tata bahasa

29
TATABAHASA Kata nama Kata nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan. Kata Nama Am Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah: orang: ayah, polis, perempuan dll. haiwan: ayam, itik, buaya dll. benda: televisyen, komputer, bank dll. tempat: stadium, jalan raya, pulau dll. Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan. Contoh: buai -> buaian Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat. Kata Nama Khas Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya. Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah: benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll

Upload: najep-mohamad-amin

Post on 08-Feb-2016

116 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tata Bahasa

TATABAHASA

Kata namaKata nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan.

Kata Nama AmKata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:

orang: ayah, polis, perempuan dll.haiwan: ayam, itik, buaya dll.benda: televisyen, komputer, bank dll.tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.

Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.Contoh: buai -> buaianKata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Kata Nama KhasKata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dllorang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dllbinatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dlltempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dllBiasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

Kata Ganti NamaKata ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk bersifat menerangkan (contohnya ini, itu), dan penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).

Kata ganti diri pula terbahagi kepada tiga:diri pertama:saya, beta, aku, patik, kami, kita, dakudiri kedua: awak, engkau, kamu, anda, saudara, saudari, tuan hambadiri ketiga: ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya

Page 2: Tata Bahasa

Kata Nama TerbitanKata nama terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan di awal kata ( awalan ), di akhir kata ( akhiran ), di awal dan di akhir kata ( apitan ) dan diselitkan di tengah perkataan ( sisipan).

Kata kerjaKata kerja merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).

Kata Kerja TransitifKata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). Ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut ( objek ). Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

Kata Kerja Transitif AktifKata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.

Kata Kerja Transitif PasifKata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di-.

Penyambut Kata Kerja Transitif PembuatRadio itu didengari Atan.Burung itu ditangkap oleh seekor kucing.Sayur itu dijual oleh seorang perempuan.Ikan itu dijala oleh Pak Abu.Surat itu sedang ditulis oleh bapa

Kata Kerja Tak TransitifKata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap' dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

Kata Kerja Tak Transitif BerpelengkapKata kerja ini memerlukan pelengkap. Pelengkap merupakan kata atau frasa yang melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung dan bukannya satu objek (penyambut).

Kami mandi di tasik.Dia senyum semasa berjalan.

Page 3: Tata Bahasa

Air sungai beransur surut.

Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap

Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di hujung ayat.

Rumahnya roboh.Radio itu berbunyi.Turunnya Union Jack itu, Jalur Gemilang pula berkibar

Kata sifatAdjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.

Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar

Jenis jenis kata adjektifKata adjektif terbahagi kepada 9 subgolongan:

1. Sifat-menerangkan sifat keadaan atau seseorangcontoh: baik, cerdik, berani, lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat2. warna - contoh: merah, jingga, ungu, putih, hitam, kuning langsat3. ukuran - contoh: pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, ternipis4. bentuk -contoh: bujur, lurus,5. waktu - contoh: lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam6. jarak - contoh: dekat, hampir, jauh7. cara - contoh: selalu, jarang, kadang kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah8. pancaindera • rasa: sedap, lazat, manis, pahit, lemak, pedas, payau, masam,masin• pandang: buruk, hodoh, jelita, cantik, tampan• dengar:bising, sunyi, senyap• bau: busuk, wangi, hangit, hapak• sentuh: kesat, kasar, lembab, halus, licin9. perasaan - contoh: takut, seram, benci, rindu, marah, senang, sayang, gembira

Pangkat pangkat adjektif

Pangkat pangkat atau tahap adjektif ada empat:Pangkat biasaIa dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa. Contoh:• Baju dia cantik.• Buah betik itu manis.Pangkat perbandingan

Page 4: Tata Bahasa

Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang. Contoh:• Tenaganya sekuat Badang.• Buah jambu itu semanis gula.

Pangkat menyangatIa menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya. Contoh:• Cuaca hari ini sangat mendung.• Buah rambutan ini terlalu masak.

Pangkat penghabisanIa menerangkan adjektif paling atau penghabisan. Contoh:• Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.• Menara KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.

Kata sendiGolongan kata sendi adalah golongan kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi menunjukkan perkaitan antara satu perkataan/frasa dengan perkataan/frasa yang lain.

Contoh:• Buku di pejabat (kata nama + kata sendi + kata nama)• Menyelam sambil minur air (kata kerja + kata sendi + frasa kerja)• Rosak kerana banjir melanda (kata sifat + kata sendi + frasa nama)

Fungsi kata sendi

Ada lima fungsi kata sendi:1. Menunjukkan tempat atau arah : melalui jalan dalam,pada fikiran saya2. Menunjukkan masa : dalam tahun lepas,sewaktu bulan biru3. Menunjukan sebab akibat : Kemalangan berlaku kerana jalan licin, Sebab mulut badan binasa4. Menunjukkan pelaku : Perlawanan akhir itu dimenangi oleh Kedah FA5. Menunjukkan mangsa : Perompak itu kena belasah

Bahagian kata sendi

Kata sendi boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama:• Sendi nama• Sendi kata

Sendi namaKata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa/kata nama. Antara kata sendi nama yang biasa digunakan ialah:di,ke,kepada,pada,dari,daripada,seperti,dengan

Sendi kata

Page 5: Tata Bahasa

Kata sendi kata ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa/kata kerja, kata sifat dan kata tugas.bagi,sambil ,selepas,sebelum

Bentuk kata sendiKata sendi juga boleh dibahagikan mengikut bentuknya:

Sendi tunggal ; antara,bagai,demi, hingga,kerana,sejak Sendi berimbuhan :bagaikan,berikut,mengingat, merupakan,sehubungan,seputar Sendi majmuk : atas sebab,bagaimanapun,dalam hal,daripada di antara,kepada,oleh kerana,selain ,daripada

Ayat inti (bahasa Melayu)Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.Dalam bahasa Melayu, terdapat empat pola ayat inti:

1. Frasa Nama + Frasa Nama2. Frasa Nama + Frasa Kerja3. Frasa Nama + Frasa Adjektif4. Frasa Nama + Frasa Sendi

Frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau rentetan beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan. Frasa tiada subjek dan predikat. Frasa tidak membawa maksud yang lengkap yang boleh dikatakan sebagai satu ayat.

Frasa Nama + Frasa NamaContoh:1. Ali jiran saya.2. Kami jiran.3. Kucing mamalia.4. Itu guru.

Kesalahan yang biasa berlakuKesalahan yang agak meluas berasal khususnya daripada mereka yang bersikap keinggerisan. Mereka menganggap bahawa perkataan "seorang", "sebuah", dan sebagainya harus disisipkan untuk mewakili artikel a dan an dalam bahasa Inggeris. Umpamanya, ayat (1) di atas dianggap tidak lengkap jika tidak ditulis sebagai "Ali seorang guru". Yang lebih bersikap keinggerisan menganggap ayat yang betul-betul sempurna ialah: "Ali ialah seorang guru." Mereka menganggap "ialah" sebagai terjemahan kopula seperti is dan are dalam bahasa Inggeris. Jadi

Page 6: Tata Bahasa

timbullah anggapan yang salah bahawa sesuatu ayat itu tidak sempurna jika tiadanya "ialah" ataupun "adalah".

Walau bagaimanapun, perkataan "adalah" boleh disisipkan dalam ayat jika seseorang hendak menegaskan maksud, umpamanya:1. Ali adalah guru.2. Kucing adalah mamalia.

Kata "adalah" dalam ayat-ayat itu digunakan apabila timbul keraguan yang dapat dibayangkan dengan adanya pertanyaan yang menggunakan kata adakah seperti:1. Adakah Ali guru?2. Adakah kucing mamalia?

Kata "adalah" dalam ayat-ayat di atas samalah dengan kata "benarkah" atau "betulkah". Bagaimanapun, ayat yang disertai "adalah" bukan ayat inti lagi.

Frasa Nama + Frasa KerjaContoh:1. Saya menulis rencana.2. Kami berdiri.3. Kucing ini menangkap tikus.4. Syarikat itu membuka kilang.

Predikat ayat inti untuk pola ini dapat diperluas dengan menggunakan kata bantu yang terbahagi dua:1. kata bantu aspek: akan, belum, masih, sedang, sudah, telah;2. kata bantu modaliti: boleh, dapat.Letak kata bantu ialah sebelum kata kerja. Selain itu, predikat untuk ayat ini dapat diperluas dengan menggunakan keterangan seperti: Saya duduk di kerusi. "Di kerusi" ialah keterangan tempat.

Kesalahan yang biasa berlakuKata kerja transitifKesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan kata kerja transitif tanpa objek.

Salah  : Syarikat itu membuka di Pulau PinangBetul   : Syarikat itu membuka kilang di Pulau Pinang.Salah : Kami membincangkan tentang masalah itu. Betul : Kami membincangkan masalah itu.

Kata kerja intransitifSatu kesalahan lagi ialah penggunaan kata kerja intransitif tanpa diikuti oleh kata sendi apabila predikat diperluas.

Salah : Saya sedar perkara itu .Betul : Saya sedar akan perkara itu.

Page 7: Tata Bahasa

Salah :Dia masih ingat kejadian itu. Betul : Dia masih ingat akan kejadian itu.

Frasa Nama + Frasa AdjektifContoh:1. Dia bijak.2. Kami lapar.3. Anjing itu garang.4. Pisau ini tajam.

Predikat ayat pola ini dapat dluaskan dengan menggunakan kata penguat yang terbahagi tiga:1. penguat depan: begitu2. penguat belakang: sekali, betul3. penguat bebas: sangat

Kesalahan yang biasa berlakuKesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan kata penguat secara berlebihan:

Salah : Dia begitu bijak sekaliBetul : Dia begitu bijak.Betul : Dia bijak sekali.Salah : Anjing itu sangat garang betul. Betul : Anjing itu sangat garang.Betul : Anjing itu garang betul.

Frasa Nama + Frasa Sendi

Contoh:1. Saya ke Kuala Lumpur2. Dia di sekolah.3. Kami di rumah.4. Buku ini untuk adik.Kesalahan yang biasa berlakuKesalahan yang biasa berlaku ialah anggapan bahawa frasa sendi tidak boleh berdiri sendiri tanpa kata kerja. Contohnya, ada orang yang beranggapan bahawa:• ayat (1) mesti ditulis: Saya pergi ke Kuala Lumpur; atau• ayat (4) mesti ditulis: Buku ini dibeli untuk adik.Sebenarnya baik disertai kata kerja atau tidak, ayat-ayat itu betul belaka.

Hukum D-MHukuman D-M ialah peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat yang mendahulukan unsur yang diterangkan (diringkaskan sebagai D) dan mengemudiankan kata sifat yang menerangkan (diringkaskan sebagai M). Istilah Hukum D-M diperkenalkan oleh Prof. St. Takdir Alisjahbana dalam bukunya, Tatabahasa Baru Melayu Indonesia.

Kesalahan yang biasa berlaku

Page 8: Tata Bahasa

Kesalahan yang biasa berlaku, khususnya di kalangan orang yang bersikap keinggerisan, disebabkan oleh kekeliruan antara susunan kata nama majmuk bahasa Melayu dengan kata nama majmuk bahasa Inggeris. Sebilangan kesalahan yang sering berlaku adalah seperti berikut:

Kesalahan Padanan bahasa Inggeris Pembetulan

Salah : dalam lain perkataan Betul :dengan kata-kata lainSalah : lain-lain perkara Betul : perkara-perkara lainSalah : Minah Restoran Betul : Restoran MinahSalah : Dunlop tayar Betul : tayar DunlopSalah : goreng pisang Betul : pisang goreng

Kata hubung (bahasa Melayu)Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan:• perkataan dengan perkataan;• rangkai kata dengan rangkai kata; dan• ayat dengan ayat.

Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:1. Kata hubung gabungan2. Kata hubung pancangan o Kata hubung pancangan relatifo Kata hubung pancangan komplemeno Kata hubung pancangan keterangan3. Kata hubung pasangan.1. Kata hubung gabunganMenggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. Contoh kata ialah dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.

Contoh ayat:• Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.• Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung,’’ katanya.• Dia mengelak, lantas menikam.2.Kata hubung pancangan

Kata hubung pancangan relatifKata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.

Contoh ayat:• Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.

Page 9: Tata Bahasa

• Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.• Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.

Kata hubung pancangan komplemenKata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.

Contoh ayat:• Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.• Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.• Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.

Kata hubung pancangan keteranganKata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama. -Kata hubung itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya.

Contoh ayat:• Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.• Saya berkawan dengannya semenjak kecil

3.Kata hubung berpasanganKata hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Kata hubung itu ialah baik...mahupun, baik...baik, bukan sahaja... malah, entah...entah,jangan...pun, kian...kian, sama ada... ataupun, sedangkan...inikan pula, semakin...semakin, sungguhpun...tetapi, dan walaupun...namun..

Contoh ayat:• Kian lama kian banyak orang yang ke sana.• Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah

Imbuhan kata nama bahasa MelayuKata Nama menerima empat jenis imbuhan; awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Imbuhan awalan ialah imbuhan yang berada di hadapan kata akar, contohnya pe(N), me(N), ter dan sebagainya. Imbuhan akhiran terletak di akhir kata akar dan imbuhan apitan mengapit kata akar. Imbuhan sisipan pula tersisip di tengah perkataan.

Awalan ke-Awalan "ke-" boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan tingkat dan kata nama. Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung dengan kata imbuhan ini. Bukan semua perkataan boleh digabungkan dengan awalan "ke-". Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk membentuk perkataan yang tepat. Awalan "ke-" boleh membawa maksud berikut kepada kata dasar:

Page 10: Tata Bahasa

• penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud kata dasar (kata nama): kekasih, ketua, kemudi

pe(n)-

Imbuhan awalan "pe(n)-" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:• alatan/perkakas: pembakar, pengasah, penukul, penapis• orang yang membuat: penulis, pencipta, pentadbir• sesuatu yang menyebabkan jadi...: pengasih, pemanis, pendingin• orang yang selalu atau suka...: penidur, pemalas, perokok• orang yang mempunyai sifat...:pemalu, pemurah, pembengis• milik sifat seseorang: pemuda, pembesar• ukuran bagi waktu atau tempat: pemeluk, penanak, pelaung• hasil atau kesan daripada sesuatu: penyakit, pendapat

Imbuhan "pe(n)-" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata kerja.

pe-

Imbuhan awalan "pe-" (tanpa pembolehubah (n) dalam "pe(n)-") menerbitkan kata nama memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya. Berbeza dengan imbuhan "pe(n)-", imbuhan "pe-" hanya boleh digunakan untuk manusia, iaitu seperti berikut:

• pelaku tindakan dalam kata dasar: pesaing, peserta• penerima tindakan atau kesan dalam kata dasar: pesalah, pesakit

per-Imbuhan awalan "per-" digunakan untuk mengimbuhkan kata dasar yang sering dijadikan kata kerja dengan berimbuhkan awalan "ber-".

juru-Awalan "juru-" digunakan untuk mendukung penanda makna ahli atau orang yang terlibat secara langsung dengan maksud pekerjaan kata dasar dan boleh bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, dan akar. Contoh-contohnya adalah seperti berikut:

• juru- + kata nama: juruwang, jurubahasa• juru- + kata kerja: jurukira, jurujual, juruselam, juruterbang• juru- + akar kata: jurutera, jurumudi

Akhiran

-anImbuhan akhiran "-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut.

Page 11: Tata Bahasa

• benda, bahan yang dilakukan kata dasar: kiriman, makanan• hasil perbuatan kata dasar: tulisan, bungkusan• tempat yang disifatkan kata dasar: ruangan• benda kata dasar yang besar atau luas: lautan

Apitan

ke-…-an

Imbuhan apitan "ke-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:

• hasil perbuatan kata dasar: keberanian, kepercayaan

• keadaan yang disifatkan kata dasar: keindahan, keselesaan

pe(n)-…-an

Imbuhan apitan "pe(n)-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:

• perbuatan: pemeriksaan, pemilihan• hasil perbuatan: pembangunan, pelaburanImbuhan "pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata kerja.

per-…-anImbuhan apitan "per-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:

• perbuatan: pertandingan, pergeseran• tempat: perumahan, perkuburanImbuhan "pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "ber-" untuk kata kerja.

SisipanSesetengah kata dasar boleh diubah atau diperkuat maknanya dengan dibubuh imbuhan sisipan "-el-", "-em-", "-er-" dan "-in-". Contoh: tapak → telapak; kuning → kemuning.

JENIS-JENIS AYAT

Ayat perintahAyat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.

Perintah        : Berdiri di atas kerusi itu.Suruhan        : Ikat tali kasut anda dengan betul.

Page 12: Tata Bahasa

Larangan      : Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya.Permintaan   : Tolong angkat baju itu.Ajakan         : Mengucaplah banyak-banyak.Silaan           : Sila jamu selera.Doa              : Syukurlah kamu sudah kembali.Harapan       : Harap-harap hari tidak hujan.

Perhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak dinyatakan. Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada orang yang ayat perintah itu ditujukan.

Contoh-contoh di atas juga menunjukkan bahawa awalan "ber" dan "meN" kekadang tidak digugurkan. Aturan yang perlu dipegang ialah:• Untuk kata kerja intransitif (kata kerja yang tidak memerlukan objek): awalan tidak boleh digugurkan.• Untuk kata kerja transitif (kata kerja yang memerlukan objek): awalan meN hendaklah digugurkan.

Ayat nafiAyat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya: Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap. Aurora bukan jururawat, tetapi doktor.

Disamping itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk menekankan atau menegaskan sesuatu maksud. Contohnya:Ayat biasa : Cadangannya harus diketepikan. Ayat nafi    : Cadangannya tidak perlu kita pedulikan.Ayat biasa : Kerja ketua memang susah. Ayat nafi    : Kerja ketua tidak pernah senang.Walaupun kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di atas mempunyai maksud yang sama, ayat nafi menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa menyatakan maksud secara biasa sahaja.

Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh diperhatikan dalam ayat tanya, umpamanya:1. Bukankah orang itu guru kamu?2. Tidakkah kamu ingin menyertai peraduan itu?3. Anda sudah faham, bukan?

Penggunaan dengan frasa namaSecara umum, kata nafi "bukan" digunakan apabila frasa yang mengikutinya ialah frasa nama. Contohnya:1. Ini bukan kucing.2. Malaysia bukan negara republik.3. Gajah bukan haiwan yang terbesar di dunia.

Page 13: Tata Bahasa

Selain itu, "bukan" juga boleh digunakan untuk frasa yang lain daripada frasa nama dalam hubungan seperti yang berikut:1. Dia bukan bodoh, tetapi malas.2. Dia bukan belajar, tetapi bermain.Kata "bukan" dalam kedua-dua ayat itu boleh juga digantikan dengan "kata tidak":

1. Dia tidak bodoh, tetapi malas.2. Dia tidak belajar, tetapi bermain.Bagaimanapun, penggantian "bukan" dengan "tidak" menyebabkan sedikit perubahan maksud. Penggunaan "tidak" hanya menyatakan maksud secara biasa, sedangkan penggunaan "bukan" menekankan pertentangan dua keadaan secara jelas.

Penggunaan dengan frasa sendiUntuk frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut kesesuaian, umpamanya:1. Saya tidak ke sekolah hari ini kerana sakit.2. Saya bukan dari sektor kerajaan.3. Malaysia bukan di benua Afrika.4. Buku ini bukan untuk anda.Kata "bukan" dan "tidak" dalam keempat-empat ayat di atas tidak boleh saling berganti. Oleh sebab itu, perhatian harus diambil dalam penggunaan kata "bukan" dan "tidak".

Kesalahan yang biasa berlakuKesalahan yang biasa berlaku untuk ayat nafi ialah kekeliruan antara penggunaan kata "bukan" dan "tidak".

Ayat tanya

Ayat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara:Cara-cara untuk membentuk ayat tanya1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata

Ayat penyata Ayat tanyaTetamu sudah tiba. Tetamu sudah tiba?Buah itu sudah masak. Buah itu sudah masak?Mereka hendak menolong kita. Mereka hendak menolong kita?

Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di atas dinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat.

2. Menggunakan partikel "kah"Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui penggunaan partikel "kah" untuk mencipta ayat tanya songsang:Ayat penyata : Tetamu sudah tiba.Ayat tanya : Sudah tibakah tetamu?

Page 14: Tata Bahasa

Ayat penyata : Buah itu sudah masak.Ayat tanya : Sudah masakkah buah itu?

Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk mengelakkan kesamaran makna.

3. Menggunakan pelbagai kataAyat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan kata ada, apa, bila, bagaimana, berapa, mengapa, mana, dan siapa.

Kata Ayat tanyaTanpa partikel "kah" Dengan partikel "kah"Apa : Apa yang kamu beli tadi?          Apakah yang kamu beli tadi?Bagaimana : Bagaimana cara untuk mendaftar diri?                   Bagaimanakah cara untuk mendaftar diri?Bila : Bila ayah kamu pulang?         Bilakah ayah kamu pulang?

Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah". Bagaimanapun, partikel "kah" sering digunakan untuk maksud penegasan.

Kesalahan yang biasa berlakuKesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung ayat. Umpamanya:• Tetamu sudah tibakah?• Buah itu sudah masakkah?• Mereka hendak menolong kitakah?Kesalahan ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti berikut:• Tetamu sudah tibake?• Buah itu sudah masakke?• Mereka hendak menolong kitake?

"Ke" sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak boleh digunakan dalam tulisan. Selain itu, "kah" tidak boleh digunakan di hujung ayat.

Ayat songsang

Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada hujung ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa:

AYAT BIASA → SUBJEK + PREDIKATAYAT SONGSANG → PREDIKAT + SUBJEKAYAT PASIF → OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK

Ayat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantu menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan menyebabkan bahasa

Page 15: Tata Bahasa

anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang amat berguna jika anda perlu menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat disongsangkan.

Susunan biasa                                                                   Susunan songsang

Ayat inti Encik Yosri birokrat.                                           Birokratlah Encik Yosri.Kucing itu ke sana.                                                           Ke sana kucing itu.Orang itu adik kamu?                                                       Adik kamukah orang itu?Kamu belum makan?                                                        Belum makankah kamu?Surat itu akan saya kirimkan.                                            Akan saya kirimkan surat itu.Saya ketinggalan bas pada hari itu.                                   Ketinggalan bas saya pada hari itu.Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel "kan" (untuk ayat tanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang itu.

Ayat intiAyat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.

Ayat gabunganAyat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata penghubung seperti dan, serta, atau, tetapi, lalu, dan sebagainya untuk mengaitkan pendapat yang berhubungan antara satu dengan yang lain. Bahasa Melayu mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu:

1. Ayat dengan ayat2. Subjek dengan subjek3. Predikat dengan predikat4. Adverba dengan adverba5. Objek dengan objek.6. Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan.Ayat pancanganAyat pancangan ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar dan satu klausa (ayat kecil), umpamanya:• Keluarga Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya.• Jika hari hujan, saya tidak akan keluar dari rumah.• Angkatan tentera British tertewas di Singapura walaupun mempunyai lebih askar berbanding dengan tentera JepunAnalisis Kesalahan Bahasa

Ejaan dan Tanda Baca

Page 16: Tata Bahasa

Ejaan yang digunakan ialah ejaan menurut Sistem Ejaan Rumi yang dilaksanakan pada tahun 1972. Ejaan ini juga digunakan dalam semua kamus-kamus terutamanya Kamus Dewan. Calon harus memberikan perhatian terhadap perkara berikut: a. Sistem keselarasan vokal b. Ejaan kata terbitan c. Ejaan kata majmuk d. Ejaan kata pinjaman

Sistem Keselarasan Vokal Pengguna bahasa Melayu terutamanya bangsa asing amat gemar menggunakan sistem keselarasan vokal yang tidak tepat. Hal ini boleh didefinasikan sebagai pengaruh dialek.

Contohnya: hebuh, sinalai, olih, keleja Sepatutnya : heboh, senarai, oleh, kerja

Ejaan Kata Terbitan Awalan meN- menjadi men- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf d,c,j, sy dan z, serta perkataan pinjaman yang mengandungi gugus konsonan yang bermula dengan huruf t dan s.

Contohnya : deru - menderu duga - menduga caci - mencaci

Ejaan Kata MajmukTerdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya dianggap sudah mantap dan dieja sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut mempunyai dua kata dasar. Perkataan yang demikian dieja sebagai satu perkataan. Bentuk tersebut ialah:

tanggungjawab olahraga tandatangan matahari suruhanjayajawatankuasa sukarela warganegara setiausaha kakitangan pesuruhjaya bumiputera antarabangsa beritahu kerjasama Selain contoh yang ditunjukkan di atas, ejaan kata majmuk ditulis terpisah.

Page 17: Tata Bahasa

Contoh: jalan rayatunjuk ajar ambil alih kuat kuasa kenal pasti ibu bapa campur adukdaya serap

Ejaan Kata Pinjaman Kesalahan penggunaan ejaan kata pinjaman merupakan akibat pengaruh ejaan bahasa sumber bagi kata yang telah mantap, kekeliruan antara bunyi sebutan dengan sistem visual bagi ejaan dan ejaan kata khusus yang menggunakan nombor. Contoh: klas, plan, klab, gran - kelas, pelan, kelab, geran psikoloji, otomatik, kota - psikologi, automatik, kuota dekad ke 10, abad ke 20 - dekad ke-10, abad ke-20

Perbendaharaan Kata Calon mestilah mempunyai perbendaharaan kata yang luas supaya senang mengenal pasti kesalahan penggunaan kosa kata. Di samping itu, pemilihan kata mestilah bersesuaian dengan maksud sesuatu ujaran.

1. Kata-kata yang mempunyai konotasi yang tertentu Setiap perkataan mempunyai makna konotasi dan denotasi. Misalnya, perkataan “kesan” dan “akibat”. Perkataan kesan bermaksud “apa-apa yang timbul daripada sesuatu tindakan, keputusan yang boleh jadi baik atau buruk. Manakala perkataan “akibat” bermaksud kesan yang buruk akibat perbuatan dan tindakan. Oleh yang demikian calon harus memilih konteksnya yang sesuai.

Contoh:

(a) Kesan daripada keletihannya berlatih bola sepak menyebabkannnya terpelecok lalu jatuh. - Kata akibat lebih sesuai digunakan kerana mempunyai konotasi yang tidak baik.(b) Sistem lampu isyarat yang baru diperkenalkan itu mengakibatkan perjalanan kereta menjadi tidak lancar. - kata menyebabkan lebih sesuai untuk menerangkan situasi ini.

Penggunaan Bentuk Jamak Penggunaan bentuk jamak sering kali disalahgunakan, bukan sahaja dalam situasi lisan tetapi juga dalam tulisan. Kadang kala, bilangan sudah dinyatakan tetapi kata nama masih digandakan untuk menunjukkan maksud jamak.

Salah : Semua peserta-peserta diminta bersiap sedia.Betul : Semua peserta diminta bersiap sedia.

Page 18: Tata Bahasa

Salah : Para-para jemputan diminta memakai pakaian kebangsaan. Betul :  Para jemputan diminta memakai pakaian kebangsaan. Salah : Semua pelajar-pelajar diminta memakai lencana sekolah. Betul  : Semua pelajar sekolah diminta memakai lencana sekolah.

Penggunaan Kata Ganti Nama Diri Penggunaan kata ganti nama diri yang sesuai amat penting apabila kita berkomunikasi dengan lawan tutur. Kita kerap menemui penggunaan kata ganti nama diri yang tidak tepat dengan situasi penggunaan bahasa.

Salah : Serigala itu mati. Ia ditembak oleh pemburu.Betul : Serigala itu mati. Serigala itu ditembak pemburu. Salah : Apakah yang mereka tulis? Betul : Apakah yang ditulis oleh mereka? Salah : Beliaulah pelajar yang selalu ponteng Kelas Bahasa Melayu. Betul : Dialah pelajar yang selalu ponteng kelas Bahasa Melayu.

Nyatakan pola ayat dasar bagi setiap ayat di bawah.

i. Bunga itu sungguh cantik dan berbau harum.ii. Jam tangan itu untuk emak sempena hari lahirnya.iii. Pelajar kelas 5 Budiman sedang mengulangkaji pelajaran.iv. Kucing peliharaan saya bernama Si Comel.v. Adik saya sangat comel dan manja.vi. Kami sekeluarga akan ke Kuala Lumpur hujung minggu ini.

Skema Jawapan:

i. Frasa Nama + Frasa Adjektif ( FN + FA )ii. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS )iii. Frasa Nama + Frasa Kerja ( FN + FK )iv. Frasa Nama + Frasa Nama ( FN + FN )v. Frasa Nama + Frasa Adjektif ( FN + FA )vi. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS )

Latihan 1

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau

Page 19: Tata Bahasa

menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) bebola

(ii) jejari

(iii) dedaun

(iv) rerambut

(v) lelaki

(vi) pepohon

Latihan 2

Tulis dua ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya.Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) ketam(ii) haus(ii) hangat

Skema Latihan 1

(i) Adik sangat gemar memakan bebola ikan.

(ii)Jejari saya terasa lenguh kerana menulis karangan terlalu panjang.

(iii) Tukang sapu itu sedang menyapu dedaun yang gugur di bawah pokok itu.

(iv) Salah satu ciri mamalia ialah mempunyai rerambut

Page 20: Tata Bahasa

(v)Lelaki yang kacak itu ayah saya.

(vi) Pepohon tumbuh subur di kebun datuk kerana sentiasa dibaja oleh datuk.

Skema Latihan 2

(i) - Emak membeli sekilogram ketam di pasar.- Saya ketam permukaan kayu itu sehingga menjadi licin.

(ii)- Saya haus kerana berpuasa hari ini.- Tapak kasut sekolah saya telah haus kerana telah lama digunakan.

(iii) - Air kopi itu masih hangat ketika dihidangkan.- Isu pembuangan bayi merupakan isu yang hangat dibincangkan oleh masyarakat.

Jawaban Cadangan Soalan 3 – Kemahiran Tatabahasa SPM Jun 2010

Soalan 3(a) – Bina ayat(i) atlet(ii) baucar(iii) Ilustrasi(iv) katalog(v) kontrak(vi) pakej

Jawaban:Perkataan : atletMaksud: orang yang giat dalam lapangan sukan, ahli sukan.Ayat: Kerajaan telah memberikan insentif kepada atlet Negara yang memperoleh pingat emas dalam kejohanan itu.

Perkataan : baucarMaksud: 1 surat tanda pembayaran wang. 2 kepingan kertas kecil yang melayakkan pemiliknya mendapat potongan harga atau boleh ditukar dengan barangan lain.Ayat 1: Pegawai itu meminta kakitangannua supaya memfailkan setiap baucar yang telah diterima sebagai bukti bahawa pembayaran telah dibuat.

Perkataan : ilustrasiMaksud: gambar atau lukisan dan sebagainya untuk menerangkan atau menghiasi sesuatu (dlm buku, majalah, dll);Ayat: Buku untuk murid sekolah rendah perlu dimasukkan pelbagai ilustrasi supaya dapat

Page 21: Tata Bahasa

menarik perhatian dan minat mereka untuk membacanya.

Perkataan : katalogMaksud: senarai atau daftar nama buku, barang dan lain-lain dalam susunan tertentu (kadang-kadang terdapat harganya sekali).Ayat: Pegawai perpustakaan itu sedang meneliti setiap katalog yang terdapat di pusat sumber itu.

Perkataan : KontrakMaksud: perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih.Ayat: Artis itu akan disaman oleh syarikat rakamannya kerana telah melanggar kontrak yang telah ditandatangani.

Perkataan : pakejMaksud: tawaran atau cadangan yang di¬kemukakan terhadap sesuatu urus niaga, per¬khidmatan, dll dengan butiran lengkap seperti kos, bilangan hari, dan sebagainya yang mesti diterima semuanya sebagai suatu keseluruhan.Ayat: Mereka akan mengikuti lawatan ke Pulau Phuket itu setelah ditawarkan pakej yang istimewa.

Soalan 3(b) Dialog kepada cakap pindah

Aman menegur Shimah sambil menyatakan bahawa mereka sudah lama tidak berjumpa.

Shimah mengeyakan kata-kata aman dan menyatakan bahawa mereka berjumpa buat kali terakhir ketika hari akhir persekolahan. Shimah bertanya kepada Aman sama ada Aman masih belajar atau sudah bekerja.

Aman menyatakan bahawa dia masih belajar di sebuah kolej di Kuala Lumpur dalam jurusan perakaunan.

Shimah juga menyatakan bahawa dia masih belajar dalam bidang yang sama.

Aman mengemukakan cadanngan bahawa mereka boleh bertukar-tukar nota melalui e-mel jika betul Simah mengikuti jurusan tersebut.

Shimah bersetuju dan menyatakan bahawa cadangan Aman tersebut bagus sambil memberikan alamat e-melnya kepada Aman.

Soalan 3(c)-Kesalahan Ejaan dan Imbuhan

Kesalahan ejaanSongkit [x] – songket [/]Otomatik [x] –automatik [/]Tulin [x] – tulen [/]

Kesalahan Imbuhan:

Page 22: Tata Bahasa

Dikenal [x]–terkenal[/]Pemerosesan [x] – pemprosesan [/]Hasilan [x] –menghasilkan [/]

Soalan 3(d) Kesalahan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa

(i) Kekacauan [x] – keruntuhan [/] sejak daripada dahulu [x] sejak dahulu [/](ii) Penyatuan [x] –perpaduan [/ ], berbilang-bilang kaum [x] berbilang kaum [/](iii) Mengeluarkan [x] –melahirkan [/], di antara matlamat [x] antara matlamat [/]

Soalan 3(e) Peribahasa

(i) Bagai lebah menghimpunkan madu –orang yang sangat rajin(ii) Seperti si buta baru celik-orang yang sombong kerana baru beroleh kekayaan atau kemuliaan.(iii) Kemenyan sebesar lutut jika tidak dibakar tidak akan berbau- Kepandaian atau ilmu hendaklah diajarkan atau disebarkan kepada orang lain kerana kalau disimpan atau tidak disebarkan, kepandaian atau ilmu itu akan hilang begitu saja