tatacara disiplin murid 8 . 4 . 2008

19
TATACARA DISIPLIN MURID PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959 1.0 PENDAHULUAN Sekolah bukanlah sebagai badan pengajar sahaja. Ia mempunyai tujuan mendidik dalam ertikata yang lebih luas. Murid-murid sepatutnya mendapat bukan sahaja pengetahuan dan kebolehan intelektual yang diuji melalui peperiksaan, tetapi juga kebolehan intelektual, mutu moral dan social secara amnya, di mana ketiga-tiga aspek ini tidak diuji secara formal. 2.0 PIHAK BERKUASA DISIPLIN Peraturan 4, dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu, mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah itu. Walau bagaimana pun, di bawah peraturan-peraturan tersebut Guru Besar diperuntukkan untuk menurunkan kuasa disiplin dan kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru lain yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu dan dalam menurunkan kuasa itu tertakluk kepada syarat-syarat atau had-had yang difikirkannya patut. 1

Upload: addi-dienes

Post on 25-Jun-2015

187 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

disiplin

TRANSCRIPT

Page 1: Tatacara disiplin murid 8 . 4 . 2008

TATACARA DISIPLIN MURIDPERATURAN-PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959

1.0 PENDAHULUAN

Sekolah bukanlah sebagai badan pengajar sahaja. Ia mempunyai tujuan

mendidik dalam ertikata yang lebih luas. Murid-murid sepatutnya mendapat

bukan sahaja pengetahuan dan kebolehan intelektual yang diuji melalui

peperiksaan, tetapi juga kebolehan intelektual, mutu moral dan social secara

amnya, di mana ketiga-tiga aspek ini tidak diuji secara formal.

2.0 PIHAK BERKUASA DISIPLIN

Peraturan 4, dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959,

Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah dan

bagi maksud itu, mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di

sekolah itu.

Walau bagaimana pun, di bawah peraturan-peraturan tersebut Guru Besar

diperuntukkan untuk menurunkan kuasa disiplin dan kuasa menjalankan

hukuman kepada guru-guru lain yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu dan

dalam menurunkan kuasa itu tertakluk kepada syarat-syarat atau had-had yang

difikirkannya patut.

Selain Guru Besar, Pendaftar Sekolah atau Pendaftar Besar juga diberi kuasa

bagi menjaga disiplin di sekolah-sekolah. Apabila menerima perintah bertulis

sama ada dari Pendaftar Sekolah atau Pendaftar Besar, Guru Besar di bawah

kuasa yang diberi oleh Peraturan 6 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran

( Disiplin Sekolah ) 1959, hendaklah segera mematuhi perintah itu.

1

Page 2: Tatacara disiplin murid 8 . 4 . 2008

3.0 PERATURAN YANG HARUS DIPATUHI DALAM MENJALANKAN KUASA DISIPLIN.

3.1 Di samping kuasa dan budi bicara yang diberikan kepada pihak berkuasa

disiplin sepertimana yang diperuntukkan dalam undang-undang kecil,

dalam pelaksanaannya, pihak berkuasa disiplin haruslah mengamalkan

keadilan. Peraturan-peraturan yang lazimnya disebut sebagai ‘natural

justice’ hendaklah juga diberi perhatian.

3.2 Hak untuk didengar (hearing). Peraturan ini menentukan bahawa

seseorang itu mempunyai hak untuk dibicarakan iaitu hak untuk membela

diri dan ini merangkumi keseluruhan maksud prosedur yang adil

sehinggalah dalam hal-hal mengendalikan masalah kanak-kanak.

3.3 Peluang yang diberi haruslah munasabah. Seseorang itu haruslah

mendapat peluang yang menyatakan kesnya dan dia juga belum boleh

didapati bersalah atas sebarang salah laku yang membolehkan dia

dihukum atau hukuman berkenaan yang dicadangkan itu lebih berat dan

melampau daripada apa yang sepatutnya dia terima.

3.4 Walau bagaimana pun, pihak berkuasa disiplin tidaklah diharapkan

bertindak seperti di mahkamah. Sesuatu kes itu boleh didengar secara

lisan atau dimaklumkan secara bertulis dan ini bergantunglah kepada sifat

dan beratnya tuduhan itu.

4.0 LANGKAH-LANGKAH YANG HARUS DIAMBIL

4.1 Langkah Pertama bagi tindakan disiplin adalah menerima aduan.

Tanggungjawab Guru Besar adalah mempastikan kebenaran aduan itu

dan mempastikan sama ada kes itu bersabit (prima facie) atau tidak.

Langkah berikutnya adalah membuat siasatan awal serta mengumpul

bukti serta menentukan kebenaran dan bukti-bukti tuduhan.

2

Page 3: Tatacara disiplin murid 8 . 4 . 2008

4.2 Langkah Kedua membuat kesimpulan dari bukti-bukti untuk menjawab

kes bersabit (prima facie) itu. Sebelum mengenakan sebarang perintah

hukuman, peluang yang munasabah hendaklah diberi kepada murid itu

untuk menafikan kesalahannya dan menegakkan kebenarannya.

4.3 Langkah Ketiga haruslah diambil untuk membolehkan murid beri sebab (

To Show Cause ) jika murid itu menafikan kesalahannya. Maksud beri

sebab di sini adalah pihak berkenaan itu diberi peluang untuk menyatakan

kesnya, iaitu untuk membela diri dan memberi bukti bahawa tuduhan-

tuduhan yang dihadapkan itu tidak betul.

4.4 Langkah Keempat mestilah diambil untuk membuat keputusan dan

dapatan Guru Besar.

4.4.1 Dapatan Guru Besar

Sekiranya murid itu boleh memberi keterangan yang memuaskan

dan dia dapat membebaskan dirinya daripada tuduhan yang

dihadapkan kepadanya, maka Guru Besar boleh membuat

keputusan bahawa tuduhan itu tidak ada bukti dan tindakan

selanjutnya adalah tidak perlu.

4.4.2 Pengakuan atau Didapati bersalah

Jika murid mengaku melakukan salah laku, sebagai alternatif,

selepas mendengar keterangan Guru Besar mendapati bahawa

tuduhan itu mempunyai bukti-bukti, maka dia hendaklah

membuat keputusan terhadap hukuman yang hendak dikenakan

terhadap pesalah itu.

3

Page 4: Tatacara disiplin murid 8 . 4 . 2008

5.0 FAKTOR ASAS YANG PATUT DIRANGKUMKAN DALAMDASAR GURU BESAR TERHADAP HUKUMAN

Mengenai kesalahan-kesalahan yang terkumpul di bawah undang-

undang jenayah umum di mana jenayah yang diadukan itu tidak dilakukan

dalam kawasan sekolah, walau pun mengambil tindakan disiplin tidak

dilarang, adalah lebih baik bagi Guru Besar menunggu hasil keputusan

mahkamah sebelum tindakan disiplin dikenakan.

Masalah Hukuman

Adalah jelas berbagai-bagai salah laku mungkin berlaku di sekolah, di mana

hukuman-hukumannya tidak dapat ditentukan dengan berpandukan kepada

undang-undang sebab undang-undang telah meletakkan kuasa mutlak kepada

Guru Besar untuk memilih hukuman yang sesuai.

Setelah mendengar sesuatu kes itu, Guru Besarlah orang yang lebih

memahami akan fakta-fakta dan keadaan-keadaan dalam masa salah laku itu

terjadi. Dialah yang lebih menyedari akan sifat dan latar belakang murid yang

melakukan kesalahan itu. Dengan itu, Guru Besarlah juga orang yang amat

sesuai menentukan apakah hukuman yang paling setimpal bagi sesuatu salah

laku yang berkaitan.

Tindakan-tindakan disiplin kerana kesalahan yang dilakukan hendaklah bersifat

adil dan tegas supaya dengan tindakan-tindakan itu, murid dapat dibimbing ke

jalan yang menghindarkannya dari melakukan perbuatan-perbuatan salah laku

yang sama. Dengan demikian dapatlah murid itu memahami perlunya ia

berbudi bahasa, bermurah hati, mempunyai keluhuran diri dan juga mempunyai

sifat merendahkan diri dan juga mempunyai aturan dan disiplin yang baik.

Faktor-faktor penting yang patut dijadikan asas dalam dasar Guru Besar

menyeragamkan tindakan mengenakan hukuman adalah seperti berikut ;

4

Page 5: Tatacara disiplin murid 8 . 4 . 2008

5.1 Beratnya Kesalahan

Lebih serius salah laku itu maka lebih beratlah hukuman yang dikenakan.

Cara pemeringkatannya bergantung kepada tujuan orang yang membuat

kesalahan itu dan setakat mana perbuatan itu membahayakan. Lebih kuat

tujuan sesuatu perbuatan salah laku itu, lebih meningkat bahaya yang

didatangkan, maka lebih beratlah pula hukuman yang patut diberikan.

5.2 Perwatakan dan latar Belakang Murid.

Dalam menentukan apa hukuman yang sesuai, Guru Besar tidak

sepatutnya berpuas hati setakat menyesuaikan hukuman dengan

kesalahan. Pertimbangan hendaklah diberi kepada perwatakan, sejarah

dan latar belakang murid yang melakukan kesalahan. Hukuman yang

dikenakan tidak sepatutnya disesuaikan dengan kesalahan tetapi juga

kepada yang melakukan kesalahan itu.

5.3 Kekerapan Kesalahan dan kesungguhan Murid Yang melakukannya.

Lebih kerap kesalahan itu berlaku atau lebih bersungguh-sungguh murid

itu melakukannya maka lebih beratlah hukuman yang boleh dikenakan.

6.0 PENGERTIAN HUKUM

Hukuman boleh diertikan sebagai kuasa mengenakan hukuman yang

menyakitkan bagi sesuatu salah laku. Terdapat tiga unsur utama dalam

pengertian hukuman ;

6.1 Ia hendaklah merupakan aspek hukuman yang bersifat memberi balasan

kepada sesuatu kesalahan yang telah dilakukan.

6.2 Hukuman hendaklah dikenakan oleh seseorang yang berkuasa ke atas

yang dihukum.

5

Page 6: Tatacara disiplin murid 8 . 4 . 2008

7.0

8.0

6.3 Hukuman melibatkan sesuatu yang tidak menyenangkan dikenakan ke

atas yang bersalah, ia boleh jadi tindakan fizikal bersifat positif yang

menyakitkan, atau menafikan sesuatu yang disukainya.

NILAI HUKUMAN

7.1 Pertimbangan hendaklah dibuat oleh Guru Besar tentang keperluan

mengenakan sesuatu hukuman yang boleh memberi kesan mencegah

bukan sahaja kepada mereka yang berkemungkinan melakukan

kesalahan yang serupa, tetapi juga kepada yang melakukan salah laku itu

sendiri supaya mereka tidak mengulangi salah laku itu. Satu system

hukuman bersifat mencegah adalah bergantung kepada beratnya

hukuman itu.

7.2 Guru Besar juga hendaklah menimbangkan pemulihan sebagai satu

unsure hukuman iaitu hukuman yang dikenakan sesuai dengan yang

bersalah. Dalam memberi pertimbangan kepada hal ini, Guru Besar

hendaklah jangan lupa akan perlunya hukuman untuk salah laku yang

telah dilakukan dan perlunya hukuman itu menjadi sebagai pencegah

kepada murid-murid lain yang mungkin melakukan kesalahan yang

serupa.

HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN

8.1 Pembuangan

Seseorang murid yang telah melakukan salah laku atau tingkahlaku yang

mengganggu berulang-ulang kali dan didapati tidak berubah selepas

tindakan memulihnya diambil oleh Guru Besar atau tingkah lakunya

mendatangkan gangguan yang serius kepada murid-murid lain dan

terhadap keseluruhan disiplin sekolah, tindakan yang sesuai diambil ialah

mengarahkan pembuangannya dari sekolah.

6

Page 7: Tatacara disiplin murid 8 . 4 . 2008

8.2 Penggantungan

Dalam keadaan di mana seorang murid itu berkelakuan liar dan

mengganggu sehingga perlu ia diasingkan dari sekolah manakala

menunggu hasil siasatan mengenai cara yang paling sesuai untuk

menghadapinya, Guru Besar boleh mengarahkan penggantungan

persekolahan murid itu. Penggantungan merupakan satu arahan di mana

seseorang murid itu dilarang dari memasuki kawasan sekolah atau

menikmati sesuatau kemudahan sekolah. Penggantungan adalah bersifat

sementara sahaja dalam jangka masa yang berpatutan.

8.3 Lain-lain Hukuman Biasa

Dalam hal ini, Guru Besar dikehendaki menggunakan budi bicaranya

dengan bijak dalam mengenakan sebarang hukuman yang difikirkan

sesuai. Hukuman yang pada hemat orang ramai tidak sesuai seperti yang

berbentuk penyeksaan, cacian di khalayak ramai atau lain-lain hukuman

yang liar hendaklah dielakkan. Di antara hukuman-hukuman biasa yang

boleh dikenakan adalah seperti berikut ;

8.3.1 Hukuman Dera ( corporal punishment )

Hukuman dera ( rotan ) boleh dikenakan ( kecuali ke atas murid-

murid perempuan ) tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan

dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959. Di

bawah peraturan ini [ Subperaturan 5 (1) ] menjelaskannya dengan

syarat bahawa ;

( a ) hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah

dilarang ; dan

( b ) hukuman dera kepada murid lelaki oleh seseorang guru atau

lain-lain kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan

dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau pun di

punggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah

7

Page 8: Tatacara disiplin murid 8 . 4 . 2008

dijalankan hanya oleh Guru Besar atau pun dengan kuasa

nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu.

8.3.2 Penahanan ( detention )

Penahanan adalah untuk mengawal murid-murid yang jahat

( delinquent ) supaya tingkah lakunya pada masa akan dating

diharap dapat dipengaruhi dan dibaiki dengan cara menafikannya

dari menikmati dan menggunakan masa lapangnya. Arahan

penahanan itu hendaklah menentukan masa dan jumlah jam

seseorang itu ditahan.

8.3.3 Denda

Dalam hal sama ada denda sebagai satu hukuman terpulanglah

kepada Guru Besar ingin mempertimbangkan secara teliti hubungan

antara denda dengan kemampuan seseorang murid untuk

membayar denda itu.

8.3.4 Amaran

Amaran adalah sesuai apabila Guru besar, setelah

mempertimbangkan keadaan, jenis salah laku dan kelakuan murid

yang telah melakukan salah laku itu, berpendapat bahawa adalah

kurang wajar dikenakan hukuman yang lebih berat lagi.

8

Page 9: Tatacara disiplin murid 8 . 4 . 2008

9.0 HUKUMAN DERA ( CORPORAL PUNISHMENT )

Hukuman Dera yang dimaksudkan adalah Rotan, di mana boleh dikenakan

( kecuali ke atas murid-murid perempuan ) tertakluk kepada syarat-syarat yang

dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959. Hukuman

Dera atau Rotan adalah sangat berguna dan berkesan apabila dijalankan sebaik-baik

sahaja sesuatu salah laku itu dilakukan oleh murid. Namun begitu ianya hendaklah

dibuat setelah sesuatu salah laku itu telah dapat disahkan. Kesan hukuman dera

bukan hanya sebagai pencegah kepada yang lain tetapi yang penting ialah kesannya

ke atas yang melakukan kesalahan itu sendiri.

Mengikut Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, hukuman dera

hendaklah dijalankan oleh Guru Besar sendiri atau oleh seorang guru yang berdaftar

yang telah diberikan kuasa oleh Guru Besar sama ada secara nyata atau khas iaitu

mengikut keadaan. Adalah mustahak bagi Guru Besar yang menurunkan kuasa

hukuman dera kepada guru lain mempertimbangkan hubungan antara murid

berkenaan dengan guru yang menjalankan hukuman dera itu. Dalam hal mengenakan

hukuman yang menyebabkan rasa sakit seperti yang dibuat melalui hukuman dera,

hukuman hanya dapat diterima jika murid itu mempunyai perasaan suka atau

sekurang-kurangnya hormat kepada guru yang menjalankan hukuman itu. Murid yang

berkenaan hendaklah diberi kesedaran bahawa hukuman dera itu adalah dibuat untuk

kepentingan dan kebajikannya sendiri.

Hukuman Dera hendaklah dijalankan dengan menggunakan rotan ringan dan pukulan

rotan hanya boleh dibuat pada tapak tangan atau di bahagian punggung yang dilapik

dengan pakaian. Guru Besar mestilah mencatatkan hukuman dera yang dikenakan

dalam satu buku rekod khas dan menyatakan bilangan pukulan yang dikenakan,

bahagian anggota dirotan ( tapak tangan atau punggung ) tarikh dan tandatangan

Guru Besar dan seorang Guru yang menjadi saksi.

9

Page 10: Tatacara disiplin murid 8 . 4 . 2008

Hukuman Rotan merupakan salah satu pilihan hukuman yang boleh dibuat oleh

Pengetua dan Guru Besar bagi mengawal disiplin murid di sekolah. Hukuman ini yang

kadang-kadang dilihat sebagai keterlaluan oleh sesetengah pihak, namun ianya

masih diperlukan dalam keadaan-keadaan tertentu. Jawatankuasa Kabinet

Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ( 1979 ) juga telah memperakukan

hukuman ini di mana dalam Perakuan 76 jawatankuasa tersebut menjelaskan ;

No. Perakuan 76 ; Adalah diperakukan bahawa :

( a ) Langkah-langkah yang positif hendaklah diambil untuk menyemai

dan mengawas disiplin murid-murid di sekolah dengan melibatkan

semua guru, dan bukan setakat Guru-Guru pengawas disiplin dan

pengawas murid-murid sahaja.

( b ) Hukuman Dera kepada murid-murid seperti merotan hendaklah

dikekalkan. Guru Besar dan Guru-Guru lain yang tertentu diberi

kuasa untuk merotan. Di samping itu Guru-Guru tersebut

hendaklah diberi garis-garis panduan dalam menggunakan

hukuman dera serta cara dan bila hukuman itu bolehdikenakan.

Bagi menjelaskan lagi tatacara yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan hukuman

rotan, peruntukan dalam Peraturan 4 , 5 ( 1 ) dan 5 ( 2 ) serta ( 6 ), Peraturan-

Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang digubal di bawah Ordinan

Pelajaran 1957 perlu dirujuk.

Peraturan 4 , memperuntukkan ;

“ Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disiplin

sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas Guru-

Guru dan murid-murid sekolah itu. ”

10

Page 11: Tatacara disiplin murid 8 . 4 . 2008

Peraturan 5 ( 1 ), memperuntukkan ;

“ Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid, Guru Besar

hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah

yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat :

Dengan syarat bahawa –

( a ) hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah

dilarang ; dan

( b ) hukuman dera kepada murid lelaki oleh seseorang guru atau

lain-lain kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan

dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau pun di punggung

yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah dijalankan hanya

oleh Guru Besar atau pun dengan kuasa nyata yang diberi

olehnya dalam hal yang tertentu.

Peraturan 5 ( 2 ), pula memperuntukkan ;

“ Satu rekod mengandungi semua hukuman yang dijalankan di bawah

perenggan ( 1 ) hendaklah disimpan secara sulit mengikut bentuk yang

diluluskan oleh Pendaftar. ”

Peraturan 6, memperuntukkan ;

“ Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa, tertakluk

kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkannya patut, mewakilkan

kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada guru-guru

lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi

maksud itu; tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorang pun Guru

11

Page 12: Tatacara disiplin murid 8 . 4 . 2008

atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan

tertentu:

Dengan syarat bahawa kuasa menjalankan hukuman dera tidak boleh

diwakilkan kepada mana-mana orang selain daripada guru berdaftar. ”

10.0 RUMUSAN

Berdasarkan kepada penjelasan di atas, dapatlah dirumuskan kuasa dan tindakan

merotan seperti berikut ;

10.1 Pengetua dan Guru Besar mempunyai kuasa bagi mengawal organisasi

sekolahnya dan bagi menentukan disiplin, mereka mempunyai kuasa

menjalankan hukuman rotan kepada murid di sekolahnya. Oleh yang

demikian juga mereka adalah bertanggungjawab sepenuhnya dan

memastikan usaha-usaha dijalankan bagi meningkatkan lagi mutu

disiplin di sekolah masing-masing.

10.2 Dalam melaksanakan hukuman rotan, pengetua atau guru besar dan

guru-guru yang diturunkan kuasa hendaklah sentiasa menyedari

bahawa merotan adalah sebahagian daripada proses pendidikan.

Tindakan yang dikenakan mestilah difahami sebagai alat untuk

mendisiplinkan murid dan bukan sebagai alat yang akan merosakkan

fizikal dan mental murid.

10.3 Hukuman Dera yang dimaksudkan oleh peraturan ini hanya melibatkan

hukuman rotan sahaja. Hukuman ini menggunakan rotan yang ringan.

Hukuman rotan tidak boleh dikenakan ke atas murid perempuan. Ini

bermakna apa-apa bentuk deraan yang lain seperti menampar,

mencubit, menumbuk, mengetuk dengan tangan atau menggunakan

pembaris atau lain-lain alat atau lain-lain tindakan seumpamanya adalah

tidak dibenarkan sama sekali di bawah peraturan ini.

12

Page 13: Tatacara disiplin murid 8 . 4 . 2008

10.4 Hukuman rotan tidaklah boleh dilakukan sewenang-wenangnya dan perlu

mematuhi peruntukan seperti dalam peraturan yang disebutkan di atas.

Hukuman rotan hendaklah seboleh-bolehnya dilakukan sendiri oleh

Pengetua dan Guru Besar kerana merekalah orang yang diberi kuasa

membuat keputusan terhadap hukuman tersebut.

10.5 Walau bagaimanapun Pengetua dan Guru Besar masih boleh

menurunkan kuasa tersebut kepada guru-guru lain yang berdaftar dan

perlu mematuhi tatacara yang telah ditetapkan. Tempat yang boleh

dirotan hanya melibatkan tapak tangan dan punggung yang berlapik

dengan pakaian. Ini bermakna kawasan lain daripada dua tersebut

tidak dibenarkan.

10.6 Pengetua, Guru Besar atau guru-guru yang diturunkan kuasa dalam

melaksanakan hukuman tersebut hendaklah melaksanakan hukuman ini

bukan berdasarkan rasa marah dan dendam tetapi untuk memberi

pengajaran bahawa setiap kesalahan ada hukumannya.

10.7 Hukuman rotan di khalayak sama ada di perhimpunan atau di bilik-bilik

yang sedang berlangsung proses Pengajaran dan Pembelajaran adalah

dilarang. Tindakan sedemikian akan menjatuhkan maruah serta

menimbulkan kesan negative terhadap perkembangan keperibadian

murid berkenaan.

10.8 Hukuman rotan hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang guru

sebagai saksi.

10.9 Hayunan rotan hendaklah dengan kekuatan yang sederhana tanpa

mengangkat tangan melebihi paras bahu orang yang melaksanakan

hukuman supaya tidak melukakan kulit murid itu. Selepas mengenakan

satu rotan, orang yang melaksanakan hukuman hendaklah mengangkat

rotan dan tidak menariknya.

13

Page 14: Tatacara disiplin murid 8 . 4 . 2008

10.10 Sekiranya pengetua atau guru besar hendak menurunkan kuasa kepada

guru lain dalam melaksanakan hukuman rotan, maka surat penurunan

kuasa hendaklah dikeluarkan kepada guru tersebut.

Hukuman Rotan bukanlah merupakan satu-satunya pendekatan untuk mendisiplinkan

murid. Ia hendaklah digunakan sebagai langkah akhir setelah semua usaha

membimbing dan kaunseling telah dilaksanakan.

Sektor Pengurusan Pembangunan KemanusiaanBahagian SekolahKementerian Pelajaran Malaysia

14