tajuk tugasan hubungan etnik

Upload: kas-joe-aie

Post on 14-Jul-2015

353 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

TUGASAN KUMPULAN Tugasan bagi kursus ini mengandungi dua (2) bahagian seperti ketetapan di bawah: Bil . 1 2 Perkara Tugasan Kumpulan Tugasan Individu Wajar an 25% 15%

1.

Arahan Tugasan Kumpulan

Setiap kumpulan dikehendaki menyiapkan tugasan Laporan Kajian yang panjangnya tidak kurang daripada 25 halaman bercetak tidak termasuk kulit muka, isi kandungan, bibliografi dan lampiran. Penulisan Laporan Kajian mestilah bertaip dengan menggunakan kertas ukuran A4 langkau 1.5 baris dengan menggunakan jenis aksara Times New Roman (bersaiz 12). Penulisan Laporan Kajian hendaklah berpandukan kepada buku Panduan Menulis Tesis atau Sistem APA dan sebarang plagiatrisme adalah dilarang. Berdasarkan tematik yang terpilih, bincangkan isu yang ingin dikaji (penetapan topik). Dengan mengenalpasti permasalahan di dalam topik berkenaan. Tema Utama: Perpaduan Sub-Tema 1 : Pemuafakatan Politik Sub-Tema 2 : Kesejahteraan Ekonomi

Tugasan Laporan Kajian yang dibuat ini mesti mempunyai elemen-elemen seperti ketetapan di seperti mempunyai kulit muka, isi kandungan, abstrak, pengenalan, pernyataan masalah, objektif, kaedah kajian, soalan kajian, sorotan literatur, dapatan, cadangan penambahbaikan, rumusan, bibliografi dan lampiran (sekiranya ada). Selain itu, sertakan juga biodata ahli kumpulan (termasuk gambar ahli) dan hendaklah diletakkan pada helaian selepas kulit muka. Penggunaan gambar, gambar rajah, jadual dan graf bagi menyokong fakta adalah digalakkan. Laporan Kajian yang dihasilkan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 10 bahan rujukan campuran seperti jurnal, kertas prosiding, buku dan bahan-bahan rujukan lain. Laporan Kajian ini mesti dihantar selewat-lewatnya pada atau sebelum jam 5.00 petang bertarikh 25 November 2011 kepada pensyarah dalam bentuk hardcopy dan softcopy. Penghantaran lewat akan menyebabkan markah ditolak. 1. Arahan Tugasan Individu

FSTPi/SocSc-UWS10202/zabd

1

Setiap individu dikehendaki menyiapkan tugasan Analisis Artikel yang panjangnya di antara 7 halaman hingga 10 halaman bercetak tidak termasuk kulit muka dan lampiran. Penulisan Analisis Artikel mestilah bertaip dengan menggunakan kertas ukuran A4 langkau 1.5 baris dengan menggunakan jenis aksara Times New Roman (bersaiz 12). Sebarang plagiatrisme adalah dilarang. Pemilihan artikel untuk dianalisis hendaklah dibuat sama ada menggunakan artikel jurnal, buku, majalah ilmiah atau akhbar serta bersifat antarabangsa dan semasa. Pelajar dikehendaki memilih satu sahaja tematik dibawah iaitu: (i)

(ii)

Keharmonian ras/kaum di peringkat antarabangsa; atau Konflik ras/kaum di peringkat antarabangsa.

Tugasan Analisis Artikel yang dibuat ini mesti mempunyai tiga (3) bahagian utama iaitu: (i) Bahagian pengenalan - latar belakang negara (ii) Bahagian perbincangan - latar belakang keharmonian atau konflik - faktor-faktor keharmonian atau konflik - kesan-kesan keharmonian atau konflik - pengajaran yang boleh diambil (iii) Bahagian rumusan - kesimpulan idea Setiap tugasan individu mestilah disertakan dengan biodata diri (termasuk gambar) dan hendaklah diletakkan pada helaian selepas kulit muka. Artikel utama yang dirujuk mestilah dilampirkan sekali dengan tugasan individu yang dibuat di bahagian belakang (selepas bahagian rumusan). Analisis Artikel ini mesti dihantar selewat-lewatnya pada atau sebelum jam 5.00 petang bertarikh 9 Disember 2011 kepada pensyarah dalam bentuk hardcopy. Penghantaran lewat akan menyebabkan markah ditolak.

FSTPi/SocSc-UWS10202/zabd

2