tajuk 7-seni dan budaya

76
PSV 3101: PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAJUK 7 PENGENALAN KESENIAN PELBAGAI BUDAYA Sinopsis Tajuk ini meliputi kesenian pelbagai budaya yang merangkumi dari Alam Melayu, Islam, Barat, China, Jepun dan India. Setiap budaya mempunyai pelbagai kesenian yang mempunyai konsep dan nilai yang tersendiri. Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh menghuraikan konsep setiap kesenian, mengenali pelukis dan karya yang dihasilkan. Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat; 1. Menganalisis dan menghargai kesenian pelbagai budaya dalam aspek-aspek bidang, konsep dan nilai serta karya-karya terkenal. 2. Memahami dan menyedari bahawa setiap hasilan kesenian pelbagai budaya terdapat pelbagai teknik, gaya dan konsep yang ingin diperkenalkan.

Upload: salwa-binti-bahadun-salwa

Post on 26-Sep-2015

1.071 views

Category:

Documents


48 download

TRANSCRIPT

PSV 3101: PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAJUK 7 PENGENALAN KESENIAN PELBAGAI BUDAYA

Sinopsis

Tajuk ini meliputi kesenian pelbagai budaya yang merangkumi dari Alam Melayu, Islam, Barat, China, Jepun dan India. Setiap budaya mempunyai pelbagai kesenian yang mempunyai konsep dan nilai yang tersendiri. Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh menghuraikan konsep setiap kesenian, mengenali pelukis dan karya yang dihasilkan.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat;

1. Menganalisis dan menghargai kesenian pelbagai budaya dalam aspek-aspek bidang, konsep dan nilai serta karya-karya terkenal. 2. Memahami dan menyedari bahawa setiap hasilan kesenian pelbagai budaya terdapat pelbagai teknik, gaya dan konsep yang ingin diperkenalkan.

4.3 Kerangka tajuk Pengenalan Kesenian Pelbagai Budaya

ALAM MELAYU

ISLAM

BARAT

PELBAGAI BUDAYA

INDIA

CHINA

JEPUN

1. ALAM MELAYU

Sejarah Kesenian Alam Melayu

Sejarah telah membuktikan pengislaman masyarakat di dalam alam Melayu ini melalui catatan-catatan sejarah yang telah dikatakan berlaku sekitar kurun permulaan hijrah lagi. Buktinya ialah, terdapat satu batu nisan diukir dengan huruf-huruf arab yang bertarikh tahun Masihi 1082 hingga 1102 telah dijumpai di Gerisik Jawa. Namun begitu, perselisihan berlaku untuk menentukan dari mana asal kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu ini. Kebanyakkan ahli sejarah menetapkan kedatangan Islam dari Perlabuhan Cambay daerah Gujerat berdasarkan batu-batu nisan yang mula-mula ditemui. Batu nisan yang terdapat di perkuburan Sultan Malikus Salleh ( 1297M ) di Pasai, batu nisan Waliullah, Abdullah bin Muhammad (1407M) adalah hasil pertukangan tangan orang Islam di Gujerat(Dasuki Ahmad.1982). Manakala dakwaan sesetengah pendapat lain mengatakan agama Islam ini datang dari negeri China yang terus ke Terengganu berdasarkan sebuah batu bersurat bertulis yang membuktikan bahawa sekumpulan orang Islam telah mendiami Terengganu sekitar tahun 702H/1303M, Tempat tersebut ialah di Kuala Berang lebih kurang dua puluh batu ke Hulu Sungai Terengganu. Buktinya masih dapat dilihat di Muzium Negara Kuala Lumpur, iaitu Batu Bersurat Terengganu, batu yang tertulis dalam bahasa Melayu jawi. Dalam tulisan itu antara lain terdapat susunan peraturan tentang undang-undang kekeluargaan dan hukuman terhadap perzinaan. Namun pendapat ini tidak dapat diterima oleh para sejarawan berdasarkan beberapa sebab antaranya Terengganu bukanlah tempat yang menjadi tumpuan para pedagang China untuk menjalankan perniagaan di Tanah Melayu. Selain itu,juga ditemui batu bersurat Islam yang dijumpai di daerah Sungai Ujong Negeri Sembilan iaitu batu nisan yang ganjil di Pengkalan Kempas, Sungai Linggi. Batu nisan ini menunjukkan kubur seorang yang bernama Ahmad telah meninggal dunia pada tahun 1467M .Selain itu, terdapat juga ukiran yang tertulis di wang dinar milik seorang syeikh dari Patani yang datang berdakwah ke negeri Kelantan. Pada wang tersebut telah tertulis angka arab 577 yang mungkin bermaksud 557H telah dijumpai di sana. Manakala terdapat juga ukiran di batu nisan sultan Pahang yang pertama bernama Sultan Muhammad yang telah meninggal pada tahun 1475M. Batu nisan tersebut dapat dilihat di Makam Langgar dan batu inilah batu bertulis yang terawal di temui di Pahang(Dasuki Ahmad.1982). Ukiran Kayu Melayu Tradisional Seni ukiran tidak dapat dipisahkan daripada seni rupa kerana satu bentuk seni dalam bidang yang sama. Bidang ini juga tidak dapat dipisahkan daripada kebudayaan Melayu yang berterusan sepanjang zaman.Pada masa lampau, titik permulaan dari peralihan zaman prasejarah ke era zaman sejarah terdapat satu zaman yang penuh dengan cabaran bagi orang Melayu, iaitu zaman yang digelar zaman kebudayaan batu hidupatau megalitik. Pada ketika itu, manusia telah mendirikan tugu-tugu batu yang mempunyai nilai spiritual yang berhubung dengan kepercayaan yang berbentuk anamisme dan pemujaan leluhur yang mereka anuti ketika waktu tersebut. (Abdul Halim Nasir 1986).Bertempat di Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan yang terletak kira-kira 30km ke tenggara bandar Seremban terdapat tugu-tugu 22 batu megalitik yang berbagai-bagai bentuk seperti pedang, dayung, sudu, kura- kura dan lain-lain lagi. Batu yang berbentuk pedang itu terdapat ukiran-ukiran yang dipahat timbul menggambarkan haiwan yang menyerupai ular atau naga. Pada batu megalitik yang disebut Batu Kemudi terukir bentuk beberapa ekor haiwan yang menyerupai anak rusa atau kijang(Abdul Halim Nasir 1986). Contoh-contoh yang terukir pada batu megalitik di Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas itu membuktikan bahawa nenek moyang orang-orang Melayu pada zaman sebelum tercipta tulisan merupakan pencipta ukiran yang mempunyai kebolehan dan menghayati seni ukiran(Abdul Halim Nasir 1986). Persejarahan mengenai seni rupa yang menjadi induk kepada lain-lain bentuk seni akan mengingatkan kita kepada beberapa peninggalan sejarah purba di Gua Tambun, Ipoh Perak. Pada salah sebuah batu kukup ( rock shelter ) yang condong ke arah luar itu masih terdapat lakaran-lakaran lukisan yang merupakan hasil karya manusia di zaman kuno. Tidak dapat dibuktikn sama ada itu adalah keturunan kita atau tidak, namun demikian lakaran itu membuktikan kepada generasi masa kini yang mereka juga sudah berminat terhadap bidang seni dan peneroka bidang terebut lebih awal daripada yang kita sangkakan. Peninggalan warisan yang sedemikian itu merupakan karya seni yang tidak ternilai dan menjadi khazanah yang terpenting(Abdul Halim Nasir 986). Melalui artifak-artifak sama ada yang ditemui secara tidak sengaja atau secara penggalian oleh ahli-ahli arkeologi di tempat-tempat tertentu seperti di muka-muka gua, tanah-tanah lapang, di pinggir sungai, kita dapat melihat hasil kemahiran mereka dalam mencipta seni ukiran bagi menghiasi alat-alat keperluan seperti tembikar-tembikar yang dibuat daripada tanah untuk keperluan memasak atau alat-alat yang digunakan dalam amalan-amalan yang bersifat rohaniah(Abdul Halim Nasir 1986).

Seni Bina Alam Melayu

1. Seni bina Melayu dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti cara hidup alam sekitar, iklim dan faktor ekonomi. Faktor persekitaran yang kaya dengan hutan hujan tropika membekalkan jenis-jenis kayu keras untuk bahan binaan.

2. Iklim panas dan lembab mempengaruhi reka bentuk rumah yang dibina. Contohnya rumah dibina tinggi untuk menggalakkan pengudaraan. Cara hidup dan adat resam , nilai, anutan agama mempengaruhi seni bina terutama dari segi konsep ruang dan bilangan ruang dalam rumah.

3. Kegunaan ruang rumah juga mempunyai kaitan dengan kegiatan ekonomi pemilik rumah sama ada sebagai petani atau nelayan.

4. Rumah berpanggung ialah jenis rumah yang mula-mula didirikan oleh orang Melayu di semenanjung.

5. Rumah berpanggung ialah bertiang, mempunyai lantai yang tinggi dari permukaan tanah serta bumbung berbentuk V terbalik yang dikenali sebagai lipat kijang. Pada pertemuan bumbung terdapat kayu keras panjang lurus yang dipanggil tulang bumbung.

6. Dalam catatan Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin , terdapat penjelasan tentang peraturan adat istiadat yang melarang orang awam mendirikan rumah beranjung dan bertingkat.

7. Rumah limas (Johor) dipengaruhi Bugis, Banjar dan Belanda.Orang Bugis mengumpamakan rumah sebagai tubuh badan manusia, jika mempunyai tulang selangka, rumah juga terdapat jenang-jenang. Tiang rumah juga dianggap sebagai kaki yang menyokong tubuh manusia.

8. Rumah Minangkabau (Negeri Sembilan) dipengaruhi seni bina Minangkabau.

9. Rumah Serambi (Melaka) mempunyai cirri-ciri seni bina Bugis, Jambi Riaudan Minangkabau. Pengaruh seni bina Cina terdapat pada tangga batu yang berjubin.

Ragam hias seni bina Melayu

1. Dipenuhi dengan pelbagai jenis ukiran kayu. Bentuk ukiran kayu yang terdapat pada rumah tradisional ialah ukiran tebuk tembus atau ukiran pola pemidang atau pola bingkai.2. Motif ukiran pola pemidang yang dihasilkan ialah motif itik pulang petang, semut beriringan, lebah bergantung, tampuk manggis dll. Ukiran ini menghiasi tangga, penutup bendul dll.3. Ukiran tebuk tembus biasanya terdapat pada bahagian selasar dan sebelah atas dinding. Ukiran silat dibuat pada bahagian pintu, manakala ukiran kerawang terdapat pada cucur atap4. Ukiran kayu berfungsi sebagai laluan pengudaran di dalam rumah.

Contoh : Rumah Melayu Tradisional

Ukiran kayu

Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya. Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita.Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya. Dalam bidang ini, fokus akan ditumpukan kepada seni ukiran masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sarawak dan masyarakat orang asli.

Sejarah Ukiran Kayu Melayu

Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung.Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun dahulu.Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman.Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran.Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-istana tersebut.Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.

Contoh : Ukiran Tebuk Tembus

Teknik dan Gaya Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Tiga teknik utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk timbul. Bentuk ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu bujang, lengkap dan pemidang

Bentuk Bujang Bentuk ini berdiri terasing, bebas, dan tidak terikat, berkait atau bersambung-sambung.Biasanya bentuk ini menampilkan motif bulan, bintang, matahari, kuntuk bunga ataupun putik buah.

Bentuk Pemidang Bentuk ini menampilkan motif yang menggambarkan pergerakan sederhana dan tidak berbelit-berbelit.Bentuk ini mempunyai bingkai atau pemidang. Ukiran-ukiran yang dibuat dalam bentuk ini diberi nama-nama yang menarik seperti itik pulang petang, badak mudik, setampuk manggis dan lain- lain.Biasanya Bentuk pemidang digunakan untuk jala-jala rumah serta benda-benda yang terdapat di dalam rumah seperti tepak sirih, almari dan dulang kayu.

Bentuk Lengkap Bentuk ini menggabungkan ciri-ciri bentuk bentuk bujang dan bentuk pemidang.Bentuk ini menitikberatkan unsur tumbuh-tumbuhan, merangkumi akar, batang, buah, dahan, daun, putik dan sulurnya.

Alat Alat-alat yang digunakan untuk seni ukiran adalah seperti gergaji, ketam, tukul besi dan paling penting pahat.

MotifMotif makhluk halus, contohnya ayam, badak dan itik (ayam berlaga, badak mudik dan itik pulang petang)

Motif angkasa atau kosmos yang menerapkan gambaran awan larat seperti bintang, matahari, bulan dan bukit bukau

Motif Geometri menampilkan bentuk bulatan dan bentuk segitiga yang disusun berderet. Kadangkala bentuk segitiga ini dicantum dengan sulur-sulur tumbuhan. Biasanya, motif-motif ini terdapat pada alat-alat tembikar, sarung keris, tepak sirih dan barang-barang tembaga.

Motif seni khat atau kaligrafi, menggunakan huruf Arab, terutamanya petikan Quran dan tulisan Jawi.Motif ini banyak terdapat di ambang pintu rumah, masjid dan surau serta pada alat-alat keagamaan seperti rehal.

Fungsi Ukiran Kayu

Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan mimbar, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda dan kereta lembu.

Latihan (a) Rumah Limas - Johor, Malaka, Pahang, TerengganudanSelangor. (b) Rumah Melaka - Johor dan Malaka. (c) Rumah Minangkabau - Negeri Sembilan. (d) Rumah Bumbung Panjang Selangor - Selangor. (e) Rumah Kutai - Perak dan Selangor.

1. Cari perbezaan reka bentuk dan gambar bagi rumah-rumah tradisional yang dinyatakan di atas .

2. Seni Islam Seni Islam membenarkan umatnya berimaginasi dan berkreativiti dalam pemikiran mereka, perlu dijaga dan disuburkan dalam ruang dan batasan syariat. Kesenian Islam berteraskan konsep tauhid dan bertujuan untuk mempertingkatkan agama.Seni harus menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah.Kesenian Islam hendaklah memaksimumkan kesedaran tentang keesaan Allah.Tiada pemisahan antara seni dan agama.Elemen dalam kesenian Islam yang diulang-ulang berbentuk geometri.Tiada elemen-elemen figura kesenian Islam berteraskan konsep tauhid dan bertujuan untuk mempertingkatkanagama.Seni harus menjurus kepada pengabdian diri kepada Tuhan.Kesenian Islam hendaklah memaksimumkan kesedaran tentang keesaan Allah.Tiada pemisahan antara seni dan agama.

Perkaitan antara Islam, seni dan estetika adalah erat dan rapat sekali.Sifat dinamik ajaran Islam membolehkan penganut-penganutnya menghayati keindahan dalam pelbagai bidang; tidak tertumpu hanya dalam bidang seni sahaja.Dalam mendiskusikan tajuk ini perlu didefinisikan apakah Islam, seni dan estetika secara berasingan sebelum boleh dilihat perkaitan yang berfaedah dan yang tidak berfaedah.Ini penting dari kita menolak secara melulu menurut dogma semata-mata, bertaklid buta atau menerima tanpa diskusi mendalam. Secara amnya, Islam adalah agama yang diwahyukan Allah s.w.t semenjak Nabi Adam a.s sehingga ke nabi dan Rasul terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. Islam dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bermaksud beriman kepada Allah s.w.t., mengimani para Nabi dan Rasul, para Malaikat, hari akhirat, qadha dan qadar dan kitab-kitab yang diwahyukan Allah s.w.t. Manusia diberi amanah melalui Islam bahawa mereka dan para jin dijadikan semata-mata untuk menyembah Allah s.w.t. Islam juga adalah penyerahan secara mutlak melalui hati, pengucapan lisan dan tingkah laku melalui refleksi amalan dan ibadat.Seni pula punya pelbagai definisi dan tafsiran.Namun secara umumnya seni boleh didefinisi sebagai satu manifestasi dan pancaran rasa keindahan, pemikiran, kesenangan dan perasaan yang lahir daripada seniman atau pengkarya.Kebanyakkan takrif seni lebih menekan dan menjurus mengenai keinginan manusia untuk menghasilkan sesuatu aktiviti.Estetik membawa maksud kepekaan.Estetik ialah kajian tentang keindahan (science of beauty) iaitu penghujahan tentang persepsi atau pengamatan tentang bidang seni.Justeru dapat dilihat perkaitan erat antara Islam sebagai petunjuk dan wahyu dengan seni yang memaparkan rasa keindahan dan estetik yang menghuraikan rasa keindahan tersebut.

Ini amat bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w bahawa "Allah itu indah dan sukakan keindahan." Namun apa yang penting ialah apakah tugas seseorang pengkarya Islam? Bagaimanakah seseorang pengkarya Islam dapat mengaitkan rasa kesenian dan estetik keindahan dengan cara hidup Islam? Persoalan ini teramat penting kerana sebagai individu Islam, selain dari menunaikan kewajipan dan suruhan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w, umat Islam turut bertanggungjawab memaparkan rasa keindahan tersebut agar kehidupan di dunia ini dapat dilestarikan sehingga ke akhirat.Rasa keindahan itu juga seharusnya selari dengan tuntutan dan perintah syariat dengan menunaikan segala kewajipan dan meninggalkan segala laranganNya. Umat Islam juga diperintahkan agar menunjukkan segala perbuatan dan amar makruf yang baik dan terpuji selari dengan ajaran Al-Quran.Ini dapat melahirkan penseni Islam yang bertanggungjawab terhadap karya-karya mereka dan tidak terbawa-bawa oleh arus teori-teori Barat tanpa menyaring dan mengkajinya.Bagaimana yang dikatakan bertanggungjawab terhadap karya-karya mereka?Apakah penseni Islam yang memaparkan kebobrokan dan kejelikan sikap dan nilai hidup dapat dipertanggungjawabkan? Apakah nilai yang akan dibawa oleh penghayat yang menghayati karya-karya sebegitu? Apakah karya-karya mereka akan menambah nilai positif, murni dan baik dalam kehidupan bermasyarakat atau semakin menambahparah lagi keadaan sosial dan akhlak masyarakat?Inilah persoalan yang seharusnya difikir terlebih dahulu oleh penseni Islam sebelum mereka melahirkan sesebuah karya agar selari dengan tuntutan Islam. Pengkarya Islam seharusnya menjadi pemangkin terhadap segala persoalan hidup bermasyarakat dan bersosial agar selari dengan tuntutan murni Islam dan bukan membelakanginya apatah lagi mencemuh. Justeru dapat mengaplikasikan tanggungjawab sebenar Muslim iaitu menyuruh yang makruf dan melarang yang mungkar dalam konteks kepatuhan penuh kepada Allah s.w.t. mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Wallahu'alam. Zaman Keemasan kesenian Islam berlangsung dari tahun 750 hingga abad ke-16, apabila seni tembikar, kaca, seni logam, tekstil, manuskrip berhias dan pertukangan kayu berkembang maju. Sepuh berkilat merupakan sumbangan Islam yang terunggul kepada seni tembikar. Manuskrip berhias menjadi suatu seni yang penting dan amat dihormati, dan lukisan potret kenit berkembang maju di Parsi. Seni khat,salah satu aspek tulisan Arab yang penting, berkembang dalam manuskrip dan perhiasan seni bina.

Peranan Kesenian Islam Seseorang seniman perlu memahami ajaran Islam yang hendak disampaikan melalui seni sama ada seni lukisan, muzik, seni bina, seni pentas. Kesenian Islam perlu mempunyai mesej yang jelas.Kesenian boleh mendidik manusia supaya menjadi insan yang baik dan hampir kepada Allah.Para seniman mempunyai tanggungjawap sosial dalam konteks syariah Islamiah.

Bidang Kesenian Islam 1. Kaligrafi Bermaksud tulisan yang indah.Kaligrafimempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian.Seni khat mempunyai kaitan rapat dengan jiwa Islam, memandangkan penulisannya menggunakan huruf-huruf al-Quran.Antara ciri-ciri kaligrafi ialah menekankan tentang perlunya keseimbangan pola negatif dengan pola positif

Jenis-jenis kaligrafi Islam:(a) Khat Rayhani : Menyerupai khat thuluth, huruf lebih lebar dan panjang dan mempunyai tanda-tanda shakl.

(b) Khat Nasakh : Diperindah oleh Ibn Muqlah. Beliau menentukan panjang, pendek dan jarak huruf serta gaya dan irama dgn rapi. Banyak digunakan dalam menulis buku-buku akademik terutama Al Quran, hadis, tafsir.(c) Khat Farsi : Mula dikembangkan oleh ahli-ahli khat Parsi. Banyak digunakan utk penulisan buku2 kesusasteraan, nama dan tajuk karangan majalah & surat khabar.

(d) Khat Riq'ah : Tulisan arab yang dapat ditulis dengan cepat & sesuai dengan gerakan tangan.

(e) Khat Diwani : Catatan atau antologi karangan.inspirasi dari model khat lain. Hanya digunan untuk hiasan sahaja.

Contoh: Kaligrafi Khat Diwani

2. Arabesque(a) Penekanan terhadap pergerakan dan pengulangan serta kesinambungan objek-objek(b) Menolak bentuk-bentuk konkrit yang melambangkan ketuhanan(c) Objek manusia tidak menjadikan subjek kerana insan Kamil tidak menampilkan dirinya kepada tuhan secara tampak

Contoh: Corak Arabesque

2. SENI BINA ISLAM (MASJID)(a) Struktur masjid terdiri dari menara, mihrab dan mimbar masjid.(b) Menara menara digunakan sebagai ruang untuk muazim atau bilal melaungkan azan .(c) Pembinaan menara yang tinggi membolehkan laungan azan kedengaran dan tersebar luas dalam radius atau lingkungan yang jauh.

(d) Mihrab anjung masjid yang menganjur kea rah kiblat. Ia merupakan satu ruang paling hadapan dalam dewan sembahyang.(e) Mihrab ialah tempat imam memimpin sembahyang.(f) Mimbar pentas atau panggung di dalam masjid untuk berkhutbah . Umumnya mimbar merupakan tempat untuk menyampaikan maklumat atau mesej yang bermakna kepada pendengar seperti berpidato, berbahas dll.(g) Mimbar dibina tinggi untuk membolehkan para pendengar melihat dengan jelas individu yang menyampaikan ucapan.

Masjid Putrajaya, Putrajaya

Prinsip Seni Islam

(a) Al Tawhid (Devine Unity)(b) Ruang Kosong (Void)(c) Anikonism

Al Tawhid(a) Tiada yang kekal melainkan Allah(b) Hakikat bahawa Allah tidak mungkin dapat ditanggap melalui daya fikir dan daya lihat manusia, adalah realiti sebenar(c) Tiada yang kekal melainkan Allah(d) Hakikat bahawa Allah tidak mungkin dapat ditanggap melalui daya fikir dan daya lihat manusia, adalah realiti sebenar

Ruang kosong(a) Bayangan palsu objek(b) Kewujudan objek-objek sebagai manifestasikuasa Allah(c) Simbol positif(d) Simbol mutlak - Bentuk, warna, rupa dan lain-lainasas seni reka

Anikonism(a) Menjauhkan lambang / simbol perantaraan antara manusia dengan tuhan(b) Menghalang terjemahan sifat wujudnya Allah

Latihan

1. Prinsip-prinsip seni Islam banyak terdapat dalam catan manuskrip padaZaman silam . Sila bincangkan satu seni Islam tentang prinsip- prinsip tersebut ?

3. SENI BARAT

3.1 Impressionism Satu aliran seni yang menumpukan kepada konsep cahaya dan kesannya terhadap objek yang dilihat. Pelukis-pelukis aliran ini cuba menggambarkan kesan pembalikan cahaya itu seperti yang dilihat tanpa mencampurkan warna terlebih dahulu di dalam pallete. Warna-warna bertindan-tindih antara satu sama lain di atas kanvas.

Artis Impresionism: Edward Manet (1823-1883) Cloude Monet (1840-1926) Renoir (1841 - 1919) Pissaro (1830)- 1903) Sisley (1839-1894) Georges Seurat (1859-1891) Edgar Degas (1834-1917)

Georges Seurat Sunday Afternoon on the Island of La Grande Jatte, 1884-86. Oil on canvas

3.2 Post Impressionism Istilah dipopularkan oleh Roger Fry bagi menyatakan tentangan terhadap artis aliran Impressionism yang hanya melukis apa yang dilihat terutamanya mengenai cahaya bukan apa yang menggerakkan alam pemikiran

Ciri-ciri Post Impressionism(a) Mencipta bentuk bentuk bukan meniru bentuk(b) Seni adalah kejelasan logik tentang struktur(c) Karya Seni bukan sains tulen tetapi adalah seni(d) Tidak harus berlaku seperti era Impressionism yang berlandaskan hukum pembalikan cahaya tetapi harus dapat memberikan ruang penyataan diri

The Starry NightVincent Van Gogh1889

3.3 Renaisance(a) Bermaksud kelahiran semula (re-birth) atau zaman cahaya / keemasan/ kegemilangan(b) Berkembang di Eropah dalam abad ke 14 khususnya dalam bidang kesenian. Seterusnya berkembang ke semua bidang (spt sains, filosofi dan sebagainya) dalam abad ke 16

Renaissance membawa erti;(a) Meningkatkan minat di kalangan orang barat terhadap catan, seni arca dan seni bina(b) Raja-raja dan kaum bangsawan menghiasi istana dan mahligai mereka dengan karya seni yang cantik dan bermutu (c) Gereja-gereja juga dihiasi dengan seni catan dan arca serta dibina dengan kemahiran seni bina yang mengkagumkan(d) Pelukis-pelukis menjadi sanjungan masyarakat - dan berada pada darjat tertinggi.

Ciri-ciri renaissance(a) Manusia sebagai pemusatan/ tumpuan(b) Idea peniruan - penumpuan kepada saint dan anthony(c) Falsafah baru(d) Menggunakan perspektif, ruang dan lain-lain unsur seni

Renaissance terbahagi kepada 3 bahagaian;(a) Renaissance awal di Italy (The Renaissance in Florence)(b) Renaissance Pertengahan di Italy (The Renaissance in Vanice)(c) Renaissance di Utara (Northern Renaissance)

Mona Lisa - Leonardo da Vinci (1503) Minyak atas kanvas The Louvre Paris

Latihan:Seni catan di Barat telah mengalami perubahan perubahan aliran pada setiap zaman. Banding beza 5 ciri gaya catan Aliran Impressionism, Post Impressionism dan Renaissance .

4.Seni China

Ciri-ciri Seni Catan ChinaSeni catan mengambil tempat yang agak istimewa dalam Tamadun China. Ini kerana ia sering mendapat naungan dari pihak istana. Golongan pemerintah dan kelas elit semasa Dinasti Tang dan Sung merupakan pendokong utama dalam bidang ini. Contohnya Maharaja Hui Tsung dari Dinasti Sung merupakan seorang seorang yang mencintai kesenian dan lukisan.Beliau menaungi bidang catan dan meberi jaminan latihan kepada artis-artis catan. Namun demikan kemuncak bidang ini terganggu sedikit apabila Dinasti Yuan memrintah ChinaCorak catan China berbeza dengan catan Barat.Pada zaman awal interaksi antara orang Cina dengan Barat menyaksikan bagaimana orang barat membuat kajian terhadap lukisan Cina dan sering mengkritik lukisan Cina.Seorang Padri Jesuit yang pernah sampai ke China pada abab ke 17 iaitu Matteo Ricci menyatakan seniman Cina tidak mempunyai pengetahuan dalam seni catan.Pendapat beliau dikongsi bersama oleh kebanyakkan orang Barat yang pernah sampai ke China pada abab ke 17 hingga ke 19.hanya segelintir orang Barat yang mengakui dan menghargai lukisan Cina. Perbezaan antara seni catan Cina dan Barat adalah pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua pihak.Barat gagal memahami motif dan kaedah yang digunakan oleh pelukis Cina.Karya-karya Cina berkait rapat dengan falsafah, nilai-nilai dan citarasa masyarakat Cina.Dalam hal ini, pengaruh fahaman Taoisme amat kuat mempengaruhi karya-karya Cina.Bagi masyarakat Cina lukisan dipandang tinggi.Lukisan bagi mereka tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan mereka.Lukisan umpama memberi ketenangan bagi mereka. Kadang-kala orang Cina boleh leka melihat lukisan-lukisan yang bergantung dinding rumah mereka. Ini kerana bagi mereka lukisan mempunyai erti. Berbeza dengan lukisan bangsa lain, Lukisan orang Cina tidak mementingkan rupa tetapi maknanya. Oleh itu, kebanyakkan catan yang dilukis berbentuk ringkas.Oleh kerana itu, kebanyakkan catan yang ditonjolkan oleh pelukis tidak menggunakan banyak warna.Manakala alat yang digunakan oleh meraka agak mudah seperti dakwat hitam dan berus yang dibuat darpada bulu kambing. Catan akan dilukis pada kain sutera atau kertas serap yang diperbuat daripada pulpa buluh. Namun demikian, seni catan Cina juga boleh didapati di dinding-dinding istana.Keadaan ini banyak berlaku pada zaman klasik.

Tiga Gaya Catan China(a) Gaya TelitiDalam gaya ini, objek yang ingin dipaparkan bersifat detail, kecil dan halus. Sebagai contoh dalam catan burung dan ikan, sisik dan bulu burung ditunjukkan.Justeru itu, pengendalian berus dilakukan secara perlahan-lahan dan berhati-hati.Selain dari dakwat, penggunaan warna yang terang juga turut digunakan. Biasanya arts akan menggunakan permukaan yang tidak menyerap air seperti sutera alam.(b) Gaya SpontanIa dikenali sebagai gaya golongan cendekiawan dan dipengaruhi oleh kaligrafi Cina dan pantun. Semasa Dinasti Sung, gaya ini dominant sehingga penggunaan yang sepenuhnya.(c) Gaya LangsungMelalui gaya ini, artis akan membuat penaksiran semula terhadap alam. Sapuan berus dilakukan secara cepat dan tangkas.Karya kelihatan abstrak.

Catan bertemakan ikan dan bungaTajuk: Pa-ta Shan-jen Dilukis pada tahun 1624-1705Sumber : http://www.chinapage.com/painting/pata05.html

Contoh : Lukisan Cat Air (Teknik basah atas basah)

Seni Bina ChinaSeni pembinaan Cina merupakan satu yang unik. Ini kerana reka bentuknya agak berlainan dari tamadun lain, kecuali di sebelah Asia Timur. Secara umumnya, seni bina Cina meliputi beberapa bangunan tersendiri seperti istana-istana, tempat beribadah dan taman-taman maharaja.Selain itu, kota-kota lama China seperti Anyang dan Changan juga direka berdasarkan pembinaan tembok-tembok besar bagi menghalang kemaraan musuh.Kajian mengenai bangunan-bangunan lama dan tempat tinggal orang Cina telah banyak dibuat oleh ahli arkeologi.Antara tempat yang pernah menjadi kawasan penyelidikan ialah Banpo di luar Xian.Di situ didapati kampong dikelilingi oleh parit; rumah berbentuk segi empat atau bulat, berlantai tanah dan berdinding pagar.Atap disokong oleh tiang bulat yang diletak di dalam rumah dan alang ditutupi lapsan yang bercampur tanah liat dan jerami.Pintu masuk rumah di sebelah selatan.Manakala Bandar lama seperti Shang terletak berdekatan dengan perjalanan sungai.Masyarakat Bandar pula terdiri dari beberapa kelas.Oleh itu Bandar dibahagikan dengan membina dinding-dinding untuk penempatan kelas aristocrat, bangunan upacara, dan pelbagai kumpulan tukang. Manakala dinding-dinding Bandar diperbuat daripada tanah dab dikelilingi pula oleh parit. Kebanyakkan Bandar-bandar Cina kemudiannya mengikuti contoh Bandar awal Shang.Antara ciri-ciri pentingnya ialah berdinding, dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk kedai dan pedagang, jalan dikakasi dari selatan ke utara dan timur ke barat dan sempadan untuk kawasan keluarga diraja dan aristokrat.Pada peringkat awal penggunaan bahan-bahan untuk pembinaan bangunan boleh didapati di sekitar kawasan pembinaan. Pada zaman Dimasti chou, jubin-jubin tanah liat digunakan untuk menutup atap. Manakala semasa zaman Negeri-negeri Berperang munculnya penggunaan batu-bata.Walaubagaimana pun penggunaan batu bata ini telah dijumpai lebih awal namaun penggunaannay tidak meluas.Manakala rumah diperbuat daripada kayu dengan berdinding dan pembahagian telah diteruskan.Batu bata dan batu digunakan untuk membina kubur, bangunan ibadah dan kadang kala untuk membina jambatan.

Konsep Seni bina CinaSecara keseluruhanya bangunan-bangunan lama China mempunyai beberapa ciri utama.Antaranya ;(a) Kebanyakkan banguan lama atau tradisi dibina dariapada material kayu dan batu-bata.(b) Kebiasaannya bagi bangunan-bangunan penting seperti istana-istana dan kuil-kuil mempunyai ukiran yang tersendiri. Gambar-gambar patung seperti naga, harimau, singa dan sebagainya akan menghiasi perkarangan bangunan tersebut atau diukir di dinding-dinding atau atap bangunan tersebut.(c) Mempunyai tembok yang besar, khususnya istana-istana lama yang dibina akan dipagari oleh tembok besar.(d) Pembinaan bangunan bergantung kepada kepercayaan orang Cina seperti Ying dan Yang dan Feng Sui.(e) Warna merah merupakan satu kebiasaan bagi bangunan-bangunan utama. Warna ini merupakan satu kebiasaan bagi bangunan-bangunan utama.Warna ini melambangkan keberanian dan kesejahteraan kepada pemiliknya.

Seni bina Kuil di Yao ShanSumber : http://www.paulnoll.com/China/Tourism/temple-Yao-Shan.html

Seni catan lanskap ChinaDi dalam catan landskap Cina kebanyakannya menerangkan kepercayaan mereka bahawa manusia merupakan sebahagian daripada alam. Cara pelukis Cina melukis catan mereka adalah dengan mengembara ke seluruh pelosok alam ini adalah kerana mereka mahu menghayati dan merakamkan alam dengan penuh kejujuran. Penerapan disiplin yang tinggi semasa berkarya seperti penumpuan, kerajinan, kehormatan serta kemahiran dalam berkarya mesti disemai oleh setiap pelukis Cina. Prinsip-prinsip dalam menghasilkan Catan CinaTerdapat beberapa prinsip yang harus diterapkan dalam menghasilkan catan Cina. Hsieh Ho telah menyenaraikan enam prinsip dalam menghasilkan sebuah catan. Antara prinsip-prinsip berikut adalah seperti Chi yun sheng tung- Getaran rohani atau perasaan pelukis, Ku Fa Yung Pi Kaedah, tatacara, mutu dan nilai sapuan berus, Ying Mu Hsien Hsing- Pemahaman terhadap objek yang dilukis, Sui Lei Fu Tsai- Penggunaan warna yang bersesuaian, Ching Yin Wei Chin- Pembahagian komposisi dan peranan cahaya dan Ching Mu i Hsieh- Belajar melalui peniruan. Prinsip-prinsip inilah yang telah mengasaskan pengalaman ndan penikmatan catan Cina Sejas berabad-abad lamanya seningga kini.Perlambangan dan Falsafah dalam Catan CinaTerdapat banyak perlambangan dan falsafah yang wujud dalam catan Cina seperti:Shan gunung, chi- atmosfera dan hsing bentuk. Merupakan tiga unsur yang lazimnya ada pada sesebuah catan Cina.Gunung lambang kesuburan, keturunan, kekuatan, kesungguhan serta boleh mempengaruhi perasaan dan penghayatan seseorang melalui perubahan atmosfera.Awan awan cerah melambangkan keharmonian, awan gelap menimbulkan suasana kemuraman.

Pokok Pokok besar seperti ru dan pine membawa maksud pasak bumi dan kedudukan mengikut hirarki. Pokok buluh melambangkan kekayaan, lanjut usia, kejujuran, kebenaran serta mampu menghalau hantu. Pokok orkid melambangkan musim luruh manakala pokok plum blossom melambangkan kecantikan dan lanjut usia.

Ikan Tui melambangkan pertambahan rezeki. Jika bewarna keemasan melambangkan status kaya, manakala hitam kehidupannya biasa sahaja. Ikan kelisa melambangkan kekayaan dan keuntungan.Sungai- melambangkan kegembiraan dan keharmonian.Falsafah disebalik menghasilkan CatanDalam menghasilkan Catan Cina, terdapat beberapa falsafah dalam penghasilannya seperti melukis tanpa sombong yang bermaksud, memperelokkan lagi hasil yang telah sempurna bagi mempertingkatkan mutu catan. Pelukis tidak harus cepat berpuas hati dan bangga dengan kerjanya. Falsafah seterusnya adalah tidak menghadapi kerja dengan lalai falsafah ini bermaksud sesorang haruslah bersedia dari segi rohani dan peralatan serta persekitaran sebelum melukis bagi mendapatkan kerja yang sempurna.(a) Dikatakan catan Cina bermula dengan gambar binatang(b) Catan Cina lazimnya dibuat di atas kain sutera atau kertas telap dakwat(c) Perkembangan seni catan terkenal di Zaman Wangsa Tang yang banyak berunsur ugama Budha, Taoism dan Confucianism(d) Zaman Sung, pelukis Cina menggunakn ciri-ciri pemandangan dan kemanusiaanCiri-ciri lukisan china(b) Motif yang digunakan agak terbatas jika dibandingkan dengan catan barat(c) Kebayakan ctan menggambarkan keindahan panorama alam dan semulajadi(d) Catan mempunayi falsafahKaligrafi china(a) Seni tulis cina yang terawal ditemui pada zaman Wangsa Shang (b) (2000 S.M) yang ditulis di atas permukaan buluh, tulang dan kulit kura-kura.(c) Kehadiran Confucius dan Lao-Tzu pada zaman Wangsa Chao, membantu menggalakkan pertumbuhan falsafah, kesenian dan tulisan orang China(d) Dalam tahun 1928-221 SM, terdapat banyak tulisan pada permukaan bejana tembaga dan batu. Tulisannya mempunyai ukuran yang sama.(e) Terdapat 3 tulisan dicipta dalam zaman wangsa Han, iaitu tulisan bentuk biasa (pattern script), tulisan bentuk kasar (Rough Script) dan tulisan sambung (Curcive Script)

Falsafah Catan lanskap China(a) Melukis tanpa sombong secara memperelokkan lagi hasil yang telah sempurna bagi mempertingkatkan mutu catan.(b) Tidak menghadapi kerja dengan lalai (c) Bersedia dari segi rohani dan peralatan serta persekitaran sebelum melukis bagi mendapatkan kerja yang sempurna.(d) Menggambarkan alam semulajadi secara merakamkan keindahan suasana(e) Merujuk perkataan Shang Shui yang membawa maksud gunung dan air.(f) Konsep Yin dan Yangyang menjadi teras dalam stail catan yang menunjukkan keseimbangan dalam kekuatan dan kelemahan

Latihan:

1. Seni bina di China dapat dilihat dengan pesat pada Zaman Wangsa Ming. Bincangkan.5. SENI JEPUN

Sejarah Awal ChinaSejarah awal Jepun dikatakan bermula seawal tahun 8000 S.M. hingga 300 S.M. yang mana masyarakat Jepun pada masa itu dikatakan hidup dalam zaman yang dipanggil Jomon. Nama ini diambil berdasarkan nama sejenis tanah liat yang digunakan oleh masyarakat Jepun pada peringkat Neolitik ini untuk membuat pelbagai peralatan dan barangan dapur yang dipanggil Jomon. Mereka hidup denga cara nomad dan menjalani kehidupan dengan menagkap ikan, berburu dan mengumpul makanan.Ahli arkeologi telah menjumpai peralatan yang diperbuat daripada batu yang berusia 25,000 tahun di bebrapa tempat di Jepun yang menunjukkan mereka hidup secara primitive dan tidak tahu menggunakan logam. Pada masa yang sama di China, telah muncul Dinasti Shang yang mana orang Cina telah tahu bercucuk tanam padi sawah dan millet, malahan juga pantai menghasilkan dan membuat barangan daripada tembaga dan barangan untuk ritual. Masyarakat jepun pada umunya adalah berketurunan Monggoloid dan mereka mempunyai mempunyai hubungan yang rapat dengan orang China, Korea dan Indo-China.Menjelang kurun ke 3 S. M, satu bentuk kebudayaan yang lebih maju telah muncul di Pulau Kyushu dan kebudayaan ini dipanggil Zaman Yayoi.Zaman ini berbeza dengan Zaman Jomon di mana alat- alat logam seperti tembaga dan besi telah digunakan di Jepun dan berkemungkinan besar dibawa ke negara China. Masyarakat Jepun pada zaman Yayoi telah mula menerima pengaruh China iaitu selain tahu menggunakan logam mereka juga pandai bercucuk tanam berbanding dengan kehidupan di Zaman Jomon. Pengetahuan bercucuk tanam terutamanya penanaman padi basah atau padi sawah telah merubah sama sekali corak kehidupan awal Jepun. Mereka telah tahu dan megenal pasti jenis tanah yang sesuai untuk penanaman padi sawah, sistem parit dan pengairan, membuat dan menggunakan peralatan pertanian dan tahu tentang cara sesuai untuk penanaman padi. Selain daripada itu, mereka juga pandai menyimpan makanan terutamanya padi dan ini telah menyebabkan corak sosial mereka berubah iaitu daripada masyarakat tanpa kelas kepada masyarakat yang mula mengambil kira kekayaan dan perbezaan status.Dari segi agama dan kepercayaan pula masyarakat Jepun Zaman Jomon dan Yayoi mempunyai kepercayaan yang berasaskan anamisme iaitu kepercayaan yang meyembah alam semesta dan semangat.Kepercayaan seumpama ini dapat dikesan memalui artifak yang ditemui di perkuburan dan juga tulang-tulang yang membuktikan bahawa mereka amat takut kepada sihir dan hantu. Contohya, mayat-mayat yang ditanam di jumpai dengan kaki dan tangannya terlipat ke belakang dan dadanya dihempap denga batu besar, berkemungkinan untuk mencegah mayat daripada bangun. Dari sinilah kita lihat masyarakat Jepun yang hidup cara berkumpulan (uji) atau klan telah bersaing sesama sendiri dan akhirnya muncul satu puak yang terkuat dipanggil puak Yamato.Puak Yamato telah menyuasai kebanyakkan kawasan yang sesuai didiami pada masa itu dan memaksa puak lain untuk menyembah dewa mereka yang dipanggil Amaterusu Omikami iaitu Dewa Matahari yang dikatakan asal-usul Maharaja jepun. Dari sinilah muncul agama awal Jepun yang dipanggil Shinto atau cara tuhan-tuhan. Dari itu bolehlah dikatakan bahawa agama Shinto merupakan lanjutan dari fahaman ananisme kuno bercampur pula dengan adat menyembah nenek moyang dan menyembah matahari.

Ciri-ciri kesenian zaman Pra Sejarah Jepun

Seni Tembikar Jomon Zaman Jomon adalah nama bagi corak di atas kebanyakkan tembikar yang telah dihasilkan. Ia dihasilkan memalui penekanan tali pintal ke atas tanah liat yang lembap. Selain itu, Jomon atau card markings bermaksud pemintalan corak. Kedudukan pulau yang srategik telah melindungi mereka daripada serangan musuh.Tambahan pula, bekalan makanan yang banyak telah menyebabkan kehiduan penduduk Jomon terjamin.Sekitar tahun 500 SM, pertanian telah muncul dengan penanaman dan penuaian labu dan kacang.Selepas itu, kira-kira 4000 tahun kemudian, masyarakat Jomon telah menghasilkan beras.Namun, peralatan yang digunakan masih daripada senjata batu. Komuniti penduduknya pada masa itu adalah kecil iaitu linkungan lima hingga dua belas rumah. Ini menggalakkan mereka melakukan aktiviti kesenian sebagai satu latihan pratikal khususnya seramik.Seramik Jomon bermula dalam imitasi bakul jerami.Misalnya teko Jomon sebelum ini mempunyai bahagian bawah yang tajam, tetapi setelah penilaian dibuat daripada pembakaran di sepanjang permukaan sisi seharusnya ditanam ke dalam tanah yang lembut atau pasir dan digunakan untuk memasak. Apabila api digunakan dari sisi menyebabkan panas lebih dan tidak sekata. Masyarakat Jomon biasanya mengukir bekas mereka dengan lingkaran tanah, dibakar dalam unggun api secara relatifnya pada suhu yang rendah. Kebanyakkan pengkaji menyatakan bahawa tembikar Jomon dihasilkan oleh kaum wanita, iaitu sebagaimana yang dipraktikkan oleh budaya sebelumnya terutamanya sebelum penggunaan roda seramik.

Reka bentuk tembikar Jomon Sumber : http://www.womensearlyart.net/reference/jomon.html

Seni Tembikar Yayoi Zaman Yayoi lebih merupakan zaman permulaan kemasukkan pengaruh China.Dengan ini, Zaman Yayoi dikenali sebagai mixed culture iaitu campuran antara Jomon-Jin dengan imigran dari China Selatan.Nama Yayoi juga wujud dari sesuatu jenis periuk belanga tembikar yang telah direka pada waktu itu iaitu dari zaman pra-sejarah Jepun sehingga hampir abadke-4 Masihi.Barang-barang tembikar ini telah dicirikan oleh garisan-gariasn lurus dan corak-corak mudah dan kemas.Kemasukkan pengaruh kebudayaan China dan Jepun menyebabkan masyarakat Yayoi mula menerima mula menerima pendedahan dalam bidang pertanian padi sawah dan membuat perkakas-perkakas tembaga dan besi serta jenis periuk belanga tembikar yang baru.Barangan yang diperbuat daripada tanah liat dikenali sebagai barangan tembikar.Ahli-ahli arkeologi menyatakan zaman pertengahan Yayoi mempunyai nilai estetika yang tinggi dalam pembuatan barangan tembikar.Pada zaman ini masyarakat membuat tembikar dengan menggunakan tangan. Barangan tembikar yang dihasilkan hamper-hampir sama dengan hasilan tembikar Dinasti han di negeri China. ( Soame Jenyns, 34, 1971). Barangan tembikar yang dihasilkan itu adalah dalam pelbagai bentuk seperti tembikar bebbentuk blat dan mempunyai leher yang panjang atau leher yang pendek ada pula tembikar yang mempunyai mulut, kadangkala leher dan mulut disertai bersama dalam sebuah tembikar dan sebagainya. Untuk menghasilkan garisan-garisan di atas tembikar ini, masyarakat Yayoi sering menggunakan sikat rambut dan juga gigi gergaji. Di atas tembikar mereka melicinkan dengan menggunakan Spatula dan Iron Oxide untuk menjadikan tembikar itu bewarna red gloss. Hasil barangan tembikar ini mempunyai corak yang halus, mudah dan cantik serta berwarna-warni.Corak lakaran di atas tembikar adalah seperti rangkaian cacing kerawit secara mendatar dalam bentuk berjalur.Dalam penghasilan barangan tembikar, mereka mempunyai pengetahuan pengeluaran yang lebih cekap kerana mereka menggunakan tempat pembakar tanah yang bersisitematik.Tambahan pula barangan tembikar yang dihasilkan itu kukuh kerana masyarakat Yayoi membakar barangan tembikar dengan suhu kepanasan yang tinggi. Barangan tembikar terdiri daripada jar, pepatung yang dikenali sebagai Haniwa misalnya kuda, pahlawan dan sebagainya. Dalam perkuburan (kofun) yang berbentuk lubang kunci juga barangan yang diperbuat daripada hasilan tanah liat. Penyimpanan hasilan tanah liat di dalam kofun ini sudah menjadi kebiasaan masyarakat Yayoi kerana mereka mempercayai ia sudah merupakan tanda penghormatan kepada si mati.Antara seramik yang terdapat pada zaman Yayoi ialah mangkuk, kendi untuk menyimpan abu mayat, teko bertutup dan teko yang berperut luas serta mempunyai leher yang mengembang.Terdapat perkembangan dalam teknologi dalam pembuatan tembikar pada zaman Yayoi.Misalnya pembakaran tembikar memerlukan suhu yang tinggi jika dibandingan dengan pembakaran tembikar pada Zaman Jomon.Perhiasan adalah kurang kerana bekas-bekas yang dihasilkan hanyalah berfungsi secara pratikal.Terdapat penggunaan mesin roda iaitu teknologikal yang signifikan dalam penghasilan tembikar.Masyarakat Yayoi boleh menikmati faedah ataupun kebaikan dengan budaya Jomon. Ini disebabkan penawaran makanan yang lebih, sumber makanan yang stabil, dan penyimpanan makanan yang lebih baik. Secara tidak langsung, zaman ini dapat menggalakkan keupayaan untuk menampung populasi yang lebih besar.

Tembikar Yayoi yang mempunyai pengaruh China Sumber : http://www.asia-art.net/jap_ceramic.html

Seni Tembikar Haniwa.Pada zaman Haniwa, barangan tanah liat berupa bentuk patung, pahlawan, binatang, rumah dan sebagainya.Arca pada zaman ini diperbuat daripada tanah liat.Arca mampunyai saiz yang pelbagai serta bentuk- bentuk yang berlainan seperti figura dan haiwan.Kebanyakkan arca tanah liat yang dihasilkan berfungsi sebagai alatan pengkebumian. Oleh itu, arca-arca ini memiliki struktur yang berlainan antara satu sama lain. Ada arca berbentuk seperti silinder yang mudah dengan lubang di tengah-tengahnya.Ada arca tanah liat pula yang dibuat mempunyai bentuk seperti kuda, figura, kapal dan bunga.Ada antara arca tanah liat yang dihasilkan digunakan dalam pelbagai upacara.Tatapi fungsi arca-arca tersebut adalah kurang jelas.Ini kerana pada masa itu, belum lagi ada sistem tulisan untuk merekodkan sebarang catatan.Walaupun demikian, ada teori yang mengatakan bahawa barangan tanah liat yang dihasilkan berfungsi dalam upacara pengkebumian. Akan tetapi barangan tanah liat ini tidak akan dikebumikan dengan si mati. Oleh kerana ia digunakan dalam upacara pengebumian, banyak barangan tanah liat ini telah ditempatkan di sekitar kawasan perkuburan.Arca tanah liat berbentuk haiwan mempunyai struktur binaan yang dramatik.Ini kerana arca yang dibina menggambarkan seolah-olah sedang berada dalam keadaan pergerakan seperti menari, menyanyi atau sedang membaca mantera.Selain itu, arca figura yang dihasilkan pula mempunyai saiz yang berbeza-beza.Ada arca figura yang berbentuk tinggi dianggap sebagai figura lelaki manakala figura yang lebih kecil dianggap sebagai figura wanita.Ada figura yang menunjukkan hubungan antara ibu dengan anak tetapi tidak mempunyai tafsiran yang tepat terhadap andaian tersebut.

Ciri-ciri Seni catan JepunPerkembangan seni catan Jepun merupakan pengembangan gaya dan teknik dari China dan Korea. Ciri yang menonjol dalam seni catan Jepun ialah penggunaan teknik cat air di atas kertas dan sutera dengan subjek permandangan alam dalam berbagai musim dan titik pandang perspektif Birds eye view.Terdapat pengaruh barat dalam seni catan di Jepun iaitu penggunaan cat minyak pada kanvas.Subjek yang menjadi pilihan pada pelukis catan di Jepun ialah permandangan dan kaligrafi serta kehidupan harian manusia. Penampilan catan Jepun juga adalah sama dengan catan di China iaitu berbentuk skrin lipat ( folding screen) dengan jumlah lipatan yang tidak terhad. Biasanya jumlah lipatan yang digunakan ialah lebih daripada dua dan disesuaikan dengan konsep dan fungsi catan itu sendiri.Cetakan wood block print Jepun yang paling awal adalah dibuat di kuil-kuil agama yang dibahagikan kepada para penganut agamanya.Biasanya seni cetak kayu ini menggambarkan subjek dewa-dewa dan pemimpin agama. Penggunaan warna pada mulanya hanya bertumpu pada warna hitam putih sahaja tetapi pada masa kemudian dibuat juga yang polychromatic dengan tambahan warna emas dan perak.Sumbangan seni catan Jepun pada perkembangan seni catan dunia ialah pengaruh wood block prints yang dapat dilihat pada hasil-hasil karya Claude Minet, Vincent van Gogh dan lain-lain. Dalam catan Jepun, terdapat pelbagai jenis burung, dan bunga-bungaan yang menjadi subjek benda hidup seperti dalam catan China. Semua dipaparkan dengan berhati-hati di mana ia ditunjukkan dalam tema yang artistik kepada nilai yang tersirat disebaliknya.

Seni catan bertemakan lanskapTajuk :Mountain Landscape Saiz : 83.2cm x 39.1 cm Sumber : http://www.lacma.org/art/perm_col/japanese/painting/sokan.htm

Seni Bina Jepun Bagi masyarakat Jepun, kayu merupakan sumber utama seni bina Jepun.Hal ini mungkin berkaitan dengan orang Jepun yang cintai kepada alam dan juga ada kaitan rapat dengan agama Shinto. Pada zaman Jomon, antara 8000 sebelum Masihi hingga 300 sebelum Masihi, orang Jepun memiliki gaya hidup yang asli, penggunaan peralatan batu dan tempat kediaman tersendiri. Contoh Ise (keramat Shinto). Seni bina Jepun selalunya menggunakan kayu tanpa cat dan penggunaan tatami untuk lantai rumah.Pada zaman Nara, perkembangan seni bina Jepun banyak dipengaruhi mellaui agama Buddha. Hal ini dapat dilihat dengan perkembangan pertama melibatkan perpindahan ibu kota Heijo (Nara) yang dibina dengan keluasan 7.8 batu persegi yang bermodelkan Chang-An iaitu ibu kota wangsa Tang lengkap dengan istana, bangunan kerajaan, jalanraya dan biara yang menjadi lambang dan kekayaan Nara.[30]

Pada zaman Nara juga seni dan budaya berkait rapat dengan agama Buddha yang dapat dilihat melalui seni arca, lukisan serta seni bina biara seperti Horyuji yang dibina di kota Nara pada tahun 607M.[31] Jepun tidak membuat tembok yang besar dikelilingi kota itu tetapi Jepun telah membuat jalan-jalan yang lebar, kuil Buddha yang beratap genting yang indah serta istana dan tempat kediaman rasmi telah dibinakan. Pada tahun 794M, kota kedua telah didirikan di Kyoto beberapa batu ke utara Nara.

Cha-no-yu juga dikaitkan dengan seni binanya yang tersendiri (cha shitsu atau bilik the) berbentuk tertentu catan dan kaligrafi (kakemono), selain cara yang tersendiri dalam gubahan bunga, seramik dan perubahan sosial yang berkaitan dengan cha-no-yu.[32] Satu lagi pembinaan dikenali sebagai shrine-temple (Jinguji).[33] Pada zaman awal, shrines seperti Izomo dan Ise dibina secara ringkas dan ia berupa dengan bangunan lama digunakan sebagai tempat tinggal dan kaya semulajadi tanpa warna digunakan.[34] Sami Buiddha akan membaca mantera kepada Kami dan selalunya Kami digelarkan sebagai bosastsu (bodhisattvas).

Selain itu, pengaruh China dikaitkan dengan taman landskap Jepun yang dibina pada tahun 611M di hadapan istana maharaja ketika itu dipercayai oleh para pengkaji bahawa pembinaan taman ini dipengaruhi Taman Barat Sui yang dibina pada tahun 607 M di Loyang sepanjang 75 batu mengandungi 16 istana, empat tasik besar dan pelbagai jenis tumbuhan yang terdapat di China pada ketika itu.

Kesimpulan Seni Jepun(a) Lukisan/catani. Kebanyakan catan Jepun mempamerkan design figura dan geometri dan menumpukan kepada lanskap.ii. Penggunaan garisan halus pada garisan yang dibuat dengan lebih jelas untuk menampakkan lagi subjek matter. iii. Malah konsep pengcahayaan digunakan untuk membezakan penggunaan warna pada subjek dalam can sehinggakan wujudnya kawasan cerah bagi bahagian yang terkena banyak cahaya. Kenbanyakan catan menggunakan warna monokrom dan tertier seperti biru dan hijau.iv. Artis Jepun, Kobayashi Kokei menggunakan ruang untuk memberi perasaan kepada masyarakat. Kebanyakan catan beliau dalam bentuk skrol.

(b) Tembikari. Ciri-ciri yang dipengaruhi adalah seperti unsur garisan melengkung. Ia menghasilkan kesan yang harmoni dan boleh memberi makna. Penggunaan teknik mengukir yang menghasilkan jalinan sentuh. ii. Dekoratif berunsurkan motif geometri. Penyususunan yang berselerakan menimbulkan rupa asas dalam keadaan yang segar dan kreatif.

(c) Arcai. Pada tahun keenam masihi,kemasukan agama Buddha ke Jepun mempengaruhi bentuk arca yang dihasilkan.ii. Kebanyakan arca zaman ini menyerupai arca masyarakat cina.iii. Pelbagai media baru digunakan dalam penghasilan arca pada zaman ini.seperti kayu,gangsa dan emas.iv. Arca kayu selalunya diukir daripada batang pokok.v. Batu tidak digunakan secara meluas dalam penghasilan arca baik zaman ini atau zaman-zaman lain kerana kekurangannya

(d) Seni Binai. Pengaruh dari segi keagamaan dan bersifat indigenous (tradisi).ii. Penggunaan kayu sebagai bahan binaan, tanpa paku dan skru.iii. Istana - Dihiasi warna dan hiasan luaran berupa taman, batuan, tasik dan jambatan kayu.

(e) Seni Tekstili. Kimono selalu berbentuk T, jubah bergaris lurus yang labuh ke paras pergelangan kaki, beserta kolar dan lengan baju panjang. Secara tradisionalnya, seorang wanita yang belum berkahwin memakai sejenis pakaian kimono yang digelar furisode, yang terdiri daripada lengan baju paras lantai, dalam majlis-majlis tertentu. ii. Kimono secara umumnya dipakai bersama-sama kasut tradisional (terutamanya Geta); dan zori sejenis selipar kulit dan sarung kaki jenis belah-kaki (tabi).

(f) Seni Cetakani. Biasanya seni cetak kayu ini menggambarkan subjek dewa-dewa dan pemimpin agama ii. Penggunaan warna yang mulanya tertumpu pada hitam putih sahaja tetapi kemudian diinovasi kepada polikrom dengan tambahan warna emas dan perak.iii. Seni halus percetakan blok kayu dikenali sebagai okiyee. Ia berkembang pada abad ke 17. Cetakan okiyee ini menggambarkan orang dan pemandangan dari alam semulajadi, kehidupan seharian dan dunia teater.iv. Cetakan Jepun ini dihasilkan oleh pelukis yang mahir. Pada pertengahan abad ke-17 cetakan yang hitam putih ini berkembang kepada cetakan warna.v. Nilai-nilai keagamaani. Ritual keagamaan (Buddhisme dan Shintoisme) merupakan salah satu faktor estetik yang mendorong terjadinya perubahan corak dalam seni lukis tradisional .ii. Nilai agama tersebut menjadi acuan untuk mengatur tingkah laku kehidupan, pembentukan nilai serta estetika yang seterusnya menjadi elemen utama kajian seni. iii. Karya tradisional pada asalnya memastikan ajaran moral, nilai, spiritual dan metafizik, ekspresi dan kualiti material yang terdapat di alam ini di masukkan dalam karya. iv. Masyarakat Jepun tradisional telah meletakkan seni lukis sebagai medium untuk memenuhi keperluan integriti untuk mengungkap rasa keindahan.v. Bersifat merendah dan tidak mengenal status, waktu dan tempat.i. Pengaruh budaya daripada China, Korea, Yunani terhadap tamadun Jepun yang dapat dilihat jelas dalam aspek seni bina dan keagamaan. Sesungguhnya, keseluruhan budaya Jepun termasuk agama Shinto memang tidak asli kerana mempunyai pengaruh dari luar. Namun begitu, budaya Jepun dengan budaya asing telah diasimilasikan sehingga wujud satu ciri budaya Jepun yang unik sehingga sekarang.

Latihan:

1. Catan Jepun mementingkan kehalusan, ringkas dan penuh dengan nilai-nilai kesenian

Terangkan ciri-ciri catan Jepun yang mementingkan aspek-aspek tersebut?

6. SENI INDIA

Tamadun India telah mencapai kecemerlangan yang sangat tinggi dalam aspek kebudayaan kebendaannya termasuklah dalam bidang kesenian.Secara umum bidang kesenian ini merujuk kepada hasil-hasil karya yang indah.Ini bermakna kesenian itu merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat dalam satu-satu tamadun malah setiap tamadun manusia di dunia ini mempunyai dan memperkembangkan bidang kesenianya yang tersendiri. Kesenian dalam tamadun India telah dilihat sejak Tamadun Lembah Indus lagi.Dalam period ini kesenian terutamnya yang berkaitan dengan seni bina, skulputur telah memperlihatkan pencapaian yang matang. Ini semua dapat dikesan daripada penemuan-penemuan di Mohenjadaro dan Harrapa seperti The Great bath, The Dancing Girl, The Mother Goddess dan sebagainya. Kesemua ini membayangkan bahawa aspek kesenian dan keindahan menjadi antara perkara yang sangat dipentingkan dalam masyarakat.Dalam period berikutnya dengan kejatuhan tamadun ini serta kehadiran orang-orang Aryan.Aspek kesenian telah memasuki satu period baru yang berbeza dengan sebelumnya. Aspek kesenian mula dihubungkaitkan dan mempunyai tujuan-tujuan keagamaan.Keadaan ini dibayangkan memalui mazmur-mazmur yang terdapat dalam kitab-kitab Veda yang dianggpa sebagai mempunyai nilai estetika yang tinggi.Period ini juga menyaksikan satu bentuk asimilasi antara kesenian Aryan dengan kesenian tempatan.Dalam Tamadun India, terlihat perbezaan antara kesenian keagamaan dan kesusasteraan keagamaan.

Konsep Seni Bina India Sebagai agama yang mendominasikan masyarakat dalam Tamadun India sejak awal, agama ini sangat mempengaruhi kehidupan masyarakat atau penganutnya. Seni bina Hindu yang wujud dalam bentuk kuil tersebar di seluruh India dan ia hanya berkembang selepas Zaman Gupta kerana kuil dikatakan tidak diepentingkan dalam zaman awal. Selepas Zaman Gupta seni bina kuil telah tersebar keseluruh India. Konsep asas perancangan pembinaan kuil ditentukan oleh kalangan Brahmin yang berkuasa menentukan peraturan dan perancangan sesebuah kuil. Ia juga bertanggungjawab dalam membuat pemilihan tapak, menguji keadaan tapak dan sebagainya sama ada dari sudut mitilogi mahupun astronomical. Dalam pembinaan kuil-kuil Hindu, terdapat dua bentuk yang dianggap sempurna iaitu bulatan dan empat segi. Walaubagaimanapun, agama Hindu dikatakan lebih menekankan simbol empat segi sementara agama Buddha dikatakan lebih condong kepada bentuk bulat sebagaimana yang dilambangkan pada stupa-stupanya. Bentuk empat segi nini dikatakan lebih stabil benbanding bentuk bulatan. Setiap kuil menggunakan ukiran Hindu yang dikenali sebagai Vastupurshamamandala atau carta ajaib. Terdapat tiga jenis seni bina Hindu iaitu jenis negara iaitu di bahagian India Utara, jenis Dravida di bahagian selatan dan Vesara di India Tengah. Agama Hindu sangat mementingkan aspek penyembahan. Ia dilakukan di tempat yang khusus.bangunan penyembahan ini mempunyai altar pedupaan yang beratap dan disokong oleh tiang kayu. Sami hindu mendapati dewan perhimpunan yang terdapat di desa-desa amat sesuai dijadikan sebagai simbol seni bina Hindu. Contohnya seperti Lad Khan di dewan Aihole yang berukiran 50 kaki dan berbumbung curam. Tiang batu digunakan menggantikan tiang kayu seprti mana terdapat pada dewan tradisional. Contoh-contoh lain seperti kuil Durga di Aihile mirip Dewan Chaitya Buddhis dan kuil Bhitargaon. Dalam seni bina Hindu ini terdapat beberapa struktur yang penting. Struktur yang pertama ialah Shikhara.Sikhara merupakan salah satu struktur suci agama Hindu yang dilihamkan daripada bentuk kereta kuda orang Aryan yang telah diubahsuaikan.Struktur Vimana pula juga dikenali sebagai menara piramid merupakan kuil yang berbentuk percampuran piramid bertingkat dan kubah, menjadi hallmark kepada seni bina kuil selatan India dan simbol Shaivite iaitu aspek trinity Hindu. Satu lagi struktur dalam seni bina Hindu yang penting ialah Ratna yang merupakan batu tunggak yang diukir menjadi bentuk binatang atau burung Ratna ini dijadikan sebagai model seni bina oleh para arkitek dan pengukir untuk mencari satu elemen seni bina yang melambangkan agama Hindu. Contoh Ratna yang mashyur ialah Tujuh Ratna Mahabalipuram Struktur Gopuram pula berasal daripada pwerkataan Sanskrit yang bermaksud pintu pagar lembu yang didirikan bagi menandakan pintu masuk utama ke ekompleks kuil.Pintu masuk ini mempunyai gabungan elemen-elemen geometri iaitu empat segi, piramid dan sebagainya. Di bahagian utara India, penganut-penganut agama Hindu turut mengembangkan kesenian Hindu yang khas dan tersendiri yang berbeza dari segi bentuk dan stailnya dengan kesenian Hindu di bahagian selatan dan dikenali sebagai Nagara. Seni bina ini mempunyai menara dan batu berbentuk roda atau amalak.

Kuil Hindu di Bahsur, India Sumber :http://www.kamat.com/kalranga/architecture/common/6404.htm

Ciri-ciri Seni Lukis India Sumber-sumber kesusasteraan India membuktikan bahawa seni lukis India berkembang sejak zaman lampau.Lukisan-lukisan kelihatan di dinding rumah dan istana orang-orang kaya, kuil dan candi-candi.Likisan ini dihasilkan oleh golongan lelaki dan wanita kelas menengah dan juga oleh pelukis profesional.( Edwardes, 1969: 156-57). Lukisan-lukisan yang tertua dihasilkan pada abab pertama atau kedua S.M. Lukisan-lukisan ini ditemui di Gua Jogimara di pergunungan Ramgarh di Madya Pradesh.Likisan-lukisan yang dihasilkan pada abab ke 3 M ditemui di Gua Bedsa.Walaubagaimanapun, lukisan-lukisan yang terbaik ditemui di Gua Ajantha.Lukisan tersebut dihasilkan antara abab pertama dan ketujuh masihi.Likisan mural ini mengisahkan peristiwa-peristiwa penting dalam kehidupan Buddha dalam bentuk episod.Kisah-kisah ini diperoleh daripada cerita Jatika.Di samping itu, terdapat mural-mural mengisahkan kehidupan seharian masyarakat seperti golongan raja, petani, fakir-fakir miskin dan juga binatang. Bidang seni lukis berkembang semasa pemerintahan Moghul di India dan seni lukis Islam mengalami perubahan radikal pada Zaman Humayun.Humayun telah melantik dua orang pelukis ang pernah berkhdmat dengan Syah Tahmasp di Iran untuk berkhidmat di bawahnya.Sebagai penaung seni, beliau telah mengumpulkan peluis-pelukis terkenal dari seluruh India termasuk pelukis-pelukis Hindu di bengkel-bengkel kesenian yang ditubuhkan di Agra, Delhi dan Fatehpur Sikri.Semasa pemerintahan Akhbar, seni lukis menjadi kesenian rasmi kerajaan.Lukisan-lukisan dihasilkan menggambarkan peristiwa bersejarah dan kronikel.

Catan menunjukkan Daria Daulat Bagh Sumber :http://www.kamat.com/kalranga/art/ddaulat.htm

Catan kawasan perdagangan Daria daulat Bagh yang dilukis pada tahun 1778Sumber :http://www.kamat.com/kalranga/art/ddaulat.htm

Falsafah dalam Seni Ukir dan seni arca HinduSeni ukir adalah salah satu kesenian agama Hindu yang telah berkembang sejak zaman lembah Indus. Pada zaman ini, ia telah mendapat tempat yang tinggi di kalanagan masyarakat dan setrusnya berkembang pada zaman-zaman berikutnya. Seni ukir ini adalah meliputi penghasilan patung, tiang berukir dan sebagainya.Seni unir ini boleh didapati dalam kehidupan seharian hari ini di seluruh India.Ikon-ikon atau perlambangan agama dalam kesenian seni ukir dan seni arca agama Hindu dijelmakan pada bentuk-bentuk figura dan bentuk-bentuk yang telah ditentukan.Lebih daripada 2000 tahun yang dahulu, bentuk-bentuk figure suci ini digelar sebagai murti. Ikon-ikon Hindu dan imej-imej suci ini dijelmakan menerusi sifat-sifat antropomorfik menyifatkan bentuk-bentuk perwatakan manusia kepada dewa,binatang dan sebaginya. Dewa-dewa ini mengadaptasi lebih kepada bentuk-bentuk manusia dan juga di dalam bentuk-bentuk abstrak. Figura-figura dewa ini telah dilihat sejak zaman dahulu dengan pembentukan figura-figura terra-cotta di Lembah Indus hinggalah ke imej miden dugra di hari ini dan pelbagai bentuk arca yang lain.Perkataan murti telah digunakan di dalam Upanishads dan Bhagavad Gita sebagai lambang kesucian yang amat tinggi. Ikon-ikon atau perlambangan agama Hindu secara visualnya adalah rumit untuk difahami dan ia bertentangan dengan sifat-sifat realiti. Sebagai contohnya ia dilihat pada imej kepala arca Nataraja (the head of Nataraja), arca empat tangan tuhan Vishu (the four arms of Vishu), kepala gajah tuhan Ganesha (Ganeshas elephant head), enam kepala tuhan Skanda (Skandas six heads) dan pelbagai perlambangan dan ikon-ikon yang lain yang berbentuk sangat hebat tetapi tidak mudah difahami. Ia adalah bertentangan dan keluar daripada bentuk-bentuk reality dan juga menggambarkan status kehebatan dan imej-imej bentuk yang suci. Pembentukkan imej-imej suci tuhan dan dewa ini dinyatakan secara jelas di dalam teks Shilpa Shartras. Di dalam teks ini dinyatakan ukuran bagi setiap bahagian badan dewa, gaya dan posisi dewa yang betul, bilangan tangan dan kepalanya, vahana (animal vehicle) yang sesuai, pergerakan tangan (mudras), lambang dan senjata yang dimiliki, tempat duduk yang sesuai (asana) dan banyak lagi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.Seni arca Hindu digolongkan kepada dua iaitu seni arca tunggal dan seni arca timbulan.Ciri-ciri seni arca tunggal berbentuk dewa-dewi yang telah dimanusiakan (human & superhuman) secara ideal dan secara reality dengan saiz yang pelbagai.Kebanyykan arca yang diperbuat dariapada batu adalah lebih besar dariapada manusia manakala arca yang diperbuat dariapada tembaga dan gangsa bersaiz lebih kecl dariapada manusia.Arca-arca tunggal tersebut diukir dengan kostum yang dipenuhi dengan hiasan dan aksesori.Ekspresi yang terpampar pada wajah arca adalah tenang atau statik dengan keadaan mata yang terpenjam dan gerakkan tangan dan kaki yang tertentu. Posisi tubuh arca pula berdiri dengan gaya tribangga atau S shape dan terdapat juga arca dalam keadaan duduk bersila. Arca relief atau arca timbulan pula merupakan bentuk penampilan arca high relief yang menggambarkan sesuatu peristiwa dalam epik agama Hindu.Ia juga menampilkan kelompok figura dengan aksi-asksi tetentu dan posisi figura teratur secara bertingkat denganmengikut status yang berbeza atau dikenali sebagai hirarki. Setiap posisi figura yang diatur akanmembentuk sebuah komposisi yang berbeza. Dalam seni arca relief Hindu relief panel berfungsi sebagai tempat pemujaan dan penyembahan serta sebagai penghias dinding luaran dan dalaman candi.

Simbol dalam Seni Arca Agama HinduKebanyakkan penganut agama Hindu dan Buddha mempercayai bahawa kewujudan dewa adalah sebagai perantara antara manusia dengan tuhan dan penyelamat dunia.Juateru, berdasarkan kepercayaan ini kedua-dua kesenian Hindu dan Buddha menonjolkan simbol raja dan dewa sebagai imej patung arca penyembahan mereka.Bagi masyarakt Hindu, dewa yang paling agung ialah dewa Vishu, Shiva dan Brahman.Berdasarkan penganut Hindu, raja dikatakan bersatu kembali dengan dewa, malah ada sebilangannya yang menganggap raja sebagai tuhan.Contoh arca yang mengataptasi simbol dewa dan raja ialah arca yang dijumpai di gua Elephanta di India pada kurun ke 16, berukuran 17 kaki tinggi.Imej shiva dipaparkan sebagai mahadeva yang mempunyai tiga wajah yang menunjukkan perbezaan cirri dewa. Mahadeva juga dikenali sebagai Tuhan agung atau Pemerintah Agung. Shiva yang dianggap sebagai dewa memperlihatkan wajah yang tenang dan tingkah laku yang seimbang.Figura atau bentuk manusia merupakan salah satu persamaan yang terdapat di dalam pembinaan seni arca atau patung bagi agama Hindu dan Buddha. Simbol figura begitu banyak digunakan kerana ia berkait rapat dengan kehidupan manusia sama ada melibatkan penceritaan kehidupan sekarang atau kehidupan selepas mati. Di dalam kesenian Hindu, arca simbol manusia sering kali menjadi tumpuan utama dan kebanyakkan terdapat di dalam kuil, sama adaa dalam bnetuk arca binaan dan ataupun arca timbulan. Selain dari nilai estetik, arca simbol manusia juga ada maksud tersirat.

Penggunaa Media dalam Arca Agama HinduSecara keseluruhannya, seni arca Hindu diperbuat dariapada bahan-bahan yang mudah ditemui di persitaran kehidupan masyarakat setempat.Ini terbukti dari penemuan artifak-artifak yang mempunyai nilai estetik tersendiri.Terdapat media dan seni pembuatan arca-arca dipengaruhi oleh factor social, politik, agama dan geografi sesautu tempat. Aliran perubahan zaman atau masa juga turut mempengaruhi penggunaan sesautu media kerana bahan-banah tersebut lebih mudah untuk didapati dengan kadar yang maksimun dan kuatiti yang banyak.Batu dan batu pasir dikenalpasti sebagai media utama yang digunakan dalam penghasilan seni arca pada peringkat awal, sama ada bagi agama Hindu mahupun Buddha. Penggunaan media batu ini mempunyai perkaitan dengan keadaan setempat pada waktu itu. Arca timbulan berupa tuhan dan dewa-dewi dalam pelbagai bentuk, gaya dan saiz yang terdapat di dinding-dinding gua merupakan antara arca yang menggunakan media batu pada peringkat awal bagi kedua-dua agama ini. Arca-arca bersaiz lebih besar daripada manusia.Jika penghasilan arca Hindu menggunakan media batu adalah bersaiz lebih besar daripada manusia, ini tidak bereti perkembangan zaman gangsa telah menghasilkan arca bersaiz sama. Arca Hindu yang diperbuat daripada media gangasa adalah lebih jauh lebih kecil saiznya berbanding manusia.Namun, kehalusan seni ciptaannya tetap tinggi dan halus, sebagiamana arca yang menggunakan media batu atau batu pasir. Perkembanagn tamadun bukan sahaja mempengaruhi kehidupan masyarakat di dalam kehidupan seharian, malah ia turut memberi kesan yang mendalam di dalam kesenian sesuatu tamadun.

Seni bina India (Taj Mahal)Taj Mahal merupakan seni bina India yang agung.Taj mahal dibina semasa pemerintahan Shah Jahan pada tahun 1631-1648 di Angra, India.Taj Mahal dibina sebagai kenangan tanda kasih Syah Jahan terhadap isterinya yang tercinta iaitu Mumtaz Mahal. Taj Mahal begitu terkenal sehinggakan ia dikenali sebagai the Eternal Symbol of Love. Taj Mahal juag bermaksud istana mahkota.Binaan Taj Mahal membawa penegrtian gabungan antara kasih saying dan semangat si pembina. Taj Mahal telah siap dibina pada tahun 1648 dan telah menelan kos sebanyak 32 juta rupee.Seni bina agung ini mepunyai sejarahnya yang tersendiri.Raja Mughal yang kelima iaitu Syah Jahan (Putera Khurram) telah berkhawin dengan Arjumana Bano Bigam pada tahun 1621.Perkhawinan Syah Jahan dengan Arjumana bano Bigam (Mumtaz Mahal) merupakan perkhawinan kedua bagi baginda.Isterinya begitu kasih sayang kepada Syah Jahan dan merupakan teman setia baginda ke mana sahaja baginda pergi termasuklah perjalanan jauh ke ekspedisi ketenteraan.Mumtaz Mahal telah meninggal dunia semasa mengikuti suaminya dalam kempen pemberontakan di Burhanpur.Kematian isterinya telah menyebabkan rambut dan janggut Shah Jahan menjadi putih.Untuk memperingati isterinya yang telah meninggal dunia, Syah Jahan telah membina Taj Mahal.Taj Mahal telah dibina bersebelahan dengan Sungai Yamuna iaitu terletak di tengah-tengah pusat pemerintahan Empayar Mughgal sebelum ibu negaranya berpindah ke Delhi.Taj Mahal telah siap dibina di tepi sungai Yamuna di Agra oleh seramai lebih kurang 20 000 pekerja ternasuk ahli pertukangan.Terdapat beberapa arkitek telah dijemput dalam pembinaan Taj Mahal ini.Sebagai contoh, Ismail Afandi iaitu arkitek telah dipertanggungjawabkan untuk mereka hemisfera utara Taj Mahal. Arkitek dari Turki pula yang bernama Qazim Khan telah menghiasi kubah dengan emas. Arkitek dari Delhi pula iaitu Chi Tangji telah mereka mozek Taj Mahal. Rekaan Taj Mahal begitu unik sekali.Pintu gerbang telah dihiasi dengan kubah dan ayat-ayat suci Al-Quran.Secara keseluruhannya binaan Taj Mahal terdiri daripada satu dome yang besar dan empat menara. Kubah atau dome Taj Mahal diperbuat daripada mamar putih. Tidak terdapat hiasan figura pada binaan Taj Mahal kerana ia berkonsepkan seni bina Islam. Makam Syah Jahan dan Mumtaz Mahal terletak di dalam Taj Mahal.Pusara Mumtaz dan Syah Jahan kini digunakan sebagai tempat melepaskan nazar oleh ramai penduduk tempatan tidak kira keturunan agama Islam, Hindu atau Kristian.Struktur Taj Mahal sangat unik. Taj Mahal mempunyai struktur segiempat sama dengan pintu gerbang di sisinya. Tapaknya berbentuk segiempat tepat dan diperbuat daripada batu marmar.Setiap pepenjurunya ada menara yang tinggi.Namun begitu, kewujudan kubah yang merupakan puncak yang tertinggi yang mencapai ketinggiann keseluruhanya 55 meter.Kubah Taj Mahal mempunyai diameter 58 kaki dan berdiri tegak dengan ketinngian 213 kaki.Di dalam Taj Mahal terdapat sebuah taman, sebuah masjid yang terletak di sebelah kiri dan terdapat juga ruang tamu yang terletak di sebelah kanan. Taman besar di Taj Mahal mempunyai 4 buah kolam yang ada pembahagi di tengahnya. Rumah rehat yang terletak di bahagian timur Taj Mahal mempunyai hiasan corak arabes yang diperbuat daripada marmar putih dan merah. Masjid telah dibina di sebelah barat Taj Mahal diperbuat daripada batu merah.Menara yang terdapat pada masjid telah dihiasi dengan motif kaligrafi.

Taj Mahal pada waktu senja di Angra, India Sumber : http://historylink102.com/india/taj-mahal-5.htm

Reka corak bermotif flora pada dinding Taj MahalSumber : http://historylink102.com/india/taj-mahal-5.htm

Kesimpulan Seni India

(a) Kesenian India bermula dari Dinasti Maurya (132 SM)(b) Seperti mana-mana kesenian bangsa lain di dunia, di peringkat awal kesenian india juga berasaskan kepada keagamaan(c) Terdapat dua jenis kesenian iaitu Lukisan dan Seni Arca

Lukisan(a) Lukisan Gua Ajanta dianggap sebagai lukisan pertama dan terbaik di India dalam abad pertama(b) Dalam abad kedua, lukisan Saddanta Jataka dianggap paling terkemuka(c) Beberapa abad kemudian, tiada catatan yang jelas mengenai seni lukis di India sehinggalah pada abad ke lapan di mana terdapat lukisan pada kuil Khailasantha di Ellora(d) Motif utama yang digambarkan ialah mengenai kehidupan manusia; cerita yang menggambarkan tentang percintaan dan perburuan menggambung antara imej manusia dengan tumbuhan.(e) Lukisan dipersembahkan atas kertas dan daun-daun (Abad ke 12 16)(f) Perkembangan senilukis di India berkembang dengan tertubuhnya sekolah senilukis Gujerat, dan sekolah Budha di Timur India(g) Apabila kedatangan Islam dan pengaruh seni Barat pada abad ke 16, terdapat ciri-ciri seni Byzantine dan seni Islam dalam seni lukis India(h) Juga terdapat persamaan ciri seni lukis India dengan ciri-ciri senilukis Persia yang menggabungkan imej manusia dan corak-corak.

Seni arca(a) Kegemilangan seni arca berada pada zaman Gupta(b) Merupakan kesenian tertua di India berkait rapat dengan patung-patung keagamaan. Berasaskan bentuk manusia yang disimpan di kuil-kuil(c) Patung-patung diperbuat daripada batu marmar, kerana ia lebih tahan daripada tanah liat(d) Pada zaman pemerintahan Maharaja Mahendra Varman, dari Dinasti Pallavas (Di Mamallapuram) ramai tukang-tukang arca dikumpulkan dari seluruh India untuk menghasilkan seni bina dan seni arca.(e) Patung Lord Siva antara seni arca yang dihasilkan dalam Dinasti Pallavas yang dihasilkan dalam peregerakan yang istimewa(f) Usaha ini telah mendorong ramai tukang-tukang arca India menghasilkan pelbagai bentuk Lord Siva dan diperbuat dari pelbagai bahan seperti besi dan gangsa.

Perhatikan pula imej-imej berbentuk 2-Dimensi dan 3-Dimensi di bawah ini. Daripada imej-imej berikut anda akan dapat mengenali pelbagai hasil-hasil karya seni daripada pelbagai budaya.

a b c

Bolehkah anda kenal pasti budaya seni yang anda perhatikan?Dari manakah asal budaya karya-karya seni tersebut?

Buat ulasan anda sendiri secara ringkas berkaitan imej-imej yang anda lihat tersebut.Ulasan anda boleh dibuat berdasarkan aspek-aspek berikut: asas seni reka motif / sumber teknik bahan dan alat fungsi / makna

Ulasan:

( Tuliskan ulasan anda tidak lebih daripada 150 patah perkataan ).__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Persoalan-persoalan ini akan terjawab apabila anda terus mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber . Selain daripada itu, anda akan mengenali beberapa orang tokoh-tokoh yang memperkatakan pandangan dan sumbangan terhadap seni visual budaya masing-masing. Anda akan mendapat penjelasan lanjut dengan berpandukan rujukan-rujukan yang dinyatakan.