nurul Hafsa. Dia kemudian meminta balasan daripada

Nurul Hafsa. Nurul Hafsa tergamam apabila Muhammad

Tauk bertanya sama ada Nurul Hafsa akan menerima

lamarannya. Wajah Nurul Hafsa memerah tetapi akhirnya

dia tersenyum simpul.

TemaKegigihan dan keberanian seorang gadis untuk

menyelamatkan alam sekitar daripada pencemaran cahaya

walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Nurul Hafsa

berazam untuk mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap

di Kuala Selangor. Dia dibantu oleh abangnya, Budiman

dan sahabat abangnya, Muhammad Tauk. Namun begitu,

perjuangan mereka dihalang oleh Dato’ Johann Arlington-

Majid yang merupakan musuh bapa Muhammad Tauk.

Beberapa musibah yang berlaku akhirnya dapat diatasi oleh

mereka sehingga membawa kepada pelaksanaan projek yang

dicadangkan oleh Nurul Hafsa.

Persoalan

1. Persoalan perasaan cinta akan alam sekitar demigenerasi akan datang – Keadaan langit yang cerah

mengakibatkan hanya beberapa butir bintang daripada

buruj Orion yang kelihatan. Oleh itu, Nurul Hafsa berjanji

kepada rombongan pemerhati bintang cilik untuk

memulihkan keadaan langit Kuala Selangor yang terlalu

cerah disebabkan oleh pencemaran cahaya.

2. Persoalan perasaan kasih sayang antara ahli keluarga

 – Muhammad Tauk menyayangi keluarganya. Dia

 juga tidak pernah sangsi akan kasih sayang ibunya

terhadapnya. Baginya, kasih sayang, darah dan daging,

Page 36: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 36/46

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS 

36 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

 jiwa dan minda tidak mengenal sempadan tempat dan

zon masa. Muhammad Tauk sangat bersyukur apabila

ibunya kembali ke pangkuannya walaupun hanya

seketika.

3. Persoalan bekerjasama dalam menyiapkan tugasan

 – Muhammad Tauk, Nurul Hafsa, dan Budiman

bekerjasama untuk menyediakan laporan tentang

Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor untukdibentangkan di hadapan cendekiawan dan Menteri

Besar. Mereka mengambil masa selama seminggu untuk

mengemas kini dan memantapkan bahan pembentangan

mereka. Hujah-hujah antara mereka menjadi bahan

tambahan bagi menguatkan pembentangan itu.

4. Persoalan semangat setia kawan dalam persahabatan

 – Budiman menerima panggilan daripada Muhammad

Tauk yang menyatakan bahawa dia ditimpa kemalangan.

Budiman memberitahu Nurul Hasfa tentang hal tersebut.

Mereka bergegas ke tempat yang dinyatakan oleh

Muhammad Tauk. Mereka menemukan Muhammad

Tauk dalam keadaan berlumuran darah pada bahagian

rusuknya. Muhammad Tauk dibawa ke Hospital Tanjung

Karang setelah ambulans tiba.5. Persoalan tanggungjawab terhadap alam sekitar –

Muhammad Tauk bergiat aktif dalam pembinaan rumah

mesra alam atau luar grid yang bernama Ikhtiar Teknoalam

agar mengurangkan pencemaran terhadap alam sekitar.

6. Persoalan penderitaan akibat sikap rakus manusia –

 Akibat dendam dan sikap pentingkan diri sendiri, Dato’

Johann Arlington-Majid telah menyebabkan penderitaan

terhadap Muhammad Tauk dan Budiman yang dipukul

dan dicederakan selain menculik Nurul Hafsa sehingga

membimbangkan keluarganya.

Plot

Binaan plot

1.  Permulaan – Cerita bermula dengan pemerian suasana

di Balai Cerap Sultan Salahuddin yang dicirikan oleh

reka bentuk yang diinspirasikan oleh rumah api Almnara,

Somalia. Nurul Hafsa yang bertugas sebagai pegawai

sains perlu memberikan penerangan kepada 15 orang

murid dan tiga orang pengiring dari Jepun. Dia keresahan

kerana langit pada malam itu sungguh cerah walaupun

malam sudah larut. Nurul Hafsa terpaksa mengakui

masalah yang berlaku dan punca yang menyebabkan

mereka hanya dapat melihat dua butir bintang daripada

buruj Orion. Puncanya ialah pencemaran cahaya yang

berlaku disebabkan oleh pembangunan pesat dalam masa

yang singkat. Nurul Hafsa berjanji untuk mengembalikanbintang-bintang di langit Kuala Selangor. Dia ditegur oleh

Puan Wickham tentang janji yang diungkapkan olehnya

untuk mengembalikan bintang-bintang di langit. Setelah

mendengar penjelasan Nurul Hafsa, Puan Wickham

berharap agar Nurul Hafsa berjaya dalam bidang tersebut.

2. Perkembangan – Langit yang terlalu cerah dan

aduan daripada pengiring rombongan kanak-kanak

tentang ketiadaan kelip-kelip menyebabkan Nurul

Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri

kelip-kelip di Kampung Kuantan. Dia kecewa kerana

hanya dapat melihat beberapa ekor kelip-kelip. Dia

mendapati kepesatan dan pembangunan Kuala Selangor

sebenarnya mengakibatkan pencemaran secara senyap.

Nurul Hafsa menyatakan bahawa dia tidak puas melihat

langit. Suasana malam yang terang-benderang dengan

lampu menyekat penglihatan mata kasar manusia. Nurul

Hafsa menyatakan kekesalannya terhadap pencemaran

cahaya yang berlaku. Dia mulai risau akan kesan

buruk pencemaran terhadap alam sekitar. Budiman

menyatakan bahawa perubahan tidak dapat dilakukan

secara sendirian. Nurul Hafsa gembira kerana abangnyamahu membantunya. Budiman memperkenalkan

Muhammad Tauk kepada Nurul Hafsa. Muhammad

Tauk memberitahu Nurul Hafsa bahawa dialah yang

meminta ayahnya membeli anak sungai di Kampung

Kuantan terus ke Kampung Api-api yang seluas 50 hektar

itu Muhammad Tauk memagar anak sungai itu supaya

kelip-kelip mempunyai tempat untuk bersembunyi.

Budiman berasa seolah-olah ada sesuatu yang akan

membawa keserasian antara Muhammad Tauk dengan

Nurul Hafsa. Nurul Hafsa memberitahu Muhammad Tauk

tentang tujuan sebenar dia berjumpa dengan Muhammad

Tauk, iaitu untuk meminta bantuan Muhammad Tauk

untuk mengembalikan kegelapan langit Kuala Selangor.

3. Konik – Nurul Hafsa dan Muhammad Tauk menghadapi

cabaran daripada Dato’ Johann Arlington-Majid untuk

merealisasikan projek Kawasan Simpan Langit Gelap

mereka. Setiap hujah Hafsa dibidas oleh Dato’ Johann

semasa pembentangan projek di hadapan Menteri Besar.

Tidak lama selepas itu, Muhammad Tauk dipukul oleh

beberapa orang yang tidak dikenali di kawasan yang

gelap. Dia dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang.

Ketua Inspektor Lim mengesyaki kes kemalangan itu

berkemungkinan angkara musuh Muhammad Tauk.

Ketika Budiman dan Nurul Hafsa berjalan ke kereta

dari jeti selepas mengambil data dan foto kelip-kelip,

Budiman telah diserang oleh tiga orang lelaki. Mulut Nurul

Hafsa dibalut dengan pita perekat dan kepalanya puladisarung dengan kain. Nurul Hafsa diculik. Muhammad

Tauk yang sudah bersiap-siap untuk ke Lapangan

Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tersenyum kerana

menyangkakan jambangan bunga yang diterimanya itu

daripada Nurul Hafsa. Tiba-tiba, senyumannya hambar

kerana jambangan tersebut sebenarnya daripada penculik

Nurul Hafsa. Muhammad Tauk yang kebingungan terus

meninggalkan hospital apabila dijemput oleh ayahnya.

Muhammad Tauk meminta Sobirin menghentikan kereta

di stesen Petronas. Dia memberikan alasan untuk ke

tandas. Ketika Tan Sri keluar dari kereta untuk menemani

Muhammad Tauk, beliau mendapat panggilan telefon.

Muhammad Tauk dapat meneka bahawa ayahnya sudah

tahu akan perkara yang berlaku terhadap Nurul Hafsa.Muhammad Tauk mengambil kesempatan untuk menuju

ke van putih di hadapan tandas lelaki. Dia mengetuk

dinding van putih itu. Pintu van itu terbuka lalu dia ditarik

ke dalam van tersebut. Kepalanya disarung. Dia dibawa

ke suatu tempat. Muhammad Tauk terdengar suara

yang menyuruh supaya perempuan itu dibawa keluar.

Muhammad Tauk memanggil nama Nurul Hafsa dan

disahut oleh Nurul Hafsa. Muhammad Tauk ditumbuk

manakala Nurul Hafsa diheret keluar dari sana. Nurul

Hafsa ingin menyelamatkan Muhammad Tauk. Dia cuma

berdiam diri sehingga dia ditolak keluar dari kenderaan

selepas lebih kurang setengah jam perjalanan.

Page 37: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 37/46

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS

37  © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

4. Klimaks  – Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan

daripada penduduk tempatan tentang aktiviti bukan

perladangan. Pasukan Gerak Khas dibentuk untuk

menyerbu kawasan itu. Dua orang lelaki yang mengheret

tawanan melepaskan dua das tembakan ke arah pihak

polis. Pihak polis berjaya menembak tiga orang lelaki dan

beberapa orang lelaki yang keluar dari rumah itu yang

terlibat dalam penculikan tersebut. Ketua Inspektor Lim

mendapatkan Muhammad Tauk.

5. Peleraian  – Nurul Hafsa berasa tahun hadapan terlalu

lama baginya untuk melihat pelaksanaan Kawasan

Langit Gelap Kuala Selangor. Nurul Hafsa, Budiman,

dan Haji Yassir berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim,

Kuala Selangor untuk majlis pernikahan kali kedua Tan

Sri Muhaimin dengan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin

bersyukur kerana anak dan isteri telah kembali ke

pangkuannya. Muhammad Tauk berbual-bual dengan

Nurul Hafsa tentang peristiwa yang menimpa mereka.

Muhammad Tauk menyerahkan sebuah bungkusan yang

mengandungi selendang hitam manik kristal kepunyaan

Nurul Hafsa. Dia kemudian meminta balasan daripada

Nurul Hafsa. Nurul Hafsa tergamam apabila MuhammadTauk bertanya sama ada Nurul Hafsa akan menerima

lamarannya. Wajah Nurul Hafsa memerah tetapi akhirnya

dia tersenyum simpul.

Teknik plot

1. Teknik pemerian

  Pengarang memerihalkan keadaan Balai Cerap Sultan

Salahuddin, Kuala Selangor. Contoh:

  Sekumpulan kanak-kanak dari Sekolah Rendah

Kichihimahigashi, Hiroshima duduk di kerusi di atas

 platform melengkung dan mengelilingi kubah balai

cerap yang tersergam di lereng konkrit Bukit Melawati,

Kuala Selangor. Balai Cerap Sultan Salahuddin dicirikan

dengan reka bentuk yang diinspirasikan oleh rumah api Almnara, Somalia. Di samping menonjolkan reka bentuk

kubah yang lazim digunakan oleh banyak bangunan balai

cerap lain, bangunan ini juga menambah sebuah platform

mengelilingi kubah tersebut. Platform itu mempunyai

ketinggian 50 meter dari tapak balai cerap tersebut.

[halaman 1]

2. Teknik dialog

  Dialog antara Nurul Hafsa dengan rombongan dari Jepun

yang kecewa kerana tidak dapat melihat buruj Orion di

balai cerap. Contoh:

  “Saya juga berasa berdukacita kerana lawatan

ke Kuala Selangor menjadi satu pengalaman yang

mengecewakan buat anda semua. Saya berjanji akan

memulihkan keadaan ini dengan sedaya upaya saya.”Nurul Hafsa menamatkan taklimatnya kepada

 peminat-peminat bintang amatur dengan seakad janji.

“Itu ialah janji yang amat sukar dikotakan, Cik

Nurul Hafsa. Bagaimana seorang manusia boleh

menggerakkan bintang agar kembali semula ke sini?”

Wanita bernama Wickham itu berkata setelah anak-

anak dalam jagaannya bangkit untuk kembali ke van

rombongan mereka. [halaman 9 – 11]

3. Teknik monolog dalaman

  Nurul Hafsa bercakap dalam dirinya setelah diajukan

soalan oleh Utada, pengiring rombongan kanak-kanak

dari Jepun. Contoh:

  Seusai kenyataan oleh pengiring yang bernama

Utada itu, pelbagai persoalan timbul di benak Nurul

Hafsa, juga pelbagai alasan. Kenapa pula para pelawat

ini tidak boleh melihat kelip-kelip? Apa kaitan kelip-kelip

di kawasan paya dan bintang di langit? Apa yang bolehdilakukannya sedangkan hari ini hari pertama dia bekerja

di Jabatan Falak Kuala Selangor? [halaman 8]

4. Teknik saspens

  Teknik ini digunakan apabila Tauk membaca secebis

nota yang diselitkan dalam jambangan bunga yang diberi

kepadanya. Pembaca tertanya-tanya akan tindakan Tauk

selepas membaca nota dan melihat kerongsang mutiara

kepunyaan Nurul Hafsa. Contoh:

  Dia kini memegang sehelai kain selendang berhias

manik-manik kristal yang bergemerlapan dengan biasan

tujuh warna pelangi. Secebis kertas jatuh ketika dia

meleraikan kain selendang tersebut. Di atas kertas

tersebut dicetak dengan kata-kata, Jumaat 8:30 pagi,stesen Petronas, van putih, seorang diri. Lebih dahsyat,

di selendang itu tersemat kerongsang mutiara berharga

RM10.00 di bahagian bawah dagunya. Ini selendang

Nurul Hafsa! [halaman 158]

5. Teknik kejutan

  Teknik ini digunakan ketika Hafsa dan Budiman berjalan

ke kereta, Budiman telah diserang oleh tiga orang lelaki

sehingga Budiman jatuh ke tanah. Contoh:

  “Saya suka pengakhiran yang baik,” Nurul Hafsa

berkata kepada abangnya. Belum sempat Nurul Hafsa

menerima respons abangnya, dia terdengar bunyi

hentaman. Nurul Hafsa sekilas berpaling dan nampak

Budiman tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia

dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia nampak susuktiga orang lelaki dalam gelap sebelum mulutnya dibalut

kasar dengan pita perekat bersaiz lebar dan kepalanya

disarung dengan kain gelap. Nurul Hafsa hanya boleh

meronta tanpa suara sehingga dia ditumbuk di mukanya

dan pandangannya menjadi gelap dengan serta-merta.

[halaman 152 – 154]

6. Teknik imbas kembali

  Nurul Hafsa teringat akan peristiwa yang pernah berlaku

semasa dia di sekolah rendah. Contoh:

  “Saya menyimpan kenangan tentang awak sebagai

seorang budak lelaki yang sombong sewaktu saya dalam

darjah empat. Betul tak, bang?” Nurul Hafsa berkata.

Dilanda nostalgia semasa dia berhadapan dengan lelaki

yang memegang pendayung itu. [halaman 91]

7. Teknik imbas muka

  Nurul Hafsa tidak dapat membayangkan kehidupannya

pada masa akan datang sebagai pegawai sains di Balai

Cerap Sultan Salahuddin sekiranya pencemaran cahaya

berterusan. Contoh:

  Nurul Hafsa juga tidak dapat membayangkan

kehidupannya untuk tahun-tahun akan datang sebagai

 pegawai sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin.

[halaman 44]

Page 38: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 38/46

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS 

38 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Watak dan Perwatakan

Nurul Hafsa

1. Nurul Hafsa pemegang Ijazah dalam bidang zik dan kaji

falak dari Universiti Jordan.

2. Dia pegawai sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin,

Kuala Selangor.

3. Dia anak perempuan Haji Yassir.4. Dia adik Budiman.

5. Nurul Hafsa menepati janji. Dia kembali ke tanah air

dan terus bekerja untuk mengakuri perjanjian demi

menghalalkan biasiswa yang telah dimanfaatkan.

6.  Dia bersemangat tinggi. Selepas solat, Nurul Hafsa berdoa

dan menanam azam bahawa dia akan menjalankan

tugasnya sebagai seorang penjawat awam dengan penuh

dedikasi.

7. Nurul Hafsa berani. Dia berani menjawab soalan yang

tidak putus-putus daripada Dato’ Johann Arlington-Majid

dan membentangkan laporannya untuk mewujudkan

Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor di

hadapan Menteri Besar, ahli akademik, pencinta alam,

dan usahawan teknologi hijau.

8.  Dia mencintai alam sekitar. Nurul Hafsa tidak puas

hati akan keadaan Kuala Selangor walaupun tempat

itu semakin pesat membangun, bersih, dan nyaman

kerana pembangunan tersebut telah membawa kepada

pencemaran cahaya yang menjejaskan populasi kelip-

kelip dan pemandangan bintang di langit.

9.  Dia akur dan percaya kepada ajaran agama. Nurul Hafsa

menyelitkan ayat-ayat al-Quran dalam pembentangan

projek kerana baginya manusia tiada pilihan lain selain

taat kepada perintah Tuhan dengan memelihara alam

sekitar ciptaan-Nya.

10. Dia anak yang bertanggungjawab. Nurul Hafsa berjanji

untuk membina sebuah stor bagi menyimpan peralatan

berkebun ayahnya apabila dia memperoleh gaji kelak.

Muhammad Tauk

1. Muhammad Tauk anak Tan Sri Muhaimin dan Puan

Maryam.

2. Dia belajar di Kuala Selangor dan kemudian di Otago,

New Zealand sehinggalah ke peringkat sarjana.

3. Dia mengabdikan diri dalam projek rumah mesra alam.

4.  Dia mencintai alam sekitar. Muhammad Tauk memelihara

alam sekitar melalui projeknya, Ikhtiar TeknoAlam, iaitu

projek rumah mesra alam komersial.5.  Muhammad Tauk penyayang. Dia mempelawa ibunya

untuk datang ke rumahnya untuk meluangkan masa

bersama-samanya kerana mereka sudah lama tidak

bersua.

6.  Dia baik hati. Muhammad Tauk bersedia untuk

membantu Nurul Hafsa dan Budiman dalam menjadikan

Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap

melalui bantuan bapanya.

7. Dia berani. Apabila menerima nota daripada penculik

Nurul Hafsa, Muhammad Tauk memberanikan diri untuk

mengikut kumpulan penculik supaya dia dapat mengesan

kedudukan Nurul Hafsa.

8.  Dia anak yang taat. Muhammad Tauk tidak membantah

arahan ibu dan ayahnya untuk berangkat ke New Zealand

walaupun dia keberatan.

Budiman

1. Budiman anak Haji Yassir.

2. Beliau abang Nurul Hafsa.

3. Beliau bekerja sebagai guru sains di Sekolah MenengahKebangsaan Tanjung Keramat.

4. Budiman penyayang. Beliau sentiasa menemani adiknya,

Nurul Hafsa terutamanya untuk mengambil data dan

populasi kelip-kelip sehingga pukul 10 malam ketika

Muhammad Tauk terlantar di hospital.

5.  Beliau mencintai alam sekitar. Budiman berusaha untuk

membantu adiknya, Nurul Hafsa untuk mengembalikan

kegelapan langit Kuala Selangor.

6.  Beliau prihatin. Budiman segera mendapatkan

Muhammad Tauk sebaik sahaja menerima panggilan

daripadanya selepas dia mengalami kemalangan.

Tan Sri Muhaimin1. Tan Sri Muhaimin pemilik Syarikat Dedaun Emas.

2. Beliau ahli perniagaan yang terkenal.

3. Beliau ayah Muhammad Tauk.

4. Beliau bekas suami Maryam.

5. Tan Sri Muhaimin penyayang. Beliau segera bersetuju

untuk membantu anaknya, Muhammad Tauk untuk

menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan

Langit Gelap.

6.  Beliau bertanggungjawab. Tan Sri Muhaimin memberitahu

Muhammad Tauk bahawa dia boleh memanggilnya pada

bila-bila masa kerana dia ialah anak tunggalnya.

Maryam @ Marion Wickham Abdullah

1. Puan Wickham wanita berbangsa Kaukasia.

2. Beliau berusia dalam lingkungan 50-an.

3. Beliau ibu Muhammad Tauk.

4. Puan Wickham bekas isteri Tan Sri Muhaimin.

5. Beliau pengembara dunia yang ingin akan kebebasan.

6.  Beliau mencintai alam sekitar. Puan Wickham mengiring

sekumpulan kanak-kanak dari Jepun untuk memerhati

bintang di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor.

7.  Beliau penyayang. Puan Wickham memberitahu

Muhammad Tauk bahawa dia amat menyayangi dan

merindui anaknya itu ketika mereka bertemu di BalaiCerap Sultan Salahuddin.

Dato’ Johann Arlington-Majid

1. Dato’ Johann ahli perniagaan yang memiliki syarikat

lampu.

2. Beliau memonopoli urusan lampu di Kuala Selangor.

3. Beliau musuh Tan Sri Muhaimin.

4. Dato’ Johann pernah jatuh hati kepada Maryam.

5.  Beliau pendendam. Dato’ Johann berdendam terhadap

Tan Sri Muhaimin apabila pilihan hatinya, Maryam

dirampas olehnya dan kini Syarikat Dedaun Emas pula

bersaing dalam isu lampu.

Page 39: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 39/46

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS

39  © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

6.  Beliau pengacau. Dato’ Johann sengaja membawa

kekeliruan dengan membidas segala hujah Nurul Hafsa

agar pembentangan projek Kawasan Langit Simpan

Kuala Selangor tidak disetujui oleh Menteri Besar.

7.  Beliau tidak berperikemanusiaan. Dato’ Johann sanggup

mencederakan Muhammad Tauk, memukul Budiman

dan menculik Nurul Hafsa supaya rancangan Kawasan

Langit Simpan Kuala Selangor tidak berjaya.

Latar

Latar masa

1. Pada waktu malam  –  Kumpulan pengunjung di Balai

Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor terdiri daripada

lima belas orang murid dan tiga orang pengiring.

Jam tangannya menunjukkan pukul 9 malam, iaitu

setengah jam selepas masuk waktu isyak. Nurul Hafsa

memerhatikan cahaya yang terbias di kaki langit semenjak

waktu maghrib yang sudah lenyap sepenuhnya.

2. Pada waktu pagi  –  Budiman yang terjaga dan tidak

dapat melelapkan matanya membuat keputusan untuk ke

hospital sekali lagi bertujuan untuk melawat MuhammadTauk.

3. Pada hari Jumaat  – Muhammad Tauk menerima nota

daripada penculik yang meminta dia datang ke van putih

di stesen Petronas pada hari Jumaat, pukul hospital

apabila ayahnya menjemputnya. Muhammad Tauk

meminta Sobirin menghentikan kereta di stesen Petronas

. Dia memberikan alasan untuk ke tandas. Dia mengambil

kesempatan untuk menuju ke sebuah van putih di

hadapan tandas lelaki. Dia mengetuk dinding van putih

itu. Pintu van itu terbuka lalu dia ditarik dengan ganas ke

dalam van tersebut. Kepalanya disarung. Dia dibawa ke

suatu tempat.

Latar tempat

1. Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor  –

Sekumpulan murid sekolah rendah dari Jepun duduk di

atas platform melengkung dan mengelilingi kubah balai

cerap yang tersergam di lereng konkrit Bukit Melawati,

Kuala Selangor.

2. Rumah Ikhtiar Teknoalam  –  Puan Wickham tinggal di

rumah Ikhtiar Teknoalam setelah dipelawa oleh anaknya,

Muhammad Tauk semasa dia mengikuti rombongan ke

Kuala Selangor.

3. Kampung Kuantan – Nurul Hafsa memberitahu ayahnya

bahawa dia ingin melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan.

Haji Yassir memandu kereta untuk membawa anaknya itu

ke tempat orang melihat kelip-kelip.

4. Rumah Haji Yassir  –  Nurul Hafsa tidak puas melihat

langit. Hal ini demikian kerana, ayahnya memasang

lampu tuju yang kuat di setiap penjuru rumah.

5. Otago, New Zealand  –  Setelah Tan Sri Muhaimin dan

Maryam bercerai, Muhammad Tauk mengikut ibunya ke

Otago, New Zealand dan bersekolah di sana. Dia juga

meneruskan pendidikan di negara itu hingga peringkat

sarjana.

6. Perpustakaan Awam Sultan Sharafuddin, Kuala

Selangor – Tempat Nurul Hafsa dan Muhammad Tauk

membuat perbincangan tentang projek Kawasan Simpan

Langit Gelap manakala Budiman menyiapkan tugasan

untuk ijazah sarjana.

7. Pejabat Daerah Kuala Selangor – Nurul Hafsa membuat

pembentangan tentang pencemaran cahaya dan

kesannya terhadap keadaan langit dan populasi kelip-

kelip di dalam bilik mesyuarat berhawa dingin Pejabat

Daerah Kuala Selangor. Pembentangan itu dilakukan di

hadapan pegawai daerah dan panel penasihatnya.8. Dewan Kuliah I, Bangunan Sultan Salahuddin

Abdul Aziz Shah, Shah Alam  – Nurul Hafsa membuat

pembentangan tentang projek Kawasan Simpan Langit

Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, pencinta

alam, dan para usahawan.

9. Hospital Besar Tanjung Karang  –  Muhammad Tauk

yang dipukul oleh beberapa orang yang tidak dikenali di

kawasan yang gelap dibawa ke Hospital Besar Tanjung

Karang. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kes kemalangan

itu berkemungkinan angkara musuh Muhammad Tauk.

10. Stesen Petronas – Muhammad Tauk keluar dari kereta

ayahnya dan terus ke bahagian belakang stesen minyak.

Dia menghampiri van putih yang berada di hadapantandas lelaki lalu mengetuk van itu. Pintu van itu terbuka

dan Muhammad Tauk ditarik dengan ganas ke dalam

van itu.

Latar masyarakat

1. Masyarakat yang terdiri daripada golongan korporat

 –  Golongan korporat dalam novel ini yang menjadikan

bidang perniagaan lampu sebagai kerjaya mereka.

Golongan ini terdiri daripada Tan Sri Muhaimin dan Dato’

Johann Arlington-Majid.

2. Masyarakat yang terdiri daripada golongan orang

kaya  –  Tan Sri Muhaimin merupakan ahli perniagaan

yang kaya. Beliau membeli anak sungai di Kampung

Kuantan terus ke Kampung Api-api yang seluas 50 hektarapabila diminta untuk berbuat demikian oleh anaknya.

3. Masyarakat yang cinta akan alam sekitar  – Golongan

yang cinta akan alam sekitar dalam novel ini terdiri

daripada watak Nurul Hafsa, Muhammad Tauk,

Budiman, dan Puan Wickham. Nurul Hafsa tidak puas

hati akan keadaan Kuala Selangor walaupun tempat

itu semakin pesat membangun, bersih, dan nyaman

kerana pembangunan tersebut telah membawa kepada

pencemaran cahaya yang menjejaskan populasi kelip-

kelip dan pemandangan bintang di langit.

4. Masyarakat yang berdarah campuran  –  Muhammad

Tauk berdarah campuran Melayu dan Kaukasia.

 Ayahnya, Tan Sri Muhaimin berbangsa Melayu manakalaibunya Kaukasia. Selain itu, Johann Arlington-Majid juga

berdarah kacukan. Beliau berdarah campuran Melayu-

Irish.

5. Masyarakat yang mengamalkan perkahwinan campur

 –  Tan Sri Muhaimin pernah berkahwin dengan wanita

Kaukasia, Maryam @ Marion Wickham Abdullah dan

dikurniakan seorang cahaya mata, iaitu Muhammad

Tauk.

6. Masyarakat yang berpelajaran tinggi  –  Nurul Hafsa

melanjutkan pelajaran dalam bidang zik dan kaji falak

di Universiti Jordan dan bekerja sebagai pegawai sains

manakala Muhammad Tauk pula mempunyai ijazah

sarjana.

Page 40: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 40/46

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS 

40 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

7. Masyarakat yang tekun berusaha  –  Nurul Hafsa dan

Muhammad Tauk menyediakan laporan lengkap untuk

pembentangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap

dengan mengadakan perbincangan di perpustakaan.

8. Masyarakat yang prihatin  –  Haji Yassir faham akan

anaknya yang mempunyai hajat dan tujuan tertentu,

menemani anak perempuannya ke Kampung Kuantan

untuk melihat kelip-kelip.

Gaya Bahasa

1. Peribahasa

  Contoh:

Selendang itu disematkan di bahu kanan Nurul Hafsa

dengan kerongsang yang diperbuat daripada sebutir

mutiara sebesar duit syiling 20 sen. Bagai bulan dipagar

bintang. [halaman 77]

2. Hiperbola

  Contoh:

Dia cuba berseloroh sedang hatinya bagai dikoyak-koyak

apabila menyedari dia bergurau tentang perkara yang

bukan gurauan. [halaman 15]

3. Simile

  Contoh:

Pada malam ini Muhammad Tauk cukup bersyukur

apabila ibunya kembali ke pangkuannya, walaupun dia

tahu apabila datangnya waktu subuh, ibunya akan pergi

lagi umpama seorang puteri yang tergesa-gesa lari dari

majlis tari-menari dalam kisah si pari-pari. [halaman 17]

4. Personifkasi

  Contoh:

Cahaya melimpah daripada lampu berbelas-belas

kamera yang bertalu-talu menampar wajah Tan Sri

Muhaimin. [halaman 63]

5. Penggunaan istilah sains

  Contoh:

Orion, Betelguese, Rigel, Saiph, Alnitak, Mintaka, Alnilam,

dan Bellatrix [halaman 5], pteroptyx tener [halaman 92],

sonneratia caseolaris [halaman 92], photuris [halaman

93]

6. Penggunaan istilah bahasa Arab

  Contoh:

 Al-Quran [halaman 64], Allah SWT, at-Taubah [halaman

65], al-Maidah [halaman 82], fajar al-kazhib [halaman 91],

al-A’raaf  [halaman 99]

7. Penggunaan istilah bahasa Inggeris

  Contoh:

dress, one-piece [halaman 71], zodiacal light [halaman

91], drop lens cobra luminaire, full cut off [halaman 112]

8. Kosa kata luas

  Contoh:

komprehensif [halaman 53], spesikasi [halaman 67 ],

aplikasi [halaman 68], ladeni [halaman 78], spesik

[halaman 102]

Sudut Pandangan

1. Pengarang menggunakan sudut pandangan orang

ketiga untuk menceritakan segala peristiwa yang berlaku

dalam novel ini. Oleh itu, pengarang tidak terlibat secara

langsung dalam cerita tersebut.

2. Pengarang menggunakan nama watak dalam novel ini.

Sudut pandangan ini diterapkan melalui watak Nurul

Hafsa dan Muhammad Tauk. Hal ini sesuai kerana,

pengarang menyalurkan semua perkara tentang watak

ini. Selain itu, emosi dan pergolakan jiwa yang dialami

oleh watak Nurul Hafsa dan Muhammad Tauk dapat

ditafsirkan oleh pengarang.

3. Semua peristiwa, tempat, pemikiran, perasaan, danhal-hal lain diceritakan oleh pengarang berdasarkan

pengalaman dan khayalannya menggunakan watak

orang lain.

4. Pengarang juga menjadi orang yang serba tahu dalam

semua cerita yang disampaikannya itu.

Nilai

1. Nilai kegigihan  –  Nurul Hafsa berusaha gigih untuk

merealisasikan Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala

Selangor. Hal ini demikian kerana, kawasan Kuala

Selangor yang dahulunya menjadi tempat yang baik untuk

pengkaji bintang amatur dan profesional kini menerima

kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku

dalam masa yang begitu singkat.

2. Nilai bekerjasama  –  Muhammad Tauk, Nurul Hafsa,

dan Budiman bekerjasama untuk menyediakan laporan

tentang Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor

untuk dibentangkan di hadapan cendekiawan dan Menteri

Besar.

3. Nilai kasih sayang  –  Muhammad Tauk mempelawa

ibunya datang ke rumahnya untuk meluangkan masa

bersama-samanya kerana mereka sudah lama tidak

bersua.

4. Nilai keberanian – Nurul Hafsa berani menjawab soalan

yang tidak putus-putus daripada Dato’ Johann Arlington-

Majid dan membentangkan laporannya untuk mewujudkan

Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor di

hadapan Menteri Besar, ahli akademik, pencinta alam,

dan usahawan teknologi hijau.

5. Nilai keyakinan  –  Nurul Hafsa berjanji akan mengubah

dan memulihkan keadaan langit Kuala Selangor yang

terlalu cerah kepada rombongan pemerhati bintang cilik

dan pengiring dari Jepun.

6. Nilai keprihatinan  – Nurul Hafsa memberitahu ayahnya

bahawa dia akan membina stor untuk ayahnya menyimpan

peralatan-peralatan berkebun agar tidak berlaku kecurian.

7. Nilai setia kawan  –  Budiman menerima panggilan

daripada Muhammad Tauk yang menyatakan bahawa

dia ditimpa kemalangan. Budiman memberitahu NurulHasfa tentang hal tersebut. Mereka bergegas mencari

Muhammad Tauk di tempat yang dinyatakan oleh

Muhammad Tauk.

8. Nilai bertanggungjawab  –  Muhammad Tauk bergiat

aktif dalam pembinaan rumah mesra alam atau luar grid

yang bernama Ikhtiar Teknoalam agar mengurangkan

pencemaran terhadap alam sekitar.

Pengajaran

1. Kita hendaklah melaksanakan tugasan yang diberikan

dengan penuh bertanggungjawab.

Page 41: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 41/46

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS

41  © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

2.  Kita hendaklah bekerjasama bagi menjayakan sesuatu

usaha.

3.  Kita hendaklah berusaha untuk menyelesaikan masalah

yang dihadapi.

4.  Kita mestilah menggunakan ilmu yang dipelajari dengan

sebaik yang mungkin.

5.  Kita sewajarnya menjaga kurniaan Tuhan yang sangat

berharga.

6.  Kita hendaklah mengamalkan sikap setia kawan.

7.  Kita janganlah mementingkan diri sendiri.

8.  Kita haruslah bertanggungjawab memelihara hidupan

ciptaan Tuhan.

4  Silir Daksina

Sinopsis

  Haiqal Haqimi tinggal bersama-sama ibunya (umi),bapa tirinya (walid), dan Nurul Asiyah, adik tirinya. Mereka

hidup dengan bahagia dan penuh kasih sayang. Walau

bagaimanapun, Haiqal sering dihantui persoalan berkaitan

dengan ayah kandungnya. Dia sering mencari jawapan

dengan bertanya kepada ibunya tetapi tidak mendapat

 jawapan yang memuaskan hatinya. Haiqal mendapat

petunjuk apabila dia menerima sebuah manuskrip setebal

lima puluh lapan muka surat daripada Ong Swee Hwa

yang beralamat di Kampung Seri Purnama, Parit Raja,

Batu Pahat, Johor. Berdasarkan manuskrip tersebutlah,

Haiqal menjejaki perjalanan kehidupan ayah kandungnya

yang merupakan seorang pejuang sastera yang sangat

dihormati di Batu Pahat, iaitu Cikgu Abdullah bin Kayan.

Dalam amanat terakhir ayahnya, dia berharap agarHaiqal akan meneruskan legasinya untuk menubuhkan

 Aksara (Akademi Sastera Rakyat). Rentetan peristiwa

yang dicatatkan dalam manuskrip tersebut, perasaan

Haiqal membuak-buak untuk mengenali dunia realiti

ayahnya walaupun ditentang hebat oleh ibunya yang

beranggapan bahawa dunia sastera tidak mempunyai

masa depan. Ibunya tidak mahu Haiqal mengikut

 jejak langkah ayahnya itu, sebaliknya mengambil alih

perniagaan batiknya di Kuala Terengganu pada masa

akan datang.

  Walau bagaimanapun Haiqal tetap juga ke tempat

arwah ayahnya. Di situ, dia mengenali mereka yang kenal

rapat dengan ayahnya sehingga akhirnya dia juga menjadi

penari zapin yang berwibawa. Akhirnya, ibunya terpaksamenerima hakikat bahawa Haiqal mewarisi jejak langkah

ayahnya. Darah seni yang mengalir dalam tubuh Haiqal

yang diwarisi daripada ayah kandungnya tidak dapat

disangkal lagi oleh ibunya itu.

Tema

Novel ini bertemakan hubungan kasih sayang antara seorang

anak dengan ayahnya tidak dapat diputuskan walaupun

pelbagai rintangan mendatang. Semasa Haiqal Haqimi berusia

tiga tahun, ibu bapanya bercerai kerana ibunya tidak mahu

bersama-sama ayahnya yang terlibat dalam bidang sastera.

Bagi ibunya, bidang sastera tidak menjamin masa depan

yang baik seperti dirinya yang mengusahakan perniagaan

batik. Ibunya kemudiannya berkahwin lain. Sejak itu, hanya

beberapa kali ayah kandungnya, iaitu Abdullah bin Kayan

dapat menemui Haiqal kerana tidak disukai oleh keluarga

ibunya. Mereka terus terputus hubungan hinggalah ayah

kandungnya itu meninggal dunia ketika Haiqal berusia 12

tahun. Ketika berusia 19 tahun dan sedang menunggu

keputusan peperiksaan STPM, Haiqal nekad ke kampung

ayahnya untuk menjejaki kehidupan sebenar arwah ayahnya

itu. Haiqal teruja untuk pergi ke sana setelah dia menerimadan membaca sebuah manuskrip tulisan ayahnya. Meskipun

ibunya tidak membenarkan Haiqal ke kampung ayahnya

itu, kasih sayang dan darah ayahnya yang mengalir dalam

tubuhnya itu tidak dapat dihalang oleh ibunya lagi. Haiqal

tetap pulang ke Kampung Seri Purnama di Batu Pahat bagi

meneruskan legasi ayahnya.

Persoalan

1. Persoalan kasih sayang seorang ayah terhadap anak

kandungnya   –  Meskipun telah tujuh tahun berpisah,

 Abdullah bin Kayan tidak pernah melupakan anaknya,

Haiqal Haqimi. Dia sentiasa merindui anaknya itu

sehingga terpaksa menumpahkan kasih sayangnya

terhadap Ong See Hwa (Ai Ling) yang sebaya anaknya.

Dia juga meninggalkan tanah dan wang simpanan untuk

anaknya itu dengan meninggalkan amanah itu kepada

Tauke Ong (Tauke Lim).

2. Persoalan keruntuhan rumah tangga memberikan kesan

terhadap emosi anak  –  Abdullah bin Kayan terpaksa

berpisah dengan isterinya, Raqah kerana perbezaan

minat masing-masing. Setelah mengetahui ayahnya

masih hidup, Haiqal, iaitu anak tunggal Abdullah dan

Raqah berusaha untuk mendapatkan maklumat tentang

punca perpisahan ibu bapanya dan apa-apa yang

berkaitan dengan ayahnya itu. Emosinya tidak tenteram

kerana tidak mendapat jawapan yang memuaskan hatinya

daripada ibunya. Perasaan Haiqal bertambah tidak stabilsetelah membaca manuskrip ayahnya yang diterimanya

melalui pos. Dia ingin mendapatkan maklumat yang

sebenarnya dan menjejaki perjalanan hidup ayahnya,

oleh itu dia nekad ke kampung ayahnya itu supaya hatinya

puas.

3. Persoalan tentang sikap mementingkan diri sendiri –

Wujudnya sikap mementingkan diri sendiri dalam diri ibu

Haiqal kerana dia menyekat Haiqal daripada berjumpa

dan mengenali ayahnya. Haiqal hanya mengenali diri

ayahnya melalui manuskrip yang dikirimkan oleh Ong

Swee Hwa setelah tujuh tahun ayahnya meninggal dunia.

4. Persoalan tentang perpaduan kaum – Walaupun Tauke

Ong (Tauke Lim) berbangsa Cina, dia hidup aman dan

bahagia di dalam kampung yang didiami oleh majoritinya

orang Melayu. Dia dan keluarganya diberi layanan sama

rata seperti penduduk kampung yang lain. Hal ini demikian

kerana, dia pandai menyesuaikan dirinya dengan mereka,

selain sikap pemurah, rajin, peramah, dan suka bergurau

yang ada pada dirinya itu.

5. Persoalan tentang keburukan judi kepada masyarakat

 – Tauke Ong (Tauke Lim) terpaksa berhijrah ke

tempat lain bersama-sama keluarganya kerana harta

peninggalan ayahnya telah habis dijual oleh abangnya

untuk membayar pinjaman ceti haram akibat gila judi.

Kehidupan keluarganya yang kaya-raya bertukar menjadi

miskin.

Page 42: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 42/46

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS 

42 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

6. Persoalan cinta akan budaya bangsa – Abdullah bin

Kayan berusaha untuk menghidupkan kumpulan zapin

D’Purnama semula setelah lebih 20 tahun ahli-ahli

kumpulan itu berpecah. Hal ini demikian kerana, dia

sangat sayang akan tarian zapin yang merupakan warisan

Melayu.

Plot

Binaan plot

1. Permulaan  –  Persoalan tentang ayah kandungnya,

iaitu Abdullah bin Kayan bermain-main di kiran Haiqal

setelah dia menerima manuskrip berkulit biru muda

daripada Ong See Hwa. Manuskrip tersebut ditulis oleh

ayahnya yang telah berpisah dengan ibunya. Ketika

berumur enam tahun, dia mengetahui “walid” ialah ayah

tirinya sedangkan ayah kandungnya masih ada tetapi

tinggal berjauhan daripadanya. Ibunya tidak mengetahui

penerimaan manuskrip itu di tangan Haiqal.

2. Perkembangan  –  Dalam manuskrip itu, diceritakan

beberapa watak seperti Cikgu Amirulnizam atau Cikgu Zam

(sebenarnya Abdullah bin Kayan), Tauke Lim (sebenarnya

Tauke Ong), Ai Ling (sebenarnya Ong See Hwa), Aiman

(sebenarnya Haiqal), Abang Bakir (sebenarnya Pak Cik

Bakar), Haji Salam (sebenarnya Haji Salim), Wak Aruf

(sebenarnya Wak Arif), Wak Parmin, Ramli, dan lain-lain.

Haiqal mengambil keputusan untuk menjejak kehidupan

arwah ayahnya di Kampung Seri Purnama, Batu Pahat,

Johor meskipun tanpa keizinan ibunya. Ibunya mahu

Haiqal mewarisi perniagaan butik dan kilang batik yang

diusahakannya, bukan mengikut jalan hidup ayahnya.

Hanya Ratna, iaitu rakan sekelasnya dan ayah tirinya

yang memahami hasrat Haiqal ke kampung ayahnya itu.

Dengan menaiki bas ekspres, Haiqal bertolak dari Kuala

Terengganu menuju ke Batu Pahat. Dia ke Kampung

Seri Purnama menaiki teksi. Dia berkenalan dengan

Wak Parmin yang mengusahakan warung di simpang

 jalan. Wak Parmin kemudiannya memperkenalkannya

kepada Tauke Ong yang membawanya ke rumah arwah

ayahnya selepas itu. Kemudian, Haiqal mula mengenali

watak-watak yang diceritakan dalam manuskrip ayahnya.

Daripada penceritaan orang kampung, tahulah Haiqal

bahawa ayahnya orang yang disegani di kampung itu.

Selain penggerak aktiviti bahasa dan kebudayaan di

kampung itu, ayahnya juga penulis yang telah mendapat

banyak pengiktirafan di peringkat negeri. Ayahnya

melakukan pelbagai aktiviti untuk mendedahkan sastera

dan budaya bangsa kepada masyarakat kampung.

Dia juga ingin menubuhkan Aksara atau Akademi Seni

Rakyat di kampung itu tetapi tidak kesampaian. Dia

berharap agar anaknya, Haiqal akan menyambung

hasratnya itu. Walau bagaimanapun, semua aktiviti

tersebut terhenti sejak kematian Abdullah bin Kayan.

Haiqal mencadangkan aktiviti zapin dihidupkan semula.

Dengan persetujuan Ketua Kampung Seri Purnama dan

kerjasama ahli-ahli kumpulan zapin D’Purnama yang

ditubuhkan oleh ayahnya dahulu serta Tauke Ong, majlis

persembahan tarian zapin, terutama zapin jincat diadakan

di kampung tersebut. Dengan tunjuk ajar Pak Cik Bakar,

Haiqal akhirnya mampu menari zapin dengan baik dan

turut menjadi penari pada malam persembahan tarian

zapin itu berpasangan dengan Lazim, anak Pak Haji

Salim. Malangnya, Lazim mengalami kecederaan akibat

ditimpa kemalangan jalan raya pada petang sebelum

persembahan diadakan. Sebagai pengganti Lazim,

See Hwa menari zapin berpasangan dengan Haiqal.

Persembahan mereka menarik perhatian penonton,

termasuk tetamu kehormat.

3. Klimaks  – Kehadiran ibu, ayah tiri, dan adik tiri Haiqal

untuk menyaksikan persembahannya memberi kejutan

dan kesayuan kepada Haiqal. Dia tidak menduga merekaakan datang. Haiqal ingin muzik zapin yang mengiringi

tariannya itu segera tamat kerana dia ingin memeluk

ketiga-tiga orang yang dirinduinya itu.

4. Peleraian – Haiqal menyambung pelajarannya di sebuah

universiti di Sarawak. Dendam ibunya terhadap ayahnya

telah terhapus apabila dia ke kubur arwah suaminya itu.

Ibunya sedar bahawa darah yang mengalir dalam tubuh

Haiqal ialah darah Abdullah bin Kayan. Ratna telah

bertunang dengan seorang usahawan. Aksara akan

diwujudkan oleh Haiqal setelah dia menjadi sehebat

ayahnya. Haiqal bertekad akan berusaha untuk mendekati

See Hwa.

Teknik plot

1. Teknik pemerian

  Pengarang mengembangkan cerita dengan memerihalkan

keadaan Haiqal sebelum tidur sambil mendakap

manuskrip yang dikarang oleh ayahnya. Contoh:

  Perlahan-lahan Haiqal melorotkan badannya.

Bahagian kakinya hingga ke paras lutut kini dimasukkan

ke dalam selimut. Manuskrip itu diletakkan di dada dan

didakapnya erat. Beberapa ketika kemudian, dunia

 Abdullah bin Kayan turut hilang daripada ingatannya

ditelan kedinginan dinihari yang kian menggigit. [halaman

7]

2. Teknik dialog

  Perbualan antara Cikgu Zam dengan Cikgu Latifah di

dalam bilik guru tentang sikap malas murid-murid tahun

enam di sekolah mereka. Contoh:

  “Budak-budak sekarang ni terlalu dimanjakan.

Zaman kita dulu, kalau buat kerja macam ni, kalau tak

rotan berbekas di tapak tangan, penampar singgah di

muka. Apalah nak jadi.” Bebelan Cikgu Latifah terus

bertali.

  “Kini zaman sudah berubah, cikgu. Dulu cerdik pandai

tak lah berapa ramai, maka gurulah insan yang dianggap

sebagai pakar rujuk dalam banyak perkara. Tetapi hari

ini sudah semakin ramai golongan cendekiawan. Maka,

lahirlah pelbagai teori dan persepsi tentang pendidikan.

Maka, cara atau pendekatan mendidik pelajar pun turut

berubah,” jelasku. [halaman 36]

3. Teknik imbas kembali

  Haiqal teringat akan reaksi Ratna sewaktu menemaninya

menunggu bas ekspres di stesen bas. Contoh:

  Hatinya masih lagi dikepung perasaan sayu,

apatah lagi apabila terkenangkan riak wajah Ratna yang

menghantar dan menemaninya sementara menantikan

bas ekspres yang dinaikinya bertolak mengikut waktu

yang telah ditetapkan. Gadis itu tidak banyak bicaranya.

Lebih banyak melayani perasaannya. Cuba diyakinkan

beberapa kali kepada gadis itu bahawa dia akan kembali.

Beberapa kali jugalah gadis manis itu terangguk-angguk

diiringi oleh senyuman yang merekah dari bibirnya.

[halaman 129]

Page 43: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 43/46

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS

43  © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

4. Teknik monolog dalaman

  Haiqal berkata-kata dalam hatinya apabila mendengar

cerita See Hwa tentang kepandaian ayahnya memasak,

terutama ikan haruan yang menjadi kegemaran See Hwa.

Contoh:

  Oh, betapa beruntungnya gadis ini! Cemburukah

aku? Sedangkan aku darah dagingnya sendiri hanya

merasai kasih sayangnya sekelumit cuma, tapi See Hwa

merasai lebih daripada itu. Dia mengisi kekosongan jiwaseorang lelaki bernama Abdullah bin Kayan hingga ke

akhir hayatnya. [halaman 162]

5. Teknik monolog

  Haiqal berkata sendirian dengan menyamakan bulan

dengan dirinya. Contoh:

  Engkau juga seperti aku, bulan. Mahu keluar dari

kegelapan. Mahu memberi sinar. Mahu memberi terang,

desis Haiqal. [halaman 132]

Watak dan Perwatakan

Haiqal Haqimi

1. Haiqal Haqimi ialah watak utama dalam novel ini.2. Dia anak tunggal Abdullah bin Kayan dan Raqah. Ayah

dan ibunya berpisah ketika dia berusia enam tahun. Dia

mengikut ibunya tinggal di Kuala Terengganu, Terengganu

manakala ayahnya tinggal di Batu Pahat, Johor.

3. Dia mempunyai bapa tiri, iaitu Abdul Fatah yang

dipanggilnya “walid” dan seorang adik tiri perempuan

bernama Nurul Asiyah. Ibunya memanggil Haiqal dengan

gelaran “along’.

4. Dia berusia 19 tahun dan sedang menunggu keputusan

peperiksaan STPM.

5. Haiqal penyayang. Dia sangat menyayangi ibunya yang

dipanggilnya “umi”, buktinya dia menjawab dengan yakin

bahawa dia menyayangi ibunya apabila ditanya olehibunya itu.

6. Haiqal menghormati  ibu bapanya dan orang lain. Dia

menghormati mereka dengan bercakap menggunakan

bahasa yang sopan.

7. Haiqal tegas  dalam membuat keputusan. Dia berkeras

untuk masuk ke kelas sastera semasa tingkatan enam

walaupun ibunya menyuruhnya masuk ke kelas ekonomi

kerana dia tidak meminati bidang perniagaan.

8. Dia juga bertanggungjawab. Dia sanggup pergi ke

kampung ayahnya meskipun tidak mengenali sesiapa dan

tiada tempat tinggal demi memenuhi hasrat ayahnya yang

ingin dia pulang ke sana.

9. Haiqal mempunyai pegangan agama yang teguh. Dia

sentiasa menunaikan solat apabila tiba waktunya walau

di mana-mana pun dia berada. Buktinya, dia mencari

surau dan bilik air untuk menunaikan solat subuh setelah

sampai di stesen bas Batu Pahat pada pukul 5.30 pagi.

10. Perwatakan Haiqal yang lain ialah berhemah tinggi.

Buktinya, dia mempelawa pemandu teksi yang

menghantarnya ke kampung ayahnya untuk bersarapan

bersama-samanya di warung Wak Sakimin.

11. Haiqal berbakat dalam bidang seni sastera dan budaya

bangsa. Bakat tersebut diwarisinya daripada ayahnya

yang merupakan penulis sajak yang telah menerima

beberapa anugerah dan pengiktirafan pada pelbagai

peringkat.

12. Dia juga berkiran rasional. Sebelum bertindak,

Haiqal berkir masak-masak berasaskan alasan dan

pertimbangan yang wajar. Contohnya, dia berkir tentang

buruk baik pemergiannya ke kampung ayahnya selama

seminggu sebelum nekad memberitahu ibu dan ayah

tirinya tentang keputusannya ke sana. Abdullah bin Kayan

1.  Abdullah bin Kayan ialah ayah kandung Haiqal Haqimi

dan bekas suami Raqah.

2. Dia bertugas sebagai guru bagi mata pelajaran Bahasa

Melayu dan Pendidikan Jasmani di Sekolah Kebangsaan

Seri Purnama, Batu Pahat, Johor.

3. Dia bercerai dengan isterinya setelah tiga tahun berkahwin

kerana tidak bersefahaman dan menetap bersama-sama

ayahnya di Kampung Seri Purnama selepas itu.

4.  Abdullah bin Kayan meninggal dunia kerana sakit

ketika Haiqal berusia 12 tahun dan sedang menduduki

peperiksaan UPSR.5. Dia amat meminati sastera dan berbakat dalam

bidang tersebut. Dalam manuskrip yang ditulisnya, dia

menggunakan nama Cikgu Amirulnizam atau lebih dikenal

dengan panggilan Cikgu Zam, guru Bahasa Melayu yang

berbakat dalam penulisan dan deklamasi sajak.

6. Dia penyayang. Dia amat menyayangi anak tunggalnya,

Haiqal Haqimi dan sentiasa merindui anaknya itu

yang telah terpisah beberapa tahun dengannya sejak

dia bercerai dengan ibu Haiqal. Untuk mengubati

kerinduannya terhadap Haiqal, dia sering menatap gambar

Haiqal sewaktu kecil yang ada dalam simpanannya.

7.  Abdullah suka membantu  orang lain. Buktinya, dalam

manuskripnya, dia yang merupakan Cikgu Amirulnizambersedia untuk menumpangkan anak Tauke Lim, iaitu Ai

Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana kereta Tauke Lim

tidak dapat dihidupkan akibat bateri yang lemah.

8. Dia sangat perahsia. Abdullah menghidap penyakit

yang memerlukannya berulang-alik ke hospital untuk

memantau keadaan penyakitnya itu dan mengambil ubat.

Dia tidak pernah menceritakan masalah kesihatannya itu

kepada sesiapa pun termasuk orang yang sangat rapat

dengannya.

9.  Abdullah berhemah tinggi. Dalam pergaulan sehari-

hariannya, dia menunjukkan akhlak yang baik dengan

penduduk Kampung Seri Purnama, termasuk keluarga

Tauke Ong dan kumpulan zapin D’Purnama sehingga

disenangi oleh semua orang.

10. Perwatakan Abdullah yang lain ialah tabah, sabar, dan

tenang. Hal ini diperkatakan oleh Pak Cik Bakar kepada

Haiqal. Abdullah pernah berusaha untuk membawa

Haiqal tinggal bersamanya, namun tidak dibenarkan oleh

ibu Haiqal.

Ong See Hwa

1. Ong See Hwa ialah anak bongsu Tauke Ong (Tauke Lim)

dan Puan Khei (Mak Cik Kim).

2. Dia mempunyai seorang abang, iaitu Kok Wee (nama

yang terdapat dalam manuskrip tulisan Abdullah bin

Page 44: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 44/46

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS 

44 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Kayan) dan seorang kakak, iaitu Ai Ching (nama yang

terdapat dalam manuskrip tulisan Abdullah bin Kayan).

3. Dalam manuskrip yang ditulis oleh Abdullah bin Kayan,

nama watak Ong See Hwa ditulisnya sebagai Ai Ling.

4. Rambutnya lurus, lembut, dan keperang-perangan.

Wajahnya comel dan mempunyai lesung pipit di pipinya.

Kulit mukanya putih dan bersih.

5. Umurnya 19 tahun dan sedang belajar di kolej di bandarBatu Pahat. Dalam manuskrip tulisan Abdullah bin Kayan,

dia sedang belajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Seri

Purnama.

6. Dia meminati seni tari dan sastera Melayu  sejak kecil.

Dia berkebolehan menari zapin. Sewaktu kecil, dia cuba

mengikut rentak tari penari-penari zapin kumpulan zapin

D’Purnama. Setelah dewasa, dia menjawat jawatan

pengerusi kelab tarian tradisional di kolejnya

8. See Hwa berhemah tinggi. Dia memiliki adab sopan dan

budi pekerti yang baik dalam kehidupan sehari-hariannya.

Buktinya, dia meminta kebenaran daripada ayah ibunya

untuk menumpang kereta Cikgu Abdullah ke sekolah dan

pulang dari sekolah.

9. Ong See Hwa bersikap amanah. Dia mengirim manuskrip

tulisan Abdullah kepada Haiqal di Kuala Terengganu

seperti yang dipertanggungjawabkan oleh Abdullah

kepadanya.

10. See Hwa rajin  dan ikhlas  dalam melakukan sesuatu

perkara. Buktinya, dia sukarela menguruskan bilik bacaan

di dalam balai raya Kampung Seri Purnama setelah

kematian Cikgu Abdullah bin Kayan. Hal itu menjadikan

bilik bacaan itu bersih, kemas, dan teratur.

Tauke Ong

1. Dalam manuskrip tulisan Abdullah bin Kayan, dia dikenal

sebagai Tauke Lim.2. Dia suami Puan Khei (Mak Cik Kim) dan ayah Kok Wee

(nama yang terdapat dalam manuskrip tulisan Abdullah bin

Kayan), Ai Ching (nama yang terdapat dalam manuskrip

tulisan Abdullah bin Kayan), dan See Hwa (Ai Ling).

3. Dia berbadan gempal serta gemar memakai seluar labuh

separas lutut dan memakai baju kemeja lusuh.

4. Tauke Ong sangat pandai menyesuaikan diri  dalam

masyarakat yang rata-ratanya berbangsa Melayu. Dia

turut serta dalam majlis keramaian seperti kenduri kahwin

dan menyaksikan latihan zapin di kampungnya.

5. Selain itu, dia rajin dan gigih bekerja. Dia menoreh getah

pada sebelah pagi bersama-sama isterinya dan meraih

hasil-hasil kampung seperti buah pinang, biji kopi, pisang,getah beku, dan getah sekerap pada sebelah petang

untuk dijual di pekan.

6. Tauke Ong juga pemurah. Apabila ada majlis kenduri

kahwin di Kampung Seri Purnama, dia memberi gula dan

beras kepada tuan rumah.

7. Perwatakannya yang lain ialah amanah. Buktinya, dia

menjaga rumah dan tanah-tanah Abdullah bin Kayan

yang ditanami dengan kelapa sawit dengan baik serta

menyerahkan buku bank yang dibuka atas nama Haiqal

kepada pemiliknya.

8. Dia juga mengenang budi orang lain  terhadapnya.

Dia mengingati pertolongan ayah Abdullah bin Kayan

terhadapnya sewaktu dia mula-mula datang ke Kampung

Seri Purnama dan sewaktu dia kesempitan wang. Untuk

membalas budi keluarga Abdullah bin Kayan, dia menjaga

amanah Abdullah bin Kayan dengan baik sebelum

diserahkan kepada Haiqal.

LatarLatar masa

1. 18 tahun – Sudah hampir 18 tahun Tauke Lim menetap di

Kampung Seri Purnama.

2. Pada waktu pagi

 Antara peristiwa yang berlaku:

(a) Dalam manuskrip Abdullah bin Kayan, Tauke

Lim datang ke rumah Cikgu Amirulnizam untuk

menumpangkan anak-anaknya, iaitu Ai Ching dan

 Ai Ling ke sekolah kerana keretanya menghadapi

masalah bateri. Pada waktu itu, hujan turun dengan

lebat sejak waktu subuh.

(b) Haiqal tiba di Stesen Bas Batu Pahat pada pukul

5.30 pagi. Sebaik-baik sahaja turun dari bas, diatermenung seketika kerana tidak pernah datang ke

situ. Dia kemudiannya ke surau untuk membersihkan

diri dan solat.

3. Pada waktu petang

  Antara peristiwa yang berlaku:

(a) Dalam manuskrip Abdullah bin Kayan, Ai Ling dan

 Ai Ching datang ke rumah Cikgu Amirulnizam pada

pukul 5.00 petang kerana Ai Ling hendak belajar cara

mendeklamasikan sajak.

(b) Pada petang minggu Haiqal masuk ke dalam balai

raya Kampung Seri Purnama dengan ditemani oleh

Lazim dan Ai Ling. Di situ, Haiqal melihat-lihat bilik

bacaan dan galeri pameran yang diusahakan oleh

arwah ayahnya.

4. Pada waktu malam

  Antara peristiwa yang berlaku:

(a) Ibu Haiqal masuk ke dalam bilik tidurnya pada suatu

malam untuk memberitahunya bahawa “walid”

bukanlah ayah kandungnya. Ayah kandungnya

masih ada tetapi jauh dari tempat tinggal mereka.

(b) Haiqal memberitahu hasratnya untuk ke kampung

ayahnya di Batu Pahat kepada ibu dan ayah tirinya.

Seperti yang dijangka, ibunya menghalang keras

niatnya itu tetapi dia tetap dengan keputusannya.

Latar tempat

1. Di dalam bilik Haiqal di Kuala Terengganu

  Antara peristiwa yang berlaku:

(a) Ibu Haiqal masuk ke dalam biliknya pada suatu

malam untuk memberitahunya bahawa “walid”

bukanlah ayah kandungnya. Ayah kandung Haiqal

masih ada tetapi tinggal di tempat lain dan jauh.

(b) Haikal menghabiskan masanya untuk membaca

manuskrip berkulit biru muda yang diterimanya.

2. Di kawasan Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu

  Antara peristiwa yang berlaku:

(a) Haiqal menikmati segelas teh tarik dan sepiring

keropok lekor di gerai ibu Ratna. Di situ, Ratna

bertanyakan rancangan Haiqal sementara menunggu

keputusan peperiksaan STPM.

Page 45: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 45/46

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS

45  © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

(b) Di tepi pantai tersebut, Ratna bertanyakan punca

perpisahan ayah dan ibu Haiqal lalu meminta maaf

apabila melihat Haiqal diam sambil menguis-nguis

pasir pantai dengan hujung kasutnya.

3. Di banglo ibu Haiqal di Kuala Terengganu

  Antara peristiwa yang berlaku:

(a) Haiqal memberitahu hasratnya untuk ke Johor kerana

dia ingin ke kampung arwah ayahnya bagi memenuhiharapan ayahnya. Perkhabaran itu mengejutkan

ibunya sehingga mencetuskan perbalahan antara

mereka kerana ibunya melarang Haiqal ke sana.

(b) Haiqal berasa hampa kerana ibunya duduk di dalam

biliknya sewaktu dia hendak bertolak ke stesen bas.

Hanya ayah dan adik tirinya yang menghantarnya ke

muka pintu banglo itu sebelum dia masuk ke dalam

kereta Ratna dengan menjinjing sebuah beg besar

dan sebuah beg sandang kecil.

4. Di Sekolah Kebangsaan Seri Purnama, Batu Pahat,

Johor 

  Antara peristiwa yang berlaku:

(a) Dalam manuskrip Abdullah bin Kayan, Ckgu Latifah

dan Abdullah Kayan berbincang tentang masalahmurid-murid di sekolah itu di dalam bilik guru.

(b) Dalam manuskrip Abdullah bin Kayan, Ai Ling

menunggu Cikgu Amirulnizam di kerusi batu di

pondok bacaan untuk menumpang keretanya.

Cikgu Amirulnizam lewat pulang kerana berbincang

dengan Cikgu Zanariah tentang urusan pertandingan

deklamasi puisi bagi murid-murid tahap satu.

5. Di rumah Abdullah bin Kayan di Kampung Seri

Purnama, Batu Pahat, Johor 

  Antara peristiwa yang berlaku:

(a) Haiqal melihat sijil-sijil dan gambar yang tergantung

di dinding rumah itu. Barulah dia sedar bahawa

ayahnya mempunyai nama yang besar dalam bidang

sastera.(b) Lazim datang ke rumah itu untuk tidur bersama-

sama Haiqal. Di situ, Lazim menyatakan hasratnya

untuk membawa Haiqal masuk ke dalam balai raya

kampung tersebut untuk menunjukkan sebahagian

besar maklumat yang berkaitan dengan ayahnya.

Lazim juga meminta Haiqal mendekati See Hwa

kerana dia banyak menyimpan maklumat tentang

ayah Haiqal.

6. Di balai raya Kampung Seri Purnama, Batu Pahat,

Johor 

(a) Dalam manuskrip Abdullah bin Kayan, Cikgu

 Amirulnizam menghidupkan kumpulan zapin

D’Purnama semula, membina bilik bacaan dan galeripameran di dalam balai raya kampung itu, serta

mengadakan pelbagai aktiviti bahasa dan sastera

untuk penduduk kampung tersebut.

(b) Persembahan zapin yang ditarikan oleh Haiqal dan

See Hwa mendapat tepukan yang gemuruh daripada

penonton. Haiqal berasa sangat terkejut dan terharu

kerana persembahan itu turut disaksikan oleh ibu,

ayah tiri, dan adik tirinya.

Latar masyarakat

1. Masyarakat remaja yang berakhlak mulia dan

mempunyai jati diri  –  Haiqal remaja yang berakhlak

mulia. Dia menyayangi dan menghormati ibu dan bapa

tirinya serta penduduk Kampung Seri Purnama. Dia juga

mencintai bahasa dan seni sastera Melayu, termasuk

tarian zapian.

2. Masyarakat peniaga dan usahawan  –  Ratna

menguruskan gerai minuman dan makanan di kawasan

pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu. Ibu Haiqal pula

memiliki butik dan kilang batik di Kuala Terengganu,

termasuk sebuah butik di Pasar Payang.3. Masyarakat pendidik  –  Golongan ini diwakili oleh

Cikgu Abdullah bin Kayan. Dalam manuskripnya, dia

memasukkan watak dirinya sebagai Cikgu Amirulnizam,

Cikgu Latifah, Ustazah Munirah, dan Cikgu Zanariah yang

mengajar di Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.

4. Masyarakat yang meminati bidang sastera Melayu  –

Golongan ini diwakili oleh Cikgu Abdullah bin Kayan yang

banyak menulis sajak, cerpen, dan buku serta pandai

mendeklamasi sajak. Banyak sijil diperolehnya yang

membuktikan pengiktirafan terhadap hasil karyanya itu

5. Masyarakat yang meminati seni tari bangsa Melayu

 –  Setelah dua puluh tahun berpecah, Cikgu Abdullah

bin Kayan berjaya menghidupkan kumpulan tarian zapinD’Purnama semula di kampungnya. Mereka mengadakan

persembahan yang mempesonakan hadirin, termasuk

tetamu kehormat.

6. Masyarakat yang bersatu padu dan bekerjasama  – 

Penduduk Kampung Seri Purnama hidup bersatu padu

dan saling bekerjasama. Tauke Ong (Tauke Lim) tidak

kekok menyesuaikan diri dengan kaum Melayu yang

merupakan penduduk majoriti di kampung tersebut

kerana mereka mengamalkan integrasi kaum yang kukuh.

Gaya Bahasa

1. Metafora

  Contoh:Tentu sahaja keadaan itu membuat dirinya dihambat

kebingungan. [halaman 5]

2. Personifkasi

  Contoh:

 Aku damai melihat ombak yang membelai pantai. Aku

tenang menikmati angin yang mengusap pepohon

kelapa. [halaman 82]

3. Simile

  Contoh:

Ilham adakalanya datang seperti hujan lebat yang turun

menyirami bumi. Namun, adakalanya ilham seperti

memerah kain kering. [halaman 23]

4. Sinkope  Contoh:

“Bagi akak lah, tak ada salahnya kalau Ai Ling tu memang

berminat nak belajar. Baguslah. Namun yang akak

 perasan, Ai Ling ni lain sikit daripada kakaknya. Kalau

akak suruh murid-murid kelas tu baca doa sebelum

memulakan pelajaran, dia ikut berdoa juga.” [halaman

38 – 39]

5. Perlambangan

  Haiqal melambangkan kehidupan ibu bapanya yang

kadangkala baik dan kadangkala bertengkar seperti

ombak dan pantai. Contoh:

Page 46: Arkib KOMSAS

7/26/2019 Arkib KOMSAS

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-komsas 46/46

  Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Arkib KOMSAS 

  “Ada ketikanya ombak lembut mengelus-ngelus

 pantai, penuh kasih sayang. Namun, adakalanya mereka

 juga bertengkar. Ombak yang mengganas seolah-olah

ingin melenyapkan pantai,” hujah Haiqal lagi.  [halaman

15]

6. Peribahasa

  Contoh: Macam mana akak tak naik angin. Kerja rumah

dahlah tak siap, tulisannya pula macam cakar ayam.[halaman 35]

Sudut Pandangan

1. Dalam novel ini, pengarang menggunakan sudut

pandangan orang ketiga  dan berperanan sebagai

pencerita. Pengarang menceritakan tindak-tanduk watak

dan perwatakan watak serta segala peristiwa tanpa

melibatkan dirinya.

2. Pengarang menggunakan watak lain dan kata ganti nama

diri ‘dia’ atau ‘mereka’ bagi satu watak atau watak-watak

untuk menceritakan segala peristiwa yang berlaku.

3. Pengarang novel ini menggunakan sudut pandangan

orang ketiga serba tahu. Pengarang mengetahui apa-apa

yang dilakukan, dikatakan, dikirkan, dan dirasakan oleh

watak utama, iaitu Haiqal walaupun Haiqal hanya berkata

dalam hatinya.

Nilai

1. Nilai kasih sayang ibu kepada anak terpapar pada

watak Raqah, ibu Haiqal Haqimi. Dia memaklumkan

status Abdul Fatah sebagai ayah tiri Haiqal dengan lembut

sambil memeluk anaknya itu.

2.  Nilai kasih sayang ayah kepada anak terpapar pada

watak Abdullah bin Kayan, ayah kandung Haiqal Haqimi.

Setelah berpisah dengan isterinya, Abdullah berusaha

untuk bertemu dengan anaknya itu, malahan berhasrat

untuk membawa anaknya itu tinggal bersama-samanya.

3.  Nilai kasih sayang anak kepada ayah tergambar

pada watak Haiqal. Dia sangat sedih apabila membaca

manuskrip ayahnya tentang kerinduan ayahnya itu

terhadap dirinya. Dia juga memahami hasrat ayahnya

yang ingin dia pulang ke kampung ayahnya itu, oleh itu dia

nekad ke sana meskipun mendapat halangan daripada

ibunya dan tidak mengenali sesiapa pun di sana.

4. Nilai kegigihan – Tauke Lim gigih meneruskan kehidupan

di Kampung Seri Purnama. Bermula dengan mengambil

upah menoreh getah dan menjual hasil tanaman

kampung, akhirnya dia mampu memiliki sebidang tanah

yang dijadikan tapak rumahnya.

5. Nilai kerjasama  –  Penduduk Kampung Seri Purnama

mengamalkan nilai kerjasama yang kukuh dalam

kehidupan mereka. Semasa mesyuarat untuk menyambut

ketibaan Yang Berhormat Samsuri dan Yang Berhormat

Datuk Syaiful Azizi, mereka menjalankan tugas yang telah

diagihkan dengan baik sehingga majlis persembahan

tarian zapin yang dianjurkan itu berjalan dengan baik dan

lancar.

6. Nilai bersatu padu – Penduduk Kampung Seri Purnama

tanpa mengira bangsa dan agama mengamalkan

perpaduan sehingga membolehkan mereka tinggal

dengan aman dan sejahtera. Tauke Ong (Tauke Lim) turut

menyertai aktiviti kemasyarakatan, seperti majlis kenduri

kahwin dan menyaksikan persembahan tarian zapin.

7. Nilai hormat-menghormati  –  Abdul Fatah, iaitu ayah

tiri Haiqal sangat menghormati pendirian Haiqal untuk

mengenali kehidupan ayah kandungnya di Kampung Seri

Purnama, Batu Pahat. Oleh itu, dia memberikan sokongan

apabila Haiqal nekad ke sana. Malahan dia memberikan

wang belanja untuk kegunaan Haiqal sepanjang Haiqal

berada di kampung tersebut.

8. Nilai ketabahan –  Abdullah bin Kayan tabah menempuhdugaan hidupnya. Dia tabah menanggung rindu terhadap

anak tunggalnya yang dijaga oleh bekas isterinya di Kuala

Terengganu.

9. Nilai kerajinan  –  Ratna rajin berusaha untuk berjaya

dalam hidupnya. Setelah gagal dalam peperiksaan SPM,

Ratna menolong ibunya menguruskan gerai makanan

dan minuman di kawasan pantai Batu Buruk sehingga dia

mendapat kepercayaan ibunya untuk menguruskan gerai

itu sepenuhnya.

10. Nilai amanah  –  Tauke Ong menjaga tanah-tanah

 Abdullah bin Kayan di baruh dan di belakang rumahnya

dengan baik serta menyerahkan buku bank Haiqal yang

dibuka oleh Abdullah untuk anaknya itu, seperti yangdiamanahkan oleh Abdullah kepadanya.

Pengajaran

1. Kita janganlah menghalang perhubungan antara seorang

ayah dengan anaknya meskipun masing-masing tinggal

berasingan.

2.  Kita haruslah reda akan ketentuan Tuhan.

3.  Kita mestilah menghormati ibu bapa kita.

4.  Kita janganlah kedekut akan ilmu yang kita miliki.