tajuk 7

Upload: wenwen-teoh

Post on 06-Mar-2016

235 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tajuk 7

TRANSCRIPT

Pengumpulan Data Melalui Kaedah Penyelidikan Kualitatif : a) Pemerhatian - Jenis berstruktur dan tidak berstruktur - turut serta dan pemerhatian sebagai orang luar b) Temubual mendalam

KAJIAN TINDAKAN:KAEDAH PENGUMPULAN DATA KAJIAN TINDAKANhttp://ccsgkasai.blogspot.com/2010/01/hbef2503.htmlhttp://drotspss.blogspot.com/2011/02/tajuk-53-apakah-maksud-triangulasi.htmlPENGENALANKajian yang menjurus untuk menggambarkan sesuatu situasi, fenomena, masalah atau keadaan tanpa memberikan bukti bersifat numerika.KAEDAH PENGUMPULAN DATA PENYELIDIKAN KUALITATIF

DEFINISIThe Concise Oxford Dictionary : Penglihatan tepat dan penulisan sesuatu fenomena yang wujud secara semula jadi dengan memberikan perhatian tehadap sebab dan kesan atau hubungan yang saling berkait (Shelley Anand, 2002). Karl Weicks : Spesifik, sistematik, selektif, merekod pemerhatian, menyemak dan mengesahkan keputusan pemerhatian, kepekaan pemerhati .JENIS-JENIS PEMERHATIANShelley Anand (2002):Dimensi kawalan : Jenis-jenis pemerhatian yang terlibat seperti pemerhatian berstruktur dan tidak berstruktur, pemerhatian sistematik dan mudah serta pemerhatian terkawal dan tidak terkawal.Dimensi penyertaan: Jenis-jenis pemerhatian yang terlibat ialah pemerhatian peserta, pemerhatian bukan peserta dan separa peserta.1) Pemerhatian BerstrukturBersistematik, berfokus dan dikawal oleh jadual pemerhatian.Memfokuskan kepada aspek-aspek tingkah laku yang telah ditentukan dalam sesuatu keadaan yang telah ditetapkan atau dalam eksperimen terkawal yang disediakan dalam makmal. Pencapaian yang ingin diperhatikan telah ditentukan.Menggunakan borang dan senarai semak. 2) Pemerhatian Tidak BerstrukturTidak menghadkan aktiviti-aktiviti mereka yang diperhatikan pada tahap-tahap tertentu oleh pengkaji. Melibatkan pemerhatian tidak dikawal.P.V Young :pengkaji mengunakan cara pengamatan secara teliti terhadap situasi sebenar dengan tidak menggunakan sebarang instrumen ketepatan atau menyemak ketepatan fenomena yang berlaku. Kelebihan pemerhatian jenis ini memberikan maklumat yang banyak dan secara langsung terhadap fenomena yang diperhatikan.3) Pemerhatian PesertaChua Yan Piaw (2006) membahagikan peranan pemerhati dalam pemerhatian peserta kepada empat keadaan:

Pemerhati sebagai peserta Peserta sebagai pemerhati Peserta penuhPemerhati penuh / sebagai orang luarPemerhati Sebagai Pesertapengkaji merupakan peserta yang tidak mengambil bahagian aktif dalam aktiviti di bawah pemerhatian. statusnya sebagai pengkaji atau pemerhati diketahui oleh mereka yang sedang diperhatikan.Peserta Sebagai Pemerhati pengkaji mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti di bawah kajianstatusnya sebagai pemerhati diketahui oleh peserta-peserta kajian.

Peserta Penuhpengkaji di bawah kaedah pemerhatian ini berfungsi sebagai pemerhati.melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti di bawah kajian.status dan identiti pengkaji tidak diketahui oleh peserta lain. kebaikan pemerhatian jenis ini ialah peristiwa kajian berlaku secara semula jadi

pemerhati penuh / sebagai orang luarpemerhatian bukan peserta atau non-participant observation. pengkaji tidak terlibat dalam aktiviti kumpulan tetapi hanya bertindak sebagai pemerhati pasif, melihat dan mendengar aktiviti-aktiviti yang berlaku dan membuat kesimpulan daripadanya.Peserta-peserta di bawah pemerhatiannya juga mungkin tidak menyedari kehadirannya atau tidak mengetahui pengkaji sedang melakukan pemerhatian ke atas mereka.Chua Yan Piaw (2006); Shelley Anand (2002), pemerhatian jenis ini dikenali sebagai pemerhatian sistematik.

CARA MENCATAT PEMERHATIANPemerhatian sistematik guna perakam video, senarai semak, perakam kaset, kamera dan alatan lain yang merupakan pencatat tetap.- masalah seperti subjek kajian berasa kurang senang atau bertindak bukan secara semula jadi. Pemerhatian peserta guna jurnal lapangan.- merupakan buku nota yang disedia khas oleh pengkaji untuk mencatatkan pemerhatian.Kajian mengarah kepada penyelidikan kuantitatif seperti berapa banyak tingkah laku berlaku boleh guna senarai semak.kajian mengarah kepada maklumat kualitatif seperti bagaimana atau sebab tingkah laku berlaku, segala pemerhatian perlu dicatatkan sebagai bukti kepada bagaimana tingkah laku berlaku.

Cara Mencatat PemerhatianPenceritaan iaitu pengkaji merekod dengan cara memberikan deskripsi tentang interaksi menggunakan perkataannya sendiri.-Boleh menimbulkan bias disebabkan kecenderungan pengkaji dalam menginterpretasikan interaksi tersebut.

Penggunaan skala, mengkategorikan pemerhatian, contohnya pasif/aktif (dua kategori) dan selalu/kadang-kadang/tidak pernah (tiga kategori). -Masalah mungkin timbul dari segi maklumat yang diperoleh tidak mendalam. DEFINISIChua Yan Piaw (2006):perbualan dua hala yang bertujuan untuk mengumpul maklumat kajian. Melibatkan interaksi bersemuka antara penemubual dan responden.

Goode & Hatt : proses sosial di mana penembual mesti mengambil perhatian tentang proses tersebut jika tidak timbul masalah kebolehpercayaan dan kedalaman data serta keputusan kajian. JENIS-JENIS TEMUBUAL

Selltiz, Jahoda, Deutsh & Cook: temubual seragam dan temubual tidak berstruktur.Chua Yan Piaw (2006): temubual berstruktur, temubual semi struktur dan temubual tidak berstruktur.Ranjit Kumar (2005) :dari aspek kefleksibelan dan ketetapan temubual iaitu temubual tidak berstruktur dan temubual berstruktur. Matt Henn, Mark Weinstein & Nick Foard (2006): temubual mendalam samada [email protected] May ( 1997 ):temubual dalam penyelidikan sosial iaitu temubual berstruktur, temubual semi struktur, temubual tidak berstruktur / fokus dan temubual berkumpulan. TEMUBUAL MENDALAM

Dikenali sebagai in-depth interview.- Untuk memeriksa dengan teliti isu-isu secara mendalam menggunakan penyiasatan, ketepatan dan gaya penyoalan yang fleksibel. Melibatkan hubungan yang baik antara penemubual dengan responden.Untuk merekod dan merakamkan perbualan. (Transkrip penuh) Pertemuan secara bersemuka dan berulang. Menggunakan soalan jenis terbuka.Tiada penyediaan jawapan alternatif Memberi ruang kepada responden memberikan jawapan mengikut pendapatnya sendiri. Berbentuk tidak berstruktur.Penggunaan aid-memoire atau agenda sebagai panduan umum kepada topik isu-isu yang akan dibincangkan dalam temubual dan bukan soalan sebenar yang akan ditanya. Ia berfungsi sebagai peringatan kepada pengkaji terhadap topik-topik kajian.Tidak mesti diikut secara turutan tetapi sebagai rujukan dasar terhadap jawapan yang diberikan oleh responden.

PERANAN PENEMUBUAL

1) mendengar secara berhati-hati. -Soalan terbuka dan luas digunakan untuk memulakan temubual seperti bagaimana kamu rasa tentang.. -Memberikan gerak balas seperti mengangguk, senyum dan ketawa bila perlu.-Respon secara verbal seperti saya suka idea itu.. Dan boleh jelaskan? 2) Menyesuaikan hala tuju perbualan mengikut konteks individu.3) Mestilah bagus dari segi penyoalan, penyiasatan dan penyesuaian perjalanan perbualan.- Spradley(1979):empat tahap soalan digunakan untuk membina hubungan yang baik iaitu deskriptif , eksplorasi, kerjasama , penglibatan sepenuhnya oleh responden .4) Mampu untuk mengawal dan mengawasi soalan, komen, gerak geri dan tindakan mereka.

PROSES TEMUBUAL

Langkah 1: masuk ke dalam persekitaran.

- Memahami situasi persekitaran yang berkaitan dengan kajian atau perkara-perkara diperlukan sebelum membolehkannya masuk ke dalam persekitaran kajian seperti dari aspek politik, peraturan dan halangan birokrasiLangkah 2: memahami bahasa dan budaya responden.

-Ini kerana temubual jenis ini bertujuan memahami pengalaman seseorang berdasarkan perspektif responden sendiri.-Oleh itu, pengkaji perlu memahami budaya dan bahasa agar maklumat yang diterima tepat seperti difahami responden.

Langkah 3: Menentukan bagaimana untuk tampil sendiri.

-Temubual jenis ini bersifat dua hala dengan kawalan yang kurang daripada penemubual.-Kesinambungan perbualan amat bergantung kepada gambaran terhadap penemuduga itu sendiri.Langkah 4: Mengesan pemberi maklumat.

-Ini bermaksud mengenalpasti mereka yang boleh bercakap dengan pengkaji atau bertindak sebagai penunjuk serta penterjemah bahasa dan budaya.Langkah 5: Mendapatkan kepercayaan dan membina hubungan baik.

-Tahap ini amat penting kerana hanya apabila wujudnya kepercayaan dan hubungan yang baik barulah responden bersedia berkongsi maklumat secara mendalam dan jelas dengan penemubual.Langkah 6: Mengumpul bahan-bahan empirikal. -Antaranya menggunakan pengambilan nota sepanjang proses temubual tapi agak sukar. -cara terbaik menggunakan rakaman audio seperti kaset dan pita rakaman. Walau bagaimanapun, terdapat sesuatu keadaan di mana responden tidak membenarkan rakaman dilakukan. Oleh itu, nota perlu diambil secara cepat dan kerap serta menulis kembali secara lengkap setelah selesainya temubual.Data Berbentuk DokumentasiMerangkumi bahan-bahan bertulis yang pelbagai, bahan visual dan bahan fizikal yang bersesuaian dengan kajian.Bogdan dan Biklen (1998): Dokumen sebagai bahan seperti fotograf, video, filem, memo, surat, diari, rekod kes klinikal. Digunakan sebagai maklumat sokongan kepada temubual dan pemerhatian.TRIANGULASI DATA KAJIANMaksud:Triangulasi bermaksud integrasi method yang berbeza bagi mendapatkan lebih dari satu bentuk data supaya dapatan kajian kualitatif yang bersifat subjektif akan lebih meyakinkan dandapat meningkatkan kesahan data yang dikumpul.TRIANGULASI DATAPengutipan pelbagai jenis data untuk menyelidik fenomena yang sama.TRIANGULASI PENYELIDIKANPelbagai pemerhati berbanding pemerhati tunggal untuk menyelidik fenomena yg sama.TRIANGULASI TEORIMelibatkan peggunaan lebih daripada satu teori untuk menyelidik fenomena yang sama.TRIANGULASI KAEDAH Pelbagai kaedah untuk menyelidik fenomena yang sama.Katakan anda berminat untuk mengetahui sikap pengunjung terhadap kebersihan di pantai peranginan Port Dickson, anda boleh menemubual secara rawak reponden yang mengunjungi PD tentang kesedaran menjaga kebersihan, diikuti dengan pemerhatian terhadap tingkah laku pengunjung serta membuat rakaman video serta mengambil foto. Kesemua bentuk data yang berbeza ini di triangulasikan bagi menghasilkan kumpulan data yang lebih meyakinkan.SEKIAN