taman pertanian universiti universiti putra...

8
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 1 drp 8 TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen : OPR/TPU/BP/TANAMAN/Cempedak BUKU PANDUAN TANAMAN CEMPEDAK

Upload: phungdung

Post on 04-May-2018

236 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA …reg.upm.edu.my/eISO/docs/2012102212232834.OPR.TPU.BP.TANAMA… · tahunan sebanyak 2540 mm dan suhu di antara 22-35 ... sistem segi

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 1 drp 8

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen : OPR/TPU/BP/TANAMAN/Cempedak

BUKU PANDUAN TANAMAN CEMPEDAK

Page 2: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA …reg.upm.edu.my/eISO/docs/2012102212232834.OPR.TPU.BP.TANAMA… · tahunan sebanyak 2540 mm dan suhu di antara 22-35 ... sistem segi

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 2 drp 8

Isi Kandungan

Bil. Tajuk Muka Surat

1 Pendahuluan 3 - 4 2 Penanaman 4 2.1 Bahan Tanaman 4 2.2 Sistem Penanaman 4 2.3 Penanaman di Ladang 4 3 Penyelenggaraan 4 3.1 Pengurusan Air 4 3.2 Pembajaan 5 3.3 Kawalan Rumpai 5 3.4 Pemangkasan 6 3.5 Kawalan Penyakit dan Perosak 6 - 7 4 Kemantangan Dan Mengutip Hasil 7 5 Pengendalian Lepas Tuai 7 - 8 6 Rujukan 8

Page 3: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA …reg.upm.edu.my/eISO/docs/2012102212232834.OPR.TPU.BP.TANAMA… · tahunan sebanyak 2540 mm dan suhu di antara 22-35 ... sistem segi

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 3 drp 8

1. PENDAHULUAN Nama biasa : Cempedak Nama saintifik : Artocarpus champeden Spreng Keluarga : Moraceae i. Asal Usul Cempedak berkemungkinan besar berasal dari negera-negera di Asia Tenggara. Ia didapati hidup dengan baik di Malaysia, Thailand dan Singapura. Di Malaysia, cempedak didapati ditanam dengan meluas di negeri Kedah dan Perak. Cempedak boleh dimakan segar, digoreng dan dibuat jam untuk kegunaan di dalam pembuatan kek. ii. Sifat Botani tanaman

a. Pokok: Pokok cempedak boleh mencapai ketinggian sehingga 25 m. Pokok ini mengandungi getah yang pekat berwarna putih. Batangnya tegak dan pendek. Pucuk baru, daun dan tangkai bunga dipenuhi dengan bulu yang halus dan tajam berwarna coklat. b. Daun: Daun cempedak berbentuk elliptik hingga obovat dan panjang 8 –21.5 cm dan lebar diantara 3 – 8.5 cm. Daun muda berlob, Daun berwarna pudar hingga sederhana hijau dan lazimnya mempunyai bulu urat daun dan kadang-kala pada tepi daun. c. Bunga: Bunga jantan dan bunga betina berasingan pada pokok yang sama. Jambak bunga jantan terdapat di ranting di hujung dahan, manakala jambak bunga betina terdapat di ranting pendek dan tegap pada dahan sisi utama dan batang pokok. d. Buah: Buah cempedak tergantung pada tangkai yang kuat dan agak gemuk. Apabila masak buah berbentuk bujur dan panjangnya 24-25 cm. Buah yang masak mempunyai bau yang kuat.

iii. Keperluan Agroklimatik

a) Iklim Cempedak boleh hidup dengan baik di tanah rendah tropika dengan hujan tahunan sebanyak 2540 mm dan suhu di antara 22-35 °C. b) Tanah Cempedak boleh hidup di atas pelbagai jenis tanah yang disaliri dengan baik dan boleh tumbuh dengan baik di tanah aluvial yang dalam bertekstur terbuka. pH tanah ialah 4.5-6.5.

iv. Jenis Klon Varieti Jabatan Pertanian telah mendaftar 36 klon cempedak. Di antaranya, hanya 3 klon yang disyorkan untuk ditanam secara komersil. Klon-klon tersebut adalah CH 28, CH 30 dan CH 33. Ciri-crinya adalah seperti berikut: -

Page 4: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA …reg.upm.edu.my/eISO/docs/2012102212232834.OPR.TPU.BP.TANAMA… · tahunan sebanyak 2540 mm dan suhu di antara 22-35 ... sistem segi

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 4 drp 8

Klon Berat/

buah (kg) Ciri-ciri

CH 28 2.5 Berbentuk silinder

Beraroma sedikit

Tekstur halus, isi berwarna kuning dengan sedikit oren

Rasa manis dan berair.

CH 30 4.0 Berbentuk silinder dan agak lebar.

Aroma sederhana.

Tekstur halus.

Isi berwarna kuning oren.

Rasanya manis.

CH 33 2.5 Berbentuk silinder dan agak lebar.

Hampir tidak beraroma.

Tekstur halus dan isinya berwarna oren.

Rasanya manis.

2.0 PENANAMAN

2.1 Bahan tanaman: Cempedak biasanya dibiak dengan cara cantuman matatunas, cantuman baji dan cantuman sandingan. 2.2 Sistem Penanaman: Sistem penanaman empat segi sama dan tiga segi adalah disyorkan. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 9 m X 9 m yang boleh menghasilkan 123 pok/ hektar untuk sistem segi empat sama dan 138 pok/ha untuk segi tiga sama. 2.3 Penanaman di Ladang: Lubang berukuran 60 cm X 60 cm X 60cm digali sebulan sebelum menanam dan 150 g CIRP ditabur kedalam lubang. 5-10 kg/lubang baja organan digaul bersama tanah atas dan dimasukkan semula ke dalam lubang. Buatkan lubang kecil di tengah lubang untuk ditanam dengan pokok cempedak. Letakkan anak pokok cempedak dalam lubang tersebut. Timbus tanah pada pangkal pokok dan tinggikan sedikit supaya nampak berbusut dipangkal. Berikan sokongan kayu dan siram pokok tersebut. 3.0 PENYELENGGARAAN 3.1 Pengurusan air Pokok cempedak perlu diberi air secukupnya bagi menggalakkan pertumbuhan kecergasan terutama pada peringkat awal pertumbuhan. Pokok cempedak boleh tahan keadaan kemarau, justeru itu ia tidak memerlukan sistem pengairan.

Page 5: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA …reg.upm.edu.my/eISO/docs/2012102212232834.OPR.TPU.BP.TANAMA… · tahunan sebanyak 2540 mm dan suhu di antara 22-35 ... sistem segi

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 5 drp 8

3.2 Pembajaan Program pembajaan yang disyorkan bagi pokok cempedak adalah seperti berikut: -

Peringkat Umur Pokok

(Tahun) Jenis Baja

Kadar (kg/pokok/tahun)

Kekerapan

Semasa menanam

0 TSP

Organik 0.15 7.5

-

Vegetatif 1 15:15:15 atau

15:15:6:4 Organik

0.5 (10.0)

3-4

Vegetatif 2 15:15:15 atau

15:15:6:4 Organik

1.0 (10.0)

3-4

Penghasilan 3

12:12:17::2 + TE atau

13:13:20::2 + TE (Organik)

1.5 (15.0)

3-4

Penghasilan 4

12:12:17::2 + TE atau

13:13:20::2 + TE (Organik)

2.0 (15.0)

3-4

Penghasilan 5

12:12:17::2 + TE atau

13:13:20::2 + TE (Organik)

2.5 (20.0)

3-4

Penghasilan 6

12:12:17::2 + TE atau

13:13:20::2 + TE (Organik)

3.0 (30.0)

3-4

Penghasilan 7

12:12:17::2 + TE atau

13:13:20::2 + TE (Organik)

4.0 (40.0)

3-4

Penghasilan 8

12:12:17::2 + TE atau

13:13:20::2 + TE (Organik)

5.0 (40.0)

3-4

Penghasilan > 8

12:12:17::2 + TE atau

13:13:20::2 + TE (Organik)

5.0 (40.0)

3-4

3.3 Kawalan rumpai Bersihkan kawasan keliling pokok pada peringkat awal pertumbuhan. Sungkupan adalah disyorkan bagi mengurangkan pertumbuhan rumpai di keliling pokok dan juga untuk mengekalkan kelembapan. Rumpai di antara barisan dikawal dengan bahan kimia atau dengan menanam kacang penutup bumi.

Page 6: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA …reg.upm.edu.my/eISO/docs/2012102212232834.OPR.TPU.BP.TANAMA… · tahunan sebanyak 2540 mm dan suhu di antara 22-35 ... sistem segi

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 6 drp 8

3.4 Pemangkasan Pemangkasan dibuat bertujuan memelihara kecerdasan pokok, memastikan edaran udara yang baik, membentuk pokok supaya seimbang dan seterusnya menggalak pengeluaran hasil. Pemangkasan melibatkan cantasan bahagian yang telah rosak akibat mati, patah, dan berpenyakit serta tunas air. 3.5 Kawalan Penyakit dan Perosak a) Penyakit: Penyakit-penyakit utama bagi tanaman cempedak adalah seperti berikut: -

Penyakit Tanda-tanda Kawalan

Kulapok hitam (Meliola nephelii)

Kulat menutupi permukaan kulit buah dan daun. Ini menghalang fotosintesis dan seterusnya menghalang pembesaran buah.

Kulat ini tumbuh bila ada manisan yang dihasilkan oleh koya.

Kawal koya pada pokok rambutan dengan menggunakan minyak putih pada kadar 1:50 bahagian air.

Reput akar dan batang (Phytophthora citrophthora)

Menyerang daun dan batang. Jika diserang pada pangka pokok akan layu.

Jika diserang pada dahan daun akan menjadi kuning dan gugur.

Kikis kawasan yang diserang-sapu metalaxyl a.i. 0.2%

Siram akar dengan metalaxyl.

Suntik batang denga asid fosforus.

Reput putik buah (Rhizopus artocarpi)

Putik buah menjadi hitam dan gugur.

Sembur dengan cuprous oxide 0.2%

b) Perosak:

Perosak utama tanaman cempedak adalah seperti berikut: -

Perosak Tanda-tanda Pembasmian

Pengorek buah (Margaronia caesalis)

Larva mengorek buah dan hidup di dalam buah.

Buah yang diserang mempunyai lubang dan fras pada permukaan buah.

Balut semua buah.

Pengorek batang (Apriona flavescens Kamp)

Ulat mengorek dahan dan menghala ke batang.

Batang yang diserang mempunyai lubang dan fras di permukaannya.

Daun pada dahan tersebut menjadi kuning dan mati.

Pangkas dan bakar dahan yang diserang.

Page 7: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA …reg.upm.edu.my/eISO/docs/2012102212232834.OPR.TPU.BP.TANAMA… · tahunan sebanyak 2540 mm dan suhu di antara 22-35 ... sistem segi

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 7 drp 8

Lalat buah (Bactrocera Umbrosus) (Bactrocera dorsata)

Serangga membiak di dalam buah.

Bintik coklat kelihatan pada buah

Balut buah.

Sembur promar sebagai perangkap protein dan kemudian sembur racun serangga.

4.0 KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL i. Kematangan: Pokok mula mengeluarkan hasil selepas 4 tahun ditanam. ii. Hasil: Hasil pada tahun pertama pengeluaran buah (4 tahun selepas ditanam) dianggarkan 1,300 kg/ha. Dan biasanya boleh mencapai tahap pengeluaran yang maksimum 15,000 kg/ha pada tahun ke 19 selepas ditanam. iii. Musim: Pokok cempedak merupakan jenis yang bermusim. Kawasan yang mempuyai dua musim kemarau yang nyata biasanya musim buah berlaku dua kali setahun dan jika hanya satu musim kemarau berlaku, didapati hanya satu musim buah berlaku. Musim cempedak biasanya pada bulan Jun – Ogos. iv. Indeks Penuaian: Buah cempadak dipetik 94-105 hari selepas bunga kembang. 5.0 PENGENDALIAN LEPAS TUAI i. Pengendalian di ladang Buah yang dipetik dikumpulkan di dalam bakul rotan atau bakul plastik untuk memudahkan pemunggahan ke atas lori atau treler. Anyaman daun kelapa atau kertas yang membalut buah cempedak dijadikan bahan mencegah geseran buah. Buah yang dipungut tidak didedahkan kepada cahaya matahari dan perlu diangkut ke rumah pembungkusan dengan secepat mungkin. ii. Pengedalian di pusat pengumpulan Selepas dibasuh, buah dikering serta digredkan berdasarkan saiz, kematangan dan kualiti buah secara umum. Buah yang bergred tinggi hendaklah mempunyai ciri-ciri yang seragam, matang, tidak terlalu masak, bersih, rupabentuk yagn menarik, tiada tanda kerosakan oleh penyakit atau perosak, tiada lebam, luka atau kepecahan kulit. Buah yang telah digred kemudian dibungkus dengan kertas sebelum dimasukkan ke dalam bakul untuk dipasarkan. Bagi pasaran jauh, penggunaan kotak 'corrugated fiberboard' yang mempunyai lubang pengudaraan sesuai digunakan untuk mengelakkan buah bertindih atau bergesel.

Page 8: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA …reg.upm.edu.my/eISO/docs/2012102212232834.OPR.TPU.BP.TANAMA… · tahunan sebanyak 2540 mm dan suhu di antara 22-35 ... sistem segi

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 8 drp 8

iii. Pengangkutan Buah cempedak yang matang akan mula masak dalam tempoh 4 hari. Oleh yang demikian, hasil buah hendaklah dihantar ke pasar dengan secepat mungkin. Bakul-bakul atau 'corrugated fibreboard' yang diisi dengan buah cempedak perlu disusun di atas lori bagi memastikan pengudaraan yang baik. 6.0 RUJUKAN

i. Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia (2001). Pakej Teknologi Cempedak. ii. http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_cempedak.htm