tajuk 7 (zul n hafiz)

30
PIM 1024 PENGANTAR ILMU AQIDAH BAB 7: SEJARAH AKIDAH

Upload: abul-khoir

Post on 07-Dec-2015

253 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

membincangkan kepentingan aqidah dan sejarah perkemabngannya

TRANSCRIPT

Page 1: tajuk 7 (zul n hafiz)

PIM 1024PENGANTAR ILMU

AQIDAH

BAB 7: SEJARAH AKIDAH

Page 2: tajuk 7 (zul n hafiz)

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN MAKSUD AKIDAH KEDUDUKAN AKIDAH DALAM ISLAM SEJARAH PERKEMBANGAN AKIDAH

ZAMAN NABI ZAMAN KHALIFAH

SAIDINA ABU BAKAR SAIIDINA UMAR SAIDINA UTHMAN’ SAIDINA ALI

ZAMAN UMAYYAH ZAMAN ABBASIYYAH

KESAN TERHADAP PEMBANGUNAN INDIVIDU DAN MASYARAKAT

PENUTUP

Page 3: tajuk 7 (zul n hafiz)

PENDAHULUAN

Akidah ialah iman atau kepercayaan kepada Allah yang diikat oleh ucapan dua kalimah syahadah. 

Ia merupakan inti dasar kepada kewujudan tamadun islam.  Seseorang yang berakidah islam harus faham bahawa

dengan menyebut dua kalimah syahadah tadi telah menyebabkan dirinya terikat dengan tanggungjawab serta komitmen yang tinggi terhadap Allah.

Penanaman aqidah yang teguh telah menyebabkan seseorang itu sanggup mempertahankan kebenaran dan menumpaskan kebatilan walaupun terpaksa mengorbankan nyawa dan harta benda demi mempertahankan aqidah erta membuktikan ketakwaan kepada Allah S.W.T. 

Page 4: tajuk 7 (zul n hafiz)

MAKSUD AKIDAH

Akidah berasal daripada perkataan bahasa arab iaitu .(perjanjian atau ikatan)عقيدة,(mengikat)يعقد,(ikat)عقد

Akidah dari segi bahasa ialah simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat.

Akidah dari segi istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya.

Page 5: tajuk 7 (zul n hafiz)

KEDUDUKAN AKIDAH DALAM ISLAM

Akidah memliki kedudukan yang sangat penting dalam Islam.

Agama Islam ini seperti sebuah bangunan. Akidah ialah tiangnya manakala ibadah dan akhlak ialah sesuatu yang membangun di atasnya.

Bangunan yang dibangun tanpa tiang akan mudah runtuh dan rapuh.

Oleh itu, akidah merupakan asas yang penting dalam agama Islam.

Allah berfirman dalam surah al-Kahfi ayat 110

Page 6: tajuk 7 (zul n hafiz)
Page 7: tajuk 7 (zul n hafiz)

SEJARAH PERKEMBANGAN AKIDAH

Page 8: tajuk 7 (zul n hafiz)

AQIDAH ZAMAN NABI

Hal ini kerana para sahabat

dapat memahami ayat Al-Quran atau

sifat Allah sebagaimana

didalam Al-Quran dan hadis.

Persoalan aqidah khasnya

perkara yang berkaitan dengan sifat

20 kurang pertanyaannya.

Sahabat pada zaman rasulullah menerima terus segala ajaran yang dibawa oleh Baginda tanpa

banyak persoalan.

Rasulullah juga menjelaskan perkara yang menimbulkan

kemusykilan sahabat.

Mereka terus menemui rasulullah

sekiranya ada persoalan dan tidak

faham

Page 9: tajuk 7 (zul n hafiz)

Para sahabat memahami kandungan Al-Quran dan hadis yang berkaitan dengan aqidah dan sifat-sifat Allah khasnya tanpa mempersoalkan makna disebaliknya.

kepercayaan umat islam zaman nabi sangat kukuh dan teguh, contohnya : dengan beberapa ayat daripada Al-Quran seperti dalam Surah Al-Ikhlas

Page 10: tajuk 7 (zul n hafiz)

Para sahabat pada masa itu disinari oleh cahaya hidayat dan Al-Quran,

Ada diantara mereka memiliki tabiat suka berfikir dan mendorong sesetengah sahabat untuk memikirkan zat Allah.

Rasulullah menegah mereka berbuat demikian, sebagaimana sabda yang diriwayatkan daripada Abu Nu’aim

Page 11: tajuk 7 (zul n hafiz)

pada masa itu tidak timbul permasalahan aqidah,hal ini kerana ketika wahyu sedang diturunkan, mereka hidup ketika zaman rasulullah

Semua para sahabat beriman dan menerima sepenuhnya persoalan yang berkaitan sifat-sifat Allah seperti dalam Al-Quran dan Hadis.

Para sahabat tidak berselisih dalam perkara berkaitan dengan al-Sifat,al-Asma’al-Husna dan al-Af’al.

Sahabat tidak mengemukakan persoalan berkaitan Qada’dan qadar, sifat Allah dan zatNyaatau ayat-ayat mutasyabihat.

Para sahabat hanyalah bertanya berkaitan dengan hukum hakam, ibadat dan cara melakukannya dengan sempurna.

Page 12: tajuk 7 (zul n hafiz)

AKIDAH ZAMAN KHALIFAH ABU BAKAR

Selepas kewafatan Rasulullah, mula timbul persoalan tentang siapa yang berhak menjadi khalifah atau pengganti baginda.

Para sahabat berselisih pendapat untuk memilih sipa yang berhak dilantik menjadi khalifah.

Saidina Abu Bakar r.a telah dilantik menjadi khalifah yang pertama.

Para ulama’ bersepakat bahawa persoalan berkaitan pemilihan khalifah juga merupakan masalah berkaitan akidah.

Pada zaman ini, muncul golongan murtad,golongan nabi palsu dan golongan yang enggan membayar zakat.

Dari Bani Hanifah di Yamamah muncullah Musailamah Al-Kazzab, dari Bani Mad terdapat Tulaihah bin Khuailid, dari Bani Tamim muncul nabi wanita iaitu Sajjah, dan di Yaman timbul penyokong-penyokong Aswad AI-Ansi di bawah pimpinan Qais bin Yaghus.

Page 13: tajuk 7 (zul n hafiz)

Hal ini kerana semangat assabiyah yang teb dalam diri mereka bahawa mereka tidak mengizinkan jabatan kenabian dibolot oleh keturunan Bani Hasyim sahaja.

Golongan yang enggan membayar zakat pula diketuai oleh Malik bin Nuwairah dari Bani Tamim.

Kebanyakan mereka tinggal di Yaman,Yamamah dan Oman. Ada juga mereka yang tinggal berhampiran kota Madinah enggan

membayar zakat seperti kaum Akin dan Zubyan. Faktor mereka enggan membayar zakat ialah mereka mengira

bahawa hanya Nabi Muhammad sahaja yang layak memungut zakat.

Golongan-golongan ini berjaya ditumpaskan oleh Khalifah Abu Bakar.

Page 14: tajuk 7 (zul n hafiz)

AKIDAH ZAMAN KHALIFAH UMAR

Wilayah Islam semakin meluas dan tersebar dari Tripoli (Afrika Utara) di barat sampai Persia di timur; dari Yaman di selatan sampai Armenia di utara.

Pada zaman ini, banyak golongan bukan bangsa Arab yang baru memeluk Islam.

Mereka masih kurang memahami tentang isi dan kandungan dalam agama Islam.

Mereka masih terpengaruh dengan adat dan kepercayaan mereka yang dahulu.

Oleh itu, bukan mudah untuk mengikis kepercayaan tersebut dari kehidupan mereka.

Page 15: tajuk 7 (zul n hafiz)

AKIDAH ZAMAN KHALIFAH UTHMAN

Sikap penyantun dan lemah lembut Saidina Uthman menyebakan banyak jenayah berlaku.

Banyak penjenayah yang tidak lagi gentar untuk melakukan jenayah kerana Saidina Uthman akan mengampunkan mereka.

Saidina Uthman juga melantik sepupunya sebagai penasihatnya. Beliau juga melucutkan jawatan Abu Musa Al-Shaari yang warak

itu sebagai Gabenor Basrah dengan diganti oleh Abdullah bin Amir, anak sebagai Gabenor Basrah dengan diganti oleh Abdullah bin Amir, anak saudara Uthman yang baru berusia 25 tahun

Ini menyebabkan banyak penentangan dari banyak pihak. Salah seorangnya ialah Abdullah bin Saba’.Beliau telah

membentuk kesatuan yang padu dalam kalangan penentang-penentang Usman, yang mana sebelumnya mereka adalah bercerai-berai dan terpancar-pancar.

Page 16: tajuk 7 (zul n hafiz)

Beliau juga menabur fikiran-fikiran yang sesat serta hadis-hadis palsu dalam menguatkan ide ‘Ahlul-bait’ (keluarga Rasulullah) yang mana menjadi asas kepada pemikiran Syiah.

Hasilnya,Abdullah berjaya mengumpulkan pendukung-pendukungnya seperti Ammar bin Yasir, Abu Zar Al-Ghifary dan Abdullah bin Masud.

Ini menyebabkan pemberontak-pemberontak telah mengepung rumah Saidina Uthman dan menyebabkan pembunuhan Saidina Uthman oleh Ibnu Muljam.

Pembunuhan Khalifah Uthaman bermula dari peranan Abdullah bin Saba’ iaitu orang yang pura-pura memeluk Islam untuk menghancurkan Islam.

Page 17: tajuk 7 (zul n hafiz)

AKIDAH ZAMAN KHALIFAH ALI

Page 18: tajuk 7 (zul n hafiz)

Pada zaman ini,kekacauan politik telah berlaku bersinambungan dengan zaman Khalifah Uthman.

Umat Islam berpecah belah dan semakin rapuh rentetan pembunuhan Saidina Uthman.

Sebaik sahaja dilantik menjadi khalifah, Saidina Ali telah memecat gabenor-gabenor yang dilantik oleh Saidina Uthman.

Beliau juga merampas balik tanah-tanah yang dibahagikan oleh Usman kepada kaum kerabatnya secara tidak sah.

Beliau juga mengubah pusat pentadbiran dari Madinah ke Kufah. Hal ini telah menyebabkan perkara ini tidak disenangi oleh banyak

pihak. Saidina Ali juga melambat-lambatkan tuntutan penyokong-

penyokong Uthman agar pembunuh Saidina Uthman segera disiasat dan dihukum.

Kelengahannya untuk menyiasat kes tersebut menyebakan ada tuduhan liar yang menyatakan bahawa beliau juga bersubahat dengan pembunuhan Saidina Uthman.

Pada zaman ini juga, berlaku perang Jamal dan perang Siffin dan kemunculan golongan Khawarij dan Syiah.

Page 19: tajuk 7 (zul n hafiz)

Perang Jamal terjadi antara Saidina Ali dan Saiditina Aishah. Pada mulanya, tentera Saidina Ali ingin memerangi tentera

Muawiyah bin Abu Sufyan tetapi Abdullah bin Zubair memujuk Saidina Ali untuk menghadapi tentera Aishah.

Saidina Ali dan Aishah memang pernah ada krisis tetapi tidak sampai ke peringkat perang.

Ini disebabkan oleh tekanan oleh Abdullah bin Zubair untuk memerangi tentera Aishah.

Talhah bin Abdulillah dan Zubair al-Awwam juga termasuk dalam tentera Aishah.

Hal ini kerana mereka merasakan mereka diketepikan oleh Saidina Ali dalam perlantikan Gabenor-gabenor wilayah Yaman dan Iraq.

Perang Jamal hampir mencapai proses damai tetapi pengikut Abdullah bin Saba’ telah menyerang tentera Aishah sehingga berlaku perang.

Perang ini telah dimenangi oleh tentera Saidina Ali.

Page 20: tajuk 7 (zul n hafiz)

Perang Siffin pula ialah perang diantara tentera Saidina Ali dan tentera Muawiyah.

Muawiyah yang tidak puas hati dengan pelucutan jawatannya telah menghasut rakyat Sham untuk memberontak.

Beliau telah membentangkan baju Saidina Uthman yang berlumuran darah di mimbar.

Ini menyebabkan semangat rakyat membuak-buak. Saidina Ali mengutus Jarir bin Abdullah untuk berbincang dengan

Muawiyah. Kegagalan rundingan tersebut telah menyebakan berlakunya

Perang Siffin pada 37H.\ Dalam perang ini,tentera Muawiyah telah mengangkat Al-Quran

untuk berdamai tetapi tentera Saidina Ali telah berpecah kepada dua pihak iaitu menyokong dan menentang pendamaian tersebut.

Ini merupakan rancangan Amru iaitu pembantu Muawiyah untuk memecahkan tentera Saidina Ali.

Mereka berjaya memecahkan tentera Ali kepada dua pihak.

Page 21: tajuk 7 (zul n hafiz)

Selepas perang Siffin, muncullah dua golongan iaitu golongan Syiah dan Khawarij.

Golongan Syiah ialah golongan yang menyokong Saidina Ali. Golongan Khawarij ialah golongan yang dulunya menyokong

Saidina Ali tetapi menentang kerana Saidina Ali menerima rundingan damai dalam perang Siffin dan menuduh Ali kafir.

Golongan Khawarij berpendapat bahawa pemimpin Islam harus dipilih dari segenap umat Islam bukan dari puak Quraisy sahaja.

Mereka juga berpendapat bahawa pemimpin umat Islam harus tunduk dengan hukum Allah dan akan dipecat jika menyeleweng.

Page 22: tajuk 7 (zul n hafiz)

AKIDAH ZAMAN UMAYYAH Pada zaman ini, lahir golongan yang memperkatakan masalah

qadar iaitu Ma’bad al-Julani, Ghailan al-Dimasyqi, dan Ja’d Ibn Dirham.

Ma’bad al-Julani ialah seorang tokoh tabiin yang mula-mula memperkatakan tentang qadar.

Beliau mengambil fahamannya dari seorang Iraq yang beragama Nasrani yang murtad setelah memeluk Islam.

Ma’bad telah dibunuh oleh al-Hajjaj pada tahun 80 Hijrah. Ghailsn al-Dimasyqi ialah seorang yang sangat petah bercakap. Beliau telah datang ke Damsyik dan mengambil fahaman dari

Ma’bad. Ja’d Ibn Dirham ialah orang berfahaman qadar dan yang mula

memperkatakan al-Quran itu makhluk. Beliau dibunuh oleh Khalid Ibn Abdullah al-Qasri dalam masa

pemerintahan Hisyham Ibn Abd. Malik.

Page 23: tajuk 7 (zul n hafiz)

Setelah kemunculan 3 tokoh tersebut, muncul pula golongan yang menafikan qudrat dan iradat manusia.

Mereka menafikan bahawa Allah itu ada sifat dan mengatakan bahawa Allah tidak bersifat.

Golongan ini diketuai oleh Jaham Ibn Safwan. Golongan ini dikenali dengan golongan Jabariah. Jaham berpendapat bahawa semua yang manusia lakukan

adalah dari Allah. Setelah itu,muncul pula golongan Muktazillah. Golongan ini mengatakan bahawa Al-quran itu makhluk. Mereke juga mentafsir ayat Al-Quran dengan kefahaman akal. Pada penghujung abad pertama hijrah, tersebar fahaman

golongan khawarij. Mereka telah mengkafirkan golongan yang melakukan dosa

besar.Pendapat ini disangkal ole Hasan al-Basri. Hasan al-Basri ditentang oleh anak muridnya iaitu Wasal Ibn Ata’

yang mengatakan bahawa golongan yang melakukan dosa besar berada antara dua martabat.

Page 24: tajuk 7 (zul n hafiz)

AKIDAH ZAMAN BANI ABBASIYYAH

Pemerintahan Islam ketika zaman Abbasiyah bertambah luas kawasan jajahannya sehingga masuk ke wilayah Parsi dan Rom.

Ramai orang-orang Ajam (bukan Arab) memeluk agama Islam, kebanyakkan mereka ini dari bekas-bekas agama Majusi, Brahman, Kristian dan sebagainya.

Segala fahaman-fahaman yang terdapat di dalam agama terdahulu menular di dalam agama Islam.

Page 25: tajuk 7 (zul n hafiz)

Untuk membenteras fahaman-fahaman yang salah ini, maka timbullah tokoh-tokoh ilmu tauhid yang membahaskan dan menentang segala salah faham yang terdapat di dalam agama Islam pada ketika itu.

*Seperti contoh : 1)golongan Mu’tazilah mengembangkan fahamannya dengan kecerdasan berfikir dan pendebatan.

2)Semua golongan yang tidak menerima Mu’tazilah ditindas, sehingga masyarakat tidak peduli kepada mereka.

3)Saat itulah muncul Abu Hasan al-‘Asy’ary, salah seorang murid tokoh Mu’tazilah al-Jubba’i menentang pendapat gurunya dan membela

aliran Ahlussunnah wal Jama’ah. Dia berpandangan “jalan tengah” antara pendapat Salaf dan penentangnya.

4)Abu Hasan menggunakan dalil naqli dan aqli dalam menentang Mu’tazilah. Usaha ini mendapat

sokongan dari Abu al Mansur al- Maturidy, al- Baqillani, Imam haramain al- Juaini, Imam al Ghazali dan Ar-Razi.

Page 26: tajuk 7 (zul n hafiz)

Hujah mereka terdiri daripada dalil Al-Quran, Hadis, akal dan adat digabungkan untuk memberi kefahaman yang jelas kepada umat Islam agar mereka faham dan sentiasa mempunyai akidah yang dituntut oleh syarak.

Ilmu akidah ketika zaman ini sangat berkembang pesat, banyak kitab-kitab dalam pelbagai bahasa telah dihasilkan oleh ulamak ketika itu.

Umat Islam ketika itu juga sangat gemar mempelajari ilmu ini dan mereka dapat mengembangkan ilmu ini mengikut hasil kajian yang telah diperolehi oleh mereka.

Sebagai sokongan kerajaan ketika itu terhadap perkembangan tamadun ilmu, telah diwujudkan universiti dan perpustakaan yang besar sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran ilmu-ilmu yang tumbuh di dalam Negara Islam pada ketika itu.

Page 27: tajuk 7 (zul n hafiz)

KESAN TERHADAP PEMBANGUNAN INDIVIDU

1. Menyedari mereka terdiri dari golongan mulia dan bertuah. Bersyukur atas anugerah nikmat iman dan berada atas pegangan akidah yang luhur

2. Menyedari hakikat bahawa iman dan akidah yang lurus dapat menjamin kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat.

3. Menginsafi dan menyedari,iman dan akidah yang mereka miliki akan mendapat ketenangan dan ketenteraman jiwa.

4. Merasakan melalui keimanan dan akidah yang diikuti menyebabkan perasaan redha dalam diri mereka.

Page 28: tajuk 7 (zul n hafiz)

5. Berpegang dengan akidah yang benar dan keimanan yang jitu membawa ke arah pembangunan sudut spiritual dan mental serta fizikal

6. Membentuk pembangunan diri serta menyedari hakikat diri sebagai hamba.

7. Kesan akidah yang meresapi jiwa sahabat telah menghasilkan pembangunan individu yang sentiasa bercita-cita dan bertekad membentuk kemajuan diri dan menambahkan tingkatkan keimanan dengan cara syariat.

8. Kesimpulannya,kesan akidah yang diterima sahabat memupuk dan membentuk pembangunan dari sudut keimanan,mental juga fizikal.

Page 29: tajuk 7 (zul n hafiz)

KESAN TERHADAP PEMBANGUNAN MASYARAKAT

1. Membentuk perasaan ukhuwah begitu mendalam di kalangan umat Islam dan masyarakat khasnya pada zaman sahabat.

2. Membentuk masyarakat yang bersatu teguh serta menjadi kuat.

3. Mengarahkan masyarakat ke arah kehidupan yang positif dan maju.

Page 30: tajuk 7 (zul n hafiz)

PENUTUP

Setiap umat Islam wajib mengetahui dan mempelajari sejarah akidah Islam agar dapat berpegang dengan akidah yang benar.

Selain itu,umat Islam wajib berpegang pada satu akidah yang benar iaitu akidah Islam.

Akidah merupakan asas yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita.

Kesimpulannya, kita tidak akan terpesong dari akidah yang benar.